Friday, February 21, 2003

Inilah Malaysia,tanah tumpah darahku..

(ehsan dari PAKDI)
ILHAM HAMDANI at 21.2.03

Thursday, February 20, 2003

Desa Nakanarusawa,Perdaerahan Hitachi
0251,hari yang kelima-puluh dua di tahun dua ribu tiga

::Maaf..!!.Pertama,aku gagal untuk menunaikan janji utk berciter tentang teori ekonomi dunia yang aku dengar dari bapa angkat Jepun aku.Mood menulis agak merosot,lewat keletihan badan.InsyaAllah,mudahan Allah memberikan aku kekuatan sedikit waktu lagi.Dua,buat kalian yg masuk,tetapi tiada isu baru yang aku coret utk kalian kutip sebagai sebuah ilmu.Ia lewat kesibukan aku.Apapun,trimas,trimas dan trimas buat kalian yang berkunjung ke bandarsepi aku.

::2:30 pagi yang baru lalu,aku baru sahaja pulang dari narita airport buat menyambut adik-adik JAD(Japan Associate Degree) seramai 23 orang yang tiba peringkat pertama. Ya,aku dan teman IPIJ memberikan "penghormatan" kepada dik-adik yang baru tiba. Petang lusa,Sabtu dan pagi Ahad masing-masing dengan 23 orang pelajar baru lagi akan tiba Tetapi,aku tidak pasti lagi samada aku akan ke Narita lagi.Tetapi, sesekali susah untuk kebahagiaan org lain(dlm kes ini,sambutan meraikan adik-adik baru)..apalah sangat.Teringat aku dengan kata-kata junjungan mulia SAW, "Mukmin yang paling baik,adalah mukmin yang paling banyak membuat kebajikan untuk orang lain".Lihat sahaja Nabi saw,dari hidup Baginda,sakaratul-maut Baginda,dan di saat mula-mula Baginda dibangkitkan nanti pun,mulut Baginda sentiasa menyebut-nyebut.."Ummati..ummati..",sentiasa memikirkan kebajikan ummatnya. Subhanallah..!!. Ayuh,manfaat usia yang ada untuk berbakti kepada seluruh dunia.

::Izinkan aku membawa kalian untuk meyelami diari harian seorang aku sejak catatan terakhir Isnin,bertarikh 17 Februari 2003.

Isnin
Pagi nih roomate aku,Rashdan,Musa dan Kuchai seawal subuh telah bertolak pulang ke Msia.Departure flight 10:30 pagi.Dan aku percaya saat ini mereka tentu sedang bersuka-ria,alais bermanja-manjaan dengan seluruh insan tersayang di Msia.Lantas, meninggalkan aku dalam bayang kesepian sendiri.Aduhai..ayat jiwang ler pulak.. ahaks..!!. Esok,lusa kohai aku yang kat Mito lak aku pulang,dan akhirnya tinggal 3 orang jer yang tak balik.
Sunyi dan sepi,lalu ajaklah alam untuk berbicara dengan suara hatimu..

Selasa
Malam,dengan sajian nasi ayam dari Chef Addeen(aku ler tu,ahaks..!!),aku gi makan malam kat rumah family angkat Jepun aku.First time depa makan Msian food,berdesup gak depa makan nasi ayam aku.Jadi belon(baca:kembang) seketika aku..mana taknya.. depa asyik puji jer.."oishiii..sedapp..delicious..lajis.."(aku masukkan translate dlm 4 versi.kalau tak faham lagi..taktau ler..hehe..).Suka aku nengok depa makan banyak sebegitu.Next time,aku janji nak masak roti jala utk depa..wait and see aaa..hehe.. Saper yg nak belajar ngan chef Addeen pun..boleh ler sikit2..hikhik..
bercinta dengan memasak,berkasih dengan aroma,nanti berkahwin dengan sebuah kekenyangan..dan..kepuasan..

Rabu
Seawal jam 9(awal ler tu.alah..time cuti..pahe2 jo laa..ahaks..) aku dah ngikut budak Cina Msia yang dok depan rumah aku gi bengkel potong keter yang dia usahakan bersama abg dia.Ya,mamat cina nih..sanggup berenti MA in Mechanical Engeering semata-mata untuk mengambil risiko terlibat dengan perniagaan keter potong. Bayangkan..!!.Tapi,itulah Cina Msia ..

