Friday, June 27, 2003

Assalamualaikum,

Tengahari,ketika solat Jumaat,panas terik.Alam cerah,mentari merah.Terpaksa menggunakan kipas ketika mendengar khutbah Jumaat dari Qusai.Qusai bercerita tentang larangan orang mukmin mengambil Yahudi sebagai penolong,aku tak ingat dari surah apa ayat tu diambil.Selepas solat sunat,ramai kohai-kohai yang sudah gegas-gegas mahu ke sekolah semula.Pun,ada sebahagian yang masih berlewa-lewa,takder kelas lah tu.!.

Musa,dia ke Nagaoka petang tu.Ada games bola katanya di sana.Mamat tu "kaki bola" juga,"kaki yakyuu(besball)" juga,sama seperti aku.Tapi,aku kaki satu,si Musa kaki dua.Dia lebih berkaki dari aku,ahaks.!.Yang bestnya untuk yakyuu dia kelab-kipas (baca : diehard fan ) Giant,musuh team yang aku sokong, team Hanshin.Suka aku tahun nih,sebab Giant memang lauk giler.Padan muka.!.Tetapi,tahun lepas..Giant juara,jenuh aku tadah telinga kena kutuk dengan dia,aduh.

Teringat jenaka Qusai pada Musa selepas solat Jumaat; "Jangan lupa semua,malam esok wajib datang rumah saya..".Ya,malam esok giliran rumah Qusai jadi hos untuk ziarah dan usrah.Itu yang dia beriya ingatkan semua,takut-takut ada yang lupa (budak-budak nih,kalau bab makan ..takyah ingat pun tak per..dah terlebih ingat,ahaks.!).Musa menjawab,sebab dia nak ke Nagaoka main bola "..maaf,tak boleh datang..nak ke Nagaoka,ada bola.."."Tak boleh.tak boleh..kena datang juga..takyah ke Nagaoka..",balas Qusai dengan muka berlakon serius.Musa senyum jer..

Lepas semuanya tenang,aku ambil tabung derma,mengira-ngira kutipan.Tak ingat sejak bila kutipan derma nih dibuat,tapi aku rasa banyak juga.Jadi,bimbang lah..surau kami tu jenis yang open, tak berkunci..siapa yang ber"hajat",dia boleh buat "lawatan".Yelah,walaupun aku yakin di sini kes-kes ceroboh rumah orang untuk tujuan curi atau rompak hampir-hampir tiada,tidaklah boleh sampai pada tahap take it as granted.Islam tidak mengajar begitu,Islam mengajar berusaha,dan bertawakal.

Berkira-kira wang surau,banyak juga..6820yen(RM200),banyak,kan?!.Itu tak termasuk beberapa keping syiling matawang Malaysia.Aha,entah siapalah yang ingin menderma,sampaikan matawang Malaysia pun dimasukkan sama.Ya,matawang Malaysia tiada harga di sini,tetapi niat dermanya tetap berharga,bahkan berganda-ganda di sisi Tuhan.Percayalah.!.

Kusangkakan panas sampai ke malam,rupanya hujan di petang hari.

Ya,siang yang dikuasai oleh bahang itu,menjelang maghrib sudah rintik-rintik.Menjelang malam,rintik sudah menjadi renyai.Suhu turun mendadak.

Sebenarnya kalau tengok ke langit Jepun,hampir-hampir tidak berawan.Sama seperti negeri-negeri di sebelah padang pasir sana,tidak berawan.Mungkin sebab letak-duduk Jepun yang keliling-keliling air dan lautan,maka awan mudah terdedah pada tiupan angin,agaknya lah.Pandai jer aku membuat teori sendiri,ahak.Jadi,tidak hairan lah..siang di sini agak panas,dan malam..sejuknya boleh tahan..

Cuaca yang tidak menentukan menjadikan badan aku rawan.Dengan batuknya,sebenarnya lebih pada gatal-gatal pada kerongkong.Semalam,ketika ke convinience shop,nak mencari pil..terlupa nak beli nodo ame (gula-gula untuk kerongkong,cam vics gak la..).Hajat ke konbini nak cari panadol,tak terjual lah pulak.Aduh..Akhirnya capai setin minuman panas,buat segarkan dalaman badan.

Hidung pula,berair.Aduhai,tak selesanya.Kena bawak bersama tisu segulungan.Semalam,ketika bekerja pun gitu.ambik toilet paper letak di sisi.Ketika nak tidur,langsung tersumbat jadinya hidung,terpaksa bernafas ikut mulut.(masa tu baru insaf,terbayang..bagaimanalah kalau Allah ciptakan manusia hanya boleh bernafas melalui hidung sahaja..mungkin aku sudah tidak di sini,kan?!.)

