Saturday, June 07, 2003

Assalamualaikum untuk kesekian kali,

Ini adalah catatan Hari Ini Dalam Sejarah untuk Hari Sabtu.

Hari ini hari yang cukup meletihkan.Sungguh.!.

Pulang kerja sudah jam 4 pagi.Terus onkan internet(sebenarnya komputer dan internet rumah aku mmg on 24jam.cuma monitornya sahaja yang aku offkan kalau aku tiada di rumah),belek-belek suratkhabar edisi internet.Walaupun sudah tercampak ke luar,khabar dalam negara masih mahu tahu,dong.!.Jam 5,ada usrah-net dari seorang teman di Sudan,Ust JamJo.Sebenarnya setiap pagi Sabtu,kami ada bedah-buku,Fiqh Aulawiyat dari Syeikh Ar-Qardawi.Server tak bagus sgt.Suaranya jadi putus-putus,tersangkut-sangkut.Baru bercerita kisah Nabi Allah Yusuf,sudah tersangkut-sangkut.Akhirnya,aku yang sangkut.!.

Selepas itu,ada net-meeting pula.Aduhai.Persiapan untuk summer-camp IPIJ bulan Ogos nanti.Begitu,dan begini.Sedar tak sedar sudah pukul 11.Tidur,aku mahu tidur.!.

Sedar kembali dari tidur yang lena sudah jam 3.Solat Zohor mahu segera.Sekarang nih,masuk Asar 3:30.Bahaya.!.Mandi,dan solat.Kemudian net-meeting lagi.Waduh.!. Sesungguhnya Sabtu adalah hari net-meeting untuk aku.AKu sudah termasak dengan net-meeting.Tetapi,bagus juga berbanding dengan meeting yg bertemu-muka.Kalau net-meeting,masih boleh makan-makan di depan monitor,atau kalau letih benar,boleh baring-baring sambil pasang telinga.Aku,pagi tadi sambil dengar-dengar kuliah ust jamjo yang putus-putus masih sempat-sempat menaip html untuk website promosi summer-camp.Maafkan aku.!.Kekadang masa mengajar kita untuk menjadi tamak.Usrah mahu didengari,kerja yang diamanahkan mahu dilangsaikan.Tamaknya aku.!.

Petang sedikit,menjemput kohai perempuan di eki(stesen keretapi).Jarang-jarang aku menjemput mereka di stesen.Mungkin sebab mereka segan dengan aku,kot.Aku tak kisah sangat sebenarnya,InsyaAllah kalau ada yang mohon dibantu,aku bisa sahaja.Rajin mereka ke sini,untuk berusrah dan berjumpa dengan sempai(senior) di sini.Atau,mereka semangat ke sini kerna lepas usrah ada makan-makan dalam sessi ziarah?,ahaks.!.(hari ini giliran rumah syed diziarahi,lalu dia sediakan ayam masak merah dengan apa entah lagi. apapun,semuanya aku sebat.tiga kali bertambah,ahaks.trimas.)Tidak,aku percaya adik-adik aku ikhlas datang untuk mencari ilmu,kan?!Kalau aku jadi mereka,aku sendiri tak pasti mampukah aku serajin mereka.Terima kasih adik-adik.!.

Sampai di eki,kohai perempuan masih tak nampak batang hidung(rupanya miss-communication.dia ingat yang datang menjemputnya agak lambat,jadi dia pusing-pusing dulu di kedai-kedai sekitar stesen tu.),lalu aku terus tekan minyak ke JoyFul Honda,pasaraya serba mak-nenek.Aku mencari bunga.!. Ya,bunga.Bunga yang perempuan suka padanya,(tak semua juga.dalam perjalanan balik,aku tanya kohai aku si Sheda tu,"minat bunga tak?""emm..tak..!!". tengokk...)bunga yang jika diberi pada kera,maka bunga yang cantik dan harum sudah tiada harga.Iye,bunga yang itu.!.

