Saturday, August 16, 2003

Assalamualaikum,

Berpagi-pagi lah aku sudah telefon orang di Malaysia.Kebetulan,mama yang angkat.Entahlah,mungkin mama cuti kot.Ataupun,amama sudah balik dari kerja.Ah,begitu lah kerja dengan gomen di Malaysia,kadang-kadang Sabtu pun disuruh bekerja.Akhirnya,isteri yang bekerja,kerja di pejabat tercicir,tanggungjawab di rumah jadi terbarai.Harap-harap para ibu kita bijak menyelesaikan satu tugas berat,rumah dan kerjaya.Biarlah bak,menarik rambut dari tepung,semuanya beres tidak ada yang terpalit pada muka,dan tidak yang yang terputus.

O ya,masih dengan pesanan Ust Zul,juga masih dari petikan slot forum keluarga bahagia; "sepatutnya pihak berwajib dan berautoriti merancang plan bagaimana memberi ruang masa yang sesuai utk para ibu yang bekerja,untuk tujuan penjagaan anak-anak,penyusuan anak kecil,dan lain-lain.Mungkin para ibu dibenarkan masuk kerja jam 9 pagi,atau 10 pagi,kemudian pulang lebih awal sedikit.Tak kisah lah,mungkin gaji lebih kecil dari pekerja normal.Yang penting,para ibu boleh menyumbang pada kerjaya,dan dalam masa yang sama tidak menggadaikan rumah tangga.Dan,pada saya,satu ide yang boleh diketengahkan ialah para majikan mengadakan nursery sendiri,jadi ibu-ibu yang beranak kecil ada masa di tengah-tengah masa bekerja untuk jenguk-jenguk anak-anak,susukan anak dan sebagainya.."

Wah,bernas juga ide bapa awal 30-an nih.Aku suka juga sembang-sembang dengan Ust Zul,bukan apa..kekadang ide dia tu menyanggah kebiasaan,tetapi kesannya cukup besar.Ah,orang banyak membaca,memang banyak yang ingin dikongsi,kan?!.

O,aku sudah terlari dari bicara seorang mama tadi,maafkan aku.!.Aha,mama yang menyambut panggilan telefon aku.Bercerita dengan mama sat,terus dia berikan gagang pada abah,bersoal-jawab tentang tiket nak balik ke Malaysia.Kebetulan abah pun bercuti,atau bekerja malam,atau tak pasti.Ish,aku rasa tak perlu mengomel tentang kerja malam pula,nanti ramai pembaca yang mencebik pula.



Kata abah,InsyaAllah tiket sudah selesai separuh jalan,sudah selesai yang di Malaysia.Sekarang sudah jadi tugas untuk aku kena berhubungan dengan pejabat MAS di Jepun pulak.Ok lah,aku janji dengan abah,aku cuba telefon dulu tengok macam mana,kalau ada sebarang masalah lain aku call Malaysia semula.Langsung dail nombor pejabat MAS di Narita,mesin mesej lah yang jawab.Mungkin,pejabat bercuti sebab cuti obon,kot.Em,jawabnya kena tunggu Isnin nanti lah.Risau-risau jugak,sebab pesan abah tadi,tiket tu kena confirm sebelum 21 Ogos,kalau tak kena bayar full-price,aduhai.!.Harap-harap sempat untuk buat panggilan..

Kalau semuanya tak der masalah,aku bertolak dari sini 25hb Ogos,jam 10:30 pagi,dan InsyaAllah jam 6:30 petang sampai Malaysia,jam 7:00 petang sudah jadi orang Malaysia semula.jangan jeles pada yang tidak pulang bercuti.ada adik merengek minta support tambangnya pulang bercuti,ahak



Hai,dua-tiga hari nih rajin jugak aku menjenguk jurnal kaksu ,sudah tu banyak pulak dia bercerita tentang durian.Aduhai.!.Aku ngomel dalam buku pelawat dia,"kesian lah dengan budak-budak Malaysia yang duduk di luar Malaysia bila membaca jurnal kaksu nanti.."..Mujurlah aku sudah nak balik bercuti dua-tiga hari jer lagi,kalau tidak mahu kempunan juga dibuatnya.

