Thursday, January 30, 2003

Assalamualaikum,

Semalam,menerima seorang lagi bro baru..Bro Samar(i don't know how to pronounce his name in right way!!) dari Egypt.Dan InsyaAllah bro Samar akan bersama dunia Islam Hitachi untuk tiga atau empat tahun bersama.Alhamdulillah,bertambah seorang lagi muslim di sini.Dan InsyaAllah,Ahad nanti ada sikit "welcoming party" di rumah bro Rames,dari SriLanka.
Tadi,selepas sembahyang Jumaat menemani bro Samar mencari rumah untuk disewa. Entahlah,harapnya dia akan dapat rumah sekitaran dengan rumah-rumah pelajar Msia dan surau.Lebih mudah untuk berkomunikasi,dan berjemaah mudahannya. "jemaah adalah rahmat..".


Apalah ada pada sebuah akar yang bernama temu,
Kalau daunnya hanyalah tangisan yang subur,
Kalau kelak berbuahnya perpisahan yang kelat.

Pertemuan,dan hujungnya sebuah perpisahan,
Ketawa yang baru bertunas,
Dicantas bait kenangan yang menangis,
Lalu,
Apa guna sebuah temu?,

Bertemu,dan nanti berpisah,
Kita berpecah dan terpecah,
Mengikut bayu angin mendaerah,
Mengikut ombak arus mengarah,
Lalu,
Apalah pada sebuah temu?,

Tetapi,
Temu ini lain,
Kita bertemu,
Menanam benih mesra,
Bertemu keranaNya,
Lalu kelak,kita bersimpang pada sebuah pisah,
Dan,
Tentunya keranaNya jua.

Dan,
Kalau kita menjual sebutir temu yang begini,
Hanya Dia yang tahu betapa tinggi maharnya,
Di dunia,dan di sana ..di bawah payungan ArasyNya.

ILHAM HAMDANI at 30.1.03

Wednesday, January 29, 2003

Assalamualaikum,

bila pentadbir jadi chef


Baru lepas makan malam.Dan sekali lagi,malam nih aku dilanda angin rajin masak.. ahaks.Dan setiap kali aku menyentuh soal masak kat dlm jurnal,tentunya ada perkara menarik(samada over-sedap..atau over kurang sedap..hehe).Dan malam nih,aku mencipta sejarah baru dlm dunia masak,aku masak soto.!!.Kome tau ker soto tu mende?.Kang penat jer aku citer,soto pun korang taktau.Ampeh laa..

Soto-soto nih bukan sotong tau..!!.Soto nih gabungan nasi impit(main dia ler..!!), daging rebus yang dilerai-leraikan,taugeh rebus,kuah sup dan kicap berlada. "Tolong jgn alihkan siaran anda,memang malam nih pentadbir bandarsepi akan bertukar profesen kepada chef utk seketika.."..ahaks..

Seingat aku,sekali jer aku jumpa ngan soto nih,itupun dah berapa belas tahun yg dulu.Makwa yg masakkan.Itulah sekalinya aku makan dan tengok rupa soto nih. Tapi,entah lah..walaupun sekali cuma bersua muka dgn kekasih bernama soto, ingatanku pada rupa dan keayuan wajah soto tidak luput dari ingatan..ahaks.. Dan dengan alasan itu,walaupun sekali je aku tengok,dan makan benda alah nih..aku confident nak masak.Tambah lak,dah lama aku tengok nasi impit segera ang dibawa oleh housemate aku tu tak berusik.Molek benor ler tu..!!(ketika aku tgh masak nasi impit segera tu,aku call adik kat Msia.."aikk..lepak ler..awal lagi nak sambut raya pun..takkan ler dah siap masak nasi impit kot.."..)

