:: Bangsa Cina melalui MCA telah lama mendahului massa.Buktinya,1969 bangsa Cina sudah punya satu institusi pendidikan tinggi mereka sendiri,KTAR.Tidak berakhir di situ,KTAR akhirnya menjadi UTAR pada 2001.Dan hakikat yang pahit,KTAR atau UTAR hampir 100% untuk Cina.Lagi,melalui pindaan akta Pendidikan 1995,kelahiran kolej-kolej swasta yang melebar-luaskan lagi peluang pendidikan untuk bangsa Cina.
::Bangsa India.Biarpun tidak lah segagah MCA dengan UTAR,tetapi paling kurang idea ke arah memacu survival pendidikan anak bangsa India tetap berlegar di dalam minda pemimpin mereka.Dalam senyap-senyap,MIC di bawah Datuk Seri S Samy Vellu sudah mempunyai Kolej Tafe Seremban sebagai mercu tanda bangsa India di Malaysia. Dan sedikit masa dulu,heboh tentang cadangan untuk universiti MIC di Kedah.Biarpun cadangan itu hanya di atas kertas,idea ke arahnya sudah ada.Dan terbaru,PPP di bawah Kayveas digembar-gemburkan dengan University PPP.Begitulah,anak-anak yang lahir di celah pokok getah pun sedia memikirkan soal pendidikan mereka,dan mereka tidak mahu majoriti dari mereka terus berguru dengan pohon getah.
::Lalu,apa yang ada pada bangsa Melayu selaku pribumi?.Biarpun aku bukan cauvenist bangsa,tetapi adalah dungu kalau tidak memikirkan tentang survival pendidikan anak bangsa di kala bangsa lain sudah jauh ke hadapan.UITM?Itu adalah universiti awam yang anak melayu menumpang tuah hanya kerana punyai suara majoriti dalam kerajaan.Tetapi,bagaimana kalau sudah tertakdir nanti bangsa lain memimpin mojoriti suara parlimen?.Pada siapa lagi boleh kita merayu untuk memelihara kesucian UITM?Pada parlimen yang ketika itu suara majoritinya bukan melayu?Mungkin tidak..!!.Pada raja-raja Melayu?Maaf..sejak seorang "atuk" telah berjaya menelanjangkan kuasa raja-raja Melayu pada 1993,raja tidak lebih sebagai boneka yang dibayar elaun tahunan. Tandatangannya yang cukup bernilai sebelum dari keramat 1993,kini sudah tidak punya harga lagi.Pendek kata,apa yang ada pada orang Melayu untuk menjamin survival pendidikan anak bangsa?.
::Aku masih tidak redha dengan tindakan "memutar jarum jam ke belakang" oleh pihak pemerintah dalam isu cadangan pengharaman SAR(Sekolah Agama Rakyat). Apalah dosa SAR dan ratusan ribu penuntut yang bernaung di bawahnya?. Penutupan SAR hanya cukup memberikan kita kesimpulan mudah,demi survival politik golongan neo-colonial,kepentingan Islam sudah diturun-pangkatkan kepada nombor dua..!!. Itulah realiti pahit di negara yang mendapang dada kepada dunia,"aku negara Islam nombor wahid di dunia..!!"
Kita tidak menafikan,bahkan tidak pernah menafikan SAR punyai kelemahannya yang tersendiri.Komplek perguruannya umpama melepaskan batuk di tangga,sistem silibus yang berkecamuk dan seribu satu lagi yang bisa keluar dari mulut mereka yang ingin melihat cita-cita murni umat Islam Malaysia berkubur tanpa nisan.Tetapi,jangan pula kita tutup mata tentang sumbangan yan SAR berikan.Lalu,kalau semua pihak ikhlas dengan misi Islam,jujur dengan survival pendidikan bangsa Melayu,ketepikan sentimen kepartian,kesampingkan emosi kuasa lalu duduk semeja untuk membaiki kekurangan SAR.Tetapi,itulah..!!.Begitu dan di situ.
