Friday, June 13, 2003

Assalamualaiakum,

"abe Din dah bertunang?await tak habaq awai2?"

Aku menerima sms yang menarik ini selepas maghrib.!.Seorang adik yang agak rapat dengan aku di Tokyo mengiriminya pada aku.

Waduh.!.Ini suatu kegemparan padaku.(sebelum ini,kohai perempuan aku si sheda dah pernah tanya sekali,so dah get ready jugak la..)Aku senyum sendiri,tanya diri sendiri,"ehh..betul ker aku dah bertunang?..gilaa..dengan siapa..?".Lalu,aku ketawa kecil.Entah siapa lah mula mencetak berita panas nih,jatuh saham nih..ahaks...Pandang kiri,belek kanan..bimbang-bimbang ada paparazi di celah-celah lubang.Selamat.!.

Ya,aku belum bertunang.Pulse-stop.!.Tunggu-lah,kalau aku bertunang nanti,InsyaAllah pengunjung BandarSepi antara "wartawan" pertama yang akan kuberitahu.Yelah,benda baik,mengapa perlu sembunyi-sembunyi..kan..

............................................

Pagi tadi,ajak Adam yang masih belum tidur hantar aku ke stesen Hitachi,nak ke Tokyo.Sampai hampir-hampir jam 7,hajat nak ke Tokyo dengan bas sahaja.Tengok jadual,aduhai..jam 7:30 baru ada basnya.Akhirnya,pusing ke stesen keretapi di sebelahnya,langsung naik keretapi.Aku naik toukyuu(keretapi ekspres),Super-Hitachi,klik untuk gambar.

Oh ya,di Jepun ada banyak jenis keretapi sebenarnya.Ada shikansen,keretapi yang paling laju.Tapi tiketnya mengalahkan tiket kapal terbang.Aku baru naik 2 kali sepanjang di sini.Ada keretapi elektrik biasa,yang berhenti hampir di setiap stesen.Ada,ekspres..seperti yang aku naik tu..tiket dia pun mahal lah sikit..Aku kena 4300yen(RM130..erkk..),hampir sekali ganda kalau aku naik bas.Tapi,nak cepat..takleh nak tunggu masa.!.Dan,ada subway-train,tapi nih hanya untuk bandar-bandar utama..Kalau nak tanya orang yang banyak pengalaman naik subway(org Jepun panggil chika,ringkasan daripada chikatetsu),kalian boleh tanya dengan kemai.Dan,ada yang jenis stem,macam di Malaysia..ini untuk kampung yang amat kampung sahaja,ahaks.

2 jam dalam perjalanan sampai sampai Tokyo,tukar train..30 minit,turun kat stesen shibuya.Jalan kaki dalam 15 minit,sampai Kedutaan Besar Malaysia.Ya,aku ada appointment dengan Cik Din kaunselor pelajar.Banyak urusan nak dibincangkan dengan dia.Tanya pasal belajar,tanya pasal nak sambung kat Malaysia,tanya pasal permohonan untuk AP kereta..ahh..banyak lagi.Cik Din,orangnya mesra pelajar.Senang sembang dengan dia,tak ubah macam kawan.Terima kasih atas layanan baik.

12:30,Cik Din jemput aku dengan Toyota Herrael barunya untuk sama-sama ke masjid.Perh,layanan kelas pertama tu ..utk datukbandar..ahaks.Sebelum tu,singgah Kediaman Kedutaan Malaysia untuk jemput 2 anak lelakinya ikut sama ke masjid.Tokyo Mosque,ya kami bersolat jumaat di Tokyo Mosque,masjid yang dibiayai kerajaan Turki.Klik.

Aku rasa masjid nih paling cantik di Jepun.Kalau hari Jumaat tu,ramai Japanese yang datang jenguk-jenguk,semata-mata nak tengok orang Islam sembahyang,sambil tengok-tengok masjid yang lawa.Khabarnya,ramai juga yang masuk Islam kerana itu.Syukur,Alhamdulillah.!.

Lepas sembahyang(khutbahnya dalam bahasa turki,aduhai..!),masing-masing diberi beberapa paket tamar almond.Sedap.!.Luarnya isi tamar,sedang bahagian bijinya diganti dengan kacang badam,atau almond.Sedap,memang sedap.Rezeki orang Ibaraki,ahaks.

Aku mahu pulang terus,tetapi Cik Din ajak makan tengahari di rumahnya.Mula-mula tu,menolak jugak..malu-malu kucing..ahaks.Tetapi,mengalah jugak.Ke rumah CikDin untuk temankan dia lunch.(best kan,ada student adsivor yang friendly gitu..).Kari ikan(kali nih tanpa bendi ya..makcik gaji dari Indonesia yang masak),telur dadar,udang goreng bertepung(Jepun panggil tempura,dan sedikit ulam timun.Makan-makan,sembang-sembang.Mesra antara dua peringkat usia hidup.!.

Sampai Tokyo stesen semula dah 3:20.Budget nak pusing-pusing carikan hadiah untuk birthday mama di sekitar dalam stesen..tapi gi ke tempat bas..Tengok-tengok dah ada bas untuk ke Hitachi."emm..takper lah..nanti aku cari masa lain,dan aku bawak balik masa balik bercuti sahaja..",terus beli tiket dan naik bas.Habiskan sisa-sisa Fiqh Harakah dari Sirah Nabawiyah karangan Ust Hadi Awang,aku pun tidur.Sedar-sedar dah kat Hitachi.Letih.~

................................

"Hello ..Ojiisan*(datuk)..Sihat?.."
"Sihat..kenapa lama tak datang sini.."
"Ya,memang la nak datang..esok kami datang...kami nak makan oden** istimewa dari obaasan(nenek).."

