Assalamualaikum,
ILHAM HAMDANI at 19.8.03
Assalamualaikum,
Banyak yang mahu dicerita-cerita dengan kalian,tetapi penat lah.Sekarang hari-hari kerja,sampai lah hari Jumaat."belasah" cukup-cukup sebelum balik,ahaks.
Ok lah,seperti aku janjikan pada kalian.Gambar-gambar sempena summer camp,kebetulan pc pun sudah bebas dari virus.Terima kasih utk Dr.Pc Adam yang bertungkus-lumus membedah dan menyelamatkan pc aku.Domo ne..
Jom kita bergambar dengan kenangan summer camp IPIJ.!.
Aku turunkan ikut urutan,mungkin memerlukan beberapa hari untuk aku turunkan semuanya,sebab banyak event sangat.Jadi,bersabarlah..
3 OGOS 2003
Aha,bertolak dari stesen Ueno direct ke Nagaoka dengan ..bullet train.Sepatutnya beriringan dengan kumpulan tetamu dari Malaysia,tetapi terpaksa menunggu Timbalan Presiden yang terlewat 2 minit,jadi naik shinkansen yang seterusnya.Berdua dengan Timbalan Presiden.Wah,selasa bukan main,dua tingkat uuu..!!.Naik shinkansen nih, sudah masuk kali kelima,mungkin.Kalau nak tahu,memang standard kapal terbang,cuma makanan di dalamnya berbayar.Ada aku snap gambar solo,tapi malulah untuk paparan umum,ahak..
4 OGOS 2003,0730
Kumpul dulu depan kaikan [hostel],kira-kira punya,o sudah dekat 50 orang peserta yang sampai dan sudah bermalam di Nagoaka.Berkereta berbelas-belas buah untuk ke Yuzawa,kawasan perkhemahan.Jauh jugak,sejam lebih melalui highway
4 OGOS 2003,0930
"ish,macam mana nak pasang nih..?"..para bakal jurutera perah otak nak memasang sebuah khemah.Apasal lah hangpa tak cipta jer robot pasang khemah,bukan kah senang..?
4 OGOS 2003,1130
yatto[akhirnya].Maaf,semuanya dengan tenaga manusia,tanpa bantuan doraemon,mahupun ultraman.Entah,berapa puluh khemah terpasang pun aku tak perasan.Yang terkejut,srikandi Islam pun pasang sendiri khemah depa.Wah,ini sudah kena tabik spring.Subhanallah.!.
4 OGOS 2003,1230
"daftar,daftar,siapa tak daftar,tak boleh tidur dalam khemah.."..[ops,ada orang bersemangat tolong-tolong ajk pendaftaran ..siapa ya?]
Ok lah,aku rasa cukup dulu summer camp siri satu,tunggu siri-siri seterusnya.Ada kembara nak bukit yang 60 dahjarh condong,ada cari harta karun,masak-masak,entah lagi lah.Mencari-cari gambar forum Keluarga Bahagia,alamak takder lah.Lor takder orang snap rupanya.
ILHAM HAMDANI at 18.8.03
Assalamualaikum,
Bangun awal pagi,hajat hati tidak mahu miss untuk kelas Arab lagi.Sudah banyak kali juga terponteng,takut jauh tertinggal dengan Musa dan kawan-kawan yang lain.Bangun sahaja,terus capai telefon,pesan dengan Musa yang rumahnya sebelah surau ; "kalau Qusai dan yang lain sudah datang untuk kelas Arab nanti,kau tolong telefon bagitau aku ya.."..
Akhirnya,menanti panggilan telefon Musa,membaca-baca akhbar edisi internet.Wah,nampaknya gendang raya musim pilih pemimpin sudah bunyi di sana sini.Entah esok entah lusa,berpilihanraya lagi orang Malaysia.Orang kata,musim pilihanraya musim buat duit.Musim nak pilihanraya lah nampak tuk ketua tabur duit di sana sini,hahaha.
Orang kata lagi,kalau sesiapa yang ambil periksa besar seperti SPM,dan kena musim nak hadapi pilihanraya,selalunya keputusan semuanya berwarna-warni,katanya rasuah cara baru.Entah-lah,taktau lah setakat mana benarnya.Aku dulu,periksa setahun selepas Pemilu 95,mungkin sebab tu tak berwarna sangat kot,ahaks.
