Sunday, March 09, 2003

Assalamualaikum,

Untuk entry yang ini,aku tidak bercadang untuk terus menongkah arus deras,untuk melobi kaum hawa lalu tinggal di rumah sebagai ratu keluarga.Aku memilih untuk berkongsi sedikit pengalaman sepanjang aku tinggal di bumi sakura ini.Atau,lebih tepatnya ..aku ingin memberi respon kepada perenggan terakhir entry March,6th oleh bro rudi,big-senior .Satu ketika dulu,bro rudi pernah jua berkampung di sini,sama sepertiku.Cuma,daerah pertapaan sahaja berbeza.

Cerita ini aku dapat dari sahabat yang pernah menghadapi masalah kereta semasa sama-sama studi di sana.Duduk di bandar besar begitulah keadaannya.Tetapi,aku akui,tidak semua orang Jepun sebegitu.Di wilayah-wilayah yang agak jauh dari kota metropolitan,masih ada lagi yang berperikemanusiaan.Masih ada lagi nilai pekerti yang aku boleh banggakan.Keluarga Angkat Jepun aku adalah salah satu contohnya! Selama empat tahun di sana,sakit pening aku dijaga sepenuhnya. Malah bekalan ubat pula secara percuma kerana Ayah Angkat aku adalah seorang Doktor. Tanyalah mereka yang pernah tinggal di negara Shinto itu,bukan murah untuk belanja rawatan klinik swasta atau kerajaan!

Ya!.Itu adalah jawapan ringkasku untuk menghakimkan seluruh tulisan bro rudi itu adalah cerita sebuah kebenaran.Tetapi,aku rasa semuanya begitu.Di Jepun,begitu.Di Malaysia pun tidak ada bezanya.Bahkan,di mana benua pun sama.Ada manusia yang baik,baik sungguh.!.Dan,jangan lupa..ada manusia yang jahat,sombong,dengki, pembelit dan pengkhianat.Mungkin sudah lumrah buat Tuhan untuk mempamerkan adilNya di situ.

Dan,seakan membentuk satu aliran,orang bandar lebih nampak ketidak-tamadunan mereka.Sedang,orang kampung masih terpelihara warna budaya dan adat mereka. Kalau tidak,masakan Nabi naw dibesarkan oleh Halimatun Sa'adiah di perlembahan gunung.Pun begitu,ini hanyalah keputusan rambang.Bukanlah beerti semua orang bandar jahat,dan orang kampung baik bagai malaikat.Ini hanyalah pandangan umum.!.

Kota tinggalan samurai ini tidak ada bezanya,seperti kata abang rudi,"di wilayah-wilayah yang agak jauh dari kota metropolitan,masih ada lagi yang berperikemanusiaan".

Izinkan aku ringkaskan sedikit tentang daerah perguruanku,negeri Ibaraki.Negeri ini negeri pesisir pantai.2 jam perjalanan dengan keretapi separuh laju dari tokyo,pusat pentadbiran.Kalau dengan keretapi separuh perlahan mahu mencecah 3 jam lebih. Negeri Ibaraki,adalah tanah desa.!.Hitachi,bandar aku ini hanya hidup ketika musim panas.!.Pantai-pantainya yang mengadap ke Lautan Pasifik yang di depan sana adalah benua Amerika agak menarik dan menjadi tumpuan kaki berendam.Sakit mata dengan sotong darat.!.

Dahulu,aku mudah membuat kenyataan,"orang Jepun semuanya baik.!".Tetapi,setelah makin lama,makin terserlah tembelang dan belang.Apapun,aku masih mahu berdiri di atas kenyataan yang berbau adil,"masyarakat Jepun,kalau engkau tidak kacau mereka,dan mereka tidak akan kacau engkau.tetapi,sekali engkau buat ganggu pada mereka,mereka tidak teragak-agak untuk menjemput polis sebagai penyoal bagi pihak mereka.".Kekadang kesalahannya bukan besar mana,ter"pinjam" lot parking. Tidak lama,polis datang.Aku pernah sesekali didatangi polis kerana kes ini.Bising yang lebih sedikit,polis datang.Begitulah Jepun,mereka mahu privacy mereka tidak diganggu. Mahu bersendirian.!

Rakyat Jepun hampir semuanya begitu,bersifat seperti "enau dalam belukar,masing-masing mahu melepaskan pucuk sendiri".Dan,mereka boleh menerima "budaya" ini. Kalau kenduri perkahwinan,jangan mimpi untuk kita lihat permuafakatan seperti orang Malaysia.Semuanya di hotel,untuk jemputan sahaja.!.Bahkan,sesekali aku lihat hubungan kekeluargaan mereka amat sempit.Keluarga yang mempunyai anak dan ibu bapa.Datuk,nenek dan saudara-mara seakan terluput dalam sistem budaya mereka. Pelik,bukan?!.Entah lah,mungkin tuntutan kepada dunia dan kerjaya menjadikan mereka tidak punyai masa untuk berlibur bersama keluarga yang luar sedikit.Lalu, anak-anak terbudaya begitu.Anak-anak itu nanti akan jadi anggota masyarakat,dan masyarakat yang lahir nanti adalah masyarakat yang sendiri-sendiri.

Pembelit dan lintah darat,di mana-mana pun sama.!.Dahulu,aku tidak pernah membayangkan begitu.Tetapi,semakin aku kenal Jepun,aku terpaksa mengakui kewujudannya.Kebetulan aku berkereta,jadi lagi mudah aku berjumpa dengan peniaga-peniaga lintah darat.Rosaknya tidak seberapa,tetapi mahu ditukar semuanya,
dengan alasan,"keselamatan".Pun begitu,ada juga peniaga yang bersifat "friendly", yang akhirnya aku angkat sebagai kawan,dan penasihat tidak rasmi.Jangan kawan itu akhir nanti menjadi lintah darat sama sudah lah.!!.

