Saturday, July 26, 2003

Assalamualaikum,

Semalam dan pagi tadi,gerak-gempa seperti bersambung-sambung di sini.Risau?Tidak usah cerita-lah,hanya Tuhan yang tahu betapa cuak dan gelabahnya hati,dup-dap-dup-dap.Walaupun negeri Ibaraki aku nih tidak lah sekuat mana sangat,tetapi gegarannya cukup meresahkan.Sungguh.!.Tadi bercerita dengan kohai-kohai katanya negeri Miyagi di sebelah atas gegaran sampai mencecah 6 skala.Wah,kuat tu.!.


gambar : rumah yang tercabut pasak pada bumi,bayangkanlah.!.


gambar : mangsa-mangsa gempa-bumi yang dipindahkankan ke pusat-pusat pemindahan sementara.


gambar : perkakas dalam rumah yang rosak teruk.

Cuma,harap-harapnya tiada yang buruk yang berlaku,terutama kepada pelajar-pelajar kita di sini.

...............

Siang tadi sepetang meronda-ronda cari barang komputer yang tidak lengkap.Dari satu kedai ke satu kedai mencari barang yang dihajat; keyboard,tetikus,microphone [nih untuk aktiviti sembang-maya,ataupun kalau-kalau terkena amanah untuk usrah-net ].

Alhamdulillah,ketiga-tiga barang tu dapat dengan harga yang jauh lebih murah dari yang aku sangkakan.Save budget.!.Ada yang barang baru,dan ada yang aku beli barang chuukou [second-hand ].Tetapi,begitulah walaupun sudah second-hand,kualiti masih tidak lari jauh mana berbanding yang baru.Ok lah,kan?!.

Selepas semua sudah terbeli,balik singgah beli sebuah rak komputer untuk melengkapkan sesi beli-belah hari Sabtu.Wah,banyak berbelanja cik abang hari nih,ahaks.!.Dalam berjimat-jimat belanja,habis jugak dalam 10,000yen [RM300 ] siang tadi.Ok lah,sesekali berbelanja untuk kualiti ruang rumah yang lebih selesa,apa salahnya,kan?!.

Sampai rumah semula sudah mampir benar dengan maghrib.Solat maghrib dengan Syed di surau,dan segera pulang ke rumah,bersemangat untuk memasang rak komputer.Ya,kebanyakan barang rumah di Jepun jenis yang pasang-siap,baik katil tidurnya,meja bukunya dan belaka-belaka lah,termasuk jugak rumah kediaman.Jadi,tak hairan lah rumah dua tingkat di sini sekitaran dua-tiga bulan sudah boleh diduduki.Cepat,kan?!.

Bila sudah siap pasang rak komputer,memikir-mikir bagaimana untuk menyorok segala wayar-wayar yang berserabut,al-maklum-lah wayar komputer,wayar speaker,wayar adaptor,dan entah seribu wayar lagi.Banyak.!.Sakit mata memandang kalau tidak "disorok"kan molek-molek.Dan,Alhamdulillah,rasa-rasanya mata aku tidaklah sakit sangat memandang rak komputer dengan seribu wayar tu.

Sayang,digicam ada pada Ammar,kalau tak boleh disnap sekeping dua untuk dikongsi dengan kalian,kan?!.Tak per lah,di kesempatan yang lain,InsyaAllah.

Aha,kini sistem internet di rumah aku sudah pulih semula.InsyaAllah selepas ini sudah boleh kembali seperti datuk bandar yang dahulu,walaupun ruang masa yang kian terhad dan tersekat.Tetapi,program-program dalam komputer aku masih banyak yang boleh dipindah-turunkan,termasuklah microsoft office.Aduh,nak buat kerja macam mana nih kalau microsoft office pun belum install lagi.Tadi,Syed pelawa untuk pinjamkan cdnya,malangnya terlupa nak ambil pulang.Aduhai.!.

ILHAM HAMDANI at 26.7.03

Thursday, July 24, 2003

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,tiga hari lepas dia membawakan aku berita gembiranya,dia lulus di dalam peperiksaannya.Tahniah.!.Aku tumpang gembira dan bangga dengan kejayaannya.Wah,dia sudah berkira-kira untuk kemas barang untuk pulang terus ke Malaysia,katanya hujung November nanti.Syukur pada Dia.

Maafkan aku.Lamaran dari kesibukan telah membuatkan aku terpaksa copy-paste pada kalian.Maafkan aku.!.Dan,aku berharap ketibaan CPU pagi tadi aku membuatkan aku punyai kesempatan untuk mencuri masa bertemu-temu dengan kalian di sini.Harapnya..



........................

O ya,di sini sudah ramai pelajar yang mula bercuti untuk musim panas [kasihan teman di hemisfera selatan yang baru hendak memulakan sesi semester yang baru.].Aha,cuti terpanjang selama dua bulan dan paling sesuai untuk aktiviti membesarkan badan,ahaks.Tetapi,bercuti ketika musim panas tidak menarik sangat di Jepun.Betapa lagi,dengan panas yang membahang,bak kata kemai di dalam blognya,"nanti akan jadi seperti udang panggang..".

Teringat dengan mama dan abah yang berkunjung ke sini tahun lepas [bukan yang datang ramai-ramai April hari tu..nih yang tahun lepas,mama dan abah mai honeymoon sini..],mereka datang penghujung Julai begini lah.Aku bawak mama dan abah berjalan melawat ladang ke ladang,macam pegawai pertanian lah pulak aku masa tu.Berjalan ke ladang anggur,kemudian ke ladang buah pir.Berhajat jugak nak bawak ke pantai dekat rumah,tetapi tak sesuai lah pulak,"sakit mata,beb.!."

