Thursday, December 11, 2003

Assalamualaikum,

hujan

Hujan yang turun bagaikan mutiara,
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Hujan sejak semalam lagi, tak henti-henti sampai lah hingga saat ini.Kadang-kadang lebat, dan kala yang lain jadi renyai-renyai.Tetapi, aku tak fikir Jepun pun ada musim tengkujuh! Malaysia sahaja yang ada musim-musim laut gelora begitu, dan menagih korban-korban yang tak bersalah.

Takziah untuk keluarga-keluarga mangsa tragedi banjir di Pantai Timur.Apa yang datang dari Tuhan itu bila direnung dari mata hati, akan bertemu dengan kebesaran Tuhan.Lalu, sujud lah!

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, engkau melihat bumi kosong sepi (dalam keadaan kering dan tandus), maka apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya serta suburlah tanamannya. Sesungguhnya Allah yang menghidupkannya sudah tentu berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati; sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."[Fussilat ayat 39]

Aku tahu, aku hanya bercakap, sedang yang bahu yang memikul berat musibahnya orang yang lain.Tetapi, aku yang memandang, tidak mustahil hari-hari mendatang Tuhan beri ujian yang sama.Dan kala itu, aku harap kalian lah penenang gusar aku.

Kan hidup ini saling bahu-membahu..



jumaat

Tadi bersolat Jumaat seperti biasa di surau, lapan orang; Qusai, Rames, Ahmad, aku dan 4 orang sahabat baru dari Mesir.Budak-budak Malaysia yang lain, tak der pula.Mungkin ada kelas, ataupun takut hujan, ahaks.[bersangka baik! ]

Aha, mungkin sedikit kontroversi bagi masyarakat Malaysia kalau disebut sembahyang Jumaat berlapan orang.Tetapi, aku percaya, kalau kita buka kitab sikit, sikit jer, dan kita akan bertemu lah jalan selesai pada masalah tadi.Ini lah hebatnya Islam, apa-apa masalah, berhakim dengan Al-Quran, Sunnah, Ulama dan qias, boleh bersih tangan, selesai!.

Cuma, yang jadi masalah ada dua.Satu, yang paling besar, malas merujuk panduan.Seperti kata pemikir Islam, Malek Ben Nabi ; "salah satu penyakit ummat, ialah malas berfikir." Malas, malas merujuk, balas buka kitab, malas bertanya, malas mencatat ilmu.Malas, malas, dan malas.

Dan nombor dua, kalau sudah ada rajin, berilmu, kadang-kadang tidak mahu tunduk pada ilmu [ baca : suruhan Allah ] Ini masalah yang lebih besar, ramai! Sudah ada gulung-gulung PhD Agama, tidak mahu sujud mendaulahkan agama kebenaran.

Ish, apa yang aku membebel sorang-sorang nih? Dari cerita solat Jumaat berlapan orang, tiba-tiba aku pula yang jadi khatib tak bertauliah, maaf lah!

Balik semula pada cerita sembahyang Jumaat tadi.Bukan pasal berlapan tu, nanti terbebel lagi aku.Tetapi pasal 4 orang sahabat baru, dari Mesir tu.

Mereka datang 2 minggu, untuk kursus di syarikat Hitachi; Mustaffa Kamil, Kamal Ayubbi, Kamal apa entah seorang lagi, dan seorang lagi tak sempat tanya nama, hanya salam-salam.Nampak cukup baik lah agama mereka, terutama Mustafa Kamil.Semuanya baya-baya 30-an dan 40-an.

Aku sempat sembang lama juga dengan Mustafa Kamil, selepas solat Jumaat. Orang Haswan, sebelah utara Mesir. Mudah mesra orangnya.Baru salam-salam, sudah jatuh cinta, ukhuwwah!

Kalian tahu apa soalan dia pada aku selepas beberapa ketika?

"Boleh berbahasa Arab?"

Wah, bukan calang-calang orang yang akan tanya soalan begitu, melainkan dia orang cinta agama.

