Thursday, November 27, 2003

Assalamualaikum,

Semalam, dan esok

Aku naikkan status pada YahooMessenger dengan nada begini;

"Semalam adalah kenangan, esok adalah impian.Ganbare*!."

*Selamat berjuang, boleh juga disebut dengan Ganbatte, atau lebih panjang dengan Ganbatte kudasai.

Ada lah insan yang menyapa;

"Sudah nya, kita di mana?Semalam atau esok?"

Aku jawab balik;

"Kita?Hari ini.!."

"Kau tak tulis pun hari ini.."

"Oh, hari ini ialah jambatan antara semalam dan hari esok.Hari ini menjadi impian, mimpi-mimpi dan harapan ketika hari semalam.Dan, akhirnya hari ini hanya tinggal sebagai kenangan bila kita sudah berada di hari esok.Semalam adalah tiang untuk bumbung hari esok."

Dia senyum.Tak tahu lah, senyum faham, atau makin terbelit, ahaks.

Ada jujur pada kaca monitor

Dari benua barat al-Ameriki yang jauh, merentas pada topo geografi, ruas sempadan benua, hingga ke benua timur al-Jabani, akhirnya kami bersua pada kaca monitor, ada nada-nada jujur.

Empat, lima tahun aku di sini bermain dengan tivi kecil, yang daripadanya akan membawa aku ke dunia luas.Kadang-kadang terfikir, aku ini tidak ubah seperti seorang doraemon yang punyai sebuah pintu kuasa.Pintunya kecil, tetapi bila dijelajah masuk, tidak terjejak rata-rata dalamnya.

Empat, lima tahun di sini, aku sudah berjumpa dengan ribuan, bahkan mungkin puluh-ribu teman.Masih ingat, ketika awal-awal datang ke sini, menjadi gila bermain sembang-sembang di laman alamak.Asal ada masa luang, ke perpustakaan, bukan studi, sembang-sembang.Mungkin ada logiknya, kalau mahu sembang-sembang melayu, berapa kerat lah yang ada, jadi sembang-maya jadi galang-ganti.

Ada kawan-kawan yang rapat nasihatkan;

"Alah, bukan jujur sangat orang-orang dalam chat tu, ramai yang menipu tau.."

Aku senyum, aku tahu, ramai yang tidak jujur kala sembang-sembang maya, aku sudah jelak berjumpa dengan ragam orang begini.Tuhan kan ada..

Tetapi, tidak sedikit juga yang jujur.

Bersua dalam maya, bercerita tentang persamaan, bertengkar tentang tingkah, kami ketawa, dan menjadi akrab.Jujur.!.

Baru-baru ini bersembang dengan teman cyber, dia meluahkan masalahnya, aku tolong mendengar, bukan membantu pun.Tetapi, tak kisah lah, paling kurang mendengar aku mungkin boleh meringankan masalah dia.Lama dia bercerita-cerita, aku mendengar selama mana dia bicara.

Akhir dia bercerita masalah,

"aku rasa, kalau aku kenal, pernah jumpa kau, mungkin aku segan mahu bercerita masalah aku pada kau.."

Nah, bukankan ini buah kejujuran dari sekeping monitor?

Di mana-mana pun ada jujur, dan di mana-mana juga ada khianat, ia berakar dan bertali-tali sejak Habil dan Qabil lama dulu.

Lalu, mengapa takut untuk jujur di depan sekeping monitor?.

Dan untuk aku, sedar dalam awas;

ada jujur pada kaca monitor




ILHAM HAMDANI at 27.11.03

Wednesday, November 26, 2003

Assalamualaikum,

Siapa bilang aku malas?

"Ish, aku sekarang nih terasa makin malas nak masak-masak tau.Sekali aku masak, simpan untuk 2-3 hari langsung..".

Aku bercerita-cerita dengan si Ammar kala aku ke rumah dia, minggu lepas. Malas; paling terasa sejak balik dari Malaysia hujung September dahulu. Berbeza benar, tambah-tambah kalau mahu dibandingkan dengan masa awal-awal aku ke Jepun; setiap kali masa makan, setiap kali itulah semangat memasak datang.Terasa macam hari-hari mahu dicuba resepi baru.

"2-3 hari sekali?!.OK lah tu..aku,4 hari sekali..huhahaha.."; Ammar ketawa berdekah.

Lor, ada orang yang lagi malas daripada aku rupanya, ahaks.

Kenapa ye?.