Berbalas email dengan orang Australia,dia pun bercerita tentang makan durian jugak.Wah,durian sudah masuk globalisasi sekarang,ahaks.Katanya,ketika jalan-jalan membeli-beli di pasaraya,kebetulan terpandang ada dijual buah durian,tetapi sudah tidak berkulit,hanya tinggal isi yang kuning-kuning emas.Lalu,katanya nak hilangkan kempunan,terus jer beli.Aha,hilang kempunan setahun tidak berenak-enak dengan isi raja buah.!.

Malam pun tidak buat apa sangat,habis-habis pun ke surau.Sedang,hujan seperti berlarutan tak berhenti,entah dah masuk hari ke berapa,ketiga,keemapt agaknya.Mujur lah tidak lebat sangat,lebih banyak rintik-rintik sahaja.Cuma,kalau nak beraktiviti kat luar tu,rasanya kurang sesuai.Terasa jugak nak pergi melambung bola bowling,sudah lama benar tak menjenguk lane bowling,lebih dari 4 bulan rasanya.Tapi,tak berteman lah pulak.Akhirnya,baring-baring dalam rumah,tengok cerita-cerita di tivi.Bosan~.


ILHAM HAMDANI at 16.8.03

Friday, August 15, 2003

Assalamualaikum,

Wah,BandarSepi menjadi panas dengan isu poligami.Nyata,isu ini sememangnya akan membingkaskan respon dan tindak reflek dari golongan hawa,kan?!.Cuma,apapun hujah kalian,jangan sehingga kalian bertentang arus dengan hukum.

Tetapi,aku rasa ada baiknya berpanasan sedikit dalam blog,sekurang-kurangnya berlawan dengan cuaca Jepun yang asyik berhujan sejak pagi semalam.Ya,banyak kawasan yang sudah ditimpa banjir.Entahlah,bimbang-bimbang juga dengan banjir.Kawasan rumah aku nih tidak jauh sangat dengan pantai,sekadar berjalan kaki pun bisa cecah sampai ke pantai.Bimbang,kalau hujan berpanjangan,bagaimana agaknya,ya?Mudahan segalanya akan berakhir dengan selamat dan tenang,InsyaAllah.

Tadi bersolat Jumaat dengan bro Qusai menjadi khatib dan langsung imamnya sekali.Dia bicarakan bab divorce.Wah,seakan seiringan dengan isu poligami yang mengamit panas dan bahang di BandarSepi,kan?!.Kebetulan,kot.

Barulah aku tahu,rupanya suami nih kena mahir jugak bab kira "bulan-bulan" nih,ish susah betul.Takder lah,bukan setakat untuk bercerai-berai sahaja nak pakai pada "bulan",bab lain pula nak pakai pada "bulan" jugak.Nak kahwin,kena tengok "bulan",nak tidur malam pun kena tengok "bulan".Banyak kerja jugak rupanya berkaitan dengan "bulan" nih,ya..ahaks..



Lepas bersolat sunat semua,sempat duduk-duduk borak pasal penyakit,penyakit komputer.!.Rupanya bukan setakat komputer aku yang kena penyakit,komputer Rashdan,Kusyairi,bro Rames,dan bro Syafeq pun kena.Uih,ramainya.Dan,aku rasa mungkin kebanyakan yang pakai provider yahoo bb,dan semuanya kena berjangkit dengan virus cacing ke benda tu.Aduh.!.

Lepas solat Jumaat pun,aku minta Adam datang belek-belek komputer aku.Masih belum kebah betul lagi.Ada sahaja masalahnya,terutama masalah dari segi tak cukup memori.Gila betul.!.Tak logik lah kalau pc aku tak cukup memori,aku bukannya download banyak benda pun,tambah lagi dengan cpu yang baru beli,tak logik langsung.Tetapi,begitu lah.Sudah takdir dijangkit virus,benda yang tak sakit pun akan jadi sakit,kan?!.Sabar lah.Sekarang nih,aku ingat bila aku off pc sahaja,aku akan plug-off sekali dengan sambungan yahoo bb.Ok ker agaknya?Em..

