Friday, July 04, 2003

Assalamualaikum,

Semalam,telefon ke rumah maksu,setelah hampir sebulan jugak tak dengar cerita.Hajat hati nak sembang-sembang dengan adik bongsu sayang yang baru lepas sudah peperiksaan penggal.Malangnya,Amy adik bongsu yang sudah setahun duduk di bawah jagaan Maksu takder,keluar ke surau membaca Yassin,bagitau Maksu.Katanya lagi,memang "lagu" tu depa,setiap malam Jumaat ke surau untuk baca Yassin dengan Paklong.[Paklong nih suami MakSu,sepatutnya aku panggil dengan panggilan "paksu",sedondon dengan panggilan untuk maksu,tetapi memandangkan Paklong nih bapa saudara tiri aku,dan sejak kecil memang dah melekat dengan PakLong,dah kahwin pun masih terus dengan "paklong"].Kalau Paklong balik lewat dari kerja,semua baca Yassin di rumah ramai-ramai,cerita Maksu.

Suara Maksu nampak lesu,walaupun dia cuba berlakon-lakon untuk sihat.Aku tanya Maksu; "tak berapa sihat ker?"."a'ah,baru keluar dari hospital siang tadi".Hah?!.Masuk hospital lagi?!.Kalau kalian sering ikuti catatan BandarSepi,dalam 3 minggu lepas maksu dah masuk hospital.Dan,kali nih masuk hospital lagi.Aduhai.!.Rupanya,sakit perutnya tak betul-betul pulih.Itulah yang jadi keluar-masuk hospital tu.Risau~.

Kebetulan opah ada di rumah Maksu,langsung sembang dengan Opah.Lama juga tidak bersembang dengan opah.Rindunya.!.Bercerita begitu dan begini dengan opah.Alhamdulillah,orang kampung semuanya sihat-sihat sahaja.Cuma,tuk ayah saja yang mengadu-ngadu pening kepala sikit,tapi takyah risau-lah kata Opah.Ya,risau tetap risau.!.

Tuk Ayah tu dah agak lanjut juga,dah 75 tahun lebih,kalau tak salah aku.Tapi,masih cergas lagi.Siang hari masih bekerja di kedai makan di Mata Ayer,membantu perniagaan anak saudaranya[anak saudara yang jauh..].Kalau kalian ke Perlis,tanya sahaja mana Restoran Pokok Sawa,tahu lah orang menunjuk di mana tempatnya.Masakan ala-kampung seperti keli darat,ulam pegaga sudah menjadi buah mulut,sampai ke Johor nun.!.Ya,Tuk Ayah bekerja mengambil order dan mengangkat hidang di Gerai Pokok Sawa tu.Sudah dilarang,sudah-lah..bawak-bawak berehat.Tetapi,dia balas; "tidak betah untuk berehat.Mati akal aku.!.".Akhirnya,anak-anak ikut akur dengan cakap Tuk Ayah.

Lewat petang sikit,Hoshi-san telefon minta bantu di kilang.Banyak kerja,katanya.Tolak tak kena jugak,akhirnya mengalah.Hampir-hampir Maghrib masuk kerja di kilang,itu-pun setelah tergesa-gesa pulang dari sekolah.Sembahyang maghrib di kilang,terus kerja sampai pagi.Melayan pakcik Katou sembang-sembang,bercerita tentang nak balik ke Malaysia bulan lapan nanti.Aku kata-lah,bulan lapan di Malaysia musim buah,best.!.Aku bercerita tentang buah manggis,dia geleng kepala.Tak pernah dengar,dan tak pernah nampak.Terpaksa-lah aku melukis-lukis pada dia.Bercerita buah durian,taktau jugak.Terpaksa melukis.Lukisan budak-budak,al-maklum-lah tangan aku keras,ahaks.!.~o,banyaknya buah-buah Malaysia..kata Katou-san yang baya-baya dalam 60 tahun tu.


Gambar : Bermimpi jadi tokey epal.

Bersin entah berpuluh kali.Selsema datang semula.Aduhai.Mungkin sebab sesekali terkena tempias hujan,kot.Ya,hujan turun tak reti hari.Aku pun tak faham,lain pulak cuaca tahun nih.Selalunya,kalau dah masuk bulan Julai,macam sekarang..dah masuk musim panas.Tetapi,lain pulak tahun nih.Kuasa tuhan,kan?!.

