Saturday, May 24, 2003

Assalamualaikum,

Aku menjadi terlalu,dan teramat serba-salah.Samada ingin menyuarakannya di sini,atau hanya menyimpannya jauh di sudut hati.Aku bimbang.Aku tidak mahu nanti BandarSepi hanya tidak lebih seperti sebuah taman-cinta.Tidak.!.Aku mahu jadikan BandarSepi sebagai "raudhah syurga jurnal".

Tetapi,begitulah.Aku jua manusia.Betapa sesekali pantai hati diusik badai cinta yang damai.

25 Mei 1999-25 Mei 2003


Lalu,aku mohon pada kalian untuk menjadi saksi-saksi ulangtahun pertemuan kami.Aku mahu menjerit pada alam,betapa aku bersyukur dengan sebuah pertemuan.Kalau aku punyai sepasang sayap,aku ingin terbang ke perdaerahan Trafalgar,menjerit di tugu bisunya-"aku gembira dengan sebuah pertemuan.".Dan lagi,aku mengembara ke benua TajMahal-"ShahJenan,izinkan aku mengulasi secebis cintamu pada Mumtaz".Dan pasti,aku tawaf kota suci,dan tunduk di depan Multazam,"Ya Allah,Kau berikanlah aku yang terbaik dalam persahabatan ini.."

Kasih,tentu kau masih ingat dengan frasa yang tidak puas aku ulangi pada kau,"kita bertemu hanya kernaNya,dan kalau tertakdir kita berpatah arah,kita redha,hanya kernaNya.".4 tahun,ahh..kalau hanya ingin membina sebuah tugu cinta,segalanya sudah terlalu teguh.Tetapi,aku harap kau cukup memahami,kita berhajat pada sebuah kota madani,buah dari temu nan Islami.Lalu,4 tahun bukanlah terlalu lama.!.

Terima kasih,Kasih.Dan,tulisan ini aku titipkan khas buat mu.Terima kasih Suriati binti Saad.!.




Gerimis menitis perlahan,
Rembulan entah ke mana,
Malam menjadi gelap tanpa pelita,
Hanya awan lara yang menguasai,
Aku lena dalam basahan air sembah.

Mimpi berjumpa Adawiyah,
Lama sujudnya tidak panggung,
Curi pandang wajah solehah,
Benar,dia hanya cintai tuhannya,
Ingin aku beri Adawiyah cinta,
Ingin tenggelam dalam sufinya,
Adawiyah,benarkan aku rajai hatimu.

Mimpi sudah pergi,
Aku cari Adawiyah nan nyata,
Bukan sama seperti malam dalam mimpi yang asyik,
Aku cari Adawiyah,
Laut yang setia pantai,
Pernah ketemu Adawiyah solehah?,
Angin yang tiup damai,
Pernah sua Adawiyah cinta tuhan?,
Aku mahu beri kasih padanya.

Aku jumpa kau,
Kaukah Adawiyah itu?.



addeen
maaf.!.aku tidak berniat untuk melontarkan kalian pada dunia cinta.cuma,aku pohon dari kalian
doakan persahabatan kami kekal,dan diiringi keberkatan





ILHAM HAMDANI at 24.5.03

Friday, May 23, 2003

Assalamualaikum,

Ahh,lama sekali aku tidak meng"update"kan jurnal BandarSepi.Hari ini aku menerima teguran dari seorang yang istimewa,"mengapa tidak kemas-kinikan jurnal anda?nanti anda didenda kalau tidak kemas-kinikannya?".Aku tidak punyai jawapan.Salahkah aku,kalau aku jawab,"agak malasnya sebenarnya..".Maafkan aku.!.

Sebenarnya,sejak dua menjak ketiadaan aku ini,aku tengah mengamuk berforum.Di mana aku berforum?Mana lagi,sebagai seorang ahli GengJurnal yang bertanggungjawab,aku perlu mengaktifkan forumnya.Kalau bukan ahli GeJu(singkatan untuk Geng Jurnal) yang mengaktifkannya,siapa lagi,kan?!.

Awal pagi tadi aku menghantar seorang kawan baik pulang ke Malaysia.Sedihnya rasa hati mengiringi kepulangannya.Terasa diri pula yang ingin terbang pulang.Rindu rasa hati dengan kerabat di Malaysia.