Baru lepas makan tengahari dengan dr.pc Adam.Kebetulan dia datang untuk tengok-tengokkan pc yang sakit,rasa tak selesa pulak kalau orang sudah berbudi banyak kali,kita tak membalas,kan?!.Kebetulan,perut sudah mula nak berokestra tanda minta diisi,lalu aku panaskan sambal telut baki makan malam semalam,dan gorengkan ikan bilis.3S,simple,sempoi,dan sedap,ahaks.!.Lepas makan nasi semua,bersambung makan ais-krim pulak.Aha sedap..aiskrim 3 perisa,strawberry,coklat dan vanilla.Eem,hingga menjilat sudu aiskrim.!.

.................

Hai,entah lah..aku pun tak pasti Jebat kah yang bersalah,atau Hang Tuah yang terlampau menyembah.

Kepala masih mencari jawapan,kekadang menjadi letih dengan sejarah dan memelihara sejarah.Sayang dengan sejarah,tetapi sayang juga dengan masa depan ..kan..





ILHAM HAMDANI at 15.8.03

Thursday, August 14, 2003

Assalamualaikum,

Hari ini sehari-hari hujan,tidak ada henti,meleret-leret dari awal Subuh hingga lewat malam.Masa aku tengah rancak menulis nih [ops,menaip sebenarnya..],hujan masih merengek-rengek tidak mahu henti.Nak kata,taufan..tiada pulak berteriak newscaster berita tadi.Ah,mungkin hujan biasa sahaja,kot.Kerja Tuhan,kan?!.

Sehari-hari tidak buat apapun.Jenuh memikir dan mengodek-godek pc yang entah apa penyakit.Ops,bukan aku yang godek,hanya bantu-bantu Adam betulkan pc.Aku rasa semuanya sudah ok.Cuma,ada masalah sikit dengan bahagian memori,tengok lah kalau rajin esok lusa aku cari punca salahnya.Aduhai,malasnya aku..

Petang tadi dalam hujan berlari-lari ke Maruto yang dekat dengan rumah,mencari gula.Aha,petang tadi entah terajin apa memasak sambal telur pulak.Lama benar tidak berpedas-pedas,lalu petang tadi datang ide untuk masak sambal telur.Tengah rancak memasak,terfikir gula habis,langsung berlari ke kedai Maruto.Kena pulak angin dan hujan datang bersekali,hampir-hampir basah jugak dibuatnya.

Baru sampai balik,Musa datang memujuk ajak ke Sanyu,kedai yang agak jauh,tak boleh jalan kaki,kena berkereta ke sana.Kata Musa,nak beli sayur,sudah berapa hari makan nasi tak bersayur.Aduhai,aku sendiri pergi kedai jalan kaki,baru sampai balik Musa datang ajak ke kedai lagi.Macam mana?Tidak sampai hati menolak permintaan orang,akhirnya mengalah.Capai kunci kereta,"jom lah..".

Malam tadi,sengaja mengambil masa mengenang-ngenang seminggu di Nagaoka.Kesian juga dengan kalian,sebab aku sudah berjanji untuk berkongsi gambar dan pengalaman.Tetapi,masih belum tertunai lagi.Sabar ya.!.

Teringat dengan summer camp dan saranan Ust Zul dalam slot keluarga bahagia.Hai,entah apa lah agenda pengarah,dimintanya aku yang bujang-trang-tang-tang jadi pengerusi forum keluarga bahagia.Sedang para panelisnya semua orang berkeluarga,nampaknya berhidden agenda tuan pengarah,ahaks.

Terngiang-ngiang pesan Ust Zul ketika mengulas persoalan wanita elit yang masih membujang ; "kita kena memandang dengan lebih luas konsep perigi mencari timba..jangan dipandang dari sudut yang kecil dan rigid..dan satu lagi,golongan wanita kena berlapang dada dalam menerima hukum poligami.."..

