Saturday, November 16, 2002

Hari nih pepagi lagi seorang "saing" aku menelefon-nak minta tolong.Semalam keretanya sangkut kat depan Balai Polis,rosak katanya.Siap kena angkut ke bengkel tu. So,dia tgh sengkek.Dia minta pinjam duit.Aduhh..sedihnya aku.Aku pun tak berapa nak stabil lately nih.Aku baru jer beli keter,dan nak ditakdirkan keter tu lak ada problem(Alhamdulillah,mula-mula kena problem keter yg baru 2 minggu dipakai tu terasa tension gak.Tapi last-last boleh terima."mudahan Aku redha dgn ketentuMu Ya Allah")

Sedih giler!!.Aku telah menghampakan hajat seorang kawan.Memang kalau aku lapang,atau takyah kata lapang..lepas dari hidung sikit,ala-ala tak lemas,InsyaAllah aku tolong.Tapi...begitulah.aku dok budget-budget pun utk sampai ke hujung bulan depan memang ngam-ngam jer.Itupun kalau takder ketentuan Allah yang bukan-bukan.Teringat aku dgn janji Allah,"Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya di dunia,Allah akan tunaikan hajatnya di hari Akhirat nanti..". Subhanallah,besarnya janji Allah tu.Dan yg sedihnya..aku gagal utk menyambut janji itu dgn seadanya..

Aku cuma mampu tolong sikit,tolong bagi nasihat.!!.Entah lah,nasihat aku tu berguna ke idaknya.Harap-harapnya aku mampu mengurangkan sedikit kesusahan masalah kawanku itu.Yee,walaupun kawanku takder lah baik sgt dgn aku.Tapi dah nama kawan,kawan adalah kawan.!!Pada aku,kawan adalah satu insan yang perlu dihargai.Tak kira ler bestfrend ker,2nd fren ker,3rd ker..yg pasti-"kawan adalah kawan".




ILHAM HAMDANI at 16.11.02

Hari nih hari Sabtu,adalah public holiday.Dah nama pun cuti,tidur pun nak buat overtime gak.Lajak sampai kul 11 tu.Haru betui!!.Semalam kat surau janji ngan bebudak nak tangkap gambar raya kul 11.Tapi ini apasal nih..kul 11 masih dok merengkok bawah selimut lagi.Memang sah janji Melayu..l!!."Sejuk beb.Dah ler kat luar tu mendung semacam jer..".Is that a good reason,or just a poor excuse??...huhahaha..

Tak tahan betul aku nengokkan bebudak dok posing gambar raya kat Utusan.Aku pun nak gak.Nak posing sama.Seperti yg dijanjikan,lepas solat Zohor jer,aku terus gi layan bawah pokok icou yg sedang menguning ngan bebudak nih semua.Nak posing sorang,then hantar Utusan..tak berani.Nanti saham tinggi sgt beb,tak sanggup aku!!.Nasib baik ler,bebudak nih sanggup join aku..

Sekeping,dua..ahh..entah berapa keping aku snap.Ops..bukan aku snap,aku suruh org snapkan gambar aku dan teman2.Pantang ada org lalu jer depan barisan pokok icou yg kuning tu,kami "sound".."shashin wo totte kuremasen ka?".Nasib baik diaorg semuanya sporting belaka.Banyak gak mangsa kami,sampaikan makcik tukang sapu sampah pun kami mangsakan..ahaks..Cuak gak makcik tu nengokkan kami.Almaklum lah,aku ngan baju melayu,siap songkok ngan songket lagi tu.Perhh..bergaya abishh..!!.Ada member aku sowang lagi tu lagi hebat,siap jubah ngan serban lagi.Maybe tu pasal makcik tukang sapu sampah tu cuak sikit kot.."ishh..al-qaeda cawangan mana lak sesat sini nih?"..huhahaha..

