Saturday, March 08, 2003

Assalamualaikum,

Semalam,menemani emak angkat ke rumah kenalannya di kitaibaraki.Bukan rumah pun sebenarnya,lebih tepat adalah rumah rehat.!!.Yamazaki sensei,seorang pensyarah di salah sebuah university kat tokyo,dan rumah rehat tu adalah tempatnya utk merehatkan otak dari caca-merba kota metropolis tokyo.Bila hujung minggu,sensei nih lari mai lepak kat rumah rehat di sini.So,bila emak angkat berciter ngan dia kata ada anak angkat foreigner(aku ler tu..hehe..),sensei nih berminat nak jumpa,berkenalan dan berkawan(ish..ramai lak berkenalan ngan aku..kang ada yg tak bagi aku balik Msia nih..kena tukar kerakyatan ler nampaknya..)..beriya suruh emak angkat bawak gi rumah rehat dia.Dan,semalam baru punyai kesempatan..

Menarik.Rumah rehat dia memang menarik..!!.Sudah lah kawasannya memang berbukit.Sesampai jer,salji putih turun.Mujur tak banyak.Pandang ke bawah,nampak saujana laut biru yg luas.Mujur tak nampak sampai ke benua Amerika..ahaks..Pastu, sensei nih giler astronomi sikit.Dibinanya dua teropong gergasi yg setiap satu cermin depannya berjejari 50cm dan 1meter,semata-mata nak teropng bulan.Yg saiz kecil tu katanya boleh nampak 1/4 bulan,dan yg besar keseluruhan bulan.Nampak camne tu,wallahua'alam..sebab aku tak tengok.Katanya,nak tengok bulan..kena time betul2 gelap..dan takder kabus dan awan.Dia kata,nanti datang lagik..kita tengok bulan..!!

Masuk dlm rumah,terasa cam gi western country.Design dalamannya(rumah tu dia buat sendiri,tak pakai tukang..!!)lebih kepada ala-western sikit.Siap ada cerobong asap. Kena bakar kayu api dulu,baru leh panaskan ruang tamu dia.Mujur aku tak sempat bermalam di situ(dia ajak bermalam situ,tapi..takleh la..aku keje beb..!!), kalau tak boleh nampak..santa claus turun ikut cerobong asap tu..ahaks..

Lepak,borak-borak..sampai 5:00..balik.Teman emak singgah shopping complex sat, balik.Semayang maghrib,terus cabut gi kerja.

catatan imbangan


Aku rasa diri aku masih tidak hilang dan tanggal dari sebuah sifat yang dinamai dengan adil.Di dalam saat aku menekankan seorang ibu adalah kewajaran tertinggi untuknya sebagai pekerja kepada industri keluarga,aku jua tidak bisa menafikan sumbangan feminisme ini dalam industri-industri luar,selain dari lengkung keluarga. Apatah lagi,darah dan keringat yang aku punyai hari ini dibesarkan juga oleh kudrat seorang mama yag terpaksa bekerja lewat tuntutan ekonomi keluarga yang maha besar.(aku adalah anak sulung dari 5 beradik,yang jarak antara kami agak rapat..boleh kalian bayangkan..??)

Pun begitu,aku hanya boleh menerima alasan keperluan ekonomi keluarga yang benar-benar mendesak,dan tuntutan masyarakat yang benar-benar mengharap. Ekonomi dalam erti kata,suami merangkap bapa memang benar-benar tidak stabil kalau bersendirian berjuang untuk menyuapkan mulut-mulut yang menanti di rumah. Maka,aku terpaksa beralah.Tuntutan masyarakat,masyarakat memang amat-amat memerlukannya.Contoh ketara yang mudah aku tonjolkan pada kalian ialah doktor sakit puan.Amat tidak wajarlah untuk aku masih bertegas dengan "ibu wajar di rumah",lalu memaksa tugas-tugas yang sebegitu penting dialihkan kepada tangan lelaki.Dan,selain dari dua alasan di atas,aku tidak nampak jalan lain,melainkan.. wanita,isteri dan ibu tempatnya adalah di sisi suami dan anak-anak di rumah..