Selepas seminggu di sini,aku pun pulang sekali dengan mama dan abah untuk cuti sebulan di Malaysia.Wah,sekali nampak macam manja giler aku nih,kan?!.Yelah,macam tak berani nak balik Malaysia sendiri-sendiri,takut sesat,ahaks.!.

Aha,sebelum ke Jumaat tadi sempat telefon mama di kantor kerjanya,bertanya-khabar dan bercerita-cerita.Mama kata,abah tiada,ke Kota Kinabalu.Ish,banyak betul abah berjalan.!.Aku rasa hampir setiap kali aku telefon mama [ aku jarang benar telefon bercakap dengan abah,entah..tak reti nak cakap lah..],dan hampir setiap kali itu-lah mama bercerita abah ke sana dan ke sini.Ke Vietnam-lah,Medan-lah,KK-lah.Dan yang kasihan,mama lah.Terpaksa duduk bekerja sehari-hari.Tak per,nanti aku kerja nanti,aku bawa mama berjalan satu dunia.Sabar ye mama..

Bercerita tentang abah,kepala sedang berkira-kira hendak beli apa untuk hari ulangtahun kelahiran abah 10 Ogos nanti.[ish,macam cerita Ahmad Albab lah pulak; "ha,menantu-menantu abah..hadiah apa yang korang bawak untuk birthday abah..?" .."garam dan gula.!." ].Tengok-lah,mungkin hujung minggu nanti aku akan ke Tokyo untuk sambungkan pasport di pejabat kedutaan,sambil-sambil ushar hadiah untuk abah.Aha,hadiah untuk mama pun masih tertangguh tak berbeli lagi,nanti aku belikan sama,InsyaAllah.

Ish,susah betul nak belikan hadiah nih,tambah-tambah lagi aku yang jenis kurang berminat dengan window shopping dan sewaktu dengannya.Aku senang ikut-turut apa yang orang lain beli,senang.!.Contohnya,aku tengok sesiapa beli baju cantik,aku berkenan,kemudian aku pergi beli yang hampir sama dengan baju yang aku berkenan itu,senang kan?!.Kalau nak harap aku,pusing-pusing dari satu kedai ke satu kedai,kemudian bandingkan harga pulak,ish..pada aku buang masa lah.!.

Aha,lain orang,lain caranya,kan?!.

..........................

Makcik Okada berikan aku chewing-gum ketika aku nampak tersenguk dan mata terkebil-kebil tahan mengantuk ketika buat kerja di kilang.Makcik Tatezawa,rakan satu mesin dengan aku yang makin akrab,berikan aku setin air jus anggur.Lagi,makcik Takane yang banyak bercerita pula berikan aku gula-gula untuk dikumam-kumam.

Tidak.!.Aku bukan hendak ceritakan ; "ish,ramainya orang beri dia makanan..".Aku tidak ingin bercerita dengan nada bangga.Lagi pun untuk apa,kan?!.

Aku ingin ceritakan betapa aku tidak selesa sebenarnya menerima budi-budi dari makcik-makcik yang sekerja dengan aku.Aku tidak suka menerima budi sebegitu.!.Dan,lebih-lebih lagi budi itu masih tidak terbalas untuk aku.Tak sukanya.!.

Tak sabar untuk Rabu minggu depan [aku kerja Rabu dan Khamis sahaja,kan..] untuk membalas budi mereka.Aku akan balas dengan kudapan untuk hilangkan kantuk jua.Dan,selagi tidak terbalas budi mereka selagi itu aku tidak selesa.Sungguh.!.

Ah,budi.Secara peribadi aku paling kurang selesa kalau aku menerima budi,dan tidak sempat berbalas lagi budi orang pada aku.Bimbang,takut-takut disalah-anggap.Hutang budi di bawa mati,kan?!.



puisi sebaris
budi nadi madani

ILHAM HAMDANI at 24.7.03

Wednesday, July 23, 2003

Assalamualaikum,

Hujan,dan hujan dan hujan lagi.!.

Aku?Aku dilamar,dilamar sibuk.!.Maafkan aku kerna tidak dapat memberikan kasih-sayang aku pada kalian,almaklum-lah sudah adat orang dilamar,kan?!.Tetapi,aku tidak sanggup untuk membiarkan BandarSepi menjadi sepi.Di bawah nih,aku copy-pastekan catatan seorang dai-sempai [senior yang atas-atas ] tentang pengalamannya di Jepun [kredit kepada : ninja_melayu@yahoo.com ]

Aha,satu email yang bercerita tentang Harajuku,salah-satu kota orang-orang muda lagi fesyen bergaya di tengah-tengah sendat metropolis Tokyo.Aku sendiri,baru sekali ke Harajuku nih,itupun hampir nak termuntah aku dengan gelagat manusia yang gila-gila.Gila apa?Bayangkan kalau berjumpa orang berpakaian fesyen ala-ala nak ke bulan,dengan rambut berwarna ungu tercacak,dengan subang hampir rebeh telinga.Ah,gila.!.Tetapi,itulah Harajuku,terutama kalau hari-hari minggu,dan sekali pandang tidak ubah seperti celah-celah Jalan Petaling.Sesak,padat dan manusia dengan fesyen pakai yang gila-gila.!.

.....................................