Tak abis kat situ,gi posing lagi depan sekyou(cafe) sekolah nun.Tapi kat sana dah tak banyak keping.Spot tak lawa.Balik tu,singgah tengok bebudak sekolah rendah ada lawan bola kat padang.Tapi kan,w'pun budak sekolah rendah..main kelasss..!!.Kalau tengok skill diaorg,mmg tabik spring punyaa..Dok bayang masa aku sekolah rendah dulu,alah masa jadik kapten bola SKDK dulu..ohh..indahnya ketika itu...

Lepas Asar,kalut tolong kohai aku sorang buat popia.Haa..buat popia tu!!Kalau tak kerana aku tercampak ke sini,memang mati hidup balik pun aku tak masak kot popia sorang-sorang.Lagi senang aku beli jer kat pasar ramadan yg berlambak-lambak tu.("ahh..memang perangai manusia gitu.Semua nak senang.Semua nak senang..").Ngam-ngam nak masuk maghrib,popia pun selesai.Terus aku gi lepak kat surau.Sebelah rumah junior aku tu jer.Berbuka ngan tamar sebijik,kuih sepotong.Dok kejap Bro Qusai,
his wife and son dah sampai.Berbuka reramai..!!Sup ada,makaroni ada,entah apa lagik lah.Serba/i ada.Member aku lak,siap bawak mai tomyam lagi.Tapi sikit pun aku tak rasa.Perut dah overload maa..

Dah kenyang,baru lah semayang maghrib.Lepas semayang,layan teh herba&kuih pulak.Ishh..ish..nih makan ker kedarah nih.Dah lari benor nampaknya matlamat puasa aku hari nih.Sepatutnya puasa nih menginsafkan aku dgn erti kemiskinan,dgn makna keperitan,dgn maksud kemelaratan.Tapi,aku sebaliknya.Asta'firullah..!!

Sambil mulut menerima butir kurma dan kuih raya(last 2 weeks my dear mum posted it to me..tq mum.Sayang mama..!!) yang disuakan oleh jari-jemari sambil mata melayan keleteh Mohanad(maknanya "pedang") yang tak kering gusi dibuatnya.Memang cute giler.Mata biru,rambut keemasan,dgn bibir merah nak pink..ishh..geram aku.Bila ler aku nak boleh producekan sendiri nih?hehe..Umur baru 1 tahun 8 bulan,tapi nampak bijak.Dah tu,berisi lak,cam umur 3 tahun lebih.Bertuah Qusai ngan isteri dia dpt Mohanad tu."ahh..benih yg baik,dicampak ke darat jadi gunung,dicampak ke laut jadi pulau..".

"Dan Kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya,ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah lemah,dan menceraikannya daripada menyusu dalam masa dua tahun.Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua-dua ibubapamu,hanya kepadaKulah kembalimu"-Al-Luqman(31:13)


ILHAM HAMDANI at 16.11.02

Friday, November 15, 2002

Assalamualaikum,

Bersua kembali.Hari ini,hari Jumaat kedua di bulan Ramadan.Hari Jumaat sudah satu kemuliaan,tambah lagi dgn bulan Ramadan.Maka berganda-ganda kemuliaanya. Cumanya,ada yg menjadikan senggang utk solat Jumaat sbg kesempatan utk berkejaran ke Kamdar,Jln Tunku Abd Rahman dan sekitarnya-persediaan Syawal..!!

Jumaat tadi addeen dan 6 org lain berjemaah macam biasa.Bro Qusai dari Jordan,cam biasa jadi khatib dan imamnya.Tadi,addeen perasan ..di awal khutbahnya dia ada mentionkan "this is the 52th call from Allah to all the mukminun....".Maksudnya,sudah 52 minggu lah bro Qusai membaca khutbah saban Jumaat.Kalau 52 minggu, maknanya sudah lewat satu tahun.Syukur!!.Di kejauhan yg terasing dari bayang azan dan iqamah,di rantau yang terpinggir dari suara ulama dan dakwah,setidaknya addeen masih mampu bernafas dgn kalimah syahadah.

