Thursday, January 09, 2003

Assalamualaikum,

Aku "plagiat" skrip kat bawah nih dari web nurrefa..!!.Moga kalian senyum tak kering gusi.

Babak Nyawa dan Badan membahagikan harta samun di dalam gua dalam filem NUJUM PAK BELALANG

N: Nyawa (S. Shamsuddin)
B: Badan (Aziz Sattar)
N: Satu untuk kau, satu untuk aku. Dua untuk kau, dua untuk aku. Tiga untuk kau, tiga untuk aku. Lepas tiga berapa?
B: Hentam sajalah...
N: Hentam sajalah untuk kau, hentam sajalah untuk aku. Lepas hentam sajalah?
B: Bedallah!
N: Bedallah untuk kau, bedallah untuk aku. Lepas bedallah?
B: Hai!...Dalam dunia mana ada huruf bedallah?
N: Hai..dalam dunia mana ada huruf bedallah untuk kau, hai..dalam dunia mana ada huruf bedallah untuk aku
B: Eh... apadah?
N: Eh... apadah untuk kau, eh... apadah untuk aku.
B: Eh eh diani�E
N: Eh eh diani... untuk kau, eh eh diani... untuk aku.
B: Eh! Kau nak mampus ya?
N: Eh! Kau nak mampus ya untuk kau, eh! kau nak mampus ya untuk aku
B: Kepala otak kau!
N: Kepala otak kau untuk kau, kepala otak aku untuk aku
B: Aku bagi karang!
N: Aku bagi karang untuk kau, Aku bagi karang untuk aku
B: Eh eh�E
N: Eh eh... untuk kau, eh eh... untuk aku

" Aku senyum,lalu ketawa sendiri..sedang renyuk resah jiwa hanya Tuhan yang tahu." a.d.d.e.e.n
ILHAM HAMDANI at 9.1.03

Wednesday, January 08, 2003

Assalamualaikum dan selamat malam.

Hari nih sama gak ngan hari semalam.Nothing..!!.

Ada seorang budak di sebuah kg yg diberi nama antah berantah(identiti kg dirahsiakan utk lebih suspen..hehe..).Pada suatu hari,setelah sekian lama dia tak masak pasal gi travel,hari nih dia masak laa.Dia masak kari ayam.Budak nih kalau kari ayam tu,bak kata org tua .."sekilas kuah di periuk,dah tau kari ayam ker kari ikan..".Begitulah handalnya budak nan sorang nih masak kari.Bak kata keramat yang sering diwarwarkan oleh budak tu,"masak kari nih pejam mata pun boleh laa.."

Potong ayam,bawang ..dah siap prepared semua,then panaskan minyak..masaklah al-karinya.Lepas 7.23 minit,si budak yang masak kari tadi pun masukkan garam.Satu sudu,dua sudu dan tiga sudu.Cantikkk..!!.Dan satu fesyen si budak tadik nih ketika memasak,dia jarang nak rasa samada dah cukup masin ker idak lagi masakan dia.Ala-ala chef yg power ler..Tak yah rasa dah,confirm sesedap rasa di mulut. Wahh.. berlagak giler budak tu.!!

Lepas beberapa ketika,bila budak tu agak ayam dah cukup empuk,serbuk kari dah bersebati dgn isi ayam semua,maka dia pun tutup api dapur.Ambik pinggan,isi nasi dan taruk kari yg masih berasap.Sodap nihh..!!.Cubit daging ayam sikit.Alamakk.. apsal tak rasa garam nih..??,budak tu musykil sendiri.Tak cukup garam ker?.Takleh jadi nih.Tak penah2 dia kantoi masak kari,apsal lak tetiba hari nih boleh bermasalah lak nih.

Taruk semula ayam tadi dlm periuk,tambahkan garam sikit dan panaskan semula.Dok sekejap,budak tadi rasa semula kari yang dah ditambah dgn garam tadi."aikkk, apsal tak masin2 lagi kari ayam aku nih?..".Budak tu musyki giler.Dia tambah sikit lagi garam. Dok kejap,rasa lagi.Laa..tak masin lagik."Giler ker apa?Ker aku dah ilang deria rasa..?",budak tu merungut sendiri.Tetiba budak tu dpt satu akal kancil. Buka tudung bekas garam tadi,cubit sikit..dan calit ke mulut..Maniss..!!! Sah,budak tu salah bekas.. bekas gula disangkanya bekas garam.Dan bila diushar-ushar lama sikit,baru lah budak yg setengah tension tu terpandang satu bekas putih yang tertera"SYOU", atau dimelayukan jadi "garam".!!

Alkisahnya budak yang berlagak kononnya power masak kari tadi tersalah masuk perasa lah.Hajat nak masukkan garam,rupanya termasuk gula.Itulah,lain kali jgn berlagak sombong sgt.Eleh,masak kari pejam mata konon.Belum pejam mata,dah tak kenal mana satu garam,mana satu gula..itu pun nak berlagak lagi..hehe..