Sambil-sambil bekerja,sambil-sambil minum air suam.Teringat pesan orang Australia di pagi hari,minum air suam banyak-banyak,dan jangan lupa makan ubat.Pula,ketika orang Australia yang sama email pada petangnya,dia tambah satu lagi nasihat (banyaknya nasihat..sama seperti opah aku.Kalau di kampung,time demam,adalah time untuk menadah telinga sebenarnya..banyak benar nasihat opah.Tetapi,padan-lah dengan aku yang liat untuk makan ubat.Terasa,kasih-sayang mencurah-curah ketika dalam demam,terima kasih.!.); "..kalau rajin.. masaklah sup,makan ok?? kena lebihkan sikit halia ngan lada sulah..."

Air suam dah minum,banyak.Ubat pun dah telan.Cuma nasihat dia suruh aku masak sup yang lebihkan pada halia dan lada sulah belum tertunai.Apapun,terima kasih atas nasihat-nasihatnya.!.Aku tahu,walaupun dia mengambil jurus niaga di sana,dia mewarisi jurus rawat-merawat dari bondanya.

Jam 12,pulang kerja.Terus ke rumah Syed,bertanyakan ubat batuk.Seingat-ingat,dia pun ada batuk-batuk baru nih.Alhamdulillah,ada.Tetapi pelik pulak aku,biasanya ubat batuk dalam bentuk cecair,tetapi yang Syed suakan pada aku,bentuk tablet.Pelik,kan?!.Dia berikan aku sepapan ubat batuk.2 biji sekali makan,3 kali sehari.Terima kasih Syed.!.

Telan ubat 2 biji,terus tidur.Sedar balik dah jam 4 pagi..mujur tak terbabas Subuh.Bangun sembahyang subuh,tarik selimut semula.Hantar c-mail pada beberapa sahabat,maklumkan aku tidak ikut serta dalam usrah pagi.Tetapi,tiba-tiba berubah fikiran,digagahi jua ke pc semula.On internet dan speaker,harap-harap boleh tumpang dengar bicara usrah.Tetapi,langsung tertidur semula.

Sebenarnya,dah lama jugak tak kena demam.Jadi bila kena sesekali,manjanya letihnya boleh tahan.Sejak dah besar tua begini,Alhamdulillah dah kurang diserang virus demam.Cuma,sokmo-sokmo tu,demam juga,demam bola.!.

Berbeza masa kecil,asal tukar musim,mesti demam sekali.Di Perlis..ada angin timur namanya,wah..kalau kena,sejuknya menggigil juga.Tambah-tambah di Subuh hari.Aha,kalau tukar dari panas ke musim angin timur tu,aku selalunya kena demam.

Dan pula,kalau dah demam,kena bawa ke klinik Menon (nama sebuah klinik di bandar Kangar).Kalau bawa ke klinik lain,hampir-hampir seperti membuang duit,kurang serasi.!.Kalau bawak ke klinik Menon,dan kena jumpa Doc Menon,kalau jumpa Doc lain pun,kurang serasi jugak.Begitu-lah adanya.

Diberi gula-gula kayu sebijik(ala..yg cam jelly sikit,dan tengah-tengah dia ada batang ..ada perisa strawberry,oren dan apa-apa entah lagi),di periksa suhu badan,ambil ubat.Balik,makan ubat yang wajib kena sertai bersama pisang ..atau pun..perlu 2,3 orang untuk berikan aku ubat..(liat makan ubat,kecik-kecik la..).Bila dah makan,selimutkan dengan gebar tebal,terlelap..dan bangun semula,sudah pecah-peluh.Sudah mulai nak kebah,dalam 2 hari..sudah pulih semula.

Aha,itu semua cerita zaman kecil-kecil.Tetapi,nyata..kenangan itu masih hijau dan segar untuk hidup,mengambil satu ruang pada sel memori.






ILHAM HAMDANI at 27.6.03

Thursday, June 26, 2003

Assalamualaikum;

separuh masa pertama

Kalau orang menawarkan pada aku sekeping tiket kosong,tanpa destinasi ..tentu aku memilih untuk ke Istanbul dan Turki.!.

Entahlah,kota lama ini terlalu menjentik-jentik aku untuk bertandang padanya.(sayang,aku kehilangan alamat beberapa teman Turki yang aku sembang-sembang di tingkat 3 MasjidilHaram,selepas tawaf sunat,hilang bersama buku catatan sehari-hari 38 hari aku di Haramain.Sayang sungguh.!.)

Kota ini terlalu unik,bukan sahaja kerna sebelah kakinya di Asia,dan sebelah lagi di Eropah,tetapi kota ini sudah sekian lama disebut Nabi saw;

"Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka(dalam erti-kata Islam menawan). Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya."

