Friday, December 20, 2002

Malaysia Hari Ini : Dari kanta media-massa

Aku melewati dada-dada akhbar perdana berbahasa Melayu edisi Internet,terutama 2 hari yang terakhir.Aku kira banyak isu besar,penting lagi menggentingkan kalau tidak kena dengan cara selesainya yang berlaku dalam negara.Lalu,seorang aku yang bernafsu dengan hidangan politik melukis sebuah plot kesimpulan.

KONVENSYEN UMNO KELANTAN
Berita ini mendapat liputan yang maha luas dari akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.Muka hadapan,Dalam Negeri,Nasional dan Rencana,semuanya menyanyikan lagu yang sama-"UMNO Kelantan mahu tumbangkan Tuk Guru".Cuma bezanya,pada tone dan tempo.Ada tempo yang melanyak PAS Kelantan,dan ada tempo memdodoikan aura pendokongnya.Bahkan,Bicara Agama yang tersohor dengan "ustaz" Astora Jebat pun bercerita tentang mimpi UMNO yang satu-satunya itu.

Lalu diselongkar cerita lama.Cerita UMNO mengacah PAS pada 1964 dan 1968,tetapi berkahwin seketika 1974.Dan akhirnya menawan tanah Serambi Mekah pada 1978(kalau sesiapa yang mengikuti sejarah dan jujur dengannya,mereka akan mengatakan "UMNO merampas Kelantan,dan bukannya menawan Kelantan.!!".) .Semuanya buat membangkitkan nafsu UMNO-"Pas Kelantan bisa kita gerhanakan.".

Sayangnya,mereka terlupa dengan telingkah yang tidak sudah dalam sentung sendiri. Lalu,Tuk Guru akan terus mewarnakan Kelantan dengan kesederhanaan dan wasatiah Islam buat semusim lagi,InsyaAllah.

TERENGGANU : GAJI NAIK,MAHU BERPOLIGAMI
Isu ini aku kira menduduki ranking kedua.Lalu,dipanggil segala hulubalang dan "hilir"balang buat menempelek AyahChik dan kabinet Darul Iman.Elaun MB dan EXCO tidak wajar dinaikkan,kata seorang menteri.Isu poligami mempersendakan wanita, bersuara ketua Lembah Pantai.Aku tidak mampu memberikan komen yang panjang.

Belek-belek lagi.Terpandang berita setiausaha UMNO Darul Naim yang kalut dengan kes mahkamah isteri ketiganya,"ohh..poligami..poligami..senjata menjerat diri.."

ISA,SAR : ISU BESAR YANG MAKIN MENGECIL
Isu ini masih panas.Cuma,aku sedikit hairan dengan "ayam-ayam sabungan parlimen" yang kian diam,mungkin kedinginan agaknya.Atau mungkin diammu gunung berapi. Menanti detik bertukar menjadi masa untuk memuntahkan lahar yang berbisa. Mungkin..!!.

"Anak kecil main api.
Terbakar hatinya yang sepi.
Air mata darah bercampur keringat.
Bumi dipijak milik orang
".
Jauh di sudut hati,aku mendendangkan lagu BTN itu,buat meratapi hikayat ISA yang berpanjangan,dan SAR yang kian kempunan.

Tetapi,

Lewat panggilan telefon aku kepada seorang kenalan lama,yang hari ini duduk di atas kerusi panas Dewan Pemuda,"hahaha..anta tak tau..kita tunggu masa..tu semua diam strategi tu..kita siap nak buat isu tu..hahaha..".Berderai tawa seorang kawan,seorang ustaz muda bila aku ajukan kegusaran rasa hati.Lalu,bisakah aku ikut ketawa?

MALAYSIA BELASAH SIAM
Setelah Hang Nadim Kota Singa kita belasah 4-0,hari ini gajah putih memang berputih mata.Aku yang memang kaki bola,memang tertarik,tertanya dan ternganga bila membaca berita ini.Ketika bersembang sambil makan-makan spago itali,sudah lahir angan-angan si jenin kawan-kawan aku di sini,"kalau cam nih,boleh masuk 2006 Germany".Huhaha..apakah anak melayu selalu begitu,pantas membuat simpul benang yang masih berkusut?.Baru sekali tewaskan Thailand,sudah pasang angan-angan tinggi.