"Tak boleh!"

"Ada belajar bahasa Arab?"

"Tengah belajar, melalui internet." Memang aku tengah belajar pun, setiap pagi Sabtu jam 9 waktu Malaysia.[rujuk jadual usrah-net sebelah kiri]

"Bagus..bagus..internet pun tak mengapa.."

Ya Allah, tuhan.Dia seorang teman yang baik, yang mengingatkan, yang mendorong.Cuma, sayangnya pertemuan kami untuk dua minggu sahaja.Sabtu depan, teman-teman baru yang datang berkursus nih akan balik ke Mesir.

Ukhuwwah fillah tidak kan musnah, walaupun ombak, walau badai mendesah..

dunia sastera

Alhamdulillah, dalam kalut-kalut aku sudahi juga sebuah cerpen.Semalam.

Seperti jadi perangai pula, antara senggang yang paling sibuk itu lah, aku suka berkarya.Masa santai-santai tanpa tugasan penting, tak mahu jujuh turun ide.Tetapi, bila terasak dengan beban, ide mencurah-curah, macam air hujan tengkujuh.

Mungkin aku memegang prinsip bola pada air, kot.Makin ditekan bola bulat ke air, makin kuat dia tujah naik ke muka.Makin diasak dengan beban, makin membara semangat perjuangan.Harap-harapnya begitu.

Lalu, dengan menjadikan kemelut SAR[ SekolahAgamaRakyat] sebagai latar tema, aku menjadikan reverse-polygamy sebagai episod-episod yang ingin ditonjolkan.

Ada konflik, perjuangan, sunnah kenabian, pengorbanan kasih, lalu semuanya aku ramukan dalam satu cereka; Wardah Ain Salsabila.

Tunggu lah!.Aku tengah minta KakSriDiah dan beberapa teman tolong editkan. Tetapi, aku tak rasa aku akan paparkan di BandarSepi, sebab aku punyai hajat yang lain.R.A.H.S.I.A, ahaks.




ILHAM HAMDANI at 11.12.03

Tuesday, December 09, 2003

Assalamualaikum,

Peperiksaan

Semalam, hari peperiksaan Monbusho [Kementerian Pendidikan Jepun] bagi anak-anak usrah aku.Peperiksaan ini cukup penting, menentukan kemasukan mereka ke kolej-kolej teknikal untuk sessi 2004/2005.Gagal [Na'uzubillah hu min za lik ], erti tiket pulang ke Malaysia, untuk selama-lamanya.

Tetapi, aku optimis, anak-anak usrah aku dan teman-teman mereka yang lain cemerlang, InsyaAllah.



Lalu, seawal Subuh, aku titipkan mereka setiap seorang yang bersembilan [ 6 orang di bawah kumpulan usrah aku, dan 3 yang lain kumpulan lain, tetapi aku agak rapat dengan mereka] dengan panggilan telefon, untuk ucapan selamat.

Ada yang tidak menjawab panggilan, kerana dia ingat, aku hanya misscalled untuk kejutkan Subuh sahaja.Ya, kadang-kadang kala terrajin sengaja aku buat misscalled untuk kejutkan Subuh.Bukan apa, untuk lahirkan ukhuwwah dan masukkan unsur caring di situ.Lalu, ada lah seorang dua di kalangan adik-adik yang tak menjawab panggilan aku.

Ada yang menjawab, alamak baru terjaga dari tidur;

"Ala, orang tidur lewat lah semalam.Studi.." [ceh, alasan, ahaks.]

Dan, ada yang tak boleh dihubungi langsung, ada masalah pada telefonnya.

Tak kisah lah, janji aku cuba membantu mereka, memberi mereka nasihat dan kata-kata penenang.

Juga, aku dimaklumkan adik-adik, ada juga teman-teman pimpinan yang lain telefon atau sms pada adik-adik, lalu dari aku; terima kasih.!.