Dan,akhirnya sejarah menceritakan Sultan Muhammad al-Fatih dalam usia 19 tahun memimpin bala tentera seramai 250,000 memenuhi kata-kata Nabi saw.Tetapi,ia bukan suatu yang senang,terlalu perit untuk Muhammad al-Fateh(SMaF) dan tenteranya,termasuk terpaksa mengangkat kapal melalui daratan dan bukit-bukit,bayangkan lah.!.Diriwayatkan sedari kecil SMaF seringkali dikhabarkan tentang hadis nabi tersebut yang menguja dan membangkitkan semangatnya untuk menjadi ketua yang terbaik.

(kalau sesiapa yang ingin bertanya lebih lanjut tentang sejarah constantinople,boleh rujuk dengan enmiya.boleh kan enmiya,aku tahu kau baru jer baca tentang nih..kan enmiya,?!.)

Memetik dari Napoleon Bonaparte ; "kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Costantinople inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya!".

Nah,sejarah inilah yang menggamit aku untuk ke sana.Ya,aku memang agak gila dengan sejarah.!.Soalnya,bila?.Aku masih mengintai-ngintai peluang.!.



Sudah-lah,aku bukan nak bercerita tentang sejarah lampau.

Menginjak usia-usia remaja mulai dikenalkan dengan Mustafa Kamal Attarturk(huh,kalau bukak buku sejarah,ia dikenal "Bapa Pemodenan Turki "..).Dan lagi,aku mula membentuk idola-idola yang sesuai,tertarik dengan Necmettin Erbaakan(baca : Najmuddin Arbarkan).Lulus sebagai seorang enjiner,tetapi di atas mimbar dia-lah ulama,dan ke medan politik dia-lah yang mengatur bidak-bidak catur dalam memenangkan Islam.Kagum aku.!.

Terbaru,aku tertarik dengan penampilan "orang penjara" Recep Tayyip Erdogan(baca : Rejab Tayyeb Erdogan ),yang kini Perdana Menteri negeri Constantinople itu.

"Masjid adalah berek kami,menara itu benet,kubah itu topi besi,orang beriman adalah tentera kami."

Nah,sajak inilah yang meng"ISA-Turki"kan Erdogan 4 bulan dalam penjara,dan kehilangan layak untuk bertanding pilihanraya.Tetapi,janji Allah untuk memberi kuasa kepada orang yang benar,adalah suatu janji yang benar.!.

Sudah-lah,aku tahu kalian jelek dengan cerita sejarah,kan?!.Kalian datang ke BandarSepi untuk libur-libur,dengar cerita pasal sakura,pasal Jepun..sekali aku bawakan kalian dengan sejarah yang bosan,dan Turki yang entah hapa-hapa.Kesian kalian.!.

separuh masa kedua
Dalam bola sepak,permainan menarik tidak semestinya pemenang.Ia tidak seperti gimnas,atau wushu yang mementingkan seni.Tetapi bola yang bulat menentukan siapa yang lebih banyak golnya,dialah yang dikenang dalam sejarah yang berabad.

Sayang,Turki tunduk kepada tuan rumah Perancis 3-2.Ya,permainan..memang milik Turki.3 suku permainan menyerlahkan kombinasi mantap Turki yang serba merah dengan lambang bulan dan bintang pada bajunya,yang sedikit menerbitkan rasa bangga aku; "I'm proud to be Muslim.." (walaupun aku terpaksa menolak tepi seketika ;Turki yang berbulan-bintang pun sama seluar pendek dengan france..erkk..)

Turki memang berhak untuk dipuji.Dan,kalau-lah penalti pada minit 42 itu menemui sasaran..aku rasa seluruh Turki akan berpesta.(menurut statistik 90% dari lelaki di Turki adalah "kaki-bola".Dan lagi,di Turki..tanggungjawab nafkah rumah-tangga adalah pada isteri,sedang suami melepak di kedai kopi,main dam,sembang dan melayan shisha.Gila.!.)

Dan,bayangkan kalau Turki datang ke France dengan team yang sama ketika menyapu tempat ketiga dalam WC'02,tentu France akan menangis tadi.Ya,Turki datang tanpa separuh dari bintang-bintang mereka.Tugay,Umit Davala(penjaring kemenangan Turki ke atas Jepun),Hakan Sukur,Hassan Sas,Ilham Mansiz,Okan Buruk,dan Restu si penjaga gol cuma sesuku jalan tadi,cedera.Bayangkan kalau semuanya datang..

