Thursday, April 10, 2003

Assalamualaikum,

Hari ini hari besar.Hari ini hari penting.Tetapi,aku tidak tahu bagaimana untuk menurunkan catatan untuk hari ini,hari yang besar,hari penting ini.Terima kasih pada semua yang melayangkan ucapan "panjang usia dan murah rezeki".Mudahan Allah membalas kalian dengan kebaikan sepenuh langit dan bumi.

Baru sebentar tadi,setelah solat Jumaat berjemaah(kami cuma 9 orang berjemaah hari ini,sepatutnya 13 orang.mungkin 4 yang "absen" ada kelas,agaknya..) aku menelefon mama.Tidak ada lain,melainkan ucapan terima kasih atas susah-payah yang dilalui mama di dalam mengandung,membawa kandungan,melahir dan akhirnya membesarkanku sehingga jadi begini.Terima kasih mama.

24 tahun yang lampau(24 tahun?aah,pantas benar masa berlalu.terasa diri ini masih anak dan sedang berlarian di celah-celah batas tembakau),mungkin saat ini akan menjadi tunpuan seluruh perhatian mama dan abah.Betapa lagi,aku anak sulung. Bertambah-tambah tumpah segala kasih dan sayang seorang ibu dan seorang bapa.

Pun begitu,mungkin kalian sendiri sudah maklumi,dek kerna kedua ibu bapa bekerja, dan lagi opah dan tuk ayah yang kesunyian,maka aku dibesarkan dengan kasih sayang dari opah dan tuk ayah.Di usia 8 hari,aku sudah dibawa untuk menghirup udara segar negeri utara,Perlis yang jauh dari caca-merba kota.

6:04 pagi,catatan ini aku rujuki pada surat beranak yang sudah usung.Wad Bersalin Hospital Besar Kuala Lumpur.Kata orang,waktu aku dilahirkan ke dunia,azan saling sahut-menyahut memerdekakan alam dari belenggu syaitan yang direjam,lalu menyeru manusia untuk sembah kepada Rabbul-Izzati.Aku tidak tahu signafikasi dari kelahiranku di saat yang cerlang itu?Begitupun,aku pohon pada tuhan moga-moga kelahiranku mampu memberi sedikit natijah baik pada Islam di sekeliling aku.Itu sahaja.Tidak lebih,dan tidak kurang.!!.

Tahniah lah wahai diri.Hari ini kau makin dewasa.Dan sedarlah wahai diri,betapa kedewasaan yang kau sukai dan syukuri itu mendekatkan kau setapak lagi dengan detik kematianmu.Persiapkan diri untuknya,dan perkemaskan diri untuk menghambakan diri pada agama.Mudahan jejak-langkahmu diiringi keberkatan dan lindungan rahmahNya.
ILHAM HAMDANI at 10.4.03

Wednesday, April 09, 2003

Assalamualaikum,

Apa ada pada segenggam gula-gula,yang harganya tidak pun sampai 100yen?.Dan apa nilai sekotak yogurt pada zaman materialistik sebegini?Tiada nilai.!!.

Tetapi aku lain.Mungkin aku berada di dunia yang lain,dunia yang jauh dari nafsu serakah.Mungkin aku masih berada di desa yang permai dengan nilai budi dan rasa kasih.Atau aku terlewat beberapa abad dari kalian?Aku masih berada pada zaman orang bertukar emping padi dengan ikan haruan darat,aku masih berada pada zaman orang berderau untuk bertanam padi.Ya,pada zaman dunia masih hijau dengan warna budi dan kasih.

Padaku,segenggam gula-gula susu itu tidak berakhir sekadar gula-gula,buat menghilangkan kantuk ketika bekerja.Melainkan,ia adalah segenggam kasih yang cuba kau semaikan.Dan,padaku sekotak yogurt yang kau berikan dengan senyum ikhlas adalah sekotak budi yang cuba kau taburkan pada ladang persahabatan.(Maaf, akhirnya aku terlupa untuk membawanya pulang,walaupun kau sudah ingatkanku awal-awal lagi,"ano yogurto ha wasurenaide ne..")