Oh ya,sejak seminggu ini beberapa kali aku cuba telefon ke Perlis,tetapi semuanya gagal.Katanya,"nombor yang anda dail,tidak lengkap.Sila telefon kembali.".Ahh,bingung aku jadinya.Aku telefon rumah Opah.Gagal.!.Telefon ke rumah maksu,jawapan yang sama.Cuba-cuba telefon rumah makwa di Mata Ayer,kegagalan di hujungnya.Mengapa ya?.Semalam,ketika telefon mama,aku cuba tanya dengan mama.Mama pun tidak punyai jawapannya.Kalian tahu mengapa?

Apa lagi yang baru di BandarSepi ini ya?Emm..ohya,aku sudah memasukkan beberapa keping gambar terbaru di ruangan pictures.Kalian boleh menyusuri gambar-gambar terkini pada Hanami'03 dan Mei2003.

"anda datang,anda tengok,anda senyum".Dan,amaran keras untuk para biduanita,jangan sekali ada di kalangan kalian datang dengan misi sebegini,"saya datang,saya tengok,saya tawan".Bukan apa,dibimbangi ada yang menghantar notis peperangan denganku nanti.Perang Iraq-US sudah selesai,nanti timbul peperangan kedua,Perang Jepun-Australia,ahaks.!.(Ini adalah promosi kempen keamanan dari BandarSepi,ahaks.!)

Dan,satu lagi yang terkini di BandarSepi ialah BandarSepi sudah punyai bannernya sendiri.Banner ini dicipta sendiri oleh DatukBandarnya.Tahniah untuk diri sendiri, ahaks.!.Mungkin banner ini hanya bersifat sementara di situ,dek ke"simple"an yang ada padanya.Tetapi biarkanlah,"something is much-much-much better than nothing",kan?!.

Kekadang begitulah sifat manusia,aku kena akuinya jua.Apabila kita sudah temui sesuatu yang lebih baik, lalu yang kurang baik,yang sekian lama sudah banyak berjasa padanya,mudah sahaja dilupai begitu.Kekadang,terasa ia jua sebahagian dari ketidak-adilan,kan?!.Lalu,lahirlah untaian kata-kata yang sinis didengar,"habis madu sepah dibuang","sudah dapat rotan,akar tiada gunanya lagi","kalau sudah punyai pentiumIV,pentiumIII sudah ditolak ke tepi"(aku sedang memujuk seorang bro pakistan,teman sekerja untuk menjualkan laptop pentiumIVnya kepadaku..tunggu..!!),dan banyak lagi untaian yang manis,yang maknanya kekadang cukup pahit.



ILHAM HAMDANI at 23.5.03

Sunday, May 18, 2003

Assalamualaikum,


Apabila dunia dipimpin oleh manusia-manusia gila,anak kecil adalah mangsa.
Tangisan,rintihan dan keluhan adalah tasbih harian.
Di depan,lorong gelap yang berdebu.


Pentadbir BandarSepi : Yasmin Wa'adi,kanak-kanak Iraq yang selamat menjalani pembedahan di Malaysia.Kanak-kanak comel ini adalah antara yang bertuah di saat beribu teman sebayanya menderita akibat peperangan.Terbaru,serangan berani mati di Riyadh dan Maghribi.Begitulah,kalau dunia berkepalakan orang gila,anak-anak adalah mangsa.!.


Semalam-Ahad,18 Mei 2003.

Penat aku menjadi tukang kipas ayam panggang.Mulanya,cadangan BBQ di tepi pantai Kawarago,tetapi hujan seperti malu-malu,antara turun dan berlakon untuk turun.Akhirnya,selepas solat Zohor jemaah,"kita BBQ depan surau sahaja lah.".Yeah.!.Lagi senang.Tak perlu untuk bergerak ke sana ke mari.Dan,paling penting tak payah mengusung BBQ set serta serba mak nenek yang lain.

Di depan surau,pun begitu bayu pantai yang berjarak 1km dari kami cukup mendamaikan.Riuh-rendah suara orang yang kelaparan,dan kepanasan(aku lah tu,tukang panggang,ahaks.!).Ayam 6 ekor,daging 2 kilo,"mash potato" istimewa buatan tangan bro hafiz yang akan pulang ke Msia esok,dan sayur bermayonis dari adik perempuan baru.Semuanya licin,kosong,dan menjilat jari.!.

Selepas solat Asar,ayam masih bersisa,dan sambung makan semula.Sambil-sambil bapa-bapa budak dan bakal bapa budak bermain piring terbang.Golongan ibu-ibu dan bakal ibu mendukung anak-anak kecil dan menjadi penyokong.Ahh,bahagianya.!.

Malam,selepas maghrib terus terbaring keletihan.Dan ini pun baru sahaja bangun semula.Dan,"aduhai,kelaparan semula.".


ILHAM HAMDANI at 18.5.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.