Saturday, June 21, 2003

Assalamualaikum,

Panas dan menggegarkan.Menangis,dan berpuisi lama-pantun 11 rangkap.!.

"Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru pada 'assabiyyah,bukan dari kalangan kita orang yang berperang di atas dasar 'assabiyyah dan bukan dari kalangan kita orang yang mati di atas dasar 'assabiyyah.(Riwayat Imam Muslim dan Abu Daud dan An-Nasa'i)

Para sahabat ra pernah bertanya; "Apakah dia 'assabiyyah itu wahai Rasulullah?"

"'Assabiyyah itu ialah kamu menolong kaummu di atas dasar kezaliman"

Semalam,halaqah ilmu ..aku bercerita tentang 15 perkara yang boleh membatalkan syahadah(sepatutnya dalam teks silibus ada 20 perkara..tapi,tak sempat..InsyaAllah bersambung untuk hujung minggu depan),dan salah-satu yang releven untuk aku kongsi dalam suasana yang serba panas dan hangat ialah di bawah;

perkara ke-sembilan
Menghina sesuatu dari kitabullah,atau sunnah,atau orang-orang alim yang menegakkannya,atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum Allah atau syiar-syiar dari syiar Islam


relatifnya
Perdana Menteri berkata: "Jangan takut kepada orang yang berserban dan berjubah yang kononnya kuat Islamnya... yang memakai ketayap putih pun ada yang merogol orang (melakukan dosa).''
(bersumber dari utusan malaysia bertarikh 22 Jun 2003 )

addeen : panas lah,jom ke pantai..!.

.....................................................

Pagi selepas subuh,ada usrah-net.Bedah buku,Fiqh Aulawiyat dari Qardawi..pengisian dari seorang ustaz di Sudan.Mungkin jauh,atau laluan Sudan-Jepun yang terlalu panas,suara jadi putus-putus.Hampir-hampir 0 yang tersampai pada isi,mudahan ilmu Allah datang dari arah lain kepadaku.

Petang,ada usrah-net lagi..dengan adik-adik yang baru.Bercerita tentang syahadah dan asas Islam lain.Pasang-pasang telinga sambil buat persedian untuk usrah-real malamnya.Sambil-sambil sesekali sahabat-maya datang menyapa di sisi YM.Teringat kata kawan kampung yang belajar di Azhar semalam,qahafi ;

"wah..rancak hangpa berusrah nooo.."
"takder lah sangat..cuma hari sabtu jer..org tiada,kenalah mencari apa yg tiada.."

Putar-putar dalam dunia maya,hajat nak cari tafsir al-Quran,berjumpa..sayang..banyak yang tidak boleh diaccess lagi. Kecewa pun ada.Cuma,kecewa tu kembali pada diri aku sendiri.Kenapa jadi begitu dengan laman-laman Islam?.Tak cukup duit,atau tak cukup tenaga.Sedang laman-laman yang lain,wah ..gagahnya..

Pelik,tertanya dan kecewa.!.

Petang,sebelum maghrib di surau..masih sempat telefon mama di Malaysia.Mujur berjawab.Rupanya depa tengah bergelut di rumah sebelah..esok,Ahad ada kenduri kahwin di sebelah.

"Kak Dik yang kahwin esok.."
"O,Kak Dik tu yang adik ker yang kakak..",aku tau anak dara jiran sebelah tu dua orang.Tahu gitu-gitu cuma..takder lah lebih-lebih..ahaks..
"Kak Dik tu yang adik..yang kakak tu belum lagi.."cerita seorang ibu.
"O,belum lagi..cantikkk.." berderai ketawa dari aku di hujung talian.

Malam,lepas Halaqah Ilmu dan sembahyang Isyak semua ke rumah sis Marlina,pekena mee kari. Sedap dan berdesup budak-budak lain makan.Aku yang terkebil-kebil,perut meragam,aduhai.!.

Hajat nak membelek-belek buku ilmiah,lama-lama tak dibuka berkarat jadinya.Baru semuka Strategi Hidup Secara Islam sudah terasa tersenguk-senguk,tukar buku lah.Belek pula buku Rukun Iman,ini hadiah dari seorang ustaz di Madinah ketika aku ke sana 2 tahun dulu.Wah,tersenguk jugak.Tutup buku,tidur.!.

..............................

Azam nak baca buku nih;

(1) 1515,novel Faisal Tehrani
(2) Keanehan dan Keunggulan Buku,Shaharom TM Sulaiman
(3)Rukun Iman,Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman
(4)Strategi Hidup Secara Islam Megajak Umat Ke Jalan Allah,Fathi Yakan
(5)Jalan Dakwah,Antara Keaslian dan Penyelewengan,Mustafa Masyhur
(6)Muqadimmah Aqidah Muslimin,TG Haji Abdul Hadi Awang(~sepatutnya dah dihabiskan..tapi,masih tak abis-abis.waduh.!)

Orentasi sekarang,kena orentasi ilmu dan amal.Kalau tidak,kita akan terus jadi katak di dalam gelas kaca ; "wah,besarnya dunia luar..",sedang diri sendiri terkurung.Bisa-berbisa.!.

puisi sebaris
janganlah terlalu merendahkan dirimu yang sedia rendah










ILHAM HAMDANI at 21.6.03

Friday, June 20, 2003

Assalamualaikum,

Puas dalam kecewa.!.Akhirnya Jepun tunduk kepada Perancis 2-1.Puas kerana permainan menampakkan kemajuan,dengan serangan yang bertali-arus terutama melalui kombinasi Nakata-Nakamura,nampak cukup mendebarkan.Namun kecewa cukup terpalit,kedua-dua gol the France bukannya "gol jantan".Satu gol dari penalti,lewat kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan,lebih-lebih lagi oleh seorang bintang muda yang bermain di Europe,dan satu lagi kelalaian pertahanan.Akhirnya, kecewa.!.Terpaksa menunggu perlawanan terakhir menentang Colombia.~ahh..

