Saturday, October 25, 2003

Assalamualaikum,

Aku pusing-pusing dalam alam maya,tercari-cari soal-jawab tentang puasa.Ada teman-teman yang bertanyakan beberapa perkara tentangnya.Lalu,apa salahnya aku paparkan sama di sini,mungkin berguna untuk kalian.

PUM

al-ahkam1

al-ahkam2

al-ahkam3

fadhilat puasa

aku&sabtu


Tidak apa yang menarik.!.Awal pagi hingga menjejak ke tengahari dengan usrah-net bersama teman-teman di sini.Ilmu dalam kelas tidak boleh jatuh,ilmu akhirat tidak mahu tertinggal.Terima kasih untuk teman-teman yang berbicara dengan tajuk pengorbanan.

Musahabah diri; apa yang telah aku sumbangkan untuk Islam?.

Sebelah petang,adik-adik kohai yang datang dari Mito; Sheda dan Shaiful ajak temankan mereka ke K'S Denki,mencari internet wayarless.Dalam malas-malas,pergi jua.Kesian pada hajat orang.!.

Belek-belek pada internet wayarless,sembang-sembang dengan jurujualnya,akhirnya Sheda yang beriya,tak jadi beli.Tunggu dan lihat dulu,katanya.Bagus juga,fikir-fikir sebelum bertindak,adik.!.

Pusing-pusing dalam kedai elektrik,aku pula yang jatuh hati.Berkenan pada telefon tangan antara model terkini.!.Ya,sepatutnya pharase fikir-fikir sebelum bertindak di atas aku tujukan untuk diri aku.

Sebenarnya,aku lebih berkenan pada harganya; percuma.!.Kalau ikut-ikut tidaklah terlalu mendesak,cuma sedikit-sedikit sahaja; masalah pada bateri telefon lama yang sudah mulai hilang kuasa.Sekejap diguna,pantas pula kosong isinya.Tetapi,masih boleh berbakti.

Jadi,bila sudah terpandang telefon yang percuma,model pula memang lawa; boleh dipusing 180 darjah,terus sahaja aku tarik kerusi dan duduk isi borang.Dapat-lah aku telefon baru,itu pun setelah aku terminate kan dulu talian lama.Kalau aku mahu tukarkan model telefon sahaja,tanpa tukarkan sekali nombornya,aku kena bayar lebih.Jadi,aku terminate sahaja nombor lama.Ambil nombor baru,ambil model baru,lalu jadi percuma.

Senyum sampai telinga.Al-maklumlah antara model terbaru,dengan percuma.Teman-teman cemburu bukan kepalang.



ILHAM HAMDANI at 25.10.03

Thursday, October 23, 2003

Assalamualaikum,

Prolog


Sudah beberapa hari Jepun meraih hujan rahmat; menyambut bulan mulia,agaknya.Daun-daun juga sudah mulai kuning perlahan,dan nanti jingga terang,dan nanti gugur satu persatu; persis dosa-dosa kecil manusia yang berguguran bersama air basahan wuduk.



Sembang-sembang


Sembang-sembang dengan kawan karib,Faizal.Aku tahu,dia pengunjung BandarSepi,pengunjung diam-diam.Bercerita tentang sekolah,zaman gila-gila; Syed Putra's boy.Berkisah tentang lompat pagar [oh tidak,ia bukannya satu aktiviti olahraga.!.] ,bercerita tentang kawan-kawan lama.Semuanya menggamit kenangan.

Kemudian,baru beralih pada puasa.Mula bercerita tentang berpuasa di asrama.Kenangan.!.

Dia kata pada aku; "ini kali terakhir berpuasa di Jepun,nanti bila pulang ke Malaysia,tentu terindu pada suasana berpuasa di Jepun..".

Ya,tentu pengalaman berpuasa di sini akan masuk dalam kenangan,dan aku akan senyum mengingatinya.

Demi seorang kawan,Ash yang minta aku berkongsi sedikit pengalaman berpuasa di negeri orang.

Apa yang menarik?Di sini tiada pasar ramadan,tiada para ibu yang sibuk dengan buah melaka di dapur.Bulan puasa,sama seperti bulan-bulan biasa,tiada yang istimewa.Cuma,kalau pun berbeza,ada terawih.Itupun kalau rajin,kalau yang liat dan culas,semata-mata puasa.

