Saturday, November 01, 2003

Assalamualaikum,

Apa yang menarik untuk dikongsi pada hujung minggu?.

Hujung minggu tidak semanis yang diharapkan, sudah semakin tiada istilah yang aku ciptakan istimewa; cuti adalah cuti.Tidak mengapa, sesekali perlu berkorban, betapa lagi kalau ia sebuah kebaikan.

Rasulullah saw manusia yang paling agung, dan Baginda sudah mengunjurkan jalan petunjuk; seluruh hidupnya diserahkan pada pengorbanan, untuk umatnya yang tersayang.Mengapa kita harus lari dari jalan petunjuk yang terbaik?

Awal pagi, sudah ada temujanji dengan teman-teman; usrah-maya.Pula, aku yang bertugas untuk pengisian, jenuh juga mempersiapkan bahan.Dan lagi, kali ini mencuba-cuba kaedah perbincangan dua-hala.Baru tahu, lebih sukar berbanding kalau berbicara sendiri-sendiri, dan audien hanya jadi pendengar. Susah.!.Banyak persoalan tambahan timbul, lalu masa jadi korban.Sepatutnya sejam setengah, berganda-ganda jadi dua jam.Itupun tidak sempat hadam semua, kerna masa yang cemburu.!.

Bersambung dengan sedikit mesyuarat-maya.Penat?.Memang lah penat.Nama pun manusia, makhluk,mesti tak lekang pada lelah.Hanya Tuhan yang tidak ada lelah, tiada tidur, bahkan tiada bunga-bunga kantuk.Subhanallah.!.

Tetapi kalau dilayan penat, memang jadi manja.Akhirnya hampir menjejak ke Zohor,baru selesai belaka-belaka.Baru boleh tarik nafas lega, sedikit.

Terbaring, lalu jendera langsung.Mujur tersedar tika Zohor hampir luput, aduh.!.

Gegas-gegas solat, dan tertidur semula.Lor.Tersedar ketika Asar sudah ke suku yang akhir.Alhamdulillah, mujur tak babas langsung.Asar, dan terbaring lagi.Letih.!.

Sedar pula kala Qusai datang ketuk pintu rumah; "jom ke surau,sudah masa untuk iftar.!."

Hari ini ada juadah istimewa dari orang Jordan, makan sampai sengkak-sengkak perut [ ke mana hilangnya mesej puasa; menghargai keperitan orang susah papa? Puasa seperti jadi pesta, bukan pesta ibadah, pesta juadah.!.huh.]

Lepas berbuka dengan sebiji tamar, dan secawan sup Jordan, langsung angkat takbir untuk maghrib.Tidak boleh bersantap dulu, nanti maghrib jadi lewat langsung.Selepas maghrib dan sunat rawatib dua rakaat, semua mula kendurkan tali pinggang, duduk bersila, sedia untuk berperang.Nasi beriani Jordan.!.

Selepas satu-satu juadah datang dan pergi, dari jam lima hampir-hampir cecah ke enam lebih.Makan-sembang-jenaka; mesra.!. Ya, nanti kala sudah pulang ke Malaysia, aku pasti terrindu pada mesra yang kami bina di sini. Berpuasa dengan pamili Qusai Jordan, dengan Mohannad yang tiga-tahun yang telatahnya sudah makin buas dan nakal, tak menang tangan, pamili Ramesh SriLanka, dengan Rezna-chan yang seusia setahun, yang baru mahu kenal-kenal dengan manusia, dan tentu tak tinggal, teman-teman Malaysia. Lalu, semuanya akan abadi dalam kotak memori.!.

[ teman, pinjamkan aku sekotak tisu.Mata sudah jadi kolam air. ]


Cecah jam tujuh, semua beransur dulu.Berehat sejam, nanti datang balik, sambung dengan Isyak dan terus pada terawih.Beri peluang pada perut dan isinya cari tempat yang wajar.

Terawih semula jam 7:30.Malam ini Qusai ajak buat sampai 20 rakaat.Aduh.!. Terasa mahu terduduk juga,20 rakaat dan sejuzuk lebih.Cecah jam 9 baru selesai belaka-belaka.Oh tidak, ada satu lagi agenda, sessi possing-possing untuk raya.!.



sekeping gambar

sejuta rasa kasih

tak bisa lekang


ILHAM HAMDANI at 1.11.03

Friday, October 31, 2003

Assalamualaikum,


Kalau Tiada Tuhan...


