Assalamualaikum,
Semalam,bangun dan sudah ber"perang" dengan dunia rumahku.(bersyukurlah. takkala aku membuka mata,aku cuma berperang dengan vakum hampagas, sedangkan sahabat yang seusia aku di Iraq,peperangan dengan mosaid dan apache menyambut mereka di awal subuh.).Tongkang karam jadinya rumah aku dikerjakan teman-teman lain.Sambil membersihkan rumah,tangan yang sama kalut masak tomyam campur dan sup ayam.Sibuk kan?.
Jam 7 petang,6 orang kerabat tersayang kusambut dengan senyuman penuh rindu di balai ketibaan Narita Airport.Perjalanan pulang meletihkan.Tetapi,apa sangat lah dengan keletihan yang sedikit begitu kalau dibandingkan dengan kegembiraan dan kepuasaan yang tidak bisa digambarkan dengan perkataan.Jarak masa 7 bulan membina tembok rindu yang tidak sedikit.Manusia,rindu dendam sentiasa terikat dan berlingkar dlm benak sanubari,apatah lagi dengan ibubapa tersayang.
Sesampai di rumah,macam ada "belated hari raya".Mana tidaknya,ketupat dan serunding,lepat pisang,dan serba macam biskut-biskut raya dari Malaysia menjadi santapan hampir 10 orang pelajar di sini.Ahh,saling tidak ubah seperti rumah terbuka hari raya.Cuma,tiada angpow untuk duit raya,ahak.!!.
Jam 1 lebih,anggota "batalion" dari Malaysia sudah mulai hanyut dengan beban letih seharian dalam perut kapal terbang.Aku?.Tidak mampu untuk ikut dalam pelayaran mereka yang letih.Membantu teman-teman di sini membuat persediaan untuk BBQ esok pagi.10 ekor ayam kami kerjakan.Semuanya untuk santapan esok.Dan tangan yang sama,ya..tangan yang mengemas rumah dengan vakum di awal pagi,tangan memandu kenderaan sendirian ke narita airport,lalu tangan yang sama mencampur-gaulkan rempah-rempah BBQ.Syukur,Allah berikan aku sepasang tangan di saat anak-anak Iraq dan Palestin ramai yang dicacatkan oleh kuffar.!!
ILHAM HAMDANI at 29.3.03
Assalamualaikum,
Hari ini dan semalam,mentari di penghujung memang ceria dan cerlang.Aku suka dengan cahaya cerianya.Biarpun sudah 3 tahun di sini,aku masih tidak dapat menerima sejuk untuk menjadi sebahagian dari catatan hidupku.Sejuk buatkan aku berpanjangan untuk melewa-lewa dalam rumah semata.Bosan.!!.
Tiada yang menarik untuk kucatatkan pada hari ini.Semuanya sama dengan semalam. Semuanya hampir serupa dengan kelmarin.Bekerja,pulang berehat dan pergi kerja semula.Hidupku seharian terasa seakan suram,tanpa warna ceria pelangi.
Pelangi?."Sal,izinkan untuk aku jadi pelangi yang mewarnai hidupmu..".Ya,sejak lebih dua minggu yang terakhir ini aku tidak melepaskan peluang mengikuti penuh minat novel bersiri dari Faisal Tehrani di Utusan Malaysia,ruangan BicaraAgama.Menarik. Cubalah kalian jenguk-jenguk.Aku percaya,kalau kalian kaki novel,tentu kalian jua akan jatuh cinta dengan tulisannya.Salsabila,Teh Sofea dan Kamil.Kisah cinta 3 segi yang padanya terpancar roh Islam.Menarik bukan?!.
ILHAM HAMDANI at 26.3.03
Assalamualaikum,
Isnin&Selasa,nampaknya Bandarsepi bercuti dua hari.Cuti tidak rasmi,tanpa sebarang perayaan.!!.Bukan kerana tidak punyai bahan untuk dipaparkan,cuma tidak punyai masa dan tiada izin kekuatan olehNya.Itu sahaja.
