Friday, July 18, 2003

Assalamualaikum,

Siang tadi selepas solat Zohor,memanaskan tomyam yang aku masak selepas Subuh tadi,dan makan sendirian.Ah,terasa sunyi lah pulak makan tak berteman.O ya,Roy sudah mula tidur di rumah aku,mungkin sudah selesai proses pindah-pindahnya kot.Aku ok sahaja,kalau dia berpindah hidup serumah dengan aku.Paling-paling sewa rumah boleh dikongsi dua,pulak ada-lah berteman.

Ya,aku memang jenis tak boleh hidup kalau bersendirian seperti kera sumbang.Mungkin hidup-hidup di asrama selama hampir 10 tahun mendidik aku untuk hidup bermasyarakat,dan berteman sokmo-sokmo.Lalu,kalau bersendiri,aduhainya sepinya lah.!.

Aha,tomyam yang masak konon-konon nak celen orang Australia dengan sahur bihun tomyam,ahaks.!.Tetapi kan,tomyam aku kurang terasa tomyamnya.Mana tidaknya,kiub tomyam sebanyak 3 ketul tu semuanya sudah expired.!.Aha,Syed yang beri kiub tomyam tu [ aku punya dah abish dah ],Syed kata "no hal lah..walaupun dah tamat tempoh guna-pakainya..".Jadi,dalam keadaan terdesak begitu,aku pakai sahaja kiub tomyam yang terlebih tarikh guna-pakai tu,dan terasa-rasa kurang segar seperti selalu.Ok lah tu,bersyukur lah dengan apa yang ada,kan?!.

Akhirnya tomyam berlaukkan sotong,udang kecil,karot dan kobis itu menjadi santapan tengahari aku,sendirian.!.

O ya,petang tadi aku menerima modem yahoo BB.Ya,sekarang aku sudah punyai talian internet semula,tetapi..tetapi komputernya belum ada.

Aku tercari-cari internet di yahoo auction [ yahoo auction nih sistem betting harga.Harga tertinggi,dan dia akan memiliki barang yang ditawarkan..],mencari sebuah notebook computer sebenarnya,tetapi susah lah pulak untuk menang harganya.Tambah-tambah lagi harga mahal,dan aku pulak tidak punyai cukup masa untuk tunggu depan pc untuk betting harga.

Akhirnya,aku tukar selera,cari sebuah desktop computer.Itupun aku minta tolong dengan Ammar untuk tolong betkan untuk aku.Ya,aku memang suntuk pada masa senggang.

Alhamdullih,malam tadi,Ammar mesej aku; "dapat doh.."

Tetapi,aku tak beli yang set,aku hanya beli CPU sahaja,tanpa monitor [ tak per,untuk monitor aku boleh pinjam dari Roy..atau nanti aku beli berasingan..].Dan,aku rasa CPU yang aku sudah menangi harga bet tu antara yang paling best kot dari segi processor, HDD dan belaka-belaka buat masa nih.

Nak tau spec dia?Aha,nih dia..

Pentium4 2.4GHz,FDD 1.44MB,ACD-RW(32x10x40x), HDD 80GB,256MB,VGA 64MB,LAN

Harganya?Entah-lah aku tak pasti sangat harganya mahal atau tidak pada pasaran sekarang,sebab aku memang kurang beri perhatian sangat pada turun-naik harga barangan komputer di pasaran.Harga CPU aku tu,dekat-dekat RM1800.Any idea?

Esok,kalau punya masa aku ke bank untuk furikomi [ bank transfer ] duit kepada syarikat komputer,dan harap-harap aku sudah punyai CPU tu pada minggu depan.Wah,semangatnya.!.

........................

Aha,dalam seminggu yang lepas waiting Prime-Minister datang melawat ke Jepun nih,tetapi..itu lah,aku ternanti-nati jugak ulasan-ulasan di berita tivi tentang Pak Lah.Tetapi,begitu-lah..seakan-akan kehadiran Pak Lah ke sini hampir-hampir tidak terkesan.

Entah-lah,mungkin Pak Lah orang baru,dan baru nak naik di mata dunia,jadi pihak media tidak beri perhatian sangat kepada dia.Tetapi,kalau DrM ke sini,aha..memang agak gempak.Bahkan,DrM ada peminat sendiri pada surat khabar Mainichi shinbun.Wah,hebat tu.!.

Ya,di kalangan orang Jepun sendiri,DrM agak glamer.!.Teringat kalau bersembang dengan ayah angkat Jepun,nama DrM memang akan keluar manis-manis dari mulut dia.Paling dia kagum dengan DrM; "Mahathir nih,kalau dia nak cakap..dan dia akan cakap,walaupun siapa di depan dia.[dia merujuk kepada US lah tu.]".

