Assalamualaikum,
Baru sampai balik.Baru sampai dari bekerja part time di kilang 12 jam,hampir-hampir tanpa berhenti.Gila..!!.Nak kata penat sgt tu,tidak lah..tapi..meletihkan,dek kerana bosan.Kerjanya tidak lah berat,bahkan boleh aku katakan sebagai ringan.Dan,sebab ringan lah menjadikan aku bosan.Dan,bosanlah yang menjadikan aku penat.Begitulah adanya.
Masuk kerja pukul 7:30,keluar kerja balik pulul 7:50 pagi.Perhh..mengalahkan superbike endurance..!!.Kerja 4 org jer,kalau nak "mengular" pun boleh..tapi tak sedap lah..lepas2 nih lah..hikhik..On the way balik tadi pulak,jalan jammed.Biasa lah..kalau jalan kokudou6 gou(route 6) nihy,pepagi kalau tak jammed memang tak sah.Masa drive balik,terasa melayang jer mata..sesekali terasa cam nak tidur sambil drive jer.Alhamdulillah,berjaya gak sampai kat rumah dengan selamatnya.
Ok lah,walaupun aku satu benda yang lebih penting nak tulis,aku simpan selepas aku bangun tidur sat lah..InsyaAllah..wassalam.
ILHAM HAMDANI at 26.2.03
Assalamualaikum,
Hari nih tiada suatu yang menarik,lepak dalam rumah sepanjang-panjang hari. InsyaAllah, esok aku start buat part time kat sebuah kilang kat sini.Gaji?Not bad..!! Sejam 850yen untuk tempoh 10hari pertama,dan 1000yen selepas tempoh latihan tu.Itu belum campur ngan duit minyak yang dia kasik.Cantik laa..!!. Alhamdulillah.. Selain duit gaji,paling kurang aku harap aku bisa belajar sesuatu di kilang itu..paling tidak belajar bagaimana untuk hidup..dan menjadi manusia yang baik.Ya,manusia yang baik..!!Manusia yang baik di saat dunia dan semesta alam penuh dengan manusia yang berperangai seperti binatang.
Sejak kurang lebih seminggu yang mutakhir ini tanahair sibuk dengan Persidangan Ketua-ketua Kerajaan NAM(Non-Aligned Movement).Pelbagai ide dan harapan dilontarkan oleh perwakilan yang kalau disimpulkan seolah bisa berbunyi,"ke arah mengertak US agar lebih bersifat manusia".Cuma,aku tidak tahulah sejauh mana pergerakan yang berusia lebih 40 tahun sambil dianggotai oleh 116 buah negara ini mampu menundukkan nafsu syaitan US.Keterlaluankah untuk aku bersenyum simpul melihat perhimpunan besar-besaran ini?.Masakan tidak,di saat hampir separuh ketua negara di dunia berhimpun dengan tujuan untuk menggertak US,Bush Muda boleh bersenang-senang,bahkan bercita-cita dengan nafsu lebih besar.US dilaporkan sedang mempertingkatkan kemampuan ketenteraan mereka dengan membelanjakan 1.3 trillion(berapa angka 0 di belakang 1.3 tu ye??) untuk tujuan persenjataan.Itulah hakikat yang sedia ada.
Dan aku berpendapat NAM tidak lebih perhimpunan "membuang karan",selain perhimpunan untuk lawatan sambil rehat-rehat kepada ketua-ketua negara.Selebih itu,0..!!. Aku tidak percaya US akan kecut perut dengan NAM,bahkan sebelah mata pun mungkin US tidak melihat perhimpunan ini.Apatah lagi negara-negara yang 116 itu tidak lebih negara-negara "bilis".Agak-agak suara yang bagaimana dipunyai oleh Nigeria,SriLanka,Vanuatu(ini nama negara ini..!!).?Sedang kita sendiri mengiyakan negara-negara ini janggut mereka semuanya sudah diikat oleh US,sedang hidung mereka dicucuk oleh Amerika.Akhirnya mereka tidak lebih sekadar kambing dan lembu pada mata US/Amerika.Tambah lagi,kuasa besar-besar yang dilihat mampu mengimbangi US dari segi ekonomi dan ketenteraan seperti Russia,UK,Jepun tidak ikut serta.Lalu,kemegahan apa yang tinggal untuk NAM?.Maka,sudah tentu aku tidak membuat satu hipotesis yang silap,tidakkah begitu?
