Saturday, December 14, 2002

Assalamualaikum,

Aduhai diri,sayang di sayang..Sejuk dingin suhu beku di bawah meja berpemanas, kotatsu memang mengasyikkan.Lalu,ketika mentari mahu beredar dari orbit pagi, barulah seorang aku menggeliat nak gi mandi pagi..ish..ish..("kansel nak buat calon suami"..ahaks)

Lama giler tak lambung bola besi,dan hari nih lepas ngidam lambung bola besi sengsorang.Not bad..!!2 game dgn average 183.1..Kalau Shalin tengok pun kecut perut dia.."here come the new challenger"..ahaks.

Housemate dan Roy dok pujuk ajak gi main snowboard.Family angkat diaorg gi sekali.Entah lah,dok rasa cam nak gi..tapi ekonomi tak berapa nak mengizinkan. Kesian pun ada,tapi..takleh buat apa.Lepas nih,aku nak berjalan jauh..nak gi Oita lak ..jauh tu.Kita gi lepas fuyu yasumi lah yekk..Gomennnasai!!.



ILHAM HAMDANI at 14.12.02

Friday, December 13, 2002

Assalamualaikum,and the very good night(speaking sikit,ahaks)

Sebiji burger udang(2 biji sebenarnya,makan satu simpan satu.nafsu!!),air coke,dan sebungkus frenfries bersama Kulat di Lotteria.Hari nih berbuka puasa kat luar.Rasanya nih first time aku berbuka puasa kat luar,sejak Ramadan lagik.Aku baru boleh 3 hari.Sedangkan org lain..esok dah sambut raya 6.Tak per lah,slow and steady beb....

Kebetulan gi Mito tadi,beli beras dan ayam..langsung berbuka puasa kat luar.Boleh tahan sedap,dah lama tak makan burger udang nih.Sesekali layan,sedap gak.Makan berdua,cam awek ler pulak.Tidakk..!!.

Maghrib kat bilik Din,sembang-sembang sikit..balik.Perjalanan balik,bosan sikit.Ngan traffic jammed semua,si Kulat siap bantai tidur lagik.Kat tepi-tepi jalan di Mito,salji masih tak cair-cair lagi.Tebal salji diaorg.14 cm kot,kalah Hitachi nih..hehe..Utk hilangkan ngantuk,ngelat dan menyelit-nyelit di jalan raya(amaran Jabatan Pengangkutan Jalan : Hanya untuk yang mahir shj..!!..ahaks..)

Malam
Lepas gi beli toyu ngan Roy,follow usrah-net-"Beramal dengan Islam".Pening kepala, dengan YM yang tak stabil.Boleh lah dpt sikit.Ok gak,"something is much better than nothing".So,ok lah tu.

Dapat satu ilmu,amal satu ilmu.Itu yg paling baik.Dan itulah yang Abu Bakar buat, itulah yg Arqam abi Arqam buat,itulah yang Bilal buat.Dan,itulah yang sahabat ra yang lain buat.Mereka tak pindah ke ayat kedua Al-Quran,selagi tak faham,hafal dan beramal dengan ayat pertama.

Soalnya,"tegakah seorang aku untuk mengikuti jejak insan-insan semulia generasi Al-Quran itu,generasi yang Nabi declare diaorg sbg the best generation?". Yoshh..
"ganbaranakya ekenai.. ".Seorang aku harus usaha dulu,baru buat conclusion.Berjaya atau tak,persoalan kedua..yang penting usaha mau ada..setuju?!.

Ok,selamat malam dunia..!!.

glosari

toyu : minyak tanah.perkataan ini hanya glamer ketika winter jer..sejukk..!!.untuk kurangkan sejuk,kena pakai heater.untuk pakai heater,kena ada toyu. dan toyu bukannya kicap..!!.ada seorang junior aku(identiti dirahsiakan untuk keselamatan ..hehe) diminta beli "toyu".sekali bawak balik kicap daa..pecah perut gelak..

ganbaranakya ekenai : kalau tak berusaha,tak akan berjaya.adik-beradik.."tak pecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.." .gitulah kot.
ILHAM HAMDANI at 13.12.02

Wednesday, December 11, 2002


Assalamualaikum,dan salam sejahtera buat non-muslim..!!.

Seketul puff sardin dan segelas susu-Itu adalah hidangan berbuka di hari pertama aku berpuasa Syawal.Simple kan?!.Cukup lah tu.Makan untuk hidup, bukannya hidup untuk makan.Kita dah banyak lari dari falsafah puasa sebenarnya. Puasa kita bukannya menginsafkan diri tentang penderitaan,bahkan puasa menjadikan kita lebih manja,dan mengada-ngada dengan rezeki Allah.

