Friday, December 27, 2002

Catatan Antara Dua Hijrah
Oita-Shi,Oita-Ken
27 Disember 2002,1910

Assalamualaikum,

Fasa Satu(1)
HitachiTaga-Ueno-Tokyo-Atami-Hamamatsu-Toyohashi-Nagoya

7:46 pagi,aku bertolak dari stesen kecil HitachiTaga sendirian.Sesekali angin dingin angin laut menerjah.Perjalanan selama 2 jam lebih terlalu membosankan.Sesekali membaca buku Manhaj Seorang Muslim,dan sesekali tidur.Menjemukan,tiada teman bicara.!.
10:40 pagi,sampai di stesen Ueno.Manusia masih kalut dengan dunia masing-masing. Cuma,seorang aku menyisih,utk bersegera sampai ke Stesen Tokyo.Keretapi seterusnya perlu digegas segera,kalau tidak ketinggalan.
11:04 pagi,bertolak dengan keretapi biasa dari stesen tokyo.Melalui Yokohama, Kawasaki hingga ke Atami di wilayah Shizuoka.Bosan.Sempat terlelap,walaupun berjaga-jaga.Takut terlepas stesen Atami,sebab stesen tu bukan stesen terakhir.Awas!.
12:50 tghhari,Alhamdulillah sampai Atami.Tidak terlepas kali nih.Bukan apa,pernah sekali..terlajak sampai ke hujung.Tertidur lah punya pasal.Lalu,terpaksa patah semula ke stesen Atami.Bukan kah membuang masa,tenaga.Mujur tak membuang wang.Yelah,aku pakai seishin jyuhachi kipuu.Hajat,nak sembahyang jamak qasar di sini.Tapi,takut ketinggalan keretapi.Lalu,"nanti aku buat jamak ta'akhir jer lah..!!".
3:40 ptg,sampai di Hamamatsu.Terus gi cari bilik air,berwuduk dan kalut-kalut untuk jamak ta'akhir.Dah masuk maghrib dah.Awas.!.Hajat nak isi perut yang hanya berlapik sepinggan nasi goreng ketika turun dari rumah awal pagi,tengok jam..tak sempat!!.Kena mengejar keretapi lagi.
4:04 ptg,bertolak dari Hamamatsu.Bosan kian bertimpa-timpa.Padan muka.!!.Siapa suruh bermusafir sendirian.Kan berteman lagi molek.Apakan daya.Lain dirancang,lain lak halangan mendatang.
4:38 mlm.Dah malam rupanya.Sampai di stesen Toyohashi.Sembahyang jamak taqdim maghrib isyak.Kejar keretapi lagi.Gitulah org yg pakai tiket keretapi murah.Semuanya kena mengejar keretapi.Tapi,best gak..hehe.
5:02 mlm,bertolak dari sini,sampai stesen Nagoya jam 6:32 mlm.Seorang teman lama telah sedia menunggu dengan sekeping tiket bas ekspres.Tidak lama,seorang bekas teman sebilik datang berkejar-kejaran setelah pulang kelas eksperimen utk mengubat sebuah rindu dek lama tidak ketemuan.

Fasa Satu(2)
Kota Mekah-Gua Sur

Perjalanan tidaklah sejauh HitachiTaga-Nagoya,tetapi,bukan angin yang sepoi-sepoi bahasa mengiringi hijrah ini,tetapi cabaran dan mata pedang Quraisy.