Dan,InsyaAllah aku akan cuba memahami hasratmu.Aku tidak akan membiarkan impianmu untuk melihat ladang persahabatan kita hijau dengan pohon mesra dan buah kasih gersang dan tandus,seperti dunia dewasa ini.Terima kasih Katou-san, seorang ibu tua yang bekerja sekali denganku.Sesungguhnya,kau mengajarku erti hidup.

Kenapa tidak ramai orang sebegini di dalam dunia yang hampir kiamat ini?Atau, setidaknya mengapa bush bedebah itu tidak dicampakkan sekelumit dari ruang hati katou-san?Perancangan Allah itu tentu punyai hikmah yang tidak sedikit.Lalu,aku pasrah dengan takdir Allah.!!.

bahasa jepun
ano yogurto ha wasurenaide ne.. : yogurt tu jangan lupa pula ..ya..
ILHAM HAMDANI at 9.4.03

Tuesday, April 08, 2003

Assalamualaikum,

Tulisan ini aku turunkan sekembali dari ladang industri.Perut terlalu lapar,sedang mata terasa kian kuyu,pun begitu nafsu menulis meluap-luap sedari tadi lagi.Ia tidah bisa diempang lagi gatal tangan untuk menaip bait-bait catatan untuk hari ke sembilan di bulan keempat.

Bumi sakura disimbah hujan dari langit.Airnya melimpah-ruah.Sesekali berdesing guruh. Gemuruh.Jarang benar keadaan ini berlaku di daerah sakura ini.Entah apa bala, entah apa petanda,aku sendiri tidak arif tentangnya.Tanya sahaja orang kaji cuaca, mungkin mereka punyai jawapannya.Atau,mungkin bumi sakura menangisi kepulangan tetamu-tetamuku dari Malaysia?.

Tetapi,apa sahaja lah di banjiri air hujan dari langit gelap sedang ada daerah yang dibanjiri dengan bedilan soldadu gila.Apa lah mahu dibandingkan dentuman guruh di langit,sedang ada bumi yang berdentum dengan ledakan bom dan mortar.Lalu,aku ingin jadi hambaMu yang bersyukur,oh Tuhan.

Aku sedih.Singa Utara dipatahkan taringnya oleh Kenari si Hijau Kuning.Tergendala seketika keghairahanku dengan cerita bola tanah air.Tidak mengapa,bola itu bulat. Dan perjuangan Singa Utara belum selesai.Bangun semula singa garang,mengaumlah, menerkam lah piala keagungan Malaya.Aaah,begitulah celoteh seorang aku yang kaki bola.Dan lagi,malam ini pertemuan dua seteru Eropah,Real Madrid dan MU.Tentu gegak-gempita seisi alam.




ILHAM HAMDANI at 8.4.03

Monday, April 07, 2003

Assalamualaikum,

sinopsis sebuah peperangan

Awal pagi yang tiba aku menuju ke gedung ilmu,tetapi cuma kepulan asap yang menyambut semangat ilmuku,sedang bangunannya sudah lenyap terkena bedilan nan bertalu-talu.Lalu,seorang aku melangkah longlai ke bangunan hospital mencari ubat penyakit yang entah apa."Maaf encik.Ubat sudah kehabisan.Encik perlu tunggu dua tahun tujuh bulan untuk ketibaan bekalan ubat baru..",jawab seorang jururawat tanpa gaji.Aku terkedu.Aku melalui kaki-kaki lima hospital yang turut terkena bedilan,dan hatiku benar-benar disapa rasa hiba.Anak-anak kecil yang tidak mengenal erti dunia terdampar di atas lantai dingin,kekurangan katil kerna terlalu ramai pesakit yang perlu dirawat.!!.

Dan,tentu kalian bijak untuk menghakimi di mana watak seorang aku itu sedang berada,bukan?!.Kenapa dunia terlalu zalim kepada mereka?.Apa sudah hilangkah manusia yang pada mereka ada peri dan budi?.

luahan rasa

Terakhir,BandarSepi menerima tetamu yang pelbagai.Lalu,seorang aku kekadang terasa serba salah dan resah sendiri.Masakan tidak,aku menulis bukan kerna nama. Aku menulis cuma sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati.Aku menulis cuma sekadar memanjangkan kalam nabi saw.Sedang,tetamu yang datang,tentunya menagih "sesuatu" yang lebih,"sesuatu" yang mungkin di luar batas kemampuanku. Pun begitu,terima kasih atas kunjungan kalian.Aku benar-benar menghargai sokongan dan kehadiran kalian ke BandarSepi.Terima kasih semua.!!.