Walaupun pertama kali masak,aku boleh kasi pass-grade utk kuah sup(nih sokmo2 dah dok buat),kicap berlada pun rasa pedas-pedas dia..cantikk..Daging rebus pun bisa diatur..Cuma,cuma..ish..yg nih tak pass,dan dengan kegagalan yg ini,mengagalkan misi soto aku malam nih.Aku masak nasi impit,tapiii..tak jadik keras..!!Ampeh.. ampehh..Aku pun taktau apsal.Almaklum ler second time masak nasi impit(first time dulu,last 2 years..ada akak sempai suruh masak,ada majlis hari raya..itu lagi hampeh.. langsung hangus nasik impit...huhahhaha...).Tanya ngan housemate aku.. dia lak ngalahkan prof serba taktau..air terlebih lah..itulah ..inilah..Then,aku try masak sekali lagi nasi impit tu..Try rasa sekali lagi,tak keras gak..dia jadi cam nasik lenyek..

Tengok jam,nih tak boleh jadik nih..perut sudah mendendangkan lagu keliru(perut pun ikut perkembangan muzik semasa kawan..jgn taktau..ahaks..).Ditambah dengan aroma sup yg menyelerakan.Last-last..nasik lenyek pun nasik lenyek lah...rezeki aku kali nih..nak masak soto,termasak nasi lenyek soto.Hentam jer lah ..janji kenyang.. Next time kita cuba lagi yaa..Nasi impit banyak lagi tu..hehe..

moral of the story
Kalau dah tak tau tu,jgn berlagak-lagak tau..."ingatanku pada rupa dan keayuan wajah soto tidak luput dari ingatan"..cehh..alang-alang berguru silat,biar sampai mandi minyak panas ..kawan..hehe..







ILHAM HAMDANI at 29.1.03

Tuesday, January 28, 2003

Assalamualaikum,

" di angin yang berlalu,aku dengan setulus hati mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat saudara-saudara seaqidahku di Iraq..."

Siang tadi,sedang aku melayari net..tetiba pintu kaca sebelahku diketuk.Rupanya, seorang senior cina Msia(rumahnya betul-betul depan rumahku) empunya gerangan.

"datang rumah aku kejap.ada polis nak jumpa wakil budak Msia..".Aduhaii..kenapa pulak nih.Maka,aku yg separuh hati pun pergi.

Soalan pertama dari polis yg seusia 50an bernama Nakamiya,(aku budget SB,kalau tak pun..pegawai lah..sebab tak pakai uniform..),"nama awak..?".

"Mohamaddo..",balas aku pendek.(nama aku macam-macam ditulis dan disebut oleh org Jepun).

"Mohamaddo sahaja?takder second name..?"..aku pun balas,"Mohamaddo XX" (identiti dirahsiakan ..hehe..)

Pastu mula lah dia membebel menasihati aku macam-macam tentang Islam,tentang keselamatan dan lain-lain.Aku lebih banyak mengangguk,mengiya sambil lewa daripada menyampuk.Sebabnya,benda yg dia cakap tu dah command sgt.Kecuali, kalau ada beberapa perkara yg baru,atau dia salah pemahaman tentang Islam,baru lah aku menyampuk.Yang sorang lagi pegawai polis yang ikut serta,Koyama..sama cam aku..lebih banyak jadi tukang angguk.

Dan banyak gak,perkara-perkara tentang masyarakat Islam di sini yang dia nak korek dari aku.Yang aku rasa boleh bagitau,tak membahayakan aku dan org-org aku(dibaca=org Islam di sini) aku bagitau lah.Yang agak bahaya,termasuklah kat Hitachi nih ada surau..aku tak bagitau.Sebabnya?aku malas nak citer panjang.Tambah lak, surau tu kami sewa atas nama aku.Kan,panjang lak citer dia ngan aku.