Ketika sudah hampir-hampir jam 5 petang, ketika seorang aku sedang minum sebotol air ko-hi;

"Aku rasa kau tak perlu berpuasa lah, di sini Jepun, bukannya Malaysia..", tiba-tiba Senada-san datang sampuk sambil senyum-senyum[nak kena budak nih..]

"Oh tidak, Tuhan aku ada di mana-mana.Tuhan aku sedang memerhatikan aku, samada aku di Jepun, atau di Malaysia.",aku berhujah balas.

"Aku tidak percaya pada Tuhan.!.",balas Senada-san.Tak pasti, sungguh atau jenaka sahaja.Mungkin benar, sebab orang muda Jepun sebahagian besarnya tidak ambil endah pada soal ketuhanan, hal-hal agama.Dan, mungkin Senada-san salah seorang daripada mereka.

"Sudah, kalau tiada Tuhan, bagaimana ada dunia yang sempurna ini, dengan sistem cakerawala belaka-belaka?.",aku cuba memanaskan senja yang dingin.

Senada-san menjawab balik, dengan soalan juga.!.

"Sudah, kalau ada Tuhan, mengapa ada kematian, dan mengapa ada derita dalam hidup?."

Aduh, aku hendak jawab apa, ya.Ini bukan boleh jawab pakai ayat Al-Quran, melainkan kena berhujah ikut logik mantik sahaja.Aku terdiam.Senada-san pun berlalu begitu sahaja, mungkin lambat sangat jawapan aku, kot.

Ketika berwuduk untuk maghrib, baru datang ide; gunakan misalan peperiksaan.!.

Selepas maghrib aku nampak Senada-san lagi.Aku gamit dia;

"Senada-san, mai sat [aku panggil ikut nihongo la,takkan lah ikut bahasa utara pula,engkau nih..] "

"Dulu, kau belajar dan kau ambil peperiksaan,bukan?!."

Senada-san nampak keliru, kenapa tiba-tiba budak ini tanya pasal peperiksaan pula.Sedang dia tak tahu yang aku masih tak puas hati dengan Debat siri I tadi.

"Ya, kenapa?."

"Untuk apa peperiksaan?.",aku tanya lagi.Dia blank.Nampaknya dia masih lagi gagal menangkap misi aku .

"Untuk mengasingkan antara pelajar yang cemerlang dan teruk, bukan?!",aku tanya, aku yang jawab.

"A'ah."

"Sudah itu, pelajar yang cemerlang ke mana?."

"Ke sekolah yang baik, dapat kerja yang baik."

"Sama lah dengan kehidupan kita. Kesusahan dan derita adalah ujian Tuhan. Kalau kita sabar, kita akan dapat ke syurga.Kalau gagal, ke neraka.", haa,baru sampai ke point aku sebenarnya.

"Apa pula?Itu tiada kaitan dengan Tuhan. Kalau kau tak kerja,tak belajar takkan datang rezeki.Kau lapar, kau doa pada Tuhan, "Tuhan,aku lapar,tolong.tolong." .Mana datang makanan?Tak datang,bukan?!.Mesti kena kerja,mesti kena belajar.", hujah dia makin berbelit.Aduh.!.

"Sudah, ada orang yang belajar setengah gila, akhirnya tak lulus juga.Ha, itu kerja siapa pula?"

Dia senyap.Tak tahu lah,senyap itu tanda mengalah,atau tanda faham, atau tanda malas berhujah.

Kesimpulannya; aku rasa gagal menjawab dengan baik.Susah mahu berhujah pakai ikut logik-akal ini.Tidak mengapa lah, paling kurang aku berikan dia satu mesej; " kehidupan manusia sentiasa ada dan perlu pada Tuhan."

addeen : Kadang-kadang cemburu dengan teman-teman yang berjaya mengIslamkan teman-teman Jepun mereka.Aku bila lagi?Em, kau kerja lebih, kau dapat lebih.


ILHAM HAMDANI at 31.10.03

Thursday, October 30, 2003

Assalamualaikum,

Kawat Tahniah




Hari ini,hari kelima umat Islam Malaysia berpuasa, dan kita menerima Perdana Menteri yang kelima.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,63 tahun, lulusan Pendidikan Islam dari Universiti Malaya dijangka menerima watikah perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima dari Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin kira-kira jam 3:15 petang nanti.

Semoga perlantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,anak kepada bekas Ketua Pemuda PAS pertama, Ustaz Haji Ahmad Badawi bin Abdullah, dan juga cucu kepada bekas Mufti Pulau Pinang Syeikh Abdullah Fahim, akan berjaya meneruskan tradisi kecemerlangan negara yang sedia-ada.

