Friday, January 24, 2003

DIARIKU,DIARIMU

Diariku,diarimu,
Diari seorang hamba,
Diari seorang khalilah,
Siang adalah suara,
Suara pada dakwah,
Malam adalah bicara,
Bicara bahasa Tuhan.

Diariku,diarimu,
Diari seorang pejuang,
Diari seorang mujahid,
Diam adalah suara,
Suara zikrullah,
Bicara adalah tajdid,
Jihad di depan kezaliman.

Diariku,diarimu,
Ditulis di atas helaian air mata,
Ditulis dengan tinta darah syuhada,
Lalu nanti,
Dibaca di depan tuhanku,
Lalu nanti,
Ditimbang di depan tuhanmu.

Diariku..diarimu jua..

addeen,ibaraki-2:16 pagi.

ILHAM HAMDANI at 24.1.03

Thursday, January 23, 2003

Assalamualaikum,

:: Jgn salah-anggap..!!Aku bukan dewa percintaan,biarpun entri 21 Januari yang baru berlalu aku telah pun menyentuh mengenainya.Tidak..!!.Dan aku bukan orgnya.Aku sendiri tak pasti,mengapa aku perlu menghias jurnal aku dengan permaidani cinta. Mungkin terpengaruh ngan samuraimalaya yg tgh masyuk ngan cinta.ahaks..!!



Bicara sebuah cinta dan perkahwinan


Satu hari, Plato bertanya pada gurunya, "Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemukannya? Gurunya menjawab, " Ada ladang gandum yang luas didepan sana.
Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta" Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.

Gurunya bertanya, "Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?" Plato menjawab, "Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik). Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak kuambil ranting tersebut. Ketika kumelanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawasanya ranting-ranting yang kutemukan kemudian tak sebaik dan secantik ranting yang tadi, jadi tak kuambil sebatangpun pada akhirnya"

Gurunya kemudian menjawab "Jadi itulah yang dikatakan cinta" Pada hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya, "Apa itu perkahwinan?Bagaimana saya boleh menemukannya?"

Gurunya pun menjawab "Ada hutan yang subur didepan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkahwinan"

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-sederhana saja, tidak terlalu lurus batangnya.Gurunya bertanya, "Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?"

Plato pun menjawab, "Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan kurasa tidaklah buruk sangat, jadi kuputuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya"

Gurunyapun kemudian menjawab, "Dan itulah yang dikatakan perkahwinan"

Oleh itu para carilah cinta dan dapatkan perkahwinan. Kerana kita tidak mungkin memperoleh sebenar seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya kesempatan yang yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan terpenuhi segala yang kita mahu.


ILHAM HAMDANI at 23.1.03

Assalamualaikum,

Sarapan pagi : Seorang aku jarang benar ambik sarapan pagi,apatah kalau hidup bujang begini.Tetapi,kalau di Msia ketika pulang bercuti,pokpekpokpek dari opah terutamanya akan membuka selera pagiku.

Tgh hari : 2 keping roti tuna dan setin teh.Cukup lah kan?!.Hidup untuk makan..opss..makan utk hidup..!!

Malam : Entah mimpi apa aku tetiba rajin,lalu nasik lemak special jadi santapan untuk dinner.Ketika memasak,mata sesekali menjeling pada peti ais yang comel-lote dan pika-pika.Syyyy..ini satu rahsia besar,"aku ler yg terlebih rajin ..mencome-lotekan peti sejuk tu petang tadi..jgn bagitau org lain tau..!!"..ahak.Ketika junior kesayangan,Musa datang utk numpang internet.."Musaaa...rugi ko tak rasa nasik lemak aku nihh..Aku pun heran tau..camne aku boleh masak nasik lemak sepower nih..?Rugi ooo.".Maaf,bicara di atas bersifat-"masuk lif,tekan sendiri..".Kesulitan amat dikesali...!!.hehe..


ILHAM HAMDANI at 23.1.03

Monday, January 20, 2003

Assalamualaikum...

catatan pertama




Menurut Profesor Diraja Dr. Bokumo Wakarimasen,seorang fellow-prof di University of Korehausodesu,"Sebenarnya dalam percintaan ada 2 istilah yang besar yang harus dilazimi oleh pencintanya-break-off(perpisahan) dan cool-off(perpisahan sementara). Umumnya,pengerak sebuah cinta hanya mengenal break-off(perpisahan) lewat permasalahan sebuah cinta.Sedang,hakikatnya usia percintaan bisa dipanjangkan dengan mengambil jalan cool-off(perpisahan sementara). Percintaan bahkan sebuah perkahwinan pun kadang-kadang akan bersua masalah keretakan,kebosanan dengan pasangan dan lain-lain.Jangan terlalu pantas menekan butang break-off(perpisahan), sebaliknya bertenang dan mengambil jalan cool-off(perpisahan sementara).Bercuti sendirian,merehatkan otak yang berserabut,dan fikirkan kebaikan pasangan kita,dan nanti kemesraan akan bisa bertaut kembali,mungkin.!!."

catatan kedua


PrangBesar,20 Jan-Sejak 2 hari lalu,menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai seluruh arteri-arteri "peperangan" dari pusat telah dipindahkan ke pantai timur,
Kelantan.Ini berikutan daripada Ops Nyahkan Orang Pulau Melaka yang dilancarkan oleh Panglima Tentera Biru.Susulan dari Ops Nyahkan Orang Pulau Melaka juga, Panglima Tentera Biru telah menukar turun-naikkan beberapa orang Brigader Jeneralnya, termasuk membawa masuk Brigader Z,seorang kaki-cakap sebagai ihsan di atas kelantangannya dalam Ops Lawan Kanun Syariah Terengganu.Sementara itu, brigader-brigader yang lain juga sibuk dengan persiapan-persiapan peperangan yang lain,termasuk serang gunting dalam lipatan,ekoran tidak putus hati dengan arahan Panglima Tentera Biru.
ILHAM HAMDANI at 20.1.03

Assalamualaikum...