Biasanya,aku bersahur awal.Ini pengalaman tahun-tahun terdahulu.Dan,hampir tidak berubah rasanya dengan puasa kali terakhir nanti.[baru terasa sayunya.!.].Bersahur nasi sebelum tidur,itu pun lebihan berbuka tadi.Kemudian baru tidur,bangun untuk sahur,hanya sekeping roti bakar,segelas air susu,atau mungkin sekadar buah-buah sahaja.Ambil keberkatan pada sahur.Itupun kadang-kadang terskip juga,kalau malas sangat.

Bersubuh sekitar jam 5,dan mungkin tidur kembali.Lama benar mahu berjaga sehingga jam 9 untuk ke sekolah.

Dan,maghrib?Ya,maghribnya awal.Kebetulan berpuasa di bulan-bulan sejuk,siangnya jadi pendek.Seawal 4:30 sudah boleh berbuka.Berbuka?Tidak seperti terbayang pada istilah berbuka orang Malaysia; ada air cincau,ada air kelapa muda,ada bubur kacang,ada,ada,ada.Yang ada pada aku untuk berbuka,seketul snickers dan setin minuman.Cukup lah.!.

Dan,balik dari kelas sekitaran jam 6,barulah bergelut untuk masak-masak.Masak orang bujang.!.

Begitulah sehari-hari orang bujang di negeri orang.

Budi


Di awal Subuh semalam,sempat bersembang seketika dengan novelis dari Mesir; amiza khusyri.Jangan salah sangka,namanya bisa menimbulkan ribut,mungkin.Mirip-mirip nama pria,tetapi jejaka rupanya.!.

Aku bertanya itu dan ini dengannya.Bagaimana untuk mula menulis,bagaimana untuk menajamkan penulisan,bagaimana dan banyak lagi.Dan,terima kasih atas nasihatnya.

Lalu,aku kongsikan secebis untuk kalian; kalau kalian pun berhajat untuk menulis.

" tulis sahaja,jangan mudah jemu..dan belajar dari kesilapan pada penulisan.."

Budi,di bawa mati.!.

Epilog


Salam Ramadan untuk semua.Mudahan diberkati tuhan,dan menjadi madrasah pembinaan roh muslim.


ILHAM HAMDANI at 23.10.03

Wednesday, October 22, 2003

Assalamualaikum,

Olok-olok


Aku menelefon Amy,adik bongsu kesayangan,bertanya tentang peperiksaan percubaannya.

"Berapa A dapat?"

"Tak dapat semua lagi,5A atau 6 A ",dia jawab.Nampak yakin dengan SPMnya.

Aku balas dengan dia, "bagus,bagus.Tetapi ingat,itu baru olok-olok,yang betulnya belum pasti.."

Dalam hati berdoa,mudahan dia berjaya.

Dua hari sudah,PakLah beritahu Utusan; "U**O Terengganu menang besar dalam pilihanraya olok-olok."

Aku senyum.Mujur aku tiada kabel,kalau tidak,boleh aku telefon pesan dengan PakLah;

"bagus,bagus.Tetapi ingat,itu baru olok-olok,yang betulnya belum pasti.."

addeen : DatukBandar olok-olok.

kita rasa kecil,tetapi orang lain lihat besar


Aku dalam gegas-gegas,mengejari masa.Di tangan,ada sebotol air kopi dan seketul tuna-roll; buat bekal berbuka.Beratur untuk bayar di kaunter,di depan aku ada seorang wanita Jepun,baya-baya 50-an begitu.Dia tengok aku,mungkin dia agak aku dalam gesa-gesa,mungkin.Atau,mungkin dia tengok aku hanya ada dua barang dalam tangan [tak ambil bakul pun,sebab barangnya dua itu sahaja.], sedang dia bawa separuh is bakul.

Lalu,dia beri laluan dahulu pada aku.Mulanya aku menolak,demi hormat pada dia,dan akur pada adab beratur; siapa cepat,dia dapat.Dia tetap suruh aku dulu.Akhirnya aku mengalah,lagipun aku memang hendak cepat pun masa itu.

Kandou [terharu ] aku.!.

Berkali-kali ucap terima kasih,dan mohon maaf pada ibu tua itu.Sebelum pergi tunduk sedikit,senyum seikhlasnya,versi penghargaan.

