Saturday, August 02, 2003

Assalamualaikum,

Semalam aku tidur awal.Maaf,tertidur sebenarnya.Bukan hajat nak tidur pun,tengah asyik-asyik melayan movie cerita apa entah,sekali tertidur.Sedar-sedar sudah hampir jam 1:30 pagi.Wah,bergelut untuk solat Isyak dahulu.Nanti terbabas pulak.Maklum-lah Subuh sejak-sejak musim panas nih awal,sekarang nih jam 3:04 pagi.

Belek-belek pada pesanan YM,Ya Allah banyaknya pesanan.Syed tanyakan samada nak pergi makan di Saezeriya atau tidak,seorang teman di Malaysia minta aku "jumpa" dengannya,sebab ada sedikit perbincangan tentang program di Malaysia.Semuanya tidak berjawab.!.Yelah,nak jawab macam mana,tuan YM nya sedang enak dibuai mimpi seribu.Maafkan aku.!.

Aha,ini mungkin catatan terakhir sebelum aku bergerak untuk untuk ke summer camp IPIJ di Nagaoka.

Tadi,selepas Subuh berteman-teman dengan Syed ke konbini [convinience shop ],gara-gara lapar di awal pagi.Syed beli onigiri [nasi kepal berlauk ] seketul dan roti.Aku?Soba [mee Jepun ] telur puyuh.Aduhai,kecilnya telur puyuh tu.Sudah,nama pun telur puyuh,kan?!.Telur puyuh tu tidak direbus,memang dimakan mentah sekali dengan mee soba tu.[bila tengok soba,teringat mama yang pelik dengan aku yang pelahap dengan mee soba nih; " ish,tengok Din makan,macam sedap jer..macam mana lah Din boleh makan ye.." ]

Selepas bersantap,baru balik ke rumah semula.Membasuh baju [baca : masuk baju dalam mesin basuh,masuk air,masuk sabun,dan on elektrik ] ,sementara menanti baju di dalam mesin,mengemas-ngemas rumah.Wah,rajinnya Cik Din pagi nih,ahaks.!.Sebenarnya bukan-lah rajin sangat,cuma terpaksa merajinkan diri.Hari nih nak tinggalkan rumah kesayangan nih untuk seminggu lama,jadi kalau tak dibersih-kemas segala-galanya bimbang-bimbang jadi sarang lipas pulak nanti.Ya,musim panas begini,aku tengok lipas-lipas bermaharalela betul.Geram aku.!.

Entah apa silapnya,asyik berulang kali ke tandas pula,perut meragam.Aku agak mesti perut tidak serasi dengan mee soba tadi,agaknya.Apapun,hakikatnya sakit dan sihat datang dari Tuhan.Harap-harap kerenah perut tidak berpanjangan,yelah sebab siang nanti nak berjalan jauh,kalau perut meragam,tentu kurang selesa ketika bermusafir,kan?!.


ILHAM HAMDANI at 2.8.03

Friday, August 01, 2003

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,dalam renyai yang manja-manja mencelah-celah untuk ke surau.Bertembung dengan Musa yang kebetulan nak bersubuh juga di surau.Tdak lama Syed menyusul,akhirnya jemaah jadi 3.Yang tua menjadi imam,syukur pada Tuhan.!.

Suasana pagi nih kelihatan begitu sepi,mungkin ramai yang sudah pulang ke kampung masing-masing,kot.Yelah,kawasan-kawasan yang aku duduk nih kebanyakannya ramai yang pelajar di sini,jadi cuti-cuti yang panjang begini mungkin mereka balik ke kampung,kot.Ataupun ramai yang pergi bekerja sambilan,sebab tu suasana jadi sepi semacam jer.



.....................

Siang tadi kebetulan sempat bersembang telefon dengan seorang kawan baik.Dia tanyakan aku sudah makan ker tidak,aku jawab;belum.Dia tanya lagi,mengapa belum makan walhal sudah hampir jam 2 petang.Aku kata malas masak.Dia tanya lagi,mengapa malas masak,kan dah lapar jadinya.Aku jawab lagi;emm..pasal beras sudah habis sebenarnya.

Lepas itu,dia bercerita tentang pantangnya,dia kata menjadi pantang padanya biarkan barang dalam rumah habis.Sepatutnya beli dulu,sebelum habis,begitu nasihatnya.O,aku diam,tidak berkata apa-apa.Malu pun ada.!.

Sekali,diam terus,kawan di seberang sana sudah tidak bersuara.Lor,bateri telefon mobilnya habis.Em,mungkin dia terlupa untuk masukkan pantangnya pada bateri telefon sama,"saya pantang kalau tengah bercakap,tiba-tiba senyap sebab bateri handset habis.."