Ramadan; Kenangan Patah Kaki


Berhari-hari bercerita tentang hari-hari di Jepun,sesekali perlu tukar selera pula.Bagaimana kalau kita bercerita tentang kenangan dulu-dulu [o ya,demi menunaikan hajat seorang kawan lama.],khususnya kenangan di bulan Ramadan.

Ya,aku mula berpuasa secara terpisah dengan keluarga ketika berusia 13 tahun, berpuasa dengan air mata.!.

Aku masih ingat, masa itu aku tingkatan satu, baru sahaja masuk mendaftar ke Syed Putra beberapa hari,lalu kami bercuti untuk Tahun Baru Cina.Dan, pada cuti itu lah kaki aku patah, gara-gara bermain bola-sepak.Akhirnya sebulan aku bercuti di rumah, tak ke sekolah.!.

Cukup sebulan, aku kena balik semula ke sekolah. Bagaimana ya?Sebulan bermanja-manja dengan opah, buatkan aku berat benar untuk ke asrama semula.Menangis-nangis.!.

Nak tak nak, dengan keadaan bertongkat terpaksa tinggal di asrama semula.Aduh~.

Mula-mula masuk semula asrama, ditempatkan di bilik sakit, bilik sakit yang tak best [asrama sekolah aku ada dua bilik sakit, tetapi bilik sakit yang satu lagi tidak boleh digunakan untuk beberapa hari yang pertama, adalah alasan apa entah.].Sudah lah tu,bilik sakit yang mula-mula aku ditempatkan ini, tak sesuai langsung; yang ada hanyalah katil-katil double-decker,lain-lain kemudahan,tiada.!.Pula lagi,dengan nyamuk boleh tahannnya.Memang tak selesa.Bilik air pun tiada, terpaksa pagi-pagi ikut budak-budak lain mandi di bilik air biasa.Bayangkan lah dengan bertongkat semua.

Sedih tak terkata,sudah lah kena tinggal sorang-sorang,bulan puasa pula.[kawan-kawan pun datang lepak sekejap-sekejap sahaja,tak ramai yang menemani tidur atas alasan-alasan kurang sesuai tadi.].Mencabar betul.!.Cuma,kadang-kadang, ada lah dua orang tingkatan lima [non-muslim] yang datang buat ulangkaji, dan kadang-kadang terus tidur situ.

Sedih betul, jadilah ianya bilik air mata.!.

Malam-malam sahaja menangis sorang-sorang, teringat nak balik rumah.Petang-petang, telefon opah atau maksu, nak balik rumah, hendak berulang-alik hari-hari dari rumah.Mana boleh.!. Nama pun sekolah asrama penuh.Paklong kadang-kadang datang petang-petang bawa kan bekal atau juadah berbuka yang dibeli di luar.Dan, hujung minggu adalah masa paling dinantikan; balik bermalam di rumah.Yahoo.com.!.

Hampir seminggu juga, baru lah jadi kuat sedikit.

Selepas seminggu, baru dipindahkan ke bilik sakit yang lebih best sikit.Sudah ada air-cond dalamnya,dilengkapi dengan bilik air,kira lengkap lah [ bangun pukul 7 pagi pun sempat lagi, sebab tak payah berebut bilik air, ahaks.].Ha, masa ini barulah ramai kawan-kawan datang lepak-lepak, atau menemani tidur, siap berebut nak temankan tidur lagi.Yang bodek tolong ambilkan makanan pun ada, nak tidur kat bilik sakit sama lah tu, ahaks.[ceh,masa aku sudah power balik, baru hangpa nak mai lepak-lepak no..]

Dan lagi, bilik sakit aku ini, malam-malam kadang-kadang jadi port budak tingkatan 5 yang skip sembahyang terawih. Setiap malam sepanjang bulan puasa ada buat sembahyang terawih di surau,sebelah bilik sakit, dan ada seorang ustaz yang jadi ketua; Ustaz Rashid nama dia.

Jadi, budak-budak yang liat untuk sembahyang terawih, datang menyorok di bilik sakit aku. Konon-konon ustaz tak ganggu lah,almaklum lah orang sakit lah katakan.Ada alasan la, apa rukhsoh ,hehe..Pernah sekali, kantoi dengan Ustaz Rashid, bilik sakit aku kena ambush , lari berselerakan budak-budak tingkatan lima. Ada yang terselamat lepas lari, ada yang bersembunyi dalam bilik air, ada yang kena rotan dua tiga kali.Aku?Pejam mata, buat-buat tak tahu.Maklum lah orang sakit lah katakan, hehe..