Malam,buat report yang banyak bertimbun.Pukul 9 lebih kurang,aku ada net-meeting, persediaan untuk Fuyu Gathering .Jemputlah ramai-ramai joint program untuk winter holiday nanti tu,kat Oita..!!

Pukul 10:30 gitu selesai.Mata dah letih sgt.Terus jer lelap,sampai lah pukul 1 gitu. Bangun makan sat.Lapar.Sepinggan nasi goreng yang dimasak oleh housemate(hari nih turn dia masak),dan segelas air susu.Sambil suap ke mulut,sambil tengok kartun Wild Striker kat tv.Best gak kartun nih,kisah mat bola.Tu yg boleh minat tu,kalau tak..jgn harap lah.

Separuh jalan tengok Wild Striker,terlelap balik..aduhaii..

Bangun semula dlm kul 4 gitu.Bangun jer,tetiba ngidam nak minum coke.Pelik betui..!!.Memang dah lama tak minum air bergas nih,entah mimpi apa ntah pagi tadi.Capai sweater tebal,gi vendor mesin bersama beberapa keping duit syiling. Masukkan ��120(=RM3.60.Mahal kan?!) dlm lubang duit tu,"debbuukk.." jatuh setin air coke-cola.Berlari anak balik rumah,sejuk ..!!

Minum separuh tin,dah tak leh dah.Memang nafsu jer sebenarnya.Dan,coke yang separuh tin itulah sahurku..!!.Entah lah,kata Nabi,"Bersahurlah kamu biarpun sekadar seteguk air kosong".

Sambung buat report. Sampai lah ke saat nih.Ini mata dah start letih semula.Ingat nak kena lelap gak barang seketika.Mujur kelas sebelah petang.Ok lah tu.
ILHAM HAMDANI at 11.12.02

Tuesday, December 10, 2002

BICARA POLITIK : MENGHITUNG NASIB SEKOLAH AGAMA RAKYAT edisi DUA
UNIVERSITY'S LIBRARY
11 DISEMBER 2002,6 SYAWAL

[Aku dedikasikan catatan ini kepada 126,000 pelajar dan ribuan guru-guru SAR,dan seluruh pejuang agama."kita bukanlah orang yang memulakannya,bahkan kita bukan jua pengakhirnya.kita hanyalah mata-mata rantai kepada perjuangan yang benar"]

‡T
Kalau ditanya dgn AhSeng,"u mahu sekolah mana?".Lalu AhSeng akan menjawab, "SRJK CINA HUAT KWEE".Kita tanya pada Muthu,dia akan jawab "SRJK TAMIL LADANG SINGGAM ".Lalu,ditanya pada Ahmad,"Sekolah AGAMA RAKYAT PULAU NAGA"."Maaf lah adik Ahmad,SAR tu dah nak ditutup..adik mesti ke Sekolah Kebangsaan sahaja..!!.".

Bukan..!!.Aku bukan cauvinus bangsa,bahkan aku hampir-hampir mampir kepada anti-racist.Sebabnya,aku berpegang dengan injustice social ku.Keadilan yang condong kepada bangsa,itu assabiyah namanya..

Bukan CINA,TAMIL yang menjadi pokoknya.Persoalan besarnya,mengapa "double-standard" diberikan kepada Ahmad yang ingin berguru di SAR?.Kalau AhSeng dan Muthu diberi "option" untuk selain dari Sekolah Kebangsaan,mengapa pula "option" untuk Ahmad ditidak-adakan?.Bukankah ini sudah ketidak-adilan dalam sosial masyakarat majmuk Malaysia.Siapa nak menjawab nih..?

‡U
Melewati dada akhbar tempatan beberapa ketika yang mutakhir,aku bisa ketawa sendirian.Alasan untuk menutup SAR kerana SekolahKebangsaan(SK) sudah cukup berfungsi untuk menyalurkan keperluan agama untuk anak-anak.Aduhaii..tampak sekali ini bicara orang politik.Bicara yang penuh kilang gula di bibir,buat men"cover" kelemahan diri.Carilah jawapan lain yang logik sikit Pak Menteri..!!.

