Tuesday, May 06, 2003

Assalamualaikum,

I

Wah!.Isu Dodi and Diana menjadi hangat di BandarSepi,sehangat bumi sakura yang kian memasuki musim panas.Tambah pula,empunya bandar tiada,"out-station",lalu menjadikan bandar tertinggal tanpa tuan.Apapun terima kasih untuk semua yang memanaskan BandarSepi.Alhamdulillah,BandarSepi tidak sepi.!.

Ya,aku mengakui aku tersalah.!.Punca salahnya,aku sendiri tidak pasti.Samada aku tersalah dengar pada rencana di kaca tivi tempoh hari,atau rencana tivi itu yang tersalah infomasi,atau,atau,seribu satu kemungkinan.Cuma dua yang aku pasti dan yakin.

Satu,Diana dan Dodi tidak mati pada 28 April seperti yang aku catatkan,sebaliknya pada 31 Ogos,seperti yang kalian betulkan.Dan duanya,aku pasti kalian adalah insan-insan yang prihatin dan peka.Tahniah.!.

Terima kasih pada kalian yang menjadi guru kepadaku.!.

II

Sabtu,Ahad dan Isnin,semuanya aku habiskan di Tokyo.Sebenarnya kami yang di Jepun ada cuti umum,Golden Week namanya.Maaf,jangan kalian tanyakan padaku "Golden Week tu cuti apa?".Aku sendiri kurang pasti,bahkan muda-mudi Jepun sendiri hampir tidak punyai jawapannya.Cuma,yang nampak padaku ada banyak kereta yang depannya dipasangkan dengan bendera Jepun.Wallahua'lam.Cuti adalah cuti.!.

Alhamdulillah,IPIJ telah menyelesaikan program umumnya yang pertama untuk sessi ini,GoldenWeek Gathering.Menarik,unik,punyai kelainan sendiri.

Pertamanya,kali ini tiada ustaz jemputan dari Malaysia,lewat SARS yang melanda Malaysia(timbul masalah untuk perolehan visa kemasukan ke Jepun,kerna dibimbangi jangkitan dari orang Malaysia).Lalu,tenaga "orang lama" IPIJ menjadi galang gantinya, termasuk aku,ahaks.!.Jenuh aku melakukan ulangkaji.Akhirnya,aku memilih satu tajuk yang secocok dengan minatku,persoalan Palestin.!.

Kedua,untuk kali pertama IPIJ buat kerjasama dengan Kelab UMNO Jepun(KUJ). Alhamdulillah,mungkin sekali pandang kita tidak sehaluan.Tetapi demi kepentingan agama,sentimen-sentimen perbalahan sama-sama kita hanyutkan di Sungai Jepun. Terima kasih untuk KUJ,dan aku mewakili teman IPIJ mengharapkan kita bisa ketemu lagi atas nama agama.

III

Kalian,kita sudah memasuki bulan kelahiran,Rabi'ul Awwal.Kita sudah memasuki bulan Hijratul-Rasul,Rabi'ul Awwal.Dan juga,kita sudah memasuki bulan kewafatan,
Rabi'ul Awwal.

Nabi saw lahir 12 Rabi'ul Awwal tahun Gajah,atau 20 April 571M(20 April?Sama dengan adindaku,Akmal.Mudahan kau mewarisi akhlak kenabian,adinda.!)

1 Rabi'ul Awwal tahun pertama Hijrah : Nabi saw dan Abu Bakar bertolak dari kota Mekah.

2,3,4 Rabi'ul Awwal tahun pertama Hijrah : Nabi saw,Abu Bakar dan anak lelaki Abu Bakar,Abdullah bersembunyi dari orang Quraisy di Gua Thur.Abdullah Abu Bakar adalah "spy" yang akan ke pasar di fajar hari untuk mengumpul maklumat.Asma Abu Bakar yang mengandung menjadi penghantar bekal makanan.Amir Furaihah,hamba Abu Bakar menjadi gembala kambing di petang hari.

8 Rabi'ul Awwal tahun pertama Hijrah : Nabi saw,Abu Bakar ra dan Abdullah Uraiqit, penunjuk jalan tiba di Quba.Lalu,terbina masjid yang pertama,Masjid Quba.

12 Rabi'ul Awwal tahun pertama Hijrah(Jumaat) : Nabi saw,Abu Bakar ra dan Ali ra memasuki kota Madinah dengan alunan nasyid dan puji-pujian dari Ansar.

12 Rabi'ul Awwal tahun ke-sebelas Hijrah,8 Jun 632M : Nabi saw kembali wafat,lalu menutup siri kenabian.





ILHAM HAMDANI at 6.5.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.