*ojiisan dan obaasan nih orang tua Jepun yang agak rapat dengan foreign student,terutama dengan pelajar Malaysia,sejak zaman dulu-dulu lagi.Dah banyak kali ke Malaysia,majlis-majlis perkahwinan senior lama-lama.Jadi,perhubungan baik tu terus kekal..Masa aku first year banyak dapat barang dari ojiisan dan obaasan nih,basikal..set cadar dan macam-macam lagi.Org Jepun,kalau kita dah baik dengan dia..memang akan anggap kita seperti saudara dia.

**oden sejenis masakan Jepun,yang seperti yong tau fu.Masukkan fishball,ubi dan macam-macam serba mak nenek dalam tu.sedap gak.!.

ILHAM HAMDANI at 13.6.03

Thursday, June 12, 2003

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,baru selesai subuh di surau.

Aku ke bilik Adam di sebelah,sedang asyik main games(budak nih memang hantu games.!.)."Dah sembahyang subuh?Jom.!."."OK.".Aku singgah ke rumah Syed,sebab nampak rumahnya masih terang-benderang; "dah subuh?Jom ke surau..".Akhirnya 3 orang berjemaah subuh di surau.Adik-adik nih memang begitu,kalau tidak diajak,akan sembahyang di bilik lah jawabnya..Tapi,kalau diajak,InsyaAllah.

Buat sujud sajadah sekali,dan usai solat Syed bacakan sikit tazkirah subuh.Alhamdulillah.

Balik,kemaskan rumah sikit.Basuh segala periuk yg bertapuk kat sinki.Aha,barulah best sikit bila rumah ceria.Sembang-sembang sikit dengan pokok bunga,semburkan depa dengan air.Dan datang untuk menulis cerita hari semalam..

.................................

Apa yang menarik ye?Rasanya takder kot.Hujan yang bersambung-sambung sejak pagi subuh semalam seakan membantutkan segala kegiatan luar.Begitulah Jepun kalau bulan Jun sebegini.Hujan,hujan dan terus hujan.Dalam bahasa Jepun nih,orang panggil sebagai tsuyu,maknanya musim hujan.Tetapi,aku rasa hujan itu hujan rahmat,terutama untuk orang Jepun yang jadi Pak Tani.Kalau melalui jalan-jalan ke tempat kerja,aku sering lihat petani-petani sudah mulai menanam padi-padi mereka.Itulah hujan rahmat namanya.!.

Mungkin ada yang pelik,bila aku kata orang Jepun juga bertani..kan?!.Aku juga begitu sebelum nih,sebelum datang ke sini.Tak terfikir aku yang Jepun pun ada pertanian-pertanian nih.Yelah,sering datang dalam fikiran kalau sebut Jepun..mesti negara maju,bangunan tinggi-tinggi..mesin canggih-canggih..kan..Ya,betul.!.Itu juga betul,tetapi di kawasan-kawasan bandar dan daerah perindustrian.Kalau kawasan kampung dan luar bandar sedikit seperti bandar Hitachi aku nih..mungkin tak banyak berbeza dengan Malaysia..ada ladang anggur,epal..ada sawah padi..ada rumah kampung..Sama juga,kan?!.Ya,sama,tetapi tak serupa.!.Walaupun sama kampungnya,tapi aku masih rindu dengan kampungku..Kg Dato' Kayaman.!.

Tetapi,hujan yang turun sehari-hari di sini tidaklah lebat.Hujan main-main..ahaks..!.Kalau berbasikal,atau berjalan kaki ke sekolah di kala hujan turun..aku lebih senang tak berpayung.Ringkas,dan takder kes terlupa bawak balik payung..ahaks..

Dan,yang pasti,hujannya tidaklah sampai banjir kilat seperti orang-orang KL.Kesian mereka.!.Sudah lah banyak harta-benda yang tak sempat nak diselamatkan,ada yang kereta terendam dalam air bah besar.Aduhai,banyak ongkos yang perlu dikeluarkan untuk baik-pulih tu.Dan,KL adalah begitu,saban tahun..kan..Kekadang terfikir juga,kenapa orang-orang yang menjadi mangsa tidak menyaman sahaja DBKL dan Pihak Berwajib Tempatan.?.Yelah,masalah ini sudah jadi masalah tahunan..tapi masih belum punyai jalan penyelesaiannya.Yang menjadi manga dan terus menjadi mangsa adalah rakyat marhaen ..kan..Kesian.!.("kesian",itulah sudahnya..grr..).

Pagi sikit nanti,aku akan ke Tokyo.Dengan bas sahaja.Kalau ke Tokyo(jaraknya sekitar 120km dari tempat aku..),aku lebih senang dengan bas berbanding dengan keretapi elektriknya.Satu,pasal harganya,dan yang lebih penting..lebih selesa dengan bas.Kalau densha(keretapi elektrik),banyak sangat stesen perhentian,lalu setiap kali itu akan ada orang naik dan turun.Ganggu aku yang mahu tidur.Tapi,kalau dengan bas..naik di Hitachi..sedar-sedar dah kat Tokyo.Sepanjang-panjang 2 jam dalam bas,layan mata sahaja..ahak..

Ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan,dan sambil-sambil boleh lah aku ushar hadiah untuk mama.Kalau di Tokyo tu,mungkin lebih banyak pilihan,dan harganya mungkin sedikit murah berbanding dengan kedai-kedai di sini.Dan,petang nanti pulang semula ke sini.Tidak bercadang untuk bermalam di sana.

...............................

Sambil-sambil menulis jurnal nih,aku memasang telinga pada Radio Era..terdengar suara Datuk SM Salim dengan rentak Melayunya,tersengeh sendiri..

