Friday, December 06, 2002

AIDULFITR : MENANG YANG TEWAS
KG NAKANARUSAWA
7 DISEMBER 2002,2 SYAWAL 1432

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,selamat berhari raya.!!.Tahniah utk yang berpuasa(hadis nabi,"ramai di kalangan umatku yang berpuasa hanya memperolehi lapar dan dahaga").Semalam berhari raya kat embassy.Boleh tahan ramainya,walaupun sepatutnya Jumaat .. weekday, mesti lah ada kelas.Mungkin ramai yang mengambil sikap,"hari raya adalah hari raya.."(dibaca : cuti sendiri)..ahaks..

Hari raya adalah hari kemenangan.Menang,maknanya kita beroleh kejayaan, kegembiraan. Gembira,berjaya setelah menempuh satu proses usaha.Itulah sambutan kemenangan yang paling benar..!!.

Nabi saw dan sahabat layak menyambut kemenangan.Nabi berhijrah.Sahabat berhijrah.Mereka berhijrah dari kekalahan kepada kemenangan.Sahabat dalam Ghazwah Badar al-Kubra memenggal kepala al-la'natullah Abu Jahal.Lalu mereka jadi golongan yang menang.Nabi dan sahabat membuka kota Mekah tanpa pertumpahan darah. Dan,mereka jadi pemenang.Mereka menawan BaitulMaqdis ketika Umar ra memerintah dan akhirnya memenangi 2/3 dunia.Ya,mereka benar-benar menang..!!.

Tetapi,kita?.Apakah skala untuk mengukur kemenangan kita?.Lalu bagaimana kita bisa menyambut hari kemenangan,kalau kita belum diistiharkan pemenangnya?. Lalu,bagaimana kita bisa berbaju cantik,melaungkan takbir dengan nada menang, "ya,kami golongan yang menang".

Sebaliknya,apa yang nampak..kita hanyalah menang sorak.Ya,kita sebenarnya Pak Pandir yang menang sorak lalu kampung tergadai.Kita hanyalah Mat Jenin yang nanti akan tenggelam bersama labunya.Atau kita sebenarnya tidak lebih,hanyalah Pak Kaduk yang kenduri di hulu keciciran,nasi kawah di hilir kehabisan..

Kita cuma.. menang yang tewas .Tidak lebih,dan tidak kurang..!!.

ILHAM HAMDANI at 6.12.02

Wednesday, December 04, 2002

Bab 1-Farhan
Kepulangan aku kali ini memang mengejutkan.Langsung tidak merancang.Emak terkejut ketika aku menelefon memaklumkan kepulanganku.Pelik!.Yelah,baru sahaja cuti musim bunga baru lalu aku dah balik.Cuti musim panas,nak balik lagi.Dan sebelum ini pun aku tak pernah balik ketika musim panas.Aku lebih senang menghabiskannya dengan baito,atau paling tidak aku ryoku bersama teman.Tetapi,begitulah.

Emak memeluk ku erat,ada esakan mengiringi pelukan erat emak.Tidak puas.Emak menciumi dahiku,sama sejak aku kecil sehinggalah hari ini.Dan aku rasa mungkin sampai bila-bila.Aku merelakannya.Biarlah emak melepaskan rindu dendamnya dengan anaknya ini.Aku membalas mesra.

"Apa khabar emak?Sihat?Emak nampak makin berisi nampak..",aku bersuara sambil tersengeh.Ya,aku lihat tubuh emak sedikit berisi,mungkin penyakit lelahnya sudah berkurang.

"Sihat.Anak emak pun nampak makin debab..tapi..makin tetap kacak.."..emak membalas separuh jenaka.Aku tersenyum mendengar komen emak yang sebegitu.Anak emak baik,anak emak bijak..dan pujian-pujian sebegitu adalah mainan di bibir emak kepadaku.Dan,seingat aku..emak tak pernah menzahirkan cacian kepadaku,kepada adik aku juga,Farhana.Emak menjaga mulutnya terutama dengan anak-anak.Biarlah aku nakal bagaimana sekalipun,mulut emak tidak akan mendahului tindakannya,
sebaliknya acapkali tangan lah yang mendahului tindakan emak.Cubitan ketam berbisa..

"Emak,kenalkan kawan An..Fatimah..",aku memperkenalkan Chiaki kepada emak.Terukir kerutan pada kening emak.Emak sedikit kebingungan.