Sebenarnya selepas Subuh,aku terus berjaga untuk memberikan sokongan kepada Jepun.Ini bersambungan pula dengan usrah-maya,biasalah..pagi Sabtu,sudah menjadi wajib,usrah-maya.!.

........................................

Semalam,hari Jumaat..saiyidul-ayyam,penghulu segala hari.

Tengahari,kebetulan sembang-sembang dengan seorang sahabat-maya dari Malaysia.Dia minta sedikit pertolongan dari aku,minta tolong berikan idea untuk assignment nya,bercerita bagaimana seorang bapa boleh membentuk kreatif anak.Wah,satu tajuk yang menarik.Kawan-maya tu ingat aku dah punyai anak,agaknya..ahaks.

Apapun,aku suka dengan tajuk-tajuk sebegitu,parenting skill.Seringkali juga mendengar kuliah-kuliah Ust Shamsuri Ahmad yang menyentuh soal ibu-bapa,banyak sekali melontarkan ide bagaimana membentuk anak-anak seperti acu Islam.Paling melekat tentang kisah amalan seorang bapa;

"Ustaz,saya tidak buat lain pada anak saya..selain yang wajib-wajib..setiap pagi,saya akan menghantar sendiri anak bongsu saya ke sekolah.Dan setiap kali dalam kereta,dari rumah ke sekolah..saya tak pernah lupa pesan dengan anak saya; "abang(maksudnya anak lelaki dia),ayah mahu abang belajar rajin-rajin.Dan,paling penting ayah mahu abang jadi anak yang solehah..".Saya ulang setiap hari ustaz,tak pernah lupa,tak pernah jemu.Dan,Alhamdulillah..dalam sebulan saya boleh nampak perubahan pada anak saya.."

Soalnya,berapa ramai ibu-bapa yang boleh buat begitu?.Kalau sudah diasak dengan tuntutan dunia,maka kehadiran anak seringkali dianggap sebagai beban.Pun,aku ucapkan syabas kepada beberapa teman jurnal yang seringkali aku susuri tulisan-tulisan mereka,nampak mereka bersungguh mendidik anak-anak.Antara yang baik,kalau mahu aku cadangkan..rasanubari ,atau mungkin juga..ibu aisyah.Keduanya cukup baik,pergi lah melawat sekali.!.



..................................

Semalam,antara hari yang paling panas aku rasa.Cukup membahang.!.Ketika solat Jumaat pun,kipas dipasang,sedang semua jendela dibuka luas,mengharapkan angin bertiup damai.Rumah aku pun sama,semua jendela aku buka luas.Cuma kekadang tu rasa segan jugak,maklum-lah blok rumah aku agak terkepung.Di depan jiran,di belakang pun jiran.Serba tak kena kalau benar-benar terbuka.

Serasa-rasa mahu sahaja menanggalkan baju,berlenggeng-lenggeng(maksudnya,berbuka-bukaan..kalau tak salah,orang Johor selalu gunakan perkataan nih..sebab selalu jugak dengar teman Johor bicara menggunakannya.) seadanya.Tetapi,rasa malu masih membatas.!.Sekali rasa yang lain; "kalau pakai short best jugak..",tetapi seingat aku..dah lama aku tak pernah memakai sebegitu.Seingat-ingat,masuk sekolah menengah aku sudah membuang segala yang pendek-pendek.Kalau aku pakai sekali pun,aku sertai dengan tight,terutama kalau bermain-main menendang bola.Lalu,aku pendamkan saja angan-angan yang janggal.

Bila dah semua orang buka pintu tingkap belaka-belaka..terasa dunia makin riuh jadinya.Mana tidaknya,segala bunyi dalam rumah jiran,bisa sampai ke telinga.Kalau ketika sejuk,semuanya tertutup rapat,jadi senyap-sunyi dunia.Ini terbuka-ternganga,suara tivi di kiri-kanan rumah sebutir-butir sampai ke telinga.Manusia di musim-musim panas begini pun,makin becok berbicara..tak seperti musim sejuk,mulut terasa berat mahu bersuara.Pulak,burung-burung bertambah meriah bicara.Nikmat musim panas,agaknya.

Hati rasa melonjak-lonjak mahu ke pantai,mandi-mandi dan rehat-rehat ditiup bayu damai. Tengoklah,sehari dua lagi..mungkin.Mungkin itulah ubat yang aku tunggu,ubat ketika badan panas dan membahang.Kalau panas,pantai-pantai di sini,jadi riuh dan meriah.Manusia-manusia dari daerah-daerah serata ceruk datang berkumpul dan mandi-manda di pantai sini.Wah,rancak jadinya.!.



Tetapi,aku rasa musim panas di sebelah-sebelah negara Arab lebih meriah mungkin.Aku ingat lagi,ketika berkunjung ke Mesir beberapa tahun dulu..satu malam dibawa teman sekolah makan-makan di KFC..dan jalan-jalan sekitar Kaherah.Aku mengikut sahaja.Nampak,ramai sekali berehat-rehat di taman-taman..mahupun di tengah-tengah divider jalan..Pelik kan?!.Kata sahabat ku,orang Mesir memang begitu bila masuk musim panas,mereka melepak-lepak sambil minum teh,atau ada yang pekena shisha.Dan lagi,kedai-kedai dibuka 24-jam.Sekali-kali datangnya musim panas,seperti musim orang berpesta lagaknya.

Kalau ke Saudi pula,bila tiba musim panas,semua sesi persekolahan ditangguhkan.Masih ingat lagi cerita teman-teman di sana,kerajaan Saudi memberi tiket percuma untuk pelajar Malaysia pulang bercuti,wajib pulang.!.Bukan apa,cuaca panas sangat,lalu dibimbang-bimbang mendatangkan mudharat..lalu pelajar luar di"halau" pulang.Menarik juga,kan?!.Yelah..tiket percuma untuk pulang bercuti.Bukan senang tu,kan..