Kalau ku tahu pohon berduri,
Tidaklah aku patah dengan jari,
Kalaulah ku tahu jadi begini,
Biar kuhidup seorang diri.


Senyum sendiri.Lucu bunyi rangkap lagu Datuk SM Salim tu.Macam bunyi jejaka kehilangan pasangan sahaja,ahaks.!.

Oh ya,tahniah untuk Sharifah Aini dengan anugerah Datuk yang diperolehinya sempena hari keputeraan Agung baru-baru nih.Datuk Sharifah Aini,aha..Selain dia,Siti Nurhaliza dan L Krisnan,orang lama sebarisan dengan PRamlee terima pingat juga.Emm..senangnya nak dapat title-title sebegitu sekarang nih..kan?!.Sebab tu lah mungkin..orang mulai mempersoalkan gelaran datuk yang dianugerahkan.Ah,anugerah manusia..ramai yang tergila-gila..sedang janji dan anugerah Allah semua pandang dengan sebelah mata..aduhai diri...


ILHAM HAMDANI at 12.6.03

Wednesday, June 11, 2003

Assalamualaikum,

MakSu masuk hospital.!.

Aku telefon ke rumah MakSu di Utan Aji*,Amy yang angkat; "depa semua takder..gi tengok maksu,dia masuk hospital..sakit perut..".

( *Sebenarnya tujuan telefon nak tanya result periksa Amy yang baru nih,sekali..lain lak halnya.Pun,aku tahu juga result Amy,adik bongsu aku. 2A1,1A2..English 49..dan untuk semua subjek sains,cikgu buat kerja lembab.!.)

Aku tak tangguh,terus cuba telefon MakWa,aku agak mesti MakWa yang jaga MakSu,sebab MakSu kena tahan kat Pusat Perubatan Utara,kat Kedah nun. Call MakWa,langsung masuk msg-box.!.Tak boleh jadi,call Amy semula yang bersendirian di rumah MakSu; "minta nombor handset MakSu..".

Call nombor MakSu,MakSu yang angkat."Amboi,cepatnya orang Jepun tau yaa.Alhamdulillah,takder apa sangat..doktor dah check tadi,InsyaAllah mungkin esok keluar lah kot..".Syukur.!

Ya,mungkin keluarga aku tidak kaya dengan harta,tetapi aku bahagia,kami kaya dengan kasih-sayang dan keakraban.!.
..................................

Tengah-hari,aku jemput Adam makan di rumah.Kari ikan kacang bendi dan telur dadar,lebihan Subuh tadi.Aku panas semula,dan makan sama-sama.Berselera sikit makan berdua,serasa-rasa kari ikan aku,seperti kari masakan mama.Sedapnya,ahaks.!.Tadi,sempat chat dengan kemai (alaa..yg banyak conteng "papan menjerit" aku tu la..ahaks..mai-sama,kanshashite,domo arigatoSS.mata,korekara mo, kakeyo..ippai,ippaine.. ) dia bercerita,hari nih dia pun bawak bekal kari juga ke tempat kerja.Tapi,dia buat kari meguro(nama sejenis ikan).Alah,kira ikan lah jugak tu..kan..kan..ahaks.

Aku ingat nak keluarkan pokok-pokok bunga kesayangan,berikan depa cahaya,tapi mendung lah pulak.Kansel.!.Ya,sehari-dua nih aku jadi orang alam sekitar.Alang-alang dah dok sunyi,aku bersembang dengan pokok.Best juga rupanya.!.Kalau tak percaya,cuba lah buat sekali.Mungkin ada yang ingat aku nih jenis ahli-ahli sufi,yang ada di kalangan mereka yang seolah-olah boleh berbicara dengan alam,berbicara dengan tangan,pokok dan sebagainya.Tidak.!!.Aku tak sampai tahap tu.

Aku tengok pokok bunga yang aku ambik dekat kilang tu,ada bunga-bunganya yang telah layu.Aduhai,tapi mujur ada juga nampaknya kuntum-kuntum yang baru nak berkembang. Fuh,lega.!.Ya,bunga yang sepokok tu banyak mengajar aku sebenarnya,dan salah satu darinya.."itulah kehidupan,tiada yang kekal..yang tua akan mati,lalu yang muda akan datang dan berkuasa**....".Mungkin bicara-bicara yang sebegini yang menjadi amalan para sufi tu ..kan.Tetapi,aku bukan sufi.!.

**[yang tua akan mati,lalu yang muda akan datang dan berkuasa..]-teringat aku dengan kata-kata Datuk Nazri Tan Sri Aziz dalam Debat SAR dengan Salehuddin Ayub; " Oktober nih DrM dah bersara,lepas nih..geng saya lah pulak yang akan naik..toksah bimbang lah..(Datuk Nazri memberi jaminan kepada audiens untuk mengembalikan bantuan perkapita kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat.)

Malam Rabu sebegini,kami bertadarus di surau.Sudah dua minggu aku tak join sebab kerja,Alhamdulillah hari nih luang datang semula.Syukur.!.Qusai,Syafeq,Musa,Syed dan aku.Kami baca surah Al-Hajj dan sedikit dari Surah Al-Mukminun;

"Hai manusia,bertaqwalah kepada TuhanMu,sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar(dasyat).(Ingatlah) pada hari(ketika) kamu melihat kegoncangan itu,lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil,dan kamu lihat manusia dalam kedaan mabuk,padahal sebenarnya mereka tidak mabuk,akan tetapi azab Allah itu sangat keras" Al-Hajj,1&2

Aku ingat lagi,tahun lepas Musa hampir-hampir tak pernah datang untuk majlis tadarus,walaupun rumah dia betul-betul sebelah surau,alasan dia-malu.!.Malu,sebab bacaannya tak lancar.Tetapi,Alhamdulillah..aku tengok tahun nih..dia dah tolak tepi alasan "bodoh" dia tu,dia datang untuk tadarus Malam Rabu(Antara orang yang tak pernah ponteng lagi untuk tahun ini,selain bro Syafeq.Tahniah.!.Aku salute padamu..).Dan,sungguh..aku tengok bacaan dia dah banyak meningkat.Mula datang dulu,merangkak-rangkak..tapi selepas lebih kurang sebulan-lebih..dia dah cukup lancar.Cuma, ada lah lagi ruang untuk dipertingkatkan.Di antara kepuasan,perlu diimbang dengan kesedaran dan azam,kan?!.