Aku ada cadangan yg sedikit nampak logiknya,"SK ada subjek muzik ker,sedangkan SAR takder.SK ada guru bergaji besar,sedangkan SAR semuanya gaji ciput-ciput. Tandas SK bersih,tandas SAR berbau hancing..SK ada 10 biji komputer,SAR ada sebiji,itu pun ada orang infak komputer lama dia..Maka dengan alasan-alasan yang serba munasabah di atas,saya mengumumkan penutupan SAR..!!.".

Tetapi,tolonglah jangan gunakan nama Islam untuk menutup Sekolah Islam..

Semua orang sudah sedia maklum,bagaimana kelemahan sistem agama yang diajar di SK lah yang menjurus kepada produktiviti bohjan,bohsan dan segala boh yang cukup baik dewasa ini.Lalu,bagaimana untuk berdapang dada untuk menjerit pada rakyat marhaen betapa pendidikan agama di SK sudah lengkap,sudah ampuh?.

Perdana Menteri tercinta dalam suatu temubual wartawan dengannya pernah melahirkan kekecewaan beliau kepada Sekolah Kebangsaan.Kecewa kerana gagal menjadikan SK sebagai suatu institusi yang "universal",yang diterima meluas oleh bangsa Cina,India,dan tentunya ibu bapa Melayu Islam yang ingin anak-anaknya kenal Islam dari acuan yang benar.Lalu,bagaimana Pak Menteri boleh kata SK sudah bagus,sudah baik?

Kalau susah sangat nak cari alasan yang munasabah,bagitau sahaja yang benar.."SAR adalah kilang yang mengeluarkan aktivis-aktivis pro-pembangkang. Lalu,dengan kuasa yang ada di tangan saya,saya akan menutupkan SAR..".Tentu rakyat boleh menerimanya tanpa perlu cerita panjang.

‡V
Turki yang dimenangi oleh golongan Islam penghujung Oktober lalu,sebenarnya mempunyai sejarah yang panjang.Biarpun dibayangi regim sekular sejak naiknya Attarturk la'natullah,SARnya terus bergerak di dada rakyat.Biarpun dengan arus yang perlahan,ditambah dengan tekanan pemerintah yang anti-Islam,SAR Turki saban tahun sejak penghujung 60-an terus melahirkan para hafaz.Lalu,para hafaz yang menerima tarbiyah SAR Turki ini kembali kepada masyarakat untuk menyedarkan masyarakat tentang Islam.Dan proses ini berlarutan selama hampir 3 dekad lebih. Dan pertengahan 90an arus yang mulanya perlahan ini kian bertukar menjadi ombak yang kuat untuk memberi kemenangan kepada perjuangan Islam.

Lewat kemenangan Parti Keadilan dan Pembangunan Turki yang dipimpin Raccep Tayyip Erdogan yang mendapat liputan meluas di Malaysia,aku percaya Pak-pak Menteri yang "sedikit" Islamnya itu tentu berfikir,"Malaysia pun mungkin akan sama seperti Turki sedikit masa nanti.Sesuatu perlu dilakukan..."

"Ya,kita tutup SAR..!!.."

‡W
Tetapi,percayalah."Mereka cuba menutup nur Allah dengan mulut mereka,tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya biarpun orang-orang kafir benci" As-soff(8)

Izinkan aku memetik kata-kata ayahanda Prof Datuk Dr Harun Din ketika khutbah AidilFitri 4 tahun yang terdahulu,"Islam ini ibarat air sungai yang turun dari gunung. Kalau ada batu besar yang berani menahannya,maka percayalah..sedikit demi sedikit dengan batu-batu itu sendiri kami akan hanyutkan ke muara.."

"Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar,Walillah hilham.."

ILHAM HAMDANI at 10.12.02

Assalamualaikum,

Konbanwa.Ouss..Genki?

Entah,2 3 hari nih aku asyik tidur lewat jer.Apsal pun tak paham.Pagi tadi,dalam kul 3 gitu aku lapar.Tengok housemate dah terlentuk bawah kotatsu.Nak kejut ajak gi konbini pun kesian lak.Last-last capai kunci keter,gi sorang.Dekat jer,tapi kalau nak naik beskal dgn suhu yg +/- 0 degree tu,mau beku aku jadiknya.Better aku naik keter jer. Tengok bumbung keter,penuh salji yang tak cair lagik.Cermin depan tu penuh ngan yuki.Panaskan enjin semua..mengaumlah bunyi mufller keter aku.