Apatah pun,syabas untuk anak-anak muda Malaysia.(Paling muda 19 tahun,paling berusia 26 tahun.)

AKU
Aku mencari,mebelek,dan tidak berjumpa.Aku mencari cerita dari kampus.Aku ingin keputusan pilihanraya orang yang tidak tua.Tidak ada..!!.Tidak tahu kenapa,siapa yang pandai,tolong jelaskan..
ILHAM HAMDANI at 20.12.02

Assalamualaikum,

Tgh hari semayang Jumaat cam biasa.Qusai baca khutbah,langsung imam dan makmumnya,cam biasa 5 org.!!.Teringat aku ngan khutbah Jumaat masa raya puasa baru nih kat embassy. Sunguh-sungguh seorang khatib mempertahankan pandangan mazhab syafie. "Semayang Jumaat tak cukup 40 org,tak sah..kena semayang zohor..".Macam lah takder pandangan mazhab lain dalam soal bilangan utk bersolat Jumaat. Entahlah,mungkin kedangkalan ilmu aku yg maha cetek menjadikan aku terperangkap dengan khutbah Jumaat tu.

Banyak lagi yg disentuh dlm khutbah Jumaat di tgh hari raya itu,tetapi semunya aku kira persoalan cabang,etc : purdah dan berjubah takyah lah bukan budaya kita,ada yg tidak berdoa selepas solat,majlis tahlil dan beberapa perkara lain.Ketika khatib, seorang ustaz JAKIM yang dijemput sempena bulan Ramadan ke Jepun menyentuh soal jubah dan purdah,tetiba perut meragam.Lalu bangunlah seorang aku,antara 2 org yg berjubah ketika sambutan raya hari tu ke tandas.Taktau lah apa tanggapan jemaah bila aku terpaksa meninggalkan khutbah yang "panas" tu..

Ketika bersurai selepas solat Jumaat kedengaran suara-suara tidak puashati dengan khutbah yang sebegitu.Dan aku pun sama,"mengapa ustaz tu memilih isu yang cabang,waima kecil,yang akhirnya bisa mengundang perbalahan?bukankah banyak persoalan lain yg boleh diketengahkan,hidup berjemaah cthnya..apatah dlm suasana hidup di Jepun yg terkontang-kanting?".

Beberapa kali aku mendekati si ustaz,konon-konon mahu merisik tanya kenapa dan mengapa.Mungkin aku yg terlalu emosi,lalu tersalah anggap dgn isi khutbahnya.
Malangnya,si ustaz bagaikan si nujum yang sudah awal-awal menangkap hajat yang tersimpan di hati seorang budak yang berjubah.Macam main polis sentri lak,aku mengejar..ustaz berlari..ahaks.

Ptg : Kelas english,dan balik.

Mlm : Makan spagetti kat sazeria reramai.Join teman-teman nih main bowling,dan berlari-lari balik dalam sejuk sebab nak kena handle usrah-net malam nih.
Tajuk? "Kewajipan menggabungkan diri bersama Harakah Islamiyyah.Kalau ikut silibus usrah-net nih,tinggal satu tajuk lagi buku Fathi Yakan,"Apa Ertinya Saya Menganut Islam?" yg masih bersisa,lepas nih khatam.Tetapi,ilmu yg terisi kat hati,taktau lah..?

Masih menanti salji kedua.Mungkin esok agaknya.Nak main perang salji lagi..hehe..




ILHAM HAMDANI at 20.12.02

Assalamualaikum

PENTING!!!.SILA BACA KALAU ANDA BENAR-BENAR MERASAKAN KEBERSAMAAN DALAM ISLAM

Nota kaki
Artikel di atas adalah memo dari Persatuan Ulama Malaysia kepada Majlis Raja-Raja Melayu berkaitan dengan kebiadapan Farish Noor,Akhbar Ali dan rakan-rakannya yang menghina Islam,Al-Quran,Nabi Muhammad saw,hukum-hukum Islam dan para ulama.