Ya,seorang ibu kadang-kadang memang amat diperlukan di tengah masyarakat, seperti doktor sakit puan yang aku sentuh di atas.Entah di mana silap,secara sedar atau tidak,doktor sakit puan di kalangan wanita amat-amat sedikit.Bahkan,ia kuasai oleh lelaki.Lalu,dibimbangi nanti terjadi apa yang tidak mahu terjadi,bahkan sesekali terjadi..!!.

Aku masih ingat kata-kata seorang sahabat dari UK.Ketika itu kami berkampung beberapa ketika di bumi anbiyak,al-misr untuk sebuah tugasan persatuan pelajar.(aku menyambut ulangtahun kelahiran aku yang ke2x di sana,aku masih ingat..!!).

"Baru-baru ini saya berkesempatan berjumpa dengan kumpulan bakal-bakal doktor, muslimat kita di xxxx(saya perlu merahsiakannya untuk tujuan keselamatan, lewat tindakan gila sesetengah pihak..!!),lalu saya melontarkan cabaran saya kepada mereka; "Saya mencabar para muslimat yang berada di hadapan saya,apabila kalian pulang ke tanahair nanti..kalian harus bersedia untuk berkhidmat dengan gaji yang rendah.Jemaah boleh usahakan dana,untuk kita bina sebuah hospital yang 100% nya Islam,dengan tumpuan kepada kebajikan wanita,dan golongan miskin.Cuma,jemaah memerlukan kesanggupan tenaga kerja dari anda..berkorban.. menerima gaji yang lebih rendah dari kebiasaannya dan berkhidmat untuk masyarakat,dan warga wanita sendiri dengan sepenuh kudrat dan upaya.Dan,saya amat tidak redha sekiranya anak-anak yang kita didik dengan asuhan Islam,lalu pulang untuk tidak menyumbang kepada masyarakat,terutama masyarakat wanita sendiri."

Dan,Alhamdulillah..kata-kata yang semangat dan penuh makna itu benar-benar aku kutip sebagai "souvenir" yang paling yang aku bawa pulang dari bumi anbiyak dan aku hamburkan buat teman-teman muslimah di sini.Aku lontarkan juga cabaran ini kepada dia biarpun aku tahu dia bukannya di bidang kedoktoran.Dia hanyalah seorang bakal usahawan,yang aku mahu nanti dia berniaga dengan anak-anak di rumah.. untungnya,sebuah keredhan suami,dan keredahaan Allah..

"buat seorang gadis,kalau pun kau tidak bisa jadi seperti Aisyah sebagai doktor-doktor di medan tempur,mudahan kau bisa menjejaki Siti Khatijah seorang dermawan.."

foot note : dengan izinNya,aku memanjangkan cabaran yang mulia itu untuk semua generasi muslimat dan wanita yang berkunjung ke bandarsepi.




ILHAM HAMDANI at 8.3.03

Friday, March 07, 2003

Assalamualaikum,

Baru sampai balik dari kerja.Hari nih aku masuk pulul 4:45 kerja sampai pukul 12 malam.Mujur balik dah tak hujan cam pergi tadi,speeding jer lah.Hujan yang turun sejak semalam dah "segheyat"(ini bahasa org peghelih..!!).Ikut ramalan cuaca nak turun salji,sekali hujan jer.Hujan pun hujan lah..semuanya nikmat dan kurniaan Allah jua.Sampai balik jer,terus gi selongkar bil internet kat dlm postbox(pesen aku gitu, semua bil yg sampai aku bior jer dlm postbox..pastu..tunggu sampai org NTT tepon aku.."encik..esok tarikh akhir bayar..kalau tak..internet encik kena potong.." ..baru kelam-kabut selongkar postbox..bagus gak petua aku nih,sebabnya bil2 anda InsyaAllah tak ilang,atau tersalah simpan kat mana2..kekal abadi dlm postbox anda..ahaks..!!).

Saat tu,perut dah mendendangkan lagu "kasih-kekasih"(nih pasal layan nasyid in-team lama sgt time buat keje ler nih..hehe..),nampaknya perut mahu diisi.Nak ajak sheikh,mamat tu ada party mende ntah ngan member2 Jepun dia.Roy lak gi baito sampai pagi esok.Last-last sengsorang gi makan kanisero kat yumean.Lapar punya pasal,sorang pun sorang lah.Lepas makan,baru gi bayar bil kat convenience shop sebelah tu.Nih yg senang sikit Jepun nih,serba mak nenek bil boleh bayar kat convenience shop.Dah tu,beroperasi 24jam,plus on the spot...saat tu ko bayar tepon ko..saat tu gak ko dah boleh pakai kembali tepon ko yg incase kena potong..

