Saturday, November 30, 2002

Assalamualaikum,

Lama gak tak menulis kat blog aku nih,setelah aku meninggalkan korang semua dengan citer cinta pertama aku.Dah baca ker?Any comment?.Bila tengok aku mentionkan nama awek tu kat situ,kulat terus sound aku.."eko tak takut sue ngamuk ker?..".Huhahha..soalan menarik..!!.Marah tu tanda cemburu,cemburu itu tandanya sayang..!!.

Menyambut Hujung Ramadan

Petang Jumaat,kami iftar ramai-ramai.Memang meriah sgt.Dan aku suka,amat suka dengan keakraban kami yang begitu.Qusai,isteri dia dan anak dia datang bawak masakan Jordan,pastu bro Syafiq lak datang dengan isteri dia dan dua anak dia,Ehsan&Hamzah(utk kawan-kawan, boleh aku minta tolong something tak? "tolong jgn nampak sabetsu sgt antara Hamzah dan Mohanad.Aku harap korang faham,kay!!).Bawak pulak kari Pakistan.Perhh.. sedap..!!.Kul 8 gitu,kohai-kohai aku yang kat Mito lak datang sekali.Datang bawa benda gak,bawak perut yang kosong..huhahaha..Tak per,tak per.Aku tak kisah,asal korang datang,tambah meriah suasana pun..aku dah cukup rasa terharu.Kohai pompuan aku yang dua org pun datang gak.Terima kasih hangpa semua.

Iftar,sembahyang maghrib reramai,baca Al-Quran reramai.Pastu rehat,makan lagik. Sembahyang Isyak, terawih..pastu makan lagi.Pastu lepak,sembahyang Qiamullail yang setiap 2 rakaat 20 minit.Pastu rest,minum teh.Baca Al-Quran balik.Sembang,main kuiz.Pastu dah ramai yang tumbang sorang demi sorang..hehe..Aku tidak,aku kuat.!!. "Kekuatanku adalah bersandarkan kekuatan yang dipinjamkan Allah,Alhamdulillah..".Memang best,dan terasa suasana ukhuwah Islam.Begitulah kami reramai,sampai ke terbit fajar.Lepas jemaah subuh, semua mula buat kuak lentang...

Sabtu,aku bawak kohai-kohai gi beli ayam.Langsung gi kosen kohai aku yang sorang lagi, Najmi.Dah lama tak jumpa dia.Terus angkat dia datang Hitachi sekali.Join kitaorg.Sama cam Jumaat,isyak,terawih.Moreh sesama.Pastu layan main risk..ish..ish..apa nak jadi nih..(waaa..!!).Pastu gi bersahur kat Cocos sama-sama.Best dan aku suka..!!.

Then,hari nih Ahad.Kami akan iftar lagi berbuka jap lagik.Berbuka ramai-ramai jugak.Kali nih akan ada tambahan dari SriLangka lak,bro Rames.Tambah meriah lah.Dan tentunya tambah sendat lah perut aku..huhahha..Plan utk malam nih,malam ke 27 sampai pukul 12 malam jer,sebab esok masing-masing ada kelas.Tak leh nak lanjut sampai ke fajar,kang nanti ramai pulak yang buat taik mata dalam kelas..hehe..

Seorang Aku..

Aku suka dengan hujung minggu kali nih.Bukan pasal aku boleh makan free dan sedap,tapi pasal persaudaraan..!!.Aku rasa bahagia bila tengok ramai sahabat datang.Yang tua dari aku ada..Qusai,Syafiq,Rames..dan isteri-isteri diaorg.Umur mereka layak utk bapa dan ibu sedara aku kat Msia.Yang baya adik aku pun ada.Rashdan,Kulat,Musa..
Syed,Apek,Maru,Poji. Yang kecil comel,buat seisi keluarga besar nih sengih tak kering gusi pun ada..Alhamdulillah,aku rasa inilah suasana yang aku inginkan kat sini.
Keluarga besar yang bahagia..

Aku bahagia.!!.Entah lah,mungkin pasal aku datang dari keluarga yang besar dan akrab. Maka,aku sentiasa rindukan keakraban yang aku tinggalkan sementara di Malaysia tu.Lama aku mencari bahagia yang sedikit tersirna itu,hinggalah ia makin makin menjelma lewat setahun ini.Taktau lah aku nak citer bagaimana..aku sebak gak time menulis nih..serius.. Terasa nak meleleh jer..Aku tak pasti,aku di persimpangan.Emosi ini hadir lantaran demam raya,atau hakikat saudara..??.Tetapi.aku lebih kuat dengan rasa persaudaraan..!!

Keluarga aku agak besar.Adik-beradik ayah aku ada 5 beradik.Dan semuanya aku anggap cam abah dan mama aku sendiri.Mungkin pasal aku dibesarkan oleh tuk ayah dan opah,maka aku pun rapat dengan diaorg.Air tangan diaorg lah yang menjadi sebahagian dari darah daging.Cubitan dan sesekali mungkin libasan rotan MakNdak menyedarkan aku erti ilmu.Caring dari Makwa membuahkan erti sayang.Moral support maksu menjadikan aku tegar untuk menongkah cabaran hidup.Sepupu-sepupu adalah
kawan,dan musuh dalam perjuangan mengejar segulung ijazah.."hang tengok tu,Abg Di hang..dah jadi doktor..abg rin hang..abg jam.."..Ya,mereka adalah musuh ku..
Terima kasih untuk kalian andainya kalian tersesat ke jurnal aku nih..!!.

