Saturday, December 06, 2003

Assalamualaikum,

Pagi ini damai.Sejuknya tidak lah terlalu mendesahkan hati.Masih tidak perlu bertebal benar, betapa lagi kala bersenang-senang dalam rumah begini.Sehelai t-shirt lengan pendek, dibaluti sehelai baju lengan panjang, dan diluarnya dibalut jubah Mesir.Masih ingat, jubah ini hadiah naqib-maya, kala aku bertandang ke bumi Mesir lewat April 2001.Aku senang panggilan naqib-maya itu dengan BangChik.

Sudah lama tidak berhubungan dengan BangChik.Rindu juga rasa hati dengan khabar darinya.Aku tahu, Bangchik sudah pulang ke Malaysia.Dan, sudah berkahwin.Kali terakhir berhubungan YM dengannya, bila, ya?Aku tidak pasti.Cuma, yang terakhir melekat dalam ingatan, jemputannya pada majlis walimahnya.

Usai Subuh sendirian, bingkas aku bubar dari sejadah.Memotong sehirisan epal, makan-makan sambil menatap Rona Bosphorus; novel karya Zaid Akhtar yang menyapu hadiah kedua Hadiah Sastera Utusan 2003.Hajat hati yang ingin beradu balik, pantas sirna di balik asyiknya pada Rona Bosphorus.

O ya, sebelum itu, terima kasih istimewa untuk Achik.!.Semalam, aku terima bungkusan naskah buku kiriman Achik; Landas Kreativiti Penulisan Cerpen; Othman Puteh [allahyarham] dan Rona Bosphrus. Kala turunkan tandatangan pada sampul kiriman, hati berbunga ceria berbalut rasa salah.Hai, betapa aku susahkan seorang teman, serasa begitu.!.

Aku tidak pernah bersua dengannya, melainkan kami saling senang berbicara lewat sefaham pada dunia penulisan.Dan, sekali aku hadiahi dia dengan piring emas sakura lewat "nombor" Achik yang mengena pada Episod Ole-ole Bumi Sakura.Dan, dia kata; mahu balasi aku dengan hadiah juga.Aku menolak sebenarnya, tetapi dia pantas berhujah pada hadis; "berbalas-balas hadiah adalah sunnah.".Akhirnya aku diam bungkam.

Dan, semalam aku terima dua naskah yang benar-benar memberikan ceria.Terima kasih Achik.!.

Balik semula pada Rona Bophorus.Sebenarnya kala melihat dua naskah ini, hati jadi balah.Dua-dua meruntun perhatian, dan dua-dua mencairkan iman bacaan.Akhirnya, aku terpikat pada Rona Bosphorus.Alasannya?Novel ini menjadikan Istanbul dan Turki sebagai latar bicara.!.

Entah lah, aku sendiri tak pasti; mengapa hati jadi uja bila tersentuh bicara Istanbul.Aku rasa, aku tidak pernah ada cinta hati di sana, melainkan sejarah gemilangnya.Teringin sungguh untuk ke sana.Sungguh.!.

Sultan Muhammad al-Fateh, Constantinople, Khalifah Turki Uthmaniyyah, Nejmuddin Arbakhan, Tayyep Erdogan, ....

Mula-mula membaca helaian pertama, terasa tiada apa yang istimewa untuk mengangkat Rona Bosphrus ke tangga kedua anugerah, tetapi bila makin lama disantap, makin enak, dan makin enak.

Aku jadi ketagihan Rona Bosphorus, dan keletihan sudah lenyap.!.



ILHAM HAMDANI at 6.12.03

Thursday, December 04, 2003

Assalamualaikum,
ILHAM HAMDANI at 4.12.03

Wednesday, December 03, 2003

Assalamualaikum,

Menulis sambil makan-makan, aiskrim coklat berkacang.

Teringat nasihat seorang kawan bakal doktor, bila musim-musim sejuk begini, sesekali disulami dengan benda sejuk seperti aiskrim baik untuk kesihatan.

Riuh berita cuaca di tivi, "kesejukan yang mencecah peak of winter.."

