Saturday, May 17, 2003

Assalamualaikum,

Semalam,aku telah melakukan cubaan "endurance".Dan,nyata memang memenatkan.

Malam tadi,teruskan dengan Halaqah Ilmu di surau.Bro Rashdan,Tuk Penghulu Hitachi telah bentangkan dgn panjang-lebar tentang Hijrah sahabat ke Habsyah.Panjang-lebar,padat.!.Selepas Isyak,masing-masing serbu ke rumah Musa,sebelah surau.Baru lepas makanan rohani,fizikal pun mahu bahagiannya.Musa masak bihun sup istimewa.Sedap.!.

Selesai bersantap,mata pula minta bahagiannya.Tambah lak,hanya sempat tidur 2 jam sahaja sejak semalaman.Pulang ke rumah,dan belayar dalam alam mimpi.Sedar tak sedar pukul 3 pagi.Bangun untuk subuh.

Hari ini?Hari yang padat jua.Ada kelas bahasa arab,"excited"..!!.Ada,permainan hujung minggu,dan sebelah petang ada BBQ pula.Padat,bukan?!.Nampaknya,aku gagal dengan misi aku,"hari cuti adalah untuk cuti".

Entah mengapa,server gengjurnal semuanya tidak boleh dihubungi.Mungkin terlalu ramai yang berkunjung,kot.Aku baru sahaja hantar beberapa topik dalam forum GengJurnal,nak cari "duit" lebih,ahaks.Baru semangat semula nak bersuara dalam GJ,server pula bermasalah.Kacau daun betul.!.


ILHAM HAMDANI at 17.5.03

Friday, May 16, 2003

Assalamualaikum,

Aku melakukan percubaan "endurance" sejak semalaman.Penatnya,Tuhan sahaja yang tahu.

Balik kerja sudah jam 12 malam.Mata tidak mahu tidur,walaupun sepatutnya kena tidur.Esok(hari ini) aku dimohon untuk kerja,banyak orde yang datang pada kilang. Mengadap net,sambil betulkan wajah baru BandarSepi.Mana yang boleh di"make-up",aku pastikan dia betul-betul "up".Mana yang tidak mampu,a.k.a aku tak mahir,aku KIVkan sementara.Langsung Subuh aku,jam 3 pagi.

Baru mata mahu lelap,telefon berdering,"ada mesyuarat-maya pagi,sambil-sambil menunggu tazkirah dari sahabat dari Sudan.".Aduhai,berbelah-bagi.Antara nafsu tidur yang membuak-buak,atau tuntutan pada sebuah keperluan persatuan.Akhirnya,aku mengalah pada tanggungjawab lebih besar.Tidur,terpaksa aku mansuhkan untuk seketika.

Jam 6:45 begitu,barulah mesyuarat-maya berakhir,langsung siap-siap untuk ke kilang.Tidurnya?Terpaksa ditangguhkan.Ya,itulah "endurance"nya.!.

Kesannya,aku bekerja dalam kantuk yang bukan kepalang.Tersengguk-sengguk.Akhirnya,jam 12 tgh-hari aku sudah mohon undur diri,"Encik Kanou-san,saya pening kepala.Saya mohon pulang awal.".Pening kepala?Alasan untuk hidup.Ya,mungkin jua pening kepala.Pening kepala memikirkan masa bilanya nak tidur nih?.

Baru terfikir nak sembahyang zohor dan lelap.Tetapi,"Addeen,jom gi beli bihun.Nak masak untuk makan-makan petang nanti".Aduhai,Musa datang memujuk aku memandukannya ke kedai,buat beli bihun.Musa,si junior mahu masak untuk program Halaqah Ilmu,petang nanti.Berbelah-bagi,antara tidur dan seorang kawan.Nampak gayanya,aku terpaksa mengalah lagi.Kawan,susah-senang,dialah kawan.!.

Bila nak tidur nih??.Mudahan lepas pulang dari belikan Musa bihun,tiada lagi gangguan.

Baru sedar,betapa besarnya nikmat tidur.


ILHAM HAMDANI at 16.5.03

Thursday, May 15, 2003

Assalamualaikum,

satu


Satu masa dahulu,Opah pernah pesan dengan aku,"kalau nak sagu,mesti pecahkan ruyungnya!".