Ya,kami memang rapat.Sakit engkau adalah keperitan untuk diriku.Kesenangan keluarga engkau adalah tawa dan senyum bahagia untuk aku.Begitulah.Walaupun hidup kami tidaklah dimewahkan dengan dunia,tapi kami tidak papa dengan kasih sayang dan erti sebuah akrab.Dan aku?Didodoikan dalam buaian sebuah keluarga besar yang bahagia..!!.

Lalu,aku jadi seorang yang rindu dengan suasana yang bergelak-ketawa,bahagia..!!.Sebab tu,aku tak kisah keluarkan duit sikit utk arrangekan makan-makan ker kat sini.Paling tidak,beli buah limau ker epal sebungkus ketika pertemuan di surau.Bukan apa,bukannya sebab aku kaya,bukannya aku nih baik sangat..tidakk..Tetapi, aku hanya menanamkan mesra dan rapat.Harapannya,ketika aku bangun esok hari ..aku bisa menuai buah kasih sayang yang aku idamkan itu.. .Then,that's all..!!



ILHAM HAMDANI at 30.11.02

Thursday, November 28, 2002

BICARA CINTA 2
Nakanarusawa Height
1347,29112002

Assalamualaikum,

Cinta Pertama..

Entah di mana benarnya kata pujangga,"First love will always live until the day of your die".Cinta pertama sentiasa akan hidup sehinggalah anda menemui kematian anda..!!.

Kalaulah dilonggokkan persoalan itu kepadaku,kalaupun aku tidak tegas membalas "YA",paling tidak aku membisikkan sebuah angguk,tanda bersetuju dengannya.Ya,first love aku yang telah berusia 17 tahun itu terus hidup sebagai sebuah kenangan yang cukup manis.Kenangan yang harganya mungkin melampaui harga mahligai PutraJaya..huhahhaa.. Dan,andai dikatakan firstlove aku itu sebuah mimpi,maka tentunya mimpi itu mimpi kayangan..!!.

Aku Merenung Dari Jendela Waktu

Janatun Munira binti Ibni Hajar,nama itu terus terpasak kukuh di ingatan biarpun kenangan itu sudah diseliputi debu waktu.17 tahun bukan suatu jangka masa yang dekat dalam diari seorang aku.Di tadika berkenalan,lalu jadi cinta pertama.Sekolah rendah bersama,masa untuk menganyam cinta diam-diam.Berpisah ketika sekolah menengah.Berpisah makin jauh ketika aku menyambung kembaraku di UM 2 tahun,dan dipisahkan pula oleh laut yang luas ketika aku bertapa ke sini.Tetapi,cinta pertama itu terus hidup,hidup sebagai sebuah kenangan..!!.

[ note : aduh,jam dah pukul 2:06 minit nih,kelas English aku pukul 2:20.Kacau daun betul..!!. Baru sedap nak feel in love..huhaha..Takkan ler aku nak poteng lak.Kalau ekoorg minat nak tau camne aku boleh fall in love,cinta pertama lagi tu..tunggguu...!!Menarik ..serius menarik..Cinta budak tadika,bayang tengok lah..huhahhaa..Gi kelas dulu ya...]

[ note II : aku mulai menulis kembali setelah pulang dari kelas English.Entah lah,aku bergelut dengan masa,nak berbuka puasa..i'll try my best..!! ]

Ya,kenangan itu masih berbekas ingatannya.Ketika tu aku kat tadika,6 tahun lah kan. Bayangkan lah tengok,punya lah mudanya aku masa tu.Itulah cinta monyet namanya.. ahaks..Aku tadika kat SKDK gak,kat tepi ladang getah.Pepagi,tuk ayah aku yang hantar gi kelas.Dah lah selalunya lewat lak tu.Time rehat lak,main pelaga biji getah.Korang tau ker main laga biji getah nih?Haa,time laga biji getah nih keluarnya bermacam-macam nama dewa biji getah..tuk maket lah,tuk kura lah..tuk rimau lah..nasib baik takder tuk nenek..huhahaa..

Itu permainan tak rasmi kat tadika.Kalau yang rasmi,yang cikgu incharge pulak,main Pukul Berapa Datuk Harimau,Tibai Lalat,Nenek-nenek si Bongkok 3,dan macam-macam lagi lah.Dah tak berapa nak ingat dah aku.Dan itulah aku dengan cinta pertama.!!

Aku masih ingat.Masa tu kecik sgt lagi.Gi tadika dengan baju Ladybird,tak pun baju KittyCat. Berseluar pendek.Tapi,masa tu lah masa yang paling best.Takyah nak ingat segala caca-marba dunia.Gi sekolah,time rehat main gelongsor,tak pun main buaian.Dan dari situlah aku mulai menganyam rasa kasih dengan seorang gadis.