Sebelah petang sedikit,hanya sekadar lepak-lepak di depan tivi.Tidak buat apa sangat.Berulang-ulang antara tivi dan komputer.Banyak jugak cerita menarik di tivi,terutama cerita kembara luar negara yang sering aku ceritakan pada kalian.Hari nih pulak,siaran istimewa mungkin,yelah sampai 3 orang sekali harung dalam satu siaran.Mulanya kembara waniat ke Romania,kemudian kembara lelaki di Hongkong,pengalaman belajar memasak di Hongkang,dan terakhir kisah kembara di hutan Thai.Jadi 3 jam langsung.

Dalam pada khusyuk tengok cerita,sempat terlelap,sebab bosan pada kembara yang kedua,kembara ke HongKong.Terjaga semula ketika kembara ketiga,kembara ke hutan Thailand.Menarik lah jugak.!.

Kemudian bersambung dengan siaran ala-dokumentari ke Iraq,meninjau bumi bersumpah selepas dilanggar todak US.Yang jadi hos kali nih,Ramos bekas ketua pasukan bolasepak Jepun penghujung tahun 80-an.Jadi,sesuai dengan dia yang bekas pemain bola,dokumentari itu banyak fokuskan pada perkembangan bolasepak Iraq sebelum dan selepas perang.

Kesian pulak tengok anak-anak Iraq yang bermain di sekitaran bangunan-bangunan separuh roboh,di celah serpihan bangkai-bangkai bom dan arteri peperangan.Pun begitu,aku rasa skill mereka masih jauh hebat berbanding dengan orang Malaysia.Sungguh.!.[o ya,tahniah kepada kejor yob kejor dengan kejuaraan piala liga,tak sempat singa utara nak memintas..]

Malam tidak buat apa,hanya belek-belek jadual dan jalan keretapi.O ya,esok aku akan bertolak ke summer camp IPIJ [Ikatan Persaudaraan Islam Jepun ] di negeri Nigaata,sekitar 7 jam perjalanan dari tempat aku.Aku tidak sendiri tak pasti,aku nak keretapi biasa,atau naik shinkansen sahaja.Baru tadi,sibuk bertanya dengan teman-teman di Tokyo,bagaimana mereka nak ke sana.

Aku ada dua pilihan sebenarnya,kalau bertolak pagi,naik keretapi biasa.Lebih murah,tentunya.Tetapi,aku rasa macam ada masalah sedikit.Mungkin lebih berat kepada sebelah petang.Pula,hajat di hati sebelum pergi berkampung seminggu di Niigata,ingatnya sebelah pagi nak menendang-nendang bola di gym.Aha,dalam kalut nak berjalan,masih berhajat nak menenadnag bola lagi tu,gila bola.!.

Kalau aku bertolak petang pulak,mungkin dengan shinkansen,keretapi bullet tuDan,tentunya harganya lebih mahal,aduh.Dan,kalau petang mungkin aku bersekali dengan ustaz undangan dari Malaysia,cadang-cadangnya begitu.Aha,ustaz dari Malaysia sampai esok pagi,berehat sekejap di Tokyo,dan bertolak ke Nigaata dengan shinkansen sebelah petang.Aku sendiri tak pasti berapa orang yang diundang dari Malaysia,mungkin dua,atau mungkin juga tiga orang.Tetapi,yang pasti bukan seorang.

O ya,mungkin dalam seminggu yang ke depan aku akan kurang masa untuk mengemaskan bandarsepi.Atau,ada siapa yang sanggup ambil-alih bandarsepi untuk seminggu ini.Aha,zaman nabi saw dulu,kalau nabi bermusafir,ke medan peperangan contohnya,nabi selalu amanahkan pemangku.Dan,dalam banyak kisah sirah,banyak jugak jawatan ketua madinah dipangku oleh Ummi ibn Makhtum,seorang yang buta tetapi tetap menjadi pilihan nabi saw.Mungkin ada hebatnya pada Ummi ibn Makhtum sehingga dia jadi pilihan nabi,walaupun dia buta.

Pun begitu,aku cadang untuk snap gambar-gambar menarik sepanjang seminggu aku bercuti,dan aku akan paparkan di BandarSepi untuk rezeki kalian.Jadi kalau begitu,mungkin seminggu yang akan datang,BandarSepi tidak banyak bercerita,sebaliknya banyak gambar.Ok,boleh ker?Harapnya boleh,kan?!.

Selamat bercuti,jom ke summer-camp.!.
ILHAM HAMDANI at 1.8.03

Thursday, July 31, 2003

Assalamualaikum,

Akhirnya ole-ole bumi sakura edisi pertama [doakan ada edisi-edisi yang seterusnya,kalau aku dimurahi rezeki olehNya ] sudah ada pemenangnya;


109 Tanggal: 2003-07-31 09:49:20
Achik ( Tidak punya e-mail / http://www.upsaid.com/ilham_hanna) Catat:

Assalamualaikum

Hai, ada cabutan bertuah (barangkali kalau diberi nama) pula ya? Tersimpang niat achik dari asalnya nak tanya khabar Adeen kepada mencuba nasib, dengan izin Allah dapat kenangan dari bumi Sakura.

