Assalamualaikum,
Ohayo gozaimasu.!.Mudahan kalian sentiasa sihat,sihat fizikal dan iman di saat ini.
Apa yg mahu aku ceritakan pagi ini,ya?Emm..
Ya,seperti yang aku sudah maklumkan semalam,Jepun dilanda taufan.Taufan nombor 4.!.Saat ini taufan dengan kadar 45km/j itu masih di kepulauan bawah.Berita di kaca tivi tadi cukup membimbangkan.Aku cuma mampu panjatkan doa mudahan tiada kemalangan pada teman-teman Malaysia di sana.Dan,janganlah taufan itu mampir ke perdaerahan aku.
Lagi,sebentar lagi,sesudah subuh aku akan bertolak ke bandar Sains Tsukuba.(Bandar ini adalah bandar pendidikan sebenarnya.!.Banyak pusat-pusat penyelidikan bertaraf antarabangsa di situ,termasuk untuk kajian angkasa.)Tidak.!.Bukan untuk tujuan seminar pendidikan.Aku ada usrah penyelarasan di sana.Aku sudah cerita beberapa kali tentang Halaqah Ilmu yang kami buat,bukan?!.Jadi,maklumat-maklumat yang diterima akan diselaraskan dengan kumpulan Halaqah Ilmu dari universiti lain.Begitulah adanya.!.
Lagi,bola.!.Banyak perlawanan menarik esok.Antaranya dua seteru Asia bertemu.Nippon dan Korea.Perlawanan terakhir,kurang lebih dua bulan dahulu sudah dirajai Nippon.Malam nanti,entah lah.!.Atau mungkin Korea mahu membalas dendam.
Dan lagi,tentunya debaran aku selaku anak Singa Utara.Mudahan Perlis akan membaham si Rusa Negeri Sembilan di Stadium Perak malam nanti.Kalau aku di Malaysia,aku pasti tidak mahu lepas perlawanan akhir Piala FA itu.Viva Perlis..!!.
Oh ya,pernah kalian dengar tentang kentut?.Tentulah jawapannya-pernah,bukan?!.Aku baru menerima makalah bulanan dari persatuan aku,IPIJ.Dan,salah satu artikel yang menarik,adalah tentang kentut.!.Mungkin kalian tersenyum.Tetapi,ia kajian ilmiah tau.!.
Jadi,sesiapa yang terasa nak tahu lebih itu,rajin-rajin lah ke sini.Dan,yang menulisnya pun bukan calang-calang orang,penuntut perubatan tahun 4 di Jepun(maafkan aku sekiranya tulisan itu cumalah "fotokopi" olehnya.!.).).Entahlah,kalau kalian masih ragu dengannya.
Aha,satu lagi.Sebuah puisi ringkas aku turut termuat dalam makalah itu.Terima kasih kepada editornya."Diariku,Diarimu"
Diariku,diarimu,
Diari seorang hamba,
Diari seorang khalilah,
Siang adalah suara,
Suara pada dakwah,
Malam adalah bicara,
Bicara bahasa Tuhan.
Diariku,diarimu,
Diari seorang pejuang,
Diari seorang mujahid,
Diam adalah suara,
Suara zikrullah,
Bicara adalah tajdid,
Jihad di depan kezaliman.
Diariku,diarimu,
Ditulis di atas helaian
air mata,
Ditulis dengan tinta
darah syuhada,
Lalu nanti,
Dibaca di depan tuhanku,
Lalu nanti,
Ditimbang di depan tuhanmu...
ILHAM HAMDANI at 30.5.03
Assalamualaikum,
Semalam,seutas "key-chain" bergambar kangaroo Australia dan sekeping kad ucapan biru.Dan,terima kasih.!.Senyum sampai ke telinga,atau mungkin terbawa-bawa sampai ke alam mimpi.Ahh,indahnya.
