Saturday, July 12, 2003

Assalamualaikum,

Ah,bukan hari-hari ada catatan menarik,kekadang tu hari menjadi terlalu sepi dari peristiwa yang berbekas,kan?!.Bahkan,hari yang berlalu sepi tu terus terlalu suram,ya..suram seperti hari-hari terakhir aku di sini,hujan..hujan..dan hujan.Dan hari sepi dan suram tu,lebih-lebih lagi kalau hari cuti..

Semalam,hari Sabtu tak banyak yang aku buat.Aku lepak jer,aduhainya bosannya.!.Hati terasa jugak nak menjenguk ke pantai yang dekat tu,terasa-rasa macam nak bermasak soba [ mee kuning Jepun] di tepi pantai,tetapi cuacanya mendung semacam jer.Bimbang-bimbang juga,baru bersiap nak panaskan BBQ set [ ya,kami masak soba di atas plate besi BBQ],dibuatnya hujan datang mengganggu.Akhirnya,sehari hanya duduk di rumah,menanti petang datang,sebab petangnya dah janji dengan bro Shafeq Pakistan untuk makan-makan di rumahnya.

Aha,minggu nih giliran berziarah di rumah bro Shafeq tu,dia dah jadi single-mingle sekarang nih,sejak isteri dan anak-anak pulang terus ke Pakistan.Kesian dia,sunyi sepi jadi hidup sehari-hari..teringatkan keluarga yang jauh.Apa nak buat,kan..demi untuk pelajaran anak-anak,terpaksa lah ibu bapa terpisah sementara.

sehari,satu ilmu

Malam,ke rumah Syafeq.Pun,tidak banyak sangat yang menarik untuk dicerita-ceritakan.Sebelum isyak dan makan-makan,Bro Qusai bercerita tentang menjaga mulut.Ops,bukan bicara pasal kesihatan lah,bercerita tentang dosa yang banyak dari mulut dan lidah.Aduhai,berapa banyak-lah dosa yang datang dari lidah yang satu nih..asta'firullah.

"Orang tidak akan tahu kebodohan anda,sehinggalah anda membukakan mulut anda."

................................

Pagi Ahad,terasa malas benar nak bangun.Tetapi,kena paksakan diri juga untuk bangun,ada kelas Bahasa Arab.Dah dua minggu akuskip kelas arab,nanti banyak pulak tertinggalnya.Paksakan diri untuk bangun,minum setengok jus limau.Aha,awal pagi dah minum jus,kesihatan,beb.!.

Basuh muka serba sedikit,terus ke surau..tak mandi pun.!. Yang ada,hanyalah bro Syafeq,awalnya dia datang.Tegur dia sat,ke rumah Syed,melayan internet,sambil belek-belek berita Malaysia di Utusan.Kembali jenguk di surau,tuk guru Arab Qusai belum datang.Kembali ke rumah Syed,sambung baca paper.

Tak lama Musa datang; "Kelas Arab batal,Qusai bangun lewat..".

Alah.!.

Akhirnya ke gym,berlawan main futsal.Yang ada beberapa teman dari Brazil.Rancak jugak bermain hari nih,maklum-lah masih dengan semangat kasut baru.Tapi,tak score banyak mana pun,datang angin nak jadi penjaga gol lak.Sesekali berangan seperti Iker Casillas dari Sepanyol,ahak.!.

Main dan terus main,sampai lah dekat-dekat jam dua,baru balik.Entah berapa gol-lah team kami belasah team bebudak Brazil,sampai tak terlarat nak kira gol.Yang menyerlah hari nih,Syed dan Musa.Wah,cemburu aku yang duduk di bawah jaga tiang agar jangan lari,ahaks.



.....................

rumah kecil,cerita seribu

Entah angin apa hari nih,meminjam digi-cam dari Adam nak merakam spot-spot dalam rumah sendiri,syurga dunya.!.

Aku bercerita dengan teman yang akrab,pokok mini-pine yang aku beli dua bulan dulu sudah mati.[ aku tak tahu nama dia,sebab bentuknya ala-ala pokok pine yang tirus tu,lalu aku namai pokok tu dengan "mini-pine" ]

Sedihnya.!.

Lalu dia nasihatkan aku; "awak beli sahaja pokok kaktus,senang nak jaga..".

Ya,akhirnya aku ikut nasihat dia.Aku beli kaktus kecil yang comel,si makcik penjual pesan dengan aku ; " tak perlu air banyak,cukup dengan sebulan sekali.."



Ya,pokok kaktus memang senang dijaga,tidak sesusah menjaga hati wanita,kan?!.[ops.!.]