Tetapi, semalam memang sejuk betul.Mengigil lah apa kira pun.Buat kerja dalam bilik yang di belakangnya aku letakkan heater pemanas pun masih terasa bahang sejuknya.Kato-san mengomel dengan aku;

"tak sejuk ker?"

"aku?tak sejuk.ada danbou [pemanas] di belakang.", aku sengeh bangga.


Aku agak semalam, mencecah 0 darjah, mungkin.Pagi tadi, tengok ramalan cuaca, suhu tertinggi 7 darjah, dan paling rendah mungkin membawa pada minus 5.Aha, boleh lah tahan mengigilnya.Tengok ke cermin kereta, putih sahaja, penuh dengan separa ais, belum betul-betul ais lagi.Kalau sudah jadi ais nanti, aku mahu buka kedai ABC depan kereta, jemput lah ye..ahaks.



Serupa tapi tak sama.!.Ini lah air terjun Fukuroda yang aku ceritakan pada kalian.Gambar atas, ketika musim luruh, dan di bawah air membeku jadi ais ketika musim dingin sejuk.



Bila sejuk, nafsu makan jadi menjadi-jadi.Kalau di rumah, bahkan di mana-mana pun asyik mahu bersantap sahaja.Asal halal, semua mahu dibaham. Yang jadi masalah, dan selalu mengomel, yang perempuan lah, almaklum lah, orang jaga badan, ahaks.

Tetapi, aku rasa alasan dia senang sahaja.Yelah, kalau musim sejuk, semua orang malas keluar mana-mana, asyik melepak depan tivi bawah kotatsu sahaja.Sudahnya, apa lagi aktiviti yang sesuai, melainkan buka mulut, dan suap ke dalam.Kalau setakat satu pek biskut coklat, senang-senang lah, macam chipmore, sekejap ada, sekejap yilek, ahaks.

Kalau di jalan-jalan utama, route 6 misalnya, pihak berkuasa tempatan sudah mula letakkan pek-pek hijau, sekali pandang macam kampit beras di tepi-tepi jalan.Oh, bukan.!.Ia bukannya beras percuma sempena pilihanraya, lagipun pilihanraya apanya, di sini baru sahaja lepas mengundi.

Kampit hijau itu sebenarnya berisian garam Natrium Sulfat [ aku rasa aku betul dengan nama garamnya, kalau tak betul, Ciping orang kimia boleh betulkan..].Gunanya?Untuk menyerap wap air di jalan-jalan raya, mengelakkan jalan jadi licin.Dan lagi, kalau ais turun, ditabur di jalan-jalan untuk pantas ais jadi cair.

iklan, iklan

i) Kuliah tafsir-maya
Setiap pagi Ahad, 9pagi waktu Malaysia; siapa mahu ikut, bisa sahaja.Aku pun baru mula ikut sejak minggu lepas, secara maya.Ustaznya; warga Malaysia di Sudan, dan bertafsir secara seketui-seketui, kata orang Perlis. Misalnya, "a'uzu, aku berlindung, bi, dengan, Allah, Allah..".

Mahu tahu seronok atau tidak, boleh tanya dengan kak ella, ataupun ciping.

ii) Winter gathering IPIJ Jom lah, kebetulan programnya masa cuti musim sejuk, jom lah ramai-ramai. Aku tahu, ramai juga dari Jepun yang jadi pembaca diam pada BandarSepi, jadi aku cabar kalian; "jom, join tukbandar ke shikoku untuk Winter Gathering. Amacam?.Ada berani?"

Maklumat lanjut; klik sini

ILHAM HAMDANI at 3.12.03

Tuesday, December 02, 2003

Assalamualaikum,



Dedaun gugur
Dedaun akan mati
Kita dan umur

Dedaun gugur
Dosa di air wuduk
Insaflah diri



Daun di tangan
Jagalah amanahNya
Kita, kuasa

Daun di tangan
Dia menggenggam hamba
Sujudlah kamu



Sudah dua hari daerah Hitachi ini jadi terang benderang.Mentari jadi merah-kuning, garang.!.Tetapi, garang tidak semestinya panas, jangan lupa.Sejuk menggigil.Sekarang pun aku sudah kenakan 3 helai baju.Sehelai t-shirt lengan pendek di dalam sekali, ikut balut dengan sehelai baju tangan panjang, dan luar sekali, salut dengan baju tebal.Ada ker kuih raya yang kena salut-balut sampai 3 kali langsung? ahaks.