Achik gurau sahaja. ;)

Sekarang tengah cuti, punya masa terluang jenguk-jenguk banglo mewah milik Adeen serta gejuis-gejuis yang lain selain membenamkan diri dengan tugasan-tugasan yang tak pernah siap (kerja manusia bertangguh)serta asah minat melukis. Sepuluh perkara dibuat dalam satu masa.

Tengok, jari achik ini bukan boleh bertemu keyboard, mencatat di guestbook macam menulis esei. Maaf ya.

Cuti berbaki dua hari lagi.Selepas ini kembali terbelenggu dengan 'sibuk'. Tapi tak apa, itulah cabaran hidup belajar. Kan?

Samapi sini, Allah sentiasa mengiringi perjalanan Adeen di sana


Tahniah untuk ilham hana atas komen kemenangan,dan paling penting nombor 109 yang bertuah.

Apapun,terima kasih jua untuk semua yang terus menyokong BandarSepi,kalau aku mampu tentu aku berikan seluruh pengunjung BandarSepi dengan ole-ole,tetapi..sayang..

.......................

Semalam,aku tidak bekerja.Sepatutnya aku kena masuk pagi,sama seperti hari Rabu,masuk kerja jam 8.Tetapi letih dan lelah sehari yang dulu tu rasa masih banyak yang berlingkar,aku tanggguh ke petang.Petang pula,aku tangguh ke lewat senja.Dan,akhirnya ketika hampir-hampir senja menelefon Hoshi-san,maklum-kan aku tidak boleh bekerja.Sambil-sambil suara dalam telefon,aku buatkan ala-ala tidak sihat sikit,ahaks.Tetapi,memang tidak sihat pun,minda kurang sihat,sebab tidak bersedia untuk bekerja.

Akhirnya,seharian melepak-lepak di rumah.Langsung tidak ke mana.Kesempatan yang terluang,aku sempat bersembang-sembang di YM.Ah,sudah lama tidak buat kerja sebegini,lewat kesibukan yang mendadak.Sempat bersembang dengan Hairey,kawan baik sejak zaman kecil-kecil lagi,sejak zaman galak menyepak bola dengan kaki ayam di padang lecak.Aha,ini bakal anak teruna sebenarnya.Awal September nanti tarikh bersejarah untuk dia datang.Aduhai,seorang demi seorang kawan sudah selamat.Nanti-nanti aku kira-kira,yang tertinggal dan tak laku di pasaran,cuma aku.Tidakkk.!!.

Sambil-sambil menjenguk Adam di bilik sebelah yang sibuk memasang komputer yang baru sampai pagi hari.Aha,Adam beli komputer yang bukan pasang-siap punya,jadi kena pasang sendiri belaka-belaka,daripada mother-board,father-board,cd drive,pendek kata semua-semua sendirian berhad.Ish,kalau aku sampai tahun 2004 pun tak siap-siap lagi.Yelah,aku nih buta komputer sedikit.

Tetapi,entah lah sampai lewat malam komputer tu masih boleh berfungsi dengan baik.Bila on sahaja,tidak lama off semula secara automatik,kemudian on balik secara automatik,kemudian off balik,automatik juga.Eh,macam chipmore pulak,sekejap ada,sekejap hilang.!.Jenuh jugak si Adam telefon orang sana,orang sini bertanyakan tunjuk-ajar,tetapi masih belum berjumpa punca silap.Susah jugak rupanya.!.

O ya,awal pagi semalam telefon mama di pejabat.Telefon mula tu,pak guard yang jawab; "eh,pejabat cuti ker hari nihh..".Bila belek-belek jam,lor baru jam 7:50 waktu di Malaysia.Baru teringat,aku nih di Jepun yang cepat sejam dari Malaysia.Sah,kes mamai tidur nih,ahaks.!.

Kemudian,dalam sejam baru telefon mama semula.Aha,baru boleh bercakap dengan mama.Bukan bercerita apapun,cuma minta mama confirm tiket pulang dengan abah.Ops,sekali nampak macam anak manja,kan.Yelah,sampai tiket pulang pun minta dengan keluarga di Malaysia.Em,al-kisahnya begini,kalau aku beli sendiri aku kena keluarkan hampir RM2000 untuk tiket pergi-balik.Tetapi,kalau beli ikut abah,aku kena bayar sekitaran RM1000 sahaja.Jadi,mengapa bayar lebih untuk kualiti yang sama,kan?!.

Mudahan menjelang penghujung Ogos aku sudah di bumi Malaysia,menyambut gegak-gempita Malaysia merdeka yang setia terjajah.