............................

sehari satu ilmu(solat jamak&qasar)

Soksek-soksek ..selsema.!.Cuaca yang tidak menentu,memberi kesan pada suasana dalam badan aku.Bersin dah berapa kali dah sepanjang aku dok menulis nih.Aku sudah sediakan tisu di sebelah.

Aku tidak berminat untuk bercerita tentang Jepun hari nih,cukuplah dengan Turki.



puisi sebaris
sakit adalah ubat sihat



ILHAM HAMDANI at 26.6.03

Assalamualaikum,

Rabu semalam,aha..Rabu adalah hari memugar tiram.Mutiaranya?Mengharapkan mutiara gemilang di hari yang abadi.!.

Semalam,tadarus macam biasa.Alhamdulillah,seingat-ingat aku..kehadiran semalam paling ramai.Hampir-hampir semua teman di sini datang.Pelik bin musykil gak aku,muka-muka yang jarang datang pun..tetiba nampak(sebenarnya tiada yang pelik,dan tiada yang perlu dimusykilkan,kerja Tuhan,kan?!..).Syukurlah,mudahan ini jadi satu momentum yg baik..dan bukannya tinggal sebagai sebuah monumen sejarah hitam.!.

"Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan,kemudian mengumpulkan antara bahagian-bahagiannya,kemudian menjadikan bertindih-tindih,maka kelihatan-lah olehmu hujan ke luar dari celah-celahnya dan Allah(juga) menurunkan(butiran-butiran) air dari langit,(iaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung,maka ditimpakan-Nya air itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya.Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan." (An-Nuur; 24:43)

Nah.!.Mana ada teknologi kajian tentang cuaca lagi masa tu,di masa manusia hanya pandai mengenderai unta.Kalau-lah ingin bicarakan Al-Quran ini hanyalah dongengan dan syair si pari-pari dari Muhammad ibni Abdullah,maka orang yang bicara begitu lebih jauh berdongeng.!.

Dan itulah Al-Quran,mukjizat yang sentiasa hidup.!.

sehari satu ilmu(muzik)

............................................

Semalam,tak sedar jam berapa tertidur.Lepas tadarus,balik merehat-rehat di atas sofa sambil tengok-tengok cerita orang gemuk yang berdiet untuk kurus.Wah,menarik jugak ceritanya.!.Tetapi,ini bukan sebarangan gemuk,508 kg.!.Orang yang paling gemuk dalam dunia.Dia beberapa kali melakukan diet,kurus,makan banyak semula kerana tekanan perasan kemudian rebound semula.Kalau tak salah kali nih proses dietnya untuk kali ketiga.

Dalam seronok dan tertarik,dan berminat..mata terlelap.!.Tivi tak tertutup,biar on jer..

Sedar jam 12,tengok berita sukan(dah tau,hari-hari tengok berita sukan jer,ahaks.!).Team Giant menang,untuk menidakkan kekalahan kali keempat berturut-turut.Tahniah untuk cik kemai peminat Giant,dan sesiapa sahaja yang sokong Giant.Aku,aha..Hanshin dari Osaka terus berpesta,kemenangan keenam berturut-turut.Penganalisis besball Jepun sudah menconggak-conggak kejuaraan untuk Hanshin bagi tahun nih,tak sabar aku..

Lepas sukan,tertidur semula.Sedar-sedar dah hampir pukul 4 pagi.Ya Allah,hampir-hampir nak terbabas Subuh.Mujur juga tersedar.Mungkin kebetulan,tengah berita sukan juga.Jodoh antara aku dan sukan,sentiasa berpanjangan,ahaks.!.

Selalu tu,aku jarang tidur sebelum Subuh,menanti Subuh.Subuh awal sangat sekarang nih..2:28 begitu.Jadi,bimbang terlepas Subuh,maka menanti-nanti Subuh,masuk sahaja waktu,sembahyang dan baru tidur.Tetapi,mungkin semalam agak letih,kot.

Wah,pagi nih memang sejuk.Mungkin sebab semalam,hampir-hampir separuh hari hujan meleret-leret di sini.Dua hari dulu pun begitu.Matahari hampir-hampir bersembunyi ke ceruk alam.

Jepun,bulan enam memang begitu-musim hujan.Sudah arif benar.!.Aha,tengok berita semalam..negeri Saitama,tak jauh dari Tokyo khabarnya dilanda banjir juga.Walaupun tidak lah seteruk mana,tidak seteruk banjir kilat di Kuala yang berlumpur,tetapi banjir tu,tetap banjir.

Sembahyang Subuh diselimuti gebar nipis.Sejuk.!.Angin pun boleh tahan bertiupnya.