Dan,pokok kaktus aku ada sesuatu yang memberikan aku sedikit "bara" untuk terus memerah keringat untuk hari esok~"challange"

Ya,kehidupan..seringkali kita tercabar dan dicabar.!.

Kalau ada pencalonan jurnalis yang friend-nature,maka aku rasa aku layak untuk tersenarai dalam short-list.Dan,aku mahu kalian mengundi aku nanti,ahaks.!.



Pokok nih aku namai dengan keladi-jepun.Entah-lah aku hentam ikut sesuka hati ajer,entah betul ker entah salah,aku sendiri taktau.

Aha,kalau nak tahu,di bawah pokok keladi-jepun tu kan nampak cam clay-pot,itu namanya nabe.Guna dia untuk masak masakan nabe ketika musim sejuk.Memandangkan sekarang masih musim panas,tak guna..jadi aku gunakan sementara buat lapikkan keladi-jepun aku.Hidup mau kreatif.!.

Aha,ada satu lagi hiasan dalam rumah kecil aku,papyrus.!.



Tulisan ayatul-kursi nih adalah cenderahati dari teman baik,Hairey ketika aku melawatnya di Mesir 3 tahun dulu.Tersimpan sekian lama dalam rak buku,sehinggalah aku datang angin rajin menghias rumah.Dan,ayatul-kursi yang tertulis pada sekeping kulit kayu nih aku ambik hiaskan di dinding yang kosong.

Ahh,cukup-lah bercerita tentang rumah-kecil,bimbang-bimbang kalian pantas disapa dengan bosan,dan cemburu,ahak.!.

Salam permisi,hingga ketemuan lagi.

puisi sebaris
cinta tumpah pada tenang

ILHAM HAMDANI at 12.7.03

Friday, July 11, 2003

Assalamualaikum,

Semalam,memang panas.Panas giler.!.

Cuaca mencecah sampai 30 darjah,memang agak mengigit bahangnya.Walaupun suhunya nampak macam lebih-kurang suhu normal di Malaysia,tetapi sebenarnya kepanasan dia memang lain.Panas sungguh.!.[ker pasal banyak sangat maksiat,dan kurang orang beriman..mungkin..]

Kepanasan memaksa aku melipatkan kaki seluar hingga ke pangkal betis,sambil tu aku menyinsingkan lengan baju hingga ke pangkal bahu.Nak lebih dari tu?!..Aku malu lah..

Wah,bayangkan panasnya.!.

Bersembang-sembang dengan Nakajima-san tentang panas [aha,panas pun boleh jadi topik berbual,kan?!.sebenarnya,kalau tengok surat-surat Jepun intronya biasanya akan dimulai dengan cuaca,contohnya; "Hari ini cuaca panas terik,matahari cerah bercahaya...." ,kemudian barulah mereka mula bercerita isi surat..]

"Panasnya hari ini,esok pun panas jugak..?"
"Esok..emm..panas dan mendung.Dan,mungkin ada kawasan yang akan berkilat,serta guruh,terutama kawasan Kita-Ibaraki[kita-ibaraki,maksudnya ibaraki-utara..].."

Wah,panjang berjela Nakajima-san bercerita.

"Amboi,lengkapnya..macam weather newscaster jer jadinya..",aku senyum jer.

Nakajima-san gelak sahaja.Kesian dia,tak pasal-pasal kena perli dengan aku,ahaks.!.

Ya,orang Jepun ramai yang concern betul dengan perubahan cuaca.Kekadang tu,mereka akan semata-mata tengok berita hanya untuk mengikuti berita ramalan cuaca sahaja.

Dan,berita cuaca di sini memang agak best pun,menarik-lah.!.Sudah tu,berita nya agak lengkap dan terlalu terkini,kekadang setiap 3 jam sekali,tambah-tambah lagi kalau ada taufan atau hujan dan bencana-alam lain.Kekadang tu,semasa tengok-tengok cerita di tivi,tetiba ada naik "iklan" kat atas tivi,maknanya tu ada earth-quake kat mana-mana.

Menjelang maghrib,tiba-tiba hujan turun mencurah,seperti dituang-tuang air yang turun ke bumi.Aduhai,aku sangkakan panas hingga ke malam,rupanya hujan di senja hari.!.



ILHAM HAMDANI at 11.7.03

Thursday, July 10, 2003

Assalamualaikum,

" Kprangggggg..!!! "

Pinggan yang aku pegang jatuh ke lantai kayu,lalu pecah seribu.Entah-lah,dalam gegas pagi dan kalut-kalut memasak roti telur,pinggan yang aku cadang-cadang nak isi roti yang masih panas tu tergelincir dari celah jari,dan jatuh mencium lantai.Aduhai.!.