Harajuku sebuah bandar yang dihubungkan oleh 'Yamanote sen' (Lingkaran keretapi elektrik Yamanote line). Saya akan cerita pasal Yamanote sen ni dilain episod. Kali ni biarlah saya cerita pasal Harajuku saja. Tambang masa tu 120 Yen dari stesen keretapi Shinjuku.Shinjuku juga akan saya cerita juga dilain episod. Alamak banyak pulak janji saya pada semua.Jangan tak sempat nak tunaikan sudah lah. Moga saya diberi kesihatan dan kelapangan untuk menulis kelak. Bagi yang pernah kesana pasti tahu apa yang akan saya ceritakan. Sudah terbayang diruang mata. Bagaimana keadaannya. Bagaimana kemeriahannya dan bagimana sukarnya nak balik jika tak ambil tiket dulu.

Saya mulakan, Sebenarnya pada hari biasa, Harajuku seperti juga bandar-bandar lain di Jepun. Bebagai kedai boleh didapati disini. Kalau hari biasa, Harajuku tak ada maknanya dan tak perlu untuk diceritakan. Tetapi, Bandar Harajuku akan bertukar wajah bila Nichiyoubi muncul (Hari Ahad). Kenapa jadi begitu? Disinilah cerita yang akan saya cuba bawa untuk tatapan semua. Harajuku akan menjadi sebuah bandar 'bebas'. Kalau tak silap saya bemula pukul 1 tengahari sehingga 5 petang, Sebatang jalan utama dibandar ini akan ditutup dari semua lalu lintas.

Bemula dari situ akan muncul berbagai ragam manusia yang inginkan kebebasan. Biasanya 'dipintu masuk' jalan ini akan kelihatan sekumpulan pemuda-pemuda dan seorang dua pemudi punk sudah bersedia menjadi;kumpulan pertama untuk pesta kebebasan. Berbekalkan beberapa buah mini-hifi atau radio setero, akan berkumandanglah lagu-lagu dari Elvis dan berbagai lagi irama 60an dan mereka akan mula menari gaya Elvis. Yang uniknya grup ini mereka mempunya fesyen rambut yang berbagai dari yang berbalung ayum sampailah entah apa-apa. Kebiasaannya mereka berbaju jeket kulit dan berbagai-bagai paku terpacak di talipinggang dan berbagai tempat. Kasut kulit berbentuk tajam dan ada bahagiannya yang sudah haus kerana gelekkan tarian tersebut. Pengunjung bebas mengikut dan menari bersama mereka Tapi Awas, Jangan mengetawakan mereka atau mengambil gambar tanpa kebenaran dari mereka. Tak pasal-pasal kita dipukul dan kamera kita dirampas. Banyak kali juga kes begini berlaku.

Menyusuri jalan ini,hampir 1 km panjangnya yang ditutup. Kita akan dapat melihat berbagai ragam masyarakat Jepun. Berbagai pancaragam dapat kita saksikan. Bebagai budaya kita dapat selami. Namun biasanya ianya bukan budaya sebenar Jepun. Disinilah kita dapat melihat budaya orang Jepun nak jadi orang selain dari Jepun. Mereka bebas untuk bergaya. Berbagai warna Rambut dapat kita lihat. Bebagai baju dan fesyen dapat kita saksikan. Namun nilai ketimuran masih terjaga, Bebasnya mereka masih ada batasan. Sifat ketimuran masih dijaga. Walaupun ramai masyarakat Jepun tidak beragama. Namun nilai ketimuran masih terjaga. Di sini saya tabik pada masyarakat Jepun ni. Tapi sekarang saya tak pasti.

Saya biasanya akan melepak disebuah kumpulan pancaragam berambut panjang berbagai warna. yang akan mendedangan kan berbagai rentak lagu. Pop,rock, heavy Metal yang biasanya dalam bahasa Jepun. Akhirnya kumpulan ini menjadi sebuah Kumpulan yang popular diJepun. Kira popular mereka bermula dari Harajuku, dari kumpulan Jalanan menjadi Kumpulan Jutawan. Terdapat juga kumpulan yang mengajak pengunjung 'berkaroke bersama'. juga terdapat juga kumpulan yang hanya mengetawakan orang. Naik tension kita,kerana tak pasal-pasal mereka ketawakan kita. Terdapat juga ahli silap mata. pendek kata apa saja yang mereka terlintas nak buat mereka akan melakukkanya.

Saya dan beberapa orang rakan pernah bermain sepakraga bulat guna bola sepaktakraw rotan yang keras tu.Kami juga menjadi perhatian pengunjung. Ramai juga jurugambar yang menangkap gambar kami. Dan pastinya mereka nak join. Tapi bila sekali tendang saja terus mengaduh sakit dan terus angkat tangan.Sebabnya tak kena caranya. Orang Jepun masa itu masih tak tahu akan adanya 'game sepaktakraw'. Kami pernah juga berangan-angan nak buat pertunjukan gasing dan sebagainya tapi 'bekalan permainan tu tak ada'. Kalau tak pasti jadi tumpuan.

Bergitulah serba sedikit cerita Harajuku bandar bebas selama 4 Jam pada hari Ahad. Jalan akan mula dibuka kembali setelah menjelang pukul 5, Dan masyarakat asing ini akan kembali Normal, kerana biasanya mereka akan kembali kepada orang Jepun biasa ketika berangkat balik.

Oh ya, Di sebatang Jalan lain terdapat deretan kedai ala petaling street, yang menjual berbagai barangan terpakai dengan harga yang agak murah. Dikawasan ini juga sesak dengan lautan Manusia yang ingin membeli atau saja-saja nak berhempet-hempet mecari barang. Kalau kita lihat dari pangkal jalan (agak tinggi jalan ni). Kelihatan seperti satu aliran manusia yang sedang menyusuri 'sebatang sungai' Berbagai warna kulit manusia dapat dilihat. Pernah Harajuku menjadi 'Bandar orang Iran' kerana Negara Jepun pernah membenarkan orang Iran datang keJepun tanpa apa-apa Visa perjalanan. Masa tu naik takut juga bila kesana. Begitulah gambaran bandar Harajuku,sungguh meriah kesini pada Hari minggu.