Mungkin makcik itu pelik,dia rasa sumbangan dia kecil; beri laluan seminit pada aku.Tetapi,pada aku seminit itu terlalu berharga.

Kadang-kadang yang lain,aku tengah memandu di laluan utama.Ada kereta yang mahu susur-masuk dari simpang kecil.Aku rasa dia sudah lama mencari celah untuk selit masuk.

Aku perlahankan kelajuan kereta,biar dia masuk ambil ruang.Dia senyum,angkat tangan,dan bila lepas ke hadapan hazzer dua kali,tanda terima kasih.

Aku yang dalam kereta sini,senyum puas.Sumbangan aku yang kecil,dihargai oleh orang lain.Kalau ada ikhlas masa itu,aku percaya satu hasanah sudah ada di sisi Tuhan.

Begitulah,kita rasa sumbangan kita macam kecil,RM1,contohnya,tetapi bagi orang yang benar-benar kesempitan,ia terlalu bernilai.Percayalah.!.

addeen : aku percaya,anda prihatin KLIK

III


Demi menunaikan hajat seorang kawan,aku scankan wajah Dari UIA ke ISA.Mudahan dia berpuas hati,dan senyum girang.Harga yang aku beli,RM10.Itu harga di pasaran gelap,dan aku rasa harga di pasaran terang pun sama sahaja.



Masih terngiang-ngiang pada cuping telinga pidatonya;

"Orang tanya pada saya,adakah DrM akan terus jadi PM,atau giliran PakLah naik takhta?.Lalu,jawapan saya mudah..

saya peduli apa itu semua,selagi Islam masih terpenjara,Lawan Tetap Lawan..!!!."

Suaranya padat,semangatnya tumpat.Kita yang di bawah,naik meremang bulu roma juga.

addeen : menelek diri; penyokong?pendokong?atau,penentang,na'uzubillah.


ILHAM HAMDANI at 22.10.03

Tuesday, October 21, 2003

Assalamualaikum,

Menarik,menarik.!.

Tunggu pengumuman DatukBandar,sempena bulan mulia,Ramadan Al-Mubarak



ILHAM HAMDANI at 21.10.03

Assalamualaikum,

Harga Sebuah Sedap


Malam sudah di hujung,pemimpin okestra sudah menarikan "cokmar"nya,dan anak okestra pun melirikkan sebuah lagu; "Perut Sudah Lapar".

Aku tuang air panas dalam sebuah mug yang terlukis gambar bawang,lobak merah dan serba rupa sayur lain,capai sepeket oat,aku koyak,tuang masuk biar bersebati dengan air panas.Lapar.!.

Rasa permukaan luar mug kaca,panas.Aku tengok asap keluar berkepul dari air panas.Sungguh-sungguh ini,panas.!.Aku pun tiup air oat dalam cawan.Nabi kata; jangan hembus pada air yang mahu diminum.Sains kata; hembusan nafas manusia mengeluarkan CO2,dan menghilangkan sifat asli H2O pada air.Tetapi,aku degil.Nasihat Nabi aku redah,bicara sains aku belah.Semuanya keranamu,lapar.!.

Aku rasa lagi dengan tangan permukaan mug beroat.Sudah sejuk.Aku hirup airnya.Subhanallah,panasnya.!.Rupanya,air memang lah sudah sejuk,tetapi oat yang berkumpul di tengah mug masih mengumpulkan haba panas.Rasa melecur seluruh lidah.Itulah tidak sabar.

Aku biar seketika,aku rasa sudah sejuk,agak aku.Sebenarnya terdorong pada tidak sabar,dan kelaparan.Aku hanya ingin rasa air oat,bukan isinya.Sebab, bimbang-bimbang isi oat masih panas.Hirup air oat,sekali terlekat dengan isinya sekali.Panas.!.

Dua kali lidah melecur.Nabi kata; orang Islam tidak masuk lubang biawak untuk kali kedua.Aduh,apa-lah dengan aku ini?.

Hari ini,rasa air jadi kasar.Cicah sup ayam,kurang enak.Betapa,kala sakit-sakit begini baru aku hargai harga sebuah sedap.

II


Hari ini aku jadi pencuri.!.