ILHAM HAMDANI at 31.7.03

Wednesday, July 30, 2003

Assalamualaikum,

Selagi kalian bukan bernama aku,kalian tidak akan memahami keletihan aku.Sungguh.!.Tetapi,aku rasa tidak perlu aku bercerita untuk tatapan kalian,sambil membuat kalian ternganga tidak percaya,biarlah ia menjadi satu kenangan untuk aku sahaja.Tetapi,aku rasa aku puas.Mencari rezeki dengan kudrat dan jemala sendiri pinjaman Tuhan.Kepuasan dalam keletihan.!.

Kalau ikut perasan dan beban letih,mahu sahaja aku terus tidur terlentuk.Tetapi,memikirkan Subuh yang sudah pada ambang,aku mengagahkan diri,walaupun sebenarnya aku sudah tidak ada gagah sedikit pun.Kepala jadi berpinar-pinar,rasa-rasa semacam berpusing dunia nih,sungguh.!.Jadi,aku memilih untuk mengisi luang untuk Subuh nih dengan menulis [aha,sebetulnya orang isi dengan Al-Quran atau munajat,asta'firullah..],boleh kan?!.

O ya,masih belum berpemenang.Ole-ole dari bumi sakura masih belum mutlak tuan empunya.Kita tunggu siapa yang dapat.Cepat,catatan antara 100-110 siapa yang kena,dia yang dapat..

...................

Akhir-akhir ini aku jadi seperti seorang broker pekerja pulak,Kohai minta aku tanya-tanyakan kerja sambilan di kilang,cari duit lebih di kala cuti-cuti sekolah.

Sebulan yang lepas,ketika aku berjumpa dengan tuan rumah untuk bayar duit sewa bulanan,bersembang-sembang dengan tuan rumah yang perempuan.Oyasan tawarkan aku kerja sambilan.Wah,murahnya rezeki aku.Dia tawarkan aku untuk jadi guru tuesyen pada anak lelakinya yang bersekolah rendah,mengajar Bahasa Inggeris dan Matematik.

"Maaf,cuti nanti saya pulang ke Malaysia.."
"Alah..kalau begitu,boleh tolong carikkan orang lain tak..?"
"Em,nanti saya tanya-tanyakan dengan budak yang lain.."
"Yang Malaysia ye,yang pandai cakap macam Din-san.."

Uih,pandai cakap ker aku nih?.Aku rasa oyasan salah tu,bukan pandai cakap,banyak cakap,ahaks.!.

"Ya,nanti saya cuba tanya dengan yang lain.."

Lalu,tadi aku cmail [ sama fungsinya seperti sms ] dengan kohai perempuan yang dua,Marlina dan Fauziah.Rasa-rasa aku,depa tak balik cuti kali nih,sebab dah balik masa cuti spring dulu,jadi mungkin kalau mereka berminat boleh sahaja aku perkenalkan pada oyasan tu.

Entah-lah,mereka masih belum jawab cmail aku.Mungkin esok lah kot.

Lagi,siang tadi ketika sibuk bekerja dua-tiga kali Boss tua Senda [o ya,ada boss muda dan boss tua tau,anak beranak lah..] tu datang beritahu aku tolong carikkan kawan-kawan untuk bekerja di kilang.Yelah,yelah,nanti aku bawa ke kilang kalau mereka berminat.

Kilang tempat aku kerja sekarang nih,memang sibuk giler,hinggakan ada pekerja yang terpaksa bekerja hari Sabtu dan Ahad.Pulak tu,semua tak boleh balik awal,semua kena buat kerja lebih masa.Wah,kencang.!.Semuanya sebab tak cukup pekerja.Itulah sebabnya boss tua Senda tu beriya-iya minta tolong dengan aku,sesegera mungkin kata dia.

Semalam pun begitu,ketika sembang-sembang dengan Nakajima-san.Mulanya dia tanya aku bila nak balik bercuti ke Malaysia,aku katalah hujung Ogos nanti.Kemudian dia minta aku carikan orang ganti.Kata dia lagi,cari yang Malaysia ye,jangan cari negara lain.Dia kata aku,ahak orang Malaysia rajin bekerja,tidak banyak ponteng dan mengelat.

Aku sahaja nak korek rahsia lagi;

"Habis tu,orang negara mana yang banyak buat hal..?"
"..Em,China ..takpun Korea.."
"O,..",sebenarnya aku sudah maklum benar dengan perangai budak-budak China bekerja.Semua orang tahu level kesungguhan budak China bekerja,hampeh.!.[China tanah besar,bukan Cina Malaysia..!.].Lepas tu Nakajima-san menambah lagi,mungkin pasal sentimen perang masih bersisa dalam jiwa mereka,kot.[kan satu masa dulu,askar-askar Jepun pernah jugak attack China dan Korea.]