Cuma,satu benda yang aku melihat dengan masyarakat Jepun dari segi sosial mereka,mereka suka ber"volunteer"..!!.Budaya ini,hampir-hampir aku tidak nampak dalam masyarakat Malaysia moden ini.Kalau masyarakat yang dahulu,seangkatan dengan datuk nenek kita,aku angkat tabik.Ya,benar.!.Tetapi,kalau masyarakat Malaysia sekarang,"no fulus,no tolong.!!.".

Homestay contohnya,orang Jepun memang beriya dan suka menerima pelajar luar untuk menjadi anak angkat mereka.Entah,mungkin dekad yang terakhir ini,aku rasa orang Jepun ini berreformasi,orang Jepun ingin berdunia dengan dunia luar,dan keluar dari sifat pulau mereka.Hampir semua pelajar Malaysia di sini punyai keluarga angkat, bayangkanlah.!.Kalau yang tidak punyai keluarga angkat Jepun,tidak keterlaluan kalau aku kata,"budak tu jenis tak reti berdunia dengan orang Jepun.!!.". Dan yang menarik,sekali dah jadi anak angkat mereka,engkau akan ditatang macam anak sendiri.Kalau tak percaya,bro rudi dah menjadi saksi.!.Tambah lagi,keluarga mereka kecil,bahkan ada keluarga Jepun yang tidak punyai anak,jadi anda lah yang bertuah menjadi anak mereka.

Keluarga aku contohnya,mereka hanya punyai anak perempuan seorang,itupun sudah lebih 10 tahun tinggal di US,dan tidak mahu pulang-pulang lagi.Lalu,pelajar-pelajar asing menjadi anak mereka.!.Tuah badan,ahak..!!.(19 March adalah hari jadi emak angkat,tengah berfikir nak beli apa.Sebiji kek,dan sebotol perfume kecil,sesuai??).Roy pun begitu,anak-anak keluarga angkatnya semuanya sudah besar.Lalu,sekarang ini Roylah jadi anak yang kecil..ahaks..Teringat seloroh Syeikh ketika kami pergi makan daging bakar di rumah family angkat Roy,"tentu orang pandang pelik ye makcik..emak Jepun,ayah Jepun..kulit putih gebu..sekali tengok anak..aikk..apsal kulit kaler lain tu..(roy la tu..!!)..".

Lagi,tentu kalian masih tidak lupa pada cerita rumah rehat yamazaki sensei yang kulawati bersama emak angkat hujung minggu lepas?!.Ya,rumah rehat yang itu pun dibina atas pertolongan para sukarelawan.Sebuah rumah,tanpa upah tukangan, semuanya secara pertolongan sukarela,tentulah suatu benda ajaib yang kelapan.

Dan lagi,Jepun punyai ramai sekali guru bahasa Jepun yang bekerja secara sukarela. Hujung minggu mengajar bahasa Jepun secara percuma kepada orang luar.Dan,ibuku salah seorang darinya.!.Ah,kalau di Malaysia..agak-agak ada?Mengajar Bahasa Melayu secara formal dan berjadual,tanpa sebarang upah dan imbuhan?.

Oh ya,belanja rawatan perubatan di Jepun tinggi amat.!!.Pun begitu,mereka kebanyakannya menyertai skim insuran kesihatan yang dibayar secara bulanan. Dan,aku melihat sistem ini mulai sampai ke Malaysia,terutama masyarakat bandar, bagus lah.!.

Sebulan yang lepas,kaki aku terseliuh ketika bermain ice-skating, almaklumlah pertama kali mencubanya.Kali pertama ke hospital,aku terlupa membawa kad insuran kesihatan,semuanya kerana tidak punyai pengalaman sebelum dari itu.Lalu,untuk sebuah x-ray scan dan pemeriksaan luar,aku dikenakan bayaran RM510.!!.RM510 tanpa sebarang ubat-ubatan.Bayangkan lah tengok..Hampir-hampir terduduk.

Tetapi, mujur juga aku dah bersedia awal.Tetapi,bila di rujuk pada pihak sekolah,aku diminta membawa kad insuran kesihatan.Lalu,aku sekali lagi ke hospital,menuntut bayaran pulangan.Dan,Alhamdulillah dengan punyai kad insuran kesihatan(syaratnya, kena dibayar setiap bulan sekitar RM30),aku dipulangkan wang kembali.Akhirnya,aku hanya membayar RM120.Dan bayaran itu,bila dirujuk pada pihak sekolah,kita bisa dibayar semula sebanyak 75%.Kira-kira balik,dari RM510,jika kena dengan caranya, membuat bayaran insuran kesihatan setiap bulan,ditambah dengan subsidi sekolah, aku hanya kena bayar RM40.Kan jauh berbezanya tu?!.

Ah,banyak benar yang ingin aku kongsikan bersama kalian di sini.Alangkah baiknya jika aku punyai lampu ajaib seperti Aladdin.Lalu nanti,aku mintakan jin untuk bawakan kalian bercuti ke sini.Bagaimana?.Hampir terlupa,semalam ketika telefon ke Malaysia, abah maklumkan..dia dan sepupu aku mungkin ke sini penghujung Mac.Nampaknya jadi tourist guide lagi aku.Sesiapa yang mahu aku guidekan mereka,sila-sila bagitau..













ILHAM HAMDANI at 9.3.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.