Malam nanti,sahabat-sahabat yang dari tokyo,nak datang ke sini ada usrah di sini.Jadi,hari nih ber"kawad" ke sana sini,membeli barang dan kelengkapan tetamu.Letih juga,tetapi demi tetamu yang jauh apa salahnya sesekali,kan?!.
ILHAM HAMDANI at 4.7.03

Thursday, July 03, 2003

Assalamualaikum,

Petang semalam,melakukan kerja-kerja yang jarang benar aku buat,shopping.!.

Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu,sekejap panas sekejap lain bagaikan nak hujan aku mengajak Syed untuk ke bandar Mito.Ajak jugak si Adam,tetapi ada kelas petang jawabnya.Ajak Musa,malas lah..Ya,Musa pun seperti aku juga,agak bermalas-malasan nak membuang masa(?) berjalan dari satu kedai ke satu kedai membelek-belek barang.[aku terbayang memekan muka cik-cik gadis pembaca yang tidak setuju dengan aku yang agak anti-shopping,ahaks.!]

Nak tak nak aku terpaksa ke Mito juga untuk shopping.[bandar Mito nih ibu negeri bagi negeri aku,jadi kalau ke sana deretan kedainya lebih happening berbanding dengan bandar hitachi aku yang dekat nih..].Aha,aku nak mencari sepasang kasut untuk futsal.!.Hujung minggu nanti,ada perlawanan futsal di sini,3 penjuru,Malaysia,Brazil dan China.Itu yang aku memaksakan diri untuk pergi beli kasut tu.Sampai ke Mito nun aku pergi..

Dalam kereta sembang begitu dan begini dengan Syed,demi memotong kebosanan memandu di jalan-jalan Jepun.Apa lagi,kalau bukan masalah kesesakan jalan raya.Aduhai,bosannya.!.Aha,hari nih aku memandu kenderaan sendiri,bukannya meminjam MR2 si Adam lagi.[aha,nampak ramai minat dengan MR2 ya,sampaikan ada orang tu nasihatkan dengan aku,jangan bawa balik MR2 ke Malaysia,nanti dikerumuni anak gadis,ahaks.!.]


Gambar : Menara ini dinamai dengan Art Tower,kiranya menjadi mercu tanda bagi bandar Mito.Boleh naik sampai ke atas dengan lif,aku naik masa aku tahun satu..lawatan sekolah.Kalau sampai ke puncak,boleh lah lihat hampir keseluruhan bandar Mito.

Dalam sejam begitu,sampai ke Mito.Sengaja memilih untuk parking tak jauh dari eki Mito.Dan,kemudian berjalan kaki merentasi deretan-deretan kedai.Wah,dah lama benar aku tidak ke sini,lebih dari 2 tahun.Kalau datang ke sini pun,sekadar lalu,tetapi tidak berhenti untuk aktiviti membeli dan membelah.Nampak benar aku yang kurang minat bershopping ,
kan?!.

Sambil berjalan mencari kedai sukan,sambil bersembang dengan Syed.Sebenarnya Musa dan Rashdan sudah datang ke kedai sukan yang sama 2 minggu lepas,juga membeli kasut futsal.Jadi mereka lah yang mencadangkan kami ke sini.Pula,aku dan Syed tak tau sangat kedai,hanya menerima petua-petua dari Musa bagaimana nak cari kedai tu.Aduhai.!.

sehari satu ilmu,bersanding&Talkin

Bandar Mito sentiasa hidup dengan manusia yang bertali-arus.Dan,kalau petang-petang begitu,seringkali benar berselisih-selisih dengan kumpulan-kumpulan pelajar sekolah menengah tinggi Jepun.Mereka baru lepas sekolah,tetapi tidak langsung pulang.Ada yang berlegar-legar membeli itu dan ini,dan ada jugak terperasan sepasang dua yang sedang date di restoran-restoran yang agak tersorok.Ah,budak-budak muda di mana pun sama sahaja,kan?!.