Daun-daun ichou yang berbaris di sekolah, sudah banyak yang gugur, lewat hujan yang bersambung-sambung pada hujung minggu yang dulu.Daunnya yang kuning raja penuh atas-atas jalan.Kala sesekali datang angin nakal, terbang naik sampai atas kepala, dan bebas ke awan jauh.



Bisik pada diri, pandanglah puas-puas, nanti kau akan rindu dedaun kuning raja ini.

Ingat lagi, gambar raya edisi tahun lepas kami ambil berlatar-belakangkan barisan pokok ichou kuning di sekolah.Kami berlima; Syeikh [sudah pulang ke Msia], Musa, Qusyairi, Rashdan, dan aku.Keluar dalam Utusan, tetapi nampak kelabu semacam sahaja.Tak puas hati betul.!.

O ya, kebetulan tersebut gambar raya, elok aku sekalikan bercerita.Gambar raya budak-budak Ibaraki edisi terbaru sudah keluar dalam Utusan, edisi internet.Aku rasa untuk utusan edisi akhbar, mungkin lambat lagi rasanya.Tak kisah lah, janji keluar.Sesiapa yang mahu berkenalan dengan budak-budak Ibaraki, boleh akses ke Utusan internet ya.Ops, terlebih promo pula.!.

Minggu lepas, kala-kala bersantap rumah terbuka, Adam ada cadang-cadangkan untuk rumah terbuka edisi ketiga [banyaknya rumah terbuka?? ], tetapi edisi Jepun lah pula.Sudah dua edisi rumah terbuka, bertema Malaysia; kali pertama dengan rendang ayam dan daging kampung, dan edisi kedua dengan kuah kacang yang besh, edisi ketiga dengan temaan Jepun pula.Adam cadangkan untuk hujung minggu nanti buat rumah terbuka nabe [ clay-pot ] pula.

Menarik juga.Tetapi, tunggu lah siapa yang akan jadi ketua.Biasanya, siapa yang cadang, dia lah kepala.Aku sudah cadangkan BBQ, lalu aku jadi tuk mentara, belaka-belaka.Qusyairi, rumah terbuka pertama, riuh-rendah dia suruh orang masak itu, masak ini, dan jemput ramai-ramai.Kemudian, ikut dengan Syed selaku tuk ketua rumah terbuka kedua.Nampaknya kali ini, giliran Adam lah kot, tak pun Musa.Amacam?.

Sambil-sambil aku cuba belek-belek jadual hari hujan.Mungkin dengarnya ganjil pada orang Malaysia.Tetapi, belek jadual hujan bagi orang Jepun, sudah tidak ada janggalnya.Sebabnya, cuaca selalu sangat berubah.Bak orang tua, ku sangka panas hingga ke petang, ribut-petir-taufan di tengah hari.

Lagipun, hajat hati hendak ke kouyou [ budaya tengok daun merah nak gugur.!.] hujung minggu nanti.Hari Sabtu, diramalkan 60% akan hujan.Tak sesuai.!.Ahad, pagi cerah, dan petang mendung sedikit, peratusan untuk hujan cuma 10%.Macam menarik.

Tengok lah, nanti aku hebah-hebahkan dengan budak-budak sini.Kalau semua ON, berkouyou lah kami hujung minggu nanti.Aku sudah survey ke kawasan Air Terjun Fukuroda [ air terjun nih kalau musim sejuk betul, airnya jadi ais. Tengok lah, nanti kalau kami pergi masa tengah musim sejuk, aku snap gambar untuk kalian.], dan juga Jambatan Gantung Ryoujin.