Dah lama giler tidak berpecah-pecahan begitu,kali terakhir pun tak ingat bila.Jadi,bila sesekali jadi begitu,khurafat drama melayu datang pantas; kalau pecah pinggan,barang kaca,alamat buruk pada diri atau keluarga[biasa dikaitkan dengan kematian dan lain-lain.na'uzubillah.!]

Aku cuba menepiskan khurafat orang melayu tu,tetapi terbabas juga sikit-sikit.Asta'firullah.Datang fikiran syaitan yang buruk-buruk begitu.Mudah sangat terpengaruh dengan cerita-cerita Melayu.Sambil-sambil membersihkan lantai yang penuh dengan kaca yang pecah, [ tak bersihkan semua pun,sebab tengah bergegas pagi.Aku hanya kutip serpihan-serpihan yang besar,cari penyapu untuk sapukan yang kecil..Adam di sebelah pinjam rupanya,nanti balik-lah aku selesaikan semuanya..] fikiran teringat-ingat pada mama,pada opah dan pada seluruh keluarga di Malaysia.Aduhai,bagaimana lah nasib mereka?.Dalam hati mendoakan mereka.



.......................

Hari Rabu,aku takder kelas.Sebetulnya hari Rabu university aku nih,adalah hari untuk persatuan-persatuan buat latihan.Kalau persatuan muzik,hari Rabu-lah boleh berdrum bergitar,kalau orang bola lak,hari rabu berlatih seharian di padang.

Tetapi,aku?Tidak ikut satu persatuan apapun.!.Bukan aku tidak main,tidak minat,atau tidak mahu bergaul,cuma latihan dia terlalu perit,sampaikan kekadang kita rasa terikat pula dengan persatuan yang kita join tu.Jadi,aku tak join.Budak-budak lain ramai yang gitu,kecuali kepada mereka yang betul-betul heavy sahaja.Lagipun,berpesatuan nih bukan suatu yang wajib,then ok lah.!.

Sudahnya,aku kena panggil untuk ke baito(part time ) di kilang.Ok lah jugak tu,boleh tambahkan pitis poket,kan?!.

Pukul 7 pagi lagi aku dah keluar dengan kereta,melalui Route 6 yang aku dah membayang-bayangkan kesibukannya di awal pagi [ membayang-bayang? aku beritahu dalam slot public speaking hujung minggu lepas,salah-satu cara untuk confident dalam bicara umum kita,seseorang tu kena selalu buat image training sebelum dia berbicara ].Tetapi,kurang lah pulak sesaknya.Dalam 15 minit,dah sampai ke kilang.Bagus-lah.!.

Hari tu,aku bekerja dengan ba-ba belaka.Aduhai.!.Ba-ba tu apa?.Ba-ba nih panggilan pasar untuk golongan makcik-makcik,ahaks.!.

Nak taknak terpaksa lah melayan sembang kerja dengan makcik-makcik.Ada makcik Tatezawa [ nih rakan-kongsi aku satu mesin.Aku masukkan besi bulat bermagnet 3 biji dalam lubang kecil dengan spatula,pass kat makcik Tatezawa nih,dia masukkan dalam mesin.Pastu lepas 2 jam ker,tukar-tukar pulak..] ,makcik Takane [ banyak bercerita dengan dia,pok-pek-pok-pek..ahak..jadi encik kepoh aku.!.] ,makcik Hashimoto [ aha,siap buatkan teh Jepun,pastu kopi panas ketika rehat tengahari ] , dan makcik-makcik lain yang tiga-empat orang lagi.Ramainya makcik,pakciknya ada 2 orang sajer.

Tetapi,seronok juga rupanya kerja dengan depa,maklum-lah depa treat kita macam anak dia.Dan,memang betul pun,umur makcik-makcik nih baya-baya umur mama jugak.Mengajar satu-satu kerja tu,alahainya baiknya lah.Serba-salah jadinya aku,sebab terlalu baik sangat.

Kerja-kerja,rehat,kerja,rehat..sampai-lah pukul 7,baru balik.Nak kata penat sangat tu,tidak pun..rasanya macam main-main ada lah..Kerja sambil duduk-duduk kan,logik lah tak terasa penat mana.Sebelum balik,boss beri pulak satu beg plastik ubi kentang,suruh bawak balik,basuh-basuh,masak..Aduhai,satu hari yang bertuah untuk aku.!.