Seperti yang saya kata diawal tadi, Jika kita tak mengambil tiket keretapi dulu masa datang tadi. Kita terpaksa beratur panjang untuk membeli tiket.
Dan sudah pasti YamaloteSen akan padat dengan penumpang walupun ada 12 gerabak setiap kali datang serta kalau tak silap dalam masa 3 minit sekali.Cubalah fikir berapa ramai pengunjungnya.Menjelang pukul 7 malam barulah stesyen Harajuku kembali Normal.

Begitulah seba sedikit pengalaman saya mengunjungi bandar Harajuku. Bagi saya Masyarakat Jepun adalah satu bangsa yang mengikut peraturan. Kebebasan yang diberi digunakan sepenuhnya tetapi bila habis waktunya, mereka akan kembali Normal. Mereka masih orang Timur yang masih punya maruah diri orang Timur. Budaya meniru budaya asing dicampur aduk dengan budaya Jepun yang kadang-akang terlalu unik jadinya. Namun masa kini saya tak tahu,apa jadinya bandar Harajuku ini. Mungkin adik-adik yang masih berada di Jepun boleh ulas sedikit. Mana tahu dah tak ujud lagi bandar bebas ni.
ILHAM HAMDANI at 23.7.03

Monday, July 21, 2003

Assalamualaikum,

Hari ini cuaca mendung,mungkin membayangkan wajah hujan pada sebelah petang.Semalam pun,hujan sebelah paginya dan mendung-mendung berterusan.Sebetulnya,semalam hari laut [siap ada public holiday lagi tu di Jepun nih..] ,tetapi hari laut tiada maknanya bila cuaca mendung.Yelah,bagaimana nak main-main di laut kalau mendung dan gaya-gaya nak hujan,kan?!.

Entahlah.!.Aku rasakan tulisan aku yang terakhir nih benar-benar tumpul.Ide menjadi tersekat-sekat dan gagap,walhal banyak benda menarik yang ingin dikongsi bersama dengan kalian.Em,mungkin faktor kesibukan dan keletihan menjadikan aku kaku dalam penulisan,agaknya lah.Selain itu?Memang kelemahan peribadi sendiri.

Apapun,terima kasih untuk kalian yang terus-terus memeriahkan BandarSepi.Chot&Giant pasangan kembar yang menjadi hos tidak rasmi di ruangan menjerit aku,Ash,Kemai [sekadar beberapa yang yang terlintas dalam fikiran,jangan ambil hati pada yang lain ya,aku tetap hargai kalian semua.!.] dan semua yang bertandang ke sini.Terima kasih,terima kasih dan terima kasih.!.



.............................

Tengahari semalam ke rumah ibu Jepun,itu pun aku sudah kelewatan.Almaklum-lah bermalas-malas untuk bangun tidur di hari cuti.Very bad of me.!.Tidak membawa apa sangat sebagai buah tangan,hanya sebungkus buah epal.Kebetulan takder duit.!.Aha,semalam memang aku takder duit,salah perkiraan sebenarnya.Aku ingatkan ATM di pejabat pos beroperasi,dan boleh lah aku keluarkan duit di sana,tetapi tutup-lah pulak.Akhirnya yang bersisa dalam dompet tidak sampai pun 1000yen,alamak.!.Sebungkus epal sahaja yang termampu,itupun terpaksa berkira-kira dahulu,takut-takut terlebih harga.Malu weh.!.

"Ding-dong..","Hait..".

Nampak sahaja muka aku,suara ibu sudah menceceh,"kenapa lambat nih,ish risau pulak..".Aduhai,malunya aku dengan kelewatan aku.Itulah berlewa-lewa sangat melayan mata.Maafkan aku,ibu.!.

Ayah Jepun tiada di rumah,kata ibu ke padang golf.Aha,ayah..apa lagi kalau ada masa terluang "menebas" lah dia.!.Di dapur,ibu sudah siapkan chahan [ nasi goreng ],miso sup ,sarada [sayur segar ], kobis kimochi ,dan ..apa lagi ye..jus oren.!.Kami santap berdua di dapur yang baru selesai operasi pembesaran.Aha,dapur rumah ibu nampak lebih besar dan tersusun.Tanya dengan ibu,berapa kos pembesaran dan belaka-belaka, 1,500,000 yen [RM45ribu] .Erkkk..terkejut aku.Tak sangka sampai begitu sekali harganya.Ya,segala-segala kos di Jepun memang mahal,bahkan amat mahal.Aku bercerita balas,kalau di Malaysia jumlah sebesar itu sudah mampu untuk sebuah rumah setingkat.Ah,beruntungnya orang Malaysia,kan?!.

Aku suap chahan perlahan-lahan sambil leka mendengar ibu bercerita.Banyak benar yang ibu bercerita,yelah sebulan lebih tak bertemu.Tambah lagi,dengan cerita mata ibu yang kabur,kisah percutian ibu ke US dan Jerman,dan banyak lagi,meleret-leret sampai ke cerita kes jenayah kanak-kanak di Jepun yang makin menjadi-jadi.Wah,cerita tidak berselang-selang,semacam sudah tercipta skrip yang sudah dihafal sekian lama.Aku tidak banyak bercakap,lebih banyak menjadi pendengar yang baik.Aha,memang aku selalu pun begitu,kalau berbicara dengan orang tua.Lebih banyak menadah telinga dari berbicara.Entah lah,sebab aku rasa setiap butir-butir bicara orang lama ibarat mutiara bagi orang muda,seperti aku.

