Friday, October 10, 2003

Assalamualaikum,

Bicara ini seputar kisah rotan-merotan yang dihidupkan semula.

Ini firasat aku; rotan hanya sekadar langkah penghukuman yang terakhir,dan ia tidak akan memberi sejauh mana kesannya kalau langkah-langkah bendung dan "bedung" awal tidak dipandang serius.Aku lihat pihak yang bersuara sendiri tidak jujur dalam usaha mereka.

Walaupun aku duduk jauh,kebetulan sudah dua tahun aku berpeluang dapat meyambut merdeka[?] di Malaysia.Dan,betapa mereka yang bersuara lantang untuk membentuk budaya pelajar madani langsung tidak jujur dengan gagasan yang mereka cipta sendiri.Ya,kalau benar mereka jujur,mengapa perlu menjadikan joget dan nyanyian sebagai santapan utama?.Aku tercari-cari ulama utama; Datuk Paduka Hamid Othman,Datuk Dasuki Ahmad,atau Ustaz Nakaei sendiri selaku Setiausaha orang paling berkuasa pada malam-malam begitu.Tidak berjumpa.!.Mungkin malam-malam begitu mereka khusyuk di rumah,agaknya.Dan,peliknya dalam sebuah negara Islam contoh dunia,malam-malam yang utama dan sejarah begitu yang menjadi tokoh ke hadapan adalah artis dan jelitawan yang berpakaian canggih dan terkini.

Lalu,yang ikut berjoget di bawah adalah pelajar dan orang muda sendiri; golongan yang ingin mereka rotan.Huh,

Dan,tertanya firasat hamba yang marhaen ini,kalau benar ingin pelajar jadi bagus akhlak mereka,mengapa Pendidikan Agama Islam hanya menjadi subjek sekunder,sekadar penumpang dalam sistem silibus pendidikan nasional?.Relevannya,kalau mahu akhlak baik,agama menjadi teras dan dasar dalam pendidikan.Jadikan sahaja Pendidikan Agama Islam mata pelajaran wajib untuk UPSR,PMR dan SPM; itu pun kalau mereka benar-benar jujur.

Kedengaran juga khabar-khabar bimbang,sedikit masa lagi Pendidikan Agama Islam akan ditiadakan dalam waktu perdana persekolahan,dimatikan dipindahkan ke masa petang,tidak lebih seperti satu aktiviti ko-kurikolum.Dan,tentu wajib kehadiran adalah harus.Huh,

Lalu,di mana adilnya menghukum rotan pelajar?.

Tertarik dengan ulasan Tuan Guru dari Kelantan dalam tabloid perdana Harakah Kalau boleh rotan, apa salahnya merotan atas nama hudud; Islam mengajari ibubapa rotan sedari usia 7 tahun lagi,untuk pendidikan,dan solat menjadi asasnya.Tetapi,soalnya sekarang sejauh mana hukuman rotan yang dianjurkan agama ini diambil serius oleh ibu-bapa?.Kalau ia gagal,lalu tidak peliklah kalau seluruh kehidupan juga menjadi gagal.



ILHAM HAMDANI at 10.10.03

Thursday, October 09, 2003

Assalamualaikum,

Patutlah.!.

Sudah beberapa malam aku lihat bulan mengambang penuh,rupanya sudah hampir tengah Syaaban.Hari ini Jumaat,sudah 14 Syaaban.Dua minggu lagi sudah mula berpuasa.Tentu para doktor mula mengira-ngira untung dari MC gastrik,agaknya.



Hajat semalam,ingin langsung berterusan berpuasa,tetapi siang terasa mengah.Lalu,tidak puasa pula.Harap-harap boleh bersambung semula minggu depan.Bukan apa,sebulan Rejab yang dulu,terlepas begitu sahaja.Sehari pun tak lekat.Maklumlah,masa itu aku di Malaysia.Malaysia;syurga makan-makan.Jadi,harap dapat cover dengan bulan Syaaban ini.Mudahan.

Tiga hari dulu,bro Qusai ada emailkan pada kami; teman-teman dari Hitachi,mengajak puasa sunat bersama,dan langsung iftar besar-besar pada petang Sabtu [esok].Menarik.!.Lama tidak puasa dan iftar bersama.Tetapi,malangnya aku kena ke Tokyo hingga tengahari Isnin,ada unfinished business di sana.Tidak dapat bersama untuk iftar.