Beli kacang sepeket,pastu yogurt.Belah.Time kuar dari konbini baru teringat tayar keter tak der angin.Check-check balik,"dah tahap kronik nih..".Last sekali,ambik keputusan gi petrol station.Mula tu,ingatkan petrol station sebelah park tak jauh dari university aku tu bukak 24 jam,sekali tutup lah pulak.Nak tak nak,kena lajak gi kat bandar Hitachi.

Masa nih aku dah cuak.Aku terus jer lockkan kunci.Bukan aku takut hantu daa,aku takut dgn hantu yg berbangsa manusia..!!.Risau giler.Aku teringat "fobia" aku time drive balik dari embassy utk hari raya baru nih.Baru jer lagi,3 hari lepas..

-----------------------trauma balik dari taishikang--------------------------------

Masa tu aku sorang jer(6 org actually,tapi semuanya dah lelap..makan banyak sgt time open-house..).Yg lain-lain semua tidur.Aku drive sambil layan bacaan Yassin kuat-kuat.Nak bagi ilang ngantuk.Dan,memang stail aku kalau drive ..tak suka teinei, cam org Jepun.Aku memandu mesti ikut stail malaysia."i'm Malaysian maa..".Aku mesti cilok punya,kalau tak..tak besh ..ahaks..

Sekali,tgh sedap cilok sambil mulut layan surah yassin..ada keter hitam overtake keter aku dan himpit sebelah.Sebijik cam dlm drama penculikan/rompakan kat tv tu.Aku dah gelabah..!!."PAK YA ker nih?mampuh..".Aku slowkan keter,bawak sampai 20km/j gitu. Keter hitam tu pun slow jer.Terfikir aku,kalau layan bertumbuk,rasanya boleh menang.. dgn batalion 6 org nih.Cuma,aku risau kalau diaorg ada pistol ker.. kayu besball ker..jenuh ler..!!.Pastu keter hitam tu gerak,aku follow,slow giler.

Sekali berenti kat traffic light lak..aduhaii..Aku nampak keter hitam tu duduk kat tgh-tgh antara dua line tu..nampak sgt nak nyakat keter aku.Pastu aku ambik keputusan nak ambik line kiri,then..keter hitam tu terus block line kiri yg aku nak gi tu.Lampu hijau..keter hitam tu bergerak.. dan aku pun gerak gak..20km/j..!!

Pastu keter hitam tu bergerak terus jer..sampai kat satu simpang,dia belok.. selamat..!!. Cuma,aku confuse.."naper yg dia nak buat dajal dgn aku tu?Pasal muffler aku yg bising ker?atau pasal aku yg layan cilok?..".

Pastu aku jadi pemandu berhemat sat,cuak tak ilang lagi.Bila dah rasa ok jer..cilok balik..huhahhaahha..

Moral : memandulah dgn cermat,tambah-tambah kat tempat org..

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan,Alhamdulillah..aku isi minyak kat petrol station,pastu mintak staff tu tambahkan angin tayar semua.Drive balik dgn selamatnya,walaupun hati separuh gelabah. Syukur..!!

glosari

kotatsu : meja Jepun yg kaki pendek tu,dilengkapi dgn heater sekali.digunakan ketika winter.masukkan kaki bawah meja..sambil makan buah limau.best.!!.
konbini : singkatan dari convenience shop.alah..cam 7-eleven kat Msia tu.beroperasi 24jam.
yuki : snow alias,salji..
taishikang: pejabat kedutaan,embassy.biasanya kalau budak msia sebut taishikang merujuk kpd kedutaan besar Malaysia Tokyo.
teinei : bersopan-santun.berhemah.
pak ya: merujuk kpd YAKUZA,mafia Jepun.biasanya budak Malaysia panggil pakya jer,nak cover..



ILHAM HAMDANI at 10.12.02

Sunday, December 08, 2002

Assalamualaikum,

Pagi tadi jadi keanak-anakan aku dan teman-teman di sini.Salji turun buat kali pertamanya utk tahun nih.Putih melepak..!!.Jam 1 pagi gitu,tak berapa lebat sgt. Menjelang subuh,makin jujuh..cam hujan di musim tengkujuh.Langsung housemate aku paksa budak-budak sini kuar main perang salji.Nak tak nak kena jadi budak-budak.Time nak kuar rumah jer terasa menggigilnya,dah kuar..tengok putih seluruh alam.Terasa aura nak layan zaman kanak-kanak datang.Kelepuk..seketul salji yang digempal sebesar penumbuk singgah ke muka aku.Perang yuki dah mula..!!.

