Saturday, October 18, 2003

Assalamualaikum,

kisah seketul donut


I

Ketika aku sedang menekuni kerja,Senda-san yang tua datang tiba-tiba.Dia sua aku seketul donut.Nampak sedap,tambah-tambah bagi orang yang sedang berpuasa,lagi-lagi terbuka selera.Senda-san tanya aku yang sedang tekun,samada boleh makan atau tidak.Tak fikir panjang,aku ia-kan sahaja.

Satu,aku sedang tekun kerja,serasa tidak mahu diganggu.Dua,aku tak mahu kecilkan hati dia,lalu ambil sahaja,tanpa fikir-fikir.Dan yang nombor tiga; sudah namanya donut tiada yang tidak halal melainkan halal-halal belaka.

Aku senyum pada Senda-san; "Domo arigatou.."

Bila sudah reda sedikit dari kalut,aku belek semula donut yang putih dengan gula.Lor,ada gelatin.Sah tak boleh makan.Ruginya.!.Belek lagi,lor,ada daging lembu dalamnya.Aduh.!.Dan,baca lagi.Alamak,ada daging BXBX.Tidakk.!.

Tak sangka,dalam donut pun ada daging yang berjenis-jenis,mujur tak terus ngap sahaja tadi.

II

Aku nampak Nakajima-san yang sudah siap mahu pulang.Dia datang jenaka-jenaka dengan aku.
"Mahu donut?", aku mahu berikan sahaja donut daging tadi pada dia.
"Tak mengapa.Dapat juga tadi dari Senda-san.Lagi pula,saya sudah mahu pulang.Di rumah kena makan nasi.Nanti isteri saya terasa hati marah,ahaks.Perli-perli lelaki Jepun yang kena queen-control,Nakajima tak menjawab.Habis-habis pun,dia sengeh.Sudah hakikat kena control,nak berhujah apanya lagi,ahaks.

Mahu beri dounut daging pada siapa,ya?

III

Sebelah malam sedikit,Kanou-san datang.Aku sua pula donut daging pada dia.Mulanya,dia menolak.Mungkin dia ingat aku saja-saja nak berikan donut pada dia.[kalau tak sebab kerna donut itu ada daging,sudah lama habis aku makan,tak susah-susah pelawa pada dia,hehe.].Kemudian aku bercerita,ada daging dalam donut.O,padan lah.

Tidak lama,Kanou-san datang semula.Di tangannya ada sosej,dia sua pada aku.Konon-konon mahu "beli" donut aku tadi dengan sosej,kiranya barter-trade lah konon-kononnya.Aku tengok sosej itu pun aku sudah naik geli,terkenangkan isinya yang pasti BXBX.Aku suruh dia baca kandungan sosej,dia kata ikan lah.Aku pelik.Aku ambil dari tangan dia,dalam hati geli masih ada.Baca mula,ya isi dia ikan.Pelik.!.Baca lagi di bawah sedikit,alamak.Sah,ada BXBX juga.Gelinya tak usah cerita,rasa kembang rengkong.Mahu muntah pun ada.

Aku tolak dengan baik.Kanou-san bertanya pula tentang Islam,halal dan haram dalam makan-makan.Entah lah,aku rasa sudah banyak kali juga aku bercerita tentang halal haram ini pada dia.Mungkin dia lupa,atau pun tak ingat.

Lalu,aku cerita semula.


ILHAM HAMDANI at 18.10.03

Thursday, October 16, 2003

Assalamualaikum,

MENURUT penuturan Al-Hasan al-Bashari, salah seorang sahabat Nabi, bahwa pada suatu hari Rasulullah menemui beberapa orang sahabat. Kepada mereka itu beliau bersabda: "Adakah di antara kamu yang menghendaki agar Allah menghilangkan buta yang ada padanya dan menjadikannya dapat melihat? Ketahuilah, sesungguhnya orang yang mencintai dunia dan tinggi angan-angannya pada dunia, niscaya dibutakan Allah hatinya, sesuai dengan besarnya dia mencintai dunia itu. Dan barang siapa yang zuhud (menjauhi dunia) dan sederhana angan-angannya pada dunia, niscaya Allah memberikan ilmu padanya, meskipun dia tidak belajar.''



ILHAM HAMDANI at 16.10.03

Wednesday, October 15, 2003

Assalamualaikum,

Hari ini,kebetulan dapat sembang-sembang dengan seorang teman jurnalis; sama seperti aku,tetapi tentunya jauh ke hadapan dalam segenap aspek.Pengalaman,kematangan menulis dan ketajaman hujah,menjadikan aku benar-benar daif ketika bicara dengannya.