.......................................

Malam,tiba-tiba rasa teringat nak makan nasi lemak.Seingat-ingat dah lama tak makan nasi lemak panas.Terliur rasanya.Memotong segala jenis bawang,hirisan halia dan santan pekat dengan beras yang siap dibasuh.Biarkan dalam rice cooker,dah siap nasiknya.Sayang,takder daun pandan..kalau tidak,bertambah wangi dan selera makannya.Ingat lagi,sebelum ke used good shop sehari lepas...cerita-cerita dengan Syed bila terpandang serumpun pokok mirip-mirip seperti daun pandan ;"ish..kalau tanam pandan,best juga,tambah wangi ketika buat nasik lemak..".(ide mengidam nasi lemak datang bila terpandang pokok yang mirip pokok pandan tu,sebenarnya..ahaks..)

Goreng telur,dan buatkan sambal ikan bilis.Wah,berdesup makan..tak ingat siapa.Mujurlah,tiada bakal emak mentua yang datang bertandang masa tu..kalau datang pun,memang tak dilayan pun..no disturb please..ahaks..Mengajak sama Musa yang datang sembang-sembang makan sama,menolak dia.Katanya,baru lepas "pekena" jugak di rumahnya.Tak perlah,membuat gerakan solo lah nampaknya..ahaks..

Masih bersisa sedikit,baya-baya sekali makan lagi.Mungkin rezeki selepas usrah-maya..Alhamdulillah; "Ya Allah,Kau berikan ku dari rezeki-rezeki-Mu yang halal,dan rezeki-rezeki-Mu yang baik.."

puisi sebaris
guru muzik sudah mengajar nasyid







ILHAM HAMDANI at 20.6.03

Thursday, June 19, 2003

Assalamualaikum,

Panas sudah mula mengigit.Aku buka semua pintu-pintu gelongsor(ini bahasa Faisal Tehrani dalam 1515,maaf yaa..!.),mengharapkan angin pantai Kawarago menerpa masuk ke dalam teratak kecil.Ada lah sikit,buat pendingin badan.Syukur.!.

Ketika pulang dari bayar bil telefon di kedai AU(salah satu jenama telefon bimbit di sini.hampir 100% budak Malaysia pakai AU,sebab ada diskaun separuh harga utk pelajar.Mengapa belanja lebih,kan?!),Syed dah mengendeng-ngendeng ajak aku temankan dia ke kedai used-good,nak mencari sofa katanya.Emm..berbelah-bagi,nak pergi atau tak pergi.Aku nih,memang lemah sikit kalau jenis orang datang minta tolong nih..Tambah lagi,orang yang rapat dan baik dengan kita..kesian.!.

"ok lah..kita sembahyang asar dulu..",kebetulan dah pukul 4 juga masa tu.Asar sekarang sekitaran 3:30 gitu.

Mula-mula ke kedai seimiya,jauh jugak..30 minit dgn kereta.Tambah dengan jalan sesak.(biasa lah,kalau antara pukul 4-8 ..menggunakan national road 6 nih..memang sakit lah jawabnya..).Tapi,tiada yg menarik kat kedai tu.Memang-lah kedai tu besar,barang banyak..tapi,kurang terjaga sikit barang-barang dalam kedai dia.Bukan kedai,lebih tepat..gudang barang.!.Barangnya berhabuk,tak berselera nak memilih.Dah tu,harganya seperti mahal sikit,walhal barang second hand,pelik jugak.!.

Akhirnya,aku dan Syed hanya window shopping sahaja,tidak berminat untuk buang duit di sini.Naik sampai ke tingkat dua,melihat-lihat galeri lukisan.Tetapi,aku dan Syed sama;masing-masing buta seni.!."Aku tak tahu lah..bagaimana orang boleh menilai seni nih..aku tengok semacam jer..".Sambil-sambil selisih dengan dua orang wanita Jepun yang asyik melihat hasil-hasil seni yang digantung untuk dijual.~ahh,hanya orang seni yang mengenal manikam..

Dalam perjalanan balik,singgah di HardOff,sebuah lagi kedai used good,demi memenuhi hajat Syed..sebuah sofa.!.(dia nak celen rumah aku yg osyarei(berhias,bukan janda berhias tau..rumah berhias..ahaks.!).Jenguk-jenguk ke sudut sofa,tak nampak yang berkenan.Tak berkenan pada harga,dan rupanya yang agak besar.Dah tu,Syed lebih berselera dengan deretan anak patung Pooh; "murah giler..300yen(RM9)..".Aku senyum sahaja,minat aku tidak di situ.



Akhirnya keluar dengan tangan kosong.Anak patung Pooh tak beli,sofa pun tarak.!.

Berselang 5 minit,singgah ke kedai ketiga,Joyful Yamashin.Aku kata dalam hati ;" kalau sini pun takder,memang takder lah sofa hari nih..esok-esok lah pulak..".Di perkarangan kedai,bunga-bunga sengaja diatur,variasi warnanya.Cukup untuk mengikat kaki aku yang sejak dua-menjak yang terakhir jadi "hantu bunga".Kaki terasa berat nak mengikut Syed ke tingkat dua,tetapi..kesian lah pulak.Nanti,kalau kalau interior disigner nih takder,Syed nak tanya ngan siapa,kan?!..ahaks..

Oh ya,sebenarnya..ketika musim panas sahaja ..aktiviti tanam bunga-bunga nih jadi begitu meriah dan hidup.Kalau dah masuk musim sejuk,hampir-hampir lesu.Mungkin bunga dan pokok-pokok susah nak hidup ..al-maklum lah..cuaca dingin-banget dong.!.