Dan,aku cukup syukur,malam nih Syed datang untuk tadarus buat kali pertama.!.Aku assume mungkin dia tak datang tadarus sebab bacaan teruk,rupanya sangkaan aku salah.Bacaan dia ok,cuma kurang dibaca sahaja.Aku percaya,kalau kohai aku yang sorang nih rajin membaca,InsyaAllah dia juga boleh lancar. " you see..in your first time..quite be slow..and now,in third times..your reading is good.You must practise more.."Aha,Qusai pancing Syed supaya jangan ponteng tadarus,bijak dia..ahaks.

moral : Kalau semua orang sanggup ketepikan malu/ego,praktis selalu,dan InsyaAllah dia akan berjaya.Percayalah.!.

......................................................

Terima kasih
::Semua yang memberikan aku cadangan untuk hadiah kepada mama,terutama untuk nic yang memulakan lontaran ide.Yang lain-lain pun sama,makoto ni arigato gozaimasu
::enmiya yang membalas komen aku dalam blog-jurnalnya.Dia penulis yang hebat(sudah keluarkan novel sendiri,dan karya-karyanya cukup laku di Utusan.!.),lalu kalau dia memberi perhatian kepada tulisan yang picisan dan bilisan seperti aku,aku perlu rasa puas.Terima-kasih.!.

Terkini
:: Pasukan Jepun hanya mampu seri dengan Paraguay,0-0.Aduhai,bila nak menang nih Zico..grrr..
::Aku sudah menambah capaian laman,termasuk dari sasterawan nazel hashim mohamad.

Cuaca
::Hujan renyai,kena redah untuk ke surau.Ada kah berteman solat subuh ku?Nak ajak Adam,jom.!.







ILHAM HAMDANI at 11.6.03

Tuesday, June 10, 2003

Assalamualaikum,

Petang tadi ke kedai chuukou(used good),mencari barang untuk menghias rumah.Rajin jugak aku nih ye..ahaks.Ohya,sebenarnya housemate aku baru berpindah untuk duduk single-house.Jadi,aku tinggal seorang di sini.Kini,aku lebih privacy,sebab tu ..kalau kalian perasan aku asyik menghias rumah jer sehari-dua yang terakhir nih.Memang minat aku.Puas hati bila tengok rumah comel,hilang segala lelah.Balik sekolah,dengan beban dan berat kepala..balik kerja dengan beban tugasan ..bila sampai di rumah,serabut dan berselerak..bertimpa-timpa beban yang sedia berat.Aku tak suka.!.

Di kedai chuukou aku beli sehelai tuala gambar Mickey-Mouse,untuk aku jadikan cover kerusi(kerusinya aku ambik di surau,kata Qusai ;"kerusi tu tidak diperlukan..boleh pakai sampai bila-bila.."),atasnya aku letakkan jam kayu.Jam klasik nih harganya 600yen(RM18).Entah lah,kalau tengok tu..harga jam klasik tu agak murah berbanding kualiti dan rupanya yang agak elegance.Mungkin sebab used good kot.Tapi,used good di Jepun nih lain,masih comel dan berseri.Cantik.!.

Di sebelah jam klasik tu,aku sisipkan satu frem gambar ; aku di tengah-tengah abah dan mama.!.Aku masih ingat,gambar tu adalah snap terakhir sebelum aku berlepas dari bumi Malaysia.Ya,4 tahun dulu.Nampak segak dengan songkok,bertali-leher dan kot biru.Bila pandang gambar tu,rindu membuak untuk pulang.Rindu pada semua.Rindu pada mama,abah..opah..tuk-ayah..rindu pada semua.!.

Oh ya,aku beli sebuah mangkuk kaca.(Awas.!.Kalau tertakdir kalian tersesat ke bumi sakura,tolong jangan gunakan perkataan yang aku boldkan tu.Ia sebuah bicara kelucahan.!).Semalam,ketika pulang dari kilang,aku sempat mengambil beberapa tangkai pokok bunga renek di sisi kilang.Cantik juga.Lalu,aku padankan pokok tu dengan mangkuk kaca tu,dan aku letakkan bawah kerusi.Wah,makin berseri rumah aku.!.

Lepas Subuh tadi,aku makan malam dengan Syed,masak kari ikan dan telur dadar.Lama benar aku tidak memasak kari ikan.Sebenarnya aku mengidam nak makan kacang bendi,lalu aku padankan dengan kari ikan.

"Wah,lain giler rumah kau ye..best laa...".Itu first-impression dari Syed.Terima kasih.!.Aku buat tak layan sangat dengan pujian Syed tu,walaupun sebenarnya hati aku tersenyum bangga,ahaks.!.

Aku menjenguk-jenguk ke laman jurnal peribadi enmiya seorang penulis muda,yang kini menghabiskan pengajiannya di Mesir.Wah,banyak sekali buku yang dibacanya.Patut la..patut laa..Orang putih pernah kata ; "if you have nothing,then you just can give nothing".Kalau kita tak membaca,tak punyai ilmu..lalu tak boleh memberi pada orang lain..Sebaliknya,makin banyak membaca,makin banyak yang boleh kita kongsi dengan khalayak kita,kan!.Padanlah,lenggok bahasa enmiya cukup puitis dan menyentuh,dia banyak membaca.Padan lah ilmunya kepalang banyak,dia banyak membaca.!.