Kemudian,dalam sembang-sembang tidak rasmi selepas forum,cerita-cerita yang serupa masih bersambung.Wah,topik yang panas dan menarik jugak sebenarnya,ahaks.Sampai saat ini aku masih tercari-cari jawapan dari saranan Ust Zul.Entahlah,aku tidak pandai memberi jawapan,mungkin pelawat bandarsepi yang wanita ada jawapan bernas,agaknya..

Di akhir forum,aku pengerusi forum sengaja memancing respon golongan srikandi , "ya,bila ust zul bercadang pada perigi cari timba,saya tengok golongan sebelah kiri saya [merujuk kepada muslimat ] nampak senyum meleret,tetapi bila ust zul buka topik poligami..semua tarik muka masam.."

Lalu,celoteh pengerusi forum disambung dengan senyum sinis oleh sebelah lelaki..
ILHAM HAMDANI at 14.8.03

Wednesday, August 13, 2003

Assalamualaikum,

Ah,aku rasa mungkin pc aku sebahagian dari berjuta pc yang lain yang berjangkit dengan virus entah hapa ke nama tu.Aduhai,tuhan..

Tengok-lah malam nanti,kalau tak berjumpa juga dengan punca,mungkin aku pilih jalan paling senang,format semula.Lagi pula,sementara pc aku masih tak banyak program yang diinstall [al-maklum-lah cpu pun tak sampai sebulan pakai..] ,aku rasa format sahaja.Malas nak selidik program apa yang sangkut dan buat hal.

Jadi,aku terpaksa tangguhkan dulu untuk download gambar-gambar masa summer camp,yelah pc bermasalah pulak.Tunggu lah lepas nih..

........................

Sedar-sedar sejak awal Subuh tadi hujan telah membasahi bumi sakura.Dan sejak itu,hujan sambung-menyambung tak berhenti sampai petang begini.Entah-lah,tahun nih memang berlainan betul,langsung tak terasa panas musim panasnya.Sehari panas,sehari lain hujan atau mendung.Kemudian panas semula,lalu mendung lagi.Tak macam tahun-tahun dulu,kalau summer,em memang macam udang kena panggang lah jadinya.

Ish,aku memang takder ide untuk bercerita.Tambah pula kepala masih berserabut geram sebab banyak program yang tak berfungsi dalam pc.Aduh.!.Ini baru kali pertama kena serangan virus nih.Baru lah tahu macam mana pengalamannya.Semalam,cuba bersembang-sembang maya dengan kemai ,almaklum lah dia kan programmer,mana lah tahu boleh bantu masalah pc aku nih,sekali tak berjawab lah pulak.Mungkin dia sudah beradu,kot.Tengok lah bagaimana.

O ya,sekarang orang Jepun tengah bercuti,sejak semalam sehingga lah hari minggu nanti,cuti obon.Obon?.Em,aku kira mungkin perayaan nih perayaan yang paling meriah agaknya di sini,sama seperti orang kita rayakan raya puasa.Semalam,masa berita ditunjuklah betapa sesak dan padatnya stesen keretapi di tokyo,dan juga lapangan terbang.Mana tidaknya,semua nak berebut balik ke kampung halaman sendiri.

Aha,lupa nak bercerita pasal Obon nih..sebenarnya perayaan obon nih tradisi dari agama buddha.Obon lebih kepada memuja roh datuk nenek untuk kembali ke rumah-rumah,begitulah yang aku faham.

O ya,berkait dengan obon,dia ada satu tarian yang agak popular,tarian obon.Teringat masa belajar bahasa di UM dulu,bulan-bulan Ogos begini,perayaan dan tarian Obon nih menjadi satu event wajib bagi kami.Biasanya perayaan nih dibuat secara besar-besaran di Shah Alam,di padang Matshusita.Entah-lah,sekarang nih masih buat ker tidak.Ramai jugak lah budak-budak perempuan yang ikut-serta menari obon,walaupun cara tarianya aku rasa tak ubah seperti menari joget jadinya,ahaks.Sambil-sambil masa hari itu,dibuka gerai-gerai jual makanan Jepun,boleh lah merasa sashimi dan sebagainya.Sudah tu,kami nih lebih banyak "paw" sensei Jepun yang masih single-mingle untuk belanja kami.Ah,menarik dan manis kenangan tu.Pula,satu perangai sensei Jepun nih,depa suka snap dan lepas cuci semua,kasi dengan kami secara percuma.Seingat aku,banyak benar gambar-gambar yang aku terima percuma dari para sensei.Wah,beruntung betul.!.