Mujur jumpa yang berkenan di hati,set sofa biru disekalikan dengan 2 biji bantal kecil .Harga biasa 9000yen(RM270) lebih,tetapi tengah promosi..dapat sekitar 7000yen lebih(RM210).Wah,tersengeh sampai telinga Syed,sambil-sambil me"manas"kan aku; "habis lah lepas nih..rumah kau..".Aku senyum jer,tak kisah."be gentleman best desinger win.."..ahaks.Syed beli juga sekeping karpet untuk ruang tamunya.Melayang juga 10000yen(RM300) semua sekali.Tapi,bukan cash tau.."biar Mastercard yang menjawabnya untuk anda..".

Ya,di sini..tiada syarat yang ketat utk pelajar memiliki kad kredit.Yang penting perlu ada penjamin.Pulak,sesetengah company langsung tidak memerlukan pada penjamin,cukup dengan kad pelajar sahaja.Mudahnya.!.Tapi,aku tak pakai "buku hutang" tu,takut terlebih belanja.Dulu,masa di tahun satu dan dua,pakai juga..untuk berlagak dengan orang Malaysia,ahak.!.Ketika pulang bercuti,ketika tu lah nak "menggores"nya.Wah,dilihat orang Malaysia.."amboi,hebatnya..".Senyum sampai telinga.Tetapi,akhirnya jerat memakan tuan,terlebih belanja.Emm..akhirnya,tutup akaun..fallas.!!.

Hampir-hampir jam 8 baru sampai semula ke daerah permai,Nakanarusawa.Penat jugak,walaupun hanya memulas stereng yang auto.Bayangkan kalau aku memulas stereng dan bermain dengan gear di kala jalan sesak dengan kereta.Mahu,aku sendiri sesak jadinya.!.

Lewat malam,tertunggu-tunggu juga..kalau-kalau ada Brazil berjumpa Cameroon.Sayang,tiada.!.Tivi Jepun memang selalunya begitu,kalau selain dari team Jepun,atau team yang ada player Jepun (Di Europe pasukan Fulham di England,Reggina dan Parma di Italy dan Feyenoord di Belanda memiliki pemain-pemain dari Jepun),memang susah untuk ditayangkan di tivi.Kalau tayang pun,mesti siaran tertunda.Paling tidak puas hati,Kejohanan Negara-negara Eropah ..tak ditayangkan langsung di tivi Jepun.Perh,panas.!.

Oh ya,semalam..aku tidur buka segala tingkap.(mujur aku nih seorang lelaki..kan..ahaks..).Wah,segar rasanya.Tambah lagi,angin-angin tempias dari taufan nombor 6 sedikit-sedikit mencuri masuk.Tidaklah terlalu mengegar,cukup sekadar untuk bermanja-manja,ahaks.!.Aku tengok ramalan cuaca memberikan angka 30 pada suhu di daerah aku,Hitachi.Tetapi,walaupun cuma 30 darjah,suhunya cukup membahang aku rasakan.Pendek-kata,kalau tiada kipas yang ligat berpusing di dalam rumah,dan tingkap dibuka seluas-luas..rumah anda tidak ubah seperti sebuah oven panas.Sungguh.!.

..........................

Sebenarnya aku sedang menghabiskan sebuah buku tentang kajian pada feel manusia,terutama masyarakat Malaysia tentang budaya membaca.Menarik.!.Membaca,sambil-sambil mengkoreksi pada diri."ishh..aku pun tidak banyak membaca..".Membaca di sini,dia tak maksud bahan-bahan yang selari dengan bidang kita;contohnya..kalau kita belajar kejuruteraan ..maka akan baca lah pasal daya,gerakan dan sewaktu dengannya.Tidak dimaksud begitu.Maksudnya bacaan umum.Contohnya,seorang doktor,juga perlu membaca tentang sastera,tentang agama..maknaya skop penbacaan menyeluruh.Wah,masyarakat kita masih jauh sebenarnya.!.

Oh ya,aku ada satu tabiat tentang membaca,mungkin aku warisi dari abah.Aku suka membaca di dalam tandas.Bagaimana ya?.Tetapi,aku tidaklah membaca bahan agama di dalam tandas,tidak.!.Aku membaca novel,atau mungkin kamus..atau lain-lain.Bahkan,kekadang terasa kurang lengkap kalau ke tandas tanpa bahan bacaan.Dan,minggu lepas aku sudah letakkan sudut khas dalam "kamar kecil" aku (orang Indonesia memanggilnya dengan "kamar kecil".!.) ,khususnya untuk bahan bacaan.

Ya,kekadang ..ramai juga yang tidak perasan..kita menghabiskan sekurang-kurangnya 5 minit(paling cepat lah tu,kan?!.) di dalam tandas.Itu,untuk sekali masuk,lalu bagaimana kalau dua kali dalam sehari,pagi dan petang.Maknanya sudah 10 minit.Dan 10 minit itu terbuang untuk berangan kosong kalau tidak diisi dengan membaca,bukan?!.Kalau seminggu,kalau sebulan..bagaimana pula kalau 40 tahun* usia kita,kita hanya berangan kosong setiap kali kita di tandas.?Rugi kan..

* kalau 40 tahun dengan kadar 5 minit dan 2 kali sehari
sehari =>10 minit
seminggu =>70 minit
sebulan =>2100 minit
setahun =>25200 minit
40 tahun =>1008000 minit(700 hari.!...aha,kita duduk selama 700 hari di dalam tandas rupanya,bayangkan.!.)

addeen
ya,aku sedia berubah..kalau ada berhujah dan membangkang aku dengan dalil agama,then i'll surrender..

puisi sebaris
kalau memilih permata,nanti berkaca








ILHAM HAMDANI at 19.6.03

Wednesday, June 18, 2003

Assalamualaikum,

Dari tengah malam bersengkang mata,menonton bola(kalau kalian jenis yang "kaki bola" tentu kalian setuju dengan aku,kan?!.).Bersambung-sambung perlawanannya.Mulanya Jepun mengalahkan New Zealand dengan 3-0.Kalau mahu aku komen perlawanannya,cukup makan.!.Sejak Zico ambil-alih tak nampak kemajuan untuk pasukan Jepun.Entahlah,bagaimana nak bertarung di Jerman nanti,itu pun kalau layak.Risau-risau takut kena baham dek China,Uzbezkistan..ataupun Thailand di Asia lagi..Siapa tahu,kan?!.