Memang,zaman kanak-kanak adalah zaman yang gembira.Dan kembali ke zaman hingusan yang penuh tawa itu adalah "golden-dream"..Dan,pagi ini aku kembali ke zaman tawa yang berpanjangan itu..

Pukul 6 pagi,semboyan peperangan berbunyi.5 orang soldadu sudah keletihan.Kami tinggalkan medan peperangan,padang sekolah yang masih putih suci,dan kami tinggalkan "orang salji" kami keseorangan di situ.Biarlah "orang salji" itu menjadi saksi bisu,betapa hebatnya kebesaran Tuhan.

Lalu,kami menyambung peperangan salji di alam mimpi...
ILHAM HAMDANI at 8.12.02

Assalamualaikum,

Penat masih berbisa.!!.Hari nih layan main bola ngan bebudak Jepun,sejuk nak mampuh.Bayang tengok,main bola dgn suhu 2-3 degree.Tak ker keje kurang waras tu.Mula main mini games jer.Pastu sambung ngan full games.Menang ..walaupun tangan aku kebas giler..terasa cam kena fross jer.Risau gak.Dlm 10 minit sebelum games nak abis,aku kuar..ganti ngan org lain lak.Lagipun tengok kedudukan cam stabil jer..4-1..aku cabut balik rumah.Taruk tangan kat heater..lama gak..15 minit lebih,sampai siap tertidur..baru tangan ok.

Sembahyang maghrib,member2 ajak gi makan sushi.Terasa nak gi makan sesgt.Lagi pulak,dah lama tak makan.Rindu ngan anago,ngidam ngan unagi.Tapiii..aku risau aku kena gatal-gatal lagi lepas makan sushi,cam lepas aku balik Msia dulu.So,aku sabar sikit.Nanti-nanti,kalau dah rasa confident penyakit gatal tu dah ilang..aku akan jadi hantu sushi semula..hehe..

Malam nih nak buat report,sambil layan bola..Nakata vs Nakamura.Semalam, Liverpool kalah lagi..2-0 ngan Charton.Anyway,"u never walk alone..".Dah tu,fantasy soccer pun teruk..sorang pun tak score..ampeh..ampeh..ampeh..
ILHAM HAMDANI at 8.12.02

BICARA POLITIK : MENGHITUNG NASIB SEKOLAH AGAMA RAKYAT edisi SATU
NAKANARUSAWA CHO,
8 DISEMBER 2002,3 SYAWAL

Assalamualaikum,

4 tahun dahulu,sebelum keberangkatan aku ke sini,aku pernah menghantar adik bongsuku ke sebuah sekolah agama rakyat.Kalau tak salah,sekolah agama rakyat yang di Kuala Selangor itu di bawah kerajaan Selangor.Aku memerhatikan keadaan sekolah agama rakyat itu dari kaca mata ilmu.

Keadaan agak daif.Cermin tingkap asramanya,banyak yang lolos angin berbanding yang berisi.Tiada sistem dormatory,atau bilik-bilik yang terpisah.Kalau masuk di sebelah kanan biliknya,anda boleh melewati 100 katil "double-decker" itu sampai ke hujung.Sekali pandang,cam rumah kongsi..!!.Taktau lah aku bagaimana pelajar ini membahagikan tugasan utk permbersihan pagi,sebab tiada sempadan antara bilik-bilik.Mungkin diaorg pun ada MoU gak kot..huhahaa..Padang bola berbatu kerikil. "boleh ker adikku nih main padang begini?",aku masih ingatan pertanyaan yang aku tanya pada diri sendiri.Lalu,tiada jawapan.

Inilah suatu gambaran sekolah agama rakyat yang adikku pernah bermukim di sana selama 3 tahun.Lepas tu,dia cabut.Nak masuk aliran sains,dan tak tahan ngan aliran arab.(aku kecewa gak,harap-harap adik sorang nih ler nak kepalai urusan jenazah ayahanda bonda nanti..tapi,takper lah..dia lebih minat dgn sains!!).Keadaan asrama sekolah agama rakyatnya agak "teruk" kalau mahu dibandingkan dengan asrama harian yang pernah adik kedua ku tinggal selama 5 tahun.Asrama harian ini di Perlis,negeri yang paling "slow" ekonominya.Dan,kalau mahu dibandingkan dengan asrama sekolah SBPku,makin besarlah skala perbandingannya.Ringkasnya,tidak keterlaluan kalau aku quotekan sebagai,"asrama sekolah agama rakyat adalah pada third-class,selepas SBP dan sekolah harian biasa.".
ILHAM HAMDANI at 8.12.02

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.