Esok?Aduhaii..esok ..aku punya jadual memang pack dan sendat..nak lebih kurang sama padat dengan jadual Pak Lah sejak memangku jawatan PM nih..ahaks..!! Pagi,biasa laahh..masa untuk senaman mata.Tambah-tambah lagi dgn badan yg penat semacam jer nih.Petang lak,siang tadi emak angkat tepon..ajak gi rumah saper entah.Aku tak dengar sgt,adik-beradik tak berapa nak faham sgt..apa yg emak angkat aku dok terang time dia tepon petang tadi..Separuh mamai..hehe..Balik dari gi ngan emak angkat aku tu..ada meeting HIMUC(Hitachi Muslim Community) lak kat surau.Abis meeting jer,cabut gi keje.Ya,keje,keje dan keje.Entah lah...suka lak aku keje..

Soal gaji tu satu hal..tapi..ini soal feel aku nak keje..Best..!!.Mungkin pasal suasana kerja tu yg menarik kot..ngan pakcik2 dan makcik2 yg cam member.Siang tadik,aku jadik cam barang pameran oleh makcik2 tu..Almaklum lah,selalunya aku masuk keje 7:45 malam,sedangkan makcik2 tu abis keje 4:45..so,tak sempat bertemu lah.. Sekali,tadi aku masuk 4:45..sempat ler bertemu mata ngan makcik2 tu..(mujur makcik2 ..yg dah berusia..kalau muda belia ler katakan..ish..ish..tukbandar..tuk bandar..ahaks..).Makcik2 tu pandang aku cam alien jer..dok mai tegur..nak berkenalan..nak ambik jadi menantu kot..ahaks..Tetiba jadi glamer lak aku..

Nak citer apa lagi yee..?Sebenarnya aku ada satu topik lagi,susulan citer aku semalam..Tapi,mood nak menulis tu..tak baper nak ada..Tengok lah,kalau mata aku still kuat untuk melawan nafsu tido..aku akan tulis sat gi..

ok semua..adios..sayonara..
ILHAM HAMDANI at 7.3.03

Wednesday, March 05, 2003

Assalamualaikum,

Semalam,hari kedua di tahun baru,tahun 1424Hijrah tiada yang menarik utk aku kongsi bersama dengan kalian.Tambah lagi,semalam aku tak bekerja.Tetiba cuti,boss kata takder kerja.So,cuti lah aku.Cuti pun cuti lah.Mungkin tiada rezeki untuk aku semalam.Then,redha sahaja ..Malam,cuma dihiasi dengan tadarus Al-Quran yang sudah menjadi rutin mingguan setiap Rabu di surau kecilku.

bicara dari seorang lelaki bernama aku


premis satu : Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kedua ibu bapa aku bekerja, demi sebuah tuntutan hidup.Dan sebuah kebetulan aku dibesarkan di kg oleh sepasang datuk dan nenek,serta kasih sayang yang tidak sedikit dari ibu dan bapa saudara.Menjangkau usia 18 tahun,aku kembali ke pangkuan keluarga,itupun lebih tepatnya di asrama.Dan,sepanjang-panjang usia aku yang sebegitu aku cuba menilai bagaimana kehendak seorang anak kepada perlunya seorang ibu sepenuh masa di rumah.

premis dua : Aku acapkali benar mengikuti kupasan Ust Shamsuri Ahmad seorang pendakwah bebas yang agak tersohor di sebelah utara melalui kaset atau cd. Dan,antara isu paling mendapat tempat padaku,ialah parenting skill

premis ketiga : Kebetulan juga mungkin,aku berpeluang untuk menilai secara dekat budaya dan tradisi sistem kekeluargaan Jepun,lewat kehadiran aku di tanah sakura ini(yeah..sakura dah bersiap siaga untuk mempamerkan wajah cerianya..!!).Ya,sistem kekeluargaan Jepun yang meletakkan ibu sebagai ketua keluarga dan menjadi "hamba" keluarga sepenuh masa.Biarpun sistem tradisi ini turut diancam hakisan sebuah kemodenan dan tuntutan hidup yang pelbagai,warna hijau budaya itu masih ketara,dan kelihatan segar dipelihara generasi samurai ini.