Teringat ketika berpagi-pagi subuh di Madinah.Beginilah lebih-kurang suasananya,sejuk..kerna ditiup angin pagi.!.Di hadapan pintu utama Masjidul Nabawi,betul-betul di hadapan jalan besar tu,di depan sana,nampak berbalam-balam bukit tinggi..aku rasa angin itu datang dari sana.Dan,kebetulan jalan di hadapan Masjidul Nabi itu membentuk seperti lorong lurus,betul-betul mengadap bukit tu.Wah,angin bertiup terus,tanpa berhalangan lagi.



Subuh sendirian di rumah.Tidak ke surau,sudah hampir-hampir kesiangan.Lepas subuh,begitu dan begini.Kemudian mengutusi sebuah surat-eletronik pada teman-akrab,dan tidur semula.

Oh ya,semalam bersembang-sembang dengan 2 orang teman,dua-dua di Malaysia.Seorang teman lama,zaman muda-muda di Syed-Putra.!.Dia kirimi aku email,bercerita nak ke sini,sambung belajar.Wah,rindu aku dengan emailnya,dengan bicaranya,dan untung-nasibnya,terus aku balas dengan panggilan telefon.Terkejut dia bila terima panggilan orang jauh seperti aku.Gembira tak terkata kami.!.

Seorang lagi,teman lama di sini,sudah pulang ke Malaysia dan sekarang dalam proses untuk ke sini semula,sambung belajar.Dia minta pandangan aku tentang perkahwinan dan masa depannya.Wah,jadi kaunselor aku semalam,ahaks.!.Aku membantu lah sedaya kudrat yang terhidang pada batu jemala.Lebih-lebih,aku tidak punyai kuasa.!.

Gembira mendengar cerita-cerita teman lama,berkongsi kebahagiaan dengan mereka,ketawa senada,menangis seduka.Ah,kawan~~

puisi sebaris
renung ke langit luas,bintang kejora cahaya,ya kawan.!.



ILHAM HAMDANI at 26.6.03

Tuesday, June 24, 2003

Assalamualaikum,

Fuh,lega.!.Terima kasih angin selatan yang meniupkan awan kelabu,lalu cerahlah buana untuk mentari.Syukur.!.

...........................

Aku rasa,tak salah kan..aku mengambil kesempatan ke atas kalian.Ya,kalian..kalian yang bernama pengunjung bandarsepi,yang terus setia berkunjung ke sini,seperti setianya malam pada siang,dan setianya ombak pada pantai,waduh..puitis dong..ahaks..

InsyaAllah,mulai entri nih..aku ada sisipkan wajib-dua(wajib-satu ialah puisi sebaris yang kat bawah tu..!.), "sehari satu ilmu".Apa yang menariknya?InsyaAllah aku harap aku boleh mengambil kesempatan atas kalian,mengharapkan janji Allah di atas jalan dakwah.

Sehari Satu Ilmu ialah "copy-paste" satu,atau mungkin dua soal-jawab agama dari laman al-ahkam.Ya,aku memilih persoalan yang paling relevan,dan seringkas mungkin(InsyaAllah,tidak sampai 5 minit..percayalah.!.),dan jawapan dengan dalil kukuh.

Edisi sulung,salam&nick-name.!.Klik sehari satu ilmu

...............................

Dari selepas Zohor di perpustakaan,beberapa tugasan perlu dilangsaikan.Perut berkeroncong lagu Jepun,minta diisi.Tapi,malas nak ke shokodou(Dewan makan,maksudnya ..ke cafeteria lah tu.!.Oh ya,kebetulan bercerita soal bahasa Jepun,siang tadi aku diamanahkan sebagai dekan.Ya,dekan.!.Dekan fakulti Bahasa.Lucu?.Tidak.!.Mengambil kesempatan dari ledakan tekno,beberapa penggerak telah memulakan e-university,dan salah-satu fakulti yang ada,fakulti bahasa,dan aku..mengajar Bahasa Jepun.!.Semuanya maya,tetapi..InsyaAllah bersistematik.!.Kalau tak percaya,jom lawat,dan pengambilan untuk kelas Bahasa Jepun sedang dilakukan,percuma..kelas,InsyaAllah mulai awal Julai.)

Mula nak ajak Musa temankan makan di shokudou,dia kata..dah makan lebih awal.SMS Syed,ajak dia pulak temankan aku; "nanti la..aku ada kelas,pukul 4 ..".Aduhai..dari jam 2 perut berdendang minta diisi,kesian sang perut.Nak makan sorang?ah,malu aku.!.Hampir-hampir jam 5 baru makan,Syed yang temankan.Nasi satu bowl,sayur segar dan kentang-lenyak,ikan apa entah..(aku paling leceh,nama ikan.tak reti lah.!.) ,sup-miso(ingat lagi..aku suakan pada mama,masa mama ke sini summer tahun lepas.."ishh..takboleh la mama..bau pun dah rasa macam nak termuntah.Macam mana lah Din boleh kata sedap."..biasa-lah mama,masuk kandang kambing,mengembek..masuk kandang harimau,mati.!.ahaks..)dan secawan teh Jepun,ini diberi percuma.Semua dalam 300yen(RM9) lebih sikit.Wah,murah lah tu.Kalau kat luar,tak dapat harga tu..biasalah,harga pelajar..

