Friday, April 04, 2003

Pagi tadi menghantar mama,abah dan adik-adik ke Narita airport.Tempoh percutian mereka di sini sudah berakhir.Aku benar-benar disapa rasa sepi yang tidak sedikit. Mujur sepupu dan ister masih ada.Mereka hanya pulang Selasa nanti.

Melalui pinggiran Narita airport,memerhati burung besi yang turun-naik buatkan seorang aku benar-benar ingin terbang pulang.Alangkah indahnya jika aku punyai sayap istimewa sebegitu.Mahu sahaja kuterbang pulang seketika buat menghilang rindu resah pada ahli keluarga di Malaysia.Aku rindu.Aku rindu dengan Angah,Angah yang akan sambut ulangtahun ke23 pada 20 April nanti.Bagaimana ye dia di saat ini?.

Aku rindu dengan adik bongsu,Amy.Rindu sungguh.Tentu saat ini adik aku nan seorang itu berdebar-debar menanti SPMnya di hujung tahun nanti.Ya,aku teringat dengan opah.Mahu sahaja aku pinjam sayap besi itu untuk pulang melawat opah yang baru selesai pembedahan mata.Aku rindu.Rindu dengan kakchik,dengan Aiman, dengan Nabilah.Aku rindu benar dengan anak-anak kecil mongel itu.

Aku rindu pada semua.

Oh ya,aku rindu pada sebuah keadilan yang kian tersirna di bumi merdeka.!!. Bagaimana agaknya nasib "papa Anwar" di saat ini,ya?.Mudahan kau tabah,"papa Anwar", setabah Yusuf as yang terpenjara angkara fitnah Zulaikha. Dan,semoga di hujung sebuah fitnah itu kau akan jadi seperti Yusuf as jua,diangkat memimpin Mesir tua.

ILHAM HAMDANI at 4.4.03

te
ILHAM HAMDANI at 4.4.03

Assalamualaikum,

Dalam sedar dan tidak,sudah 14 hari bumi Iraq bermandi darah.Betapa dunia terlalu kejam untuk mereka.Betapa dunia terlalu untuk anak kecil ini.Tiada siapa yang mampu menjadi pembela kepada anak kecil yang comel ini.Apalah yang anak comel ini faham tentang peperangan?Anak kecil hanya mahu ketenangan,kebebasan, kedamaian untuk turun bergembira bersama teman-teman.Sayang,semua itu hanya mimpi yang berterbangan pada anak kecil ini.Anak kecil ini tidak lebih dari mangsa,mangsa peperangan.kasihan..!!.

ILHAM HAMDANI at 4.4.03

Thursday, April 03, 2003

Assalamualaikum,

Sesekali aku sendiri terasa bosan dengan catatan harianku.Masakan tidak,tiada yang lain melainkan agenda memberikan sebuah kepuasan kepada ahli keluarga dari Msia. Tiada yang lain.Dan,itu sahaja.

Dan,esok mama abah dan adik-adik akan pulang semula ke tanahair.Lalu,yang tinggal cuma sepupu dan isterinya untuk menghabiskan sisa "honey-moon" mereka sehingga 8 April nanti.Terasa masa pantas benar berlalu.Terasa seakan masih belum puas bersama dengan keluarga.Terasa seakan masih belum banyak kepuasan yang mampu kesembahkan buat mama dan abah terutamanya.

Semalam,dalam renyai gerimis awal musim bunga aku sudah membawa ahli keluarga ke ladang strawberry.Wow,buahnya merah dan manis amat.Sedap tiada ayat untuk mengulas keenakannya.Alhamdulillah.!!.

Dalam perjalanan pulang,singgah di jualan bunga.Mama yang empunya hajat.Sempat kusambar sepasu bunga comel untuk mama. Senyum sampai ke telinga, ahaks..!!. (mama memang "hantu" bunga,sedang abah "hantu" kereta.pening kepala dibuatnya nak melayan kegilaan keduanya.kekadang,kelucuan pun ada.).Lagi,singgah pula di kedai 100yen,aku kira kedai termurah di negara sakura,untuk ahli keluarga membeli sedikit cenderahati orang di Msia.

Apa lagi ya?Hari ini ke Kamine Park,taman yang penuh pohon sakura di puncak bukit hitachi.Sayang,belum benar-benar kembang.Mama dan abah kesejukan amat, betapa angin dari Laut Pasifik yang di pinggirnya benar-benar diamuk ombak.Dingin sampai ke tulang hitam.!!.Pulangnya melalui jalan pantai sambil melihat ombak yang gulung-menggulung.Indahnya ciptaan tuhan.

Malam?.Aku ke rumah keluarga angkat Jepun.Aduhaii,nampaknya aku direbuti oleh dua keluarga nampaknya.Keluarga sendiri yang jauh di mata,tetapi dekat di hati,dan keluarga angkat Jepun yang kesunyian dek anak perempuan nan seorang yang jauh di Amerika.Bagaimana ya?.Dua-duanya ku sayang.