ILHAM HAMDANI at 20.12.02

Thursday, December 19, 2002

Assalamualaikum
Nakanarusawa Height
Syawal,11 days before 2003


:: terima kpd yg melawat BandarSepi,dan menconteng2 di dinding.::

S.A.T.U
Semalam tak nulis.Entah.Mungkin takder mood kot.Hari nih nak nulis terasa berat. Mungkin stor ide yang kekontangan di kepala.Aku rasa aku tidak sepatutnya begitu. Aku rasa aku banyak membaca sejak 2 hari yg terbelakang nih.Dan aku rasa aku banyak menerima input ilmu agama,lewat pertapaan aku di room Islam,Iman dan Ehsan. Terima kasih pd yg sudi berkongsi ilmu,walaupun kekadang aku yg tak berilmu nih pun..kena "rela-paksa" beri tazkirah kat situ.

Kita berusaha gigih,kita membaca dgn bersungguh dgn harapan usaha kita yg sebegitu akan membantu tercapainya matlamat kita,nak lulus exam cthnya.Atau
dalam keadaan aku semalam,dgn banyak baca,konon-kononya ia membantu aku menulis dgn lancar,banyak lontaran ide dan sewaktu dgnnya.Tanpa kita sedar,betapa
usaha makhluk ini hanyalah faktor pembantu shj.Tidak lebih dan tidak kurang..!!.

Hakikatnya?.Kita sering terlupa dgn faktor penentu,faktor yang lebih dominon,ya'ni Allah yg 'Azim,Allah yang Maha Besar..!!.Allah lah yang menentukan berjaya atau tidaknya kita,Allah lah yang menentukan samada aku boleh menulis lancar atau tidaknya..

Aku terpana sendiri dgn kekerdilan diri,dan kebesaran Allah swt."Subhanallah..Maha Suci Allah.."

D.U.A
Sesekali aku menerima msg YM dari sahabat di UM(x-um actually.tak perlulah aku sebutkan namanya utk tujuan keselamatan dan kerahsiaan.),memberikan beberapa maklumat yang panas,terkini dan sensasi tentunya.Apa lagi,kalau bukan berita pilihanraya kampus..!!.(aku ternanti-nantikan teman sejurnal aku,PakDi utk mengulas senario praya kampus,yang tidak keterlaluan kalau aku quotekan sebagai "haprak lagi membusukkan" demi mematikan sebuah arus yang bernama kebangkitan Islam..!!.)

Alhamdulillah,maklumat awal yg diterima kumpulan pro-Islam di UM telah menang tanpa bertanding di 11 kerusi.Maknanya kumpulan pro-Islam hanya perlu memenangi 9 kerusi untuk mencapai majoriti dalam pilihanraya kampus UM.Dan aku percaya, InsyaAllah sejarah tahun-tahun terdahulu akan berulang.Pro-Islam akan memberi "telur ayam" kepada kumpulan yang "pro-taghut" dan kemungkaran,dengan syarat kumpulan yang pro-Islam memenuhi syarat untuk menang.

Aku masih ternanti-nantikan keputusan dari universiti-universiti yang lain,UKM dan UPM terutamanya.Begitu juga UIA,USM dan universiti perdana yang lain.Mudahan perjuangan Islam di dada-dada kampus bisa dilestarikan dengan kemenangan mereka yang cinta,dan ingin melihat Islam itu hidup,paling tidaknya di celahan bilik kuliah.

Bercerita tentang kemenangan dan cita-cita Islam,aku pantas teringat dgn kata-kata keramat ayahanda,Abu A'la Al-Maududi ketika berusaha keras membawa kemerdekaan Pakistan dari tangan India.."tanah kekangkang yang berdebu ini kalau terhukum dgn hukum Allah adalah lebih bernilai dari seluruh benua India yang penuh kemaksiatan..".

