Thursday, February 13, 2003

Mencari sebuah kemenangan ummat.

Ketika aku sedang menurunkan catatan ini,sekitar 2 juta umat Islam seluruh dunia(ini adalah angka rasmi menurut Kementerian Haji Arab Saudi,tetapi aku percaya jumlahnya adalah lebih dari itu.) sedang berada di Mina untuk menyempurnakan ibadah haji.Tahniah buat umat Islam yang dipilih oleh Allah untuk menjadi tetamuNya.

Tahun lepas,1422 Hijriah aku telah diberi kesempatan oleh Allah ke sana,bersama jutaan hamba-hambaNya yang lain."Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji,nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh"(Al-Quran 22:27)

Dan 38 hari di Haramian meninggalkan pelbagai pengalaman berharga untuk aku kongsi bersama dengan diri sendiri,dan teman sekalian.Dan,Alhamdulillah pagi ini Allah menunaikannya.Cuma,besarlah harapanku pada kalian yang membaca agar catatanku tidak disalah-anggapkan..!!.

pertama
Aku masih ingat,saban tahun ketika kecil ketika tuk ayah,opah atau saudara-saudaraku yang lain ketika pulang dari haji hampir pasti ada membeli sejadah,kopiah, biji tasbih,serban dan sewaktu dengannya.Dan,ketika aku berpeluang ke sana pun,aku membawa pulang benda-benda yang hampir sama sebagai ole-ole atau untuk lebih sedap didengari,"berkat dari mekah" untuk orang-orang di Malaysia dan kenalan di Jepun.Cuma,antara sedar atau tidak,hampir 100%(keterlaluankah aku??) barangan yang kesebutkan di atas adalah-"made in C.H.I.N.A".

Ingatan aku masih tidak lupa pada perbualan dengan bro Redha,dari Mesir tentang masalah umat yang satu ini,monopoli barangan dari China. 'Calculation' kami mudah. Katakanlah seorang hujjaz membelanjakan US100 untuk barangan ole-ole di Mekah, maka dalam satu musim haji kerajaan x-Komunis China bodoh-bodoh memperolehi US200 juta dari muktamar umat Islam terbesar ini(dengan mengambil jumlah hujjaz sebagai 2juta orang).Soalnya,adakah ini kemenangan yang harus dibanggakan oleh umat Islam sedunia?Seluruh umat Islam di dunia berkumpul di kota Haram(catatan : mana-mana umat lain,kristian,buddha dan apa sahaja anutan lain tidak akan mampu menandingi himpunan umat Islam yang sebegini besar jumlahnya. Subhanallah..!!), lalu untungnya mengalir kepada negara bukan Islam?.Aku percaya, kalaulah ianya sudah kejayaan..tentulah ia kejayaan airmata..!!.

Pelbagai persoalan masih bersisa dalam ruang ingatan aku yang lemah hina."naper mesti dimonopoli oleh china,dan bukan negara Islam?Jordan ker?Iran ker..?Atau Malaysia sendiri,mungkin..?".Ya,aku tidak menemui jawapannya.Aku percaya negara umat Islam mampu untuk menandingi pengeluaran China,kalau diberi peluang.Beri sahaja peluang perniagaan tasbih kepada Afganistan,beri sahaja peluang perniagaan kopiah kepada Uzbekistan,sejadah kepada Iran.Berikan sahaja,berikan sahaja,dan berikan sahaja...

Tetapi,malangnya itu hanyalah impian seorang aku yang tidak memberikan sedikit kesan pun kepada keturunan as-soud yang memimpin Saudi Arabia. Sayang, kemenangan yang sewajarnya dirasai oleh umat Islam sedunia,melalui tangan-tangan politik difaraidkan kepada bangsa China..!!.

kedua
"Kebersihan sebahagian dari iman".Dan aku seakan tidak nampak nilai ini dititik-beratkan oleh para hujjaz di tanah suci.Suasana di perkarangan Kompleks Masjidil Haram langsung tidak menggambarkan kebersihan menjadi tuntutan yang aula pada umat.Dan tidak keterlaluan kalau aku katakan umat Islam ketika bersiap untuk memasuki musim haji hidup dalam sampah..!!.Ya,aku tidak menafikan keadaan para hujjaz yang miskin dan kurang berkemampuan lalu terpaksa bermalam di kaki-kaki lima masjid al-haram.Tetapi,kalaupun miskin tetapi pembersih orangnya,aku percaya suasana akan lebih enak dipandang.

Pernah suatu lewat malam,ketika di Mina aku berjalan sendirian untuk melihat realiti umat Islam yang sebenarnya.Kesedihan..!!.Kemiskinan,suatu realiti yang bisa dimaafkan kerana ia datang dari Pencipta.Tetapi,kekotoran dan tidak mementingkan kebersihan adalah suatu mimpi ngeri buat seorang aku yang melihat realiti itu.Inikah sebaik-sebaik ummah?Inikah mereka yang padanya Allah mewariskan dunia dan seluruh isinya untuk ditadbir?Aku menggeleng,tanda sukar menemui jawapan tepat.

Mereka tidur di atas jambatan,di bawah jambatan dan pelbagai lagi sudut bumi Allah ketika tempoh melontar di bumi Mina(10-13 Zulhijjah).Dan yang sedih dan sukar diterima mereka tidur bersama dengan sampah.Bekas-bekas makanan(disebut sabil-biasanya orang-orang kaya Arab banyak beri makanan secara percuma),pakaian yang tidak terjaga dan pelbagai lagi pandangan yang tidak enak yang sukar untuk kugambarkan,lewat kesedihanku dengan masalah ummat yang sebegini.