Tetapi,aku si cucunya kurang faham.Pertama,untuk apa guna sagu,sedangkan tepung gandum berlambak-lambak dijual di kedai.Kedua,seingat aku cuma sekali aku tengok orang ambil sagu.Sagu rumbia.!.Jadi,aku tak faham bin tak reti.

Tetapi,semalam aku mulai faham dengan pesanan opah itu.Pesanan opah tentang sagu dan tentang pecahkan ruyung membuatkan aku berhasil juga menjahit baju baru untuk BandarSepi.

(kalian faham maksud aku?peduli.!."aku adalah aku",ahaks..)

Terima kasih,terima kasih,dan terima kasih kepada semua yang telah mengajar aku memecahkan ruyung-memaparkan imej pada blogspot.diyana.Aku siap chat dengan dia,berbalas email dengan dia.Semuanya semata-mata untuk berguru.Sebagai penghargaan,aku hubungkan BandarSepi dengan akubest,jurnal miliknya.Rabi'ah Ghazali,dari Kota London,nic,Fajaronline,dan semuanya membantu.Tidak termampu untuk aku turunkan satu persatu.Hanya Allah membalas jasa kalian.

Persahabatan di ruang maya,menjalar ke nurani.

dua


"Guru Berkualiti Aspirasi Negara"

16 Mei,Hari Guru.

Selamat hari Guru untuk;
Encik Ku Hasni,Encik Suhaimi Mahmud,Puan Embun Abdullah,Puan Sazura Ahmad.

Ustaz Abdul Rashid Abdul Rahman,Puan Zariah Hassan,Puan Zainab,Puan Zakiah Dato' Tajuddin,

dan seluruh guru-guru dedikasi Sekolah Kebangsaan Dato' Kayaman dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra.

Selamat hari Guru untuk;
Shahrizal Abdul Karim,Mardiana Mansor dan Roziyana Ahmad,mudahan kalian yang baru berjinak dengan dunia perguruan tidak mudah luntur dalam memikul amanah besar.





ILHAM HAMDANI at 15.5.03

Tuesday, May 13, 2003

Assalamualaikum,

Introduksi

Semasa aku menghadiri program GWG dua minggu terdahulu,aku berjaya mengesani satu teori serupa dari dua pengisian yang berbeza.Dan,kedua-duanya seakan senada. Atau,mungkin juga dari sumber yang sama.Siapa tahu,kan?!.

"Kalau anda tidak pernah bercita-cita untuk mencapai sesuatu,jangan bermimpilah untuk mencapainya."

Teori ini bunyinya amat lunak sekali.Dan,sekali pandang memang teori ini mempunyai asas yang kukuh.Semuanya bermula dengan cita-cita, angan-angan.!.Bila sudah ada cita-cita,baru datangnya perancangan,usaha,doa dan tawakal.Lalu,di akhirnya anda bisa menggapai segala cita-cita anda,bukan?!

Tetapi,apakah semua yang ingin dicapai perlu dimulai dengan sebuah cita-cita?.

Sahabat nabi saw,Abdul Rahman bin Auf sentiasa menangisi dirinya,"Aku dikhabarkan nabi saw,akan memasuki syurga dengan keadaan merangkak,kerna beratnya beban harta yang terpikul padaku".

Lalu,ketika menerima perkhabaran yang sedemikian,Abdul Rahman ra tidak lagi bercita-cita untuk kaya .Lalu,ladang kurma yang sedang diusahakan ditinggalkan begitu sahaja.Demi untuk sebuah cita-cita -tidak mahu kaya.!.Tetapi,Allah menggagalkan cita-citanya untuk tidak mahu kaya. Kependudukan Arab ditakdirkan berpenyakit kulit,dan ubat yang paling mujarab adalah kurma buruk dari ladang Abdul Rahman.Kaya Abdul Rahman dengan kurma buruknya.!.

Sebaliknya seorang sahabat yang lain,Sa'labah si miskin yang terkenal kisahnya berkongsi pakaian solat dengan isterinya pernah bercita-cita untuk jadi kaya.

"Ya Nabi Allah,doakan aku dengan cita-cita aku untuk jadi kaya.Dan kalau aku kaya kelak,aku bercita-cita pula untuk infak lebih pada jalanNya.".