Nasib si kad-raya

Ada beberapa orang yang sudah beri respon, menerima kad raya dari aku. Dan, masih ada yang kata, beri terima. Em, mungkin sehari dua lagi, agaknya. Aku tersenyum, walaupun sedikit masam.!.

Lalu, al-kisahnya si kad raya.

Maafkan aku, kalau kad raya aku terlebih raya, jadi raya enam pula. Bukan pasal hantar pakai kapal laut ker apa, hantar pakai kapal terbang biasa juga.Cuma, ada cumanya.Lalu, itulah yang nak jadi ceritanya.

Mula-mula aku hantar kad raya pada kalian, sekira-kira tengah Ramadan.Aku agak, kalau pejabat pos Malaysia tak jammed, dan pekerja PosMalaysia tak ponteng pergi minum pagi masa bekerja, sempat lah kad raya aku tu tengok rendang dan ketupat pagi raya.Kiranya kad raya tu mewakili aku yang jauh, cewah,ahaks.Yelah, selalunya orang akan sisipkan kad-kad raya yang diterima mereka di ruang tamu.Kira nampaklah ketupat rendang, kan?!.

Tetapi, malangnya kad raya aku nih terlebih canggih, maklum la nak raikan peminat BandarSepi kan,ahaks.

Apa yang canggihnya?.Pada kad-kad raya tu, aku lekatkan sekeping duit syiling 1yen, dan lebih canggih-manggis, aku siap sign lagi pada duit 1yen tu.Perh, konon-konon canggih habis lar.

Tetapi, posmen Jepun jeles pula.Dia kata, aku terlebih-kaya sampai boleh bagi duit raya dengan peminat-peminat.Dia tahan kad raya aku tu.[ada juga kad raya yang tak tertampal dengan duit 1yen tu, yang tu sampai awal sikit..hehe..]

Lepas itu, posmen hantar sekeping kad info; "kad raya anda ditahan di pejabat pos Taga, sila datang untuk tuntutan.".Malangnya, sebab sibuk sangat, dan tak perasan, lama pula kad info yang sekeping nih tertinggal dalam peti pos aku.Hingga lah aku perasan, dan aku lekas-lekas ke Pejabat Pos Taga.

Aku diminta buang duit raya 1yen tu [ tak puas hati betul aku.!.], dan kena bayar semula harga setem, lor.Akhirnya dengan berat hati, terpaksa bayar semula.Yelah, takkan taknak pos kad raya aku yang canggih tu.Tetapi, dah kurang canggih la, sebab dah takder duit raya 1yen yang bertandatangan datukbandar tu, sentimental value tu, ahaks.

Risau

Teman yang akrab, sejak seminggu yang dulu ke KualaLumpur.Katanya, ziarah teman yang lama tak jumpa.Yelah, sejak setahun lebih di Australia, nak berjumpa apanya.Katanya, ada yang sudah berkahwin, beranak-pinak.Jadi, nak berziarah belaka-belaka.Sambung semula silaturrahim ukhuwwah.

Dia pergi dengan bas.Katanya tinggal di rumah teman, selama semingguan dia di sana.Kalau dikira-kira balik, sudah seminggu juga.Aku agak dia sudah balik, telefon ke rumah.Tiada jawapan.Mengapa tidak telefon ke handphone sahaja?Telefonnya rosak.

Dan lagi.Aku akses masuk ke dalam email dia.Risau, ada satu email dari temannya, mungkin teman yang bersekali ke/di KualaLumpur.Email itu berbunyi lebih kurang; "aku sudah telefon rumah kau, adik kau yang jawab.Katanya kau belum pulang.Kenapa?Sepatutnya kau sudah sampai."

Aduhai.Bimbang.Risau.Tetapi, aku masih berada pada waras.

"Ya Allah, Kau lindungilah diri sahabatku.."