Sebenarnya,aku masih tercari-cari arah dalam penulisan.Mencari seorang guru,guru yang "mursyid" ; buat diminta jalan tunjuk dalam menulis.Kebetulan,jumpa dengan dia.Lalu sembang lama dengan dia.Terima kasih.!.


mypujangga (5:30:18): kita [merujuk kepada penulis] adalah pencuri, penyimpan, penyihir, penghidang dan pengubat.
mypujangga (5:30:40): kenapa kena jadi pencuri?
mypujangga (5:30:49): sebab kita pd mulanya tak miliki apa2
mypujangga (5:30:55): kita cuma ada senjata...
mypujangga (5:31:11): utk dpt kan harta perlu berani dan yakin
mypujangga (5:31:21): apa yang kita kena curi?
mypujangga (5:31:28): tak lain tak bukan adalah idea...
mypujangga (5:31:46): tak ramai org boleh simpan dan jelmakan idea depa dlm bentuk yang lain
mypujangga (5:31:51): tp penulis.. mampu buat
mypujangga (5:32:00): dah dicuri... kita kena simpan
mypujangga (5:32:06): jgn heboh dan beri pd org lain
mypujangga (5:32:14): takut2 nanti kita tak ada lagi/...
mypujangga (5:32:26): utk apa disimpan?
mypujangga (5:32:31): ianya adalah sihir...
mypujangga (5:32:39): yang akan digunakan utk menulis...
mypujangga (5:33:05): dan sihir kita itu akan berjaya ... mengenai sasaran bila kita menggunakan teknik hidangan yang baik
mypujangga (5:33:09): yang ada permintaan
addeen57 (5:33:11): ic..
mypujangga (5:33:17): bila dah dihidang...
mypujangga (5:33:26): dan org tak makan kita jangan putus asa...
mypujangga (5:33:34): terus hasilkan yang lebih baik.. dan hidang lagi
mypujangga (5:33:42): dan bila kita adalah pengubat?
mypujangga (5:34:04): bila apa yang sepatutnya kita hidang mereka tak mahu juga santap...
mypujangga (5:34:10): masa itu kita adalah pengubat
mypujangga (5:34:18): sama ada kita memilih utk jadi pengkritik
mypujangga (5:34:23): atau menjadi pengubah
addeen57 (5:35:09): wah..falsafah..


Aku terkesima,memikir-mikir buah dia.Mencari di mana mula,dan di mana benarnya tulisan "retokrik" dia,penulis yang aku sembangi.Ada benarnya,dan mungkin ada silap.Cuma,aku menokok sedikit; "menulis tulisan hati".

Aku yang masih tercari-cari arah.!.
ILHAM HAMDANI at 15.10.03

Tuesday, October 14, 2003

Assalamualaikum,

Menjelang ke Subuh baru balik baito.Tidak lah letih sangat,"kerja main-main".!.

Kebetulan sudah dekat benar dengan waktu terbit fajar,langsung ke surau,bimbang-bimbang kalau balik ke rumah dahulu,langsung kaki jadi berat untuk patah balik ke surau.Walhal,bukan jauh mana pun surau-rumah tiga,empat langkah cuma.Aku ingat,kalau orang main lompat kijang; sekali lompat boleh sampai ke surau.Tetapi,memandangkan aku tak pandai lompat kijang,lompat rusa boleh lah,jadi tak boleh sekali jump sahaja.Tambah pula dengan rantai iblis syaitan yang banyak,bertambah-tambah berat.

Sebelah surau,rumah Musa.Sebelum terus ke surau,buka tingkap rumah Musa yang sokmo-sokmo jarang berkunci; "Musa,bangun Subuh ..Musa bangun Subuh..".Baru lah melangkah sambung ke surau yang di sebelahnya.Musa ini kalau tidur awal,senang juga bangun Subuhnya,sekali-dua kali sudah sedar.Bagus lah,buat peneman Subuh jemaah.

Masuk dengan salam,terus jenguk pada jadual sembahyang.Buka heater,tidak tahan kalau bersejuk begitu.Baru terperasan,sudah ada kepulan asap kecil kalau kita bernafas kuat.Tanda graf sejuk yang makin bertambah.Surau juga sudah ada perubahan,sudah terpasang langsir pada tingkap dan juga langsir pemisah antara lelaki dan wanita.Mungkin sis Arwa isteri bro Qusai yang uruskan,agaknya lah.Persediaan untuk terawih,mungkin.