"Cukuplah.Aku rasa engkau sudah cukup bagus dengan keadaan yang kau ada sekarang.".

Lalu,berkali-kali Sa'labah merayu dengan cita-citanya-untuk jadi kaya,agar dengan kekayaan itu lebih infaknya untuk Islam.

Berkat doa nabi saw,Sa'labah jadi kaya.Kambing seekor menjadi sekandang, sekandang menjadi seladang.Tercapai cita-citanya untuk kaya. Tetapi,Sa'labah tidak pula pernah bercita-cita untuk kufur dengan kekayaannya itu.Dan itulah yang tercatat pada sejarah.Cita-cita nya untuk kaya itu,akhirnya membawa kekufurannya pada Allah.(Bagaimana agaknya kalau Sa'labah minta pada nabi saw begini,"Doakan aku kaya dan beriman,ya Nabi Allah"?)

Lalu,aku punyai ruang yang luas untuk berhujah tentang kebenaran teori ini,"Kalau anda tidak pernah bercita-cita untuk mencapai sesuatu,jangan bermimpilah untuk mencapainya."

aku dan cita-cita

Seingat aku,ketika kecil aku tidak pernah bercita-cita untuk jadi jurutera.

Pernah sekali,aku beritahu guru,aku mahu jadi pensyarah.!.Mungkin sebab aku suka bercakap.Pun,sehingga kini cita-cita itu masih bersisa pada diriku.

Sekali yang lain,pernah aku menulis untuk jadi seorang peguam."Jujur,aku tidak tahu dimana untuk aku letakkan sebuah titik noktah kalau diberi sebuah mikrofon kepadaku.".Jadi, logiknya cita-cita peguam ada kebenarannya.Tetapi,aku merasakan cita-cita ini kian terkubur.Hanya hidup sebagai sebuah memori,mainan ketika zaman persekolahan.

Aku masih ingat,ketika aku di tingkatan satu,ketika ditemuramah barisan wartawan setelah dinobatkan Tokoh Kanak-Kanak Puspanita Peringkat Kebangsaan(untuk kategori UPSR) aku menjawab,"Saya bercita-cita untuk jadi seorang usahawan berjaya."

Keesokan hari,ada akhbar yang menulis aku dengan cita-cita "business" aku.Ya, sehingga hari ini aku masih kuat dengan cita-cita aku yang ini.Doakan aku.!.

Pun begitu,ada satu akhbar berbahasa Inggeris yang menulis begini,"His cita-cita is fashion desinger.".Aku tergelak sendiri ketika membaca tulisan itu.Entah bila tahun pula aku bercita-cita untuk jadi pereka fesyen.Atau mungkin,suatu hari ke hadapan tulisan itu benar-benar menjadi mimpi yang nyata untuk aku.Siapa yang tahu,kan?!.

Lagi,sahabat-sahabat yang akrab dengan aku pernah membisikkan,"Kau mempunyai bakat kepimpinan yang baik.".Ya,sungguh.!.Aku pernah bercita-cita untuk terjun dalam bidang politik.Mungkin terdorong dari sikap aku yang "friendly".Tetapi,aku tidak pasti, "apakah seorang ahli politik yang baik,juga boleh menjadi pemimpin yang baik?.". Tengoklah,apakah seorang DatukBandar boleh jadi YB suatu hari nanti?, ahaks.!.

Dan,jauh di sudut hati aku sentiasa menyimpan cita-cita untuk jadi penulis,a.k.a. novelis(Aku sedang menggarap ide untuk novel sulung aku, secara suka-suka "Cinta..oh Sakura".Doakan aku.!.).

Lalu,di mana hilangnya cita-cita untuk jadi seorang jurutera,sedang aku mendalami ilmu itu sekarang.?.Aku sendiri tidak punyai jawapannya. Adakah satu jawapan yang janggal kalau aku katakan,"cita-cita jurutera ku hanya sebuah kebetulan.".Ya,itulah realitinya.!.

Keputusan yang agak baik dalam UPSR menjadi tiket aku ke SBP,yang semuanya terjurus pada sains dan teknologi.Dan suasana memaksa aku untuk membentuk sebuah cita-cita baru,seorang jurutera.!.