Semalam,telefon makwa yang menjaga opah di Hospital Kangar.Opah melakukan operation matanya,untuk membuang selaput mata yang membuatkan mata kian kabur.Mudahan opah lekas sembuh.Mungkin hari ini sudah dibenarkan pulang, agaknya, kata makwa.Bagus lah.Mudahan lepas ini mata opah lebih cerah dari hari semalam.Semoga selepas ini opah lebih mudah untuk merenung ayat-ayat Al-Quran.Dan,mungkin pagi ini abah pun terbang pulang barang seketika untuk melawat ibunya,opah aku.Perkhabaran ini menjadi sah lewat "pukul tali" ke rumah di Subang.
Alhamdulillah,walaupun abah sentiasa sibuk dengan beban tanggungjawab seorang bapa kepada 5 anak,paling tidak abah masih tidak lekang dengan tanggungjawabnya sebagai seorang anak.Mampukah aku jadi seperti abah sedikit hari lagi?Cuba meletakkan ibubapa di atas di saat tuntutan kerja mengunjah kepala dan terbeban di atas batu jemala?Mudahan Allah beri aku kekuatan.!!.
Semalam,di ladang industri tempat aku bekerja,aku menjadi guru bahasa melayu tidak berbayar.Yoda-san,si supervisor yang pernah kuceritakan sebelum ini,yang humornya buatkan tidak kering gusi,datang untuk belajar aisatsu dalam bahasa Melayu.Lalu,aku pun me"layan" lah si oyaji seorang ini.Aku ajarkan dia saramatto pagi,saramatto tagahari,saramatto petan dan saramatto maramu .Entah lah,ingat atau lupa si pakcik separuh abad ini.Tidak kisah lah.Yang penting scene-scene sebegitu merapatkan hubungan sesama kami.Aku tidak kisah.!!.
Malam sebelum dari itu,dengan selambanya aku mengutuk Yoda-san yang sama, "orang lelaki Jepun bodoh,kan?!.setelah penat bekerja,duit gaji semua diberi pada isteri untuk diurus.bodoh.!!.".Yoda-san diam tidak berkata-kata.Habis-habis,buat muka sedih.Padan muka.ahaks.!!.Semuanya bermula bila aku berlawak-lawak dengannya,"hari ini saya tak makan nasi,makan roti.tidak cukup wang untuk membeli nasi..okane choudai!!.."."saya pun tiada duit sangat.isteri beri wang saku sedikit setiap hari.".
Isteri beri wang saku setiap hari?!.Pelik bukan?!.Tetapi itulah namanya lelaki Jepun.!!. Nak kata lelaki Jepun bodoh,ramai keluaran universiti terkemuka pun beri wang gaji pada isteri untuk diuruskan.Tetapi,mungkin juga bodoh kot,ahaks.. Pula,setiap hari ini si suami akan diberi wang saku mengikut budget yang dilakukan isteri.
Sesekali terasa bacul.Dan aku jua akan jawab bacul kalau sudah sampai begitu keadaannya.Tetapi,orang Jepun sudah sekian lama terbudaya begitu.Apa lagi mahu dirongkah tinggalan nenek-moyang samurai ini.Ikut sahaja anak-anak mereka yang terkemudian.Entah lah,mungkin ada baik,dan yang sebaliknya.
Pun begitu,memetik kata-kata Imam Nawawi(kalau tidak salah ..sebab confuse dgn Imam Ghazali),"jangan diberi untuk para isteri mentadbir perbendaharaan keluarga. kalau wang keluraga dirasainya banyak,lalu isteri akan boros.pula,kalau dirasai wang tidak seberapa,isteri mudah disapa bimbang yang bukan-bukan."
nota kaki
aisatsu : sapaan.
oyaji : orang tua
saramatto pagi,saramatto tagahari,saramatto petan dan saramatto maramu : selamat pagi,selamat tenggahari,selamat petang,selamat malam
okane choudai : bak/minta duit.
ILHAM HAMDANI at 25.3.03