Entah-entah-lah,kekadang timbul juga bimbang-bimbang dalam hati,manusia di sekeliling semuanya terlalu baik untuk aku.Bukan apa,risau adakah dia nikmat dari Tuhan,atau ujian untuk hamba Dia yang bernama Aku.Aku harap ia kejadian yang baik,mudah-mudahan...

puisi sebaris
pahit semalam,adalah gula sejuta rasa hari esok


ILHAM HAMDANI at 10.7.03

Wednesday, July 09, 2003

Assalamualaikum,

Ya Tuhan,kasihannya aku dengan ibu Jepun aku.Kalau aku boleh doa,tentu aku doakan kebaikan yang tidak berbelah-belahnya untuknya,tetapi..begitulah..untuk non-Islam,aku hanya berhak doakan iman untuk ibu Jepun aku.

"Ya Allah,berikan-lah dia hidayah agama-Mu..".

Semalam,ibu Jepun aku telefon.Wah,rindunya rasa hati dengan suara ibu,hampir sebulan lebih ibu tidak di Jepun,bercuti di US dan kemudiannya Germany [bercuti,untuk mengubat hati yang tertekan memikirkan masa depan yang nampak seperti gelap.Aku dah cerita,kan?!..Ibu Jepun aku yang bimbang tiada orang yang akan jaga dia ketika hari tuanya.Anak tunggalnya sudah di US,berkahwin dengan negro sana,dan tidak mahu pulang-pulang lagi.Ya,aku sudah cerita lama dulu..akhir Mei,kalau tak salah..]

Aku harapkan cerita gembira,cerita percutian ibu nan sebulan tu,tetapi..begitu lah.Kasihan ibu.Malang seperti datang bertimpa-timpa pada ibu,sudahlah dia "kehilangan" anak perempuan tunggalnya,kini..mata dia sakit pulak.Aduhai,Tuhan.!.

Cerita ibu,ketika di US lagi,mata dia sakit [dia ada cerita sakit mata dia tu..tapi,aku tak faham sangat simptom dia camne..] ,kata ibu pandangannya nampak seperti putih belaka-belaka.Aduh.!.

Di US lagi,ibu sudah tanyakan untuk pembedahan,tidak jadi.Kemudian,ibu ke Jerman bertemu seorang kawan lama,wanita Jerman yang pernah bersahabat ketia wanita Jerman itu datang ke Jepun lama dulu.Di Jerman pun,ibu tanyakan juga untuk pembedahan,tapi akhirnya balik semula ke Jepun..masih belum berubat.Entah-lah,aku pun tak tahu bila ibu nak berubat.Bimbang aku,benar-benar bimbang.!.

Tetapi,ibu cuba bercerita dengan nada gembira.Cuma aku tahu,ibu tak mahu tunjukkan pada aku yang dia bimbang,resah,gelisah.Tetapi,aku rasa aku tahu.!.[Tuhan,bolehkah aku doakan untuk kesihatan ibu?].Sebaliknya,ibu memilih untuk bercerita tentang renovation dapur rumahnya,memilih bertanya begitu dan begini pada aku,tentang pelajaran,tenga sihat dan sakit demam aku,anak angkatnya.Aku menjawab sahaja-lah,bercerita tentang demam selsema yang tiba-tiba,bercerita tentang hidup sehari-hari..tetapi,sebenarnya dalam benak dop-dup-dop-dup,bimbang dengan kesihatan ibu dan belas-kasihan yang tidak sikit.Kesiannya.!.

Ibu jemput aku ke rumahnya,nanti.Bila siap dapur tu,dia ajak aku makan-makan di rumahnya.Ya,aku janji..sebelum aku pulang bercuti di Malaysia nanti,aku akan ke rumah ibu dulu.Entah-lah,kalau ikut-ikut tu,sepatutnya ibu akan ikut aku pulang bercuti barang seminggu di Malaysia,tetapi dah datang malang yang tak terduga nih..aku sendiri tak pasti.Ibu pun kata gitu; "tengok lah,kalau mata ibu dah ok sikit nanti..ibu fikirkan semula untuk ke Malaysia barang seminggu,ikut Din.." [keluarga aku di Malaysia beriya-iya jemput ibu&ayah Jepun aku ke Malaysia,nak membalas budi-baik mereka..masa family aku datang bercuti awal April dulu...]

YA,aku sudah tekad.!.Aku akan berikan ibu risalah Islam tulisan Jepun.Aku mahu ibu baca tentang Islam,kenal tentang satu Tuhan yang amat kasih pada hamba manusia.Dan,aku harap hopeless ibu,memberikan ruang pada Islam untuk sampai pada dia.

"Ya Allah,berikan aku sedikit kekuatan.."

puisi sebaris
susah yang mendewasakan kasih

.............................

Alhamdulillah,sakit belakang sudah hilang.Aha,sakit belakang,dong.!.Muda-muda lagi dah sakit urat depan belakang,mengalahkan orang yang tua keropot,ahaks.Tetapi,nih bukan sakit belakang biasa lah,nih gara-gara bersukan tanpa ada warm up dan warm down.Alah,aku memang gitu pun.Bersukan tak pernah nak ikut modus yang betul,memang padan muka pun,ahaks.!.