Selepas dua minggu berpuasa begitu, aku pun sudah semakin baik.Sudah tidak perlu bertongkat lagi.Sudah tiada nangis-nangis lagi, lalu bilik sakit hanya jadi kenangan.Dikunci semula, dan aku balik tinggal di dalam dorm bersama teman-teman lain.

ILHAM HAMDANI at 30.10.03

Tuesday, October 28, 2003

Assalamualaikum,

Jalan keliling,nampak beberapa benda yang terkesan.Sayangnya,masa itu aku tak bawa DigiCame[singkatan daripada digi-camera,orang Jepun banyak pakai singkatan.], kalau tidak boleh aku snap untuk aku paparkan pada kalian.

Pertama,baru aku terperasan pada bahang pilihanraya.Oh, ini tiada kaitannya dengan Malaysia.Jepun, dan Jepun.Sidang parlimen Jepun sudah dibubarkan oleh Perdana Menterinya[yang ke berapa ya?aku sendiri tidak bisa hitungkan lagi.Sejak aku datang ke sini,sudah ada Obuchi,Kouzumi,ah,lupa.Seingat-ingat di celah Obuchi dan Kouzumi ada seorang lagi,cuba recall,tak datang.!.] pada 10 Oktober yang lalu.Dan,sekarang tengah penamaan calon.Pilihanraya akan dibuat pada 9 November nanti.[lamanya,tempoh "berkabung"]

Tetapi,pilihanraya Jepun tidak se[A.Rancak B.Hebat C.Bobruk D.Haprak Bulatkan jawapan yang tepat ] di Malaysia.Perang posternya pun tak kelihatan sangat.Cuma,siang tadi ada rapat-umum[?] di kawasan tempat letak kereta tidak jauh dengan universiti.Aku ingatkan polis,rupanya rapat-umum ala-ala uar-uar manifesto begitu adanya.

Itu satu.!.

Kedua,aku terperasan pada orang yang jaga jalan,ramai betul.Hampir semua simpang-simpang utama,ada orang dengan kertas-kertas di tangan,duduk atas kerusi.

Mula-mula agak janggal pemandangan sebegitu,setelah difikir-fikirkan,aku rasa aku tahu jawapannya.Orang tengah buat kaji-selidik bilangan kenderaan.!.

Pernah masa aku ininensei [tahun satu] ternampak satu iklan part-time sebegini ketika aku jenguk-jenguk cari part-time.Kerjanya begitulah,mudah.!.Anda di beri sekeping kertas,satu alat untuk mengira,ala-ala buah cepua cina,dan kerusi.Dan tugas anda,duduk di tepi jalan,bilang kereta mengikut jenis.

Gaji?Boleh tahan.RM30 untuk sejam.

Tetapi,kerjanya sehari sahaja,atau pun separuh hari.Malam tadi pun aku tengok masih ada jaga-jaga jalan,tapi sudah banyak yang berkurang.Masih dengan kerusi,dan kertas di tangan,cuma berbaju tebal dan ada jalur pantulan cahaya[sejuk tu.!.].Mencari sesuap rezeki.!.

Serasa-rasa mahu sahaja aku keluar,snap kan gambar untuk kalian.Tetapi,s-e-j-u-k la.!.

A ini untuk siapa?


Sudah berdekad orang memperkatakan tentang teori R-A-H-M-A-N,dan ia seperti terus hidup, walaupun empunya namanya sudah lama pergi.Terfikir jua, bagaimana kalau bukan Rahman yang menerima watikah perdana itu?Bagaimana kalau yang menerimanya ialah Onn, atau Burhanuddin misalnya.Tentu teori ini akan jadi lain,pasti.

Dan,yang peliknya,ia seperti baton ajaib; ia hanya pergi kepada yang benar-benar secocok dengan akronim RAHMAN.Kalau bukan orangnya, walaupun sejengkal lagi untuk naik takhta,impiannya hanyalah mimpi.

Dan kini,setelah 22 tahun [16 Julai 1981-31 Oktober 2003] abjab M tidak berubah,akhirnya ia akan berpindah kepada A.

Soalnya, A ini untuk siapa?

Benarkah A ini milik Abdullah?.Atau bagaimana kalau tiba-tiba A ini milik orang yang sedang terpenjara?.Atau, entah takdir Tuhan tiba-tiba A ini menjadi milik orang Terengganu,siapa tahu,kerja Tuhan.!.