Di tengah-tengah senggang sibuk,curi-curi masa lawat laman jurnal orang lain; jalan-jalan cari promo jurnal.Sudah lama tak buat kerja-kerja begini,lalu hari ini curi-curi buat.Sempat-lah pusing-pusing setengah jam,ikuti perkembangan dunia diari online.Rancak tumbuhnya.!.

Di tengah-tengah kalut,menyambung sedikit buku ISA,Undang-undang Haram,Wajib Dimansuhkan tulisan Shaari Sungib.Baru sepertiga bacaannya. Harap-harap dapat sudah dalam hujung minggu nanti.Dan, InsyaAllah kalau ada kesempatan nanti aku tunaikan permintaan SHAMAM untuk review kan sedikit tentang buku itu.Doakan mudahan aku berjaya curi masa lagi.

Dalam sebulan yang terakhir,aku mengadap dua tulisan tentang ISA.Sebelum ini sudah baca Dari UIA KE ISA,tulisan Dr Badrul Amin.Juga sebuah tulisan yang menarik,yang harus ditatapi oleh seluruh pencinta keadilan; daripada pengurus undang-undang hingga pada para marhaen di tengah desa.

Terkenang Dulo-dulo


Sebelum berakhir sebuah sessi usrah-maya,ustaz berteka-teki begini pada kami;

"Kalau antum semua bijak bestari,apa persamaan antara seekor gajah dan sebatang tiang telefon?".

Waduh,susahnya soalan.

Keluar jawapan yang pelbagai; dari yang logik,sampai lah pada merapu-rapu.Tetapi semuanya salah.!.

Akhirnya,anak-anak usrah mengalah.

"Senang sahaja jawapan dia,persamaan antara seekor gajah dan sebatang tiang telefon ialah...

dua-dua tak ikut usrah.!.".

Waduh.Selamba,dan berbisa betul jawapan ustaz ini.Pedas.!.

"Jadi,kalau minggu depan siapa yang terasa nak ponteng usrah tu,ingat-ingat lah teka-teki saya nih.."

Kami semua sengeh.Terpukul.!.


ILHAM HAMDANI at 21.10.03

Monday, October 20, 2003

Assalamualaikum,

I


Ungu?Purple?Murasaki?

Alhamdulillah,akhirnya berjaya juga BandarSepi melangkah ke bandar baru. Terima kasih untuk teman serumah Roy yang bantu mengedit mana yang aku tak pandai.Akhirnya berjaya siap,walaupun aku rasa macam separuh siap.InsyaAllah,kalau ada ide nanti aku tambah-tambah sedikit lagi.

Apa yang peliknya pada warna ungu?.

Entahlah,aku pun pelik.Ramai pula yang terlebih concern pada warna ungu layout terbaru aku ini.Mungkin lain dari lain kot,sebab tiada lagi jurnal yang berlatarkan warna ungu; orang kata warna romantis?.

Secara kebetulan aku rasa warna itu sesuai,lembut,lalu aku pilih sahaja.Ia tak bawa sebarang maksud,aspirasi dan konspirasi.

Falas.!.

II


S-E-J-U-K.!.

Jepun sudah mulai sejuk.Memang sejuk betul.Dari panas,tiba-tiba tukar sejuk. Aku pula,tak beli toyu lagi [bukan kicap toyu lah,toyu ini minyak tanah la.!.], akhirnya tak tahan dengan sejuk,malam-malam kacau Musa,minta toyu sikit dengannya.

Akhirnya,dapatlah mengadap pc dalam kepanasan haba dari pemanas.Kalau tak,mahu menggigil dibuatnya semasa mengadap pc.Tidur pun,kena di bawah kotatsu.Sejuk.!.

Kesannya?Tadi aku sudah terperasan,seperti ada ulser pada bibir mulut. Memang sokmo-sokmo begitu.Kalau berlama sedikit tidur di bawah haba panas,memang jadi ulser.Aduh,ditelan mati ayah,diluah mati emak,kalau tercekik,mati katak,erk..; kalau tak pasang pemanas,sejuk.Sudah pasang,jadi ulser pula.Bagaimana,ya?.

Sudah nama pun manusia,ada-ada sahaja lemahnya.Cuma,satu sahaja yang Maha Kuasa,Dia.!.[meminjam kata keramat seorang adik; "manusia tak ada kuasa,Tuhan ada kuasa."]