Alhamdulillah,mata ibu sudah beransur-ansur pulih sedikit.Rupanya mata ibu ada calaran,kesan bergesel pada kanta-lekap.Mujur tidak perlu melakukan pembedahan,cuma mengambil masa sehingga 7 minggu untuk kembali pada sedia-kala.Cuma,kata doktor lagi, mungkin tidak boleh benar-benar pulih seperti dahulu-dahulu.Mungkin akan ada garisan-garisan kecil pada kanta mata.Kata ibu; " alah,barang sudah lama Din,memang lah begitu..[merujuk kepada diri ibu yang sudah separuh abad.] ".Aku tersenyum.!.

Apapun,Alhamdulillah,sudah nampak tanda-tanda untuk pulih.Cuma,perlu berjaga-jaga dan tidak boleh terlalu membebankan mata.Tidak boleh mengadap komputer terlalu lama [ ibu kan bekerja sebagai editor majalah syarikat Hitachi,tentulah komputer menjadi satu sumber paling utama ..] ,dan ketika memandu pun perlu lebih berhati-hati.

Selepas habis sepinggan chahan,sepinggan kacang hitam yang manis disua, " ini baru semalam ibu buat..rasalah.".Aha,memang manis pun.Sedap.!.

Selepas itu,sehirisan tembikai susu menjadi penutup santapan tengahari.Alhamdulillah.

Ke ruang tamu,membelek-belek gambar percutian ibu.Wah,seronoknya.Cemburu.!.2 minggu di US,ada perkahwinan anak kawannya dan bertemu anak perempuan ibu,kemudian 2 minggu lagi di Jerman,berjumpa kawan lama,Uta-san.Album gambar sahaja ada hampir 10 keping.Banyaknya.!.Sambil-sambil membelek-belek album,sambil-sambil mulut ibu bercerita itu dan ini.Ini di mana,itu siapa.Ramahnya seorang ibu.!.

Pukul 2,aku mohon untuk pulang,belum bersolat Zohor sebenarnya.Sebelum masuk ke kereta,sempat lagi meninjau-ninjau bunga yang sedang berkembang di laman rumah.Ini usaha ayah sebenarnya.Ayah memang minat bertanam-tanam nih,di belakang rumah ada kebun sayur sendiri.Sajer,main-main kata ayah.

Ibu menghantar hingga ke kereta,dan berpisah dengan ucapan salam perpisahan.Terima kasih ibu.!.



...................................

22 Julai,selamat hari lahir,Kakla.!. [ Norlaila binti Ismail ]

Mudahan menginjak usia 25 tahun menjadikan Kakla makin gagah dan matang menongkah cabaran mendatang saban detik yang berlalu.Harungi hari ini dengan gantungan hati pada Tuan yang menciptakan.

Jom bercerita tentang kenangan. [ eh,mengapa aku perlu berkongsi dengan kalian ya,segala catatan sejarah hitam-putih?ah,biarlah.!.mungkin sejarah aku,pernah juga menjadi sejarah kalian dulu,atau sejarah aku,mungkin juga menjadi sejarah hari esok pada kalian,kan?!.]

dulu-dulu

Mei 1997,minggu orentasi pelajar-pelajar persediaan ke Jepun.Memang agak teruk seminggu tu,sebelum diistihar jadi kohai.Berhari-hari kerkawad ke AAJ,berbaris macam itik pulang petang.Lucu pun ada mengenangkan semua itu.!.

Tengahari yang panas-panas suam,kena berdiri di tengah padang dengan baju kemeja berkancing hingga ke leher [ ada budak kolej lain kena disekalikan dengan tali leher,waduh.!.],Tuhan sahaja tahu betapa rimas dan panasnya.Pulak,ketika berbaris ada syarat tambahan,kepala kena tunduk memandang rumput,tidak boleh pandang muka senior.Aduhai.!.

Dan,kakak itulah yang rajin datang-datang ke sisi mengipas-ngipas mendinginkan sedikit suhu badan.Walaupun usaha kakak itu mengipas dengan kipas kertas tu,tidak lah mendatangkan sesejuk mana pun,tetapi keprihatinannya tu,cukup aku hargai.Terima kasih,ya.!.Tetapi,masa tu aku taktau pun kakak mana yang datang,yelah sebab tak boleh pandang muka senior,kan..cuma dengar suara sahaja.Aku tahu perkara nih pun selepas habis minggu orentasi yang masam-masam-manis tu.

Aha,selepas minggu orentasi berlalu ada majlis declaration,maknanya yang junior sudah diangkat menjadi kohai [kiranya lebih akrab dengan sempai ].Dan,di malam hari declaration tu,ada malam seribu bintang.Wah,banyaknya bintang,ahaks.!.

Semua kohai [masa tu dah dipanggil kohai,bukan junior lagi.] kena pakai cantik-cantik,nak ke hotel 5 bintang,ada makan-makan.Wah,semangat semua para kohai.Semuanya dengan baju kemeja,dan bertali leher,atau berbaju melayu lengkap bersampin.Yang perempuan,kena berbaju kurung comel,dan berdandan menarik.Al-maklum lah hendak makan-makan di hotel 5 bintang.

Kalian tahu di mana hotel 5 bintang yang kami pergi makan malam beramai-ramai?Warung tepi jalan di Kampung Kerinci.!.

Berpakaian ala nak ke dinner,kemudian berjalan kaki 2 km ke Kerinci,wah..aku akan ingat sampai ke tua.Dan,di antara para kohai lelaki,cuma aku seorang jer yang pakai baju melayu lengkap,yang lain semua berkemeja dan bertali leher.Aku pun dah tak ingat siapa kohai seorang yang berbaju melayu tu,ahaks.