Ya,baton perdana ini baton ajaib; hanya pergi pada empunya nya sahaja.Mirip kisah-kisah melayu klasik.

Apapun,kita doakan perpindahan M ke A akan berlangsung dalam suasana Aman, Aman, And, Aman.

Addeen : A ini untuk Addeen.!.

Kalau kau jadi aku,tolong sikit


Seorang teman [muslim,tetapi bukan Malaysia ] beriya-iya tawarkan kau begini;

"Tak mengapa,kalau hari-hari biasa [bukan hujung minggu] saya akan sediakan sahur untuk kamu.Jangan bimbang.!."

Kau dengan prinsip,tidak suka terlalu menerima budi nanti tergadai body , mulanya menolak.Tetapi teman kau itu beriya-iya benar,akhirnya kau tak pasti.Menerima?Atau, menolak.

A. Terima sahaja dengan lapang dada,ucap terima kasih banyak-banyak,puji dia masak sedap,doa rezekinya murah.

B. Tolak,dengan alasan tertentu.Alasan apa yang munasabah,ya?

C. Terima juga,tetapi bersyarat.Mahu beri syarat apa?

D. Selain dari jawapan di atas.

Kalau kau jadi aku,tolong sikit.!.


ILHAM HAMDANI at 28.10.03

Monday, October 27, 2003

Assalamualaikum,

Petang,selepas maghrib bergesa-gesa ke AuShop,kedai mobile demi mematikan talian lama,sebab aku sudah pakai talian baru.Itu pun dalam hujan yang masih berintikan,sejak dari pagi semalam lagi.Tidak ramai di AuShop,seorang pelanggan perempuan sedang dilayani di kaunter,seorang budak lelaki yang sebaya-baya dengan aku[aku lihat dia seperti bermasalah dengan ketainya ],dan seorang perempuan muda yang sedang memilih ketai baru di rak pameran,sambil dilayani mesra oleh seorang staff wanita.[pelik aku,mengapa mereka boleh begitu cemerlang dalam customer services sedangkan kita tidak? musykilah kabira.!. ]

Selepas budak lelaki berlalu,aku dipersilakan duduk,aku ceritakan mahu tamatkan talian lama.Staff perempuan tanya balik,ada bawa hontai [apa ya kalau mahu dialih-bahasa kepada Melayu?Cikkemai,tolong aku.!...body lah kot,body handset lama.].Lor,mana aku bawa.Yelah,untuk apa bawa sambil 2 ketul ketai,orang gila pun aku rasa tak buat kerja begitu.Jadi,kesimpulannya, aku tak bawa.Dia kata,tak boleh.Ikut prosuder biasa,untuk tamatkan talian kena bawa model yang lama.Staff itu senyum pada aku,perli ker?.Yelah,yelah,jawabnya esok kena datang lagi.

Balik,menanti Isyak,sempat melencong ke rumah kohai Ammar.Mencetak kad-raya.!.Tentu ramai yang senyum baca ayat aku yang ini.Kad rayanya sudah ada,cuma perlu cetak tulisan atas kad-raya itu.Yelah,takkan lah kad-raya kosong pula.Kena ada ucapan,kena ada alamat kalian.Barulah kad-raya. Hujung minggu dulu,sudah cuba cetak,tetapi masalah pada setting.Bila keluar selepas cerak,tulisan tidak seperti di hajat,di hujung poskad.Tak senonoh.!.

Alhamdulillah,selepas menggunakan segala ilmu matematik,ariematik,logistik dan separa-spastik,akhirnya berjaya juga.Dan,InsyaAllah boleh cetak selepas ini.Malangnya,tak bawa kad-raya lah pula.Aduhai,tergendala satu hal lagi.Ada sahaja malangnya.Tangguh esok juga.

Tangguh-tangguh-tangguh.Huh~

Keterangan gambar
Ketai berwarna biru adalah model lama yang aku pakai,lama betul dalam 2 tahun begitu.Kira-kiranya,generasi pertama[sekarang sudah generasi ketiga].Dan yang belakang sedikit,yang warna silver,dan silap boleh lipat 180 darjah itu,dan skrinnya di luar itu adalah model telefon aku yang baru; Revolver[ish,macam nama pistol lah pulak,ahaks.Tetapi,hakikatnya ia hanyalah nama nama sebuah telefon tangan.].Murah sahaja aku beli; percuma.!.
ILHAM HAMDANI at 27.10.03

Sunday, October 26, 2003

Assalamualaikum,

Kalau ketika kita sedang asyik memeotong bawang untuk juadah berbuka,lalu pisau terhiris pada jari,senang.Bersihkan jari yang terluka,sapukan anti-kuman dan balut dengan plaster .Tunggu dua-tiga hari,InsyaAllah sembuh luka pada hirisan jari.Senang.!.