Huh,kalau ada di kalangan kalian yang punyai buku-buku terpakai untuk dibuang,atau serasa-rasa sudah tidak mahu menyimpannya lagi,bagaimana kalau kalian panjangkan sahaja kepadaku.Kalau ada yang sudi,dan aku pula berkenan di hati..there're no big deal..

Aha,nampaknya BandarSepi sudah ada teropong.Sekarang aku boleh teropong anda semua.Awas,kehadiran anda ke BandarSepi sedang diperhatikan..ahaks.

Aku tidak pasti sampai bila krisis dingin(?) akan berpanjangan.Biarlah.!.Biarlah masa menjadi juri,takdir menjadi hakim.Aku hanya mahu jadi saksi,saksi bisu.!!.



ILHAM HAMDANI at 10.6.03

Monday, June 09, 2003

Assalamualaikum,

Jam 12 malam sudah diminta untuk pulang.Selalunya,bekerja sampai jam 3:30 pagi.Dan,esok sampai minggu depan,tiada kerja.Begitu yang Hoshi-san,si Ketua Operasi beritahu di kilang senja tadi.Bukan aku sahaja,si Jojie dan Rahman yang sekali dengan aku pun terima arahan yang sama.Aku tak kisah sgt pun.Akal menjawab tadi; "alah,rezeki dari Tuhan..kan..".Lagi pun,aku kerja suka-suka.Untuk kumpul duit lebih,buat saving,kalau-kalau berhajat untuk sambung master.Ataupun,kalau sudah ada terberkenan di hati,gunakan sahaja yang terkumpul..kan..

Lepas subuh,mata masih segar.Entah-lah,mutakhir ini aku jadi begitu.Susah nak tidur,dan bila dah tidur..susah pulak nak jaga.Susah jugak tu.!.

Membelek-belek Utusan,paling tak boleh miss novel bersiri dari Faisal Tehrani(FT).Sekarang sudah masuk siri 44,dan aku ikut dari awalnya.Menarik,cuma kian ke tengah,kian serabut jalan cinta mereka.Aku pun jadi keliru,untuk menyokong Lam yang nampak lebih matang,atau memilih Kamil yang membara semangat cinta.Pandai FT mengolah bicara,padanlah boleh menang anugerah yang bermacam-macam.Sungguh,aku cemburu dengan beliau yang pandai memainkan bahasa.

Semalam menelefon mama.Macam biasa,terdengar sahaja suara aku; "ishh..mama dok teringat juga..lamanya si Din nih tak telefon..".Hampir-hampir aku boleh hafal introduksi dari mama tu.10 hari,lama ker?Entah lah.!.Mungkin lama bagi seorang ibu yang menunggu,kan..kasih ibu.!.Mujur aku telefon semalam,cadang-cadang tu aku hanya akan telefon pada malam 16 Jun nih,tarikh ulangtahun kelahiran mama.Konon-konon nak buat kejutan lah,ahaks.!.Tapi,rupanya aku juga sebenarnya tak tahan rindu dengan mama.Lalu,akhirnya aku telefon juga..(aku masih memikir-mikirkan hadiah untuk mama.apa ya?.kalau yg ada cadangan tu,kongsi-kongsi lah..).

Mama bercerita tentang saudara-mara dari Perlis yang datang bertandang ; "menderu-deru adik-beradik dari Perlis datang sini.Petang tadi pun,baru jer Makwa balik semula ke Kedah.Sebelum nih,MakNgah Azizah sekeluarga,datang tumpang..menghantar si Badrul masuk kolej di Melaka.Sebelum dari tu,orang Chuping datang..20 orang..aduhaii..penatnya melayan..".Aku hanya ketawa mendengar celoteh mama.Mama memang begitu,kalau dia mula bercerita,akan jadi riuh dan meriah.Suka dan terhibur aku,hilang segala penat-penat.!.

Cerita mama lagi,petang tadi Amy,adik bongsu baru balik semula ke Perlis.Ponteng sekolah sehari.!.KLIA-Kepala Batas,then MakSu datang ambil.Hari nih dah kena gi sekolah lah tu.Dia dah form 5 sekarang.Dulu sekolah agama di Jeram,Selangor.Lepas PMR,dah tak minat nak sambung dalam bidang agama lagi.Susah katanya.Terkilan pun ada,aku nih.Yelah,harap-harap ada lah jugak adik-beradik aku yang ambik agama,kurang-kurang jadi kepala majlis-majlis tahlil keluarga ker apa..Tapi begitu lah,dah orang tak minat,kan..Ker,aku yang nanti kena lompat ambil bidang agama?.Ada juga terfikir gitu..tengoklah..

Naik form 4,balik ke Perlis,duduk dengan MakSu.Dapat aliran sains di Sekolah Syed Hassan.Memohon juga untuk ke SBP,tak dapat.Mungkin sebab Sains dia dapat B kot.(sebenarnya rezeki dia dah tertulis kat Sekolah Syed Hassan,kan?!..).Bila dah duduk dengan MakSu yang kerja cikgu,memang teruk sedikit kena control.Hampir setiap hari,kena ke tuition.Pulak,ke sana ke sini..tak dibiarkan bebas oleh MakSu,semua dihantar diambil.Mula-mula dia duduk dengan MakSu dulu,merungut juga dia pada mama ; "teruk lah mama..hari-hari asyik belajar jer..nak keluar dengan kawan-kawan pun,MakSu hantar..tertekan.."."Sabar lah..semuanya untuk kebaikan Amy juga..".Alhamdulillah,sekarang aku nampak dia dah boleh terima.Setahun lebih dah duduk dengan MakSu,siap dah fasih cakap utagha. Dan,Alhamdulillah..pelajaran dia nampak cukup baik.Mudahan dia boleh buat lebih baik dari aku ketika SPM nanti.