Ammar bercerita; "Aku bukan apa, nak sentuh air tu, sejuknya satu penyiksaan batin pada aku..hehe.."

Ya, aku setuju.Aku angguk-angguk alasan yang diberikan Ammar.Dan, aku tak hairan kalau ada di kalangan kalian yang bila baca tulisan aku, kalian cebikkan bibir mulut; "ceh,sudah malas, buat-buat alasan pula..", dan kalian ketawa perli-perli, kan?!.Cuba kalian datang duduk sini, tengok, ahaks.

Rumah aku, dan rumah budak-budak Malaysia lain, rata-ratanya jenis apartment yang murah-murah.Jadi, di sinkinya, tidak disediakan air panas, berbeza dengan rumah yang sewanya lebih mahal, semua lengkap.Kalau mahu air panas juga, satu; ambil dari pemanas di bilik air, ataupun masak air panas, macam aku buat masa memotong ayam BBQ baru-baru ini.

Semalam, suhu di tempat aku; minimum 7 darjah, dan maksimum boleh naik setakat 10-11 darjah sahaja.Oh Tuhan.!.Dan, ada kawasan-kawasan sebelah atas yang sudah disimbah dengan salji putih.Ini belumpun masuk musim sejuk, masih di hujung-hujung musim luruh.

Kala-kala begini, terkenangkan nikmat kepanasan udara Malaysia.Santai-santai dong.!.

Paling indah; duduk santai-santai bawah kotatsu [ meja rendah berpemanas di bawahnya].!.Terasa kalau boleh sudah tidak mahu ke mana-mana, duduk bawah kotatsu, tengok tivi, makan situ, minum situ, main komputer situ, tidur pun situ juga, pendek-kata, semua aktiviti buat di sini.Indahnya~

Dan satu lagi, tidak perlu rumah besar-besar musim sejuk begini.Lagi besar, lagi lama masa diperlukan untuk memanaskan seluruh ruang.Lagi lama masa, ertinya lagi banyak bahan bakar diperlukan.Padanlah orang Jepun rumahnya kecil-kecil.

Teringat lagi ketika aku jalan-jalan ke rumah seorang senior di sebelah atas, rumahnya ada 2-3 bilik.Tetapi, bila masuk musim sejuk, hanya pakai satu bilik, itupun satu ruang yang kecil.Semua buku, komputer, bahan makanan, dan belaka-belaka dilonggokkan dekat-dekat, supaya senang digapai.Alasannya?. Tidak mahu tinggalkan meja berpemanas.!.

Oh lupa, elok aku buatkan kesimpulan sikit; "aku tidak malas, ya.!."

Dendang raya

Aku ber"jalan" dari satu blog ke satu blog budak-budak Malaysia yang belajar di Jepun ini.Banyaklah, tak ingat aku.Dan, semuanya hampir sefesyen sahaja, menjadikan lagu raya sebagai lagu latar belakang.Alahai, kesiannya.!.

Dan, rata-rata kami di sini akan menjadikan hujung minggu ini sebagai hari terbuka Aidilfitri.Yelah, sementelah hari raya jatuh di tengah-tengah minggu, di kala ada yang berpeperiksaan dan lain-lain, maka pesta-pesta raya ditunda ke hujung minggu.

Tetapi, ada juga yang ponteng sekolah, semata-mata mahu berpesta hari raya.Alahai, kesiannya.!.

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama


Jalan-jalan kematian

Aku kadang-kadang jadi gila dan sawan melihat statistik-statistik kematian yang terus melonjak-lonjak.Betapa lagi, rata-rata yang pergi adalah di kalangan kita; orang melayu Islam.

Aku sudah tidak ingat berapa puluh ops-ops perayaan dibuat, berapa juta peruntukan kewangan dikeluarkan, tetapi semuanya jadi sia-sia.Terbaru, undang-undang yang bersabit dengan kemalangan dan kematian di jalan raya dipertingkatkan.Entah lah, apakah ia jua satu yang sia-sia?.

Dalam fikir-fikir antara resah, aku ingat-ingat sendiri sembang-sembang dengan seorang teman, bekas mahasiswa Akademi Islam Universiti Malaya. Bicara kami seputar tesis akhirnya.

"Tesis ana bicara tentang diat yang bisa langsaikan kadar kematian yang gila-gila.."

Oh, ada jalan selesai rupanya.!.