premis keempat : Di tanahair,ia seakan senada.Peningkatan bilangan ibu yang bekerja,aka menjadikan tugasan di rumah sebagai "part time" sahaja, seiringan dengan peningkatan bilangan anak-anak yang terbiar.Terbiar dalam ertikata yang luas,kasihnya,peribadinya,akhlaknya dan serba-serbi yang berkait terus dengan diri generasi muda.

point of view

Bertolak dari 4 premis asas di atas,dan mungkin beribu lagi premis lain yang "cross in my mind" maka aku cuba untuk membawa satu mauduk ilmiah,"kewajaran seorang ibu bekerja" untuk aku renungi betul-betul dan semasaknya. Cuma,aku tidak tahu sejauh mana aku mampu membawa isu yang sering membuatkan aku sendiri "ditelan keracunan,diluah kelaparan", ini sebaik mungkin.Tetapi,aku tidak peduli.!.Ini tulisan aku untuk diri aku.Kalian hanya kebetulan tersesat dan menjadi pembaca,kebetulan cuma.Yang penting,aku ingin memberikan sebuah yakin kepada aku sendiri.Aku bukan berniat untuk melobi kalian,bahkan seisi alam untuk menerima idea dan hujah dangkalku di bawah.Ya,aku adalah aku.!!.

Kalau disoroti catatan hadis,banyak sekali menyebut betapa seorang perempuan, seorang isteri dan seorang ibu begitu mudah untuk masuk ke syurga.Pun begitu,di kala Israk Mi'raj Nabi saw melihat sendiri betapa ramai di kalangan penghuni neraka adalah dari golongan "an-nisak".Lalu,apa neraca kewajaran untuk sebuah pengadilan?. Sifirnya mudah,seorang perempuan yang kemudiannya isteri dan ibu menjaga ibadahnya,mulut dan kehormatan dirinya,kesetiaan pada suaminya dan keperluan untuk keluarga dan anak-anaknya,lalu Allah berkata,"masuklah kamu ke syurga dari mana-mana pintu yang kamu sukai".Subhanallah..!!.

Sifirnya nampak mudah dan senang,soalnya kenapa golongan biduanda yang mutakhir ini seolah tampak cuba merongkah sifir yang mudah itu untuk menjadi sebuah kalkulus yang bisa pecah kepala?.Kenapa dan mengapa?.Dan,kalau dibuat sebuah kajian terperinci tentang kecenderungan wanita dalam soal ini,hampir-hampir keputusannya berpihak kepada,"kami ingin bekerja".Dan,jawapan ini yang menjadikan aku perlu fikir dua kali,bahkan berkali-kali.

Aku senang sekali dengan bangsa Jepun.Wanita yang berkahwin akan berhenti bekerja di luar,dan kemudian diangkat menjadi ratu keluarga.Soal anak-anak dan suami semuanya tertanggung terus atas batu jemala seorang isteri dan ibu.Cantik..!!.Dan bukankah ini yang menjadi tuntutan besar dalam Islam?Soalnya,mengapa wanita Islam Malaysia tidak bisa untuk menuruti wanita Jepun,alais tunduk dengan kehendak agama?Dan,jawapan kepada soalan inilah yang memerlukan kajian dan penelitian yang lebih.

Ya,aku pasti jawapan yang paling utama yang akan keluar dari mulut seorang wanita ialah ekonomi..!!.Aku tidak bercadang untuk menggolongkan isteri seorang pemandu teksi yang gajinya RM450 lalu memaksa si isteri bersingsing lengan di "ladang-ladang" industri.Tidak.Dan,aku jua tidak bercadang untuk mempertikaikan isteri kepada seorang askar pangkat bawahan yang terpaksa bekerja demi tuntutan ekonomi keluarga.Tidak.Aku boleh menerima hujah mereka dan boleh berlapang dada.Pun begitu,nasihat yang ikhlas dari aku;semampu mungkin dan yang paling aula mereka pun berusaha untuk menjadi pekerja kepada "industri keluarga" sepenuh masa.