Ahad lepas,ada lawan futsal.Wah,Ziaddeen turun gym dengan kasut baru tu.Bergaya.!.

3 kali lawan pasukan Brazil,menang 2 kali,kalah sekali.2 kali lawan pasukan Malaysia,dua-duanya kami menang,kira oklah tu,kan?!. [aku main pasukan campuran,team aku ada Malaysia,Jepun dan Jordan,kiranya team antarabangsa la,ala-ala all-star gitu,ahaks.].Dan,paling best kasut baru yang menghasilkan dua gol peribadi.Tak sabar nak tunggu Ahad nih,ada futsal lagi.Jom.!.

Lepas futsal,pakat-pakat pergi BBQ tepi pantai,aduhai meriahnya.Berbaloi gak malam tu,bersubuh-subuh lagi aku dengan Musa dan Syed perapkan ayam untuk BBQ,memang sedap pun.Habis,sold-out 15 ekor ayam dan mee kuning dekat-dekat 10 bungkus kami "kerjakan".Alhamdulillah.

Lepas melantak semua,budak-budak lain teghejun laut,aku tak mandi pun..sejuk.!.Lari masuk nyorok dalam kereta,takut kena angkut dengan budak-budak masuk laut,ahaks.!.

Pukul 6 lebih,baru tolak balik rumah.Letih~.


sehari satu ilmu,tukar gambar lelaki&perempuan

.................................

Bagaimana kalau aku cadangkan kenyataan di bawah untuk dimasukkan dalam Malaysia Guiness Book of Record?

"...bahawa jumlah wanita Melayu yang terjebak dalam kancah pelacuran adalah sangat tinggi iaitu 60 peratus, berbanding dengan wanita Cina (30 peratus) dan bangsa lain (10 peratus, termasuk wanita India yang hanya dua peratus sahaja). "

sumber : Utusan Malaysia bertarikh,8 Julai 2003


ILHAM HAMDANI at 9.7.03

Monday, July 07, 2003

Assalamualaikum,

Pertamanya,izinkan aku harapkan secangkir rasa maaf dari kalian,para pengunjung BandarSepi yang terus setia [bilangan pengunjung pada 7 Julai 2003 berjumlah 91,antara yang tertinggi.Siapalah agaknya yang setia?.Apapun,terima kasih.!.],mutakhir aku benar-benar dihambat dengan kesibukan.Sungguh.!.

Tugasan di sekolah,tugasan di "ladang industri" [semalam sahaja,boss Senda benar-benar minta aku membantu di kilang alatan kamera.benar-benar terdesak.aku mengalah,itupun untuk hari Rabu dan Khamis.],ditambah lagi dengan talian internet yang masih belum pulih,lalu aku menjadi gersang perhatian untuk Bandarsepi.

Apapun,terima kasih pada yang terus berkunjung.Dan,maaf bagi yang masih belum terjawab sebarang pertanyaan mereka.Maaf,maaf dan maaf.!.

.....................

Dalam kalut yang agak ribut [aha,kebetulan senada dengan cuaca alam,hari-hari yang berlalu suram dengan hujan yang tidak luak.pelik betul aku..tahun-tahun sebelum nih tidak-lah sepanjang ini musim hujannya.musykil.!.~kuasa Allah.],ketika aku jenguk ke internet,aku masih sempat meninjau-ninjau beberapa jurnal-online yang menjadi pilihan aku.Rasa tak lengkap kalau aku tidak ke sana,kalau aku online.Jurnal apa?!.Tak boleh bagitau,himitsu(rahsia.!.),ahaks.!.

Dan,aku masih tidak tertinggal walau sesiri pun kisah Salsabila Fahim.Ya,novel bersiri di Utusan Malaysia.Macam kronik masalah anak gadis tu.Penulisnya,sama seperti penulis Kerana Manisnya Epal,Faisal Tehrani.!.

......................

Semalam,aku tanya dengan Senada-san ;

"Haa,apa yang kau tulis untuk tanabata-onegai ?"
"Ceh,aku tak percaya-lah dengan permintaan-permintaan tanabata tu..", balas Senada-san senyum-senyum,sengeh-sengeh.
"Alah,aku tau..kau minta cepat berkahwin,kan?!..",aku gelak menyakat dia.

Senada-san senyum,geleng-geleng kepala.Tak mahu mengaku dia ..Sebenarnya,aku pun serkap jarang jer,sekadar nak lahirkan mesra dalam persahabatan kami.