Mungkin aku mewarisi hobi mama yang "hantu bunga".Pelik ker orang lelaki minat bunga?Tidak,kan?!.Ye,aku suka bunga,suka binatang mainan(baru sembang-sembang dengan Musa,sambil-sambil tengok berita sukan sebentar tadi.."esok,aku nak beli ikan emas lah..best sikit.."..).Apa lagi?Ya,aku suka mengemas rumah. Bertuah,kan bakal isteri aku..ahaks

Baru dok asyik memilih-milih bunga,sampai sms dari kohai lelaki,Shaiful "ambil Sheda di eki sekarang,tau..".Aduhai.!.Lalu,aku tidak punyai masa yang banyak,aku memilih 2 pasu bunga.Cantik.Yang satu,harganya 98yen(RM3),dan sepasu lagi 398yen(RM12).Dua-duanya lebih daun dari bunga.Bukannya apa,aku bimbang untuk membeli bunga yang berwarna-warni tu,nanti dibuatnya bunga yang cantik itu gugur,maka hilang lah serinya.Lebih baik,aku pilih yang cantik daunnya,dan tak banyak bunga.Kita berkenan pada daun,dan InsyaAllah daun tu tak gugur,kan?!.Kalau gugur juga daun tu,alamatnya nak mati lah pokok tu.

Baru aku terfikir,pilih bunga sama seperti pilih calon isteri.Ramai pilih bunga,kerna cantik.Tetapi,aku pilih bunga,kerna daunnya.Dan ramai pilih wanita kerna rupawannya. Tetapi,kan cantik bunga selalunya akan layu,kucup dan akhirnya gugur..Lalu,mana cantiknya lagi?.Tetapi,kalau pilih bunga kerna cantiknya daun,daun akan sentiasa segar,dan semakin menghijau.Lalu,kalau pilih wanita kerna agamanya,tentu kita bisa bahagia..kan?!.

Dalam kereta,aku tanya begitu dan begini dengan kohai aku yang itu.Oh,ya..si budak Sheda ini sebenarnya sama tarikh lahir dengan aku,11 April juga.Cuma beza pada tahun,4 tahun.!.Dia sebaya dengan adik kedua aku,Hafiz.Aku tanya dia pasal periksanya,pasal hidup hari-harinya.Ah,jangan mengarut dan salah-anggap dengan kemesraan aku,ya..ahaks..Tetiba,

"addeen(budak sini tak panggil aku addeen,satu panggilan lain.)...nak tanya nih?"..

"ye,apa dia..tanya la..".Aku dah dig-dug-dig-dug.Lain macam jer nada dia.Suspens.!.

"dengar-dengar..kau dah bertunang..sungguh ker..??"..Huh,soalan cepu emas tu.Aku hanya ketawa.Lucu.Tak sangka si Sheda akan tanya dengan selambanya soalan sebegitu pada aku.Tapi,aku suka dengan cara begitu.Berterus-terang.!.

"kenapa?kalau aku tak bertunang..kau nak syoukai(perkenalkan) mana-mana kawan kau pada aku ker..?"..aku balas dengan soalan cepu-emas juga.

"Takder laa..saja tanya.."

"Takder lahh..aku masih bujang trang-tang-tang..siapa lah bawa ceritanya.."(aku rasa,aku tahu siapa yang menyebarkan cerita ala-ala cepu-emas ini.ini mesti kohai-kohai perempuan yang lain empunya konspirasi nih..waduh,sudah jadi gossip besar,sih.!.tetapi,aku tak kisah pun.)

Singgah kedai,belikan Syed butter yang dipesannya.Lalu,aku terus ke kedai 100yen,di bandar Hitachi.Kalau berkereta,10 minit begitu.(hari nih pinjam mini-car milik Syed.Berdesut jer,boleh menyelit-nyelit lagi.Selalu tu,pakai 7seaters..alahai..terpaksa jadi pemandu berhemat.).Membeli alat dapur,dan mini-rak yang pasang-siap untuk aku letakkan bunga comel aku.Juga,beberepa keping koleksi bunga kering.Wah,ceria rumah aku.!.

Balik sahaja,terus kemaskan rumah sikit,dan pergi ke surau.Selepas maghrib ada meeting(hai,berapa banyak meeting lah hari nih..?-hari meeting sedunia.!),meeting untuk HIMUC(Hitachi Muslim Comunity).Banyak benar yang dibincang dan dicadangkan.Tetapi,aku tahu.Dalam banyak-banyak cadangan tu,kalau dapat buat 2 daripadanya dah cukup baik..kan?!.