Di suatu masa waktu rehat.Aku beli 2 keping wafer vanilla.Satu utk aku,dan satu lagi..utk gadisku.Murah jer wafer masa tu,5sen kalau tak salah aku.Lepas beli,aku kasik lah dengan JMBIH nih.Dan dia dengan malu-malunya terima.Yahoo..!!.("Dunia ini ana yang punya "-soundtrack ini adalah ihsan dari Pramlee dari filem Madu3.. hehee..).Lepas jer terima wafer dari aku,dia terus lari ke bilik sebelah,kelas.Sedangkan aku lepak main plastersink kat bilik mainan,malu lah aku nak ikut bontot dia.(kelas tadika aku ada 2 bilik,satu utk kelas..dan satu lagik utk bilik mainan+bilik makan..).Aku pun selamba lah,layan main plastersink,takpun main LEGO(alah,yg pasang-pasang cam LEGO,tapi idak ler nama LEGO..jenama kg punya laa..hehe..)

Beberapa minit kemudian,dia datang semula kepadaku.Apasal lak nih?Takkan lah nak ucap terima kasih lagik kot?.Aku confuse.

"Cikgu Norma nak jumpa awak.."

What?Cikgu Norma nak jumpa aku?Takkan ler dia citer kat cikgu lak kot aku kasik wafer, merangkap nak ngorat dia?Aduhai..!!Haru..kacau nih..!!.Aku dah start gelabah. Tapi,aku tak terus pergi.Aku terus lepak main plastersink.Dok kejap,dia datang lagik..panggil sekali lagik.Takut punya pasal,aku tak mau pergi jugak.Kepala dah serabut nih,"alamakk..cikgu tau aku nak ngorat dia lah.mampuih aku..".Kali ketiga,cikgu aku datang sendiri."Memang kantoi betul ler kali nih..",bisik aku.Rupanya cikgu nak pulangkan buku latihan.Aduhaii..buat suspens jer..lemah lutut eden..!!.

Banyak lagi kenangan antara aku dan dia.Sama-sama mewakili masjid aku dalam pertandingan Musabaqah Al-Quran dan ayat hafalan.Aku kalah,dia dapat masuk sampai peringkat akhir.Jumpa masa kat bendang,time opah aku buat tembakau.Ya,aku masih ingat.!!.Masa tu time org masukkan air ikut batas tembakau,aku punya baik dok berenang di celah-celah batas tembakau tu(best oo..budak-budak kecik ler katakan!!).Sekali entah macam mana dia datang ngan nenek saudara dia.Berdegup jantungku..cewahh..Senyum malu.Tapi,esok kat sekolah tak berciter apa pun.Kiranya cinta kami nih cinta senyap-senyap lah.

Pastu lagi,kami sama-sama ikut emak sedara masing-masing gi rombongan sekolah ke Pantai Merdeka.Pun tak bertegur-sapa.Malu beb.!!.Dan last sekali,part yg still buat aku confuse sampai hari nih,"betul ker aku terbuat gitu ngan dia..".Masa darjah 6(time nih aku dah tak baik ngan dia,sebab ada awek baru..huhahha..cinta monyet,cinta monyet..!!),ada sorang member aku yang jahat,gi curik baca diari dia..pastu salah satu dari tulisan dia..dia mention aku cium dia..!!. .Entah bila lah?.Bila aku fikir-fikir balik,mungkin ada kot.Tapi,tercium lah kot.Ada budak laki yang tolak aku.Maybe time tu face to face,dan melekatlah bibir aku kat muka dia.Kot???

Akhirnya cinta kami berakhir bila berakhirnya zaman sekolah rendah.Aku masuk sekolah SBP,dan dia masuk sekolah agama perempuan.Sesekali selisih atas bas masa pulang bercuti pun,tak bertegur sapa.Sebabnya,aku lelaki pemalu..huhahaha..Dan sejak itu,aku makin lost contact ngan dia.Dengar citer,lepas SPM sikit,dia dah kawin. Mungkin hari nih sedang bahagia dengan suami dan anak-anak.Aku?Aku masih macam dulu,melastik ke bulan,mengintai puteri idaman..

Dan kenangan cinta pertama itu terus terakam dalam kotak memori aku sampai bila-bila.





ILHAM HAMDANI at 28.11.02

Wednesday, November 27, 2002

KITA NYAHKAN ROH ATTARTURK 2

Angin kebenaran yang ditiup Erbakan pantas dicantas tangan-tangan sekular.Natijahnya,1997 Erbakan dan kabinetnya ditendang keluar dari tampuk kuasa.Dan sejak itu,diari seorang Erbakan kian perlahan di dada politk Turki selari dengan usia 70-an beliau.

Tetapi,begitulah."Seorang pemimpin yang baik akan dapat melahirkan seorang lagi pemimpin yang lebih baik dari dirinya". Dan itulah Erbakan.!!.Turki tidak sunyi dengan tokoh terbilang.Lalu,muncul tokoh baru.Raccep Tayyip Erdogan dan angkatannya, serpihan dan anak didik Erbakan dan Parti Kebajikan yang hilang.


Kematian Parti Kebajikan Erbakan tidak menguburkan roh Islam di Turki.Api yang dimulai Erbakan,tidak padam.Bahkan ia hanya menyusur di bawah sekam.Ketika detik bertukar menjadi masa,ketika itulah bara di bawah sekam akan menghanguskan padi sekular ciptaan Attarturk yang hampas itu.Dan itulah resam politik Islam Turki.

Setelah hampir 60 tahun roh Attarturk bergantungan di dada rakyat Turki yang tersepit,maka pada penghujung Oktober 2002 rakyat Turki mula mennyahkan roh Attarturk.Lalu,rakyat Turki mulai mendewasakan Islam dalam buaian suasana Turki yang mengidam untuk berkeluarga bersama EU.