Aha,semalam 0707,7 Julai di Jepun ada satu pesta budaya,dinamai dengan tanabata [kalau dibaca dari chinese-chracter dia,bermaksud "senja ketujuh"],atau mungkin juga pesta agama.Aku tak pasti,cuma yang pasti satu pesta keraian lah.!.



Setiap tahun pada 7 Julai,orang Jepun akan sambut pesta Tanabata nih,tapi tidak-lah sampai ada public-holiday.Sekadar pesta suka-suka begitu.

Apa yang menarik?!.Aha,orang Jepun akan menulis impian mereka pada sekeping kertas berwarna,tanzaku,dan diikat pada seutas tali,dan digantung pada rumpun pokok buluh.Ya,pokok buluh.Pokok lain,tak pernah lak aku nampak.Impian tu macam-macam-lah..kalau pelajar sekolah,impian nak ke sekolah menengah yang hebat-hebat,kalau pemain sukan,nak dapat pingat kemenangan ..dan terpulang-lah pada individu..

Aku?Tak pernah aku menulis doa untuk hari tanabata nih,lebih-lebih lagi sebagai orang Islam,kan?!.Tetapi,kalau ke supermarket pada 7 Julai nih,mungkin di depan pintu masuk ada gadis-gadis jurujual yang sedia menunggu bersama kertas berwarna tanzaku tadik tu,dengan pen marker,minta pengunjung tuliskan golden dream mereka.Lepas tulis atas kertas tanzaku tu,digantung pada pohon buluh dalam pasaraya.

...........................

Ahad baru nih saja pergi melepak-lepak ke rumah Ammar,sambil-sambil kacau dia yang tengah pening kepala menyiapkan programming yang nak kena hantar pada hari Isnin(semalam lah.!).Kesian aku tengok si Ammar yang pening kepala.Mujur,aku tak ambil IT.Tetapi,aku rasa semua orang yang belajar begitu-lah,kecuali anda termasuk dalam 1% genius person,kan?!.Yelah, kalau yang ambik IT mesti "pecah-kepala" nak siapkan program,kalau aku yang mekanikal,"pecah-kepala" untuk fikirkan daya itu,rintangan ini.So,senang cerita; "bukan senang nak senang,dan bukan susah nak susah",kan?!.

Sedang lepak-lepak tengok jakyuu di tivi [senja di Jepun begitulah,besball,besball dan besball..],Hafiz datang,mungkin nak membantu si Ammar mana yang patut untuk soalan programming.Hafiz nih sama jurusan dengan Ammar,ambik IT gak.So logik lah tahu lebih banyak,lagipun Hafiz dah tahun 3 dah..

Bosan dengan yakyuu,nak tukar channel lain,aku pun tercari-cari remote-control,tak jumpa.Tiba-tiba Hafiz menunjukkan kepakaran handset dia,tukar channel tivi dengan handset.

Ya,teknologi mobile-phone dah canggih giler.!.Terakhir nih,sudah banyak telefon bimbit di Jepun yang sudah boleh membeli air dari mesin vendor dengan dicajkan pada telefon.Tak payah bayar cash,tapi dikreditkan sekali dengan bayaran bil telefon nanti.Ada yang sudah boleh bayar segala macam bil hanya dengan telefon bimbit jugak.Wah,hidup makin senang-lenang.Tak payah beratur di pejabat pos macam di Malaysia,kan?!.[aku rasa,di Malaysia pun sudah ada,kan?!..cuma,masih belum begitu meluas..].Sudah tu,ada syarikat yang tawarkan telefon bimbit yang boleh melalui laluan-laluan masuk ke keretapi tanpa tiket.Kita lalu entrance gate hanya dengan hulurkan telefon bimbit pada sensor ,aduhai..canggihnya.!.

Tetapi,aku gunakan telefon bimbit dari syarikat AU,kiranya syarikat yang paling terkebelakang,kot.Padan-lah,bayaran bulanan nya paling murah..Berbaloi,lah..Tetapi,aku percaya sedikit hari lagi,syarikat AU pun aku perlahan-lahan ikut kemajuaan syarikat-syarikat lain,percayalah.!.Dan,aku rasa tak lama..aku balik dari bercuti di Malaysia,sekitar pertengahan September nanti,aku rasa syarikat AU pun dah menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan tu,agaknya..

[aku tengah berkira-kira nak tukar telefon bimbit yang baru,nak pakai yg ada kamera..budak-budak lain semua dah bergaya dengan telefon kamera..]

....................

Jepun tengah mengalami setsuden(catuan tenaga elektrik).Aku tak pasti sejauh mana kritikalnya masalah kekurangan tenaga,tetapi ada sesetengah sekolah yang air-cond kena laraskan tidak kurang dari 28 darjah,untuk kurangkan penggunaan tenaga.Dan,penyelidikan untuk penggunaan tenaga angin begitu pesat dilakukan untuk menggantikan tenaga elektrik.