Ya,aku rasa rata-rata orang Malaysia yang bekerja di sini tidak banyak buat hal.Kalau dilihat level kerja,kalaupun tidak 100%,gred A tidak mustahil untuk diberikan pada pekerja Malaysia di sini.Sungguh.!.

Dan itu yang aku pegang sebenarnya dalam hidup sehari-hari di tanah orang nih.Orang Jepun yang bergaul dengan aku sehari-hari sedang memberikan markah kepada aku.Memberi markah kepada aku,bermakna memberi markah kepada orang Malaysia,dan paling bimbang memberi markah pada orang Islam.Aduhai.!.

Bermakna,kalau aku buat salah,yang pertama memang-lah nampak Din-san yang buat salah,Din-san malas kerja.!.[sekadar contoh,tetapi aku rasa,tidak,kot..InsyaAllah..].Maka,pandangan negatif tu,tidak berakhir di situ,terbawa-bawa imej negatif tu pada negara Malaysia.Din-san malas kerja=orang Malaysia malas kerja.Dan paling risau,Din-san malas kerja=orang Islam malas kerja.Bimbang.!.

Dan,ini yang selalu aku pesan dengan kohai dan kawan-kawan,jangan buat hal dengan orang Jepun.Nanti bak kata,seekor kerbau terpalit lumpur habis sekawan.Soal imej.!.

Kadang-kadang soal imej memberikan daya tarikan pada orang untuk minat dengan agama,suka dengan Islam.Mutakhir,imej Islam rosak dan dirosakkan sebenarnya.Dan,yang merosakkannya ialah musuh dan diri sendiri.!.

Kalau aku bisa bandingkan, Islam ini seperti sebuah filem juga sebenarnya.Skrip filem yang bertajuk Islam ini [baca : ajaran Islam yang sebenarnya ] cukup bagus,amat mantap dan cukup sempurna.Malangnya,skrip yang cukup lengkap itu jatuh pada tangan pelakon yang teruk.Siapa lagi,orang Islam lah pemain-pemain watak tu.Lalu,orang kafir sebagai penonton memberikan markah yang buruk pada sebuah filem yang baik sebenarnya,dan skrip yang cukup baik.Semuanya kerna kegagalan pelakon menjiwai skrip.

Sebab tu,kalau kita pernah menyoroti cerita-cerita yang terbit dari mereka yang memeluk Islam,seperti Ann Wan Seng atau Cat Steven contohnya,tentu kita bisa mendengar mereka kata begini;

"Saya bersyukur kerana saya mengenal ajaran Islam[skrip] dulu,sebelum saya mengenal orang Islam[pelakon].."

Nah,dunia Islam dewasa ini ketandusan contohnya yang hidup sebenarnya.!.Kalau ditanya,mana indahnya Islam,kita terpaksa menunjuk pada kitab dan teori Islam,sedang kita gagal untuk membawa orangnya.Berbeza dengan zaman Nabi saw,bila ditanya mana indahnya Islam?.Nah,mereka akan tunjukkan Abu Bakar yang dermawan,Ali yang bijaksana.Contoh yang dibawa adalah contoh yang hidup dan bergerak,dan pelakon pada masa tu benar-benar menjiwai skrip.

O ya,sehari-hari aku di sini,aku juga sedang menjadi pelakon kepada filem Islam itu,sedang al-kafirun Jepun sebagai penonton sedang memberi markah kepada filem Islam itu berdasarkan lakonan aku.Kalau lakonan aku seperti skrip ,maka sudah pasti filem yang bertajuk Islam akan mencecah box-office di mata mereka.

"Ya Allah,Kau pelihara-lah diriku,dan perbaikilah akhlakku.."

bahasa Jepun 2

watashi wa koujou e ikimasu. [saya pergi ke kilang.]

gantikan perkataan bergaris dengan perkataan-perkataan di bawah;

gakkou=sekolah
mosuku=masjid
jimushou=pejabat
umi=pantai
kuala lumpur=kuala lumpur



ILHAM HAMDANI at 30.7.03

Tuesday, July 29, 2003

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,baru lepas subuh di surau.Pagi nih Tuhan memilih aku lagi untuk menjadi tetamuNya.Masuk rakaat kedua,Musa datang susul,lalu Syed ikut ketika subuh aku hampir-hampir ke hujung.Tambahan bonus,dapat jemaah di pagi hari.Mudahan ia satu permulaan yang baik untuk aku.Teringat-ingat dengan satu hadis nabi saw yang tak pasti dari sanad mana,"kalau manusia tahu janji Allah pada yang subuh berjemaah,nescaya mereka sanggup merangkak untuk ke tempat solat".Subhanallah.!.

Dalam gegas-gegas,masak mee goreng buat bekal ke kilang kerja esok pagi.Aha,masak di subuh hari.!.Sambil-sambil di luar hujan kekadang menggila,kadang yang lain hilang.Dan datang semula,hilang semula.