Setelah tersesat agak jauh,dan beberapa kali telefon Musa semula untuk petunjuk jalan,baru lah berjumpa.Lenguh jugak kaki,tambah lagi jarang-jarang berjalan jauh semata-mata untuk tujuan ushar-ushar barang begitu.Masuk jer kedainya,aku terus sambar sepasang kasut Adidas,sedang Syed masih tercari-cari saiz yang sesuai.Lama jugak,sempat lah aku menonton rakaman bolasepak Cameroon lawan Colombia di Prenacis bari-baru nih.Aku dah tengok dah,cuma aku lebih terfokus kot-kot kalau ditayangkan scene pemain Cameroon si Foe yang rebah lalu mati tu.Takder lah pulak.!.


Gambar : Ini ialah gambar bunga hydrangea.Apa ya,kalau dimelayukan?..Bunga ini jadi bermusim ketika bunga Jun dan Julai begini di kawasan Mito nih..

Setengah jam dalam kedai,segalanya selesai.Kasut aku 3000yen(RM90),sedang kasut Syed 5000yen(RM150),mamat tu bayar pakai kredit kad.Katanya,duit dalam pejabat pos tak sempat dikeluarkan tadi.

Sebelum pulang,singgah di kedai ayam,milik bro Pakistan.[kami senang memanggil kedai nih dengan Pakistan shop sahaja.!].Kedai ini adalah di antara beberapa tempat yang boleh beli ayam halal,ayam yang diimport.Aku beli banyak kali nih,30 ekor.!.Aha,banyak,kan?!.

Hujung minggu nanti,kami di Hitachi jadi tuan-rumah untuk usrah peringkat kawasan Tokyo.Jadi,ramai-lah teman-teman dari kawasan lain yang akan datang dan bermalam di sini.Dah nama pun tuan-rumah,kena-lah sediakan makan minum semua.Itu-lah yang terpaksa beli sampai 30 ketul tu.Pulak,petang ahad cadang-cadang tu nak adakan BBQ sekali.Jadi kena beli lebih-lah.

Bila dah beli lebih,aku minta murahkan sedikit harganya dari bro Ali si tuan kedai tu.36 ekor[Syed beli untuk kegunaan sendiri 6 ekor] aku beli dengan harga 14,000yen(+/-RM450).Penuh bonet kereta dengan ayam sahaja.Borong ayam aku hari nih.!.

Dalam pada tu,Ishimura-san mamat Jepun yang kerja dengan Yahoo BB,syarikat internet menelefon beberapa kali,nak datang ke rumah.Nak bincang tentang sambungan internet dan lain-lain.Aduhai,aku jadi serba-salah pulak.Yelah,dah lah aku sendiri terkejar-kejardi Mito,sedang dia pulak nak bertanya itu dan ini di rumah.Beberapa kali aku mohon dia datang lewat sedikit.Mujur dia boleh bertimbang-rasa.

Sebelum pulang,singgah ke kedai beras dekat dengan Ibaraki University,kampus utama.[universiti aku ada 3 kampus.Satu di Mito,kampus utama.Di Hitachi,kampus untuk kejuruteraan,dan satu lagi di Bandar Ami,untuk kursus pertanian].Malangnya kedai beras tu tutup.Akhirnya tak jadi beli beras,terus balik.[bebudak Malaysia di sini lebih suka dan serasi dengan beras Thai,jarang yang makan beras Jepun,kecuali betul-betul keputusan beras.]

Sampai Hitachi dah pukul 8.Langsung ke surau untuk maghrib,dan sambung dengan tadarus Al-Quran.Lepas tadarus dan Isyak semua,membahagi-bahagikan ayam yang 36 ekor untuk disimpan oleh setiap orang.Yelah,mana nak muat kalau sorang nak simpan semua sekali,kan?!.Jadi,dapatlah seorang sikit,ada yang 3ekor,ada yang peti sejuk besar..kena paksa ambil sampai 6 ekor.Sabtu nanti baru dikumpulkan semula ayam-ayam tu.




ILHAM HAMDANI at 3.7.03

Tuesday, July 01, 2003

Assalamualaikum,

Hari ini mentari sudah mulai bekerja semula,setelah berhari-hari bercuti.Al-maklum-lah bumi sakura dilimpahi hujan,hujan rahmat..mungkin.!.Dan,Alhamdulillah demam aku pun sudah beransur pulih,berkat nasihat dan doa kalian,mungkin.Dan,yang pasti nikmat dari Tuhan.!.

