Monday, April 28, 2003

Assalamualaikum,

Badan terasa sengal-sengal.Ini tidak lain,gara-gara jadi Zidane petang Ahad dulu. Nampak benar,usia makin tua,ahaks.!.

Aku masih dalam proses menjahit "baju baru" kepada BandarSepi.Semuanya hampir selesai.Masalah archive sudah beres.Cuma yang masih menjadi masalah sekarang hanyalah paparan imej.

Aku sudah ke sana ke mari mencari pasangan yang sesuai untuk dipadankan dengan blosgpot.Aku sudah mencuba dengan Angelfire,gagal.Sudah menguji-uji dengan geocities,pun sama.Tak betul.Freewebs,Netfirms.Semuanya menghadirkan jawapan "tidak".

Saling tak tumpah macam bermain jiwsaw-puzzle.Dan betapa aku masih gagal mendapatkan kepingan terakhir itu.Kalau aku jumpai yang sesuai,aku akan lancar BandarSepi wajah baru.Nantilah.Aku sentiasa yakin,usaha tangga kejayaan.!.

Terima kasih pada yang sudi memberi nasihat dan buah fikir.Syukran.!.

Semalam,melayani makan tengahari sambil-sambil tengok sebuah rencana tentang Puteri Diana di kaca tivi.Rupanya,semalam adalah ulangtahun ke-6 kematian tragis Princess Diana.Kematian Diana,bermakna kematian Dodi.Dodi si anak Al-Fayed jutawan Mesir.Dan,aku rasa ini kali kedua aku melihat rencana mengenai mereka, terutama mengenai kematian mereka.

Tentu kalian tertanya-tanya,"apa yang menarik untuk aku ketengahkan bersama kematian 2D-Diana&Dodi itu?".

Ya,sebenarnya ada teori menarik di sebalik kematian 2D itu.Tetapi,awas.!.Aku sendiri tidak tahu sejauh mana kebenaran teori kematian mereka.Pun begitu,kita sebagai orang Islam boleh mengambil pengajaran yang besar di sebalik kematian mereka.

Menurut rencana yang terdahulu(bukan rencana semalam.rencana yang aku tonton sekitar penghujung tahun lepas),kematian Diana dan Dodi sebenarnya adalah komplot dan pakatan sulit dari pihak Israel.!.Israel.!.

Mereka bercuti di Paris.Diana keluar dari Ritz Hotel of Paris ketika hampir tengah malam melalui pintu belakang hotel,kononnya untuk mengelak wartawan dan paparazi yang sentiasa menyerbu Diana dan Dodi.Kemudian,mereka melarikan diri dengan kereta mewah yang dipandu pemandu Dodi.Dan,sudahnya mereka kemalangan di sebuah pintu terowong.!.

Berita akhbar sampai di situ sahaja,bukan?!.Sedang menurut rencana itu,kereta 2D dikejari oleh sebuah Fiat biru dan beberapa insiden lain yang aku sudah lupa.Pendek-kata,kematian mereka sudah direncana awal oleh perisikan Israel.!.

Mengapa begitu?.

Teori dominonya mudah.!.Dodi dan Diana dilihat begitu akrab,dan bercadang untuk berkahwin.Berkahwin?.Ya,bila Diana berkahwin dengan Dodi,maka Diana akan memeluk Islam(ketepikan sejauh mana Islamnya Dodi.!.).Diana Islam?Ya,inilah yang menjadi kebimbangan yang maha bimbang bagi puak-puak Yahudi,terutama dari Israel.

Seluruh dunia tahu betapa Diana,seorang ibu yang terlalu akrab dengan Putera William dan Henry.Sedang mereka berdua adalah waris kepada sistem beraja empayar Britain. Dan di sinilah segalanya.!.

Pihak Israel membayangkan dengan Islamnya Puteri Diana,ibu kepada Putera William dan Henry,maka masa depan empayar Britain adalah Islam.Kalau pun empayar beraja Britain tidak memeluk Islam,setidaknya suara Islam mempunyai pengaruh besar bila tiba saat Putera William menggantikan ayahnya si Charles yang sedang mabuk dengan Camilla.