Sampai rumah,dah petang benar..bergelut nak Asar.Sambil-sambil beberapa kawan-maya mengetuk "pintu rumah".Ramainya peminat,ahaks.!.Maaf lah,aku sudah ada temu janji..janji dengan Tuhan.!.

"Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku dan matiku hanya untukMu Tuhan.."

Lepas solat semua,aku sembang-maya dengan Khairusy.Ini orang sekapal dengan aku,dari Perlis jugak.Oh ya,Khairusy sebenarnya..anak sayang pada Nazel Hashim Mohamad.Kalau siapa yang ghajin baca buku cerita kanak-kanak..tentu familiar dengan nama penulis yang satu nih..(kalau nak ke lawat NazelHashim,boleh jenguk dalam capaian aku di bawah.!.)..

Kalau dah orang Perlis bersembang orang Peghelih ..apa lagi..bercanggung lah kami,ahaks.!.

Ya,satu angan-angan aku sudah menjadi fasa-dua..wawasan.!.Aku bercerita tentang ide dengan K(sebab namanya panjang sangat,Khairusy..lalu teman-teman yang akrab senang panggilkan dengan "K" sahaja..).Wah,menarik.Dan,aku harap wawasan tidak akan mundur semula pada angan-angan..sebaliknya menjadi siulan,InsyaAllah.

Bercerita tentang wawasan,nak lahirkan pusat motivasi pelajar.K bercerita,dia sudah punyai tanah ..di Batu Pahat,puncak bukit ..ada aliran sungai lagi hampir dengannya.Wah,aku kata..ini sudah bagus.Kita lahirkan AKRAB kedua,edisi oghang utagha.K bercerita dan terus bercerita.Seronok berkongsi ide dengannya..cuma,begitulah..meminjam puisi sebaris tok rimau .."alangkah indahnya kalau air liur bertukar air peluh".Ya,aku setuju 101% dengan puisi tu.Dan,aku harap mimpi kami berpaksi.!.

puisi sebaris
membina angan dalam angin selatan



ILHAM HAMDANI at 24.6.03

Monday, June 23, 2003

Assalamualaikum,

" Teman,pinjamkan aku bahumu.."

Dalam sebuah kehidupan,A meminjam bahu B untuk bertangisan padanya.C juga sama,meluahkan masalah dan beban perit sehari-hari pada B.B memilih D untuk bercerita dan beroleh secubit nasihat teman.Dan,tanpa disedari oleh B,D pula meminjam bahu A untuk menangis.

Ya,kehidupan ini sebetulnya bahu-membahu.!.

Ada teman menjadikan kita tempat dia mengadu masalah; "i need your shoulder,to cry on..".Dan,tak mustahil..kita pula mencari bahu teman yang lain untuk bertangisan padanya.Ajaib,kan?!.Hebat dan adil,kan..ciptaan Tuhan.Tuhan ciptakan 100 manusia dengan 200 masalah yang berbeza.Bayangkan kalau semua manusia ada masalah yang sama,semua bermasalah dengan kewangan,tentu yang sedia huru-hara akan bertambah-tambah huru-hara.Tetapi,Tuhan itu hebat.!.Ada manusia kurang wang,ada manusia lain kurang kasih,ada manusia yang lain pula kurang sihat.

Lalu,mereka saling bahu-membahu.!.



Semua manusia ada masalah,kan?!.Mustahil ada seorang manusia yang datang ke dunia tanpa masalah.Kalau ada orang kata gitu,aku rasa..sebenarnya dia lebih bermasalah.Dia lebih bermasalah, kerna dia tak tahu yang dia bermasalah.!.

Aku pernah kata pada seorang kawan bila dia ngadu masalah.."mana ada manusia datang ke dunia tanpa masalah..bersama tangisan pertama,sudah menanti masalah bertimbun di depan,dan bersama tutup mata terakhir,dia sebenarnya..mungkin sedang membuka buku masalah yang baru..!..".Kawan aku tu senyap jer..iyakan tidak,bangkang pun tidak..mungkin sedang memikirkan apa yang aku katakan,kot..ataupun..tak mustahil jugak ..dia tertidur sejenak..jemu dengan nasihat aku yang entah hapa-hapa..ahaks.