Mamat Cina nih,gi cari keter yang buruk(buruk dari mata org Jepun,adalah baru..lawa di mata org Msia..),beli dengan harga yg murah,kemudian bawak balik ke bengkel tempat potong keter.Kumpul sampai 50-60 bijik keter,dan nanti akan datang tukang potong keter dari Msia dan potong enjin keter(bukan enjin jer ler..kusyen yang lawa-lawa,sport rim dan semua yg ada value kat Msia).Lepas potong dan asing-asing barang yg ada value,masukkan dlm kontena ..dan hantar balik Msia.Di Msia,mereka menjadi orang kaya.Dan itulah org cina dengan otak niaga.

Dan,hari nih aku banyak belajar dari mamat Cina yg bernama Koh ini.Tapi,itu hanya teori.Teori tidak lebih dari sebuah mimpi..!!.
Tegakah seorang aku menukar sebuah mimpi untuk menjadi mentari hari esok?

Khamis
Hari nih lah tu..!!.Kan aku dari sinopsiskan diari hari ini mula-mula kat atas nun.Apa lagi..hehe..
Hari ini,adalah impian hari semalam,dan sejarah hari esok

Jumaat
Esok lah tu.Tiada seorang manusia yang mampu menduga hari esoknya,hatta sesaat di depannya.Wallahua'lam..!!
Esok,ialah impian hari ini.Sedang,semalam adalah sejarah untuk hari ini


ILHAM HAMDANI at 20.2.03

Sunday, February 16, 2003

Teori ekonomi dunia
Tunggu kupasan ini nanti..oleh..Datk Bandar Bandarsepi..menarik,InsyaALlah..!!
ILHAM HAMDANI at 16.2.03

"Assalamualaikum.Berita jam 2 dari stesen penyiaran Hitachi.."

Hujan yang suka sgt merengek sejak semalam dah berakhir pagi tadi.Cuma PC aku yang kat rumah yang masih tak mahu kebah-kebah. Monitor dia buat giler sikit. Housemate aku kata,maybe sebab monitor tu ekishou,so dia alergik sikit ngan sejuk2 nih.Pandai le ko punya auta..huhaha..Ini pun,aku datang lepak kat libraray sekolah sat.

Ketika bangun subuh,sambil-sambil kaki merengkok nak masuk balik bawah kotatsu(kes nak tidur lepas subuh ler nih..ahaks!!), sempat gak ushar berita pagi.Apa lagi, kalau bukan IRAQ kougeki.!!.Cuma,nada berita kali nih lebih senang untuk didengari.

Kira-kira 10 juta orang di 60 buah negara berdemonstrasi menentang serangan ke atas Iraq.Mungkin depa,negara non-muslim yang ramainya termasuk Australia.. menyahut seruan Dr Yusuf Qardawi kot,menjadikan 14 dan 15 Februari sebagai hari mendoakan keselamatan Iraq,agaknya lah..!!.Jepun sendiri tidak ketinggalan,demonstrasi di Hiroshima,sambil itu 8 orang volunteer keamanan dari Jepun telah bertolak ke Iraq semalam.

70%(68.XX % yang lebih tepatnya) dari kalangan negara-negara angggota PBB menolak resolusi serangan terhadap Iraq,termasuklah Jerman,Perancis dan Russia. Baguslah,cuma..takleh bernafas lega.Syaitan Bush dan Tony "blind" Blair memang keras kepala.Tak mustahil depa berdua akan buat double combo ke atas Iraq.Cuma, kata-kata dari Menteri Luar Iraq, Naji Sabri betapa Iraq mampu bertahan kalau peperangan berlanjutan sampai 10 tahun sekali pun sedikit melegakan.

"Ya Allah,Kau berikan kesejahteraan buat saudara-saudaraku di sana,dan Kau lipat baliklah segala perancangan jahat musuh-musuhMu".

catatan yang terlewat

Lupa nak berciter,ya..demam peperiksaan yang baru sahaja berlalu membuatkan ideaku banyak yg tergencat..!!.Minggu lepas,aku berkesempatan ikut serta dalam program "home visit",alias homestay.Cuma bezanya dengan homestay,"home visit" nih sehari jer,gi pagi then lepak rumah family Jepun sampai malam,then depa hantar balik. Tempoh yang singkat,tapi perkenalan dan tautan mesra dengan Unesaki's Family memang best..!!.Depa just ada anak sorang,itupun dah lama lepak kat US dan tak mau balik-balik ke Jepun lagi.So,rumah yang besar tu benar-benar sunyi sepi.

Mula-mula gi pantai(bosan,sebab pantai tu dah sokmo2 dah aku gi time summer.."i'm beach boy..ahaks"..).Tapi,demi melayani hati Mr and Mrs Unesaki layan jer lah. Sambil-sambil sempat ushar kapal laut NorthKorea yang tersadai kat port Hitachi,sebab masalah kerosakan mende ntah.Dan,kapal besar gedabak tu terus ditukunkan di situ sahaja,memandangkan kos pemulihannya yang tinggi amat.