Dan inilah sebuah kebimbangan yang paling besar bagi mereka.Lalu,pengaruh Diana perlu dipadamkan.!.Maka,terciptalah konspirasi yang akhirnya Diana bersekali dengan Dodi hanya hidup dalam sejarah.Sejarah Romeo and Juliet moden.!.

catatan : Ketika aku melawati beberapa laman berkaitan,dalam memastikan maklumat yang berkaitan Diana tidak salah aku terjumpa dengan satu artikel di bawah.Agak menarik.!.Dan topiknya adalah sama,teori kematian Diana.Cuma berbeza,artikel ini mengatakan mereka di belakang konspirasi ini adalah perisikan Britain

konspirasi diana

point of view
Kalau kita baca sekali lalu,kita tidak akan perasan sebarang perkaitannya dengan kita,orang Islam.Tetapi,kalau dibaca dengan teliti kita akan menemui nilai yang besar.

Lihatlah,betapa golongan Yahudi(tidak kisah lah,samada perisikan Israel atau Britain,pendek-katanya Yahudi) sentiasa memonitor penuh minat sebarang unsur-unsur yang kelak akan menyumbang kepada kebangkitan Islam.Nampak sahaja riak yang kecil,"ayuh,kita cantas sahaja tunas Islam itu..!!".

Sayangnya,umat Islam tidak pernah memonitor diri mereka,melihat kekuatan dan kelemahan kendiri.

Menanti kelahiran Umar Al-Khattab kedua.










ILHAM HAMDANI at 28.4.03

Sunday, April 27, 2003

Assalamualaikum,

Semalam yang padat.Semalam yang penat.Lalu,semalam yang padat dan penat.!.

Dalam entry semalam,sudah ku bilang pada kalian aku tidur seawal jam 10,bukan?!. Lalu,ketika usia malam masih gelap,seawal jam 2 pagi mata sudah bulat semula.Tidak mahu dipejam lagi.Mengadap internet,sementara menanti Subuh jam 3:30.Lepas Subuh berjemaah di surau,langsung dengan tazkirah dari Fadhilat Amal.Memang begitu,kami di sini.Lepas solat jemaah,dijinak-jinakkan dengan Fadhilat Amal,korek dan amal mana yang termampu pada kederat.

Sambung internet semula.Aku sebenarnya sedang mengusahakan "baju baru" pada BandarSepi(Baju baru?!.Pernah kalian dengar cerita Abdullah ibnu Umar Al-Khattab yang ketika kecilnya malu untuk ke sekolah.Diejek teman-teman,"anak amirul-mukminin berjubah tampung..".Kalau kalian mahu cerita selanjutnya,kalian boleh bertanya pada paichowan,ustaz mesir ).

Dan,selepas Subuh aku berusaha gigih belek sana,belek sini.Cari yang sesuai di hati,cari yang serasi dengan naluri.Tengoklah,sehari dua lagi mungkin BandarSepi berwajah baru.Wajah sahaja yang baru,tetapi masih dengan cerita dan corak yang sama.Cuma,aku mengesani beberapa masalah pada tapak blogspot dan kelemahan diri.

Boleh kalian yang mahir dengan blogspot bantu aku?Nanti aku akan hadiahkan kalian atas pertolongan kalian.Boleh kan,kalian?!.Aku hadiahkan kalian doa,doa kesejahteraan.!.

1.Kalau kalian perasan,pada laman BandarSepi ada beberapa tanda "x" padanya. Itulah masalah blogspot sebenarnya.!.Aku menggunakan tapak netfirm untuk memindah-turunkan(baca : download) imej-imej yang ingin aku paparkan.Tetapi, mungkin blogspot tak serasi dengan netfirm,agaknya.Mungkin kalian ada tapak server yang lain,yang secocok dengan blogspot.Jangan malu untuk bercerita dengan aku,ya.!. Dan semalam pun begitu,aku menggunakan angelfire.Pun tidak diterima oleh blogspot,lalu keluar "x" juga pada imej paparan.Bagaimana ya?

2.Aku juga tak faham bagaimana untuk hubungkan(baca : link) achieve aku yang sedia-ada ini,sejak 11-10-2002 ini pada laman BandarSepi yang baru.Semalam bersembang dengan cikdaun untuk berguru dengannya.Pun begitu,tidak sempat berlama-lama sembang dengannya,cikdaun perlu bersegera.Sibuk di pejabat, katanya.Sekali lagi,boleh kalian bantu aku?.

Sedar tidak sedar,sampai ke zohor aku mengadap internet untuk tujuan yang satu itu.Mujur internet di sini tsukai houdai(plan 24-jam terus-menerus),jadi aku tidak perlu berbimbang-bimbang pada bayaran untuk talian internet.Kalau di Malaysia,aku percaya aku tidak akan buat begitu.Lepas Zohor,qadha balik tidur yang tidak cukup.!.