Tetapi,"Erbakan jr" belum berkuasa penuh lewat puisi Islamnya menusuk jiwa rakyat,meresah minda penjarah.Hari ini,Abdullah Gul ekonomis yang bernaung di bawah telunjuk Erdogan ditakhtakan sementara sebagai PM bagi menantikan pemimpin yang sebenar, Erdogan buat melestarikan warna Islam di dada Turki yang lama.

KITA NYAHKAN ROH ATTARTURK
Melihat angin baru sudah datang,
Dunia sudah jemu,
Mereka sudah sedar,
Tidur lama sejak Attaturk hina sudah berakhir,
Bangun,
Untuk mencari Islam yang jagat,
Bangkit,
Menguburkan bangkai sekular.

Potret Attarturk sudah lama para Turki turunkan,
Jasadnya sudah lama para Turki semadikan,
Namanya sudah lama para Turki tintakan dengan dakwat hitam,pekat.

Beransur lalulah angin sesat yang lama itu,
Meninggalkan ruang untuk bayu Islam,
Lalu,
Berdendanglah angin keamanan,
Irama keadilan sarwajagat.

Dunia menanti penuh debar,
Islam mula mendaki tangga hati insani,
Aku,kau dan dia adalah para saksi,
Erdogan dan para Turki,
Menunaikan janji mereka,
Kepada tuhan mereka.


ILHAM HAMDANI at 27.11.02

KITA NYAHKAN ROH ATTARTURK 1
Teratak Nakanarusawa
0054,28112002 23 Ramadan alKarim

Kecewa.Mungkin itu satu konklusi yang tepat dan berisi untuk menceritakan isi hati aku lewat ke"absen"an aku untuk terawih pada malam 23 di surau.Selepas berbuka tadi,langsung aku tertidur.Diamuk kantuk tahap tertinggi,agaknya.Pukul 10 malam baru tersedar. Aku sembahyang sendirian.

------------------------------

Aku dan sebuah politik
Entah lah.Kalau orang tanya kepada aku,"sejak bila eko minat politik nih?".Aku pasti gagal untuk memberikan jawapan yang tepat,mungkin sama seperti kegagapan aku menjawab soalan-soalan lisan ketika kelas eksperimen aku siang tadi.Tetapi seingat aku,ketika PilihanRaya Oktober '90 aku sudah mengenal apa itu politik.Ya,mungkin itulah catatan yang terawal yang mampu aku berikan,seawal usia aku yang masih hingusan 11 tahun.

Kalau disoroti susur-galur keluarga,langsung tidak ada di kalangan kerabat ku yang terjun dalam bidang politik.Kalau setakat tukang tampal poster,takpun politik secawan kopi di kedai mamak tu mungkin ada.Tetapi,politik dalam erti kata yang sebenarnya.Menjadi calon parti politik contohnya,atau paling tidak memegang mana-mana jawatan dalam parti politik.Hampir-hampir tidak ada.!!.

Lalu bagaimana aku boleh cenderung kepada politik itu?.Aku mula mengkoreksi diri.Ya,mungkin minat ini lahir dari refleksi suasana masyarakat.Aku benci kepada ketidakadilan,injustice social!.Aku jijik melihat kepincangan,dan kebobrokan dalam pentadbiran.Dan mungkin aku suka berdamping dengan teman-teman,apatah lagi yang terhimpit dengan kesusahan.Dan jauh di satu sudut yang paling kecil,aku bercita-cita untuk melihat cahaya Islam kembali mewarnai roh alam.

Lalu,gabungan inilah mungkin yang menbentuk seorang aku yang minat kepada politik.Lalu jalinan faktor inilah mungkin yang memagnetkan mata aku untuk menghayati tulisan-tulisan berbaur politik.Apatah lagi aku dibesarkan dan dimatangkan dengan suasana terpisah dengan keluarga,yang mencabar erti berdikari,yang menjentik kelangsungan tindakan dan keputusan.Dari situlah aku merangkak,mengenal alam politik.

Turki yang Kukenal
Dalam buku Sejarah,aku sudah dikenalkan dengan Mustaffa Kamal Attarturk.Tetapi aku mengenali si La'natullah ini dari kaca mata seorang barat.Lalu,aku mengenali dia sebagai seorang hero,mengagung dia sebagai seorang negarawan yang harus kujejaki langkahnya.Aku tertipu.Dan memang benar kata Hukamak,"apabila yang hak menjadi terang,lalu akan hilanglah kebatilan".Mujur aku tidak terus tenggelam dalam kejahilan.

Berkelana 2 tahun di UM memberikan ruang yang lebih lebar untuk aku kenal dengan dunia Islam yang jagat.Aku mula mengenali tokoh-tokoh yang harus kenali dek keIslaman mereka.Aku mulai mengenal Hassan AlBanna,Fateh Yakan dan beberapa nama lain. Walaupun perkenalan itu cuma di atas helaian buku dan naskah bertulis,tetapi aku percaya perkenalan itu atas niat agama.Oh ya,aku mulai mengenal satu nama lain buat mengisi kekosongan Attarturk yang hina itu-Necmettin Erbakan.!!.