Tidak tahu untuk bercerita apa,tambah-tambah dalam gelut yang begini.

O ya,terlupa untuk aku masukkan dalam entri semalam.Lewat senja,setelah pulang dari seharian di Tokyo,menjengah ke kotak surat.Aha,nampak sekeping poskad dari luar.Aku sangkakan,mana lagi ..kalau bukan dari daerah kangaroo.Tetapi,pelik jugak aku,sebab aku tidak sangka.

Belek dengan cermat.O,bukannya dari Australia,tetapi dari Austria.!.Nama negara hampir sama,tetapi letak duduknya berbeza jauh.Australia,di benua bawah,sedang Austria di sebelah Eropah sana.Terima kasih untuk teman jurnal muring-wie yang membalasi poskad aku dengan poskad jugak.Inilah persahabatan gengjurnal

............................

O ya,aku rasa aku perlu menghargai para tamu BandarSepi.Jadi,dengar baik-baik para tamu BandarSepi...

Aku sudah memilih satu nombor di antara 100 sehingga 110 dari gesbuk BandarSepi.Jadi,sesiapa yang memberikan komen pada nombor yang sudah aku pilih awal-awal ini [tentulah aku rahsiakan nombor berapa,tetapi antara 100 hingga 110 ],maka penulis komen itu akan layak menerima satu cenderhati ole-ole dari Jepun.Ok?

Mudah sahaja,kan?!.Turunkan komen anda di gesbuk aku,dan kalau kena nombornya,anda berhak untuk menerima hadiah dari aku.Di gesbuk tau,bukan di kotak menjerit.O ya,komen tu tentulah komen yang layak untuk diangkat sebagai pemenang.Kalau setakat komen sebegini; "hi,sihat?".."nice blog.." dan sewaktu dengannya,aku mewakili juri pemilih berhak menolak komen anda untuk diangkat jadi pemenang,ahaks.

Ok,boleh dapat,kan?!.Kalau sudah faham,dan berhajat mahu ole-ole dari bumi sakura,rajin-rajinlah mengomen.Ia satu penghargaan buat kalian yang bernama tamu BandarSepi.

bahasa jepun
watashi no namae wa izuddin* desu. [nama saya izuddin.]
*gantikan nama anda pada tempat bergaris



ILHAM HAMDANI at 29.7.03

Monday, July 28, 2003

Assalamualaikum,

Dalam gegas-gegas pagi aku meloloskan diri dalam perut bas untuk ke Tokyo.Terima kasih untuk Syed yang menelefon kejutkan aku untuk bangun pagi [aku sudah setkan alarm ketai dan tivi juga.],dan kemudian tolong hantarkan aku sampai ke Hitachi eki [stesen].Sampai sahaja di eki sudah mampir benar dengan jam 6:30 pagi,naik bas dan tidak lama bas meninggalkan perdaerahan Hitachi.

Sengaja memilih untuk duduk pada kerusi yang tidak berteman.Lebih selesa dan privacy,sambil sudah pasang niat untuk menyudahkan 1515 yang masih bersisa sesuku bacaan lagi.Tidak ambil endah sangat suasana di luar,route 6 yang sentiasa sesak.Lewat dari Hitachi-Ota,bas mengambil susur untuk ke lebuhraya,sambil mata sempat-sempat menjeling pada petak-petak sawah yang sudah terisi dengan padi yang masih hijau.Aha,Jepun pun tidak kurang dengan hasil padi,jangan taktau.Ah,padi tentu membawa kenangan aku pulang pada daerah dibesarkan,Perlis.!.

Baru separuh jalan tulisan Faisal Tehrani aku baca,aku tidur.Aduhai.!.Entah-lah,aku memang gitu kalau naik bas lebih-lebih lagi kalau di Jepun nih.Mungkin sebab pemandangan kurang menarik,kot.[aku rasa lah..].Tetapi,berbeza kalau aku naik bas di Malaysia,rasa sayang untuk melepaskan peluang tengok-tengok sekeliling.

Sedar-sedar sudah sampai di Tokyo eki,jam 9:40 pagi.3jam di dalam perjalanan yang aku penudi dengan tidur.Biasanya perjalanan 2 jalan sahaja,tetapi memandangkan pagi,dan jalan susur masuk ke tokyo sesak dengan kenderaan,maka termakan lagi sejam di situ.Tak kisah lah.!.Terus mengambil keretapi pusing Yamanote-sen untuk ke Shibuya eki.Ya,laluan keretapi yamanote nih tidak ada stesen mula dan stesen akhir,ia sebuah pusingan.Kalau kalian naik,aku pasti kalian tidak akan sesat.!.