Terima kasih tuhan kerana menghadiahkan aku 2 buah keluarga yang rapat dan mesra.Sebelum pulang tadi,aku memasang janji dengan okaasan dan otousan "cuti bon odori bulan 8 nanti,wajib ke Malaysia ya.."."Ok,saya akan usahakan untuk bercuti.." jawab otousan yang memang susah benar untuk bercuti lewat tuntutan tugasnya di Hitachi Co. yang berat.Ya,aku memegang janjimu ayah Jepun..!!.

Oh ya,esok hari ulangtahun kelahiran otousan yang ke57.Aku cuma menghadiahkan sehelai tali-leher.Hampir terlupa,siang-siang lagi sudah kubilang sama mama,"belikan sepasang kain pelikat dan batik ye ma,Din mahu hadiahkan untuk keluarga angkat Jepun.".Dan,nampaknya makan malam dua keluarga tadi benar-benar terhibur dan tak kering gusi bila melihat okaasan dan otousan yang menggayakan kain tradisi Melayu itu.Sempat berposing berdua lagi.Romantisnya..

Sekali pandang terasa seakan banyak benar yang telah kusembahkan untuk mama dan abah lewat percutian mereka di sini.Tetapi,begitulah.Bila direnung-renung semula, sambil dipadu dengan sirah Nabi saw dan para sahabat ra,"ahh,betapa jauhnya pengorbanan ku yang sebegitu kalau mahu dibandingkan dengan jasa mama dan abah..".Lalu,aku menjadi terlalu kerdil.Lalu,aku cuba mengusahakan yang terbaik untuk mama dan abah.

"Ya Allah,Kau berikanlah aku kesempatan dan kekuatan untuk aku berbakti kepada kedua ibu bapaku.."

nota kaki
Okaasan,otousan : emak,ayah
bon odori : sebuah perayaan kebudayaan yang agak utama bagi masyarakat Jepun, mungkin sama seperti perayaan Aidilfitri atau aidiladha bagi kita di Malaysia.dan biasanya para pekerja bercuti kurang-lebih seminggu.




ILHAM HAMDANI at 3.4.03

Wednesday, April 02, 2003

Assalamualaikum,

Di perdaerahan Hitachi-ku sakura baru mulai menampakkan warnanya yang putih kemerahan,lembut.Pula,seharian hari ini hujan turun timpa-menimpa ke bumi permai. Sejuk,dingin dan menyegarkan.

Kalian tahu apa yang aku buat semalam?.Ya,betul.Aku dan keluarga ke Disney.Kalian tahu apa yang aku buat seharian semalam di Disney?.Aku ada 3 tugas besar semalam, yang akhirnya memaksa aku memendamkan rasa ingin bermesra-mesraan, aka berposing dengan karektor Disney.

Pertamanya,aku jadi "pilot".Pertama kali menggunakan lebuhraya.Perjalanan lancar dengan kelajuan purata 120km/j(abah di sebelah "gabra" melihatkan anak sulungnya memandu,ternyata pemanduan dengan Honda OxxxxxY cukup mengancam!!),bertolak seawal jam 5 pagi dan tiba di Disney setelah 3 jam.Orang lain sempat layan tidur di dalam kereta,sedang "pilot kereta",bagaimana pula?.Rela hati berkorban untuk melihat saudara yang lain tersenyum ketika melihat Disney nanti.Dua,aku
menjadi "translator" bergerak.Almaklum lah,para tetamu semuanya langsung tidak berbisa Jepun.Dan,ketiga aku menjadi jurugambar sepenuh masa.

Ya,hampir-hampir aku tidak punyai sekeping gambar pun sepanang-panjang 12 jam di dunia Disney,samada gambar foto atau gambar video.Bukan hatiku tidak digeletek untuk ikut serta ketika Snoopy,Mickey dan rakan-rakan karektor lain datang bermesraan dengan kami(mungkin kerna sebahagian dari ahli kami bertudung,jadi punyai kelainan yang menyebabkan karektor Disney pun tertarik untuk datang dekat,ahak.!!),tetapi aku punyai dua alasan untuk memendam rasa.

Pertama,ini kali ketiga aku ke sini.Jadi,barangtentu graf keghairahan sedikit menurun. Lagi pula,aku merelakan diri aku untuk jadi jurugambar buat para tetamu istimewaku. Dan,kedua aku terpaksa memakai kot.!!.Sekali pandang bukan macam ke Disney, tetapi macam hendak ke pejabat.

Di depan pintu masuk taman tema Disney,
Abah : mama,tukar baju tebal tu ngan abah.semalam abah dah pakai kot nih,nanti nampak baju sama jer..
Mama : alaa..abang nih..tak matching langsung laaa...
Abah tarik muka merajuk..ahak..tetiba datang seorang hero yang menghilangkan rajuk abah yang dibuat-buat..
Aku : nih ambik jaket Din nih..bak sini kot abah tu..
Lalu,akhirnya aku tidak ubah seperti seorang pekerja pejabat yang tersesat ke Disney.Mujur tiada tali leher..ahaks..

Penat.Maklumlah 12 jam di dalamnya yang sendat,padat dan ketat dengan manusia. Tetapi,hati puas melihat tetamu kesayangan senyum keriangan.Riang dalam keletihan.