Dan,aku tidak pernah punyai cita-cita untuk ke Jepun.Ketika tingkatan lima,selepas pulang dari British Education Fair di Pulau Pinang,aku pernah memasang cita-cita untuk ke Sussex University,di perdaerahan United Kingdom.Tetapi,"aku tidak boleh makan cheese,sebab Bahasa Inggeris aku haprak,ahaks.".

Dan aku tidak pernah tahu bagaimana aku boleh terdampar ke Tanah Sakura ini. Semuanya kebetulan.!.

Konklusi

"Kamu merancang,dan Allah jua merancang.Sedang,perancangan Allah lah yang lebih besar.
".

catatan : ada 31 perkataan cita-cita dalam entry hari ini.suatu catatan sejarah.!.



ILHAM HAMDANI at 13.5.03

Monday, May 12, 2003

Assalamualaikum,

Selamat hari Ibu


Semalam telefon mama.Tidak ada tujuan lain,selain sebagai sebagai suatu rutin mingguan,aku sekadar ingin mengucapkan "happy mother day,mama".Agaknya mama bangga dengan ucapan,"terima kasih,Din".Aku puas dengan respon mama.Bahagia.!.

Apapun,bukanlah bererti hanya 11 Mei satu-satunya hari untuk ibu,hari untuk emak atau hari untuk seorang wanita yang 9 bulan 10 hari mengandungi kita,2 tahun menyusukan kita(ini kalau didasari dari ayat Al-Quran,2 tahun) dan belasan,bahkan puluhan tahun bersusah-payah membesarkan kita.Tidak.!.Hari-hari adalah hari untuk ibu.Hari-hari adalah hari untuk emak.Dan,hari-hari adalah hari untuk seorang wanita yang jasanya terlalu tinggi kalau mahu dibandingkan dengan dunia dan isi,hari mama!.

Terima kasih mama.!.Tiada kalungan emas permata dari anakmu.Tiada ringgit material dari anakmu.Dan,aku sendiri maklumi kau sendiri tidak kehendaki semua itu.Aku cuma ada segenggam doa,moga kebahagian dan kesihatan iman yang terbaik adalah milikmu,hari ini,esok dan selamanya.

Mei yang kulalui,


11 Mei adalah hari ibu.13 Mei 1969,pernah terpalit sejarah hitam padanya.Perang saudara di Malaysia.Di antara saudara peribumi Melayu,dan saudara Cina yang didatangi British ke Tanah Melayu.Pahit,dan rasanya masih bersisa pada hujung lidah.!.

14 Mei.Ya,14 Mei 1948.Ini suatu lagi sejarah pahit dan gagal.Dan gagal itu masih terus gagal,dan masih samar jalan keluarnya.55 tahun yang lampau,di tarikh ini umat Islam menangisi kelahiran negara haram Israel.Dan,dewasa cengkaman Israel makin beraja,sedang umat Islam-tengok sahaja.!.

16 Mei-hari guru.Aku sedang berkira-kira untuk mengirimi sekeping poskad(poskad sahaja?) untuk seorang bekas guru,yang aku anggap seperti ibu.Puan Embun Abdullah.!.




ILHAM HAMDANI at 12.5.03

Sunday, May 11, 2003

Assalamualaikum,

Ahh.!.Kenapa aku menjadi terlalu malas untuk menulis.Maaf kepada seluruh pengunjung BandarSepi.Aku sedikit pun tidak bermaksud untuk mengecewakan kalian.

Mungkin aku punyai beberapa alasan logik,lewat ke"absen"an aku di dada BandarSepi hampir seminggu lamanya.Pertamanya,aku berdepan masalah talian internet yang kena potong,salah faham dengan pihak NTT(Nippon Telecom Telecomunication,kalau tak salah!.).Tetapi,Alhamdulillah sejak Jumaat yang baru lalu,masalah sudah diselesaikan.Dan,aku sudah boleh beroperasi kembali,25-jam,ahak.!.Tetapi,minda dan idea aku yang tidak beroperasi.Maaf,ya!.

Dan nombor duanya,yang membuatkan sedikit semangat untuk menulis aku pudar bila cita-cita untuk melancarkan BandarSepi edisi baru masih tidak tercapai.Lalu,aku terpaksa jua memandang "front-page" lama BandarSepi ini,yang latarnya biru,dan yang paling sakit mata memandang pada huruf-huruf "x"(paparan imej yang gagal) yang timbul.