Lepas Subuh dengan Adam di surau,makan roti telur 2 keping sambil-sambil menunggu game kedua,Perancis jumpa jaguh Amerika Latin,Colombia.Hidup dan bergegar.!.Dua-dua team cukup licik,Perancis cukup bernasib baik dengan penalti dari Henry.Aku mulanya sokong "the blues" France tapi di akhir-akhir berpaling padah,mengharapkan Colombia berkongsi mata.Bukan apa,kalau dua-dua seri,memudahkan Jepun melangkah untuk ke separuh akhir nanti.(sayang oo..team Jepun nih..macam team sendiri rasanya...teringat tahun lepas ketika gamat Piala Dunia.Sanggup bergegak-gempita di Dataran Hitachi di depan skrin besar,sanggup bersempit-sempit di dewan kecil..semata-mata nak sokong Nippon.Dan,masih terngiang-ngiang sorakan keramat;"Nippon..cha..cha.cha.. nippoonn..chaa..chaa..chaa..")

...........................................

Semalam,seingat-ingat sudah berjanji untuk mengalih topik,bukan lagi tentang Jepun.Tetapi,rasa-rasanya aku memungkiri azam sendiri.

Semalam,sekali lagi Jepun ..bumi permai dilanda resah.Taufan nombor 6.!.Entah lah,setakat berita pagi nih(aku menulis ..sambil-sambil pasang telinga pada suara tivi yang masih bercerita di ruang sebelah..),taufan tu masih berlegar-legar di negeri-negeri sebelah bawah.Bimbang juga aku nih..risau-risau takut tersasar ke perdaerahan aku.Harapnya tidak.!.

Tadi,bercerita-cerita dengan Adam..mengenai segala bencana yang datang seperti bertimpa-timpa.Taufan-gempa-gempa-gempa..dan kini giliran taufan pula.Aduhai.Begitulah,sementara nak tunggu musim panas datang.Benda-benda seperti sudah lumrah di sini.Mujur tiada banjir,kalau tidak..lagi-lah merana..

Berita di tivi semalam,tidak sudah-sudah dengan Bechkam.Anak gadis Jepun separuh histeria menyambut bintang Real Madrid itu di Narita semalam.Kebetulan Bechkam dan isterinya si Victoria tengah jalan-jalan ke Asia.Khabarnya lepas nih..ke Malaysia pula.Mungkin anak gadis Melayu pun ada yang bisa histeria sama nanti..kan?!.



.......................................

Seingat-ingat aku,aku pernah tanya perempuan; "Antara lelaki dan wanita,siapa yang lebih egonya?"

Pantas dan yakin dia jawab ; "Lelaki lah..".Kemudian dia punya hujah meleret-leret,sampaikan aku pun tak larat nak dengar.Semuanya hanya untuk buktikan orang laki nih,semuanya ego-ego belaka.Takder yg tidak ego melainkan ego-ego belaka.Begitulah adanya.

Aku tak puas hati,tanya lelaki pulak.Juga,soalan yang lebih kurang sama..

Aha,dia jawab..seperti yang aku agak.."Perempuan lah..depa nak semua laki tunduk ngan depa..bla..bla..bla..and bla..".Pun,aku tak larat nak dengar jugak hujahnya..

Aku fikir-fikir,lalu aku bukan keputusan sendiri.."dua-dua ego,dan tak salahuntuk egho kalau kena dengan keadaannya.."

Kalian pulak,bagaimana agaknya yee..??

addeen
Ini sebagai menyahut seruan tok rimau untuk Puisi Sebaris
Alangkah baiknya jika padi tidak tertukar hampa


ILHAM HAMDANI at 18.6.03

Tuesday, June 17, 2003

Assalamualaikum,

Hari ini pun sama seperti semalam,mendung..bahkan seawal lepas subuh hujan rintik membasahkan bumi permai.Sejuk juga,walaupun sebetulnya sudah masuk musim panas.Kesian sang mentari,terpaksa memencilkan diri.Sabar ya mentari,nanti Tuhan akan pusingkan tugasan untuk engkau pula.!.

Seingat-ingat aku,minggu nih sahaja sudah dua kali daerah aku mengalami gegaran kecil-earth-quake.!.Walaupun kecil,ia cukup untuk menimbulkan resah di hati ; "ishh..buatnya jisshin(gempa) besar..aku tak cukup amal lagi..".Masa digoncang itu,hati pantas teringat pada kematian,pada Tuhan.Tetapi,bila semuanya reda,ingatan tadi pantas susutnya.Aduhai...Apapun,janganlah di-gegak-gempa lagi.Tak senang duduk digoncang-goncang selalu.



Awal musim bunga,Gunung Fuji dihiasi sakura mekar


Hari nih memilih untuk selongkar-selongkar "buah tangan" Shaharom TM Sulaiman dan Salasiah Abdul Wahab,Keanehan dan keunggulan Buku.Buku nih jigo yang poskan pada aku semalam.Menarik jugak.!.Teringat kata-kata Syed ketika bertandang untuk lunch di rumah aku tadi(kan baru nih..aku dah membaham gulai masak lemak rebung dia..jadi aku balasi dengan tomyam.aku rasa tomyam nih..antara tersedap yang pernah aku buat..ahakk..sungguh.!.) ; "uih..kau ambik mana buku nih..kira-kira cam "stok" budak-budak sains sosial nih..".Aku senyum sahaja.Sains Sosial pun,Sains Sosial lah..janji isinya cukup baik.