Diat satu ganti kepada qisas, bunuh balas.Bayangkan, kalau diadakan diat yang berupa pampasan pada keluarga si mati dengan jumlah 100 ekor unta [ bagi bunuh secara sengaja, dan perbahasana ulama dalam hal ini agak terperinci ], tentu setiap pemandu lebih berhati-hati, demi mengenangkan pampasan yang perlu dibayar.

Tetapi, mahukah diat ini diangkat sebagai sebuah akta yang berdaulat di tanah Malaya?



ILHAM HAMDANI at 26.11.03

Tuesday, November 25, 2003

Assalamualaikum,

Mengukir mesra

Dari pagi raya, seawal subuh aku sudah bermain dengan ayam, BBQ.Ditambah dengan air sejuk, sampaikan tangan jadi merah-merah menahan sejuk, itupun siap jerangkan air panas suam.Kalau sudah sejuk sangat, celupkan tangan sekejap dalam air panas suam.Kemudian memotong ayam semula.Dapat lah dua ekor, dalam sejuk-sejuk begitu.

Tidur sekejap.Jam 8 bangun, hujan renyai-renyai.Mandi sunat aidilfitri, berpakaian dengan sepasang baju melayu.Sudah lama tidak berpakaian melayu di pagi raya.Tahun-tahun sebelum ini, lebih selesa dengan berjubah one-piece sahaja.Cuma,tahun ini bertukar selera sedikit.Masa balik bercuti baru ini, semasa ke Tangkak, singgah beli sepasangan kain, lalu dibuatkan baju Melayu.

Sampai ke tempat sembahyang, hampir-hampir jam 9 pagi.Bertiga; Syed, Sheda dan aku.Budak-budak lain?Ada kelas, ada peperiksaan, ada, ada.Masa sampai, tidak lah berapa ramai sangat lagi.Kala itu, takbir raya sudah dilaungkan, tetapi rasa-rasa tidak seistimewa takbir orang kita.Rasa seperti tidak takbir sahaja.Cuma, dalam banyak-banyak takbir, takbir orang ArabSaudi yang aku rasa hampir serupa dengan takbir kita.Tetapi, takbir orang kita lebih mendayu, mungkin terlebih diubah-suai agaknya, hingga jadi seperti orang mahu menangis pula, walhal 1 syawal hari kemenangan.Pelik, pelik.!.

Jejak jam 10, beransur dulu.Hujan makin lebat.Ke Saezeriya, mengisi perut yang kosong.Kiranya restoran Italy itu seperti rumah terbuka pertama, mungkin. Aduhai, syahdu lah pula, ahaks.Sepinggan sphagetti berkerang, dan pizza kosong, segelas air minum sampai pecah perut[ dengan segelas itu, boleh diulang-tambah sampai pecah perut. ].Keluar dari Saezeriya, singgah beli arang, kemudian singgah lagi di kedai sayur yang murah, beli kentang untuk mesh-potato [betul ker ejaan dia?..].Selepas itu, singgah lagi di kedai air murah.Baru sampai ke rumah, dalam hujan yang sekejap lebat, sekejap renyai.Terfikir-fikir juga dalam kepala, jadi ker tidak BBQ malam nanti, kalau hujan berterusan begini?

Sembahyang Zohor, dan terus berjuang dengan 4 ekor ayam lagi.Setengah jam, beres.Pertandingan siapa potong ayam cepat, lawannya?Aku sendiri lah.!.Perapkan ayam dengan ramuan aku sendiri, dan bawa ke surau.Fuh, sudah selesai semuanya.Boleh rehat, tunggu ke malam.

Jam 7:30, Qusyairi,Musa sudah beberapa kali mesej di YM, aku pula melayan letih di bawah kotatsu, mana lah sedar.Tidak lama, Qusyairi datang sendiri;

"Oit, bila nak start nih?"

"Ok-ok, boleh mula hidupkan api."

"Baik boss.." [banyak lah boss, aku sudah seharian buat kerja, lagikan boss..]

Jam 8, seorang-seorang sampai, dan kebetulan hujan berhenti.Kebetulan.!. [ aku berseloroh dengan teman-teman; "aha, jenuh aku berdoa dengan Allah sejak lepas maghrib, minta hentikan hujan.."..].Api sudah berasap, ayam sudah menjadi panggang.Tidak ada hidangan yang banyak; ayam BBQ, mesh-potato, dan kuih raya.Tetapi, meriah dengan kemesraan.Semua ada, orang Jordan, SriLanka, Bahrain, dan tentunya orang Malaysia.Bermain dengan mesra sehingga jam 11 lebih.