"Emm..Fatimah.Ya..Fatimah Chiaki..".Aku menjelaskan kepada emak,menghilangkan kemusykilan yang bersarang pada minda emak.Tetapi,ada raut kurang senang pada wajah tua emak ketika Fatimah menyalami tangan emak.Ketika aku melihat reaksi emak yang sebegitu,kebimbangan yang sekian lama mahu kusingkirkan sejak aku menyambut keputusan membawa Chiaki pulang bersama pantas datang menambahkan keributan dalam otakku.Aku pasrah.."mungkin emak tidak biasa dengan orang luar kot..",hati aku memujuk.

"Apa khabar makcik?..".Tegur Fatimah mesra,biarpun telo Jepunnya masih pekat.Senyum ikhlas terhias di bibir mulusnya.Tetapi emak,tersenyum tawar.

"Sihat.",balas emak pendek seakan acuh tidak acuh.Fatimah kemudiannya menyambil giliran bersalam dengan Farhana,adikku.Mujurlah Farhana membalas mesra.

Farhana membantu Chiaki mengangkat beg-beg nya masuk ke dapur bilik tetamu.Terpamer kemesraan antara mereka.Aku tersenyum dalam hati melihat kemesraan yang pantas bertaut antara mereka.Aku yakin Farhana boleh menerima Chiaki,apatah lagi jarak usia mereka yang dekat,cuma berbeza setahun.Dan,aku yakin Chiaki akan dapat menyesuaikan diri dengan Farhana,dan suasana Malaysia untuk 2 minggunya di Malaysia.Cuma,aku paling risau akan emak.Sambutan dingin emak terhadap Chiaki kubimbangi akan melukakan hati kecil Chiaki.Mudahan sikap "konfrantasi" emak yang sebegitu hanya sementara,doa aku.

Ketika aku mengangkat beg masuk ke bilik,kedengaran bunyi orang menggoreng sesuatu di dapur.Beberapa saat kemudian terdengar bunyi "semboyan" dari cerek lama.."aahh..mungkin emak sedang menyediakan sedikit hidangan..".Aku bingkas ke dapur,buat menemani emak.Aku akan cuba memenangi hati emak bagi pihak Chiaki...




ILHAM HAMDANI at 4.12.02

KHAMIS,5 DISEMBER 2002 : MALAM RAMADAN YANG TERAKHIR
NAKANARUSAWA HEIGHT

Assalamualaikum,

"Kekasih,akhirnya kau pergi jua.Masih belum puas kita bermesra,kau pantas mengusuri masa.Entah,bisakah ketemuan lagi kita,kekasihku..Ramadan.."

Tak banyak yang menarik untuk hari nih,hari yang terakhir di bulan Ramadan yang mulia,hari yang ke-340 di tahun 2002.Pergi sekolah,balik rehat.Makan. Malam, sembahyang terawih,kemudian ikuti usrah-net.Dan nih dah bersedia nak tidur.Masa berlalu dengan cepat.Serius cepat giler..!!.Sebulan Ramadan tak terasa langsung,last-last.."ehh.. eh..dah nak raya..cepatnya..".

Entah lah.Adakah faktor berpuasa di kala winter yang dingin dan siang yang pendek membuatkan Ramadan sebulan pantas berlalu?Atau kerana kesibukan dengan tuntutan akademik?.Atau sememangnya dunia kita di penghujung usianya(<=Hadis nabi saw lebih kurang maksudnya;"tanda-tanda dunia menghampiri kiamat,setahun rasa cam sebulan,sebulan cam seminggu, seminggu cam sehari..dan seterusnya..".Aku serahkan kepada kalian unuk menghakimi jawapan yang paling waras..

Semuanya masih segar.Aku masih terbayang ketika aku,syeikh dan Aznan kelam-kabut dan separuh blurr ketika register untuk pergi Haji.Awal Januari.!!.12 Feb,kami tolak dari Narita,singgah Spore,then sampai Mekah 14 Februari.38 hari di sana.Balik, transit Malaysia seminggu,dan balik semula ke Jepun.Bunga sakura yang putih,pink sambut kami.Ya,dah masuk spring.Awal Mei,GoldenWeekGathering kat Asakusa Mosque.Semua itu masih jelas,bagaikan aku menonton tayangan filem.Dan heronya?Aku lah..huhahaha..Heroinnya?Aku setia melastik ke bulan,kawan..