Berbicara soal mentaliti bangsa kita terhadap tabiat membaca.Huh,padanlah orang Melayu tak terlawan dengan bangsa Jepun dan lain-lain..puncanya..kurang membaca.!.Ada yang minat membaca,ke kedai buku..belek-belek..ada suara menyanggah.."eeh..kawaann..kalau nak baca,you beli lah satu nih..ini bukan tempat membaca..".Aduhaii..terbantut minat membaca.

Alhamdulillah,kalau ke kedai-kedai buku di sini,fenomena begitu tak ketara sangat..walaupun ada juga sikit-sikit.Bahkan,yang menarik..kalau kat kedai buku 24jam di tempat aku nih..kedai tu siapkan sediakan kerusi kecil lagi.Seolahnya tuan-kedai tu nak bagitau kat pengunjung kedai.."you ambil buku mana yg you suka..baca..kalau letih..you boleh duduk atas kerusi yang disediakan..".Mujur tak disediakan air teh Jepun jer..kan?!.Begitulah bezanya mentaliti antara dua bangsa.

Malam,selepas maghrib santai-santai sambil tengok tivi.Aku nih bukan kaki tivi sebenarnya.Tak minat sangat.!.Kecualilah ada rancangan sukan,kalau sukan..jam 3 pagi sanggup bersengkang mata..ahaks..Senja tadi,nak tengok yakyuu*(besball)..tapi memandangkan pasukan Giants tengah leading team bilisan Hiroshima Carp,lalu aku terpaksa alih ke siaran lain.Aku hanya tengok yakyuu kalau team Giant kalah..ahaks..(kiranya ..kalau bolasepak kat Malaysia tu team Giant nih ala-ala team Selangor lah mungkin..team yang paling kaya,glamer,dan yang paling aku benci..asal ada player yang bagus jer..semua dia nak bolot kat dia.."hey..c'mond..produce your own..!"..)

Akhirnya,aku memilih siaran 12,program jalan-jalan sambil makan porin(porin nih..kira cam yogurt juga,cuma yogurt berlemak..dimasukkan telur,susu...vanila..lain sikit lah dari yogurt biasa tu.).Tidaklah ditunjukkan makan porin semata-mata,tetapi ditunjukkan cara nak hasilkan porin tu.Contohnya,ada porin yang dibuat dari susu lembu.Jadi dia akan ke ladang lembu dulu,nampaklah lembu yang gemuk-gemuk..kemudian barulah bawa ke kilang proses,tunjuk proses nak buat porin tu..sampailah kemuncaknya,porin masuk dalam mulut.!.



Gunung Fuji dan bunga matahari


Oh ya,di Jepun nih..aku perasan banyak sungguh program makan-makan kat tivi.Kalau aku letak peratus,mungkin boleh cecah sampai 40% mungkin.Senja tadi saja,dari 7 channel tivi yang ada..2 darinya menyiarkan program makan-makan..Aku ingat lagi,seorang guru English pernah komen pasal program tivi di Jepun; "hari-hari tunjuk program makan..orang Jepun nih suka makan agaknya..".Semua pelajar senyum bila dengar komen guru omputeh tu.

Tetapi,yang menariknya bila program makan-makan kat tivi nih..cara cameraman tu mengambil angle ,memang cukup baik.Hinggakan..kalau gambar telur kuning diambil tu..nampak kuning emas dia..likat dan melekit-lekit,nampak cukup menyelerakan.Pandai lah jurugambar dia.Cukup profesional..Tengok tu sahaja,kita yang di luar nih..susah terliur..sunngguh..!!.Pulak,hos program..cukup sporting(biasanya hos-hos terdiri di kalangan artis-artis..atau pengamal media..) ,bila sampai scene makanan yang menyelerakan,mereka tidak malu-malu untuk memberi respon(bahkan melampau-lampau pun ada..ahaks..).."uihh..sedappnyaaa...nak makannn..iiiiiii..". Kita yang di luar nih,masa tu..dah meleleh air liur..ahaks..

* Besball.Orang Malaysia,aku percaya mungkin terlalu asing dengan permainan nih.Aku pun begitu.Cuma,sejak datang ke sini..aku jadi "gila-yakyuu"..mana tidaknya,setiap senja asyik tunjuk games jer..akhirnya aku yang kaki sport pun terpikat.Bagi orang Jepun,besbal mungkin berada pada ranking nombor dua(ataupun nombor satu terus..)dari segi populariti,bersaing-saing dengan sukan sumo.Bolasepak?Hanya berada pada ranking ketiga..rasanya lah..

Hari-hari bercerita pasal Jepun,nanti orang bosan lah pulak..kan..Esok,aku cuba hadiahkan kalian dengan cerita lain pula.ok?,Insyaallah..(kalau ada yang nak buat permintaan cerita dari Jepun..silakan..ahaks..)

ILHAM HAMDANI at 17.6.03

Monday, June 16, 2003

Assalamualaikum,

Seawal jam 5:30 pagi,aku telah telefon mama.Adik kedua,Hafiz yang menjawab.Pelik,awalnya bangun.Atau,mereka ada surprise untuk mama sempena usia mama yang 51 tahun."Mama ada,cakap dengan mama..".

"Assalamualaikum...ohayo gozaimasu..",mama menjawab,sambil gelak-gelak di hujungnya,mungkin lucu dengan ucapan ohayo dari anak sulungnya.
"Happy birthday..",mama ucap terima kasih,bertanyakan hadiah..ahaks..
"Tunggu lah Din bawak balik masa cuti nanti..InsyaAllah.So,hari nih cuti lah yee.."
"Ehh..kerja laa..apa lak cutinyaa..."
"Yelah,dah hari birthday "Permaisuri Agong",mestilah satu Malaysia cuti..kan?!..";mama ketawa sahaja.Aku pun ketawa,kerna berjaya mengenakan menjadi penghibur pada mama di pagi hari,hari kelahiran mama..51 tahun yang dulu.!.
"Oh ..public-holiday untuk birthday Agong jer..Permaisuri Agong ..tak cuti..",mama tak mahu mengalah.Aku ketawa lagi.Bahagia.!.
"Ok lah mama..selamat hari ulangtahun kelahiran..semoga dipanjangkan usia,dan dimurahkan rezeki.."
"Ok..terima kasih sangat.."

klikkk...