...Minggu sudah,aku sembang-sembang dengan seorang kawan lama,kawan yang satu waktu dulu pernah menjadi sebahagian dari hidup aku masa kecil(kau ingat tak lagi..kita sama-sama main bola perang,kau tuju bola pada aku..bedebuukk..tiba giliran aku pula,aku balas balik..kita sama-sama tersengeh melihat Wa Leha,tuk guru Al-Quran kita tersenguk-senguk mengantuk..lalu,senyap-senyap kita gi bilik air..main curi-tiang..ahh,banyak lagi lah..ya,masa tu kanak-kanak riang-rebina takder masalah.!.eh,bukan takder masalah sebenarnya..tak mengenal masalah.!.).

Kawan lama aku tu ceritakan yang dia sudah insaf sedikit,sudah jinak-jinak dengan masjid. Wah,bagus lah..kataku..!.Kemudian dia minta nasihat aku,nak bimbing housemate dia pulak. Kemudian dia tanya lagi,bagaimana dengan perubahan dia,yelah..sebelum nih orang kenal dia sebagai seorang yang agak huha-huha,tiba-tiba melekat dengan geng-masjid..apa dah buang tabiat ker apa..(ini mentaliti orang kita,kalau tengok perubahan positif,kan?!.)Aku tahu,aku tak layak untuk menjawab,sebab aku memang tak layak.Tetapi,aku tahu..dia sedang menjadikan aku bahunya untuk menangis..

...Minggu lepas,aku sempat sembang-maya dengan seorang adik..perempuan.!.Dah lama tak mendengar khabar cerita dari dia.Sepatutnya,aku kena ambil tahu juga pasal dia..sebab kami pernah sesekali ikut sama dalam program agama.Bahkan,dia banyak tolong aku dalam satu aktiviti yang kebetulan,kami sama-sama kena handle.Tapi,mungkin kesibukan dan duduk geografi yang agak jauh,tambah pula beza jantina..membataskan perkhabaran.

Entah bagaimana,terdetik untuk message adik tu,kebetulan tengok mukanya kuning menyala,tanda tengah online lah tu.Tanya tentang sihatnya,tanya pelajarannya,dan jawapannya benar-benar mengejutkan,Innalillah ..

"tak berapa sihat..bulan 8,InsyaAllah akan buat operation".
Operation?.Aku senyap seketika,speechless jugak.!.
"huh,biar betul..kenapa?"
"ada sendi yang tidak kena..maaf,kerana tidak dapat sama dalam program agama tu nanti.."
"tak per,dah tu sekarang nih..ok?sementara nak tunggu operation?"
"boleh la..tapi,bertongkat ke sekolah.."
Bertongkat ke sekolah?.Aku senyap lagi,over-speechless.!.
"tetapi,syukur juga dengan sakit nih..kurang-kurang ia mengingatkan saya pada Tuhan..mungkin banyak yang tersasar dan tersimpang dariNya.."

Adik,kau terlalu kuat.!.Aku sendiri tak pasti,bagaimana kalau diuji begitu,syukur,atau kufur...na'uzubilllah.!.

Adik,pinjamkan aku kekuatan itu,nanti aku abadikan kekuatan adik untuk seluruh pengunjung bandar yang serba-sepi ini.

...Minggu dulu,seorang kenalan-maya minta tolong dengan aku,tanya tips belajar.Aha,aku tahu aku memang tidak layak.Agaknya kenalan-maya aku tu ingat..semua yang duduk obe-c semuanya pandai belajar kot,ahaks..Tetapi,aku tidak-lah menjawab begitu.Ya,sebab aku tahu dia ingin menangis pada bahu aku.!.

Aku jawab lah sebaiknya,bawak keluar habis segala teori yang aku,entahlah dia boleh praktikkan atau tidak.Yang aku tahu,aku sendiri tak mampu semuanya,ahaks.(teori itu sekadar ilmu pada aku,tidak sampai tahap amal lagi..nak buat camne,susah .!.)

Wah,banyaknya teman-teman yang meminjam bahu aku untuk mereka menangis,terasa-rasa tidak terpikul lagi.Tetapi,aku tak kisah,sebenarnya.!.

Berceritalah,kalau kalian rasa aku tempat paling sesuai untuk kalian berkongsi masalah.Luahkan-lah,kalau aku layak untuk kalian menangis terbahak bersama,atau ketawa teresak bersama.Aku sedia untuknya.!.

Dan aku juga tahu,Tuhan itu adil,bahkan Maha Adil..aku tahu mungkin di luar sana..sedang menanti bahu-bahu yang aku akan menangis pula pada mereka.