Aku cuma ingin mengarahkan perbincangan aku kepada isteri seorang elitis masyarakat,isteri seorang pensyarah,isteri seorang jurutera,isteri seorang doktor dan isteri-isteri yang seumpamanya.Pendeknya,golongan sasaran aku ialah para isteri yang tidak punyai masalah ekonomi keluarga.Suaminya,jurutera,lawyer,engineer sudah mantap wang bulanannya.

Tidak..!!.Aku bukan berniat untuk mewujudkan nilai kasta dalam perbincangan aku ini.Sedikit pun tidak.Aku cuma ikhlas, lewat kecenderungan masyarakat yang seolah-olah mengejari tuntutan kemewahan hingga terkinja-kinja ingin bekerja di luar. Lalu,"industri keluarga",yang produk akhirnya seorang anak yg baik akhlak dan pendidikannya akan hanya tinggal sebagai tuntutan "part time" semata-mata.

Aku tidak nampak jawapan yang paling relevan untuk golongan isteri yang begini, melainkan kepuasan peribadi.Setuju?!.Ya,setelah bertahun-tahun bertungkus-lumus di "ladang" pengajian,akhirnya pulang untuk menjadi seorang "baby-sitter". Lalu,ramai dari golongan ini aku mencuka mukanya kalau sang suami begitu hajat di hatinya. Golongan isteri hampir-hampir cangkat fikiran bila dianjur sebegitu oleh para suami. Seolahnya pada mereka,segala usaha menuntut ilmu yang bertahun lamanya akan sia-sia,bila terpaksa menjadi suri rumah sepenuh masa.Sijil dalam bidang ekonomi, degree dalam jurusan sains,akhirnya terpaksa menjadi "baby-sitter". Tidak relevan..!!.Mereka lebih berhajat untuk mempraktikkan ilmu perguruan mereka.Mereka lebih berangan besar untuk membangunkan negara dengan ilmu-ilmunya.Lalu,mereka pantas terlupa bahawa dunia mereka di rumah adalah lebih besar.Tugasan mereka di rumah bukan sahaja membangunkan negara,bahkan membangunkan generasi, membangunkan sebuah jiwa,yang mana jauh lebih penting dari segala kepentingan.

Tambah lagi,sang isteri sejak di bangku pengajian terpaksa memendamkan cita-cita untuk "pasang badan",dek kekurangan pitis dan pulus.Lalu,sebaik sudah tamat segalanya,mahu bekerja,mahu punyai wang sendiri.Wang untuk baju yang berbunga-bunga dan ropol renda.Duit untuk bergaya dengan barangan Loreal(kempen boikot barangan US..!!.),untuk berhias seadanya.Dan,aku melihat dengan punyai kewangan sendiri sebegini membuka peluang yang lebih besar pada seorang isteri untuk derhaka pada suami.Masakan tidak,mereka punyai pendapatan sendiri.Jadi,kata-kata suami endah tidak endah sahaja pada mereka.

Berbeza dengan isteri sepenuh masa,ketaatan mereka aku rasa lebih "solid" dan bulat.Kepatuhan dan pengharapan mereka tiada lain,melainkan untuk suami tercinta. Lihat sahaja generasi ibu-ibu yang dahulu,saban petang mereka seolah-olah menanti si suami pulang untuk menyuapkan rezeki pada mulut mereka dan anak-anak.Bukankah inilah yang dimahukan agama?.

Lalu nanti,aku percaya ada suara menjawab,"kami mahu berdikari.kami mahu membantu si suami.".Soalnya,suami sudah cukup tega untuk memimpin ekonomi keluarga. Dan,pokoknya bukan persoalan berdikari atau mahu hidup sendiri,persoalan besarnya anak-anak memerlukan perhatian seorang ibu.Dan inilah aku yang rasai sendiri,lewat keterpaksaan mama yang terpaksa berjuang di luar kerana pendapatan abah sendirian yang kurang stabil untuk sebuah keluarga besar di bandar besar.Aku begitu kepingin untuk merasai belaian seorang ibu di meja makan waktu tengahari. Aku dapat melihat riak sunyi adik-adikku yang belajar sendirian,tanpa seorang ibu yang membantu apa yang patut.Dan sejak itu,aku membina azam aku sendiri,"andai Allah berikan aku kekuatan ekonomi,aku mahu isteriku berada di sisi anak-anak sepenuh masa..".