Tapi,oklah..secara keseluruhannya ..pakcik polis berdua nih aku nampak bagus lah.(yg aku nampak,yg aku tak nampak,then aku taktau lah..).Dia lebih nak memastikan keselamatan org Islam,dan org Jepun.Dia kata,takmau lah kes-kes demonstrasi,letup-letup bom berlaku di Jepun.Ok lah,aku terima ngan baik.Yelah,dah org nak "jual"
cara baik,adalah tidak bertamadun kalau aku "membeli" dengan cara kasar.Lama gak sembang-sembang dan sessi bebel-membebel,dekat sejam.Lepas ambil nombor telefon aku,then bersurai.Itupun sebab aku kasi alasan nak sembahyang asar.Dan aku perhatikan,si pakcik Nakamiya nih banyak gak tahu pasal Islam/agama nih.. maybe diapunya specialist dlm polis dalam bab agama kot..Ini hanya agakanku,tidak lebih dari itu..

Begitulah Jepun yang mutakhir,terutama lepas 911,WTC black tragedy..banyak perubahan yang berlaku pd umat Islam di sini.Ada yang baik,Alhamdulillah.Dan ada jugak yang kurang baik,Na'uzubillah.Tetapi,percayalah dengan janji Allah.." mereka cuba memadamkan cahaya Allah(agama Allah) dengan mulut(ucapan-ucapan) mereka dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya biarpun orang-orang kafir membenci".
ILHAM HAMDANI at 28.1.03

Sunday, January 26, 2003

Assalamualaikum,

Semalam,aku melanggar pantang yang aku buat sendiri..!!.Aku melanggar pantang, memenuhi undangan beberapa teman di sini.Itupun setelah beberapa kali juga sebelum daripada ini aku menolak pelawaan mereka.Dan,semalam..aku aku berjanji pd diri,utk tidak mengelak lagi.Lalu,biarlah aku melanggar pantang yang aku peliharai sejak 2 bulan yang dulu,sejak aku diserang alergik."biarlah,gatal pun..gatal lah.. asalkan hati kawan-kawan puas..".Aku ke kedai sushi juga akhirnya,walaupun hanya untuk sepinggan udang mayonis dan 2 pinggan kek coklat.Tetapi,yang paling utama.. aku memenuhi hajat hati teman serumah-bersama mereka ke kedai sushi.Hati aku memakan puas sebuah hidangan persahabatan..!!.

3 hari terkebelakang,media mainstream perdana mengetuk "tin kosong",semboyan supaya semua pihak harus peka dengan perang pilihanraya yang akan berlaku pada bila-bila ketika.Dan isu "tin kosong" itu hanyalah "5 orang anak exco kerajaan Terengganu yang menerima zakat.".Dan aku kira isu ini tidak lebih sebagai modal politik golongan haprak yang akhirnya nanti menikam diri mereka sendiri.Apa tidaknya MB Terengganu ketika ditanya wartawan,"kalau benar..buat laporan terus dgn Jabatan Hisbah..biar mereka adili..".Jadi,ayuh..Wahai anak muda anak bekas MB dekad 60-an, jangan hanya pandai melapor pada dada akhbar..tempat orang bersalah(kalau pun salah..) bukan di dada akhbar,tapi di mahkamah.Biar hakim yang mengadili,dan kelak nanti ..biar rakyat yang menghukum mereka.TG Hadi selalu MB umpama sang ayah sudah memberi lampu hijau..apa di tunggu..Itu pun,kalau kalian benar-benar punyai hujah.Apa yang aku bimbangi,kalian tidak lebih hanya anjing yang menyalak bukit..!!

Sekitar pertengahan tahun lepas,aku masih ingat..heboh juga pasal zakat.Khabarnya seorang bekas doktor gigi bernama Khir bin Toyo membawa berkarung-karung duit zakat kerajaan Selangor utk ditabur di Mesir.Baik sungguh MB termuda merangkap EXCO Biro Agama team org muda parti sana.Baik ada muslihat rupanya. "Mari..
mari.. duit zakat..siapa cepat dia dapat..Duit zakat,duit zakat dan surat..".Rupanya nak dapat duit zakat,kena sain surat.Siapa taknak sain surat,takder duit zakat.Itulah alkisahnya duit zakat dan surat-surat akujanji..!!

Kalau nak tau lebih lanjut,kalian boleh tanya ngan pujangga ,wanzu, enmiya ataupun ujang



ILHAM HAMDANI at 26.1.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.