Semuanya gara-gara masalah paparan imej yang aku sudah pun maklumi kalian sebelum ini.Entah lah,sudah beberapa mahaLguru dan murahguru aku temui di alam sembang-maya(baca:chat) untuk memohon tunjuk-ajar,tetapi malangnya aku belum menemui guru yang benar-benar pakar,a.k.a mengaji sampai khatam ilmu-ilmu dari blogger.

Tidak banyak perkara menarik yang aku lakukan dalam tempoh mutakhir.Semuanya terasa terlalu normal dan landai.Dan,mungkin ini satu lagi alasan logik mengapa aku menyepi diri.Untuk apa aku menulis,kalau semuanya biasa,tiada yang menggegar dan menggetarkan?.Mungkin penulis lagi,akan mempunyai hujah lagi,tidak seperti aku kalau ingin menulis.Biarkan lah!.Aku adalah aku.

Sabtu,selain Halaqah Ilmu(HI) yang sudah masuk minggu ke-empat,kami di sini punyai agenda bulanan,mesyuarat HIMUC(Hitachi Muslim Comunity).Dalam mesyuarat, biasa lah.Aku yang diamanahkan Biro Dakwah,kena hentam dan kena puji.Adat.!.

Kena hentam,sabar dan azam untuk berubah di masa ke depan.Kena puji,ahh..aku tidak menyukainya.!.Pujian sering benar meruntuhkan.Lebih-lebih lagi pujian dari seorang wanita.Maaf,kenyataan ini juga tiada kaitannya dengan sesiapa,cuma dari pemerhatian dan pengalaman aku yang terlalu terhad.Jadi,jangan pula ada yang ingin berdebat kerananya.

Selepas selesai mesyuarat(bukan mesyuarat-maya ya!.),sessi makan-makan dan jenguk-jenguk ke rumah sister Fauziah.Mee goreng dan spagetti istimewa darinya, "sold-out".!.Nyata,masakan wanita "kick" dia lebih,berbanding dengan masakan lelaki,ahaks.!.Atau,"sold-out" kerna masing-masing kelaparan seharian?. Semuanya serba mungkin.Apapun,terima kasih untuk sister Fauziah.!.

Tadi,selepas subuh dan sebelum melelapkan mata sengaja aku "hanged around" dengan sahabat-sahabat GengJurnal.Akhirnya aku menemui Muring-wien,di Vienna, Austria dan seorang lagi kenalan wanita yang tidak aku kenali di Minnesta.Tidak bersembang apa,sekadar sembang "kaki-jurnal",ahaks.!.

Oh ya,kalian mengikuti tulisan Faisal Tehrani di Utusan Malaysia edisi internet?(aku tidak pasti tulisan dipaparkan atau tidak untuk edisi umum.aku hanya mengikuti edisi internet!).Novel bersiri dari penulis muda.Menarik dan semakin mendebarkan.!.Aku percaya,kalau kalian "kaki-novel",(1."kaki jurnal" 2."kaki-novel",ahaks!.),kalian tentu tidak sabar menanti siri keesokannya.Jenguklah sekali,di ruangan Bicara Agama.

Kekadang terfikir juga padaku,"mengapa dipaparkan pada ruangan Bicara Agama, bukankah ruangan Sastera lebih sesuai?".Entahlah.Ataupun mungkin Utusan ada strategi serampang dua mata,agaknya.Untuk melariskan Bicara Agama yang hampir padam, lewat "putar-putar alam" dari Astora Jebat.Kalian faham maksud aku?.

Ini dari pengalaman sendiri sebenarnya.Sudah sekian lama,aku membaca Utusan Malaysia edisi internet tanpa melayari ruangan Bicara Agama,lewat tidak mahu termakan dengan provokasi dan doktrin Astora Jebat(gila,menutup aurat bagi wanita hanya adat perempuan arab!).Tetapi,akhirnya aku terpaksa juga "clik" BicaraAgama hanya untuk membaca sebuah tulisan sastera.Pelik,bukan?!.

Aku tinggalkan catatan kali kedua di bulan Mei,dengan ucapan "Selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada sahabat lama-chot.Mudahan kesejahteraan dan rahmat dari Allah sentiasa bersamamu".Jumpa lagi esok,InsyaAllah.


ILHAM HAMDANI at 11.5.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.