Dari Abu Hurairah ra,Rasulullah saw Bersabda:"Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya".(HR Tirmidzi,Abu Daud)
--------------------------------------
BICARA CINTA 1
Usai Maghrib 14 Ramadan alKarim
Assalamualaikum,
Cuba teman-teman belek-belek sama Hadis yang kat atas tu,ambik-ambik lah iktibar darinya.Ok?!.
C.I.N.T.A.Aku rasa di senja yang separuh dingin ini(aku mulai menulis jam 18:04,lepas berbuka&semayang maghrib dan sedikit bacaan "mengingati kekasihKu".Diluar memang dingin,aku rasa kalau membatu kat luar mau dingin beku aku.Penghujung musim luruh,dan ditambahi dgn hembusan angin Laut Kawarago yang kurang-lebih 1km dari teratak buruk aku mmg menyentuh tulang hitam.Mujurlah di dlm ada pemanas yang sentiasa "hidup" kalau aku available,kalau tak..mati kesejukan mungkin)aku ingin kupaskan sikit tajuk C.I.N.T.A,sambil mengait kembali benang-benang kenangan yang kian kusut dlm lipatan ingatan.
Entah!!.Kira-bicara dah seminggu gak aku menulis jurnal nih,dan seminggu jugalah aku meneroka dari satu dunia jurnal ke dunia jurnal yang lain.Mencari ilham,sambil menyelami luahan rasa penulisnya yang pelbagai.Pun begitu,aku still tak sure-"beginikah org menulis jurnal?".Ahh,peduli apa aku.Aku adalah aku!!.
Ok,let's skip to the point-C.I.N.T.A.!!.5 words ini menjadi terlalu agung dan diungkapkan dari pelbagai sudut oleh pelbagai jenis ragam manusia.Masih ingat aku,lewat 80an 5 words CINTA ini diungkap dari kacamata seni oleh XPDC lalu jadilah ia siulan anak muda.Manusia hampir-hampir tidak boleh dipisahkan dgn percintaan.Bahkan kalau mahu disorot dunia melayu sendiri penuh dengan dewa percintaanya sendiri.Dan cinta,ditukarkan ke atas layar putih bisa melahirkan milionaire melayu..huhahhaa..itulah cinta org melayu..!!
Kalau mahu dituruti rentetan sejarah kemanusiaan mungkin,Adam as telah memulainya sejak awalan usia manusia.Adam as kesunyian,lalu dengan izin Allah terciptalah Hawa as,dan menarik lagi dari sebahagian tubuhnya sendiri.Ahh,agungnya..Subhanallah..!!.Ketika mereka tercampak ke dunia,lalu terpisah sekian lama,lalu kembali cinta mereka bertaut.Dari pertautan kembali itu,lalu manusia membiak-biak lalu sebahagian ada yang menjadi lebih baik dari para malaikat,Tetapi,tidak kuran jua yang terbit dari pertautan cinta itu manusia yang lebih syaitan dari syaitan..!!
Begitulah al-kisah sebuah cinta agung-Adam dan Hawa as.
Teringat aku kenangan ketika berwukuf di Arafah lewat musim haji yang baru berlalu.Ribuan,bahkan jutaan hujjaz mengambil kesempatan ketika berkampung seketika di tanah lapang Arafah untuk memanjat Jabal Rahmah.Dan itulah tugu pertemuan kembali datuk nenek moyang manusia,Adam&Hawa as(Pedulikan dgn teori bodoh Darwinisme-"manusia sebenarnya berasal dari beruk".Dialah yang beruk sebenarnya..!!).Sayangnya aku tak tercapai ke batu putih di puncak Jabal Rahmah itu dek kerana lokasi khemahku yang kejauhan.Hanya memerhatikan dari jauh,dan batu putih itu hanya terukir dalam negatif filem..itu pun kelabu asap!!.
Kenyataannya,manusia ingin dicintai,dan jua menyintai.Cuma soalannya,cinta yang bagaimana?Kerna cinta,manusia sanggup berbunuhan.Tengok sahajalah pada Qabil yang menjadi pembunuh pertama.Bukankah kerana cinta terhalangnya pada Iqlima,lalu dia dibunuh saudara kandungnya Habil.Penangan cinta,lalu manusia sanggup merentasi tembok pemisah darjat.Lalu jadilah seperti episod cinta terhalang Laila Majnun,atau lebih dekat Titatic the movie.Cinta..cinta...