Saidina Ali Karamallah huwajhah : Bukannya beliau tidak tahu betapa sebuah risiko mengambil tempat pembaringan seorang nabi lagi Rasul Allah takkala Quraisy datang dengan hajat ingin membunuh jasad mulia.Tetapi,semuanya demi cinta Allah,cinta Rasul,dan cinta Islam.
Saidina Abu Bakar AsSiddiq : Tidak perlulah aku huraikan siapa jasad mulia ini,kerana aku percaya kalian lebih arif tentangnya dari aku yang dangkal ilmu agama ini.Dan, mlm itu insan mulia ini,seorang sahabat sejati menemani perjalanan yang penuh ranjau berduri demi sebuah hasil yang bernama negara Islam pertama.
Abdullah Abu Bakar : Ya,Islam sudah lama mengajari dunia tentang bond/spy dan mata-mata gelap.Dan inilah orangnya yang menjadi sb dalam perjalanan hijraturrasul. Malam hari bersama nabi saw dan ayahanda di Gua Sur,dan ketika dinihari sudah ke pasar utk merisik berita tentang gerakan Quraisy.
Asma Abu Bakar : Insan yang sedang mengandung ini jua ingin menyumbang kepada hijrah yang besar ini.Bayangkan,seorang wanita lemah yang mengandung(mengandung!) perlu bergerak dari kota Mekah,memanjat anak batu untuk sampai ke "kubu" nabi saw dan ayahanda-menghantar bekalan makanan dan susu untuk 3 hari persembunyian.
Amir bin Furahah : Hamba Abu Bakar As-Siddiq.Mengembala kambing di sore petang buat melindungi jejak dan tapak Asma si wanita mulia mengandung yang datang saban petang di 3 hari berlindung di Sur.

Ya,nama mereka terpahat dengan tinta emas dalam Hijrahturrasul.Dan,pastinya nama mereka sentiasa mulia pada pandangan umat,apatah di sisi Allah swt.

Aku akan menyudahkan Fasa Dua(1)(2) setelah aku pulang dari kem fuyu 3 hari nanti,InsyaAllah.Doakan program kami mendapat keberkatan,dipermudahkan segala urusan oleh Allah.Salam ukhuwah dari Oita,Japan.





ILHAM HAMDANI at 27.12.02

Wednesday, December 25, 2002

ESOK DAN SEMALAM

Hidup hanya ada dua,
Tidak tiga,dan bukan satu,
Semalam dan esok.

Semalam,
Adalah kenangan untuk hari ini,
Tawa,tangis,
Sejarah yang tidak berulang.

Esok,
Adalah impian hari ini,
Impian suatu bahagia,
Bermimpi tidak mahu kecundang lagi.

Lalu,
Hari ini,
Hanyalah impian hari semalam,
Dan kenangan hari esok.

Semalam,hari ini,esok
Adalah roda yang terus berputar,
Sehinggalah dia menemui tuhanNya kembali.
ILHAM HAMDANI at 25.12.02

Assalamualaikum,

Hari ini.Hari nih dah mula utk cuti winter,sampai awal bulan Januari nanti.Tak banyak yg aku buat siang tadi,selain mengisi siang yang pendek dek musim sejuk dgn baiki kereta baruku yang tidak baru.hehe..Bukan apa,kereta pun cam iman manusia gak, kena selalu-selalu recharge apa yg patut,barulah jalan tak sangkut-sangkut gitu.

Teringat dgn sahabat ra,mereka pernah ngadu dengan nabi saw,"Ya Rasulullah,bila kami bersama dengan majlismu,mendengar peringatan-peringatan dari mu, terasa iman kami kuat.Islam kami teguh. Tapi,bila sahaja kami keluar dari majlismu,bersama keluarga kami.Terasa iman ini pantas benar susutnya".

Subhanallah,ini sahabat-sahabat ra yang hebat.Begitu sekali tercabarnya iman mereka,begitu sekali susutnya Islam bila tidak selalu diperingati,lalu bagaimana dengan kita,bagaimana dengan seorang aku yang terlalu jauh simpangnya,terlalu gersang dengan ilmu agama?..

Semalam?Ya,semalam telefon sue di Australia.Rasa-rasa dah lama tak bersembang dengan dia.Lama gak bersembangnya,termasuk lah topik yang panas lagi memanaskan -poligami..!!.Mendengar luahan seorang wanita,dan luahan seluruh golongan wanita,mungkin?!.

Entah lah,aku tak faham kenapa wanita susah sgt dengan amalan yang satu nih.Tak kisah lah mengaji agama setinggi mana sekali pun, semangat jihad srikandi sehebat mana,tetapi bila diuja dengan poligami oleh si suami,ramai yg mudah melatah.

Lalu,aku cuba mencari pincang di sebelah lelaki, "emm..mungkin suami yg berpoligami yang selalu bikin auta,lalu yang belum berpoligami mengambil langkah berjaga-jaga..ahaks.".Segalanya mungkin.