Hajat mahu ke Air Terjun Fukuroda.Alasannya, sebab murah, bayar 100yen sahaja.Tetapi, tengok pada maklumat internet, musim tengok daun gugurnya macam terlewat sedikit .Risau pula, kalau sudah terpergi nanti, daun-daun sudah banyak yang luruh, kurang menarik jadinya.

Lalu, mungkin terpaksa beralih pada Jambatan Gantung Ryoujin lah, kot. Tetapi, kena bayar lebih, 500yen.Dan, kalau pergi, mungkin tengah peak.Menarik juga.

Ciping, amacam?.

Kata seorang teman di UK; "mesti korang rapat kan, sebab bilangan tak ramai..".

Entah lah, kadang-kadang rapat, kadang-kadang jauh.Tengok musim lah. Apapun, aku bersyukur pada keakraban yang terbina di daerah sepi ini.Terima kasih semua.!.


ILHAM HAMDANI at 2.12.03

Monday, December 01, 2003

Assalamualaikum,

Ujian, atau bala ?









Kebetulan? Persepsinya berbeza

Kalau diberi sekeping duit syiling RM1, ada orang melihat dari warna kuning emasnya, sedang ada yang melihat lukisan keris bersarung, dan mungkin ada 10 lagi pandangan yang berbeza.Ikutlah persepsi mana yang mahu ditonjolkan.

i
8 Mei 1999; ahli Parlimen wanita Turki, Merve Safa dari Parti Refah dihalang dari mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen Turki, hanya kerna memakai tudung kepala.Bahkan, dia dicadangkan untuk dilucutkan taraf sebagai ahli parlimen, bahkan, dicadangkan dibuang taraf kewarganegaraan Turki.Hanya kerna kedegilan wanita itu untuk bertudung.!.

17 Ogos 1999; bandar Kocaeli dan Sakarya di Turki bergegar dengan gempa bumi yang mengakibatkan 14, 360 orang mati, 43ribu mengalami kecederaan, dan kerosakan yang tidak tertafsir.

Ujian atau bala?

ii
3 November 2003; seorang peguam Islam, Datuk Zaid Ibrahim telah berjaya memperoleh kebenaran mahkamah untuk mengemukakan petisyen terhadap kerajaan Terengganu dalam isu Enakmen Jenayah Syariah Terengganu.Dan, menariknya seorang hakim bukan Islam, Datuk Pajan Singh Gill akan menjadi hakim.

3 Disember 2003; Ops Sikap V yang berakhir semalam, sempena Aidilfitri mencatatkan angka berikut; 213 kematian daripada 9,744 kemalangan, termasuk tragedi berdarah Jalan Merapoh yang meragut 14 nyawa.

Ujian atau bala?

Barangsiapa yang Allah mengkehendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk Islam.Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah sedang mendaki langit.Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman [AQ; 6:125]

ILHAM HAMDANI at 1.12.03

Sunday, November 30, 2003

Assalamualaikum,

Edisi Sabtu, 29 November 2003

Pagi

Macam biasa, bersama teman-teman di sini kami bersembang maya lagi. Tetapi, ada lain sedikit dari minggu dulu; dimulai dengan mesyuarat dahulu, baru ikut dengan usrah.Mesyuarat persediaan untuk wintergathering IPIJ.Lama juga, sejam setengah, bincang-bincang tentang kenderaan pengangkut, dan seputar birokrasi pengambilan ustaz jemputan dari Malaysia. Boleh tahan peningnya, tetapi bila tengok teman-teman lain tidak mudah pudar semangat, kita jadi terbangkit dari lesu.Tambah-tambah bila lihat adik-adik yang tunas, tidak mudah lelah.Lalu, abang yang tua, tidak mahu alah.

Terasa luasnya hikmah jemaah.

Menjelang 8:30 pagi, sudah bersedia untuk mendengar ilmu dengan usrah-maya.Tetapi, kali ini bukan lagi aku yang memimpin, seperti beberapa minggu dahulu, ada teman lain yang ambil-alih.Baguslah, kepimpinan Islam sentiasa tidak lekang dari pelapisnya.!.Pagi ini bicara tentang tasawwur tarbiyah dan dakwah.Jadi menarik dan hidup bila ramai-ramai berkongsi pandangan dan idea.Majlis maya jadi mesra dan murah dengan senyum, dan senda yang berpada.