"Biarlah..biarlah SAR kita kuburkan lebih dahulu,sebelum anak-anak SAR menguburkan kita..".Sedang mereka tidak sedar,impian mereka untuk menguburkan SAR sedang dinilai oleh rakyat marhaen,dan nanti akan dibayar "cash" oleh rakyat dalam Pemilu ke-11.
ILHAM HAMDANI at 6.2.03
GAMBAR MASJID ALAQSA PADA BOTOL ARAK ISRAEL-ehsan dari PUM dan Ahkam Online

Syarikat Israel telah melekatkan gambar Masjid Al-Aqsa dan Qubah Al-Sakhrah diatas minuman arak (wine) "Vodka" yang mereka impot, didalam satu laku cara penghinaan keatas tempat suci Islam.
Beberapa botol ini yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat membawa gambar Dinding Jerusalem, sementara yang lain membawa gambar masjid Qubah Al-Sakhrah dan pada bawahnya ditulis "Vodka yang dikeluarkan dari dua kilang Vodka di Ukraine".
Pertubuhan Al-Aqsa mengumumkan pada hari Khamis 30-1-2003 kritikan terdapat operasi tersebut, dan menunjukkan bahawa mereka bersama-sama dengan Pertubuhan Hak Asasi Kemanusiaan di Palestine akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut, mereka menuntut akan pelekatitu dibuang, dan meminta ma'af kepada orang Islam, dan mereka mengenakan bayaran ganti rugi akibat dari kesan negatif yang berad didalam setiap jiwa umat Islam seluruh dunia.
Muasasah Al-Aqsa yang diketuai oleh Sheikh Ra'ed Saleh , yang juga Ketua Islam Palestine 48 telah terserempak dengan botol-botol ini, apabila mereka melihat seorang lelaki Palestine Wasiim Majdoub - 35 tahun, dari bandar Thamrah yang berada didalam garisan hijau memegang botol yang mempunyai gambar masjid Qubah Al-Sakhrah, yang beliau percayai ianya air mineral, tetapi apabila empunya kedai di bandar Khaifa ditanya, beliau mengaku bahawa ianya diisi oleh arak Vodka, maka Majdoub tidak membelinya, maka ini satu bukti Israel mencabuli perasaan orang Islam.
Berkata Muasasah tersebut :
"kerja ini dianggap sebagai provokasi kepada emosi orang Islam diseluruh dunia, menunjukkan bahawa syarikat tersebut telah menghina Masjid Al-Aqsa, qiblah pertama dan tanah haram ke 3."
Pegawai dari Pertubuhan Al-Aqsa telah menghubungi syarikat pengimpot botol-botol Vodka tersebut, dan telah bercakap dengan pengurus syarikat - dan berkata Salafa - yang mendakwa syarikatnya telah meletakkan gambar masjid Qubah Al-Sakhrah dibotol Vodka tanpa mengetahui bahawa Islam melarang minuman arak, atau tidak mengetahui bahawa Qubah Al-Sakhrah adalah sebuah masjid!
Pegawai Al-Aqsa tersebut mengesahkan bahawa pengurus syarikat enggan menunaikan tuntutan memberhentikan pengedaran Vodka yang padanya mempunyai gambar-gambar masjid.
Qubah Al-Sakhrah didalam simbol bintang Yahudi (Magen David)
Tiba pada waktunya Surat khabar Palestine pada hari Rabu 29-1-2003 telah mencetak iklan warna muka surat penuh gambar Masjid Al-Aqsa dan Masjid Umar didalam simbol bintang Yahudi (Magen David) dibawah judul :"Gunung Kuil didalam hati Umah", merujuk kepada Masjid Al-Aqsa dan halamannya, dan ini berlaku setelah Parti Likud memenangi Pilihanraya pada hari Selasa 28-2-2003.
Sheikh Ra'ed Saleh telah memberi amaran pada akhir kenyataannya, menunjukkan ini akan membakar orang-orang Arab, dimana mereka akan datang pada:"orang Yahudi semenjak 2 tahun di halang dari memasuki halaman Gunung Masjid, dan mereka terdedah kepada tindakan orang-orang Arab".