Semalam,melawat-lawat ke kilang buat kamera yang aku beritahu kalian sebelum nih.Bukan lawat apa sangat pun,dilayan untuk makan-makan yang lebihnya,domo arigato.!.Isteri manager yang baya-baya opah sibuk melayan dengan aneka makanan ringan dan teh Jepun.Kebetulan juga masa aku datang tu,ada kumpulan pekerja dari syarikat lain yang sedang memindahkan barang,jadi semua sekali dilayan untuk makan dan minum.Sebelum pulang,aku diberikan secawan jeruk buah,asam sakurang-bo.!.

Kilang tu lebih pada kilang keluarga sebenarnya.Lagi pun,memang betul-betul di belakang rumah manager tu.Kira-kira macam bangsal kilang lah.Tetapi,mesin yang ada,banyak jugak.Boleh tahan lah banyaknya.Sambil-sambil tu,boss tua yang baik tu menunjuk-nunjuk aku apa kerja yang dibuat di kilang tu.Banyak juga,pening juga untuk menguasai semua ilmu dan kemahiran itu.Pekerja,semuanya makcik-makcik..adalah dalam 10 orang.Yang pakciknya,ada kot 2 orang.Wah,kalau ada kerja di sini..memang jadi anak mereka lah aku.Tambah lak,kalau pandai melayan.

Manager tua yang namanya Senda-san itu benar-benar mengharapkan aku membantu di kilangnya yang itu.Katanya,sekarang sehingga bulan 10,pesanan untuk alatan dalam kamera dan barangan untuk brek kereta Mazda memang benar-benar banyak.Katanya lagi,syarikat yang beroperasi di China dan Thailand tidak mampu memenuhi pesanan yang meningkat mendadak.Aku jadi serba-salah.Tambah lagi,kerjanya siang hari,sedangkan aku jua ada tugasan di sekolah.Entah-lah,aku cuba menyelesaikan sebaiknya.Yang mampu aku tolong bantu,aku mencuba seada yang mampu.

Aduhai,rumah jadi tongkang terbalik untuk sementara nih.Roy dalam proses nak pindah-masuk ke rumah aku.Jadi,banyak-lah barang-barangnya masih belum tersusun di tengah-tengah ruang rumah.Aduhai,melihat barang yang penuh sudah satu keletihan.Cuma,kesabaran dan kesefahaman perlu ada.Dan,itu-lah yang aku cuba pujuk diri.InsyaAllah,nanti bila semuanya selesai..rumah aku akan kembali pada syurganya kembali.

Aha,satu lagi..aku sudah tidak punyai talian untuk internet.Masalah jugak tu,tapi masalah yang sementara,InsyaAllah.Sebenarnya,aku tengah dalam proses nak tukar dari talian yang aku guna sekarang kepada talian Yahoo BB.Yahoo BB nih paling banyak digunakan mutakhir nih.Banyak-lah kelebihannya,dan yang paling best ,ditawarkan panggilan telefon percuma sehingga 50,000 yen(RM1500).Wah,itu yang membuatkan ramai yang berebut-rebut tu,termasuk lah aku,ahaks.!.

Mungkin proses nih sampai 3 minggu,atau sebulan.Maka,antara tempoh tu,aku akan gunakan internet di sekolah,atau pun menumpang di rumah kohai.Tetapi,InsyaAllah aku tidak akan hampakan kalian.Itu janji aku.!.

Oh ya,aku juga tengah mencari-cari "lubang" untuk beli laptop.Bukan apa,aku jenis manusia yang selalu bergerak ke sana sini,sekejap ke program sekejap berjalan ke tempat orang.Maka,kalau ada yang brief-case begitu,lebih mudah untuk dikelek.Itupun,bergantung pada harga,kalau mahal sangat,erkk..terpakai memilih untuk komputer-meja jugak,aduhai..




ILHAM HAMDANI at 1.7.03

Monday, June 30, 2003

Assalamualaikum,

Sudah lah,asyik-asyik bercerita pasal demam,hajat hari nih nak bercerita pasal lain pulak.

Sedari awal pagi,guruh berdentum dan berokestra di atas langit(satu fenomena yang agak janggal di sini.!.) ,menjelang petang baru luruh segala isi langit.Hujan cukup lebat.!.Dalam perjalanan ke tempat kerja,pandangan ketika memandu benar-benar terganggu.Nampak cerah satu macam jer.Sudah lah hari nih meminjam kereta Adam yang manual ke tempat kerja,makin janggal jadinya.Kereta sendiri dipinjam Roy untuk angkut barang yang sedang dalam proses pindah-barang.