Dalam perlahan,aku mulai mengkaguminya.Seorang yang berlatar-belakang engineer sepertiku,tetapi tangkas dengan buah catur politik.Seorang yang hidup dengan makmal sains dan kimia,tetapi denyut nadinya berarus lunak dengan ayat-ayat Allah,aula seorang ulama sejati.Itulah Erbakan yang kukenal,pemimpin utama Parti Refah Turki dan kemudiannya diharamkan kerajaan. Namun, pengharaman itu tidak mampu memadamkan iltizamnya,dan Erbakan muncul lagi dengan Parti Kebajikan.Disember 1995,seluruh rakyat Turki memashyurkan Erbakan sebagai PM Turki.

Tetapi,begitulah.Kebenaran sentiasa dicabar dan tercabar.Terpenjara,terbuang,bahkan terbunuh dan dibunuh adalah mainan dan sepak terajang perjuangan.Teringat aku dengan kata keramat pimpinan Ikhwan,"Memenjarakan aku samalah engkau memberikan rehat untuk beruzlah. Membuang negeri,bagaikan engkau memberi aku tiket melancong percuma.Dan membunuhku, adalah pembuka peluang untukku bertemu dengan Kekasihku".Ah,begitu agung dan sejatinya suatu semangat yang hakiki.!.






ILHAM HAMDANI at 27.11.02

Tuesday, November 26, 2002

AKU MEMANG TERLEWAT
University Information Center
1122,27112002

Assalamualaikum,

Mesti korang musykil kan,asyik-asyik Heading dgn TERLEWAT jer,apsal nih?.Haa,itulah pasal.Nih nak cerita nih.2 hari aku nulis pasal CATATAN YANG TERLEWAT,dan hari nih mmg aku terlewat gi kelas betul.Hampeh betul!!

2 hari yg terdahulu,memang takder lewat mende pun.Aku just lewat menulis dlm blog nih jer.Tapi,hari nih kelewatan aku menimbulkan keributan sendiri.Aku lewat gi kelas,kelas eksperimen lak tu.Haru!!.Haru..!!.Kelas eksperimen nih dah ler wajib.Tak gi,memang akan kantoi lah aku.Dah tu,taktau lak kat mana tempat dia.Haru kuasa tiga betul lah aku hari nih..!!

Lepas sahur campur subuh semua.Aku ngadap internet sat.Sajer.Manalah tau kot-kot ada peminat hantar email ker,kad raya ker.Kalau ada,tentu pagi tadi akan jadi pagi yang ceria utk aku..huhahaha..Tapi,ramalanku TIDAK benar belaka.Dah takder mende yg best,aku layan baca paper jer.Tengok gambar bebudak obesea hantar gambar raya.("Kulat,bila eko nak hantar gambar raya nih..tension betul aku!!).Pukul 6 gitu,aku tidur balik.Malas aku nak tunggu sampai ke pagi,then gi kelas.Sebelum tidur dah set alarm kat ketai,8:15 pagi.TV pun aku set alarm gak,kul 8:25 gitu.Bayang tengok,punya semangat dan alertnya aku utk ke kelas eksperimen hari nih.

8:15 pagi,ketai aku pun bunyi.Alah,nama pun alarm.Tak akan mengelat punya lah.Alarm bukannya org,dan offcourse orang juga bukan alarm.Alarm,kalau dikunci pukul 8:15,takkan lajak ke 8:16 punya lah,InsyaAllah..kecuali bateri alarm eko kong.Haa,kalau bateri punya pasal,langsung tak bunyi lah...huhahaa..Bunyi alarm jer,mata terbuka,cantik!!.(aku mmg pesen tu tau..senang jer nak jaga nih..takyah tunggu sampai simbah ngan air sebaldi punya.Tambah-tambah lagi kalau bunyi telefon,lagi lah cepat dia punya tindakbalas..kes kaki gayut agaknya nih..tidakk..!!).

10 minit kemudian,TV lak automatik on.Pagi-pagi mana ada cerita brest(<=BEST : BREST ini adalah perkataan terbaru yg diluluskan oleh DBP kat tempat aku,merujuk kpd best..Jgn marah aa housemate!!).Pagi-pagi cam selalu,dari siaran NHK,FujiTerebi,dan semua-semua lah,berita,berita dan berita.Tiada yang tidak berita,melainkan berita-berita belaka.Mata aku masih malu-malu untuk buka 100%.

"lepak sat lah,jap gi pukul 8:30 bangun lah.." .Tengok,bulan-bulan puasa yang mulia pun ada syaitan yang nak menghasut.Last-last termakan hasutan gak.Terlelap sat.Dan sedar-sedar semula...jeng..jeng..9pagi..!!

Aduhh,kelas eksperimen aku start kul 9.Mana nak sempat nih.Tak sempat nak mandi dah.(alamak..kantoi nih!!).Basuh muka semua belaka-belaka..capai beg,cabut!!.On the way,sebelah pegang handle basikal,sebelah mendail nombor member Jepun aku.Tanya kelas eksperimen kat mana.Dia pun tak reti nak terang dgn tepat.Tapi,kira ok lah.Dari penerangan dia,aku boleh agak-agak("u'r a very kind of person,mr komatsu").Itupun setelah aku tersesat 2,3 kali .Kan aku dah kata, pagi nih memang bukan pagi yang ceria,tetapi pagi yang haru-biru sebenarnya.("sabar aja lah")

Akhirnya,setelah 5 minit dan separuh give-up,aku berjumpa gak ngan group eksperimen aku."yatta".Siap sempat tersengeh lagi. Taktau lah members tu perasan ker tidak.Peduli apa.Syukur!!.Rupanya eksperimen tak mula lagi.Sebabnya?Sebab aku lah.("very bad of me?!").Sensei tak mau mulakan lagi,dia tunggu cukup korum baru nak terang sekali harung.Rasa bersalah lah pulak,disebabkan kelewatan aku,teman-teman yang lain turut ditimpa tempias.("gomennasai").