Semalam,menerima panggilan telefon dari AbgJam di Malaysia,"jenguk BandarSepi tadi,kata kena gempa,camne?.".Ohh,masih ingat orang Malaysia pada aku di sini. Terima kasih.Dan,Alhamdulillah,aku masih selamat di sini.
Tetapi,ketika aku sedang bersiap untuk menurunkan catatan hari semalam,telinga menangkap butir-butir laporan cuaca di tivi;
"Kepulauan Jepun mungkin dilanda taufan(ada nama taufan,contohnya taufan 15,16 atau sebagainya.Tetapi,aku tak sempat menangkap taufan nombor berapa tadi!)"
Aduhai Tuhan-Ku.Baru berlalu gerak-gempa,Kau sudah datangi kami dengan taufan.Aku disapa bimbang lagi.Kau selamatkan aku dan seluruh teman yang lain.
Ya,biasanya bulan Jun adalah bulan taufan dan musim hujan.Dan,cuaca agak tidak menentu sepanjang-panjang Jun.Begitulah adanya.Dari maklumat cuaca tadi,katanya taufan itu sudah melanda kepulauan Okinawa di bahagian bawah,dan perlahan-lahan naik ke kepulauan lain di atas.Bagaimana ya?.Doakan aku,ya teman-teman.!.Dan,aku berharap perdaerahan aku terus terselamat seperti tahun-tahun sebelumnya.
Baru lepas menonton "final Champion League" sebenarnya.Belum tentu sudahnya.AC Milan,atau Juventus.Mereka masih bertarung dalam penentuan penalti,sedang tivi Jepun sudah menghentikan siarannya.Ah,kecewa.!.Mudahan AC Milan kembali,setelah 9 tahun kesepian di pentas Eropah.
ILHAM HAMDANI at 28.5.03
Assalamualaikum,
Alhamdulillah,gempa dan goncangan bumi telah berlalu.Tetapi,yang ke depan,tiada siapa yang arif,melainkan Dia yang Maha Mengetahui.!.
Dengan magnitiud 7 skala,ia suatu gegaran yang besar.Ketika itu aku di kantor perkilangan.Hampir-hampir jam 7 begitu.Gelabah pun ada.Cuak pun ada.Bimbang pun ada.Semuanya ada.Tambah bimbang lagi,"arrkkk..tak sembahyang maghrib lagi nihh..".Risau dibuatnya,kalau-kalau mesin-mesin besar di keliling-kelalang jatuh bergegaran.Tetapi,Alhamdulillah.Semuanya selamat.Kawasan aku cuma-4 skala sahaja.!.
Paparan tivi,daerah atas terutamanya negeri Iwate,dan Aomori memang cukup menggerunkan.Kerosakan belaka-belaka.!.Dan,lebih 100 orang yang tercedera.Mujur tiada yang terkorban.Syukur.!.Dari cerita berita,ada 30 goncangan dalam masa 30 minit.Waduh.!.Dan lagi,kemungkinan untuk berlaku siri-siri gempa yang seterusnya tetap ada.Ini lagi satu kebimbangan yang maha bimbang.Bagaimana ya?.Terasa mahu terbang pula untuk seketika.
Doakan aku dan teman-teman di sini selamat.!.
ILHAM HAMDANI at 27.5.03
Assalamualaikum,
Semalam,hanya sekitaran jam 5 pagi baru melelapkan mata.Entah,mutakhir ini aku seakan terbentuk begitu.Tidur lewat.!.
Jam 9:30,deringan telefon dari Australia,"tahniah utk kita,dan happy 4th anniversary..".Terima kasih untuk panggilan istimewa.
Bingkas ke bilik air,mandi,dan bergegas ke surau.Aku sudah terlewat untuk kelas Bahasa Arab.Sudah lah minggu lepas aku langsung tidak ikut-serta.Terasa sayang benar kalau ketinggalan lagi.Alhamdulillah,masih berkesempatan mengejari teman-teman 4 orang lain yang berguru dengan bro Qusai.Menarik.!.Lalu,aku tanam azam untuk menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa keempat setelah Melayu,Bahasa Inggeris,Jepun.Mudahan aku bisa kuasainya.!.(tiba-tiba teringat permintaan teman akrab,"nanti awak kena ajarkan saya bahasa arab sama tau..apa yang awak belajar,langsung kena ajari pada saya..")