Tetapi,luka hati?Mana ada doktor yang bisa ubat.

Kebenaran bila diluah dengan lancang,kadang-kadang pedih pada pendengarnya,tetapi benar adalah benar.Benar pada bicara adalah lebih lunak dari hipokrik.

Aku tahu,aku juga menjadi penyumbang pada kekurangan.Maafkan aku.

Aku yang tiada akal.!.
ILHAM HAMDANI at 26.10.03

Assalamualaikum,

ole-ole sakura ramadan


Sudah datang.!.

Kalau dulu,hanya seorang yang bertuah untuk menerima ole-ole dari sakura; achik, kali ini DatukBandar datang dengan ole-ole sakura ramadan.Semuanya untuk peminat BandarSepi; yang tidak putus-putus memberikan aku semangat untuk terus menulis.Aku hargai kalian.

Caranya?Mudah.!.

Kalian klik pada gesbuk BandarSepi,dan kalian tuliskan komen kalian, Ramadan; Kenangan anda? .Dan tinggalkan juga alamat anda di sana,dan InsyaAllah akan ada layangan kad raya dari DatukBandar untuk anda.

Jadi,apa tunggu lagi?.Tak perlu tunggu sampai esok untuk ole-ole sakura ramadan.






kontroversi?


Pagi ini,kami bermesyuarat lagi.Bicara seputar persediaan program berkala untuk musim sejuk yang bakal tiba,2 bulan di hadapan.Bahas itu,bicara ini; mencari kata putus dalam segala tindak dan gerak.Terasa besar benar hikmat musyawarah yang Nabi saw tekankan,terbina ukhuwah terpaut sefahaman dalam kerja-kerja Islam.

Aku tahu,cadangan aku akan menongkah arus.Dan,aku sedar pada arus yang aku lalui.Cuma,pada teman-teman seperjuangan yang datang singgah di sini [aku tahu,kadang-kadang kalian juga singgah ke laman aku] ,mesej aku cuma satu; "kita kena adil dalam menilai orang."

Apa kisahnya?Apa yang kontranya?

Aku naikkan nama seorang ustaz,elok aku namai hanya sebagai ustazX [mungkin ada yang kenal pada dia,lebih mudah anda memahami simpul yang berbelit] sebagai salah seorang calon untuk penceramah jemputan pada program musim sejuk kami nanti.

Dan,ustazX ini agak kontroversi.Apa yang kontroversinya?Cuma,kerna ustazX ini pernah berdiri di atas pentas politik.!.

Ya,aku akui pendirian aku juga tergugat bila berita ini sampai; berdiri di atas pentas politik.?.Aku rasa-rasa mahu paling tadah dari ustazX.Ceh,ustazX seperti duri dalam lipatan,gunting dalam daging.UstazX seperti menikam dari belakang. Mudah hilang timbangan,mungkin darah muda agaknya.

Tetapi,aku sabar.Aku terus ikutan kupasan-kupasan kitab dia,saban kaset aku ikuti penuh minat,mencari luang dan lubang untuk menilai kepalsuan UstazX.Sedang di luar,suara-suara yang mengomel terus bergema.Aku biarkan,aku tahu aku menongkah arus.

Akhirnya,aku temui satu yang hampir pasti.Hujah dari ustazX tidak pernah lari dari agama.Sungguh.!.Yang hak,ustazX kata sungguh,yang batil,ustazX kata berambus.Lalu,apa yang mahu disoal lagi,mahu dibuat cerita?.Adakah hanya kerna ustazX pernah duduk di atas pentas politik,maka kita mudah paling tadah? Begitulah, "kita kena adil dalam menilai orang."

Dan,aku rasa aku sudah membuat homework sebelum aku naikkan nama UstazX dalam pencalonan.

Cuma,satu sebagai iktibar bersama terutama untuk teman-teman yang bersama; "jangan kerna kebencian kita pada seseorang,menjadikan kita tidak adil terhadapnya."

addeen : seperti ternampak-nampak pada arus yang lebih besar.biarlah,aku aku terus menongkah.
ILHAM HAMDANI at 26.10.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.