Teringat addeen pada pertemuan dgn Bambang,teman Indonesia di pesta budaya di Pelabuhan Ikan KitaIbaraki lewat dua minggu dulu.Dia sudah lama di sini,sudah sanggah dua tahun,tapi dia gagal mencari sumber cahaya-Islam.Bila kutanya di mana dia beli ayam,"aahh..aku biasanya beli di sanyu sahaja..".Terkedu addeen.Memang di sanyu(pasaraya biasa yang menjual barangan runcit harian),ada jual ayam.Tapi..ayam Sanyu tak sama dgn ayam yg dijual di kedai Pakistan(kedai jualan runcit Islam di bandar Mito-40km dari tempat aku),dan..ayam di Sanyu jua tidak serupa dgn ayam yg dijual Pasaraya JoyfulHonda(sebuah home-center yang jaraknya kira-kira 30km).Ayam di kedai Pakistan,dan JoyfulHonda adalah ayam yg kuyakini ditangani dgn kalimah Allah,sedangkan ayam di Sanyu..ahh..entah lah..!!

Tetapi,ketika mendepani Bambang dlm jawapannya,adden tak bersedia utk terus "memancung"nya.Tambah lagi,itu pertemuan sulung.Tambah lagi,mungkin dia kurang berilmu.Org yg kurang ilmu,perlu diberi ilmu..Addeen sekadar menyudahi pertemuan itu dgn titipan nombor telefon dan peta ke surau.

Entah lah,mungkin salah addeen dan teman-teman sendiri lantaran gagal utk menjejaki Bambang yang tinggal tak jauh juga dgn kediamanku.Addeen sedikit ralat dgn kegagalan itu.Setiap kali bertemu bro Qusai samada di pertemuan terawih,atau pertemuan biasa mahu sahaja aku ujakan utk kami jejaki kediaman Bambang,tetapi setiap kali itu lah aku sering kelu.Lalu,kelu itu membuahkan keralatan yang sering dtg bertandang.Tunggu lah pada ketikanya nanti...


ILHAM HAMDANI at 15.11.02

Thursday, November 14, 2002

Assalamualaikum,

Tadik terasa nak tidur(sampai dah siap kasik greeting "selamat malam Msia " tu..ahaks!! ),takder ler.. jeolous gak addeen nengokkan housemate addeen yg dah lama buat kuak lentang sorang-sorang tu..hehe.Tapi,begitulah.Itulah ini,inilah itu.Mata tak mau dilena jugak-"mata memang kita yg punya,tapi pinjaman cuma..".Nak buat camne tu yek?Hangpa pun mesti selalu gak jadi cam aku nih kan?!. Ada petua best ker?Jgn hangpa kasik petua Mr Bean mengira kuda udah ler...

Takder,time yg sepatutnya tidur..time tu lah mata nak buat over-time.Jenuh pusing kiri kanan atas tilam dlm gelap,tak mau gak dia pejam lena.Yang haru lak tu,time yg tak sepatutnya dia pejam,time tu pulak dia nak kena tongkat ngan batang mancis.Hampeh betui.!!.Kalau hangpa pandai lagi arif bin bijaksana, time bila selalu jadik cam tu??.Ahaa..pandai.!!Time dlm kelas,tak pun time dengar kuliah agama..hehe..Jenuh kawan sebelah nih dah lenguh tangan mengurut badan kita,konon-konon nak kasi segar sikit mata tu.. emm..tak jalan gak,melainkan kena simbah ngan air sebaldi agaknya..baru segar-bugar..hehe..

Entah ler..bila bercakap soal tidur dan lain-lain nih,sesekali kita kena relatekan dgn nikmat gak sebenarnya.Agree with me?.Bukan apa,ada sesetengah org tu..tidur sejam dua jam ..tapi segar bugar jer nampak dia.Sedang ada sorang lagi nih,tidur ngalahkan baby baru lahir..asyik nak pejam jer mata..tapi still tak puas-puas lagik.Tak ker nikmat dari Allah?Bersyukurlah seadanya...