III


Sudah lama tak nampak Senada-san,lalu hari ini ditakdirkan berjumpa dengannya semula.Kali pertama,setalah aku kembali semula dari Malaysia. Tersengih dia,sembang-sembang.Berpisah.

Tidak lama,dia datang tempat aku,mahu bermanja bersembang lagi.

"Bagaimana cuti di Malaysia?"[ini soalan dah basi lah,mahu sahaja aku jawab begitu.!.]

"Seronok lah.!.Tetapi cuma sebulan.."

"Bila balik terus?Sudah itu,buat apa nanti?"

"Lagi 6 bulan.Balik nanti?Em,kahwin lah..",aku ketawa berdekah.Senada-san ikut ketawa.Gembira kami.

"Mungkin sambung belajar,kalau ada rezeki.."

"Alah,kau buka syarikat lah.Kau jadi pengurus,aku jadi timbalan pengurus, bagaimana?",giliran dia pula ketawa.Aku ikut ketawa.!.[mahu sahaja aku jawab begini; "bak sini modal.."]

Cukup lah dua kali ketawa,dia pun berlalu.


ILHAM HAMDANI at 20.10.03

Sunday, October 19, 2003

Assalamualaikum,

+ Petang Sabtu,ramai-ramai jemaah Maghrib di surau.Qusai dan keluarga,Ramesh dan keluarga,datukbandar dan keluarga ,dan selebihnya budak-budak Malaysia.Lepas maghrib,ada mesyuarat untuk Hitachi Muslim Comunity(HIMUC),terutama untuk menyambut kedatangan bulan mulia,Ramadan.

Lepas meeting,ada gotong-royong bersihkan surau.Banyak "sampah" yang dibuang.Barulah nampak berseri sedikit surau.O ya,takziah untuk Syed yang kemalangan kereta.Keretanya berlanggar dengan kereta Ramesh semasa operasi buang sampah.Mujurlah mereka tak cedera apa,cuma kereta Syed yang "cedera" teruk.Kereta Ramesh,Pajero.Pajero kuat.!.Sikit pun tak luka apa.Kasihan dengan Syed.!.

Tetapi,InsyaAllah kalau dia buat kerja ikhlas[pergi buang sampah dengan ikhlas] InsyaAllah ganjaran di sisi Tuhan cukup besar.

+Pagi Ahad,ramai-ramai turun main bola di padang.Lama tak turun menendang.Sejak balik ke sini semula,baru sekali turun main.Main dengan budak-budak Jepun.Malaysia lawan Jepun.[aku tiba-tiba dikonspirasikan oleh budak-budak Malaysia suruh main team Jepun.].Teruk Jepun kena belasah dengan Malaysia.Kiranya lelah-lah Jepun.[alangkah baiknya kalau betul-betuk jadi begitu..]

Rupanya,hari ini juga ada pertandingan bola sepak sesama budak Malaysia di Tokyo.Aku baru tahu,kalau tidak ,boleh budak Ibaraki hantar team macam tahun-tahun terdahulu.Ruginya.!.

Dari pukul 10:30 sampai hampir-hampir jam dua.Tidak penat sangat,atau semangat?.Jam 2,baru balik.Terus sembahyang Zohor.Bila rehatkan badan,barulah terasa penatnya.Mengadap pc sekejap,Syed msg ikut YM,ajak ke restoran Pakistan ramai-ramai.Jom.!.

Sebenarnya restoran Pakistan ini baru dibuka.Masing-masing mengidam roti nan.Kami bertujuh,naik Odyssey Roy,berentap indo-ryori.

Masa ambil order gadis pelayan tanya,"mahu darjah kepedasan kari yang bagaimana?Antara 1 sehingga 10.."

Rashdan gatal mulut; "10.!.".Amboi.!.Akhirnya,turunkan sedikit,bimbang-bimbang terpedas sangat."6-7..".

Tak sampai setengah jam,hidangan sampai,pecah air liur.Ada kari,tandori,roti nan dan nasi.Apa lagi,serbu.Celup ke kuah kari,wah..menyengat,pedas.!.Semua orang makan seperti nak selsema,siap keluar air hidung.Padan muka.!.Berlagak sangat tadi,mujur tak suruh ambil darjah kepedasan 10,kalau tidak,tak tahu lah bagaimana.

Pedas,pedas pun,sodap.!.




ILHAM HAMDANI at 19.10.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.