Hari Isnin,Jepun bercuti umum; cuti hari sukan namanya.Entah lah,nak bersukan apa kalau sejuk-sejuk begini.Suhu sudah di bawah 20 darjah,esok-lusa sudah tidak boleh tidur-tidur biasa,melainkan kena tidur di bawah kotatsu [meja 4 segi rendah yang bawahnya ada pemanas],atau pun kena pasang danbou [pemanas].Kalau tidak,tidak keruan jadinya dengan suhu dingin.Sekarang,awal-awal Subuh kala membelek email di bilik tidur ini tanpa langsung pemanas,menjadikan aku gigil.Mengambil wuduk jua kadang-kadang satu seksa.Tetapi,ia pengalaman yang menarik.!.

Sebentar tadi dapat bersolat Jumaat bersama.Rashdan,Musa dan Adam tak nampak muka.Mungkin ada hal yang menjadikan mereka absen.Pelik,bro Ismail Mito datang ke bersolat Jumaat di sini lagi.Sudah dua minggu berturut dia di sini,bermakna sudah dua minggu juga dia tidak berkhutbah di surau Mito.Lepas solat aku tanya musykil aku pada dia;

"sudah dua minggu bersolat jumaat di sini,lalu siapa yang berkhutbah dan imam di Mito?"

Dia jadi diam,tidak menjawab.

"Tunggulah,esok saya ceritakan.."[esok,merujuk kepada iftar perdana].

Aduh,aku menjadi ingin tahu.Apakah ia musibah untuk kami [baca,komuniti Islam]?Mudahan tidak.!.

datuk bandar : kredit kepada pujangga di atas komentarnya tentang layout Bandarsepi.Dalam proses sebenarnya,memerlukan sedikit masa lagi,mungkin menjejak Ramadan nanti,InsyaAllah


ILHAM HAMDANI at 9.10.03

Wednesday, October 08, 2003

Assalamualaikum,

Semalam,kebetulan dapat bersembang-maya dengan seorang bro,seorang jurnalis juga,sama seperti aku.Tetapi,tentunya lebih glamer dan menyerlah penulisannya.Kali pertama bersembang dengannya setelah pulang semula ke Jepun,mungkin masing-masing dihambat dengan kesibukan.Tak mengapalah..

Semasa balik ke Malaysia,sempat keluar makan-makan dengan bro yang seorang ini.Dalam perjalanan pulang dari Muar,melawat seorang teman yang peroleh cahayamata sulung,masih terlalu awal untuk pulang terus ke Subang,alih-alih telefon bro ini.

"Bro,jom keluar makan..orang sudah hampir-hampir di Kajang ..mengidam sate sejak dari Jepun lagi.."[apa,ingat orang mengandung sulung sahaja yang ada simptom-simptom mengidam semua ini?ahaks]

"Alamak adikku,Kajang mesti sesak kala-kala begini,bagaimana kalau Awan Besar sahaja?.."

Aku tahu dia sibuk,ligat dan sesak dalam rutin harian.Tetapi,dia tetap berikan masanya.Terima kasih kerana meluangkan masa bersama kami; aku,Akmal dan Hafiz [ dua-duanya adik aku yang bawah.].Dan,malam itu orang Jepun jadi jaguh sate di Awan Besar.Sate dia tetap sedap,sama seperti Hj Samuri Kajang.

Bersembang dan berjanji untuk berhubungan lagi.Hajat mahu membaling bola besi di gelanggang licin. Tetapi,aku benar-benar sibuk dengan jadual yang maha padat.[alasan yang sesuai,agaknya?].Ada seorang teman yang akrab bilang begini pada aku kalau aku pulang bercuti ke Malaysia,dengan nada-nada sinisnya;

"Saya mahu buat panggilan lagi esok,bagaimana?Apa YB sudah ada temujanji lain..?"

Waduh,bisa-berbisa nada perli dia.!.

Sibuk,lalu terbabas janji untuk membaling bola bowling.Kecewa.!.

Dan,aku rasa bicara bro itu pun semacam kecewa semalam,aku gagal tunaikan janji.

Aku tahu itu salah aku.Aku tidak pasti,samada dia baca atau tidak,kalau takdirnya dia baca,aku mohon maaf di sini.