O ya, sebelum mula usrah-maya aku telefon ke Malaysia, jemput teman yang akrab untuk ikut serta dalam usrah-maya.Tetapi, ada halang yang datang. Kecewa?Berbekas juga.!.Tetapi, aku kena banyak sabar; begitu pesan Basri. Terima kasih atas nasihat sahabat.

Jam 10, ada lagi.Bersambung-sambung.Kalau tidak keterlaluan, bisa sahaja aku namai pagi Sabtu, sebagai hari ilmu.Ada-ada sahaja program yang diatur oleh persatuan untuk secangkir ilmu.Cuma, menjadi soal; individu itu mahu ikut serta atau tidak.Tepuk dada, dan tanya lah sendiri.!.

Bersambung dengan kuliah tafsir oleh Ustaz Jamjo dari Sudan [lihat iklan di sebelah kiri.].Kuliah maya yang bicara tafsir secara harfan[ sepatah-sepatah] ini, baru kali kedua.Dan, sambutan nampak jujuh.Rata-rata pelajar Malaysia di sini, masing-masing tandus dengan suara agama.Dan, kesempatan yang datang tidak mahu dilepas senang-senang.

Kuliah tafsir yang dimulai tafsiran Al-Fatihah ini berakhir kala Zohor berinjak di kawasan Tokyo.Terhenti setakat ayat keempat surah al-Fatihah.Menarik, sungguh.!.Cuba lah sekali.

Petang

Mata tidak mahu tidur, sedang badan terasa benar lelah dan penatnya. Perasaan masih terlayan pada kecewa peristiwa pagi.Cuma, tidak mahu terlalu terbawa dengan emosi.Cuba-cuba berfikir secara waras, membawa masuk unsur takdir dan ketentuan Tuhan.

Akhir-akhirnya ke sisi komputer, naikkan status bosan pada yahoomessenger.

Ramai pula teman yang sapa;

"Kenapa bosan?Kenapa bosan?".

Ada teman yang cadangkan begini; "kalau bosan, tulis lah haiku", ada yang bernada begini; "mungkin bosan sebab tak kena cahaya matahari kot, apa kata kalau keluar jalan-jalan..".Hai, berbagai-bagai ragam teman-teman yang sapa kala-kala hati jadi tidak keruan.Semuanya mengembalikan senyum pada diri aku.

Terima kasih teman, terima kasih.!.

Aku sudah bilang, di antara permata dan kaca; ada jujur pada sekeping monitor.

Menjejak ke maghrib, baru lah terasa letih sangat pada mata.Hanya mahu tunggu maghrib berlalu, dan terus tidur.

Tetapi..

Malam

Qusyairi ikut YM;

"Jom buat rumah terbuka.Aku sudah siapkan nasi impit, daging rendang kampung, buah-buah dan air.Syed tengah masakkan rendang."

Tidak lama, Syed datang ke rumah, manja-manja ajak berrumah-terbuka. Sedang diri, letih sudah paras tertinggi.

Timbul rasa belas, datang rasa seronok, rumah terbuka~.

Capai kunci kereta, dalam hujan yang lebat ke kedai membeli bihun.Balik, mintakan Musa rendam bihun, dan aku sendiri buatkan sup ayam.

Semangat datang untuk buang letih jauh-jauh.

Kala-kala yang kalut begitu, teman yang akrab ketuk pintu YM lagi.Datang dengan nada maaf, aku pula masih dengan emosi sebenarnya.Mujur lah, jadi terkawal, walaupun ambil masa juga.Berakhir dengan manis.!.

Gegas-gegas ke rumah Qusyairi, sedar diri sudah lewat, bersenang-senang dengan teman di Malaysia di depan pc.Semua sudah ada, makanan dan orang yang kelaparan.Rezeki dari langit, syukur.!.

Makan sepinggan bihun goreng, dan segelas air.Langsung terbaring tidur di sofa Qusyairi.

"Aku letih..seharian tak tidur.."



ILHAM HAMDANI at 30.11.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.