Habis meeting,terus sambung sedikit dengan pembentangan usrah.Syed yang berikan pengisian.Dia berkongsi 10 cara halal dan haram dalam Islam.Ini dia petik dari buku halal&haram karangan Ar-Qardawi juga.Habis dari Syed,aku menambah sedikit mengenai solat jamak dan qadar.Ilmu yang aku dapat dari Tsukuba,hujung minggu sudah.

9:30,segalanya selesai.Sembahyang Isyak,dan masing-masing terus menyerbu rumah Syed.Makan-makan.!!.


ILHAM HAMDANI at 7.6.03

Wednesday, June 04, 2003

Assamualaikum,

Aduhai,pantasnya masa berlalu.Seminggu terasa seperti sehari.!.

Hari ini bumi sakura dilimpahi hujan lagi.Hampir setiap hari di minggu pertama bulan ke-enam ini hujan turun sambung-menyambung.Pagi,mentari cerah.Tengahari hujan.Petang cerah balik.Malam hujan kembali.Susah nak diramal.!.

Ketika aku sedang bekerja,datang seorang senior,tersenyum-senyum,tersengeh-sengeh.Aku pun balas balik.Senyum-senyum dan sengeh-sengeh,walaupun aku tahu dia akan nampak senyum-senyum dan sengeh-sengeh aku.Aku pakai mask,mana nak nampak mulut aku.!.

"Assalamualaikum..(salam sejahtera ke atasmu..)..".Pulakk..!!.Ini mesti tiada kerja,jadi dia datang menyakat aku yang banyak kerja.

"Wa'alaikumussam..(salam kecelakaan kembali padamu)..".Aku tiada pilihan.Sudah begitu ajaran agama,bukan?!.

Maafkan aku,Katou-san.!.Kalau kau Islam,pasti aku doa berlebih-lebih untuk kau.


ILHAM HAMDANI at 4.6.03

Monday, June 02, 2003

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,hari ini mentari muncul lagi.!.

Dua,tiga hari yang terdahulu,hujan sambung-menyambung membasahi bumi damai.Dan,sesekali ribut datang mendesahkan dada-dada penghuninya.Tetapi,Alhamdulillah tiada sebarang malang yang tertimpa.

Ahh,aku tiada benda menarik yang ingin ditulis.Sungguh.!.Semuanya serasa tawar dan pudar.

Hujung minggu berlalu dengan pertemuan di Tsukuba.Gembira dapat jumpa teman-teman,terutama adik-adik yang baru.Nampak bersemangat mereka datang dari tokyo untuk perhimpunan dwi-bulanan kami.Teringat zaman aku muda-muda.Terasa ingin kembali ke zaman tiga,atau empat tahun terdahulu.Zaman aku yang masih di alam "fresh-man".Manis dan berbekas di hati.!.

Kami turut mengundang seorang ustaz jemputan,Ust Muhd Zaitun,lepasan University Madinah sempena program sehari-semalam itu.Dan,aku kira kupasan beliau terutama berkaitan solat jamak dan qasar cukup menarik,dan membetulkan kefahaman aku yang sedia-ada;"Solat Jamak tidak semestinya disekalikan dengan Solat Qasar,dan begitu jua sebaliknya".Alhamdulillah,ilmu itu cukup berguna padaku.!.

Dan lagi,kami turut dibentangkan bagaimana untuk menangani hadis-hadis yang dilihat bertentangan.(sebenarnya tidak.!)."ooo..begitu caranya..".Alhamdulillah,Alhamdulillah.!. Walaupun tempoh pembentangan agak terhad,tetapi aku merasai betapa ilmu itu cukup berharga padaku.Terima kasih kepada akh Aznan yang membentangkannya.!.

(Ketika ini aku sedang cuba mendengar rakaman kuliah Ust Asri Zainal Abidin,dari Al-Ahkam Online,tetapi servernya putus-putus..aduhaii...)


ILHAM HAMDANI at 2.6.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.