Apapun,aku sebagai sebahagian yang termasuk dalam Dasar Pandang Ke Timur menarik nafas lega,betapa tidak..Pak Lah berjanji Dasar Pandang ke Timur akan diteruskan.Setidak-tidak generasi pelajar Malaysia di Jepun tidak akan pupus.



ILHAM HAMDANI at 18.7.03

Thursday, July 17, 2003

Assalamualaikum,

Dari awal pagi semalam,aku cuba menelefon seorang teman akrab,gagal.!.

Tetapi,Alhamdulillah menjelang tengahari usaha aku berhasil,dapat juga bercakap dengan dia.Ya,itulah orang kata; "usaha tu tangga-tangga kejayaan..".

Tanya dengan dia ;

"Emm..hari nih dah makan ker..?"

"A'ah,dah makan.."

"O,yeker..bila?" [ dalam hati tak percaya sangat,aku tahu dia cuba berlakon-lakon dengan aku..]

"Pagi tadi,sebelum fajar siddiq.."

Aku senyum mendengar jawapan dia.Alhamdulillah.!.

Sudah lama tidak bersempat-sempat puasa sunat bersama,dan semalam berjaya juga setelah sekian lama.Aku sendiri sudah lupa bila kali terakhir dapat puasa sunat bersama [ puasa jer sama-sama,berbuka tu,kat tempat masing-masing lah..jangan salah-sangka lak,ahak.!.] .Entah-lah bermacam-macam halangan yang datang.Ada masa tu,dah janji awal-awal nak puasa sunat bersama,sekali ada di antara kami yang terlupa.Lor,seorang sahaja yang berpuasa.

Ada masa yang lain,"masa" dia pula kurang kena.Tidak puasa bersama jugak.!.

Dan,aku masih ingat satu alasan dia yang paling best yang diberi untuk menolak pelawaan aku puasa bersama ;

"Kat sini masih summer lah awak,panas..dan siang panjang.Teruk lah saya.."

Akhirnya aku mengalah dengan alasan dia.Ya,beberapa bulan lepas tempat dia masih musim panas,sedangkan aku di sini musim sejuk. [kebetulan berlainan hemisfera,seorang di utara dan seorang di selatan,begitu-lah jadinya..] .Dan,kalau musim panas tempat dia,memang panas betul dan siangnya terlalu panjang.Bayangkanlah,Subuh di tempat dia sekitaran jam 3 begitu sedang Maghrib jam 8:30 malam.Aha,kalau terkena puasa masa tu,teruk lah sikit. [dan,mungkin ada pahala extra..siapa tahu,kan?!.].Jadi,aku rasa alasan summer yang diberikannya logik,dan ada munasabahnya.

Dan,sekarang sudah bertukar musim.Aku sudah mengambil musim panas dari tempat dia,dan tempat dia sekarang sedang bergelut dengan sejuk.Jadi,dia sudah tidak alasan untuk menolak pelawaan aku lagi,ahaks.!.

"Awak bersahur dengan apa?"

"Dengan bihun tomyam.."

"Wah,mesti yang instant jer,kan?! " ; aku cuba menyakat dia.

"Tolong sikit ye,masak sendiri..sedap o.!."

Sehari-hari aku terbayang kesedapan bihun tomyam dia.Sungguh.!.Sudah lah aku berpuasa tanpa sahur,memang rasa terliur sungguh. [ aha,aku ghalit menulis blogger nih di rumah Syed,sedar-sedar..alamakk..dah azan Subuh..]

Hari nih memasak tomyam jugak,rasa-rasa nak dipadankan dengan udon[mee jepun],biar iras-iras seperti laksa tomyam.Biar dia pulak rasa iri,ahaks.!.


ILHAM HAMDANI at 17.7.03

Wednesday, July 16, 2003

Assalamualaikum,

Semalam,hari Rabu,hari aku bekerja baito[kerja sambilan] di kilang [ aku sudah bercerita sebelum nih,kan?!.]

Keluar dari rumah seawal jam 7,bersemangat nak berjumpa dengan makcik-makcik ba-ba yang baik-baik.Jam 7:30 sudah tercegat di kilang.Cepat pulak pagi nih,tambah-tambah aku ikut "jalan dalam",tidak gunakan Route 6 yang agak mesti sesak giler.

Loceng bunyi jam 8,bersemangat mula bekerja.Wah,aku sudah mulai laju bekerja,memasukkan magnet dalam frame besi.Yakin jer aku kerja hari nih.