wa akhir kalam

Aku tidak pasti samada aku ingin "publish" atau tidak tulisan aku yang ini.Sebab aku sedar risiko emosi para wanita yang sesekali bertandang ke bandarsepi.Tetapi,aku harap kalian berfikir dua kali,bahkan berkali-kali tentang kewajaran tulisanku.Bahkan, sebenarnya yang aku ingin aku luahkan tentang isu ini lebih besar dan lebih banyak. Cuma,aku gagal menurunkan ke dalam tinta emas ini,melainkan akhirnya ia berlingkar dalam ruang minda dan emosi aku sendiri.























ILHAM HAMDANI at 5.3.03

Tuesday, March 04, 2003

Assalamualaikum,

prolog

Kerja,kerja,kerja.Pendek kata dari celik mata sehingga pejam mata,tiada yang tidak kerja melainkan kerja-kerja belaka.Kesibukan(tidak lah sesibuk mana sgt pun,cuma mood jer yang kurang sikit!!)membuatkan weblog aku terpaksa aku ketepikan seketika. Bukan aku tak masuk,hari-hari aku jenguk..tapi nak nulis..mood tarak. Takleh buat apa laa..Azam,memang azam sokmo nak menulis..InsyaAllah..!!

Selamat meyambut Maal Hijrah..!!

Catatan Satu

Aku kira kali ini sudah masuk kali ketiga aku kerja kat kilang.Tahun 2,aku bersama Qusai bekerja sebulan di kilang membuat kotak.Memang penuh kotak jer.Dari kotak yang sekecil-kecilnya,sampai yang sebesar-besar,orang pun boleh masuk dalam kotak tu.Bayang lah tengok..!!.

Pastu kerja kat kilang buat serba-serbi dari getah.Aku kerja cuci mesin dia,cuci guna pasir.Memandangkan getah yg bersisa pada mesin tu tak boleh dicuci dengan air,so pakai pasir halus.Lama gak,sempat lah 3 bulan.Tapi yang tak tahan tu..kerja masuk kul 6 petang..gi naik beskal.Kena lak area bukit..aduhaii..Dah tu,elok penat berkayuh gi kerja tak ilang lagi..kul 9-10 malam..dah abis kerja.Tak baloi..!!.Last-last buat alasan dah dekat nak exam..aku cabut..ahaks..

Dan kali ini kerja kilang lagi.Kilang apa ye?Emm..aku pun taktau kilang apa..Serba-serbi ada.Pendek kata komponen dalaman mesin la.Cthnya,aku kena kerja buat komponen sambungan host paip,cam gelang penyambung lah.Menarik gak.Kerja relak,gaji..boleh tahan..maybe the highest among 3 ..

Pengalaman?Ada lah.Dan aku percaya pengalaman bekerja di sini,bergaul dengan pekerja Jepun,belajar feel mereka,mengenal budaya kerja mereka dan serba-serbi yang lain adalah suatu imbuhan gaji yang tidak mampu dibayar oleh mana-mana pengurus sekalipun.Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk merasa semua ini.

Ketika gi rumah family angkat Roy,dan berciter dgn mereka tentang pengalaman bernilai kerja kilang,lalu mereka bersetuju..."..bukan apa..bila kita kerja kilang cam sekarang..kita dapat merasa bagaimana perasan orang bawah,bila kita pulang ke Msia..rasanya pengalaman untuk duduk sbg kuli bawahan..mungkin hampir tiada..
paling2..kita diberi post engineer dan sewaktu dgnnya..jadi inilah masanya untuk merasai dan cuba menjiwai perasan org bawah..".Dan mereka setuju,bahkan amat setuju..

