Assalamualaikum,
Petang semalam,dengan baju melayu Johor berwarna merah hati(aku suka dengan baju melayu Johor yang ini.pertama,colornya sweet.keduanya,ia adalah jahitan tangan dia,hadiah sebelum pemergiannya ke australia),aku ke rumah ibu,bersama dengan tetamu-tetamu ibu yang lain di dalam majlis keraian yang kecil.Dan,aku dengan sedikit hadiah kecil buat ibu,sempena ulangtahun kelahiran ibu yang ke-48.Sebuah kek coklat dengan, "okaasan,otanjoubi,omedetou" dan sebotol perfume samourai yang kecil.Dan,seorang ibu benar-benar terharu.Mungkin tulisan okaasan,agaknya..
Ketika upacara potong kek,giliran ibu membuatkan aku terharu."Anak perempuan kami yang seorang itu nun jauh di Amerika.Mujur ada anak lelaki baru yang sudi membeli saya sebuah kek ...".Anak lelaki?Terima kasih ibu atas pengiktirafan sebegitu.Tetapi,masalahnya..aku masih tidak mampu memanggilnya dengan
okaasan, terasa sedikit janggal.Aku masih dengan onesaki-san.Pun begitu,aku sudah berazam mulai detik itu,untuk tidak lagi onesaki-san,tetapi okaasan..!!
Selepas makan-makan,mereka bertolak ke onsen.Aku ingin sekali menyertai mereka. Malangnya,aku terpaksa beransur ke tempat kerja."nantilah,kita pergi sekali masa keluarga din datang ke sini nanti...",janji seorang ibu Jepun buat anak Melayunya.
Ketika aku sedang tekun bekerja,aku cuba mencantas rasa jemu dengan berangan dan merenung diri.Banyak benar masalah yang melandaku lewat hari terkebelakang.
Kekadang terasa rebahku hampir-hampir tiada upaya untuk bangkit semula.Cuma, ketika bekerja sendirian sebegitu,aku meniupkan semangat aku yang kian hilang itu.
Semua manusia lahir dengan masalah yang pelbagai. Bahkan,mungkin ada yang diuji Allah dengan masalah yang berat dan terbeban untuknya.Aku perlu kuat untuk berdepan dengan masalah,kesusahan dan keperitan.Dan,aku harus sentiasa yakin dengan janji Allah yang Maha Benar,di hujung setiap ujian yang kalau ku tempuh dengan sabar,maka pasti ada sinar bahagia.Aku perlu kuat..!!.
foot-note
okaasan,tanjoubi,omedetou : ibu,tahniah sempena ulangtahun kelahiranmu.
onsen : kolam air panas.
ILHAM HAMDANI at 22.3.03
Assalamualaikum,
Semalam pulang kerja awal.Selalu jam 3 pagi,tetapi semalam cabut awal.Seawal 11:30 sudah dibenarkan pulang.Dan,pagi nih awal-awal lagi sudah kena gi angkat mesin basuh dan peti sejuk dari rumah seorang bro Cina.Bro Cina nih akan pindah kerna bekerja di Tokyo,lalu barang-barang rumahnya dipindah-milikkan pada kami. Alhamdulillah.!!
Pukul 1 seketika nanti,kena gi ambil kek yang ditempah semalam.Langsung,pergi rumah ibu.Majlis keraiaan,mungkin sehingga jam 6 petang dan terus pergi ke tempat kerja.Tak pasti sampai pukul berapa kerja hari ini.Terasa malas pula nak bekerja hari ini.!!.Lagi pula,budak-budak ichinensei yang baru datang akan tiba hari ini,excited lak aku.Tak kisah lah.
Ya,aku masih ingat.!!.Ketika itu,aku masih di bangku sekolah rendah.Ya,sekolah rendah,darjah 6.Dan,kumpulan aku diminta oleh guru kelas Cikgu Embun Abdullah untuk buat satu projek akhbar lama.Dan,kumpulan aku memilih untuk mengumpul berita-berita dari "Perang Teluk".