Aha, memandu MR2 tu hari nih..jangan taktau.Aku rasa,kalau aku di Malaysia..tak merasa lah nak bergaya dengan kereta sport mewah sebegitu.Tetapi,bila dah rezeki tercampak ke negeri murah kereta begini,kereta-kereta begitu dah jadi seperti barang mainan pulak jadiknya.Sungguh.!.Kekadang ada budak yang buang kereta begitu sahaja bila habis cukai jalan,bayanglah tengok.!. Sayang tu,memang lah sayang..tapi bila bandingkan dengan nak renew cukai jalan,lagi baik beli kereta second-hand yang baru.Mungkin kena tambah lebih lah sikit wangnya,tapi lebih puas hati.Akhirnya,kereta yang masih "sugar-bugar" tu dibuang ke tepi-tepi hutan sahaja.

Ketika bekerja tadi,shachou(Manager,dia jarang datang ke kilang tempat aku kerja,sebab dia banyak handle kerja di kilang utama.Kilang yang aku kerja tu,lebih banyak di bawah kendalian buchou=pengurus bahagian) menelefon aku.Rupanya,dah banyak kali dia cuba hubungi aku,tetapi gagal.Entah-lah,katanya tak dapat nak call.

Rupanya dia nak suruh aku ke ke kilang yang satu lagi,kilang buat kamera.Katanya,kerja di sana banyak menimbun,dan kalau aku minat,aku nak dipinjamkan ke kilang yang sana.Aduhai,aku berbelah-bagi.!.Akhirnya,aku memberi jawapan;tengok-lah dulu.Kalau aku berminat,dan aku akan ke sana.

Hati aku memang tertarik untuk ke kilang sana,bukannya apa,paling kurang aku boleh menimba pengalaman yang baru.Wah,pengalaman begini bukan senang nak datang sesekali.Orang lain,ada yang terpaksa buat lawatan sambil belajar semata-mata nak tengok bagaimana operasi kilang,sedangkan aku peluang datang di depan mata.Cuma,aku tak mahu terlalu ghairah.!.

.........................

sehari satu ilmu,minyak wangi&minyak rambut

Sejak beberapa hari yang tidak terarah,aku ketinggalan memberikan kalian dengan sehari satu ilmu.InsyaAllah,aku percaya keadaan sudah hampir kembali pada normal(trimas pd semua yang memberikan nasihat dan doa.!.),maka aku pun kembali menghiaskan bandarsepi dengan manfaat yang lebih.

.........................

yang sinis yang bengis

Aha,seperti biasa aku menyelak halaman demi halaman berita internet,daripada akhbarnya hinggalah kepada kumpulan-kumpulan yahoogroups.Dan,aku melihat ramai juga yang terseret untuk menjadikan perkahwinan "di-raja" antara Prince of Yusri Abdul Halim dan Princess of Wan Fazira Wan Chik sebagai tajuk utama.Bahkan,Berita Harian menulis perkahwinan serba lengkap itu sebagai perkahwinan Charles-Diana edisi kedua.Cuma,aku bicara sendiri; "jangan ada kematian tragis Diana untuk edisi kedua ..sudah lah.!."

Tidak,aku tidak berhajat membawa lensa fokus aku untuk melihat kemeriahan perkahwinan maha-hebat itu.Kalau kalian nak begitu,aku rasa BandarSepi tidak menyediakannya.Maaf.!.

Aku lebih berminat untuk melihat perkahwinan Erra-Yusri(EY) sebagai mengesahkan lagi teori betapa idealogi barat(baca : Yahudi) meratah orang timur melalui 3M;Media,Music,Money.

Aha,aku harap tidak ada di kalangan pembaca yang membaca sampai di sini sahaja,dan berkata,"bosannya.!".Tolonglah,tolong lah habiskan pembacaan kalian.

Barat memulai dengan media untuk membenam bangsa Timur.Nah,tengoklah dalam Malaysia sendiri,majalah apa yang paling laris jualannya.Aha,mangga muda.!.Mangga(kenapa dinamai "mangga" ya?) dan URTV laris seperti pisang panas.Dan,aku percaya perkahwinan "di-raja" ini tentunya akan menambah kantung Kumpulan Karangkraf melalui buah mangganya,ahaks.!.