Kita akan nanti menemui seorang ketua yang baik,dalam erti kata boleh bertolak ansur dengan org bawahan,dan tidak mustahil kita bisa menemui jua seorang ketua yang hampeh,main ikut sedap kepala dia semua.Mengapa boleh jadi begini?Klu pada jawapannya dah aku sebutkan di atas.Bila seorang yang diberi jawatan,lalu terus duduk di atas kerusi empuk.Dia hanya pandai mengarah.Dia langsung tidak pernah mahu ambil tahu perasan org bawahan.Kenapa?Kerana dia tidak pernah duduk dibawah. Kerana dia tidak pernah merasai susah-payah hidup seorang kuli.Berbeza dengan org yang pernah jadi kuli,dia menapak selangkah selangkah hingga naik ke atas.Dan, biasanya org begini bila diberi jawatan tinggi,lebih bertolak-ansur orgnya.

Apa perasan anda kalau anda disapa oleh seorang ketua dengan ramah?.Apa perasan anda bila seorang ketua datang sembang-sembang dan ingin berkenalan lebih lanjut dengan anda,bahkan berkata,"kita jadi kawan yaaa..."?.Tidakkah anda terharu bila seorang boss yang gajinya cukup jauh berbeza dengan anda datang pd anda,tolong pasangkan heater minyak tanah pada anda sebab boss tu rasa cam anda bekerja dalam kesejukan,terharu?.Dan,apakah perasaan anda bila seketika kemudian boss yang sama datang pada anda dengan segenggam gula-gula disua mesra pada anda,dengan harapan gula-gula yang beberapa butir itu bisa anda,pekerja barunya kunyah buat menghilangkan kantuk kerja lewat malam?.

Boleh anda berikan jawapannya pada aku?.Terharu?Biasa jer..??!!.Dan adakah pula anda terfikir untuk memper"dajal"kan pula seorang boss yang sebegitu?.

Dan,itulah yang seorang aku alami pada hari kedua aku bekerja di kilang sekarang nih.Aku taktau nak lukis,tulis atau ceritakan bagaimana perasan aku sebagai seorang pekerja,bahkan sebagai seorang manusia pun..aku tak bisa menggambarkan perasan aku yang terharu dengan layanan baik sebegitu.Jenuh aku mengatur bicara yang paling baik,sambil-sambil malu alah dengan layanan baik dia yang sebegitu.Dan saat itu juga aku berazam dalam hati untuk bekerja sebaik mungkin..dan azam itu aku masih pegang sampai hari ini,dan mudahan sampai bila-bila..

Ada org akan menjawab,"alahh..apa sgt dengan sapaan gitu..entah-entah boss ko tak ikhlas..","alahh..apa sgt dengan gula-gula 2,3 kupang tu..tak jejas pun gaji dia yang ribu-ribu.."..Dan orang akan bisa memberikan alasan yang pelbagai,soalnya..boss yang bernama Mr Senda itu terlalu bijak untuk memenangi hati,hati seorang pekerja baru yang bernama aku..!!.

Dan,aku turunkan tips yang sama untuk sama kalian renungi.Dalam hidup kita sehari-hari kita perlu jadi pemenang,pemenang kepada sebuah hati..!!.Seorang kekasih harus memenangi hati kekasihnya,seorang isteri harus memenangi hati seorang suami,seorang menantu dan bakal menantu harus pula menenangi hati mentua dan bakal mentua(ditujukan khas buat kemai ..ahak..),dannn..seorang boss harus menenangi hati pekerja bawahannya.Memenenangi sebuah hati tidak semestinya dengan hamparan duit ringgit semata-mata,bahkan kekadang cukup dengan senyuman ikhlas,dan sapaan mesra..!!.

Catatan Dua


Hari Ahad yang lepas,cuti,dan kebetulan kohai ada sekali.Bangun jer,otak aku dah start buat akai,akai malas masak..ahaks..(serius,lately nih ..malas giler nak masak.. banyak la alasan kalau nak beri..simpul mudah,malas tidak rajin..!!).So,aku pun tepon mak angkat aku,konon-konon nak gi makan rumah dia la nih..hehe..Sekali, takder org berjawab lah pulak.Aduhai..nak kena masak jugak lah citer nih.

Tapi,ternyata soal rezeki,ajal maut,jodoh bahkan setiap saat jalan hidup manusia ini Allah dah tetapkan awal-awal lagi..,dan Allah dah tetapkan awal-awal jugak.."kamu, hamba Aku yang bernama XYZ,rezeki untuk makan malam kamu pada hari Ahad bertarikh 2 Mac 2003 ini adalah di rumah org Jepun..".Walaupun cadangan untuk makan kat rumah mak angkat Jepun aku tak jadi,tetiba petang tu Roy yang baru 2 hari balik dari Korea tepon.."jom..petang ini makan rumah emak angkat aku..". Tengok,rezeki aku dan kawan-kawan aku dah Allah tetapkan awal-awal lagi kat rumah org Jepun.Syukur..!!