Begitulah perjuangan seorang yang cintakan Islam,inginkan hukum Allah terzahir di atas pentas tadbir,lalu turun menusuk ke jiwa rakyat.Mereka rela terusir dari kampung halaman,terpenjara lalu dipenjarakan.Tetapi,memilih untuk berundur dari pentas dakwah..tidak terfikir dlm benak ingatan.Pencen bagi mereka,hanyalah setelah nyawa bercerai dari tubuh,dan ketika itu mereka pastinya menerima janji-janji Allah yang berupa keberuntungan infiniti.

::Pihak media sering melabelkan kumpulan yang pro-Islam sebagai pro-pembangkang,dan aku tidak tahu sejauh mana kebenaran itu,dan bagaimana teori "pro-Islam=pro pembangkang" bisa tercipta?.Atau,sebenarnya pihak media,yang dijana geraknya oleh kerajaan,sudah sekian lamanya
mengakui.. "pembangkang=Islam"..trimas utk media..!!.ahaks ::

ILHAM HAMDANI at 19.12.02

Monday, December 16, 2002

Assalamualaikum,

Hari terakhir aku berpuasa Syawal.Alhamdulillah..!!.Pada yang tak puasa lagi tu(tak kira ler puasa ganti ker,puasa sunat ker..) cepat2 lah yee."Barangsiapa yang berpuasa penuh Ramadan,lalu dikuti dengan 6 hari di bulan Syawal sama seperti dia berpuasa setahun ".

Esok aku raya puasa 6. Teringat aku ngan opah aku kat Perlis.Opah kalau esoknya raya puasa 6..malam nanti mesti buat ketupat sekali lagi.Hampir-hampir jadi kewajipan pulak rasanya.Aku rindu ngan opah.Semalam mimpi opah..!!.Tak perlulah aku ulas lanjut,rasa tak sedap lak nak berciter pasal mimpi semalam tu.Takper lah, kalau ikut nabi pun..nabi hanya berciter dgn para sahabat,kalau mimpi yg baik2. Kalau mimpi yg pelik,nabi simpan sendiri.

Malam tadi,ingat nak tepon opah.Dah lama tak tepon rasanya.Kali terakhir masa malam raya dulu tu lah.Tapi,international call lak dah abis.Malas nak kuar gi topat baru.Esok ajer lah,InsyaAllah.

Entah apa lah yg opah tgh buat waktu nih.Aku rapat ngan opah,ngan tuk ayah. Almaklumlah,dari umur aku 7 hari ..org kata,dari besar ibu jari opah dan tuk ayah bela.. sampailah aku habis sekolah menengah diaorg bela aku.Taktau lah betapa tingginya pengorbanan opah dan tuk ayah.Bela ayah aku dah satu hal,pastu bela aku lak lagi. Bilangan yang extra-infiniti..

Tetapi,jgn salah sangka lak.Opah,tuk ayah bukan dipaksa oleh parent aku utk bela aku.Diaorg yg volunteer nak bela aku sebab anak-anak dah besar.Rumah terasa sunyi.So,membesarlah aku dgn kasih sayang dan kemanjaan dari opah dan tuk ayah yang tak der taranya.Sampai hari nih dilayan,dan ditatang bagai anak kecil.Sampai aku jadi malu,terutama kalau depan sepupu-sepupu dan ibu sedara.Aku merelakan.. apalah sgt..

Lewat kebelakangan ini,BandarSepi menerima tetamu VVIP.Terima kasih utk Pujangga, Wanzu,PakDi,Rudy dan lain-lain.Pada aku,mereka adalah kumpulan penulis yang dah lama,sudah "establish".Mempunyai stail penulisan yang tersendiri, mungkin sudah sampai tahap ber "kelab-kipas" .Tulisan-tulisan mereka sudah puas meruntun air mata,sudah marak membakar jiwa.Apalah mahu dibandingkan dengan aku yang masih bertatih,jatuh dan cuba bangun lagi.

Sesekali,penulis hebat datang melawat BandarSepi,tanpa permaidani merah..malu alah jadiknya.."apalah kota batu yang mahu aku sembahkan utk kalian?tulisan picisan aku hanya sekadar jalak lantang yang berkokok pagi, ketika singa si raja rimba enak didodoi mimpi kayangan.."
ILHAM HAMDANI at 16.12.02

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.