Gi kelas,balik,makan,tidur.Sedar tak sedar.Summer."Yeah,we're beach boy.." (saat ini 0217 pagi waktu tempatan,aku dilanda jisshin..Alhamdulillah,mujur tak kuat..) .Then, Abah ngan mama datang Jepun,melawat aku sambil honeymoon.(tak abis depa honeymoon.Baru nih jer,2 kali gi Vietnam-urusan perniagaan kecil-kecil,"meniaga buluh kesap.."..hehe..abah..abah..).Seminggu jugak abah mama kat sini.Then,aku balik sekali ngan diaorg.Aku missed IPIJ`s programme.That was my first time I skipped our anual programme.Let`s say sorry to myself..!!

Gedebap,gedebuk,sebulan habis kat Msia.Sempat lah ambil lesen semua.Balik Jepun.Panas summer masih terasa,cuma kian mendung dan dedaun mulai ditelan warna kekuningan.Yeah..say "hi" to sweet autumn..!!.

Lepas autumn apa?Winter..!!.Then,now is winter..memerhatikan salji putih jatuh bak hujan gerimis,adalah mengira butir usia yang telah dilewati..

glosari
jisshin : Gempa bumi,org kg aku panggil "earth-quake".


ILHAM HAMDANI at 4.12.02

Monday, December 02, 2002

SELASA,3 DISEMBER 2002(LAGI 27 HARI DAH MASUK TAHUN BARU)
NAKANARUSAWA HEIGHT

Assalamualaikum.

Aku malas.Memang malas.Sungguh penyegan.!!.Hari nih aku skip semayang terawih lagi.Skip dengan cara terhormat..dlm kul 7 gitu..mata aku mula buat akai.Akhirnya dlm 7:30 gitu.. terlena lah seorang aku yang mengelat dari gi semayang terawih.Org semayang terawih kat surau aku pukul 8 sampai 9:15 gitu.Dah tu,aku jaga lak pukul 9 gitu.Memang ampeh lah..!!

Ne..ne..(stail org Jepun lah nih..)..aku boleh buat aku punya chukang shiken siang tadik.Syukur sgt.!!Aku tak study mende pun. Nih lah dikatakan rezeki.Dalam pukul 1 gitu,gi IT Center..copy dia punya note..pastu belek past year question sikit..Salin masuk dlm note, sebab sensei nih kasik bawak apa sahaja dlm exam siang tadi tu.Dah tu,ditakdirkan Allah soalan kuar sebijik dgn yang aku salin dlm note tu. Dengan nombor pun sama.Waduh,nih sudah bagus..!!.

Actually soalan tu last 4 years kot,aku dapat dari sempai aku. "Cantik..!!.".Dan jadilah aku buat julung-julung kalinya kuar awal dari kelas.(dia bukannya exam dlm dewan pun.Stail Jepun nih,kat mana eko belajar..kat situ lah exam..dan masa yg sama ..).Cehh..bangga sekejap aku.!!. Bangga?!.Teringat aku dengan satu quote yang aku baca dlm jurnal saper entah, "kenapa lah manusia nih sombong,bangga..walhal dia diciptakan dari air mani yang hanyir,dan mati kelak akan jadi bangkai yang busuk..".Insaf adalah jawapan untuk kenyataan itu..

Pukul 3:15 gitu dah blah.Balik semayang asar.Ingat nak gi bank,sebab nak buat kad bank yang baru.Kad bank lama dah patah hujung dia.Tapi,tengok jam.."esok sajer lah..".Last-last lepak layan chat.Dah berapa lama aku bersara dari dunia chat(chat jer yang aku tak joint, tapi..aku still ikut usrah-net,net-meeting on so on..hidup mesti bermasyarakat dan beringat dengan hari akhirat..!!).Dapat lah sembang ngan dua tiga org chatters..sampai lah aku berbuka puasa.

Juadah berbuka?.Jgn mimpi lah nak ada nasi beriani ker,air cincau ker..tu semua mimpi di siang hari..!!Epal,pastu aku habiskan stok kuih raya yang mama poskan sebelum nak puasa hari tu.Aku pun tak ingat berapa pek yang mama kirimkan,5 kot.Semuanya yilek..!!.Tak sempat nak raya,dah yilek..Jawabnya,raya nanti makan cekodok ngan goreng pisang jer ler..huhahaha..

glosari
chukang shiken : peperiksaan pertengahan penggal
sensei : cikgu
sempai : senior
ILHAM HAMDANI at 2.12.02

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.