"maafkan aku.!."

ILHAM HAMDANI at 8.10.03

Tuesday, October 07, 2003

Assalamualaikum,

Nasi putih,telur goreng,serunding yang dibawa mama bulan April dulu,kicap masin dan secawan oat; ya,ia satu juadah sahur yang istimewa bagi orang bujang-trang-tang-tang,macam aku.

Sudah dua hari bersahur dengan juadah yang sama.Rasa lazat tidak terkira.Cuma,dalam hati berdoa juga,janganlah nanti-nanti bila sudah berkeluarga pun akan ada juadah sahur yang sama.Tidak.!.Cukuplah ia menu untuk orang bujang.

Alhamdulillah,talian telefon sudah kebah semula.Dan,rasanya hari ini sudah sembuh sepenuhnya.Awal pagi,pakcik NTT datang ke rumah,periksa talian telefon dengan pemutar skru panel,memang sah tiada nyalaan merah pada hujung pemutar skrunya.Periksa kotak sambungan di luar,sah,tidak berfungsi.!.

Ambil tangga,panjat tiang talian.20 minit,selesai.Cuba,try,test.Alhamdulillah,ok.

Jadi tidak keruan juga aku bila tak ada talian telefon.Tiada talian telefon,ertinya tiada talian internet,itu yang masalah besarnya.Banyak meeting-maya yang aku terpaksa absen.Banyak usrah-maya yang aku terlepas.Rasa seperti teruk benar sumbangnya.

Beberapa hari tiada talian,beberapa kali juga menumpang talian Adam dari bilik sebelah.Atau,lagi menarik,aku ambil satu wayar telefon panjang,aku sambung dari kotak sambungan Adam di sebelah,merentang masuk ke masuk bilik aku.Tetapi,aktiviti begini hanya ketika lewat malam,apabila Adam sudah off talian internetnya.Nak hidup,kawan.!.





ILHAM HAMDANI at 7.10.03

Sunday, October 05, 2003

Assalamualaikum,

Semalam,Ahad datang lagi.Sedar tidak sedar sudah dua kali Ahad aku di Jepun semula.RAsa pantas sekali masa berlalu.

Ahad,kalau mengikut kebiasaan sebelum bercuti sebulan,Ahad hari meriah.Ada kelas bahasa Arab,kemudian bersusul dengan main futsal di gym sekolah.Tetapi,semuanya seperti sudah berakhir.Kecewa.!.

Kelas Bahasa Arab?Tak pasti bagaimana perancangn Qusai untuk kelas yang baru bermula tak sampai pun sepuluh kali ini.Sedih juga kalau terus mati begitu sahaja.O ya,bro Syafeq dari Pakistan sudah pulang terus ke negara asalnya.Alasannya,tak tahan berjauhan dengan keluarga yang sudah pulang lebih awal..Kalau ikut perancangan asal,dia hanya pulang paling awal tahun depan,tapi begitulah "family power".Aku sendiri tak sempat bertemu sebelum dia bertolak pulang.Bro Shafeq antara pelajar terajin kelas bahasa arab.Mungkinkah ketiadaannya akan mematikan langsung kelas arab?Mudahan tidak.!.

Futsal di gym bersama budak-budak Brazil pulak sudah berakhir sama sekali.Sedih gila.!.Gym sekolah sudah dibenarkan untuk digunakan lagi utk bermain futsal.Kata orang pejabat,banyak dinding-dinding yang rosak dek penangan main bola.Pula?.Alah,sudah adat makhluk,ada baru adalah lamanya.Ada hayat,ada lah rosak dan matinya.Gym pun sudah berusia,kalau rosak,ganti sahaj dengan yang baru.Pada aku,langkah penutupan gym kepada futsal bukan jalan penyelesaian terbaik.

Buat masa ini,masing-masing tengah gatal kaki,hendak menyepak.Risau-risau takut masuk akhbar Jepun;"Ibaraki-Dua orang cedera disepak oleh gila bola".Hendak main bola seperti biasa di tengah padang pula,ada dua masalah. Pertama, tak berapa nak cukup korum,dan duanya sejuk.!.Mana tahan,main dengan suhu bawah 20 darjah,pantas benar lelahnya.

Sudahnya,masing-masing tunggu dan lihat,sambil membina perut.




ILHAM HAMDANI at 5.10.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.