Tetapi saat itu,Perang Teluk siri 1 itu dipimpin oleh Bush Tua.Dan tidak pernah terlintas betapa setelah lebih satu dekad,anak Bush Tua yang bedebah,Bush Jr. (Bush Jr nih "kg" giler!!.Sebelum naik jadi Presiden US,dia hanya pernah ke Mexico shj.) dek komplot dari CIA diangkat menjadi Presiden US mengalahkan calon reformasi Al-Gore.Dan,lebih-lebih-lebih tidak pernah terfikir betapa anak kepada orang tua gila Bush ini naik dan meneruskan misi ayahnya-menurunkan saddam hussein yang kebal.Semuanya tidak pernah tersangka,disangka dan dijangka.!!.
Tetapi,begitulah.Selagi dalam diri manusia ada hasad,dengki dan busuk hati,maka selagi itulah dunia tidak akan aman."Pada dirimu ada seketul daging.Bilamana baik daging itu,maka baik lah seluruh dirimu.Sebaliknya jika daging itu penuh busuk dan jijik,maka celakalah seluruh dirimu.Dan seketul daging itu adalah hati"
ILHAM HAMDANI at 21.3.03
Assalamualaikum,
Baru sampai balik dari kerja ketika jam gelombang di dinding bilik mampir ke angka 3 pagi.Teman serumah sudah lama tidur lena.Pukul 3 pagi,hanya pencuri,jembalang dan batman sahaja yang berjaga di saat ini,ahaks!!.
Mata diamuk kantuk.Kalau dilayan kantuk ini,risau ketinggalan subuh.Lalu bagaimana?. Perut merengek kelaparan.Jenguk ke dapur,masih ada sisa telur dadar masakan teman serumah.Cantik.!!.Pula,nafsu menulis membuak-buak.Pilih satu di antara 3-mata,perut atau tangan,aka ide?.
Nampaknya Bush muda yang bedebah lagi la'natullah itu terus ego.Para soldadunya sudah diarah menggempur Iraq.Sedih,geram dan marah.Tetapi,sekadar itulah dari aku,aku yang lemah.Isyak di kilang bersama Syeikh,sempat membuat sedikit solat hajat.Itulah yang termampu dariku,aku yang lemah.!!.
Ketika rehat jam 12 di kilang tadi,sempat melayan bicara dengan seorang pakcik tua,Ishii san tentang peperangan yang sudah melanda."Tidak suka peperangan bukan?!.Tetapi mengapa Jepun masih setia untuk menyokong tindakan bodoh US?".Walaupun aku sudah tahu jawapannya,aku masih ingin menduganya,sambil membangkit emosi kemanusiaan lelaki lebih separuh abad itu."Jepun dan Kouzumi terpaksa.Semuanya untuk keselamatan Jepun.Bukan Jepun sahaja,Korea Selatan pun menyokong.Semuanya terpaksa.Masing-masing bimbang dengan Korea Utara,kalau-kalau Korea Utara yang juga punya tenaga nuklear buat-buat gila-gila.Kalau tidak disokong US,dibuatnya Korea Utara menyerang,pada siapa lagi untuk diharapkan?. Jepun tiada ketenteraan."Panjang bicara orang tua itu,biarpun begitu di hujungnya ada nada sesal.
Aku menerima perkhabaran tentang adik-adik kohai yang akan mendaftar pengajian April.Sepatutnya penerbangan mereka ke sini malam ini,dan tibanya esok pagi.
Tetapi,khabarnya ditunda ke esok pagi jam 11,dan hanya tiba lewat petang.Entah lah,aku sendiri tidak pasti alasan kelewatan yang tiba-tiba itu.Aku tidak fikir ada kaitan dengan peperangan di benua Arab yang jauh.
ILHAM HAMDANI at 20.3.03
Assalamualaikum,
Ketika pungguk sudah masyuk bercengkerama dengan rembulan,ketika ayam jantan sudah siap-sedia untuk berkokok sulung,ketika itu seorang anak muda baru melangkah pulang dari mencari rezeki.Rezeki yang halal.Dan,anak muda itu adalah aku!!.Seperti biasa,menjelang jam 3 pagi baru aku sampai di rumah.Membelek Utusan,Harakah dan akhbar tabloid edisi internet yang lain,lalu kawan yang baru pulang dari Msia menawarkan "Mami Jarum".Lalu,beranak-mamilah aku dan 2 orang teman yang lain.