................................

Antara percaya dan tidak,akhirnya aku percaya.Tengahari tadi,ketika menjenguk ke petisurat ada satu sampul bungkusan dari orang Malaya.Mulanya musykil juga,dari siapa?Tak lama,dah ketemu dengan jawapan-dari GengJurnal.!.

Gila.!.Temu-temu di Forum Gengjurnal,akhirnya menjadi teman yang akrab.Dan buku 1515,dari Faisal Tehrani dan sebuah lagi buku ilmiah merentasi Thailand,Vietnam,China,Korea dan akhirnya mendarat di Nakanarusawa.Semua daerah ini akhir menjadi saksi~persahabatan tidak pernah mengenal rupa..!.

Ya, terima kasih untuk jigomorisson.!.Kami tidak pernah bertemu,persahabatan hanya lahir dari kelab kitab terbang GeJu.Terharu,kerna dia memberikan 101% kepercayaannya pada aku untuk memelihara khazanah kesayangannya untuk seketika.(aku dah janji untuk pulangkan kembali ketika pulang cuti nanti,InsyaAllah).Tak sangka,kan?!.

...................................

Cuaca seharian benar-benar suram.Antara panas dan hujan.Angin yang datang terasa sejuk benar,walaupun sebenarnya dah musim panas.Aku tutup semua tingkap siang tadi,dingin.!.Tengahari,ketika keluar-keluar ke surau,terperasan pada matahari,antara cahaya dan samar.Terlindung pada awan.Sekali nampak tak ubah seperti gerhana matahari.!.

Sedari awal sudah memegang Pilot Cafe,kisah cinta orang muda karya Ahadiat Akashah dan Zuraida Othman(mereka bergabung ide untuk sebuah buku,katanya ide yang pertama seperti itu di Malaysia.~entahlah.!).Masa tu,aku masih tidak sedar sudah ada 2 buku baru dalam post-box,jadi aku layan-layan buku-buku lama.Suka dengan corak muda-mudinya sahaja,walaupun agak benci dengan watak Ameer yang everything perfect.!.Huh,ada ker manusia cam tu?.Kacak,kaya,educated,digilai wanita..ahh..seolahnya tiada satu palitan tidak sempurna pada watak itu.Gila,mana ada gitu.!!.

Kemudian membelek seketika 1515,fresh from oven dari FaiTeh,novel yang baru diangkat sebagai Hadiah Sastera Utusan.Bahasanya tetap landai dan tenang,suatu yang sudah menjadi identiti FaiTeh.(Oh Ya..Teh Sofea dah kembali dari rajuknya.!.Tentunya akan menambahkan belit pada kisah cinta 3 segi Salsabila,Lam dan Kamil..atau mungkin benang yang kusut akan terurai..).Baca sedikit,aku tinggalkan.Beralih pada buku kedua,Keanehan dan keunggulan Buku..aha,satu buku yang menarik.Pun aku baru ambil bau-bau enaknya sahaja.Tunggulah,aku punyai lapang yang lebih..aku nak bersantap isinya dengan lebih lahap..!.

Seharian gigi geraham terasa-rasa menjerit-jerit,antara sakit dan mengada-ngada.Mungkin kerna sehari lepas banyak makan gula-gula kot..ahaks.Tetapi,berapa biji sangat,tak sampai pun 10 biji.Banyak apanya,kan?!.Oh ya..aku memang jenis suka benda-benda yang manis(serasa-rasa suara pembaca yang mengejek,dan senyum sindir.."cam budak-budak"..ahaks..),kat rumah aku..mesti ada benda yang manis,samada buah-buah,aiskrim,yogurt..atau paling-paling sengkek gula-gula.Kalau tak,rasa cam tak sempurna menu sehari-hari.

Aha,petang tadi ke kedai,membeli barang dapur.Lalu ikut bahagian buah-buah..hajat nak beli epal,atau anggur atau apa sahaja yang sesuai dan murah.Sekali terpandang buah yang kenal,tapi dah lama tak jumpa..buah durian.!.Pertama kali jumpa dijual di depan mata.Dari jauh,aku tengok harganya..2000yen(RM60)..Aku dah agak,mesti harganya mencekik darah,dan mencekik kerongkong.Jamu mata sahaja,jamu selera?Tunggu balik Malaysia.Entah siapa lah yang beli durian 2 biji tu. Ada ker orang Jepun yang ingin membelinya?Dari pengalaman aku sembang-sembang dengan orang Jepun,kalau ditanya dengan durian.."ieee...tak suka dengan bau nya..",bersekali dengan mimik muka yang sepenuh hati,ahaks.!.


ILHAM HAMDANI at 16.6.03

Sunday, June 15, 2003

Assalamualaikum,

Musa,Syed dan aku dipilih Tuhan untuk Subuh bersama di surau tadi.Musa yang jadi imam,sedang bilalnya..org Tok Kayaman,ahaks..BTW,syukur dengan pemilihan itu,Allah..pilihlah kami lagi untuk hari esok,lusa dan selamanya..

"Kalaulah umatku tahu akan ganjaran Allah untuk sembahyang subuh jemaah,nescaya mereka sanggup merangkak untuk ke tempat solat."

Lepas solat,aku sengaja memilih untuk mengutip beberapa himpunan hadis mengenai Dajjal yang akan turun pada akhir zaman.Akhir zaman-kah kita?.

Lepas padamkan lampu surau,aku ke rumah Syed,menempek nya untuk makan malam.Ya,makan malam lepas subuh,gara-gara tertidur awalnya.Syed masak special untuk Subuh nih..masak lemak ayam ber-rebung..!.