Selepas balik dari makan-makan [aha,malam tu aku dibelanja oleh sempai Saru.!.Aku makan nasi goreng pataya,aku ingat lagi..], lepak-lepak di Foyer untuk sesi bergambar.Dan,malam tu selain snap-snap rasmi,ada snap tidak rasmi.Pertamanya,snap tidak rasmi dengan "keluarga" aku.Aha,kebetulan ada sepasang sempai yang mengambil aku dan seorang kohai perempuan untuk jadi "keluarga" mereka.Kiranya macam tradisi,lah..tetapi bukan untuk couple-couple,sahaja..suka-suka.!.[sampai saat kami jadi sempai,kami ambil pula sepasangan kohai untuk jadi "keluarga" ].Dan,snap yang satu lagi dengan Kakla.!.Aku ingat lagi,dengan baju melayu kuning siap bersarung sampin bersongket.Aha,macam hari raya jadinya.Dan,gambar itu masih ada dalam album,tetapi sayangnya di Malaysia.Kalau tidak,boleh aku paparkan di sini,kan?!.

Nota-nota dan buku-buku teks KakLa banyak yang diturunkan pada aku.Wah,beruntungnya.Terima kasih.!.

Sesekali,menjelang peperiksaan datang note-note kecil melalui orang tengah,"shiken,ganbatte".Sekali lagi,terima kasih.!.

dulu

Hampir dua minggu sampai di Jepun,aku menerima panggilan telefon yang pertama.Dan,orang itu ialah KakLa.Aku ingat lagi,KakLa telefon melalui Syeikh.Itupun setelah beberapa kali gagal bercakap,hampir merajuk dia,ahaks.!.

Dan,sejak itu keakraban kami kembali semula.Ah,keakraban juga hampir-hampir menjebak kami kepada jerat,jerat percintaan.!. [Jerat Percintaan : Siti Nurhaliza ] .Huh,puppy love.!.Dan,untuk seketika kami di persimpangan dilema [ Persimpangan Dilema : Nora ],tetapi akhirnya kami memilih jalan sendiri.Ah,betapa musnahnya sebuah pelamin angan,kan?!.[ Pelamin Anganku Musnah : Azie ]

Hei,kenapa mesti aku berkongsi semua ini dengan kalian?Sudah lah.!.

Terima kasih untuk KakLa,dan selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke dua puluh lima.!.

puisi sebaris
kalau sudah gula,terlarut pada laut mati,masih berbisa manisnya


ILHAM HAMDANI at 21.7.03

Sunday, July 20, 2003

Assalamualaikum,

Hari Ahad?Huh,apa lagi hari cuti,kan..

Hujan membasahi perdaerahan Hitachi seawal pagi.Hari nih menjad dingin.Wah,seronoknya merengkok bawah selimut.

Kelas Bahasa Arab batal lagi minggu nih.Ish,dah berapa minggu tak belajar bahasa Arab nih.Kalau begini,bila nak pandai.Alasan dia,orang yang nak belajar takder.!.Syed dan Musa pergi main bola awal-awal pagi lagi [ depa ajak aku pergi sama,ish..malas lah.!.aku main futsal jer nanti.],bro Rames pulak ada hal.Tinggal bro Shafeq seorang sahaja nak belajar,emm..tak berbaloi lah.Akhirnya,batal begitu sahaja.!.

Pukul 11,ramai-ramai turun ke gym,biasa-lah pagi Ahad main futsal.!.

Main sampai ke pukul 2,baru balik.Sembahyang Zohor pun agak lewat,terpaksa melayan-layan bro Syafeq yang aku jemput untuk makan meehon 3S semalam yang masih bersisa sikit.Dekat jam 3 baru berzohor.Ish,lewatnya.!.

Menjelang Asar,bro Qusai satu keluarga datang ke surau,kebetulan mereka baru lepas bershopping pakaian di Uniqlo,dapatlah berasar jemaah dengan bro Qusai.Alhamdulillah.

Lepas asar mengajak Musa ikut sama ke Uniqlo,mencari-cari baju-baju yang murah.Bro Qusai bagitau tadi,banyak pakaian yang murah-murah,tengah sale.!.Kebetulan,Qusyairi nak ikut sama,cantik lah.Meriah lah sikit.!.

Membelek-belek sahaja,mencari yang berkenan di hati.Sebenarnya,aku sendiri kurang minat sangat berfesyen-fesyen begini.Entah-lah,memang begitu pun.!.Aha,kalau nak cari yang bergaya dalam keluarga aku,cari-lah yang nombor dua dan nombor tiga.Depa dua memang suka bergaya.Aku?Tak sangat.!.

Aku membelek-belek baju.Em,memang banyak yang murah pun.Sebenarnya,aku lebih memikirkan baju untuk adik-adik sebenarnya.Aku sendiri,kalau dapat sehelai pun,sudah cukup baik.Berpusing-pusing dahulu dalam kedai,sambil-sambil menengok-nengok Musa yang memilih jeans.Aha,seingat-ingat sudah lama aku tidak memakai jeans.Akhir-akhir nih,lebih senang dengan slack sahaja.Dan lagi,aku paling suka dengan slack warna cream.Entah-lah,rasa selesa sangat dengan warna cream tu.Mama pun pernah bertanya harian dengan akul; "apasal seluar slack Din semuanya warna cream?".Aku tidak punyai jawapan.Yang pasti,aku suka dengan warna tu.!.