Hajat hati ingin baca Al-Quran sedikit kalau masih ada masa sebelum masuknya waktu Subuh; "4:20..".Belek jam di dinding,sudah waktunya.Langsung terus azan.Ketika sedang azan,terperasan sebuah kereta menderam di sebelah.Aku tahu,kereta wanita Jepun yang rumahnya berdepan dengan rumah aku,tetapi di tingkat dua baru balik dari kerja.Berdoa juga dalam hati,mudah-mudahan azan yang sedang aku laungkan tersimbah pada hatinya gersang.Siapa tahu,kan?!.

Lepas azan,langsung berrawatib Subuh,betul-betul di depan heater,tidak di sejadah imam.Sudahnya,tunggu-tunggu bunyi dari rumah Musa di sebelah.Tiada respon,mungkin Musa keletihan langsung tidak bangun lagi.Tunggu sebentar lagi,lalu sembahyang sendirian,sebab beranggapan Musa tidak ikut serta.Sembahyang pun tidak di tempat imam,betul-betul di sisi heater demi mengambil haba panas.

Hampir habis rakaat pertama,Musa datang.Nampak keliru dia,samada aku bersembahyang sunat atau bersembahyang Subuh.Kalau Subuh,mengapa tidak di tempat imam.Tetapi,kalau sunat mengapa mesti dengan bacaan yang kuat.Akhirnya di rakaat kedua,ikut ikut berimam pada aku.Alhamdulillah,dapat juga berjemaah.

Dalam hati berkata-kata ingin puasa sunat,ingin puasa sunat.Sayang,Syaaban sudah hampir terpancung pada Ramadan yang datang.Entah,tahun hadapan ketemuan lagi,atau ajal datang dahulu.Siapa tahu kan?!.

Balik rumah,mengadap internet seketika,langsung ke depan semula.Menyelinap masuk bawah meja kotatsu.Sejuk.!.Menekuni membaca "ISA,Undang-Undang Haram..Wajib dimansuhkan,Apa Pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan?".Menarik juga tulisan separa-artikel tulisan Shaari Sungib ini.Benar-benar menarik minat aku,walaupun sedikit tidak puas hati kerna terpaksa berulang-alik antara muka yang sedang dibaca dengan nota kaki yang tertulis pada akhir setiap bab.Tanpa nota kaki,pembacaan jadi kurang lengkap.Jadi,terpaksa membelek nota kaki di belakang.Tetapi,apapun tulisannya memang menarik.Mengupas dari sudut pengalaman dan persoalan ilmiah undang-undag purba ISA.

Buku ini aku pinjam dari seorang teman ketika ke Tsukuba baru ini.Hampir-hampir aku menolak untuk meminjam,beranggapan agak bosan tulisan; mirip tulisan sebuah kerja-kertas.Tetapi,kawan yang itu pelawa juga; "ambil dulu,baca ..menarik..".Akhirnya sangkaan aku meleset,dan memang betul ulasan kawan aku,buku ini perlu dibaca dan dihalusi sebaiknya.Kita baca,dan kita akan akui kekejaman akta gila ini.Bacalah.!.



ILHAM HAMDANI at 14.10.03

Monday, October 13, 2003

Assalamualaikum,

Hujung minggu minggu merewang-rewang di Asakusa.Bertemu teman lama,rindu juga pada persahabatan yang terjalin.Sembang-sembang,makan-makan,lawak dan gurau senda.

Punya kesempatan petang Ahad,jalan-jalan di Kaminarimon,sebuah bazar yang penuh dengan aneka cenderahati dari bumi sakura.Dari pedang-pedang zaman samurai,sehinggalah pistol mainan zaman mutakhir.Pengunjung,dari Jepun dan luar sentiasa sesak.

Hajat hati ingin mencari sebuah kain pemidang yang bergambar pokok buluh Jepun; ada seorang teman di Malaysia yang berpesan,katanya untuk diberi pada seorang teman,malangnya sampai berpuluh kedai dilawat,tak jumpa-jumpa.Gomen ne. Aku?Hanya membeli dua sampul poskad gambar-gambar Jepun.Cukup lah.

Balik dan singgah sekejap untuk maghrib di Tsukuba,sambil-sambil maghrib lalu terus Isyak dengan dijamakkan sahaja.Langsung terus memandu lagi,sendirian pula.Letih dan kantuk bukan kepalang.Terasa memandu di tengah lebuh raya seperti orang yang separuh sedar.Bimbang-bimbang kalau lelap,sambil mulut mengulang-ulang Al-Fatihaha secara lantang,demi menghalau kantuk,mungkin juga mainan syaitan.Alhamdulillah,sampai juga walaupun keletihan tahap maksimum.

ILHAM HAMDANI at 13.10.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.