Media sahaja tidak cukup,mereka memerlukan kepada pembinaan pengaruh.Maka,mereka lahirkan idol-idol di kalangan artis dan pemain muzik.Anak muda sudah sebati dengan artis.Apa yang artis pakai,mereka mahu pakai.Mungkin ada yang sudah berangan untuk menyarung pakaian ala-indian EY untuk perkahwinan mereka.Siapa tahu,kan?!.Itu-lah kuasa yang ada pada artis dan muzik.Tahniah.!.

Dan,di belakang sekali ialah kewangan.!.Untuk menggerakkan media,perlu pada wang.Penulis akan mogok tanpa wang.Pemuzik akan mengamuk kalau tidak dibayar royalti.Nah,wang adalah ratu-dunia.!.

Ya,pakej 3M tajaan Barat (sekali lagi dibaca dengan :Yahudi) benar-benar lengkap,sama seperti lengkapnya perkahwinan "di-raja" Erra-Yusri(aha,sampaikan honeymoon ke Sweden pun khabarnya ada yang menaja,bertuahnya jadi artis,kan?!..erk..).

Ok,selamat menjalani hidup sebagai suami-isteri untuk Erra-Yusri.!.

puisi sebaris
menunggu timbulnya pak-pandir bersama labu-labunya


ILHAM HAMDANI at 30.6.03

Sunday, June 29, 2003

Assalamualaikum,

Hari Isnin,memang rasa tak bermaya untuk bangun tidur.Sisa demam masih melekat dan merangkul-rangkul.

Semalam,lepas Subuh dengan Syed,dia jemput aku dinner(aha,memang style kami sikit,makan malam tu lewat benar,pukul 2,3 pagi,dah jadi macam sahur pulak.Mana tidaknya,masa awal tu.."melantak" roti lah,biskut lah..maka,nasiknya terlewat-makan jadiknya) di rumahnya,sambil-sambil menonton cerita If You Catch Me lakonan Tom Hanks dan De Caprio.Dah tengok dulu sekali,cuma tengok begitu-begitu,sambil-sambil buat kerja.Semalam,tengok lagi.Itupun tak habis,masing-masing mengantuk.

Semalam,juga rasa-rasa nak menelefon mama di Malaysia,rindu rasanya.Tambah-tambah dalam keadaan begini,mendengar-dengar suara mama,seperti membelai-belai manja anak manjanya.Tetapi,malangnya talian untuk panggilan antarabangsa,aku masih belum reload lagi.Yelah,bilanya aku nak ke konbini untuk reload,sepanjang hujung minggu rehat-rehat depan tivi sahaja.Ada juga c-mail Syed minta dia tolong reloadkan,dia balas.."tak cukup sen.!.".

*Saat aku menulis entry hari nih,Roy tgh in process nak pindah duduk sekali dengan aku.Dah tu,baru jer aku dapat c-mail dari Syed,"kalau nak makan,gi lah makan kat rumah aku.Aku dah balik lunch dah tadi".Aduhai,susahnya nak dapat kohai yang baik sampai begini.Jadi,terharu pun ada.Tetapi,begitulah.."orang berbudi,kita kena berbahasa balik dengannya.."

Pagi tadi,beberapa deringan telefon benar-benar mengganggu tidur.Pula,bunyi "ding-dong" suara YM mencelah-celah,cukup membuatkan tidur ku kurang selesa.Baru teringat,semalam..sebelum Subuh,aku ada join satu usrah-net dari sahabat-sahabat di US,jadi aku gunakan speaker.Kemudian,bila Subuh,aku terus ke surau,dan tinggalkan YM tu online begitu,dan speaker pun on jugak.Jadi,setiap perubahan dalam YM(org masuk-keluar,ada org beri msg dan lain-lain) semuanya memberikan sign bunyi pada aku.Aduhai.!.