Lepas tu,soru time..!!.Dibawanya aku dengan sorang lagi budak China(aku kena berdua ..ngan budak Master China utk family Unesaki nih..)makan kat restoran Jepun mana entah.Kalau nak harap aku gi,memang tak gi punya lah.Bukan sebab tak sedap.. sebab eksklusif(baca:mahal) sgt...hehe..Nak gi makan situ,siap kena tempah. Dan orang yang datang makan kat restoran tu pun,tidak seramai mana dek harganya yang mahal.(actually,sistem sebegini menentang prinsip ekonomi yang aku pegang. Aku lebih prefer pada "service oriented". Maksud aku,aku lebih suka ..kalau aku meniaga..untung aku kecil..RM1 satu kepala,cthnya..tapi..pelanggan yang datang ramai..100 orang.Beza dgn untung besar RM5 cthnya,sedangkan yang datang sekitar 20 orang.Memang,atlast..keuntungan akhir adalah sama,RM100.. Tapi,pada aku... kepuasan memberikan service kepada audien yang lebih besar adalah suatu keuntungan yang tidak mampu dinilai oleh mana-mana economist sekali pun.pulse stop..!!)

Lepas makan,aku dibawa untuk kembali ke Jepun,300 tahun yang lampau.Aku gi ke perkampungan samurai..!!.Sepanjang 3,4 tahun dok sini,itulah pertama kalinya aku berkesempatan ke situ.Menarik..!!.Menarik sebab makcik Unesaki tu becok(ahaks!!) menerangkan maksud-maksud yang tersirat di sebalik setiap monumen lama tu.Kalau aku gi sengsorang,aku pasti..aku akan mengalami bosan tahap tertinggi. Sebab,kalau melihat tanpa difahami nilai mesej yang ingin disampaikan oleh pakcik-pakcik samurai nih..kita akan hanya menemui B.O.S.A.N..!!.Tetapi,bila makcik Unesaki tu citer satu persatu,boleh la aku faham,dan mulut aku yang muncung(asyik.. asyik.. "ooOOoO.."..asyik .."naruhodo.."..asyik.."tsugeii..."..) bisa diikat dengan tali rafia..ahak..Nanti lah aku citer beberapa prinsip yang best yang aku belajar ketika melawat Jepun,300 tahun yang lampau.

Malam,sambil makan nabe,sambil layan sembang.Best..!!.Aku pun tak faham naper aku boleh terbecok lah berciter malam tu.Walhal,aku nih..ala-ala lelaki melayu terakhir(ahaks..!!),malu sikit nak berciter.Maybe pasal Mr./Mrs Unesaki tu rajin melayan+banyak kesamaan minat dengan aku.

Mr.Unesaki,senior engineer kat Hitachi Company..suka sport,melancong..berciter tentang ekonomi dan politik..(he's quite crazy of Mahathir..).Cantik lah tu..semua tu adalah minat yang sama ngan aku.Siap layan berciter pasal golf lagi tu..hehehe.. Aku,golf nih..sekali jer pegang club..Tak reti aa..Last-last,aku belajar golf nih..ikut games tv jer.Tapi berguna..game tv sekali pun, banyak ilmu yang aku boleh praktikkan,menjadi buah sembang aku ngan Mr Unesaki.

Mrs Unesaki,dia editor majalah kat Hitachi Company.(jarang berjumpa dengan wanita Jepun yg berkahwin dan bekerja.Biasanya,wanita Jepun akan menjadi suri rumah sepenuh masa*.).Mungkin sebab bosan dok rumah sengsorang..dan akhirnya Mrs Unesaki bekerja.

*suri rumah sepenuh masa.Sudah terbudaya bagi masyarakat Jepun isteri adalah penghulu rumah,merangkap abdi pada suami.Gaji bulanan suami akan diberi sepenuhnya untuk diurus oleh isteri,hatta kadang-kadang nampak seakan queen-control(serius..!!),tapi dlm masa yang sama,isteri adalah hamba.what i meant by "hamba"?.Suami asyik mengarah jer bila di rumah.."awakk..siapkan bilik air,saya nak mandi..".."sayang,buatkan teh..".."darling..ambikkan wain dalm peti.."..

Lepas makan,sembang lagi kat ruang tamu.Semua benda.Perang Iraq US.Pusingan ekonomi dunia,ini adalah topik yang mengambil masa yang paling panjang dibincangkan. Banyak belajar,mendengar dari Mr Unesaki,maklumlah dia banyak berjalan..dan banyak membaca tentang teori ekonomi dunia..Satu benda yang best nak kongsi..





ILHAM HAMDANI at 16.2.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.