Dan mulai esok,satu lagi perhimpunan yang hampir serupa,OIC(Ohh..i see..).Entah lah,aku percaya dengan penuh yakin aku dan kalian mempunyai pandangan tersendiri terhadap kemampuan OIC ini.Sudah lebih 50 tahun OIC hidup,dan mereka tidak lebih melihat,melihat,dan melihat..!!.
Aku kira wujudlah seribu pertubuhan,sejuta perhimpunan selagi tanpa kekuatan ketenteraan dan persenjataan US tidak akan pandang walaupun sebelah mata pun.
Dalam debar seribu menanti perang teluk kedua,"ya Allah,Kau berikanlah kemenangan kepada pejuang-pejuangMu.."
ILHAM HAMDANI at 25.2.03
Assalamualaikum,
Entah lah,terasa malas sekali untuk aku menurunkan catatan kebelakangan ini. Tetapi,aku tak mahu Bandarsepi ini terus terkubur..!!.Hakikatnya,banyak sekali aktiviti yang aku lakukan,bahkan kalau mahu diturunkan di dada jurnal ini semuanya bisa lenguh tangan menaipnya.Tetapi,begitulah.Mood seakan hilang diterbangkan sunyi. Ya,sunyi ditinggalkan oleh teman-teman yang ramai pulang bercuti.
Hari ini,salju putih turun sejak pagi.Terasa malas nak bangun.Apatah lagi,dengan keadaan yang segalanya bercuti.Mata ingin pejam terus.Mujur Roy datang nak pakai internet kat rumah.Nak taknak bangun membuka pintu yang berkunci.Mandi, sembahyang zohor,bertolak ke Mito dalam salju putih yang berguguran.Semalam, sudah berjanji dengan kohai perempuan yang dua orang di sana untuk tolong pindahkan barang mereka.Dan,dalam salju putih yang lebat itu juga aku dan teman-teman jadi pekerja kuraineko(kompeni pindah-pindah barang yg agak tersohor di Jepun).Memunggah barang yang berkotak ke dalam perut kereta.
Oh ya,Jumaat yang baru lalu..seperti yang aku janji masa aku gi makan malam di rumah emak angkat,aku dibawa melawat ke Kilang Hitachi.Kebetulan emak angkat Jepun bekerja di sana,jadi lebih mudah untuk aku masuk melawat.Menarik..!!.Kalau kalian ingin sama melawat,pun tiada masalah.Bahkan,emak angkatku mempelawa untuk kali lain jika ingin datang lagi.Nanti lah,kalau kohai(junior) ingin melawat ke sana,bisa aku aturkan satu lawatan.
Sabtu?Aku ke Narita lagi.Sambutan adik-adik yang baru datang.Nampak ceria dik-adik yg baru datang.Sesekali melihat wajah ceria mereka,dapat membayangkan semangat dan cita-cita mereka.Mudahan semangat tidak mudah padam dalam dingin musim bunga..!!.Dan,merenung mereka,seolah merenung seorang aku 3 tahun yang dahulu.Ahh..sudah lama rupanya aku di sini ya..sudah 3-4 tahun ..Lamanyaa..!!
Sekarang aku baru memahami erti sunyi.Sungguh,sunyii..!!.Sunyi,sehingga nak makan pun terasa kurang selera.Selalu makan berdua ngan roomate,ini dia dah balik Msia.
Langsung aku pun hilang mood nak memasak.Tetapi,kena masak jugak,kalau tak..kelaparan..
Tadi,Roy bagitau esok pepagi lagi dia akan bertolak ke Korea.Ya,Korea Selatan..!!.Aku ingin sama ke sana jua.Serius..ikitai naaa...Ingin sahaja aku ikut serta bersama Roy. Tetapi,begitulah.Roy ke sana dengan bebudak Jepun.Bukan aku bermasalah untuk bersama dgn teman Jepun.Bermain,berkawan.Tiada masalah..!!.Cuma,kalau untuk 3,4 hari..aku kurang selesa sedikit.Lebih-lebih lagi untuk sebuah lawatan. Makannya sukar,solatnya susah.Entahlah,mungkin belum rezeki aku untuk ke sana lagi.Ada sesiapa yang ingin sama ke sama?Yang muslim...
ILHAM HAMDANI at 24.2.03