Tunggu punya tunggu takder pulak Musa telefon,akhirnya menjenguk sendiri ke surau.Lor,takder orang pun.Batal lagi lah kelas Arab nih.Ish,memang sokmo-sokmo begini,masa aku semangat bangun pagi nak ke kelas,akan jadi kelas dibatalkan.Tetapi,bila masa aku liat dan mengelat untuk bangun pagi ke kelas Arab,memang sah ada kelas.Pula,belajar benda baru.Hai,sabar jer lah.!.
Pukul 11:30 gitu,sambil-sambil tengok cerita entah ke apa dekat tivi,Qusai datang mengetuk pintu rumah.Rupanya ada juga kelas Arab.Aik,bila pulak.O,rupanya Qusai datang pukul 10:30,kebetulan ada Rames,lalu buat juga kelas sekejap,sampai 10:45.Ceh,kelas apanya kalau setakat 15 minit.[ops,lupa..mungkin kelas yang pendek,tapi penuh berkat..siapa tahu..kan?!..Asta'firullah..].Qusai datang mengajak turun ke gym.Ahai,apa lagi pagi-pagi Ahad begini,futsal-lah kita.
Sampai di gym,ada seorang gadis Jepun baya-baya awal 20-an sedang menunggu di depan pintu gym.Hai,sejak bila pihak sekolah buat jaga perempuan pulak depan pintu gym nih,ini sudah konspirasi terbaru nih,ahak.!.O,rupanya anak murid Qusai yang belajar English dengannya,saja datang-datang membunuh bosan di pagi minggu.Reiko,manis dan ramah orangnya.!.
Sempat bertanya-khabar begitu dan begini sekadarnya,bukan apa nanti dikata terlalu sombong sangat.Pula,rasa belas dengan dia yang sorang-sorang tiada teman bicara.Kebetulan,masa tu belum ada yang datang selain Qusai.O,rupanya Reiko nih berhajat untuk bercuti ke US,tapi entah macam mana,terbatal pulak."Mujur terbatal,kalau tak..tentu saya akan bergelap di New York baru nihh.."[merujuk kepada perisitiwa bekalan elektrik terputus seharian di NewYork baru nih..].Nampak mesra untuk bersembang,cuma aku yang malu-malu kucing.
Sudah,sudah lah bercerita tentang wanita.!.
Menyepak-nyepak bola,sambil tunggu budak Brzail datang.Tunggu dan terus tunggu,peluh sudah percik satu badan dah nih.Lor,rupanya depa tak datang pula.Mungkin masing-masing pergi bercuti,agaknya.Al-maklumlah bercuti obon sampai 5 hari,ambil kesempatan bawa anak isteri menjenguk ke sana sini lah kot.Alah,orang berkeluarga,begitu lah adatnya.Bukannya macam kita yang bujang trang-tang-tang,bila boring,baring.!.
Hampir jam 2 baru selesai,balik rumah,bermandi-mandi dan terus solat Zohor.Sempat lagi sembang berbalas-balas mesej di YM dengan beberapa orang teman di sini sebelum aku isi perut.Sup siam dipadankan dengan serunding buatan tangan opah.Wah,terangkat.!.Serunding nih mama yang bawa masih datang ke sini bulan April dulu.Masih ada dua paket yang tak berusik.Opah yang beriya-iya siapkan untuk cucu sayang dia bila tahu kata mama nak datang ke sini.Bukan serunding sahaja,dijemurnya juga ikan kering untuk cucunya yang seorang.Aduhai,opah ku.Terima kasih..
Selepas bersantap semua,baring-baring atas sofa,belek-belek tivi.Sebenarnya tercari-cari cerita pilihan-baseball.!.Aha,sudah jadi gila besball pula aku,bukan gila main,gila menengok.Masakan,baseball untuk sekolah menengah pun sudah jadi seperti ketagih pula.Aduhai,tahap kronik juga nih,ahaks.!.Hari nih kalau ikut jadual,pasukan negeri Ibaraki aku ada perlawanan,itu yang jadi tertunggu-tunggu.Bukannya apa sangat,saja suka-suka.Kekadang tengok semangat budak-budak Jepun nih,jadi cemburu.Mereka,kalau buat apa,buat secara beriya dan bersungguh.Lalu,tidak ada sebab untuk gagal.