Dari eki terpaksa pukul kaki dalam 10 minit untuk sampai ke taishikan [pejabat kedutaan].Sampai di sana,terserempak dengan seorang kawan perempuan satu kolej masa di UM dulu.Aha,dia dengan suaminya,seorang sempai yang baik jugak perhubungan aku dengan dia.Sembang-sembang sat,mereka sudah nak beransur,sebab urusan sudah selesai.Jam 3 nanti,mereka akan kembali untuk ambil pasport yang sudah siap.

Beratur menunggu giliran,dan sekitaran jam 12:30 proses renew pasport berakhir,petang nanti jam 3 kembali untuk ambil pasport yang sudah siap.Syukur,pasport boleh siap hari nih jugak.Risau jugak,sebab baru keluar pekeliling baru nih,pasport baru perlukan 3 bulan untuk disiapkan.Bimbang-bimbang jugak,kalau-kalau pasport aku kena tukar pada pasport baru,jenuhlah menanti 3 bulan.Jawabnya,tak balik Malaysia lah aku.

Sementara menanti jam 3,aku jalan-jalan di bandar Shibuya,kota muda-mudi.Sebelum tu,sempat masa soba dengan seorang teman baru.bro Ajis pelajar Master dari Fukuoka yang terbang ke Tokyo semata-mata untuk renew pasport .Aku terbayangkan begini; "pergi-balik untuk renew pasport sudah membuang RM1400 untuk tambang kapal terbang Fukukoa-Tokyo..aduhai..".Makan-makan sambil sembang-sembang.Akhirnya kami berpisah di muka eki.Dia berhajat untuk berjumpa dengan seorang gurunya,sedang aku berangan untuk meratah bandar shibuya yang padat.

Baru sesuku jalan di dada shibuya yang penuh dengan kedai-kedai dan toko aneka jenis,aku sudah muak.Selera untuk meratah shibuya jadi tumpul.Selera untuk merasai enaknya shibuya jadi hilang begitu.Aku jelek dengan ragam manusia,muak dengan suasana manusia yang padat dan bersesak.Walhal,semalam tu hari kerja,tetapi manusia masih seperti semut hurung gula.Padat dan sesak.!.

Akhirnya tersesat ke sebuah kedai kain ela.Lantas teringat dengan hajat opah untuk aku belikan dia kain ela Jepun.Wah,kali pertama buat kerja beli kain ela.10 minit yang pertama,aku jadi buntu.Tak tahu nak beli yang mana.Nanti terbeli yang jarang benar,nanti terbeli yang kasar benar,nanti terbeli yang warnanya tidak sesuai untuk orang lama,nanti,nanti..akhirnya mujur Allah datangkan seorang jurujual lelaki di saat aku sudah malu-malu.Maklum-lah dalam kedai kain tu,selain jurujual hanya aku satu-satunya pelanggan lelaki.Malunya.!.

Akhirnya memilih sepasanga kain warna hijau muda yang agak tua sedikit warnanya.Aku beli 4 meter.Satu pengalaman pertama.!.

Beransur dua simpang dari kedai kain ela,aku singgah di sebuah kedai cenderahati dan belek-belek jam yang comel-comel.Hajat mula untuk belikan pada sepupu lelaki yang pesankan untuk aku beli padanya[aduh,ramainya orang pesan..].Tiba-tiba datang ide; "mengapa tidak belikan untuk abah dan mama sepasangan jam sebagai hadiah ualngtahun mereka..".Ya,akhirnya aku pilih sepasangan jam dengan tali perak dan muka jam warna hitam untuk mama dan abah.Dan seutas jam tangan warna biru dengan muak biru untuk sepupu.Pujuk-pujuk tuan kedai untuk dimurahkan sedikit harga.Alhamdulillah,dek beli sampai 3 utas dapatlah murah sedikit,dan servis tambahan..casing jam.!.

Oklah,semua barang untuk omiyage sudah aku belikan.Sudah tidak perlu berbimbang-bimbang lagi.

Lewat jam 2:30 lebih sedikit berjalan kembali ke kedutaan,untuk ambil pasport yang dijanjikan siap jam 3.Kebetulan,ketemu kembali dengan pasangan suami isteri teman tadi.Bersembang-sembang sekejap,cik petugas buat paspost panggil aku;"paspsort dah siap..".Aha,aku antara orang terakhir yang buat pasport awal tadi,tetapi paling awal dipanggil untuk ambil pasport siap.Rezeki.!.Pulak,tanpa sebarang bayaran,pelik betul.!.Em,tak kisah lah,sudah percuma tu,senyum sampai ke telinga.Tetapi,aku hanya dibenarkan sambung untuk dua tahun sahaja,bukan 5 tahun seperti biasa.Aha,ada masalah sedikit,sebab tak bawa kad pengenalan.Nak bawak kad pengenalan macam mana,kad pengenalan aku tinggalkan di Malaysia.Ya,tahun lepas aku balik bercuti dan tukar kepada kad pengenalan baru.Tak sempat siap,minta Angah ambilkan,jadi aku tinggalkan slip kad pengenalan sementara tu pada dia.Mana nak bawaknya.Apapun,mujur boleh samnugn jugak.Alhamdulillah.!.