Aha,bercerita tentang sensei [ops,maaf..lupa nak translate makna sensei,tentu ada tertanya..apalah sensei nih,sensei nih cikgu ],teringat dengan seorang sensei perempuan yang agak rapat dengan aku,nama dia Ishitobi sensei.Dua kali dia turun berjalan sampai ke Perlis nun.Kali pertama datang dengan seorang sensei lain,kemudian lepas tu,dia bercerita dengan seorang kawan dia di Jepun tentang kebestan dia bercuti di Perlis,langsung kawan di Jepun tu tertarik,dan sanggup datang dari Jepun semata-mata nak bercuti ke Perlis..haha..

Puas aku dengan set-set Perlis lain bawa dia berjalan ranjau Indera Kayangan.Dari Padang Besar,sampai ke Bukit Kayu Hitam kami bawa depa berjalan.Sudah tu,sempat singgah ke rumah opah.Tau buat apa?Singgah rumah opah,makan pulut durian,hahaha..Kebetulan masa tu,tengah jujuh dengan durian,apa lagi,ajar sensei-sensei nih makan pulut durian la.Boleh tahan jugak pandai depa makan pulut durian.

Aha,masih ingat ..sekali tu bawa sensei nih masuk stadium, friendly match Perlis lawan apa entah.Siapa support?Aha,biasa lah,siapa lagi sensei kesayangan lah,ahaks.!.Sempat juga bawak sensei nih pusing-pusing pasar malam,tengok orang buat apam balik,nasi ayam dan begitu dan begini.Kira puas hati juga berpusing-pusing dengan sensei,kebetulan diri-sendiri pun sudah lama tak menjengah negeri sendiri.Molek lah tu..

ILHAM HAMDANI at 13.8.03

Tuesday, August 12, 2003

Assalamualaikum,

Sekarang memang angin malas menulis blog datang tiba-tiba.Entahlah,walhal banyak benda yang hendak dikongsi,tetapi mood entah hilang terbang ke mana.

Sehari-hari pun tidak banyak buat apa.Nak kata sisa penat berkhemah,pun mungkin.Akhirnya,sehari-hari lebih banyak melepak dalam rumah,baring atas sofa,terlelap,tonton baseball peringkat sekolah menengah Jepun,atau habis-habis sangat pun ke rumah Adam di sebelah,melayan-layan sembang.Entah-lah,hari-hari cuti begini,rasa bosan benar.Tambah pulak,ramai budak-budak yang berjalan ke mana-mana.Si Kusyairi ke Tokyo,aha senja tadi baru nampak muka.Sedang,Syed dan Ammar berjalan nun jauh ke negeri bawah,negeri Fukui awal pagi tadi.Entah bila-lah nak balik tu.Akhirnya,tinggallah dua tiga kerat yang masih setia di perdaerahan Hitachi nih.Bosan.!.

Dua malam sudah,jam 2 pagi si Syed ajak ke pantai.Katanya nak main bunga api.Aha,macam budak-budak lah pulak.Akhirnya,aku,Musa,Syed dan seorang kawan dia bergerak ke pantai jugak.Berempat dan bermain bunga api.Aku,hendak tak hendak sahaja ke pantai.Sudah lah,angin sejuk-sejuk-digin bertiup damai,aduhai lemah gemalai jadinya aku.

Rupanya,ramai juga orang-orang Jepun yang melayan main bunga api waktu kami sampai.Ok lah,tidak lah sunyi sangat.Ya,di Jepun musim panas adalah musim melayan main bunga api.Ke mana-mana,ada sahaja pesta bunga api.merih dan bergegar jadinya.Tetapi,kalau nak tau sepanjang 4 tahun aku di sini,tak pernah sekali pun aku betul-betul ke pesta bunag api.Habis-habis pun aku tengok dari jauh ajer.Entahlah,agaknya Tuhan tak ganjakkan kaki aku ke situ lagi kot.