Semalam,seharian dalam keter addeen asyik mainkan kaset Ust Ismail Kamus pasal alam roh( nih kes tak bawak kaset lain ler nih..hehe).Dan ada gak disentuh sikit pasal tidur dan sebagainya nih.Dah tu,ada satu "quotation" yang best yang nak addeen kongsi ngan hangpa semua.Kiranya quote nih masih glu kat otak addeen,"tidur adalah mati yang sementara,dan mati adalah tidur yang selamanya".So ingat baik-baik tu sebelum kita nak tidur.

Haa..itu pasai lah Islam suruh kita buat banyak benda sebelum kita lelapkan mata.Istighfar,niat baik utk esok hari,halalkan hutang org pada kita,tulis wasiat ...dan banyak lagi lah.Addeen tak reti nak citer banyak-banyak.Sikit-sikit yg tempias boleh ler..Tu pun tak teramal oleh aku.Cumanya,bila addeen tulis cam nih..mudahan lebih melekat dan menginsafkan diri..that's all..!!.

"Apa yang lahir dari mulut aku,harap-harapnya akan singgah pada telinga yang paling dekat dengan aku.."

Nampaknya mata dah kasi sign sikit-sikit,kiranya ala-ala cam kaler kuning pd traffic-light(Org Msia,kuning tu tandanya lajukan kenderaan anda,bukannya bersedia utk berhenti..padanlah xcdent banyak..).So,aku berundur dulu diri ..wassalam..

"tidur lah wahai mata,biar kita bicara di alam mimpi sahaja...bicara dgn hati.."

ILHAM HAMDANI at 14.11.02

Assalamualaikum,

BandarSepi?Kat mana tu?Siapa MB dia,Datuk bandar dia?Ah,ia hanyalah siulan suara kesunyian seorang aku yang bernama A.D.D.E.E.N!!.Siulan yang datangnya dari hati,ya tentu dia akan ke hati jua akhirnya nanti.Pasti!!.

Terima kasih yang tiada nilai buat seorang teman yang bernama "eko" atas moral support utk aku mem"batu-asas"kan BandarSepi ini.Cuma,saat jari jemari nan gatal mengetuk "papan-kekunci",urat-urat sereblum dan sereberum yang berselirat di krim kepala sedari tadi jenuh menterjemahkan jawapan kepada persoalan runcing,"mampu bertahan sampai bila agaknya jurnal aku nih yek?".Atau BandarSepi sememangnya ditakdirkan utk sepi selamanya?Serba mungkin...

"..Bandar Sepi,
Di sini akan kudirikan kota taqwa,
tugu keabdian seorang hamba,
Di dadamu kualirkan sungai saudara,
yang pasti merentasi sempadan ras dan adat,
Dan di hulunya kulestarikan kalimah keramat,
Bicaralah dari hati.."

Angka digital di bucu kanan monitor 15'' milik teman serumah merangkak perlahan melewati 1:11 pagi(ahh,manusia dgn masa.. sudah siang-siang lagi Tuhan ceritakan melalui kekasihNya,"manusia itu sentiasa rugi...".Rugikah aku saat ini?atau aku hanya sekadar tidak beruntung?)

Ok lah,housemate aku dah lena diulit intan,cuma aku jer yg masih biru mata hitamku..ahaks..!!.Cukup lah kan utk firstday addeen di dunia jurnal,cuma..sorry lah kalau ianya agak puitis sikit,ahaks..!!.Tapi,biasa lah..addeen kan lagak pak menteri,merasmikan BandarSepi lah katakan.Tak nama pak menteri kalau tak menanam tebu di bibir,tak gitu?ops..

Selamat malam Msia,jgn lupa bangun sahur yaa...wassalam.

ILHAM HAMDANI at 14.11.02

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.