Keharu-biruan pagi Rabu tak berakhir kat situ rupanya.Sepanjang kelas eksperimen yg habis cepat hari nih tu(sepatutnya 2 period,tapi memandangkan takdo eksperimen..dia lebih kpd teori..so,just ambil masa 1 period jer.Selamat satu bala..hehe),beberapa soalan yang diajukan ngan aku,langsung tak leh nak jawab.Tak terkuar jawapan dia.memang blank giler.!!(bukan giler jer,giler kuasa 3 ).Tertekan gak aku.Dah lah datang lewat satu hal,tak boleh nak jawab satu hal pulak.Memang tak brest betul.Sabar,dan sabar dan terus sabar.

Kelas eksperimen tu berakhir pukul 10:30 pagi.Lepas jer kelas tu,aku terus dtg IT Center nih.Kebetulan pun group aku memang nak ke sini,sebab ada benda nak kena copyright masuk floppy disk.Dah settle copy semua,terus aku meluahkan keharu-biruan aku hari nih utk kalian tatapi sebagai satu pengajaran.."kalau dah bunyi alarm tu,jgn nak gatai-gatai melelapkan mata lagi.Cargas bangun jer..ingat tu.."

Demikianlah kisah seorang aku di pagi Rabu.Jumpa lagi.Calos..assalamualaikum



ILHAM HAMDANI at 26.11.02

Monday, November 25, 2002

DI MEDAN SELERA MITO INI
Teratak Nakanarusawa
1232,26112002/21 Ramadan alKarim

Assalamualaikum,

Usai 2 hari aku dan teman anak Malaysia yang lain (aku tidak bisa menggunakan "anak melayu" kerana kedapatan beberapa kerat anak cina bersama kami.Ya,anak cina yang kekadang membangkitkan nafsu amarahku.Dan sekali lagi kemarahanku adalah refleksi dari injustice social ) berkampung di OpenDay University,lalu dalam keadaan yang separuh penat aku mulai mengait kata untuk aku jahitkan sebuah tinta menangis yang bernama DI MEDAN MITO INI



Di Medan Selera Mito ini,
Seorang aku,
Menjual sebuah senyum,
Membeli sebuah hati,
Menambah kantung untung.



Di Medan Selera Mito ini,
Melihat,
Bangsa depan Jepun yang kecundang,
Mencongak,
Riak kecewa bangsa,
Asia untuk orang Asia.



Di pentas medan ini,
Anak betina,
Terkinja separuh bogel,
Tanpa malu rasa terhina,
Jantan yang hilang jantan,
Lalu,
Berkeleklah yang jantan yang betina.



Lalu,
Di sinilah,di medan inilah,
Menjadi medan keruntuhan,
Satu bangsa Jepun yang menangis,
Disinilah mulai sendu tangisnya,
Di Medan Selera Mito ini.


ILHAM HAMDANI at 25.11.02

CATATAN YANG TERLEWAT 2
1921,selepas maghrib 21 Ramadan alKarim
Teratak Nakanarusawa

Assalamualaikum,

Ya,aku baru sahaja sampai semula ke rumah.Di dalam gerimis yang mengundang.Hari ini berjalan sendirian aku ke kelas,hujan yang merengek manja sejak semalam itu memaksa aku menapak ke sekolah.Ketika melewati barisan icou kuning yang sudah semakin banyak gugur daunnya lalu meninggalkan batang dan rantingnya yang togel,aku disapa dengan selamat malam yang agak aneh."seramat maramm ".Ini mesti bukan budak Melayu nih,pantas minda aku menghakimi sapaan tadi. Ya,betul.! Bukan budak Melayu. Tamura,rakan sekelasku yang berbasikal.Lalu kami beriringan separuh perjalanan,lalu berpisah di persimpangan.

------------------------------------------------

Sabtu,Ahad adalah dua hari yang aku antara rela-paksa menjual sebuah senyum untuk membeli sebuah hati.Ya,aku dan teman Malaysia yang lain membuka Gerai Malaysia di OpenDay University.Membuka gerai Malaysia,bererti menjadi Duta Malaysia.Menjadi Duta Malaysia bererti,maruah dan nama baik Malaysia adalah tertanggung atas batu jemala anak-anak Malaysia yang bernama aku dan kawan-kawan.Dan demi sebuah nama yang baik,dan sedikit untung aku menjual sekuntum senyum,demi untuk memenangi sebuah hati.Sebuah hati pelanggan,seketul hati milik pembeli,"buyer always be a king"

Aku?Sudah seakan menjadi sesuatu yang wajib sejak 4 bulan yang terkebelakang ini menu popia akan menjadi bidang yang diamanahkan untukku.Tercampaknya aku ke Jepun ini mengenalkan aku betapa nipisnya kulit popia.Tetapi aku percaya,kekadang iman aku lebih nipis dari kulit popia itu,apatah lagi di bulan Ramadan yang banyak mencabar kukuhnya sebuah iman.Kehadiran aku ke Jepun jua mentakdirkan aku merasa bahang panas gorengan kulit popia.Kalau tak datang ke sini,memang mati hidup balik pun aku tak buat popia.!!