Baruu...!!.gambar terbaruu...masih panas dan sensasii...
ILHAM HAMDANI at 20.1.03

Sunday, January 19, 2003

Assalamualaikum,

Hari yang ke sembilan belas di tahun dua ribu tiga,hujan yang renyai-renyai dan di"laporan-cuaca"kan sebagai akan turun salji .

Hari nih 19hb,dan malam nanti sekira-kira selepas maghrib akan masuk 20hb Januari 2003.Maka,aku dengan rasa syukurnya ingin mengucapkan "selamat meyambut ulangtahun kelahiran yang ke23 kepada Suriati binti Saad.Semoga Allah memurahkan rezekimu,memanjangkan usiamu,dan tentunya yang paling aula mengekalkan dalam keadaan kesihatan iman yang paling tinggi.".

Biarlah.!!.Biarpun terlalu rendah kebarangkalian untuk empunya diri membaca doa tulusku bersempena dgn hari tuanya, lewat kesukarannya untuk memperolehi kemudahan net di daerahnya tercampak,aku mewakilkan kalian dan seluruh alam sebagai saksi bicara tulus hati ini.Siapa Suriati Binti Saad nih?!Ahakk..soalan ini akan biarkan diam sebagai jawapannya..!!.Boleh kan..??!!.Atau kalau kalian terlalu mendesak aku,dan demi sebuah persahabatan yang baru bertunas..cukuplah kalau aku nukilkan dgn sekilas kata "mudahan ada jodoh di hujung sebuah persahabatan ikhlas..."

Kedua






Seminggu lepas,aku tersesat lalu ber"interaksi" dgn gambar-gambar 3D.Dan, semalam..aku menurunkan skill mencari imej dalam gambar 3D tu pd Roy dan Musa. Mulanya,dua-dua org tu tak puas hati.Mana taknya...gagal mengesan imej yang sepatutnya.Tetapi,setelah beberapa petua diturunkan oleh aku sebagai "seifu" 3D diikuti dengan usaha yang tak kenal putus asa,terutama oleh Roy.Dan akhirnya diaorg berjaya.Dan.masing-masing tersengeh.."kimochi naa..!!"

Menarik..!!.Serius menarik.Kalau kalian tak percaya,cuba kalian klik tengok kat imej yang sengaja aku sertakan kat atas tu..semata-mata nak uji mata kalian.Renungkan lama-lama,dan akhir nanti kalian akan nampak satu imej lain.Imej apa?!Mana boleh bagi tau lagi,try ler dulu..nanti2 aku bagitau..ok?hehe..

Lalu,seorang aku mencipta falsampah 3D...

Pertama kali nampak gambar 3D tu,kita rasa susah,payah dan sukar amat. "Ishh.. gambar apa nih..?.".Jangan cepat melatah kawan.Dan jangan lari begitu sahaja. Tetapi..kita ambil gambar 3D tu,letak elok-elok depan mata kita.Pejamkan mata kita jap,dan tarik nafas yang panjang..dan kita merenung untuk kali pertama.Tak nampak.!!. Renung lagi,tak nampak.Dan terus merenung,dan jangan putus asa.Dan, InsyaAllah akhir nanti kita akan nampak imej di sebalik gambar 3D tu.Bila kalian dah boleh dapat dengan imej pertama,imej kedua,dan seterusnya pada gambar-gambar lain,kalian akan dapat temui dengan lebih pantas.Dan itulah gambar 3D..!!.

Dan aku percaya bahawa kehidupan manusia pun tidak lari jauhnya dari merenung sebuah gambar 3D.

Ketika kita dihadangi dengan masalah,kita akan pantas benar disambar gundah-gulana dan kebimbangan yang bukan kepalang.Jangan mudah melatah dan mengalah. Duduk dengan tenang,tarik nafas panjang-panjang dan cuba fikirkan masalah yang ada.Kali pertama mungkin gagal temui jalan selesainya.Mungkin kali kedua,atau ketiga..atau keseribu satu..Cuma,jangan mudah putus asa."Tiada masalah yang tidak bisa diselesaikan kecuali kematian..".Dan,InsyaAllah di hujung usaha yang tidak kenal putus asa,kalian akan temui jalan selesainya..

Dan itulah manusia dan sebuah masalah..

" Jangan lari dari masalah ketika kamu berdepan dengan masalah,sebaliknya duduk tenang..dan fikirkan bagaimana untuk selesaikan masalah yang datang tu..Lari dari masalah,ertinya kamu mencari masalah kedua..",dan aku sentiasa akan ingat dengan kata-kata En Sharifudin Kasim kepada salah seorang sahabatku di sini.









ILHAM HAMDANI at 19.1.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.