Baru sekejap belek tivi,akhirnya tivi yang belek aku.Mujur tersedar ketika asar hampir-hampir terguling,dijatuhkan oleh senja.Bersolat asar,dan..sudah tak tahu nak buat apa.Menanti maghrib,dan ke surau dalam gerimis.Hai,hujan memang tidak mahu serik dari turun basah ke bumi permai,sungguh.!.Aku rasa sudah dekat 5 hari,matahari langsung tidak bersempat datang menjenguk,entah apalah dibuat oleh sang mentari,kan?!.
Malam pun tidak beragenda apa.Ke surau untuk maghrib dalam gerimis senja.Alah,surau ibarat kata sebelah rumah.Cuma,antara hendak pergi,atau liat untuk sembahyang sendirian di rumah.Aduhai diri.!.Cuma,berkain pelikat seperti biasa.Teringat ketika berkunjung ke Mesir lewat beberapa tahun dulu,berpagi-pagi aku nak berkain pelikat sahaja untuk subuh di masjid yang dekat.Lalu,ditegur seorang kawan; "em,di sini..kalau berkain pelikat begitu keluar dari rumah satu aib besar.." .O,iyeker?Lain padang,lain belalang.!.
O ya,kalau ada teman yang dari Mesir kebetulan baca tulisan aku yang nih,dan mungkin kenal dengan Wan,orang Perak..mungkin sekarang sudah tahun 3..sampaikan salam aku untuknya.Terima kasih untuk Wan [aku panggil ust Wan],yang menumpangkan biliknya di rumah Perak sepanjang-panjang aku bermukim 5 hari di sana.Berpagi-pagi pula aneka jenis juadah Mesir untuk aku,aduhai,kenangan,kenangan.Entah bila bisa berziarah ke sana lagi..
Hai,dari cerita surau dan berkain pelikat langsung melencong pada cerita Mesir lah pulak jadinya.
Lepas balik dari surau,bersalin pada seluar panjang putih,ke kedai mencari bahan untuk masak.Aha,kalau kali nih pun berkain pelikat,mungkin agak janggal jugak.Tetapi,aku pernah berkain pelikat ke kedai-kedai.Tetapi,tidak lah berkain pelikat kosong semata,tetapi berkain pelikat dan diluarnya aku salut dengan jubah panjang,dan luar sekali aku sarung dengan baju sejuk yang labuh sampai ke buku lali.Dan,aku pakai sesekali ketika musim sejuk sahaja.Kiranya,berkain pelikat lah jugak,kan?!.
Hajat mula nak masak kari ikan,fikir punya fikir,batal sahaja.Beli 4 ketul nasi berlaukkan isi ketam,telur dadar yang dirincik halus dan dua ulas timun kecil.Kebetulan masa aku pergi tu sudah jam 8:30,harga biasa sudah jadi separuh harga.Aha,kedai yang aku selalu membeli barang tu memang begitu harga niaga.Kalau masuk pukul 7 malam tu,sudah diturunkan sedikit harganya,kalau sudah jam 8 malam,sudah tinggal separuh.Mungkin sebab nak habiskan barang,kot.Lagipun,ini cuma untuk barang-barang seperti kuih-kuih dan nasi berlauk sahaja.Bukan semua barang begitu.!.
Balik dari kedai,hujan masih seperti tadi.Berlari-lari langsung ke surau semula.Beriringan dengan Musa berjemaah Isyak.Alhamdulillah.Rindu dengan suasana jemaah sejak cuti seminggu dua,almaklumlah manusia di Hitachi nih sudah tak berapa ramai,dan pula tak tentu masa sibuk dan senang.
Aha,esok sudah mula bekerja.Dan,aku pun bekerja juga.Mungkin masuk sebelah petang,sampai Subuh jugak rasanya.Ok lah,sudah jemu benar duduk-duduk di rumah.Kerja,kerja dan kerja.
....................
Tulisan Faisal Tehrani berlandas pada Salsabila sudah sampai saat yang romantis-islami berlatarkan kota suci Mekah.Aduhai,mengamit kenangan sungguh.!.Teringat dengan Al-Misfalah,berhari-hari berjalan kaki 2.5km untuk sampai ke Al-Haram.Panasnya,tuhan sahaja yang tahu.Terkenang-kenang bersarapan pagi di tengah halaman Al-Haram dengan syai dan roti,ataupun kebab.Tengahari,makan kebab lagi,atau nasi patani,kemudian mencari aiskrim.Ah,bila bisa aku bertamu ke sana lagi?
Sudah lah,asyik pula bercerita tentang kenangan.Sudahlah~
ILHAM HAMDANI at 17.8.03