Sah..!!.Abah,mama,adik lelaki,adik perempuan,sepupuku dan isterinya akan ke sini pada 29 Mac nanti,InsyaAllah.Tadi,aku menelefon mama,dan itu yang aku terima. Nampaknya,2 tahun berturut-turut mama dan abah berhoney-moon di sini.Adik lelaki dan perempuanku,kali pertama ke tanah sakura.Sedang,sepupuku dan isterinya yang
baru seusia 2 tahun hidup bersama kali pertama ke tanah luar.Lalu,mindaku ligat mengatur jadual untuk kedatangan para tetamu kesayangan.
Sudah beberapa hari aku tidak menerima panggilan dia dari Australia.Sesekali pantai damaiku disapa oleh ombak bimbang.Bimbang dengan keadaannya yang bersendirian di Tanah Howard bedebah itu.Jauh di sudut hati kecil,aku mendoakan keselamatan buat dia yang jauh."Ya Allah,Kau berikan keselamatan,ketenangan dan kebahagiaan iman buatnya.".
Ketika bekerja tadi aku sempat menyelit-nyelit untuk menelefon ibu angkat Jepun, itupun setelah beberapa kali tiada jawapan.Semuanya hanya untuk sebuah ucapan selamat ulangtahun kelahiran.Tiada yang lebih dariku, melainkan sebuah ucapan ikhlas.Apatah di saat masing-masing sibuk dengan tugasan di genba masing-masing. Aku di genba Kohata,sedang ibu di genba Hitachinya.Pun begitu,ibu terharu atas ingatanku.Apalah sangat sebuah ucapan,dibandingkan dengan sebuah budi.Atau mungkinkah,"bicaraku terlalu ikhlas dari lubuk dalam,lalu perginya menyentuh hati seorang ibu Jepun?.Entah lah.!!".
Ibu turut menjemputku untuk ikut serta dalam majlis meraikan teman-teman wartawannya dari Korea Sabtu nanti."Ya,nanti saya datang ibu.".Kalau bukan kerana jemputan ibu sekali pun,aku memang awal-awal lagi bercadang ke rumah ibu. Ke sana,bersama sebiji kek kecil,sekeping kad ucapan ulangtahun,dan sebuah hadiah ikhlas.Dan,lebih utama ke sana dengan secangkir doa,"Ya Allah, sempena dengan hari ulangtahun kelahirannya,Kau campakkan lah hidayah pada insan ini..".
genba : kilang-kilang industri.
ILHAM HAMDANI at 19.3.03
Assalamualaikum,
:: Lama sungguh tidak menulis.Penat.Penat dengan macam-macam aktiviti.Penat yang sukar nak diceritakan."kalau kau jadi aku,tentu kau akan mengerti.."
::Siang tadi baru beberapa orang kohai dari Ekoda pulang semula ke tempat mereka setelah beberapa hari berkampung di rumah aku.Bermukim sambil menjadikan rumah aku tongkang karam.Sabar ajer lah..!!."Biarkan lah..apa lah sangat dengan tongkang karam yang seketika itu kalau kenangan yang disemai bersama itu,nanti bunganya sebuah mesra yang sejati,dan buahnya sebuah ukhuwah yang tidak lentur dek badai masa.."
::Semasa bekerja tadi,bercerita dengan seorang supervisor yang bernama Yodasan, "mungkin minggu hadapan bapa dan kerabatku dari Malaysia mungkin akan ke mari, apa bisa ku mohon bercuti barang sehari dua demi melayani seorang bapa dan kerabat ke sana kemari..?."."Mungkin,pohon sahaja sama dengan big-boss,rasanya dia bisa meluluskan percutianmu..".Alhamdulillah.Makin tambah semangat aku bekerja.!!.
::Teman serumah,Musa,dan Kulat sudah kembali dari percutian sepurnama mereka di Malaysia."ahh,desa Hitachi ini akan kembali meriah.."
::"Gila.!!"."Kempen Monogami oleh SIS(Sisters In Islam)".Aku bimbang bala Allah makin menjadi-jadi bila manusia semakin menyongsang hukum dan menyimpang dari kebenaran.Aduhai,apalah yang ada pada seorang muslim yang bernama Zainab Anwar untuk menjengkal hukum dari tuhan,penciptaNya?.
ILHAM HAMDANI at 18.3.03