Dan,

Budak itu adalah A.K.U..!!.

Dulu pernah sekali,nak buat teh..termasuk garam.Akhirnya minum teh garam..hehe.. Dah tu,masa cuti summer bulan 7 dulu..masa mama ngan abah datang sini bercuti, pun jadi benda yang sama.Ini mama aku empunya kisah.Masak kari gak.Kari ayam gak.Masuk garam,tak masin-masin..rupanya masuk gula daa.. hehe..Kiranya kejadian "garam yang manis" aku nih 2nd edition lah,selepas kejadian mama dulu."like mother,like son"..hehe..

Moral
(1) Better korang tanda ler,mana satu garam,dan mana satu gula.Kalau tak,korang akan salah masuk cam aku.
(2) Mama aku pesan,masa dia tersalah masuk gula ke dlm kari ayam dulu .."org..lain kali..jgn letakkan bekas gula tu lebih hampir dgn dapur.Org biasanya letakkan bekas garam ..bekas gula tu taruk jauh sikit..takder lah tersalah taruk gula dlm gulai..". Malangnya aku,si anak kesayangan mama tak ikut nasihat mama aku.Padan muka..!!
(3) Walaupun pandai masak camne sekali pun(bukan utk masak jer ler,utk semua benda juga!!),jgn "take for granted",alias lupa diri.Sedar lah,yg kasi kita pandai masak, pandai belajar dan pandai segala-galanya bukannya kita.Tetapi Allah..!!.



ILHAM HAMDANI at 8.1.03

Tuesday, January 07, 2003

Assalamualaikum,

I
Aku mulai menulis untuk catatan kedua di tahun dua ribu tiga yang baru menjengah usia "bayi"nya,ketika tanda digital di bucu kanan skrin 15" mencecah 2:26 pagi lapan januari duaribu tiga.

Baru lepas(bukan lepas sebenarnya,tapi terputus ketika tgh rancak berusrah dek techical-fault,"cobaan!!") berusrah-net dgn al-fadhil ustaz Nasaruddin tantawi. Baru mula menadah kitab Bimbingan Mukminin,karya agung Imam Ghazali ra.Baru masuk tajuk Keutamaan Belajar.Tebal kitab nih,873 muka surat..!!.Belek jer kitab yang baru di"rela-paksa" beli masa winter gathering baru nih,dah terbayang lelah yang yang pantas terhimpun di bahu.Rasa senget lak.Ishh,camne nak berjuang nih?.Pra-syarat aula untuk sebuah perjuangan adalah ilmu.Jadi,nak atau tidak nak,suka atau tidak suka..kena berilmu dan berguru..!!

" Keutamaan seorang yang berilmu pengetahuan ke atas orang yang banyak ibadahnya,laksana keutamaanku ke atas serendah-rendah orang dari golongan para sahabatku"

"Kelebihan seorang alim ke atas 'abid,laksana kelebihan bukan purnama ke atas seluruh bintang-bintang"

II
Malam nih buat malam kedua berturut-turut makan nabe.Aku bukannya "hantu" makanan jepun pun,tetapi terpengaruh ngan housemate aku dan musa.Last-last aku makan gak."Nabe tu apa?".Emm..camne nak terang yek?!.Nabe tu kalau ikut makna direct dia,sama dgn periuk.Tetapi,kalau sebut di kala musim-musim winter gini,dan kat Jepun lak..biasanya orang akan pantas terbayang sejenis masakan yang dimasak dgn periuk tanah.Adik-beradik claypot lah kot..!!.Kita masukkan fishball,sayur,udang,siput.. pendekkata apa yg terfikir utk kita makan..kita masukkan dlm periuk tanah tu.Taruk air laa,jgn tak taruk lak.Alaa,cam masak tomyam atau sup lah lebih kurangnya.Dah masukkan bahan-bahan yang kita nak makan tu dlm periuk tanah yang diisi air, tunggu sat..10 minit ker..then boleh makan.Then,itulah nabe..!!

Begitulah Jepun.Kalau summer,dia akan terkenal dengan kari.Maka,banyaklah iklan tivi yang akan promo pasal kari.Cuma,jgn salah sangka.Kari Jepun tak macam dgn kari yang selalu org Malaysia dok bayangkan.Pedas,kuah kaw-kaw punya.Sebaliknya, kari Jepun langsung tak sedap,manis lak tu.!!.Bahkan,kekadang ada yang masukkan epal dlm kari depa.Cehh..kari mende tu.Tak puas hati betul aku.Tetiba aku jadik emosi dlm bab makanan..huhahaha..

Dan kalau winter,sejuk dingin..sampai menggeletar..mmg femes dengan nabe nih.Dan hari nih,aku dengan kengkawan telah menambahkan kefemesan nabe utk musim winter kali nih..hehe..