Sudah lama tidak turun menendang-nendang bola lewat kesibukan yang mendadak. Aku selalunya cuma menendang bola dengan controller,bermain di kaca tv. Tetapi, semalam serasa-rasa seperti Zidane lagaknya.Turun bermain futsal,bertemu dengan Cina tanah besar.Aku tidak banyak berlari,almaklumlah mutakhir jarang benar bersenam.Tentu kalian boleh bayangkan.Jadi,aku lebih banyak bermain di bahagian bawah,dan sesekali mengatur gerak.Perlahan dan berhati-hati,nampak sekali-lalu macam Zidane yang licik otaknya.Hakikat,berhati-hati itu tidak lebih dari mengawal tenaga yang berkurangan,ahaks.!.Menang,11-7.

Pulang.Dan malamnya aku melawat entah berapa puluh laman gengjurnal.Tetapi, semuanya dari blogspot,ahaks.!.Nak mencari ide empunya hal.Sambil-sambil conteng-conteng buku pelawat dan papan-menjerit.Sudah jarang benar aku punyai kesempatan yang demikian.Sesekali masa sudah terdampar di depan mata,aku guna sepenuhnya.

Hampir jam 2 pagi,tertidur keletihan.Selamat malam dunia.Aku tinggalkan dunia dengan caca-merbanya untuk seketika.!.





ILHAM HAMDANI at 27.4.03

Assalamualaikum,

I
Fuh,lega rasanya.!.Biarpun kalimah itu tidak keluar pada bibir mulus,tetapi aku merasai kehadirannya.Syukur.!.

Semalam,kami meneruskan Halaqah Ilmu.Aku bercerita tentang Abu Talhah ra.Abu Talhah yang menjadi perisai Nabi saw di dalam perang Uhud.Abu Talhah yang ingin menginfakkan Bairuha,kebun kurma kesayangannya pada Nabi saw.Aku bercerita. Bercerita tentang Aisyah ra dan Ummu Sulaim,dua wanita dalam Uhud yang perit menggalas beban air di belakang.Bercerita dan terus berkongsi ilmu dengan teman-teman.Terima kasih untuk semua kalian.Kita tidak harap lain,kawan.Melainkan kita harap sebuah redha dari Tuhan.

Kemudian kami bertandang ke teratak buruk aku.Nasi goreng ayam,sayur campur dan soya perahan sendiri.Sold-out.!.Kebetulan,ada tetamu dari perdaerahan Utsunomiya yang datang.Makin bertambah ramai batalion menyerbu ke rumah.Biarlah,biarlah kemesraan meresapi jiwa.

Lalu,kerna seharian yang berjuang,membersih rumah,memasak,begitu dan begini seawal jam 10 malam aku sudah hanyut dalam dunia kematian.Kematian yang sementara.Tidur adalah mati yang seketika,sedang mati adalah tidur yang selamanya.

II
Dari Abu Hurairah ra,Nabi saw bersabda : "Setiap hari akan turun dua malaikat kepada kamu.Satu daripadanya berkata,"Ya Allah,Kau lipat-gandakan rezeki kepada hambaMu yang bersedekah ini".Sedang satu lagi daripadanya berdoa kepada Allah,"Ya Allah,Kau sekatlah rezeki hambaMu yang terlalu bakhil pada urusan agamaMu.""

Hadis ini adalah hadis mukadimah yang aku bacakan semalam.Bimbang dengan keadaan diri.Agaknya malaikat manalah yang sedang berdoa kepada Allah di saat ini?Mudahan aku diberikan kesudahan yang baik oleh Allah.

III
Perhatian kpd Geng Jurnal yg prihatin dan sensitif sekalian,
(baca : Perhatian kpd orang Islam yang prihatin dan sentitif sekalian)

Majlis Pemuafakatan Angkatan NGO (Mapan) menganjurkan kempen boikot barangan Amerika Syarikat, ekoran daripada keganasan AS dan Britain ke atas Iraq.

Lapan produk dipilih bagi peringkat awal dilancarkan pada kempen terbabit iaitu

1. Coca Cola
2. Pepsi
3. McDonald's
4. KFC
5. Mobil
6. Esso
7. Roti Gardenia
8. Pringles

addeen : Kalau pun tidak dapat boikot semua,janganlah tidak boikot langsung.Boikot tetap boikot.!.Boikotlah semampu mungkin.



ILHAM HAMDANI at 27.4.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.