Banyak lagi yang kami jajakan sepanjang pesta itu.Roti jala,karipap,cekodok yang berperisa cucur keria,kuih cara,semunya kami jaja di situ.Menjaja makanan Malaysia adalah menjaja nama Malaysia.Aku sendiri, berbaju Melayu ungu muda dan bersongkek hitam.Semuanya keranamu Malaysia.!!

Dan sepanjang dua hari itulah aku dan teman-teman yang lain menjual sebuah senyum.Ya,kekadang senyuman yang aku jual memang benar-benar ikhlas,datang dari hati.Tetapi tak kunafikan jua ada senyuman yang terlahir itu datangnya hanya sekadar terhias di bibir,tak datang dari lubuk dalam.Itulah hakikatnya.

Seawal jam 10 pagi kami sudah berkampung di situ.Sejuk dingin awal "winter" tak peduli,demi menggayakan baju melayu dan songket.Biar merana asal bergaya..huhahaha..Menggoreng kuih,menarik pelanggan,menggoreng semula,bercerita tentang kuih kepada pelanggan ..dan begitulah sehinggalah tibanya "stop watch"-berbuka puasa.Bila sahaja masuk maghrib,makan apa yang masih bersisa,kemas segala barang dan pulang dengan keletihan.







ILHAM HAMDANI at 25.11.02

Sunday, November 24, 2002

CATATAN YANG TERLEWAT 1
1600,sebelum maghrib 20 Ramadan alKarim
University Information Center

Assalamualaikum,

Rabu,Khamis,Jumaat dan terus bersambung-sambungan sehinggalah hari ini,mujur aku bertemu dengan kesempatan.Lalu terhindarlah bandarsepi ini dari terus membisu seribu bahasa.Syukur pd Tuhan atas kurniaan masa

"Demi masa,sesungguhnya manusia(<=INSAN=lupa/lalai) ini didalam kerugian,kecuali mereka yang beramal soleh,dan berpesan-pesan tentang kebenaran dan kesabaran".

Rabu dan Khamis-Aku tergelut utk membuka sebuah bandar baru,atau mungkin lebih molek- .newtown of BandarSepi. Itupun atas cabaran seorang teman yang bernama "eko".Tq sekali lagi utk teman yg bernama "eko".Apakah manusia semuanya begitu?Tak puas dgn yg satu,lagi mencari dan berusaha utk yg baru?.Belum pun BandarSepi yg ini kubangunkan sepadatnya,belum batuasasnya berdiri kukuh,sudah mahu berpindah ke bandar baru.

Adakah semua manusia bersifat seperti aku?Ketamakan atau kemajuan?Dan nyata,dewasa ini ramai yg menjadikan kemajuan sebagai topeng kepada sifat ketamakan mereka.

Regim US,dengan bertopeng kpd keadilan sejagat,polis penyelamat dunia telah menjadikan Agfan,Iraq dan banyak lagi sebagai mangsa.Ya,mereka telah meng"kambing-hitam"kan Humanisme utk menyembunyikan ketamakan, kerakusan dan kedurjanaan mereka utk berkuasa di Iraq,di Afgan.Berkuasa di Iraq bererti mereka menguasai aset minyak yang kedua tertinggi dunia setelah Arab.Bermaharajalela di Afgan bermakna, mereka akan me"lombong emas" di sana.Dianggarkan tersimpan hasil gas asli yang masih belum diterokai di sana.Ah,manusia.Menggunakan topeng-topeng yang pelbagai demi melindungi wajah syaitan mereka!!(note : dibaca dgn tone amarah !!!)

Maaf,aku sekali lagi tenggelam dalam ombak emosi.Mungkin aku dilahirkan begitu-"born to be an emosional person".Dan,aku memang dan mungkin agak terlalu emosi bila lagi menyentuh soal yang jagat-INJUSTICE SOCIAL.Maafkan aku.!

Dan sedari dulu,awalan usia 12 tahun aku sudah terbiasa dgn sifat emosi,memberontak mungkin,bila aku dihadapkan dengan ketidak-adilan.Ya,ramai pernah kena dengan "penangan" emosi aku ini.Aku bukan bangga sebenarnya,cuma menyorot sejarah silam.

Seorang ustazah,tertunduk malu.Bukannya salah apa,aku geram,tak puas hati dengan "penipuan" yang cuba dilontarkannya dalam pertandingan kuiz agama.Seorang wanita yang bernama ustazah,pada hari itu duduk di belakang pembaca soalan kuiz agama merangkap hakim pertandingan.Ustazah jua seorang tukang jaga masa.

Bila sahaja soalan yang berbentuk objektif ditujukan utk anak didiknya(lawan aku), seorang ustazah itu akan menggeleng-geleng bila bukan jawapannya.Dan respon anggukan untuk jawapan yang betul.Anak didik yang di barisan hadapan,lalu menjawablah mengikut kepada anggukan atau gelengan seorang ustazah itu.Inikah keadilan dalam sebuah pertandingan?That's fair and square?