Akhirnya aku mengalah juga,menjawab beberapa msg dari teman-teman di YM.Bila dibelek,banyaknya yang menyapa.Maaf-lah pada yang tidak sempat aku jawab.!.Akhirnya,aku memilih untuk sembang-sembang dengan teman-akrab dari bumi Kangaroo.Dia dah mulai bercuti untuk musim sejuk.Katanya,tidak ke mana,bersenag-senang di Melbourne sahaja,sambil-sambil membantu teman serumahnya menulis tesis PhD.Jadi,bila orang bercuti,banyak lah masa luangnya.Lama juga bersembang tadi,setelah sekian lama tidak bersembang di YM.

Aku pelawa dia untuk jadi penulis tamu di BandarSepi.Dia boleh berkongsi hidup sehari-hari di sana.Jadi,kalian juga yang untung.Sekali kalian menjengah ke sini,kalian boleh berkongsi pengalaman hidup di tanah sakura,dan sekali-sekali yang lain mendengar celoteh dari bumi kangaroo.Tetapi,entahlah..nanti dia akan fikir-fikirkan.Katanya,dia tidak pandai memainkan bahasa,aduhai..!.





ILHAM HAMDANI at 29.6.03

Assalamualaikum,

Semalam,menghabiskan sisa-sisa hari di penghujung Jun dengan berlepak-lepak baring di atas sofa.Demam,meragut seluruh semangat.!.

Ya,seharian hari Sabtu tu aku baring kat atas sofa,tak buat satu benda langsung.Memang.!.Dah berlama-lama sihat,datang demam sekali ..langsung KO jadinya.Seingat aku,ini kali pertama sejak 4 tahun aku di sini kena demam selsema sebegini,sampai KO,ahaks.Teringat,semalam sembang dengan seorang teman,aku ceritakan dalam 4 tahun ini kali pertama kena demam,dia terkejut.Dia balas balik; "pakai spralina?(aku tak tau eja sangat,sebab not too concern)".Ya,aku tak pakai apa-apa pun,sihat tu datang dari Dia,dan sakit pun dari Dia,kan?!.Cuma,satu jer petua aku,kalau yang sakit batuk sikit-sikit tu,aku jarang nak berlekas-lekas makan ubat,aku selalu ingatkan diri..biar antibodi badan lawan dulu.Kalau antibodi badan tak terdaya,barulah bantu dengan ubat.

Teringat aku ketika sembang dengan emak angkat Jepun dulu,aku ceritakan padanya sejak datang ke Jepun tak pernah sakit demam yang teruk(alhamdulillah.!.).Terkejut dia.Aku kata-lah,mungkin cuaca di sini nyaman,atau pun kurang pencemaran.Dia angguk sahaja.

Hari Sabtu tu,aku berehat betul di depan tivi,aku biarkan on sahaja tivi tu.Kalau rasa nak tidur,aku pejam mata.Dah jemu tidur,celik mata,tengok tivi semula.Mujurlah hari sabtu tu,kebetulan banyak program-program sukan di tivi,tidaklah terlalu bosan.Itupun,kebanyakkanya aku tengok separuh jalan,kemudian tertidur.Bila sedar semula,sudah beralih program tivi yang baru.Ingat lagi,ada Tenis Wimbloden Open,ada golf Mizuno Open,pastu ada 2 channel tivi yang tayangkan besball secara live.Wah,aku layan semuanya.!.

Hanya sesekali bangun untuk solat,dan kembali semula atas sofa depan tivi.Makan?Selera makan agak tumpul.Sesekali mengunyah roti kelapa.Terbayang juga epal yg seplastik di dalam "gobok",cuma bila mengenangkan batuk yang teruk,niat itu terpaksa ditangguhkan seketika.

Betul,ketika sakit begini ingatan selalu terbang ke kampung halaman.Wah,alangkah indahnya kalau berada di sisi opah.Opah akan "jelum"(ini rasanya bahasa org utara,ambilkan sekeping kain yang dibasahkan dan diletakkan atas dahi untuk mengurangkan suhu badan),kemudian opah akan makankan sup ayam,dan aku pun rela-paksa kena makan juga.

Aha,seingat aku ..sepanjang hidup aku belum pernah demam di bawah tangan mama lagi.Tidak-lah bermakna mama tidak sayang aku,atau mama tidak caring,tidak.!.Cuma,aku di bawah tangan mama ketika dah besar panjang,selepas SPM baru lebih dekat dengan mama.Dan,masa tu sakit demam nih dah makin jarang.Jadi,mama tidak punyai kesempatan untuk menjagai aku ketika demam.Tetapi,itu tidak lah bermakna aku akan lepas tangan kalau mama demam nanti-nanti,InsyaAllah mudahan tidak.!.