Kali pertama makan rebung di sini..sedapnya boleh tahan.Sebenarnya rebung tu aku bawak balik dari ladang ayam minggu lepas.Makcik Jepun yang kasik,telah dijerukkan sikit rebung tu..tapi sedapnya masih tak tanggal.Terima kasih Syed,nak kena balas balik nih.Aku memang kena gitu,kalau org sudah berbudi dengan kita..aku mesti balas balik,mesti.!.Tengoklah,nanti aku balasi dengan tomyam-kun..

....................................

16 Jun 1952~16 Jun 2003
Mama,selamat ulangtahun kelahiran yang ke-51.Din tahu,mama tak akan membaca tulisan Din nih..tapi Din tetap menitipnya ikhlas untuk mama.."Din
,sayang mama..!
".Mudahan Allah tambahkan rezeki mama,dari rezeki-rezeki yang baik dan halal..panjangkan usia mama,dengan keberkatan iman dan Islam..

Terima kasih mama..!.

.................................

Semalam,jam 5 pagi mata masih belum lelap.Menonton US Open.!.Tengok gelagat Woods yang terlalu emosi(bosan aku tengok player yang too emotional..!) ,tak tahu apa akan jadi pagi nih..Sebenarnya aku sokong orang tua Nick Price,tapi at last pakcik nih merosot sikit,tutup hari kedua dengan 4 bawah par.Harap Nick Price leh bangkit untuk hari nih..hari terakhir ..dan bolot champ.

Maaf,bagi yang tak minat golf.Aku hantu golf.Sejak datang sini,baru aku minat golf.Dan,orang-orang "jantan" Jepun pun "hantu golf" juga.Kalau tak percaya,boleh tengok dalam boot kereta mereka,mesti ada club.Sebelah rumah aku,hampir setiap hari boleh dengar orang memukul bola golf.Pakcik sebelah rumah nih buat mini-course untuk dia berlatih memukul.Hilangkan gian main golf.Aku boleh minat golf pun,secara tak sengaja,asyik main golf dalam game di tivi,lama-lama langsung jatuh cinta dengan golf.

Sebelum golf,siaran tivi tertunda England dan Slovania.Aku dah tahu keputusannya,jadi kurang menarik lah sikit..

Pukul 6 baru boleh lelapkan mata.Bimbang juga,takut-takut terlepas kelas Arab..jam 9:30.

Aduhai,mana yang dibimbang..itulah yang akhirnya terjadi.Jam 9:40 baru tersedar.Mandi dalam gegas,pakai baju dan kain pelikat..berlari ke surau.Qusai dah mengajar separuh jalan..aduhai.."do you want me to repeat what we have study now?".Aku rasa tidak adil untuk orang lain,kalau aku menggunakan kesempatan peluang yang Qusai berikan pada aku."Ok..ok..InsyaAllah I can follow..".Tak adil,kan..datang lewat,kemudian..semua pelajar perlu diulang-ajar semata-mata kerna aku ..Jadi,biarlah aku yang kerja lebih sikit untuk catch-back pelajaran yang tertinggal 30 minit yang awal.Biar padan dengan orang yang datang lewat.Lain kali tidur awal,agar boleh bangun awal,agar boleh datang datang..ada faham?..ahaks..

Sebelum ke futsal di dewan sekolah jam 10:30,sempat layan sekeping roti bakar bertelur.Lapar.!.Sampai dewan sekolah,sepak dua tiga..perut dah meragam..Terus cabut balik.Tak semangat nak main.Tambah lagi dengan kasut casual yang aku pakai..tak sesuai langsung.Nak beli yang baru,masih tak punyai kesempatan untuk ke Mito..tunggu lah..

Balik rumah,baring ..dan tidur sampai ke malam.Hanya bangun sesekali untuk solat,lepas tu baring semula,dan tertidur balik.Perut meragam,mungkin kerna roti bakar pagi tadi..atau mungkin juga penangan nasi beriani Sri-Lanka semalam.Aku tak pasti.!.(hakikatnya ; "sakit dan sihat datang dari Tuhan,dan akan kembali semula pada Tuhan..")

Semalam,giliran rumah Rames untuk menjadi hos mingguan aktiviti ziarah dan usrah..jadi dia masakkan nasi beriani dengan kari ayam.Sedap tak terkata,3 kali bertambah nasi.Lepas nasi,ada "makan 1000 buah"..!.Mula datang tembikai susu,ikut dengan sakurangbo(apa ya,kalau diterjemahkan..emm..buah plum lah kot..kalau tak salah..),lepas tu..ada buah pisang..ada epal..ada kacang rebus..Jadi,sesuailah kalau aku katakan ; "makan 1000 buah"..kan?!.

Oh ya,sehari dua nih..sudah terperasan pada aku..rumah aku sudah didatangi pengunjung tak dijemput ;nyamuk dan agas.!.Kalau masuk musim panas,begitulah suasananya.Inilah satu-satunya masa untuk nyamuk dan segala agas bermaharaja lela.Kalau musim lain tu,mungkin sejuk sangat..lalu mereka lebih senang duduk-duduk dalam sarang mereka..agaknya lah.

Entah bila hajat nak bercamping tepi pantai akan tercapai.Teringat kenangan 3 tahun dulu,kali terakhir berkhemah di tepi pantai.Semua yang berkhemah,jadi cam pelarian..dengan tak pakai baju(tak per..tempat tu agak tersorok,dan tiada pelajar wanita..selamattt...ahaks..),masing-masing terdampar atas pasir.Kalau bosan,main bola tampar pantai..atau pun turun ke laut...bermain bola perang..Atau,berbBBQ..menariknya kenangan itu.Kenangan itu masih hijau dalam ingat,dan nku ingin ulanginya,mungkin kali terakhir di tanah sakura.

Ya,kawasan Hitachi nih..hanya meriah dan bergegar ketika summer sahaja.Pantainya sentiasa penuh kalau musim panas begini.Tetapi,ada juga yang tak best..sakit mata..ahaks..





ILHAM HAMDANI at 15.6.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.