Sungguh,manusia ini sebetulnya saling bahu-membahu.!.



puisi sebaris
menangis adalah ketawa yang cemerlang




ILHAM HAMDANI at 23.6.03

Sunday, June 22, 2003

Assalamualaikum,

Seseorang yang pernah menjadi lagenda ketika usia mudanya,tidak semestinya akan terus berlagenda selamanya.!.

Siapa yang tidak kenal dengan Zico?Satu nama megah dalam dunia bolasepak,kelibatnya sentiasa menjadi "nightmare" bagi penjaga gawang lawan.Membawa Brazil dari satu puncak pada puncak gemilang yang sambung-menyambung.Tapi,itu zaman mudanya,zaman sebagai pemain.

Jepun kalah lagi.!.Maka,berakhirlah Asia untuk orang Asia(ini kata-kata enmiya).Dan jurulatih yang membawa kekalahan itu ialah Zico.!.

Tentu peminat Jepun akan terrindukan pada sentuhan orang Perancis semula,kan.!.

Geram.!.Kalah 1-0 kepada Colombia subuh tadi menutup langsung sisa perjuangan Jepun.Ketiadaan bintang utama Nakamura dan Inamoto tidak boleh dijadikan alasan,bolasepak bukannya "one man show".!.

...................................

Semalam?Semalam sudah menjadi kenangan.Esok,menjadi impian.!.

Pagi,ke kelas bahasa arab.Banyak pula yang Qusai ajar,yang minggu lepas belajar ganti diri pun masih tak terhafal.Aduh,susahnya.!.Tapi,menarik gak belajar..Semalam sudah masuk pelajaran tentang kata-perbuatan.Kepala makin serabut,tapi InsyaAllah ..rasanya tidak luntur lagi.

Lepas habis kelas bahasa arab,budak lain ramai yang bergerak ke gym,main futsal.Aku malas nak pergi,banyak lah alasannya.Paling-paling..takder kasut yg best.!.Kalau boot bola tu..ada lah 2 pasang.Tapi,takkan lah main dalam dewan nak pakai kasut tu kott..Harap-harap punyai masa nak gi beli kasut fustal yg best.Dah lama tak turun tunjuk bakat,gian-gian.!.

Petang,lepas hantar kohai yang berdua ke eki aku singgah ke kedai.Beli sayur,air,telur dan stok makanan yang lain.Malas nak kedai sokmo-sokmo.Bukannya apa,setiap kali masuk ke kedai,mesti terlebih budget.Dok bayang nak beli yang perlu-perlu,tapi bila dah melangkah masuk tu..faham-faham jer lah..yang 500yen,jadi 1000yen.So,cari selamat..masuk sekali..beli banyak-banyak..stok untuk seminggu.Lagipun,takyah berulang kali ke kedai.Jimat masa,tenaga.!.

Aha,kalau minggu lepas nampak durian yang berharga RM60,semalam ..nampak buah manggis pulak dijual di kedai yang sama.Wah,terliur jugak dibuatnya.Seingat-ingat dah bertahun juga tak merasa,balik tahun lepas ..kebetulan luar musim..mana nak carik.Tetapi,manggis nih..tak dijual selonggok-selonggok cam Malaysia tu..tapi sebiji-biji..dan harga dia,takder lah mahal sgt~RM15(ringgit malaysia : lima belas sahaja.!).

Aku pun,saja buang masa..membaca apa yang ditulis pada tag buah manggis tu.Oh,rupanya orang Jepun membahasakan manggis sebagai permaisuri buah,mungkin sebab kat atas kepala dia ada macam mahkota,kot.Tapi,dalam bahasa jepun pun,masih dikenal sebagai mangosten,sama seperti inggeris.Belek lagi,mencari negara pengeluar,o..Thailand.!.Ingatkan dari Bukit Berapit ker,atau Batu Gajah ker...

Belek-belek digicam si Adam,rupanya masih ada beberapa kepin gambar yang disnap ketika hanami(tengok bunga.!.maksudnya melihat bunga sakura yang tengah berkembang) April dulu.Dan,rupanya gambar sakura yang aku minta Adam snapkan dulu,masih ada dalam simpanan memorinya.Aku ingatkan dah lama si Adam nih padamkan..Aku sendiri hampir-hampir terlupa dengan arahan permintaan aku tu.So aku turunkan beberapa keping untuk tatapan kalian.Kalau nak tengok lebih lagi,boleh lawat galeri gambar aku,di bawah tajuk sakura-sakura,atau pun..kalau nak tengok lebih banyak..datang sendiri ler ke sini.Bulan April tahun depan.!.





puisi sebaris
neraca duit ialah buku
ILHAM HAMDANI at 22.6.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.