III
Tidak adil untuk aku kalau tak menjawab sedikit-sebanyak catatan para pengunjung yang telah terdampar sesat ke BandarSepi,umpama kata seorang datukbandar yang diam seribu bahasa ketika media-conference.Memandai jer aku buat tamsilan sendiri..ahaks..

::Khairusy:: Ya.Taraf hidup kat Jepun tinggi,bahkan tinggi bebenor..!!.Aku selalu membuat cth dlm nak membandingkan currency RM dan Yen baik ketika sembang ngan sahabat Jepun(konon-konon nak promosi Msia lah.)..atau ketika dgn org Msia(konon-konon yang ajak datang meramaikan lagi org Msia kat bumi mata sepet nih..2in1 beb!!..hehe..).Cth yang mudah,sebotol air tin coke( kempen boikot barangan US dan Israel : buat contoh tak per,beli jgn..!!),kalau kat Jepun harganya ��120,atau kalau tukar ke Msia RM3.60 (��100=RM3.00).So,pendekkata..kos/taraf hidup Jepun adalah 3 kali ganda kat Msia.Titik..!!.

::Wanzu:: Ust Nasarudin Tantawi tidaklah ngaji kat sini.Dah nadah kitab kat tanta, rasanya tak terfikir kot utk dia nak nadah kitab ngan org mata sepet nih..hehe. Cuma, sejak summer gath bulan 7 dulu..ust din nih kira cam mentor kepada kami, terutama dlm ilmu agama.Kalau anta pun nak volunteer jadi timbalan mentor,apa salahnya.. hehe.

::Ixora::Ilmu yang dikutip sepanjang winter gath baru nih,mmg banyak.Dan,yang risaunya,dek banyak yg masuk kang banyak lak yang cicir.Dah lah ngan mabuk laut naik kapal,sambung lak naik keterpi terlaju shinkansen,risau-risau cicir kot jalan jer..hehe..na'uzubillah.Cuma,mujurlah dgn teknologi moden..ilmu-ilmu tu tersimpan gak..tersimpan dlm vcd.!!."ilmu dari alim zaman mutakhir tersimpannya dalam kitab,dan bukannya di dada-dada mereka..aduhai.."

ILHAM HAMDANI at 7.1.03

Monday, January 06, 2003

Catatan Semalam
Teratak Nakanarusawa
empat januari dua ribu tiga

Assalamualaikum,

Lama benar aku tak menulis.Aku rasa ini senggang terlama utk aku bercuti dari menulis jurnal.Tapi,InsyaAllah aku takkan membiarkan BandarSepi terus sepi.Cukuplah sepi seketika demi sebuah pertapaan yang bernama"winter gathering".

Semalam,baru akan menamatkan percutian musim sejuk.(memang sejuk giler!!.max degree -1,min degree -4,mujur takder snow jer.).Penat tak terkata,siap batuk-batuk lagi.Tapi,sikit jer.Sesekali Allah kasi "nikmat" sakit sikit,apalah salahnya.Sokmo-sokmo dah dok sihat,diberi sakit barang seketika,lalu kita akan lebih sedar tentang nikmat sihat,kan?!.

Perjalanan yang aku budget2 ada lah lebih kurang 2000km pergi-balik mmg penuh dgn memori.Naik keretapi,naik bas,naik keretapi balik,naik kapal semalaman dengan siap mabuk laut lagi,naik shinkansen,naik keretapi lagi,dan last sekali naik bas semula.Pendek-kata memang lengkap.Semua ada,tolak "belon" jer.Tu pun sebab hujung tahun cam sekarang nih,mmg susah sikit lah nak dapatkan tiket "belon". So,better dok ikut darat jer lah.

Winter Gathering 2002-memberikan kesempatan aku bertemu dengan para ilmuwan; al-fadhil ust Riduan Mohd Nor,al-fadhil ust Nasaruddin Hassan Tantawi dan al-fadhilah ustazah Wan Hamidah Wan Daud.3 hari merupakan senggang yang terlalu sesak untuk menceduk seluruh ilmu dari mereka.Tetapi,syukurlah.!!.Paling tidak,Allah memberikan aku kesempatan itu,sedang ramai yang lain tidak dipilih Allah. "Alhamdulillah.".


Sumiyoshihama,
Tanjung tenang,
yang mempertaut kasih abadi,
Lalu,
Kita simpan kukuh di ruang ingat untuk 1000 tahun yang bisa mungkin.

Sumiyoshihama,
Pasir landai yang bertasbih damai,
Ombak yang hempas-menghempas alunan zikrullah,
Lalu,para hamba dari ceruk rantau sakura,
Datang mendamba sebuah temu nan singkat,
Lalu,pulang sebagai seorang du'at.








ILHAM HAMDANI at 6.1.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.