ILHAM HAMDANI at 9.6.03

Sunday, June 08, 2003

Assalamualaikum,

Sambungan cerita hari Ahad


Tookk..tokk.."iizuddinnn..!!"..tok..tok..

Aku terjaga.Tengok jam,"alamakk,dah pukul 9:15 pagi.".Bro Rames datang kejutkan aku,dah janji nak ke ladang ayam.Mujur dia datang kejut,kalau tak..memang tak pergi lah aku.Dengan malasnya,aku bangun dan ke pintu,"ok,i'll give you 5 minutes,and i wait you at car..".Aduhainya,malasnya nak pergi.Tidur tak cukup.!.Itulah pasal,siapa suruh tidur lewat.Padan muka.!.

Lepas mandi ala-ala PRamlee dalam Seniman Bujang Lapok(tapi aku mandi basah ler,siap shower gel semua.cuma,in speeding ..),aku ke bilik Adam di sebelah. Semalam,dia pun volunteer nak ke ladang ayam juga.Tengok-tengok dia masih berselimut baik.Aku tanya,nak pergi ke tak.Dia menjawab dengan separuh mamai.Sah,dia buat akai tak mahu pergi lah tu.Malas cerita panjang,aku terus berlari ke parking lot,cari kereta bro Rames.Tak der lah pulak jeep trooper dia.Call dia.

"ok..ok..please wait me at parking..i'll back soon..i'm shot-shopping at hitachi-life now..".

Tidak sampai 5 minit,bro Rames datang,aku terus naik.Bro Rames,isterinya Shafiena,dan anak perempuan tunggalnya yang berusia 6 bulan,Rezna-chan.Terus sis Shafiena(actually umurnya lebih muda dari aku,tapi sebab hormat pada bro Rames,dan sudah berkeluarga,aku anggap dia seperti kakak aku.)berikan Rezna-chan padaku.Jadi baby-sitter aku dalam kereta,ahaks.!.Tak kisah,dan aku memang suka pun.

Berhenti di Mister Donut sekejap,kemudian ke rumah bro Syafeq di Mizuki(tak ke rumah pun,bertemu di tepi jalan sebenarnya.),dan aku ke kereta bro Syafeq, menemankan dia yang memandu bersendirian.

Bro Syafeq nih dari Pakistan,dan bekerja di sini.Keluarganya baru sahaja pulang terus ke Pakistan bulan lepas,sebab anak-anaknya perlu disekolahkan di sana.Aku pernah tanya dengan dia; "Kenapa tidak sekolahkan sahaja mereka di sini?Lebih mudah,dan keluarga tidak terpisah-pisah?".

"Terpaksa,kalau disekolahkan di sini..tiada subjek agama..dan satu lagi,anak-anak saya akan gagal menguasai bahasa Urdu.."..

"Oh,begitu..ok.."

Melalui Route 293 menuju ke Hitachi-Ota.Hari ini panas menggigit.Terasa benar bahangnya.(ahh..manusia..kalau sejuk,merungut kedinginan..sudah diberi panas, membebel kepanasan.."asta'firullah..jadikan aku hamba-Mu yg bersyukur.!!").Dalam perjalanan singgah di sebuah convenience shop.Seorang teman sekerja bro Rames sudah menanti di sana,satu kereta dengan keluarganya.Rupanya teman sekerja yang Jepun inilah yang akan jadi jurupandu kami ke ladang ayam tu.Sejam juga,baru sampai ke ladang ayamnya.Jauh ke dalam gitu.Memang suasana kampung,sekelilingnya sawah padi.

4 ekor ayam(sebetulnya ada 6 ekor,tapi 2 ekor yang terakhir,degil.tidak bisa ditangkap.!) menjadi rezeki kami,percuma.!.Mahu dibayar harganya,

"tak perlu..tak perlu..datang ambilkan ayam nih pun sudah cukup baik..jiran-jiran bising,jam 3 pagi sudah riuh sekampung.."*

* Mulanya aku tak faham apa masalahnya.Yelah,aku rasa dia seorang penternak ayam.Jadi,sepatutnya jiran-jirannya sudah maklum.Dan,tak timbul soal ayam bising dan sebagainya.Bila fikir-fikir balik,baru aku berjumpa dengan jawapannya.Kalian tahu kenapa?.Siapa yang betul,aku berikan hadiah.Daging ayam,ahaks.!.

Ayam yang sereban itu dibela dalam musim sejuk,dan perlu dijual sebelum menjelang musim panas.

Bila dibela musim sejuk,malamnya panjang.6 pagi,suasana masih gelap.Jadi,ayam masih tidur.Tiada-lah masalah bising atau sebagainya.Andaikata bising pun,jam 6 pagi,kebisingan ayam itu seperti jam loceng semulajadi.Tetapi,sekarang sudah masuk musim panas,sedangkan ayam masih bersisa beberapa ekor.Lalu,bila datangnya musim panas,jam 3 pagi sudah cerah seperti siang hari.Ayam sudah tidak biasa tidur,kalau cerah.Seawal jam 3 pagi sudah memekak.Jiran-jiran yang tinggal berdekatan,tak senang tidur dibuatnya.

Dapat?..Baru lah aku faham...