Dalam 8:30 gitu,makcik Tatezawa partnet aku datang,jadi aku "berduet" dengan dia untuk satu mesin.Makcik Tatezawa masukkan besi magnet kecil dalam lubang yang 4 biji [ 3 lubang jer boleh pakai,satu lagi dah rosak ],dan aku masukkan magnet tu dalam mesin.Begitulah aku berduet dengan Makcik Tatezawa pagi tadi.Suhu boleh tahan jugak sejuknya,yelah kilangnya agak ke atas bukit sikit.Masih ada sisa-sisa kabus.

Tangan aku sudah mulai melekat dengan step kerja,sudah tidak kekok lago.Kerja-kerja sambil sembang-sembang dengan makcik Tatezawa.Best jugak bersembang dengan makcik yang tua setahun dari mama.Memang bersifat keibuan. [ ya,aku sudah jumpa ramai ibu dan bapa Jepun,dan nyata..bapa Jepun kurang pandai melayan,berbeza dengan para ibu Jepun.best.!. ]

Dalam hati sudah tumbuh riak.Ya,sungguh.!.Yelah,tangan makin lincah di atas mesin besi magnet,mesti lah semangat dan bangga,kan?!.

Hati menjerit-jerit [ nih cerita sungguh nih..!.] ; " Makcik Tatezawa,puji lah ..aku yang makin lincah dan melekat dengan mesin nih.."

Ya,aku mengaku,masa tu aku sudah terlalai dari Tuhan.Aku rasa aku sudah cukup hebat bermain dengan mesin.Aku terlupa,aku hebat bermain dengan mesin tu pinjam Tuhan.Pinjaman tuhan.!.

Wah,saat itu hati benar-benar berbunga.!.Bangga,riak,cuma tidak bercerita sahaja.

Tiba-tiba..burrppp...buzzer berbunyi.Tanda ada fault pada blok besi.

Ya Allah.!.Aha,bila datang musibah baru hati yang berbunga tadi tersedar pada kudrat diri yang bersandar pada Tuhan.

Ah,sudah terlambat.!.Blok besi tempat magnet sudah bergaris kecil.!.

"Ya Tuhan.." ; saat itu baru hati teringat pada tuhan.Dalam hati tidak puas beristi'far pada Tuhan.

Dan,Tuhan membayar "tunai" riak aku tadi.Satu lubang blok magnet itu rosak,dan tidak boleh dipakai lagi.

Dan,aku rasa itu balasan paling wajar untuk aku,aku yang sudah memakai sifat kebesaran Tuhan.Berbangga diri pada kemahiran yang tidak seberapa,hingga lupa bersandar pada Tuhan.

Ya,aku terpaksa membayar "harga" yang mahal dari riak dan bangga diri tadi.Aku malu dengan makcik Tatezawa,malu bertemu mata. [ Entah berapa kali aku minta maaf dengan dia,hingga ke balik..],kena perli dengan boss Senda yang tua ; "Nampaknya Tuhan Ar-ra [ nama "Allah" disebut "ar-ra" mengikut dialek Jepun ] tidak memelihara kamu hari nih..".Merah padam muka aku bila boss Senda yang tua sebutkan nama tuhan Allah.Asta'firullah.!. [ 2-3 jam sebelum kejadian tu,boss Senda yang tua ajak aku bersembang pasal agama..sambil-sambil aku buat kerja..]

Dan,banyak lagi malangnya yang tertimpa-timpa.[ mungkin juga bala dari Tuhan kerana angkuh aku tadi,asta'firullah..]

Tetapi,syukur-lah kepada kejadian buruk tu,harap-harapnya aku banyak belajar dari riak aku tu tadik.

*Aku dapat semua nih pada "sessi muhasabah" sepanjang-panjang buat kerja selepas kejadian malang tu.Aku berfikir-fikir tentang semua yang terjadi,hingga-lah aku menemui jawapan..aku riak tadi..

Aku harap kejadian nih aku menjadi pengajaran pada aku.Dan,kalau kalian boleh mengambil manfaat dari kisah benar nih,ia adalah bonus untuk aku.

"Tuhan,ampunkan dosa hambaMu..!"

ILHAM HAMDANI at 16.7.03

Assalamualaikum,

Aku menyusun sepuluh jari lewat keabsenan aku di dada BandarSepi.!.

Aku cuba menulis semula beberapa catatan aku yang tertinggal,yang masih berlingkar-lingkar dalam kepala untuk aku kongsi dengan kalian semua.