Sembahyang jamak qasar jemaah di surau tingkat bawah tanah di kedutaan,dan berjalan kembali ke eki.Keletihan.!.Yelah,berapa kali berulang alik antara eki dan pejabat kedutaan,jaraknya dekat 2 km jugak tu.Sampai di eki,terus ambil Yamanote sen semula untuk ke Tokyo eki,bersambung dengan bas di sana untuk sampai semula ke perdaerahan Hitachi.

Menjejak jam 7 sampai semua ke teratak indah.Alhamdulillah.



ILHAM HAMDANI at 28.7.03

Sunday, July 27, 2003

Assalamualaikum,

Aduhai,pagi ini tercicir lagi kelas Bahasa Arab.Itulah,tidur lewat,dan bangun lewat.Kesannya,tecrcicir untuk kali kedua berturut-turut.Gamaknya,makin jauhlah aku tertinggal dengan teman mengaji Arab yang lain.Ish.!.

Bangun-bangun,terus ke gym bermain futsal.Main sampai lah ke pukul 2.Balik,sudah keletihan.Sepatutnya petang sedikit hendak ke Tokyo,selesaikan urusan pasport.Tetapi,bila sudah keletihan begitu,terasa semacam pulak hendak bersendirian ke Tokyo dengan bas.Ah,esok pagi sahaja aku ke Tokyo,awal-awal pagi.!.

Akhirnya,berehat seketika,mandi sembahyang Zohor,dan tertidur keletihan di atas sofa.

Bangun,kebetulan sudah mampir pada maghrib.Sembahyang maghrib di surau dan kembali rehat-rehat di rumah.Letih masih terasa jugak.Tambah lagi terasa-rasa sakit gigi mengacah-ngacah rasa selesa.Mulanya sakit gusi,agak bengkak sikit,kemudian berjangkit pula pada gigi geraham sebelah kiri.Aduh.!.Mungkin makan coklat banyak sangat mutakhir nih,kot.

Malam,datang malas untuk memasak,akhirnya memilih hanya untuk masak nasi goreng.Sambil-sambil memasak sambil-sambil mata curi-curi pandang cerita di tivi,cerita jalan-jalan luar negara.Kali nih ke vietnam pula.Aha,siang tadi hampir 2 jam program jalan-jalan ke Malaysia,termasuk jalan cari tongkat ali di Pahang.Tongkat ali tu,ahaks.!.Jarang-jarang sebenarnya program jalan-jalan ke Malaysia,aku pun tak faham kenapa jadi begitu.Yang sokmo-sokmo tivi Jepun gi,samada Thailand ataupun Indonesia,terutama pulau Bali.Kalau Thailand tu,selalu sangat.Tak puas hati aku dengan layanan berbeza dari stesen tivi begitu.Apa,ingat Malaysia takder menarik ker??

Makan nasi goreng ayam sendirian,tak berteman.!.Sambil-sambil itu menonton program jalan-jalan luar negara tadi tu,salah-satu rancangan kegemaran aku.Selera nasi goreng ayam terasa berkurang sedikit,beras Jepun terasa kurang serasi untuk dimasakkan nasi goreng.Bukannya apa,tidak sesedap beras Thai,atau beras Malaysia yang seghui [bahasa orang Perlis nih,maknanya tidak melekat pada jari gitu..].Sedang beras Jepun yang memang pun melekit pada jari,emm..kurang sesuai untuk nasi goreng.Cuma,yang menarik tentang beras Jepun nih,kalau dimakan tanpa berkuah pun boleh.Berlainan pula dengan beras kita,mesti sekali dengan kuah,kalau tidak..mesti rasa tawar dan tidak berlsera langsung,kan?!.Paling-paling berkuahkan kicap kosong..

O ya,siang tadi di negeri Miyagi sebelah atas masih berlarutan gegak-gempa.Aduhai.!.Mujurlah di daerah aku nih tidak pula ditimpa gegak-gempa sebegitu lagi.Cukup-lah.!.Sudah tidak sanggup untuk berrisau-bimbang lagi.Tahun nih memang pelik betul dengan cuaca di sini.Bayangkan lah sudah hampir masuk Ogos pun masih kurang terasa benar bahang panas.Kalau tahun sebelum-sebelum nih,memang panas agak perit dan berpanjangan,sepanjang-panjang Julai sampai jejak ke hujung September sentiasa bermain dangan panas.Tetapi tahun nih,bulan Julai nih berganti-ganti antara panas dan hujan.Entahlah,mungkin tanda-tanda dunia sudah kian berpenghujung,kot. [ah,sifat makhluk ada mula dan hujung,kecuali Tuhan.!.]


ILHAM HAMDANI at 27.7.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.