Ayam sudah siap dimasukkan dalam karung kertas berlubang.Tak perlu susah-payah tangkap ayam.Selamatt,ahaks.!.Baru nak masuk ke kereta untuk pulang,bertembung dengan suami penternak ayam.Langsung tersekat di situ.Dijemputnya kami melawat bangunan lama,istana hinggap bangsawan Jepun zaman dahulu.Rupanya dia nih keturunan dari raja-raja Jepun(raja kawasan,kawasan jajahan Mito.!).Dibawa melawat rumah usang,tetapi bersejarah.Kemudian ke tasik di-raja.Ikan lampannya besar-besar.Terasa mahu sauk sahaja ikan-ikannya untuk BBQ di tepi pantai,ahaks.Tak selesai lagi,dibawa pula ke bangunan ala-ala muzium pertanian persendirian. Banyak kelengkapan pertanian lama tersimpan,kurang terjaga di situ.Mesin menenun pakaian,dan entah apa lagi.Banyak lah jugak.!.

Kemudian baru bergerak ke tempat sembelihan ayam.Perlu berkereta,5 minit juga dari situ.Aku ingatkan,ada mesin khas atau seumpamanya.Rupanya rumah si nenek kawan Jepun tu,laaa...Kena sembelih sendiri,cabutkan bulu sendiri.Semuanya manual,dong.!.Aduhaii..

Jam sudah hampir 12 tghhari.3 orang termasuk seorang aku sedang gigih proses 4 ekor ayam.Matahari cerah atas kepala.Cuma,sesekali angin tiup,menghadiahkan kelegaan dan nyaman.Sembelih,cabut sendiri.Lama juga,hampir 2 jam utk 4 ekor ayam,suatu tempoh standard untuk tukang sembelih amatur seperti kami.Aku cuma jadi tukang pegang ayam,tak berani nak sembelih,ahaks.!.Bro Syafeq pelawa aku untuk sembelih;"minat tu,memang lah minat..tapi.tak punya keyakinan lah..lain kali lah.."

Sambil proses,dijamu buah tembikai ditanam sendiri.Tuan rumah mahu sajikan kami dengan udon(mee jepun),malangnya ada daging.Takder rezeki lah tu.!.Disua pada kami roti,ada shotounin(sejenis lemak dari binatang),aduhai..memang rezeki kami hanya sehirisan tembikai,agaknya.

Jam 1 baru selesai.Kemaskan balik segala kelengkapan dan tempat sembelihan agar jadi seperti sedia-kala.Bimbang-bimbang juga,nanti terbusuk nama Islam kalau tinggalkan tempat sembelihan tadi kotor-kotor begitu.Alhamdulillah.!.

Sudah bersedia nak pulang,tuan rumah datang dengan karung-karung tanaman sendiri.Ada carrot,bawang besar,kacang hijau,dan entah banyak lagi.Haa,rupanya Allah cuma lewatkan rezeki kami,dan Dia tidak pernah sekat rezeki kami.Sungguh.!.Tadi,kami tiada rezeki untuk udon dan roti,sekarang Allah gantikan dengan sayur-sayur segar.Segar,dan percuma.!.Malu alah dengan tuan rumah,domo arigato..!!.

Ayam 4 ekor,mahu diberikan padanya seekor; "tak per..tak per..ayam tu masih belum potong..tak pernah potong,dan tak reti.."**

** Ayam yang biasanya dimakan oleh orang Jepun ,sudah siap terpotong dari ladang ayam,dan lebih banyak yang jenis boneless.Kalau nak suruh potong sendiri, mampus..depa tak reti....ahaks..

Beri aisatsu(ucapan) terima kasih pada tuan rumah,dan kami beransur.Sudah lewat juga,terkejar-kejar agar tidak terlepas waktu Zohor.Rasanya tak sesuai nak bersolat dalam perjalanan,pakaian mungkin terlekat dengan bulu ayam,dan tersimbah dengan darah ayam.Najis.!.

Singgah sebentar di depan rumah bro Syafeq,bahagi-bahagikan "ghanimah perang ladang".Dia banyak menolak; "tolonglah.. jangan berikan saya lebih-lebih.Saya tinggal sorang jer..Saya ikut tadi tu,bukan nak sangat..untuk main-main sahaja..".Terus bergegas balik.Sampai depan surau,sessi pembahagian kedua;aku dan bro Rames.Aku pun sama,banyak menolak.Aku pun bujang,dong..!!.Tetapi,bro Rames masukkan juga sayur dan serba mak nenek yang lain.Aku mengalah.Terima kasih daun keladi,daun carrot,daun bawang..dan daun-daun yang ada semesta alam..Alhamdulillah.!.

Lekas-lekas mandi,solat Zohor,kemudian Asar..dan,jam 5..terdampar keletihan,dan tak cukup tidur.

Sedar-sedar.."errkkk...jam 12 malam..terlepas solat maghrib..dan,terlepas game Japan vs Argentine di tivi(mujur Japan kalah 4-1,jadi tak lah rasa terkilan sgt..ahaks..).."


ILHAM HAMDANI at 8.6.03

Assalamualaikum,

Apa orang kata

Toksik* kata;"uih..tinggi gak ko yekk..172(giler toksik nih..dengan tengok gambar sahaja dia boleh buat kiraan ketinggian dgn begitu terperinci sekali,ahaks!)..dah tu putih lak tu..apsal member-member ko semua janggutnya panjang belaka..hehe.."

Si Oja** kata;"..baru saya pasan kecik giler abg niee..huhuuh..sbb time2 saya f1 dulu..npk abg cam tak aa kecik sgt..huhu.."