Akhirnya,membeli 4 helai t-shirt yang comel-comel dan murah-murah.Semuanya tengah potongan harga,809yen[RM24].Aha,sehelai untuk Akmal,adik pertama.Untuknya T-shirt berwarna putih,sehelai untuk adik kedua,berwarna hitam,dan sehelai lagi untuk yang bongsu,berwarna kelabu.Dan sehelai untuk aku sendiri,warna hitam dengan sedikit warna kuning oren di depan.Simple,tetapi menarik.Ok lah tu.!.

Alamak,mana untuk adik perempuan tunggal?Aha,aku tak pandai memilih untuk gadis sebenarnya.!.Nanti lah...

Balik dari shopping,langsung tertidur keletihan.Sebenarnya,sudah berjanji dengan budak-budak lain untuk makan sushi bersama malam nanti,tetapi malangnya tertidur pula.Mujur-lah menjelang jam 8,Syed telefon ke rumah,kejutkan.Tergesa-gesa mandi dan bersembahyang maghrib.Oh ya,sebelum mandi masih sempat menelefon ibu angkat,bertanya khabarnya.Sebetulnya aku berjanji untuk ke rumahnya hari nih,tetapi terlupa lah pulak.Lalu,janji ke rumah ibu Jepun itu ditunda ke esok.Cantik.!.

Malam ini makan sushi beramai-ramai.Sudah lama jugak aku tak pekena sushi nih,sejak kena alergik dengan makan laut,seingat-ingat sudah hampir setengah tahun.Lama tu.!.Akhirnya,malam ini kesempatan datang semula untuk berlawan siapa jaguh kaiten sushi.Kita tengok siapa yang menang?.

Aku makan tidak banyak sangat malam nih,cuma mampu 9 pinggan sahaja.Yang jadi juara,Rashdan,11 pinggan.!.Aku lebih berselera dengan belut laut dan udang bermayonis sahaja.Sebenarnya,walaupun sudah sekian lama duduk di sini,aku tidak "jalan" dengan mentah.Memang tak masuk ke rengkong rasanya.Akhirnya,yang aku pilih belut laut yang sudah separuh dibakar.Ok lah tu,kan?!.


ILHAM HAMDANI at 20.7.03

Assalamualaikum,

Ini cerita semalam,hari Sabtu.!.

Pagi-pagi lagi terpaksa bangun ke kilang,aduhai..malasnya.!.

Sepatutnya pagi-pagi Sabtu begini aku lebih senang untuk melayan mata [ o ya,dah dua minggu aku tidak ikut usrah-net atau net-meeting pagi sabtu,sejak rumah aku sudah tidak punyai talian internet.],almaklum-lah aku selesa dengan prinsip aku ; "yasumi wa yasumi desu.[ cuti adalah cuti ]

Hoshi-san si supervisor minta aku ke kilang,mengimarahkan kilang,ahaks.!.Banyak lah imarahnya,aku kena buat kerja kilang yang banyak bertimbun tu lah.Entah apa hal entah,tiba-tiba kerja di kilang mendadak banyak.Pesanan barang jadi berkali ganda pulak.Terpaksa aku merajinkan diri aku yang malas,lebih-lebih lagi pagi Sabtu cam semalam.Ah,alangkah indahnya kalau dapat rehat dan tidur-tidur,kan?!.

Oit,bangun.!.

Sebelum ke kilang,aku ke pejabat pos dulu,keluarkan duit untuk bayarkan harga cpu komputer yang aku order ikut internet.Sudah tu,aku singgah di Joyo Bank.Hari-hari Sabtu begini hanya cash-conner jer yang dibuka,ok lah tu.

10:07 baru lah aku masuk kerja.Aha,semalam berjanji dengan Hoshi-san dalam pulul 9 nak datang,terlewat lah pulak.Alah,sudah nama pun hari Sabtu,hari berlewa-lewa.Hari sabtu begini tak ramai sangat yang bekerja kat kilang,kecuali beberapa orang yang terlebih rajin jer.Ya,kebanyakan syarikat Jepun bercuti pada hari Sabtu dan Ahad.Pulak tu,minggu nih ada 3 hari cuti pulak,hari Isnin nanti ada cuti,hari laut.!.

Aduh,kerja dengan mengantuk yang tahap tertinggi.Malas giler.!.

Pula,mesin buat hal yang entah apa-apa.Mulanya blok plastik yang aku tengah buat tu,banyak yang bercalar.[ya,orang Jepun memang begitu teliti dengan kualiti,walaupun kesan calar hanyalah tidak lebih dari 5mm,tetapi sudah boleh dibakul-sampahkan.susahnya.!.]Terpaksa beberapa kali dikikirkan semula blok besinya supaya blok plastik yang terhasil keluar tidak tercalar.Susah juga untuk jaga supaya blok plastik tidak tercalar.Tetapi,aku rasa untuk jaga supaya blok hati tidak tercalar,lagi susah,kan?!.Paling-paling kalau blok plastik yang aku buat tu tercalar,boleh tengok pakai kanta pembesar.Tetapi,kalau blok hati tercalar,nak tengok pakai apa?Susah tu.!.

Pula lagi,entah dekat tiga kali buzzer mesin berbunyi,tanda ada fault,tetapi bila diperiksa pada blok,tiada masalah pulak.Aduhai.!.

Masa rehat tengahari pukul 12,aku masuk dalam kereta,dan tidur sahaja.Mengantuk.!.Bila kerja semula jam 12:45,mata aku sudah celik sikit .Aha,baru lah semangat sikit nak bekerja.