Aku cucuh 2 batang mercun roket,dan selebihnya melayan main bunga api.Cuma,Syed dan kawan dia yang rancak meroketkan mercun-mercun yang lain.Bermain bunga api, "ish,macam nak raya lah pulak.." sahut Musa.Raya?Aha,dah berapa kali ya aku tak beraya di tanahair,sudah terlupa dengan dentam-dentum bunyi bunga api,atau sesekali bunyi meriam buluh.Ish,rindu lah pulak.!.

Bakar bunga api yang berwarna-warni,sambil-sambil layan perasan zaman kanak-kanak.Best juga rupanya.!.Tetapi,rasa rindu benar nak balik Malaysia,sungguh.!.Sabar lah duhai hati,dalam dua minggu lagi kau akan di tanah sendiri semula,InsyaAllah.!.

Petang semalam Rashdan telefon ajak makan malam di rumahnya.Ada dai-sempai datang bertandang ke rumahnya.Dai-sempai yang nama Sam nih super-senior kami dulu,sekarang nih sedang buat Master di Nagaoka,tempat aku pergi berkhemah minggu lepas.Sam saja bawa isteri dan anak perempuan yang baru berusia 6 bulan nih jalan-jalan tengok Jepun.Geram betul aku tengok si Shazna,anak perempuan dia yang berusia 6 bulan tu,gebu dan montel saja."Ini made in Japan nih..";kata Sam.Kata Roy pula, "baik aku cium budak nih sekarang..kalau dah besar-besar nanti,dah tak boleh cium..",bergegar gelak dari kami.Memang gebu pun.!.

Rashdan masak ayam masak merah,telur dadar dan sayur campur,makan ramai-ramai sambil bersembang cerita lama.Berselera jugak jadinya.!.




ILHAM HAMDANI at 12.8.03

Monday, August 11, 2003

Assalamualaikum,

Ah,penatnya.!.Penat giler.!.

Baru sampai sangat-sangat.!.

Masuk rumah dengan kaki kanan,dan lafaz Basmalllah.Ah,rindunya pada teratak syurga.Rindu tak terkata.Masuk dalam gelap-gelap terang,terus cari suiz lampu untuk memberikan cahaya pada ruang teratak,Alhamdulillah ia kembali bercahaya setelah semingguan tidak bertuan.

Benda pertama yang melintas pada bola mata,pokok yang terindu pada tuannya.!.Alah,aku terlupa untuk tinggalkan pokok kesayangan pada Syed sebelum aku bertolak ke summer camp dulu.Memang dah rancang untuk tinggalkan pada Syed untuk siramkan dia dengan air,tetapi dek tergesa-gesa hari bertolak,langsung terlupa.Kesannya?.Pokok jadi kuning,tanda kemarau dengan air.Tengoklah,daung jadi serba kuning.Maafkan aku.!.



Terus capai penyembur air,"pstt...pstt..pstt.." ,aku berikan si pokok air sepuas-puasnya.

Fuh lega.!.Ops,belum lega lagi.Aku tahu,ada satu lagi makhluk tuhan yang tandus,dan kemarau.Maafkan aku.!.Terus capai gagang telefon,dail 010-6014-xxxxx ,nombor orang Australia.Kesian dengan dia,semingguan langsung tidak berhubungan.Aku tahu,dia tahu aku ke mana.Dan,aku tahu dia boleh terima,tetapi rasa kesian tetap berbekas di hati.Aduh,talian tidak bersambung.Mungkin belum ada rezeki,agaknya.Esok sahaja lah.

Teringat ketika pagi nak bertolak,berkali-kali aku telefon dia,hajat tu mahu minta dia tolong doakan perjalanan aku selamat pergi dan balik.Tetapi,begitulah.Talian tidak bersambung,dan tidak bersambut.Mungkin dia ada kelas,agaknya.Atau,ah..Tuhan tidak izinkan.!.Tentu ada hikmah kejadian Tuhan,kan?!.

Em,bagaimana ya untuk aku bercerita dengan kalian.Yelah,idenya terlalu banyak,menjadi suakr untuk disusun.Nantilah aku paparkan gambar,dan cerita sedikir,paparkan gambar cerita sedikit.Boleh,kan?!.InsyaAllah.