Kesempatan yang ada,aku ingin menukilkan kekaguman dengan sikap pekerja-pekerja Majlis Bandaran,mungkin.. yang bertugas gigih dalam menjamin kebersihan haramain.Sungguh..!!.Baik mereka yang kerja menyapu sampah di luar masjid, mencuci tandas atau men"vakum" karpet di dalam masjid,subhanallah..tak dapat kugambarkan betapa dedikasinya mereka.Dan khabarnya,gaji mereka cukup murah. Mudahan Allah membalas mereka dengan sebaik ganjaran.Tetapi,apalah daya pekerja gigih kalau masyarakat umum gagal untuk menghargainya sebaik mungkin. Sayang, ketika para hujjaz melaungkan kemenangan di dalam ibadah haji,mereka kalah dengan erti kebersihan..

ketiga
Aku pernah mengalami kecurian ketika di masjidilharam.Aku pernah bersembang dengan seorang mangsa yang disua dengan pisau lipat ,lewat keengganan mereka menjelaskan bayaran kereta sewa yang berkali-ganda bayarannya.Ya,hampir setiap hari mungkin aku bisa bertemu dengan para lintah darat di sekitar al-haram yang kerjanya menghisap darah umat Islam,saudara mereka sendiri,hidup dan rezeki mereka adalah di atas kelemahan para hujjaz.Lintah darat dengan berbagai topeng yang dipakai mereka.Ada yang bertopeng pada seorang pemandu teksi,van untuk berulang-alik ke miqad.Kalau anda berjumpa dengan lintah darat bertopeng sebegini, maka teruklah anda dihisab segala wang ringgit.

Atau anda berjumpa dengan lintah darat yang pakaiannya berjubah lengkap dan bijak berdoa pula.Dan,aku bersua dengan lintah darat yang sebegini rupa ketika mampir di Perkuburan Baqi' di Madinah.Ketika aku ikut-ikut dengan kumpulan haji dari Indonesia(almaklum lah,aku tidak bersama pakej haji.aku sendiri-sendiri..sebab datang dari Jepun..so,ikut2 jer ler..),kami bergerak dari dalam Masjidil Nabawi,mengunjungi maqam Nabi Saw,Saidina Abu Bakar dan Umar ra dan berpenghujung di Perkuburan Baqi'.Ketika sampai di pintu perkuburan,kelihatan seorang arab negro yang siap berjubah lagak seorang yang wajar disanjungi bersedia untuk mengepalai doa kepada roh-roh di Baqi'.Masing-masing ikut mengaminkan doanya.Aku fikirkan dia ikhlas dengan doanya kepada seluruh ummul mukminin dan sahabat ra di perkuburan Baqi',sayangnya dia juga lintah darat..!!.Selesai doa,dengan rela-paksa para hujjaz terpaksa mendermakannya dengan riyal dan dirham.Dan aku hanya mendermakannya dengan doa yang ikhlas,"Ya Allah mudahan Kau campakkan padanya keinsafan dan kesedaran...".

Sayang,para lintah darat ini mencari kemenangan di atas kelemahan umat Islam.Pada mereka,kelemahan dan kedaifan para hujjaz adalah rezeki yang melimpah-ruah buat mereka.Aku tidak kisah sangat,kalau ianya di luar dari Haramian.Aku tidak terlalu terkejut kalau ianya berlaku di Malaysia,di Jepun atau di mana sahaja selain di sana.
Tetapi ini di tanah haram..!!.Tetapi,ini di hadapan Perkuburan Baqi'..!!.Entahlah,aku sendiri tidak tahu kemenangan yang bagaimana mahu dicari mereka?Mereka mencari kemenangan di dunia,kehidupan di atas rezeki terpijak,sedang mereka sedang mencipta kekalahanan,bahkan kecelakaan di akhirat..!!.








ILHAM HAMDANI at 13.2.03

Kg Nakanarusawa,14 Februari 2003/12 Zulhijjah 1423

Demam peperiksaan sedikit-sebanyak telah mematikan nafsuku untuk menulis. Bahkan,nafsu untuk lepak-lepak depan internet pun seakan mati,sama seperti dingin penghujung musim sejuk yang mematikan nafsu untuk berlibur di luar.Lagi,kecederaan kaki kiri ketika "berkenalan" dengan kasut ais-skate membuatkan aku seakan melupakan seketika dunia jurnal.Maaf buat yang melawat,lalu kecewa kerana tiada isi yang baru.InsyaAllah aku percaya bandarsepi belum lagi berkubur.InsyaAllah aku yakin bandarsepi belum lagi bertemu dengan titik "monopause"nya.Cuma,bandarsepi menanti saat yang kuidamkan untuk kembali berbicara pada alam.Dan kini saat itu sudah datang untuk kumanfaatkan sebaiknya.

Tidak lewat rasanya untuk "selamat menyambut aidiladha" buat semua.Aku dan sebahagian teman di Jepun menyambutnya pada Selasa,11 Februari 2003,sama seperti para hujjaz di tanah haram.Sedang sebahagian kecil umat Islam di sini menyambutnya pada 12 Februari 2003,mengikut pandangan ulama di Malaysia.

Oktober 1906-12 Februari 1949.Dua hari yang terdahulu adalah merupakan ulangtahun tangisan umat Islam yang ke-54 tahun.Dan lebih setengah abad jualah umat Islam ternanti-nantikan mujadid baru.Al-Fatihah buat Imam As-syahid Hassan Al-Banna.


ILHAM HAMDANI at 13.2.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.