Lalu,esok bagaimana?.Esok,seawal jam 7 InsyaAllah aku akan bertolak dengan densha ke Tokyo.Dari Tokyo tukar densha ke Atami,tukar densha,dan tukar lagi kat Toyohashi sehingga sampai ke Nagoya.Sampai Nagoya pukul 6 petang InsyaAllah(kalau ikut jadual lah..).Pastu pukul 8 mlm,naik bas ekspres terus ke Oita,nun jauh di Pulau Kyushuu.Jauh giler dari tempat aku,ada lah dlm 1200km mungkin.

Dan,yang tak bestnya..aku bersendirian.!!.Apa boleh buat,kawan yang sepatutnya menemani perjalanan aku yg jauh tu,last minute ada program yang lebih penting.So,dia gi lewat sikit,dan mungkin dengan "belon" sahaja.

Ya,esok aku akan jadi seorang musafir,InsyaAllah.Ya,musafir.Sama macam hidup manusia di bumi yang fana dan sementara ini,bermusafir..!!.


ILHAM HAMDANI at 25.12.02

Monday, December 23, 2002

Assalamualaikum,

Ke Tokyo dan bermalam di sana.Dah lama rasanya tak menjenguk adik-adik kohai kat sana.Kebetulan ada buat makan-makan kat sana,campur ngan muzakarah solat dan adab musafir.Ok lah tu,sementelah Jepun cuti lebih sehari sempena dengan keputeraan maharaja Jepun.Cantik lah tu..!!

Dengan keterpi biasa,3 jam gak utk sampai ke Ueno Eki.Bersendirian amat membosankan. Buku Manhaj Muslim,dari Abul A'la Maududi dan Sayyid Qutb sesekali aku baca,dan sesekali pula buku tu yg baca aku.Tido lah tu..hehe..Penumpang silih ganti di setiap stesen,cuma aku yang terus setia dgn punggung nan kepanasan.Entah la,mungkin heater kat bawah kaki tu panas sgt kot..sampai effect belaka.ahaks.

Memerhatikan nihonjin yang tidak pun beragama mereka tu,membuatkan aku banyak berfikir.Ternyata mereka sudah jauh meninggalkan kita yang dilahirkan dengan kemegahan Islam.Adabnya,sopannya ,mannernya ..adalah nilai Islam yang kian susut dalam jatidiri seorang muslim sendiri.Nilai tu sebenarnya nilai yg pernah ada dlm diri Abu Bakar,Umar dan sahabat ra yang lain.Tapi,itu cerita dahulu..cerita kitab yang telah berusia 1400 tahun yang terlalu lampau.Sedang umat Islam dewasa ini sudah tidak punya nilai yg sama seperti sahabat ra itu.

Dan aku tak fikir pula,nihonjin-nihonjin yang tidak beragama itu mencuri nilai kemuliaan itu dari diri org Islam.Tidakk..!!.Melainkan umat Islam yang sudah tidak mahu berpegang dengan nilai moral dan akhlak terpuji itu.Nilai akhlak tidak hilang dari dada umat,melainkan umat yang menghilangkannya.Umat menghilangkannya,lalu mencari nilai barat yang porak-poranda.Padan muka.!!.

Maka benar lah kata Umar Al-Khattab ketika menawan kota Jurusalam dari tangan Paderi batalion Rome sekitar tahun 600 Masihi," kita adalah suatu bangsa hina, lalu dimuliakan dengan Islam.Dan apabila sahaja kita mulai merenggangkan diri dengan Islam yang mulia,maka kita akan kembali ke takuk kehinaan".

Dan memang.!!.19 juta umat Islam hina di India.Lebih 100 juta umat Islam hina di Indonesia.Bahkan,1.2 billion umat Islam hina di mana-mana.Kerana tangan-tangan umat Islam yang ramai tetapi bagaikan buih di lautan itu telah,sedang dan akan terus menempa nilai kehinaan itu sendiri.

Hari ini Isnin,pulang sendirian.Singgah sat kat bandar elektronik,Akihabara.Hajat hati nak tukar ketai,tapi ada masalah lah pulak.Kansel.Akhirnya aku hanya menjadi pemerhati kepada suasana.Tak shopping ker?.Pitis kurang mengizinkan, kawan..!!. Berbelanja ikut kemampuan.Jgn jadi cam org kita yg megah dengan "biar pape asal bergaye".
ILHAM HAMDANI at 23.12.02

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.