Petang semalam,Rashdan telefon ajak makan malam di rumahnya.Ada seorang dai-sempai yang datang bertandang ke kawasan kami.Dai-sempai yang kami panggil Sam nih sedang buat Master di Nagaoka,saja datang jalan-jalan bawa isteri dan anak perempuan yang berusia 6 bulan.Comel dan gebu anak perempuan yang nama Shazna tu.Kata Roy ; " baik aku cium sekarang..kalau dah besar-besar ..dah tak boleh cium dah.."..Kami gelak bergegar-gegar.

Rashdan masak ayam masak merah,telur goreng dan sayur campur.Makan ramai-ramai,berselera lah jugak.Makan sambil sembang-sembang cerita lama.Aha,si Sam nih senior aku masa aku tahun satu dulu.Kemudian balik bekerja di Malaysia,dan kemudian datang ke sini semula untuk sambung Master.Muda lagi orangnya,hampir-hampir 30 tahun,agak aku.Isterinya pun muda,kakak Junaidah kalau tak salah.Sebenarnya aku dah jumpa dengan depa sekeluarga masa aku pergi berkhemah di Nagaoka baru nih..kiranya nih pertemuan kedua lah jadinya.


ILHAM HAMDANI at 11.8.03

Sunday, August 10, 2003

Assalamualaikum,

DatukBandar sudah kembali.!.Addeen sudah mai balik dah.!.



Wah,lamanya aku bercuti kali nih.Kesian dengan kalian yang tersepi dek ketiadaan aku.Maafkan aku.!.Aku jugak minta maaf banyak-banyak dengan kalian,sebelum bercuti aku sudah berjanji untuk uploadkan gambar-gambar terkini sepanjang aku bercuti summer.Tetapi,aku gagal.!.Yelah,nak upload gambar camne kalau aku berkhemah di puncak bukit.Bukannya talian internet sahaja,untuk telefon tangan pun tak boleh,sebab takder bar langsung.Huh.

Apapun,aku ucapkan trimas,trimas,trimas untuk kalian yang tidak jemu-jemu yang bertandang ke bandarsepi,yang betul-betul sepi untuk minggu lepas.Domo arigato gozaimashita.!

.............................

Meninggalkan kalian selama seminggu menjadikan tulisan aku seperti tergagap-gagap.Sungguh.!.Rasa susah untuk mencari rentak menulis,walaupun sebenarnya ide menjadi bah.Pula,aku tidak tahu bagaimana untuk menukar 1001 pengalaman ketika summer camp baru nih utk serahkan pada kalian baca.Bagaimana,ya?.Em..

Apapun,percutian kali nih cukup seronok,puas hati,dan..InsyaAllah berilmiah.



Aku masih belum pulang ke teratak sendiri di kampung Hitachi,aku masih menumpang di bilik seorang teman di sini,mungkin esok baru berhajat untuk pulang.Itupun belum pasti,adakah pulang terus ke Hitachi,atau singah rewang-rewang di mana-mana.Tengoklah..[ada teman ajak aku untuk ke satu lagi program ilmu,mirip-mirip summer camp yang baru nih,tengok lah..tengah-tengah timbang-timbang..]

InsyaAllah,bila aku sudah selesa semula ke Hitachi,aku akan cuba menulis semua yang aku lalui di sini,sejak 3 Ogos dulu.Berkejar-kejar untuk shinkansen,naik gunung,berendam dalam sejuk air terjun,dan,dan,dan .ah banyak benar yang mahu dikongsi dengan kalian.Tunggu ya.!.

...................

Nah,inilah "kampung" tempat kami bermukim selama 4 hari,berhujan dan berpanas.Nyaman dan kabus Yuzawa di negeri Niigata memang segar,dan akan terus segar dan ingatan.



Tunggu lah,banyak gambar lain akan aku susulkan untuk tatapan kalian,InsyaAllah.

Masih letih sebenarnya,kenangan itu masih hidup dan hidup..
ILHAM HAMDANI at 10.8.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.