Habis kelas pagi,aku jadi Zidane sekali lagi.Ya,kebetulan mungkin..bulan lepas adik perempuan aku kirimi aku sehelai t-shirt bernombor 5.Ya,aku Zidane Hitachi,ahaks.!.Dan memang pun,ketika bermain futsal beberapa teman melaungkan,"Zidane..thru the ball..".Tetiba,seakan datang semangat tambahan,ahaks.!.Dan,aku memang seiras seperti Zidane itu,tidak banyak berlari.Tercungap keletihan,kekurangan stamina.!.
Balik,Zohor jemaah di surau dan terdampar keletihan.Sedar-sedar hampir jam 5.Teringat,ibu angkat jemput ke rumahnya,"din-san,petang nanti datang ke rumah ibu,ada tetamu bertandang,dan makan-makan.".Ya,lama benar aku tidak menjenguk ibu angkat Jepun aku.Rindu benar dengan wanita awalan 50-an itu.
Gegas bersiap,ke kedai dahulu untuk beli sedikit buah-tangan,setin cookies.!.
Seorang gadis Jepun awalan 30-an,seorang guru lelaki dari Amerika,dan sepasang suami-isteri,adik kepada ibu angkat aku.Lalu,kami jadi ber-enam menjamu selera petang semalam.Bapa angkat?Tiada.!.Dia "out-station" ke Osaka.Ahh,otousan memang begitu,kerja,kerja dan kerja.Itulah lelaki Jepun.
Ibu angkat baru sahaja pulang dari US.Majlis perkahwinan anak tunggalnya,Kurin-san.!.Kurin-san yang sebaya dengan aku berkahwin dengan seorang negro rakyat US.Lalu,bercadang untuk terus tinggal di sana,tidak mahu pulang lagi ke Jepang.Kesian aku mendengar bicara ibu.Nampak benar tekanan yang datang pada ibu.Kesian.!.
Cerita ibu,dua minggu lepas dia mabuk teruk,hingga terpaksa menggunakan teksi untuk pulang.Katanya,dia tertekan,benar-benar tertekan.!."Ibu memikirkan hari tua ibu,siapa yang akan ambil tahu tentang ibu dan ayah..".Saat itu,hati aku sudah benar-benar menangis hiba.Ahh,betapa malangnya pasangan ini.Punyai anak tunggal,dan tidak lagi ingin pulang ke tanah kelahiran.Dan,luahan perasan ibu seakan suatu beban pula untuk aku.Sungguh.!.
Cerita ibu lagi,minggu hadapan dia akan ke US lagi,majlis perkahwinan kawan baiknya,seorang rakyat US.Kemudian,langsung pergi bercutian ke Jerman pula.Di Jerman ibu jua punyai teman yang akrab.
"Berapa lama ibu akan bercuti?.".
"Sebulan.!."
"Sebulan?!.Mengapa sebegitu lama,ibu?".
"..Emm..ibu mahu hilangkan segala tekanan..ingin kembali normal seperti biasa..".
Aku mengeluh sendiri.Nampaknya,ibu berdepan masalahnya.Nampak kronik jua.Aku benar-benar disapa rasa belas yang tidak sedikit.
Cuma,saat itu otak aku berlegar dan berbicara,"Islam,adalah jalan keluar kepada masalah dan tekanan..".
Ya,aku merancang untuk membantu ibu,membantu ibu dengan Islam.!.Nanti aku akan bawakan beberapa pamplet Islam untuk ibu.Mudahan tekanan perasannya akan hilang dengan cahaya Islam.
"Ya Allah,Kau kurniakan lah secebis kekuatan.Ya Allah,Kau lontarkan hidayahMu untuk ibu aku.".
ILHAM HAMDANI at 25.5.03