Selasa,15 Julai 2003

kisah satu

Hujung minggu lepas,aku menelefon mama,biasa-lah hampir setiap minggu aku akan telefon Malaysia.Mungkin orang lain pelik dengan aku,yelah tiap-tiap minggu telefon Malaysia; "tak mahal ker??".Ya,mahal tu memang agak mahal,tetapi aku rasa kasih seorang ibu lagi mahal,kan?!.

Aha,mama aku kalau tak telefon seminggu [ paling lama sepuluh hari ],mulalah bersungut.Sayang mama.!.

Mama bercerita dan bercerita tentang keluarga di Malaysia.Dan,memang begitu pun.Kalau aku telefon mama,aku lebih banyak menjadi pendengar,ataupun tukang gelak-ketawa dengan lucu mama bercerita.Cuma,sedikit-sedikit baru aku berceloteh tentang hidup sehrai-hari di sini.

Aku bercerita dengan mama,aku cuba telefon Angah di handset dia,tapi tak dapat lah pulak.

"Lor,telefon si Akmal hilang masa di gi camping kat sungai mana entah..." [ a'ah,Angah aku memang kaki camping,tahap heavy.!.]

"O,padan-lah bila Din telefon terus masuk dalam message-box.."

"A'ah..tetapi dah ada handset baru,awek dia yang belikan.."

"Wah bertuahnya dia.."; sampuk aku demi menyambung cerita mama tentang handset Angah,hadiah awek dia.

Alah,tuah orang.!.Tuah Orang nampak pada O,tuah Arang nampak pada A,kan?!.

Tetapi,kalau ditanya dengan aku,aha..aku lebih selesa untuk tidak menerima budi.[bukan cemburu,ya.!.].Bahkan,aku akan pantas bimbang kalau menerima budi,jadi bimbang nanti-nanti kot tergadai "bodi",ah..minta simpang.!.


gambar : Air Terjun Fukuroda,Ibaraki.Gambar diambil ketika musim sejuk,air terjun menjadi beku,sama seperti ais.!.

kisah dua

Aku sering juga melawat jurnal seorang kakak,dan juga seorang ibu.Dalam minggu lepas,dia bercerita yang dia berkirim duit pada anak perempuan dia di luar negara buat bekal berjalan musim cuti.Wah,beruntungnya anak perempuan akak tu,ya.Yelah,punyai ibu yang prihatin sampai begitu.Bertuahnya dia.!.

Aku jua punyai seorang sahabat baik,yang aku rasa sekira-kira duduk senegeri dengan anak perempuan kakak jurnalis tu,cuma berbeza universiti-lah,mungkin.Sesekali,aku hubungi jua sahabat baik aku nih,bertanya-khabar dan bercerita-cerita tentang hidup sehari-hari.

Ya,dia juga sedang bercuti,sama seperti anak perempuan kakak jurnalis tadi tu.Cumanya,sahabat baik aku nih tidak ke mana.Hanya menghabiskan masa di tempatnya sahaja,membantu-bantu teman serumah menyudahkan tesis [ teman serumahnya kebetulan sedang menyudahkan tesis PhD ].Dan,walaupun dia tidak pernah bercerita alasannya tidak ke mana-mana ketika cuti semester nih,aku rasa aku tahu alasan dia.Dan,aku rasa tekaan aku hampir 90% tepat,alasan ekonomi.!.

Dan,aku percaya jauh di sudut hati kecilnya,aku rasa sahabat baik aku nih pun mesti nak berjalan-jalan juga di cuti-cuti semester sebegini.Yelah,duduk di tempat orang,mesti nak menengok budaya orang,tanah orang,kan?!.Tetapi,aku kagum dengan sahabat baik aku nih,tidak suka meminta-minta dan susah-susah ibu-bapa di Malaysia.Bertambah-tambah lagi dia anak sulung,punyai dua adik di bawah yang masih di tanggung ibu-bapanya.Kagum aku,dia memendamkan cita sendiri,demi tidak susahkan keluarga.Wah.!.

Bertuahnya anak kakak jurnalis,dan kagumnya aku dengan pengorbanan sahabat baik aku tu.

Aku sendiri tidak pasti,kenapa aku menulis dua cerita ini di dada bandarsepi nih.Cuma,jauh di dalam aku mengharapkan kita bersyukur di atas takdir tuhan.Kita sering nampak tuah dan untung pada diri orang,hingga lupa untung besar yang Tuhan beri pada kita.


gambar : bunga ajisai yang menjadi jujuh di kawasan Ibaraki ketika musim panas begini.Cantik,subhanallah.!.

puisi sebaris
untung wanita pada hodohnya

ILHAM HAMDANI at 16.7.03

Sunday, July 13, 2003

Assalamualaikum,

Sebelum maghrib sudah terlelap,keletihan bermain futsal seharian.Mujur tersedar ketika jam sudah hampir-hampir cecah jam 8,kalau tidak terlepas sembahyang maghrib.Bangun sembahyang maghrib,dan terlelap semula.Letihnya.!.