catatan pengembara

Hari ini hari terakhir buat tetamuku dari Malaysia.Selepas makan tengahari dan zohor, aku membawa mereka ke perkampungan samurai.Ini kali kedua aku ke sana.Kali pertama,ketika dibawa keluarga angkat ke sana,lewat 2 bulan yang dahulu. Sepupuku benar-benar kagum dengan perkampungan samurai yang berusia hampir 400 tahun ini.Pun begitu,dek kerna banyak benar nilai tersurat di sebalik warisan lama samurai ini,maka kami gagal untuk memahaminya sepenuhnya.

Izinkan aku memetik beberapa prinsip shougun yang menarik,

Di bilik bacaan,ada satu puisi yang cukup baik,catatan dari samurai lama."Kita harus jadi bunga yang berkembang"-Apa yang ada pada bunga yang berkembang? Bunga yang berkembang adalah tamsilan kepada ilmu yang disebar-luaskan.Orang berilmu, harus jadi bunga yang kembang,wanginya bisa dimanfaatkan oleh tetamu yang ramai.Jangan kedekut harum wangimu wahai bunga bangsa..!!.

Di sebuah tasik tenang,yang membentuk tulisan hati yang terbalik,juga ada satu catatan bermakna."Renunglah hati dari belakangnya"-Mengapa dari belakang hati?Kerna,kekadang manusia ini terlalu hipokrik amat.Lalu,renunglah dari belakang hati,di sana kita kenal siapa kawan,dan siapa musuh dalam lipatan.



ILHAM HAMDANI at 7.4.03

Sunday, April 06, 2003

Assalamualaikum,

Semalam di surau ada sedikit majlis makan-makan.

Pertama,sempena kehadiran bro dan sister baru ke perdaerahan Hitachi.Siapa lagi, kalau bukan 3 bro dan 2 sisters,yang semuanya dari Malaysia.FYI,kami di Ibaraki University,naik sahaja tahun 2 akan berpindah ke kampus kejuruteraan di Hitachi. Sedang,setahun yang pertama kami menghabiskannya di kampus utama,di bandar Mito.Jadi,mereka berlima sudah semakin dewasa,sudah naik tahun 2."Selamat datang berkampung di Hitachi,mudahan keberkatan Allah bertambah-tambah dengan kehadiran kalian di sini..".

Keduanya, semalam juga ada pemilihan baru untuk HIMUC(Hitachi Muslim Comunity). Biarpun masyarakat muslim di sini tidaklah terlalu ramai,sekitar kurang-lebih 20 orang, tetapi.."satu untuk semua,semua untuk satu..".

Aku?Untuk edisi tahun 2003/4 ini aku menerima suatu beban amanah yang tidak sedikit.Aku diamanah untuk jawatan AJK Kerohanian.!!.Melihat namanya sudah cukup untuk memeningkan kepala,betapa pula mahu mewarnakan dan menghidupkan jawatan itu,bertambah-tambah lah beban berat yang perlu dipikul.Betapa lagi,
amanah di dunia tidak akan habis di dunia,melainkan akan disoal oleh Allah di akhirat kelak.Aku terkasima.Mampukah seorang aku memikul beban dan amanah ini?Mudahan Allah berikan aku kekuatan dan semangat untuknya.

Tengah hari tadi membawa sepupu dan isteri bersiar-siar ke festival sakura di Bandar Hitachi.Melihat kebudayaan Jepun,menyelami rutin dan susur-galur mereka melimpahkan ilmu dan maklumat yang tidak sedikit.

Alhamdulillah,bumi sakura ini damai.Syukur,bumi anak cucu samurai ini permai. Sayang,ya sayang.Betapa dalam kedamaian dan ketenangan yang mereka kecapi,
mereka tidak menemui cahaya yang benar,cahaya Islam.(ingatanku pantas disapa nasib ibu dan bapa angkat.mudahan Allah berikan aku kekuatan untuk aku melakukan "sesuatu" untuk mereka.!!).
ILHAM HAMDANI at 6.4.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.