Satu lagi yang gempar di paparan berita,kematian misteri seorang budak berusia 4 tahun.Dijumpai mati,dipercayai terjun dari parking lot bertingkat..dan dipercayai ada seorang lelaki [berita terkini mensyaki seorang budak sekolah menengah-rendah] yang melarikan dia dari ibu-bapanya dan memaksa budak lelaki 4 tahun tu terjun dari tingkat yang tinggi tu.[ketika tu,ibu-bapa dan budak yang mati tu tengah melihat-lihat barang di sebuah kedai elektrik ].Tetapi,sampai hari nih pihak polis masih belum pasti motif pembunuhan,dan siapa pembunuhnya.Pelik betul.!.




ILHAM HAMDANI at 7.7.03

Sunday, July 06, 2003

Assalamualaikum,

futsuka kan no tsukareru no ichi nichi.!.

Dua hari yang benar-benar meletihkan.!.

Kalau aku ceritakan semua kepenatan hujung minggu,aku rasa kalian takkan dapat menyamai aku yang melaluinya sendiri.Sungguh.!.

Jumaat malam,jam 11 lebih teman-teman dari Tokyo berderet turun dari bas di depan jalan besar.16 orang semuanya,bayangkan lah.!.Dan sejak itu,aku jadi tuan rumah yang serba sibuk,sehinggalah siang tadi.Sebaik aku hantar kumpulan terakhir balik di eki (seorang kohai lelaki),aku menarik nafas lega.Fuh..letih.!.Tetapi puas.Puas dalam kepenatan.!.

Alhamdulillah usrah kelompok untuk bulan Jun telah selesai.Aku harap aku telah memberikan "perkhidmatan" yang paling baik yang aku mampu.Lebih-lebih,aku sendiri tidak berkudrat.Terima kasih untuk semua kohai-kohai aku di sini,dan tetamu yang datang yang membantu dan memberi sepenuh kerjasama untuk "short-program" 2 hari tu..


Gambar : view of Hitachi.!.Bandar separuh industri yang betul-betul mengadap Lautan Pasifik.

Hari Sabtu,setelah baru letak mata dalam 2 jam begitu,masing-masing dah kena celik semula untuk subuh.Yelah,subuh jam 2:40 pagi,sedangkan jam 12 lebih baru nak tidur.Cukup-lah dua-jam tu.Solat Subuh,bacaan ma'thurat dan kuliah Subuh,then tidur balik.Penat~.

Hari Sabtu,seharian duduk-duduk di surau dan memasang telinga dengan pengisian yang silih berganti.Mula-mula dengan bro Aznan dengan pengisian tentang iman.Pastu,rehat kejap..aku sambung dengan pengisian kedua,tajuk sirah pulak.Sebenarnya,aku hanya jadi bidan-terjun sahaja,sebetulnya bro Qusai yang aku minta untuk handle tajuk sirah.Tetapi,pada saat-saat terakhir bro Qusai ada masalah,nak taknak aku kena ambil-alih.[tetapi,sebenarnya ..ada dah dok rasa .."aku rasa cam aku jer nak kena bawak tajuk pengisian yang ini..",dan memang betul pun..].

Mujur lah tajuk sirah,satu benda yang aku suka,aku minat,aku rajin nak baca,aku rajin nak tahu,jadi tidak lah satu yang terlalu membebankan sangat.Ya,kalau kita minat,InsyaAllah..

Aku bawa peristiwa tahun kesedihan nabi saw dan peristiwa isra' mikraj,sama seperti dalam silibus usrah.Boleh-lah.!.Nampak adik-adik suka,peserta tidak terlalu bosan.Tetapi,sejauh mana mereka menerima ilmu yang aku sogokkan pada mereka,hanya Tuhan yang tahu.

Jam 12 lebih sikit,program untuk pagi sudah selesai,boleh rehat seketika.Solat zohor,dan rehat..sementara tunggu lunch dari 3 negara.Wah,makanan tengahari berselera.Ada kari dari Pakistan,ada gorengan ayam merah dari Sri Langka,dan ayam beryogurt[aku dah lupa nama dia,bro Qusai ada bagitau gak masa sembang-sembang tengah makan tu..],budak-budak makan tak pandang kiri-kanan,ahaks.!.