ILHAM HAMDANI at 2.4.03

Monday, March 31, 2003

Assalamualaikum,

Aku menjadi seorang hipoktrik kalau aku tidak menjelaskannya,"Eisya,saya menurunkan catatan ini atas semangat dan dorongan anda.terima kasih di atas sokongan tidak langsung anda.".Maaf untuk kalian yang lain,kalau kalian merasakan aku mengkastakan pengunjung Bandarsepi.Aku sedikit pun tidak bercadang begitu.!!. Cuma "jeritan hati Eisya" yang ini i think i'm gonna come here often from now on, exam BM dah nak dekat..!! ur entry helps a lot.. benar-benar menjentik nafsu menaip aku.Trimas,domo arigato.

Ya,aku melalui hari terakhir di bulan ketiga di tahun duaribu tiga dengan jadual yang meletihkan.Pun begitu,keletihan pantas hilang bila melihat keriangan yang terukir pada wajah-wajah insan tersayang-abah,mama,adik lelakiku,Hafiz,adik perempuanku, Shahidah,sepupuku dan isterinya.Nampaknya,sebahagian lagi bumi sakura ini berjaya mereka jejaki hari ini.Pantai Kawarago.!!.

Esok?Ya,esok kami akan menjejaki Mickey Mouse di Disney.Mudahan perjalanan kami dipermudahkan.
ILHAM HAMDANI at 31.3.03

Sunday, March 30, 2003

Assalamualaikum,

Penat,tetapi puas hati.Letih,tetapi mampu tersenyum bangga demi melihat tetamu yang datang tersenyum.

Baru sahaja pulang dari Kitaibaraki,rumah rehat Yamasaki-sensei.Bermalam semalaman di sana,menghadiahkan 1001 kenangan yang tidak mampu diterjemahkan ke ruang karya peribadi sebegini.Melainkan,anda menjadi sebahagian dari kami yang bertujuh semalam.

Semuanya pengalaman pertama.Bersama Yamasaki-sensei menjadikan aku dan anggota keluarga yang lain "jakun".Segalanya lain dari kebiasaan.Melihat bintang dengan binokolor gergasi,tentu pengalaman baru yang menakjubkan.Dan,aku menjadi sebahagian dari mereka yang melihat kehebatan Tuhan mencipta gugusan bintang yang berkelipan.Di bawah suhu 10 darjah,di malam yang gelap pekat,kami yang 8 orang(mama tidak mahu ikut serta.tak tahan sejuk katanya.lalu,mama hanya menghabiskan masa membaca novel di dalam rumah rehat sahaja.),kami memindahkan garaj binokolor gergasi untuk melihat bintang.Subhanallah,cantik tidak terkata.!!.

Itu cerita di luar rumah,cerita selepas makan malam.Di dalam rumah pun begitu. Layanan tahap 6 bintang oleh tuan rumah cukup mengharukan.Makan malam ala-Malaysia oleh mama,lalu di santap 8 orang di bawah "candle light" tentu meninggalkan kenangan,betapa semalam adalah malam 1000 bintang.Lagi,duduk-duduk bersantai sambil sembang ilmiah*(nanti aku ceritakan kenapa jadi "ilmiah") di depan cerobong asap ala-western,tentunya akan terus hidup segar dalam alam memori.Pula,minum kopi "hand-made" dari Yamasaki-sensei di atas sepasangan cawan yang berharga RM300,adalah sebuah mimpi.Ya mimpi kayangan.!!.Bahagia bukan?!.

Malam,sebelum tidur masing-masing menjadi "shaogun" dengan pakaian tradisi Jepun. Sempat berposing kenangan.Dan ketika malam baru mencecah usia 11 malam masing-masing sudah beradu keletihan."nihon,oyasumi nasai..ichinichi no ippai,tsukaremashita"

* sembang ilmiah : aku benar-benar diuji oleh yamasaki-sensei,seorang yang berfahaman taoisme tentang ajaran Islam.banyak benar soalannya yang mencabar aku,dan aku hampir tidak mampu berhujah dengannya.

"di masa yang lampau,ketika Islam menjajah dunia mengapa Islam membunuh orang lain?mengapa hari ini berlaku peperangan di atas nama tuhan?sedangkan taoisme tidak suka begitu.".lagi, "mengapa arak tidak dibenarkan Islam,sedangkan menurut kajian sains,arak dengan kadar yang sedikit baik untuk memanaskan badan?".lagi,
"Islam percaya dengan tuhan,bukan?!,lalu di mana tuhan kamu?.kami,taoisme tidak percaya dengan tuhan.pada kami,kewujudan bumi dan alam ini tidak diketahui puncanya".

aku benar-benar tidak mampu berhujah dengannya.nampaknya,ilmu debat yang kutuntut dari cikgu zakiah ketika bertindak sebagai pendebat syed putra gagal untuk kumanfaatkan ketika berhujah dengan topik agama.aku tunduk kalah.! *






ILHAM HAMDANI at 30.3.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.