Kami makan daging bakar rumah mak angkat roy.Sedap..!!.Walaupun aku first time gi rumah depa,tapi..nampak cepat mesra.(aku jer yg first time,budak-budak lain..semua dah pernah gi dah..).Memang best giler borak ngan emak dan bapa angkat roy nih. Layan sempoi punya..!!.Nak tau apa topik dia?Topik cinta muda-muda..ahakss..!!(ini ide syeikh ler ini..ahaks..syyy..!!)

Berciter punya berciter..dari satu topik ke satu topik,sambil mulut mengunyah daging bakar yang entah baper kilo tu..lalu izinkan aku turunkan sikit nasihat emak angkat roy,yang mana emak angkat roy menerima nasihat ini daripada emak dia..bagaimana untuk mendidik anak jadi manusia yang baik.Dan,aku kira dalam banyak-banyak sembang ini,aku kira nasihat ini menduduki ranking teratas.Bila dengar jer nasihat nih,aku terus diam..tak terkata..

Emak angkat roy(kami semua pakat2 panggil okaasan(=emak)) berpegang pada nasihat yang diterima dari emaknya bagiamana untuk membesarkan anak-anak jadi manusia yang baik.Katanya,seorang emak nih,walau bagaimana sekalipun sibuknya dengan kerja dia(okaasan ini dulu kerja,hinggalah 2 tahun lepas baru berhenti..), makanan untuk anak-anak ini harus disediakan sendiri oleh seorang emak tu.

Ulang : seorang ibu,bagaimana sibuk sekalipun,makanan untuk anak-anak dan suami kena disediakan dari air tangannya.Pulse stop..!!.

Tambah okaasan lagi,tak kisah lah..walaupun simple camne sekali pun..masak lah jugak.Ini penting katanya. Sebabnya,seorang emak tu tahu anak-anak dia makan benda-benda yang InsyaAllah bersih,dan memang berzat.Lalu,bila anak makan makanan yang baik,yang bersih..kemungkinan yang anak jadi jahat..jadi kurang ajar dengan emak..terlalu rendah(bukannya tidak ada langsung,tetapi kurang lah sikit..)

Dan,aku kira nasihat okaasan yang satu ini sedikit pun tidak bercanggah dengan nasihat agama,bahkan itulah yang sentiasa diseru oleg agama Islam..!!.Percayalah air tangan emak,walaupun simple,walaupun tak sedap(ish..ada ke aaa..??aku rasa my mum is the best cook in the world..!!),tapi bersama dengan air tangan seorang emak itu ada pengikat kasih sayang,penyubur peribadi anak-anak.

So,ingat betul-betul untuk ibu dan bakal ibu ..(tak citer lagi pasal ini ngan mine.. nanti lah..:) )..kalut camne pun cik-cik dan puan-puan dengan kerja,makanan untuk anak-anak kena masak sendiri,jgn harap mamak dan tukang masak kedai yang sediakan. Dan satu lagi,trend masyarakat moden yang berorang gaji, biarlah orang gaji uruskan benda lain..basuh baju..lipat kain dan lain-lain..soal masak..cubalah, cubalah,cubalah..kalian yang masak dengan tangan kalian sendiri..!!.

epilog

Aku rasa dah cukup panjang catatan aku kali ini.Trimas untuk kalian yang sudi berkunjung dan mengikuti tulisan seorang aku yang entah apa-apa.Apa yang baik itu,kalian ambillah..amalkan,dan sampaikan.Yang buruk,jadikan sempadan agar kalian tidak melakukan keburukan yang sama dengan keburukanku,bahkan jika punyai kekuatan tegurlah keburukan aku yang itu.

Trimas dan arigato..!!

di angin musim bunga yang menyapa damai,aku menitip sebuah doa untuk kesejahteraan sebuah bangsa dunia..



ILHAM HAMDANI at 4.3.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.