Tetapi,aku sendiri makan tak bertambah,biasa-lah tuk-bentara yang bergelut untuk beri tetamu makan puas-puas.Akhirnya,aku kenyang melihat kawan-kawan yang selera makan.Kenyang lah juga tu,kan?!.[betul,aku selalu gitu..kalau time aku masak makanan untuk tetamu,kemudian serve untuk mereka,aku makan sikit pun..dah rasa kenyang.Puas tengok tetamu-tetamu makan ..Kalau tak percaya,cuba tanya dengan bonda-bonda,bonda-bonda nih,bila tengok anak-anak makan berselera dengan "air tangan" dia,itu satu kekenyangan yang lebih besar dari kenyang makan nasi..setuju para ibu?]


Gambar : Hitachi Civic Center,mercu-tanda bandar Hitachi,tempat anak-anak muda bersenda-gumbira.Aha,di situ-lah aku dan teman-teman bergegak-gempita ketika demam piala dunia,ada tivi besar di tengah-tengah dataran.Kemeriahan malam-malam piala dunia masih bergegar,dalam ingatan.!.

Rehat sampai jam 2.Makan dan sembang-sembang.Kemudian sambung dengan pengisian ketiga,slot kemahiran..public speaking.Siapa yang bawa tajuk nih?.Aha,Mohd Izuddin yang handle dengan cara dia yang tersendiri.Tetapi puas jugak,tetamu tak tertidur[mujur pengisi pun tak tertidur kekenyangan..ahaks.!.]

"siapa tahu apa yang saya pegang,cepat..siapa dapat jawab,barang yang dalam tangan saya nih akan jadi milik dia..mahal.!.untuk dapatkan barang yang sekeping nih..anda perlukan 120,000 yen(RM3600)...".

Aku mulai sessi public speaking dengan memancing minat audien yang separuh lesu,kekenyangan.Macam-macam jawapan datang,"kertas..".."Iqra..".."kulit kayu.."..Semuanya tak betul.!.Sebenarnya aku pegang sekeping papyrus.Papyrus* nih aku beli sebagai omiyage (ole-ole kenangan) ketika aku ke Mesir 3 tahun dulu.Kebetulan ketika kemas-kemas baru nih,terperasan masih banyak dalam simpanan..terus dapat ide untuk hidupkan slot yang aku kena handle tu..

Seorang pun tak dapat daun papyrus yang tertulis ayat-ayat Alquran padanya.Nampak kecewa depa.

*Papyrus nih adalah penemuan kertas yang pertama dalam sejarah,di Mesir.

Bila masing-masing sudah celik sikit mata,[sebab nak berebutkan papyrus yang akan tawarkan,ahaks..],barulah aku mulakan sessi public speaking yang betul; "Bagaimana untuk menjadi pembicara yang baik?".Semuanya catatan pengalaman aku,pembacaan aku dari buku-buku,dan juga pengamatan dari beberapa tokoh pembicara yang aku minat,[ya,aku suka dengan gaya psyco Dr Hassan Ali,gaya tenang dan ilmu Ustaz Zaharuddin,dan beberapa tokoh bicara lain],lalu aku compile kan untuk para pendengar yang sebahagian besar-besarnya adik-adik baru,baru yang akan menjadi besar setahun dua ke hadapan.


Gambar: pesta bunga api sudah menjadi kewajipan di semua bandar di Jepun ketika musim panas.Berdentam-dentum.Malam nih,boleh lah nampak nampak gadis-gadis manis Jepun dengan pakaian yukata[rupanya seperti kimono,cuma berbeza pada kualiti dan harga,yukata lebih murah,dan RM30 pun boleh dapat] dan kasut kecil yang comel.

Semua selesai jam 4:30,aha..dua jam setengah yang rasa terlalu pendek,ahaks.!.Solat Asar,dan membawa tetamu ke pantai Kawarago,riadah petang.Tidak berriadah mana pun sangat,sekadar jalan-jalan ambil angin petang.Ombak tinggi,terpadam angan-angan tetamu yang mulanya ingin lepaskan gian berenang.

Sebahagian tetamu ingin terus pulang,ada tugasan besok.Aku terpaksa mengalah.Menghantar mereka ke eki .Berakhir-lah sehari yang padat.!.

Malam,hanya makan dan satu pengisian tentang muzakarah solat.Aku tahu masing-masing penat benar.Tidak perlu berlama-lama lagi duduk bersimpuh dan bersila di surau untuk menadah telinga.Aku sedar,otak sudah terlalu tepu,badan dah daif benar..hanya terbayang tilam dan bantal sahaja,kan?!.

9:30 malam,semuanya selesai dan boleh pulang ke kamar tidur masing-masing.Fuh,lega.!.

[terima kasih untuk Musa,sis Fauziah dan Marlina yang sudi "menyewa"kan rumah mereka untuk jadi "hotel-hinggap",hanya Tuhan yang balasi kalian dengan kebaikan..].



ILHAM HAMDANI at 6.7.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.