Sheikh Ra'ed Saleh didalam pengumuman menuntut agar kerajaan Israel menukar hakikat ini, dan layanan mereka, dan keizinan mereka memasuki Masjid Al-Aqsa, ternyata secara jelas adalah hasil dari kemenangan Parti Likud.
Beliau berkata :
"Kami melihat iklan ini sangat bahaya dan ini mengancam Masjid Al-Aqsa, dan pada masa yang sama apa yang telah disahkan bahawa sebelum ini Masjid Al-Aqsa berada didalam keadaan bahaya, dan hari ini bahayanya lebih besar"
Tambah beliau : Kami bernaung dengan perlindungan Allah mata yang terbuka melindungi Masjid Al-Aqsa, lamannya dan dindingnya (tembok), dan kami mengantarkan seruan kami kepada umum agar memperbanyakkan lawatan ke Masjid Al-Aqsa, atas apa diuruskan jalannya.
sumber : http://www.islamonline.net/Arabic/news/2003-01/30/article19.shtml
ILHAM HAMDANI at 4.2.03
Assalamualaikum,
Setelah bertapa sepurnama dua,akhirnya seorang aku kembali untuk bersuara,bercerita pada alam..
Hari nih berkokoklah seorang pencinta keadilan(ahaks!!).."Pas didakwa guna PMRAM kuasai pelajar".Walaupun aku bukanlah org yg paling layak untuk bercakap bagi pihak PMRAM atau pelajar Mesir,paling tidak aku punyai hak untuk bercakap atas status aku sebagai seorang mahasiswa.
Aku tidak tahu sejauh mana kebenaran kata-kata di atas.Hanya orang yg mengungkapkannya yang tahu benar,atau sekadar auta,buat menambahkan kantung perut dan bawah perut(almaklumlah..berita-berita sebegini memang tinggi nilai bayarannya,terutama ketika bahang pilihanraya makin terasa..).
Pada aku,tidak timbul isu PMRAM adalah pengkalan kepada kader-kader PAS, melainkan ia hanyalah tidak lebih daripada luahan seorang yang tidak ada modal lantaran ideanya dengan Nadi UMNO Mesir yang kurang laku di kalangan bakal-bakal ustaz.Dan,kalau menuruti sejarah PMRAM yang aku kenali,memang PMRAM bukan lubuk PAS,bahkan lubuk sesiapa sahaja yang bijak mendekati dan memancing mereka. Wan Mokhtar Ahmad adalah bekas Yang Dipertuan PMRAM 1959-1961,lalu pulang dan akhirnya menjadi MB Terengganu atas tiket UMNO dan BN.Yusuf Noor pun begitu.Seorang pimpinan PMRAM,bahkan kalau tidak salah ingatan aku mereka berdua antara yang mendasarkan Perlembagaan PMRAM yang diguna-pakai sehingga hari(kalau salah,minta perbetulkan ..ye wanzu dan pujangga ..enmiya),dan "syeikh" Yusuf Noor pulang untuk jadi kepala org biru di UMNO.Pun begitu,Hj Harun Taib dan Hj Abdul Hadi Awang yang juga dari PMRAM pulang dan terjun bersama pasukan Hijau.
Jadi,jelaslah..PMRAM bukan berpihak kepada sesiapa.Bahkan,PMRAM tidak lebih sebagai platform umum yang melahirkan sesiapa sahaja berdasarkan taraf keilmuan yang ada pada ahli-ahlinya.Mungkin dengan suasana keIslaman yang dibawa oleh PAS lebih menyerlah,maka kecenderungan mereka di situ.Kalau UMNO pula nanti ditakdirkan cenderung untuk membawa Islam,maka tidak mustahil berdondon-dondong prebet-prebet PMRAM akan memasuki kem UMNO.Cuma,masalahnya ..entah bila kem UMNO akan menjunjung Islam..?
ILHAM HAMDANI at 3.2.03