Sebelah malam,mengagahkan diri juga ke rumah Qusai.Mulanya ingat nak menumpang kereta kohai sahaja ke rumah Qusai untuk Ziarah&Usrah,tetapi mereka bertolak terus dari gelanggang besball(di sini ada gelanggang besball berbayar,disediakan kayu pemukul dan bola besball kita boleh laraskan mengikut beberapa kelajuan,cthnya paling rendah 70km/j,paling tinggi 140km/j,kot..aku pernah sekali jer ke sana,itupun tak main..gerun tengok kelajuan bola,serasa-rasa cam nak mengena badan sendiri jer..).Nak tak nak kena drive jugak ke rumah Qusai.Tidak-lah jauh sangat rumah Qusai,sekitar 10 minit dari rumah aku.

Sembahyang maghrib di rumah dulu,sebab dah agak lewat,sudah jam 7:30 masa tu.Hantar c-mail(sama spt sms di malaysia) pada Marlina,kohai perempuan aku,bertanyakan mereka yang nak ke rumah Qusai.Tak berbalas.!.(rupanya c-mail aku yang tak boleh masuk dlm msg-box dia,aku perasan masa kat rumah Qusai.),akhirnya aku sendirian ke rumah Qusai.

Bertembung dengan bro Rames sekeluarga di parking lot dan beriringan masuk.Rupanya bro Ismail,imam Surau Mito ada sama dalam majlis malam tu.Dah lama tak jumpa dengan bro dari Arab Saudi nih,kali terakhir ketika BBQ 3 bulan dulu,agaknya.Aku pun dah ingat-ingat lupa.Bro Shafeq pun dah lama sampai.Sedang rancak bersembang-sembang dengan bro Ismail.Aku duduk,dan tidak ikut sangat perbincagan mereka.Sepatah yang ditanya,sepatah yang aku balas.Mood kurang baik.!.

Baru sampai,Qusai bagitau Marlina&the gang(kohai aku yang dua lagi,Fauziah dan Sheda) minta jemput di Taga eki.Lalu,Qusai minta bro Rames yang jemputkan di eki(stesen keretapi).Sementara menanti-nanti kumpulan perempuan sampai,kumpulan yang main besball sampai,riuh jadi rumah Qusai.Mereka bersembahyang maghrib jemaah.

Lepas semua tiba,Qusai bacakan sikit artikel dari Imam Ibnu Qayyum,tentang kepentingan masa.Mendengar-dengar sambil mata sesekali pejam-celik.Kena alert juga,kata Qusai selepas habis semua nanti,dia akan minta semua orang beri respon pada artikel tu.Wah,bahaya tu buatnya terlepas leka.Lama juga,adalah dekat 15 minit.Kemudian seorang demi seorang kena beri respon.Macam-macam ide datang dari setiap kepala.Aku?Aku berikan ide tentang masa ketika dalam tandas.Membaca lah untuk membuang masa ketika dalam tandas.Aku dah bercerita 2 minggu yang dulu,kalau tak salah.

Lepas habis semua,sembahyang dulu.Aku ingat nak makan dulu,perut dah berkeroncong lama sebenarnya.Tak per,sembahyang dulu.Lepas sembahyang,barulah sessi makan-makan.Nasi beriani ala-Jordan masakan sister Arwa,memang betul-betul membuka selera.3 talam besar untuk 9 orang. Dan,aku tengok semua orang bertambah 3 kali,termasuk juga orang yang demam,ahaks.!.Ada epal,dan di hujungnya ada kuih kacang masakan orang Jordan.Pun,sedap.!.

Lepas makan,ada sembang-sembang lagi.Aduhai.Aku benar-benar tak bermaya,serasa-rasa nak berbaring sahaja.Sudah-lah kekenyangan yang amat,hidung yang sokseksoksek,memang tidak berselera untuk ikut sama dalam perbualan mereka.Aku jadi manusia yang paling sedikit bercerita.!.

Pukul 11:30 baru balik,sampai di rumah,terus rebah semula di atas sofa.Berehat~



ILHAM HAMDANI at 29.6.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.