Jam 9 baru sedar semula.Badan dah rasa segar semula.Syed yang kebetulan terlentuk atas sofa aku pun dah jaga.[aku jemput Syed makan nasik goreng kat rumah aku,lepas main bola..langsung dia terttidur atas sofa gitu jer..].Makan nasi goreng semula,al-maklum-lah perut sudah lapar semula.

Panaskan nasi goreng,dan santap bersama dengan Syed.Tengok movie cerita lakonan Arnold,kemudian tukar ke siaran 6,ada program kembara luar negara.Ini antara program tivi yang jadi kegemaran aku,mungkin sebab minat aku di situ,kot.Suka berjalan tengok budaya dan tempat orang.Aku rasa minat nih turun dari abah,mungkin.Abah masa muda lagi hebat abah mengembara.[ sekarang pun masih hebat,cuma sikit berkurang bila ada tanggungjawab keluarga..apapun dua minggu lepas,mama bagitau abah ke vietnam lagi,cari barang niaga..].Kebetulan abah bekerja dengan MAS,jadi tiket dapat murah.Pernah tengok gambar abah ke India,ke Hongkong,dan entah mana-mana lah lagi.Cemburunya si anak sulung dia.!.

Aha,semalam kembara ke Kemboja.Konsep program tivi kembara luar negara nih,mirip kepada homestay.Orang Jepun yang terpilih [ kekadang tu dia ambik artis,ahli filem..] tu akan dihantar ke negara-negara tertentu,dan hidup dengan keluarga tempatan selama seminggu begitu.Jadi hari-hari sepanjang seminggu tu,divideokan.Menarik.!.Menarik mungkin kerna minat aku,kalau tak minat dengan kembara..mungkin aku tidak berselera untuk menonton,kan?!.[ semuanya banyak yang datang dari minat,kan?!.]

Semalam,anak gadis Jepun ke Kemboja,dan hidup dengan sebuah keluarga ibu tunggal.Kemudian anak gadis Jepun nih bagi ide bagaimana untuk kumpulan ibu-ibu tunggal [ kebetulan ramai jugak ibu-ibu tunggal di tempat tu..] membentuk ekonomi sendiri.Depa buka kedai makan.

Selepas habis program sejam tu,aku sudah mati akal.Tidak ada yang menarik di tivi.Akhirnya,aku memilih melihat-lihat K-1.Program tivi orang bergocoh.!.Ini lain dari gusti yang biasa tu,sebab yang ini memang real dan tidak ada sebarang camera-effect.!.Peserta yang masuk tu,boleh pakai "buah" apa dia nak pakai,boxing,karate..ikut-lah apa yang dia master

Masuk jam 1,siaran tivi sudah banyak yang berakhir.Ya,kalau malam Isnin memang begitu di Jepun.Siaran tivi ketika malam Isnin hanya sekitar jam 2,kecuali siaran 1 dari NHK [ siaran yang paling bosan,dan kurang diminati,sebab tiada cerita-cerita menarik,lebih kepada pendidikan..tetapi,masalahnya,berbayar.!.Alasan dia kenapa perlu bayar;sebab siaran 1 NHK tiada iklan.!.]

Aku alih pada siaran 8,kebetulan masih "bercerita",program previu beberapa tokoh sukan popular ; Nakata pemain bola,Saitoh pelumba F1,Nomo pitcher Jepun di US,dan tiba-tiba di akhir previu tentang Bechkam.Aku tidak ambil endah sangat,sebab di tangan ada 1515,karya Faisal Tehrani yang masih belum separuh buku aku baca.Novel 1515 nih teman GengJurnal aku yang pos-pinjamkan dari Malaysia.Aku janji nak pulangkan semula ketika bercuti nanti.Tetapi,masalahnya masih banyak yang bersisa,tak baca.!.

Dalam menanti Subuh,berjinak-jinak dengan 1515.Kadang-kadang menarik jalan ceritanya,kadang-kadang yang lain jadi bosan,terutama bila sampai scene Portugis yang terlalu biadap ketika merampas Melaka.Aku bosan,benci,dan jijik dengan scene terjajah begitu.!.



Menjelang Subuh,aku sudah membuang 1515,ke surau.Separuh jalan sembahyang Subuh,Syed datang memakmumkan di belakang.Syukur,dapat juga solat jemaah pagi nih.Alhamdulillah.!.


ILHAM HAMDANI at 13.7.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.