Cinta membuatkan manusia sanggup terpenjara,atau sanggup berbunuhan.Lalu jadilah mereka seperti Romeo dan pujaannya Juliet.Atau manusia sanggup membayar harga sebuah cinta dengan wang dan kekayaan.Lalu jadi lah anda seperti Shah Jenan yang mahukan cintanya pd Mumtaz terus hidup,seperti juga Taj Mahal yang sentiasa terus hidup.Lalu Taj Mahal itu pula dewasa ini menghidupkan denyut nadi warga India yang di separuh bilion itu..
Cinta yang bagaimana ya??.
Dewasa,seringkali manusia meyempitkan skop CINTA lalu yang bersisa hanyalah cinta sesama manusia.Sedangkan cinta sepatutnya lebih dari itu.Cinta yang paling aula adalah mencintainya Pencipta.Sudah aku bilang sebelum ini tentang bicara pujannga;"Kalau kamu mencintai bunga,bunga akan lalu.Kalau mencintai manusia,manusia akan mati dan pergi dari kamu.Tetapi,jika kamu mengabadikan cinta kudusmu kepada Tuhan,sesungguhnya tuhanMu hidup dan akan terus abadi".
Cinta Rabi'atul Adawiyah tentunya sesuatu yang terlalu sukar untuk dijejaki dalam dunia yang berpenghujung ini.Cinta beliau kepada Tuhan,hingga mengabadikan seluruh usianya untuk mencintai TuhanNya.Ketika ditanya mengapa dia tidak mahu berkahwin,"aku bimbang perkahwinan aku nanti akan menjadi batu penghalang kecintaan aku kepada tuhanku".Betapa agungnya cinta suci itu..
Di suatu pagi selepas subuh,bertanya Nabi akan Harisah ra;
"Bagaimana dgn imanmu semalam?".
"Aku mendapat iman yang hakiki?".
"Bagaimana begitu sekali Harisah?".
"Ya,aku berpuasa di siangnya,lalu di malam hari aku berjaga malam untuk menghambakan diriku.Aku bersolat dengan penuh khusyuk.Ketika solat aku seakan-akan terdengar penghuni neraka meraung-raung,dan kekhusyukanku hingga terbayang rupa syurga di depan mata".
"Mudahan kamu dapat beristiqamah dengan amalammu..."
Bukankah ini cinta yang hakiki?.Aku sendiri tak tahu bagaimana dgn cintaku?..Aku tinggalkan soal CINTA dgn tanda "?" untuk kita sama-sama menelek rupa cinta kita.Mungkin ada sambungannya di BICARA CINTA 2 nanti,InsyaAllah.
ILHAM HAMDANI at 19.11.02
Assalamualaikum,
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam genggamanNya, bau mulut orang yang sedang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan iaitu: Apabila dia berbuka puasa, dia gembira dengan waktu berbukanya dan apabila dia menghadap Tuhannya, dia gembira dengan amalan puasanya. (Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).
---------------------------
Lewat panggilan aku ke Msia malam ini,aku dikejutkan dgn berita kematian-jiran sebelah telah pergi menyahut panggilan Ilahi, "Innalillah hi wainna ilaihiraji'un..".Begitulah adat manusia.Yang datang,akan pergi dan yg tinggal dan terus abadi hanyalah Allah!!.Pernah pujangga bersuara,"kalau kau cinta akan bunga,bunga akan layu.Kalau kau cinta pd manusia,manusia akan pergi.Tetapi,kalau kau cinta kpd Allah,Dia sentiasa hidup dan akan terus abadi ".
Aku mmg agak "shock" dgn berita itu.Memang,kematian bukan sesuatu yang dipinta-pinta,dan kematian jua tak ketentuan tarikh tibanya.Ketika suara di hujung corong telefon sana memaklumkanku musibah itu,pantas memori menangkap wajah wanita awal 50-an yang penuh dgn nilai keibuan."Cik Nor,akhirnya janji Allah pdmu dtg jua.Mudahan engkau tenang di sana dan bersama dgn golongan para Solihin.Amin..!!.."
Dan tentunya Shahirah,anak gadisnya yg masih di awal usia 4 tahun(kebetulan sama dgn tarikh lahirku-11.04) akan tertanya-tanya dan tidak mengerti tentang bondanya yg mungkin "tidur lama".Ahh,sedihnya!!. Tapi, begitulah.Kematian sesuatu yang meruntun jiwa,menghiris hati..tapi ia akan pasti dtg.Esok,atau lusa..yg pastinya dia akan datang.Cuma,kekadang kita yang terleka,terlupa atau mungkin sengaja menghindarikan ingatan kita pd kematian.
"Sesungguhnya org yg paling beruntung ialah org yg sentiasa mengingati mati.."
ILHAM HAMDANI at 18.11.02