Tetapi sebenarnya otak aku tidak menumpu sangat pada kerja,tengah memikirkan benda lain.Aku sedang berperang,nak buat makan-makan atau pun tidak petang nanti.Sebetulnya,malam nanti,giliran rumah aku untuk ziarah dan makan-makan,tetapi disebabkan aku kena kerja pulak pagi nih,aku pun jadi berbelah-bagi.Nak buat atau tangguhkan ke minggu depan?.Tapi,tak seronok lah pulak kalau tertangguh,nampak seperti pentingkan diri sendiri lah pulak,kan?!.Tetapi,jadi celaru pula bila fikir-fikirkan yang lauk seketul habuk pun takder dalam peti sejuk.

Buat kerja,dan yerus berfikir.Nak buat makan ker,nak terus kerja sampai senja jam 7?.

Jam 3:45,bagitau dengan Katou-san; " saya nak balik..".Ya,aku buat makan-makan juga malam nanti.

Tetapi,aku tak terus balik,terpaksa ke Joyful Honda mencari ayam halal dulu.Jauh jugak dari tempat aku,tambah-tambah kalau keadaan jalan yang sesak ketika petang-petang gini,aduhai bertambah-tambah seksanya.

Selepas beli ayam semua,balik singgah ke kedai lain pulak,beli sayur [ di Joyful Honda tu agak mahal,aku lebih senang beli sayur dan buah-buah di sebuah kedai borong di pekan Hitachi-Taga ],kemudian singgah di sebuah kedai air pulak [ aha,kedai air pun lebih murah harganya..hidup kena berjimat,kawan.kalau kita boleh dapat dengan harga murah,mengapa perlu bayar lebih,kan?! ],pukul 6 petang baru sampai ke rumah.

Aku hanya ada sejam untuk masak belaka-belaka.Sejam untuk persediaan makan-makan untuk 18 orang.Uih.!.

Aku masak masakan paling ringkas sekali,meehon goreng.!.Sebenarnya,semasa buat kerja di kilang tadi lagi aku tengah membayang-bayangkan untuk masak apa dalam masa sejam yang aku ada tu,dan akhirnya aku memilih untuk masak meehon goreng 3S;sempoi,simple, sedap,ahaks.!.[kebetulan,baru sahaja aku mula nak menumis bawang semula,orang Australia telefon aku.Dia bergelak besar bila aku terangkan maksud 3S tu,terutama S yang terakhir untuk sedap tu,ahaks.!.]

Tumiskan bawang putih,bawang besar [ aha,di Jepun susah nak dapatkan bawang merah ],masukkan ikan bilis sikit,biar sekejap.Kemudian,aku masukkan sos tomato,dan serba-serbi perisa yang lain.Aku main ikut sedap aku jer,sudah tidak aturan lagi.Yelah,bayangkan masa yang untuk sediakan meehon tu cuma ada dalam 50 minit begitu ajer.Memang mencabar betul.Sudah lah bukan untuk makan sendiri,untuk dijamu pada orang yang datang ke rumah malam nanti.Tak per,pengalaman 3 tahun jadi orang bujang di Jepun boleh dimanfaatkan.

Tangan memang tidak boleh duduk diam,sambil-sambil menanti bahan perisa semua pecah minyak,aku kalut memotong sayur dan karot,kemudian membuka mee kuning dari bungkusnya.Alhamdulillah,dalam kalut yang tak menang tangan tu,Adam datang untuk tawarkan diri;

"Ada apa yang boleh tolong?"

Alhamdulillah,Tuhan sudah turunkan pertolongannya,syukur.!.

"Tolong aku potong ayam,dan gorengkan sekali."

"Ok..".

Ya,Adam antara kohai yang paling sempoi dan senang nak diminta tolong.[ops,aku puji ikhlas nih,bukan semata-mata pasal pertolongannya itu sahaja.!.]

Bila sos tomato dan lain dah nampak sebati,masukkan carot, dahulu,sebab ambil masa untuk lembutkan dia.Kemudian baru-lah masukkan kobis dan taugeh.Kemudian akhir sekali,barulah aku masukkan mee kuning.Banyak tu,adalah dalam 15 bungkus.Kali pertama buat sejumlah besar begitu.Penat giler nak menggodekkan meehon yang sebanyak tu.Naik lenguh tangan semua.!.

Pukul 7 begitu,sudah boleh tutup api dapur.Fuh,selamat.!.

Tetapi,penatnya Tuhan sahaja yang tahu.Yelah,satunya sebab memasak dalam keadaan yang tergesa-gesa.Bayangkan,dari mula pegang pisau nak memotong bawang,sehingga ke tutup api dapur,aku hanya ada tak lebih dari sejam.Wah,macam masuk pertandingan memasak lah pulak.Pertandingan masak cepat,bukan masak sedap,ahaks.!.Dan duanya,pasal jumlah yang aku masak untuk kali nih memang agak banyak.Jadi,susah untuk anggarkan banyak masa nak masukkan garam,gula dan serba-serbinya.

Tetapi,bila dicubit secubit untuk rasa-rasa.Aha,ok la..boleh buka restoran aper,ahaks.!.

Bersiap nak mandi sebelum ke surau untuk maghrib.Sebelum tu,sempat balas panggilan orang Australia dulu.Yelah,masa dia telefon awal tadi,aku betul-betul tergesa-gesa,almaklum lah bawang baru ditumis atas dapur,nanti hangus..jenuh aku.Jadi,untuk jaga hati dia agar tidak bercalar,seperti blok plastik aku siang tadi yang banyak bercalar,aku membuat panggilan balas,mohon dimaafi atas kesulitan awal tadi.

Sepetang yang penat,tetapi senyum yang puas.!.

puisi sebaris
juadah menjamu ukhuwah


ILHAM HAMDANI at 20.7.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.