Assalamualaikum,
Wahid
Letih..!!.Baru balik main bola ngan bebudak Msia+Jepun 2 org.Sejuk-sejuk pun selamba jer main gak.Naik sejuk tangan aku,terasa cam nak fross lak.Walhal itu dah siap pakai glove tu,bayangkan lah..kalau tak glove ..mau beku jari aku.Nak maghrib, baru balik..makan nasi ngan tomyam(kali nih aku masak without sugar aaa..ahaks..), pastu baru semayang maghrib..Dah makan,selesai semua..mata terasa berat semacam.Taktau lah..sampai bila mata nih mampu bertahan..
Isnani
Kalau tuan-tuan perasan,aku dah tambahkan 2 ruangan baru kat sebelah kiri web aku nih.Karya dan gambar..!!.So,kalau korang ada masa,dan terasa rajin tu..lawat2 lah yee..
Salasa
Aku nak ambil kesempatan utk mengucapkan " Eppy beshday utk roy,samuraimalaya bersempena dgn ulangtahun kelahirannya yang ke24.Semoga Allah memberkatimu..!!".
ILHAM HAMDANI at 18.1.03
Assalamualaikum,
Maaf kepada semua pengunjung BandarSepi,semingguan aku kat update jurnal.Entah lah,nak kata sibuk,tak sibuk.Dan nak kata tak sibuk,sibuk.Begitulah adanya. Hakikatnya, sibuk atau lapangnya seseorang itu adalah bergantung kepada hebat atau gagalnya dalam mentadbir masa-"time management"..!!.Dan teringat aku dgn kata-kata pujangga," Tidak merancang adalah sebenarnya merancang untuk gagal". Wallahua'lam.
Hujung minggu lepas aku menziarahi teman-teman di negeri sebelah-Utsunomiya. Walaupun jarak tak jauh,lebih kurang 100km jer dari tempat aku.. kesibukan mendorong ke"absen"an aku ke sana saban waktu seperti yang dihajati seorang teman di sana.Kebetulan hujung minggu lepas cuti berangkai 3 hari-Sabtu,Ahad dan Isnin..cuti hari dewasa..Jadi molek benarlah aku menunaikan hajat kawan aku nan sorang tu.Kesian ngan dia..!!.Kebetulan gak di sana,ada teman-teman dari negeri sebelah gak-Gunma,jadi makin meriah lah kehadiran kami di sana.
Sementelah tersebut hari dewasa atau dari segi ketulenan Jepunnya dipanggil seijinshiki,meh kita sama-sama kongsi sikit citer Jepun yg satu nih.Itu pun sekadar yang aku tau ler.Kalau yang aku tak tau,camne lak aku nak bagitau ngan korang semua.Takgitu?hehe..
Seijinshiki atau hari dewasa nih adalah sempena dgn tercapainya usia 20 tahun seseorang tu.Dalam erti kata lain,dari segi budaya org Jepunnya,kalau masuk 20 tahun tu..dah kira dewasa lah.Walaupun perangai cam budak-budak bahkan lebih teruk dari budak-budak...kalau masuk 20 tahun jer...dewasa lah kamu.!!.Bila cukup umur 20 tahun nih beberapa larangan ketika usia di bawah 20 tahun telah terbatal secara automatiknya.Contoh yang mudah,minum arak..Kalau tak cukup 20 tahun..ikut budaya dan adat Jepun..takleh minum,sehinggalah usia mencapai 20 tahun.Barulah dapat greenlight dari parent.(hakikat tak cam tu pun..kekadang aku nampak gak..yg tak cukup 20tahun pun..selamba jer langgah..ahaks..!!)
So,pada pagi hari perayaan nih(tarikh dia tak menentu..biasanya awal Januari lah..), budak-budak yang diraikan nih(jante-tino lah nih..!!) dgn pakaian yang molek-molek gi ke tempat yang telah ditetapkan.Biasanya tempat-tempat tu dah ditradisikan tiap-tiap tahun kat situ.Yang lakinya,samada berbaju kot lengkap..atau pun nak glamer sikit..pakai ala-samurai zaman dulu.Yang pompuan lak..keutamaan tertinggi,tentulah nak pakai kimono..!!.
Tapi,nak bagitau satu benda ..kimono-kimono yang selalu benar telinga kita org Msia dengar nih..bukan satu benda yang murah-murah.Harga dia,kekadang tu menjangkau sampai RM30,000(Ringgit Malaysia : Tiga puluh ribu sahaja.. hehe..).Bahkan,kimono nih bukanlah dipakai senang-senang untuk buat tidur..tidakk..Kimono hanya dipakai ketika upacara-upacara keraian dan kebesaran jer..majlis hari dewasa nih,atau pun.. majlis perkahwinan sendiri.Semuanya adalah dek kerana mahalnya harga sepasang kimono.
Adapun demikian(cakap bahasa klasik lah pulak.. ahaks!!),ada gak kimono yang harganya murah..RM100 contohnya..Nih kira masuk kategori klon lah kot.Tapi,kimono yang semurah RM100 dan seumpamanya nih tidaklah dipakai ketika majlis-majlis besar.. buat digelakkan dek org jer.Biasanya kimono-kimono yang murah budak pompuan Jepun buat pakai gi nengok perayaan bunga api ketika musim panas jer.Begitulah adanya..!!.
Maka budak-budak yang baru dewasa yang dikumpul ini,yang datang dengan keluarga masing-masing nih..dengar lah ucapan datuk bandar.Datuk bandar pun dengan bangga dan besar dirinya menasihatilah anak-anak muda yang baru dewasa nih apa-apa yang patut.Pastu ada lah cabutan bertuah ker..makan-makan ker..sessi ikrar ker.. fotografi ker..bergantung pd bandar masing-masing laa..Dan program tu bersurai dalam pukul 11 gitu.
Time aku join seijinshiki dulu..(jgn taktau,aku dah dewasa..walaupun perangai masih kebudak-budakan..huhaha..),ada buat cabutan bertuah.Last-last naik nombor aku. Ingatkan nak dapat ler kereta honda ker barang sebijik,sekali dapat mug jer. Hampeh..!!.Pastu lak,biasanya setiap seorang yang menjadi dewasa dikasi ler hadiah kupon melawat apa-apa ker.Time aku dulu,dapat tiket naik menara tertinggi kat bandar Mito.Tapi,aku tak naik pun..sebab dah naik dah..masa aku gi lawatan university.
ILHAM HAMDANI at 16.1.03