Lalu aku kata;"Entah lah.Nak kata kecil,besar.Dan,nak kata besar,kecil.Begini sahaja lah..kalau aku duduk di kalangan orang-orang besar(maksud aku,saiznya besar.bukannya besar pangkat,besar diri,dan besar-besar lain yang tidak sesuai..),maka aku jadi kecil.Dan,kalau aku duduk di kalangan orang-orang yang bersaiz kecil,akulah orang yang paling besar.Camne?Boleh terima ..?..ahaks..

* Pagi tadi,lepas subuh aku sembang dengan toksik di YM.Kiranya ini pertama kali aku sembang lama dengannya.Kalau tak,sebelum ini masing-masing tegur-tegur begitu,sebab masing-masing sibuk.Kali ini-lah baru lama,siap tukar-tukar tengok gambar lagi.Lalu,aku berilah url gambar aku padanya.Dan,toksik pun memberikan ulasannya yang serba terperinci tu,ahaks

ssyy.."toksik,ko dah janji..paling-paling ko nak kirimkan aku bunga telur..aku pegang janji ko tu..hehe.."

** Oja ini junior aku masa aku di SyedPutra.Sekarang dia study dekat US.Masa aku form 5,dia baru masuk form 1.Aku tak kenal+tak ingat sangat muka dia.Almaklum-lah, junior.. mana glamer seperti senior,kan?!..ahaks..Baru nih,dia addkan id aku.Kemudian bila aku soal-siasat siapa empunya gerangan semua,dia ceritakan,dia junior aku.Dia dapat yahoo id aku ikut website SyedPutra(generasi SyedPutra's school sudah ada e-website yang baru,menghimpunkan semua generasi,pendidik dan pelajar,termasuk aku-ahli lelap.!)

Cerita hari ahad

Dari semalam,niat nak tidur awal.Sebabnya,aku kena bangun awal hari nih,nak ke ladang ayam dan sembelih ayam.Semalam,aku dah volunteer diri untuk pergi sembelih ayam,sekali dengan bro rames dari SriLanka dan bro Syafeq dari Pakistan.Layan internet punya pasal,sedar-sedar sudah pukul 1 lebih.Tak boleh tidur nih,kena tunggu subuh.Kalau tidur,hampir pasti aku akan subuh gajah,atau lebih teruk subuh dinosour.Sekarang masuk subuh,jam 2:30 lebih sikit di sini.Awal,kan?!.

Selepas Subuh,jenguk ke forum GengJurnal.Sekali,terpandang Toksik tengah online.Aku layan sembang dengan Toksik.Best lah pulak sembang dengan mamat nih.Memandangkan masing-masing masih tak pernah bersua-muka,jadi masing-masing tukar gambar.Cewah,cam nak ngorat awek kat chatting lah pulak,ahaks.Sembang-sembang,kutuk-kutuk,bercerita tentang GengJurnal,begitu dan begini,sedar tak sedar sudah jam 5 pagi.Mata dah hilang rasa kantuk.Mungkin sudah terlepas waktu tidur,agaknya.

Apa nak buat nih?.

Aku pergi ke luar rumah.Aku ambil 2 botol plastik minuman yang ada gambar beckham.Aku ambil pisau,aku potong dua.Aku gi depan rumah,tempat adik tuan rumah aku bercucuk-tanam(dia dah buat batas,dan tanam apa entah..),aku cedukkan tanah,masuk dalam botol plastik yang sudah aku potong tadi tu.Lepas tu,aku masuk dalam rumah semula,ambik 4,5 ulas bawang putih,aku tanam masuk dalam tanah tadi.

Aku puas.Aku senyum sendiri.Ya,aku sudah jadi pak tani.!.

Saja,suka-suka.!.Aku nih bukan minat sangat bertani nih,cuma sekadar suka-suka.Suka nak lihat bagaimana bawang putih tu akan tumbuh nanti.Berapa lama bawang putih tu akan ambil masa untuk keluarkan tunas,berdaun dan beranak-pinak.Dan,berapa lama pula aku akan boleh jadi tokey bawang putih,ahaks.Aku teringat dengan satu kupasan ayat Al-Quran dari Ust Shamsuri Ahmad,tetapi aku tak ingat dari surah mana..

"Aku turunkan kepada kamu air hujan.Dan,kamu akan lihat bumi akan bergerak-gerak"

Kalau ada di kalangan pembaca yang tahu,mungkin boleh berkongsi.Bergerak-gerak yang dimaksudkan di sini,ialah dengan air hujan yang Allah turunkan,pokok-pokok ambil ..dan mereka bergerak untuk membesar.

Lepas selesai semua,dan aku pun senyum puas.Tengok jam,sudah hampir jam 6 pagi.Camne ya?.Aku berjanji untuk ke ladang ayam jam 9.Kalau tidur,bimbang-bimbang,tak mampu bangun.Kalau tak tidur,mata dah mulai pedih.Mengantuk.!.

Buka tivi,melayan tengok golf.!.Aku suka dengan golf.Suka tengok orang main golf dekat tivi,dan main golf ikut game.Try main sekali di training course(bapa angkat Jepun kepada seorang senior perempuan yang belanjakan..),nampak gaya aku tidak punyai bakat langsung untuk mencabar Tiger Woods.Cukuplah aku buat hole in one,birdie,double-birdie dan abbrabos(apa ke nama ye..?aku pun tak ingat sangat nama betul dia..sebab aku pernah buat sekali jer masa main game..dia lagi power dari double-birdie..kalau masuk,kita akan dapat -3..banyak tu..!!) di kaca tivi sahaja..kan,ahaks.!.

Selepas habis tengok golf(masa di peringkat pusingan kelayakan),mata aku dah tak tahan.Akhirnya,dalam keadaan aku yang tak mahu tertidur,kerna takut terlewat jaga,akhirnya aku tertidur juga.Mengantuk.!.

bersambung...


ILHAM HAMDANI at 8.6.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.