Penat tak terkata, yelah, dari potong ayam, perap ayam, cari barang, sampai ke basuh pinggan lepas makan, aku buat.Tetapi, puas hati.Kata seorang teman cyber kala aku bercerita dengannya meriah BBQ;

"Kalau hati seronok, buat apa tak rasa sangat letih nyaa.."

Yeker? Letih oiiii...ahaks.!.

Kasih Ibu

Selepas habis berBBQ, langsung ke depan pc, ada lintas-langsung dengan kerabat-kerabat di Malaysia.Semua ada, opah, mama, abah, dan belaka-belaka.Sudah berjanji, malam sebelum itu, mahu buat webcam dengan semua, lalu aku tinggalkan pesan.

Itu yang boleh ada belaka-belaka.

Sembang dengan abah, nothing.Abah relak sahaja, tiada nada sedih sedikit pun.Aku pun, biasa jer.Takder nak sedih-sedih apapun.Lagi pun, masih berbekas kemeriahan BBQ, itupun kira pesta hari raya lah.Kemudian, mama datang bergantian dengan abah, aku sudah mulai resah, bimabng-bimbang dengan reaksi mama.Sungguh.!.

"Ish..nak cakap apa nih..mama taktau nak cakap apa laa.."

Aku selamba, siap senyum-senyum, gelak-gelak kecil.Tengok muka mama ikut webcam.Mama tengok muka ikut webcam juga.

"Selamat hari raya, mama.Maaf dan batin lah ya..".

"Ok lah..mama taktau nak cakap apa nihh..", sudah ada sebak dalam suara mama.Aku terasa hiba juga, tetapi tidak lah sampai sebak.Biasa-biasa sahaja, alah sudah 5 kali berhari raya tanpa keluarga, sudah mangli.

Kemudian, bergantian dengan opah; insan yang 17tahun aku hidup di bawah asuhannya.Bermakna, 17 kali bersyawal bersama dengan Opah, sehingga lah tergantung lewat kedatangan aku ke Jepun.Sudah 5 tahun tidak bersalam dengan opah di pagi hari raya.

"Assalamualaikum, selamat hari raya ..opah sihat ker.?"

"Sihat..Din sihat ker..?"

"Sihat..sihat..", aku senyum sahaja.

Merenung wajah tua opah di talian web, sayu datang jua.Opah senyap lama. Aku tahu opah sudah bermain dengan air mata.Anak-cucu opah yang di belakang seorang-seorang sibuk menenangkan opah.Aku hanya dengar suara mereka.Sedih juga, hiba juga.Dalam kejauhan berhari-raya sendiri, diri aku sentiasa dalam perhatian dan kenangan mereka.Terharu.!.

Opah tidak lama, opah tidak tahan.Lalu, pohon minta diri.

"Maaf zahir dan batin ye opah.InsyaAllah tahun depan boleh berhari-raya.."

Mudahan ..




ILHAM HAMDANI at 25.11.03

Sunday, November 23, 2003

Assalamualaikum,

Hari ini tidak seperti semalam, tidak juga seperti hari dulu-dulu; aku naikkan status tema jurnal sebagai iklan di yahoo messenger.Sebaliknya, aku naikkan; sayu lak raya kali nih..

Seorang, dua, ramai yang tegur;

"apsal?kenapa sayu semacam jer?"

Ish, apa nih?.

Aku lelaki, la.Aku ar-rijal, ar-rijal qauwamun nisa'.Ar-rijal adalah pemimpin.

Tambah lagi, aku manusia yang kuat dengan ego.Malu lah sikit.!.

Kena kuat, kan aku selalu bercakap tentang Umair Abi Waqqas, itulah ar-rijal.Baru semalam bercerita dengan adik-adik tentang Tariq bin Ziyad yang merentas Selat Andalusia, itulah ar-rijal.Paling-paling kena jadi seperti Fattah Ismail dari IM, yang aku baru baca kisahnya terselit dalam catatan Zainab al-Ghazali.Itulah rupanya ar-rijal.

Malu lah sikit, kawan.!.

"ah, takder apa-apa lah.sajer jer tu..hehe.."

Aku gelak dengan teman-teman yang bertanya.Kemudian, kami kongsi cerita lain.Kemudian kami senyum lagi, ketawa lagi.Gembiranya, bahagianya.

Tak per lah, biar lah dia tersimpan dalam sejarah.Nanti-nanti tentu ia manis untuk dikenang, ketawa panjang nanti.



ILHAM HAMDANI at 23.11.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.