No,that was injustice!!.Lalu,didepan audien itu jua aku hamburkan laporan yang penuh nada memberontak.Dan merah malu seorang ustazah.Maafkan aku seorang ustazah.Mungkin aku terlalu mengikutkan amarah muda,tanpa ditimbangi dengan soal maruah dan harga diri.Maafkan aku seorang ustazah.

Pasukan SKDK ku tewas.Tapi,aku tersenyum dan puas dgn "justice reaction" ku.Biarlah aku tewas,asalkan maruah dan prinsipku tak tergadai.Samalah jua dewasa ini,rakyat Iraq mungkin tewas kpd Saddam dan kroni,tapi paling tidak mereka tidak tewas kepada pemangsa yang lebih syaitan!!.

Dan di situlah bermulanya amarah ke"gila"an ku.Seorang demi seorang menerima "penangan".Sekali lagi,ini bukan suatu catatan kebanggaan untuk ku warwarkan pada dunia,"Dunia,lihatlah seorang aku yg hebat!!".Tidak!!.Catatan ini hanyalah suatu munasabah,dan suatu koreksi diri sebenarnya.Dan catatan ini hanyalah suatu susur-galur sejarah untuk aku mencari jalan penyelesaian kepada emosiku yang kekadang tidak terarah itu.

Mudahan massa akan mendewasa-matangkan seorang budak muda yang bernama aku.

Maafkan aku teman yang bernama pembaca.Aku telah memaksa kalian untuk ikut tenggelam bersama dengan emosiku, mengembara dari Iraq yang caca-marba yang menyentap emosi hingga singgah pada penghujung usia kanak-kanak aku.Aku rasa tak wajar untuk aku terus mendodoikan kalian dengan lagu emosi.

Hakikatnya,untuk CATATAN TERLEWAT 1 ini aku ingin mem"frame"kan segala aktiviti yang berlangsung pd Rabu dan Khamis lewat ke"absen"an aku di BandarSepi ini,demi menjawab sebuah soalan,"Mana eko pergi nih?senyap jer BandarSepi eko?Apa dah sepi dilanggar garuda ker?".Yukk..kita kembali kepada permukaan realiti,jangan terlalu dirundung emosi.

Ya,aku telah cuba menyiapkan website aku sendiri.Tapi,tolong jgn tanya urlnya!!.Aku akan rahsiakan sehinggalah aku panggilkan sidang-media untuk aku umumkan kelahiran Bandar Baru BandarSepi.Tunggulah kad undangan aku nanti untuk kalian menjadi pelawat pertama aku daratkan di Dataran BandarSepi ku..("ahh..aku tenggelam dalam imaginasi lah pulak.." haru..!!)

Ya,banyak juga yang aku belajar tentang nak buat website nih.Sebelum nih tengok org lain jer buat website sendiri.Rasa macam susah, tapi bila mencubanya sendiri. Emm.. taklah payah sgt,cuma tak senang.( tak payah,cuma tak senang-"can't catch me?"). Dan esoknya,aku bercerita dengan seorang junior yang bernama kohai ( in Japanese KOHAI=junior=in BM? Aku tak jumpa satu patah perkataan yang dapat menerangkan maksud yang sama,mungkin yang paling dekat ADIK ."apakah BM terlalu tandus dengan perbendaharaannya,atau stor bahasa melayu aku yang kekontangan?") tentang pengalaman aku membuat website sendiri.

"Eko buat wesbite nih,sama gak cam eko buat litar elektrik tu.Apa yang eko nampak kat page website tu sama dgn yang eko nampak kat depan papan litar elektrik eko.Dah tu,arahan-arahan seperti < b >< /b > untuk memberikan bold dan < i >< /i> untuk italic pd tulisan webpage eko (sekadar beberapa cth,sebab aku pun tak berapa pandai lagi,huhahaha) adalah umpama belakang papan litar eko yg pastinya berserabut dgn sambungan wayar-wayar.Kalau tak betul sambungan,maka LED eko tak nyala kan?!.Sama gak ngan arahan website.Kalau tak kena arahannya,apa yang ingin kau keluarkan pada webpage..tak keluar."

Begitulah seorang aku bercerita dengan seorang kohai tentang website.Begitulah aku mentamsilkan website dengan papan litar elektrik.Sesuailah aku rasakan dengan kohai aku yang mengambil kuliah Elektrik dan Elektronik.

Dan,kalau aku bercerita dengan org yang mengambil kuliah sastera,tentu aku tidak boleh mentamsilkan website sebagai papan litar elektrik.Kelak nanti makin serabut kepalanya yg sedia serabut.Mungkin aku kena cari tamsilan lain,sesuai dengan bidang sasteranya.

Dan inilah yang nabi ajar sebenarnya,bicaralah dengan bahasa yang difahami oleh pendengar.Kalau kita berbicara dengan org Terengganu,gunakang "makang ikang" mereka.Dan jange pula gunakan "make ike".Dan begitulah sebaliknya.Itulah cara yang berhikmah sebenarnya.

"Berhikmah dengan pokok,gunakan kapak,berhikmah dengan tanah,gunakan cangkul"

Begitulah seorang aku menghabiskan Rabu,Khamis dengan bercerita tentang website sehinggakan aku tidak ada masa untuk mengabadikannya bersama BandarSepi ini.Maafkan aku.




ILHAM HAMDANI at 24.11.02

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.