ILHAM HAMDANI at 9.12.03

Monday, December 08, 2003

Assalamualaikum,

Batu bersurat Kobe

Beberapa ketika yang telah lalu, kalau kalian masih ingat, aku telah menyentuh tentang perkembangan komuniti Islam di Jepun; menceritakan kerancakan arus Islam di bumi sakura ini.Dan, kalau terperasan aku ada phrase kan tentang cerita seorang sahabat yang akrab dengan jawatankuasa Masjid Kobe.Masih ingat lagi?.Alah, artikel yang aku kata aku poskan pada persatuan pelajar di Mesir tu, takkan lah sudah lupa.O, kalian tak baca.Padan lah.!.

Beberapa hari baru nih, aku terima satu email, dari sahabat Kobe yang sama, bercerita tentang Batu Bersurat Kobe.Baca lah.!.

Assalamualaikum warahmatullah...

Selamat Hari Raya saya ucapkan...
Taqabbalallah minna wa minka (Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari awak).
Hari raya ari tu cukup shahdu ....untuk yang terpaksa beraya dalam kelas tu ,bersabarlah.senyum sokmo deh.

Saya nak citer supaya menambahkan iman di dada,jumlah orang Islam Jepun semakin hari semakin ramai.Sebelum Ramadhan di Masjid Kobe seorang masuk Islam umurnya sebaya saya 23 gurai kana [agaknya]. Dia masuk Islam melalui bahasa Urdu.Katanya sejak kecil dia meminati Bahasa Urdhu, bila dia besar dia ambil senmon [matapelajaran wajib] dalam bahasa urdhu kat Univ Bahasa.

Kemudian pertengahan Ramadhan seorang lagi masuk Islam sekitar umur 24-25, melalui pembelajaran Bahasa Arab di Univ Bahasa.

Kemudian di akhir Ramadhan seorang Ibu 50 tahun gurai [lebih-kurang] memeluk Islam melalui anak perempuannya.

Kemudian di penghujung Ramadhan seorang adik perempuan memeluk Islam melalui usaha kakaknya.Kakaknya seorang Kristian kemudian tertarik dengan Al-Quran.Lalu kakaknya berulang alik ke Masjid untuk belajar ttg Islam, kakaknya masih belum mengucap tetapi sudah mula berpuasa Ramadhan,menghadiri Solat,kelas Islam,sudah mula menutup aurat rambutnya.....tanpa disangka...adiknya yang melihat usaha kakanya itu telah mengucapkan shahadah terlebih dahulu....kakaknya dalam lingkungan 23 tahun.

Saya di fahamkan di Univ Bahasa, Islam berkembang dengan pesatnya, dua orang Muslimah Jepun masuk Islam melalui Bahasa Parsi, dan kedua-duanya mengenakan Hijab.

Jadi kalau kita beradab, dan bergaul dengan orang Jepun dengan pergaulan yang baik, orang akan tertarik dengan Bahasa Melayu, kemudian melalui Bahasa Melayu mereka boleh mengenal ajaran Islam.Terdapat 3 orang Muslim yang saya kenali tertarik dengan Islam melalui Bahasa Melayu. Umurnya pun lebih kurang 25 -26.Jadi ambil lah ini sebagai pelajaran bagi kita untk menguatkan tahap iman.Ada seorang Muslim Jepun berkata "Lebih ramai orang Jepun akan masuk Islam jika akhlak orang Islam baik".Inshaallah.





"Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir benci"



ILHAM HAMDANI at 8.12.03

Sunday, December 07, 2003

Assalamualaikum,

Tak tahu apa yang mahu dibuat.Bukan sebab tiada yang mahu dibuat, tetapi otak terasa-rasa lompang benar.Kosong.!.Entah.Mungkin inilah yang orang sebut dengan blue monday, agaknya.

Terasa sejuk benar, walau menulis dalam bilik kecil, dengan pemanas di sisi kanan, mata aku masih melilau-lilau mencari mana datangnya angin yang curi-curi terjah masuk.Rasa dingin.Ini belum bersalji, hai, bagaimana lah nanti.Ada kawan daerah-daerah atas yang sudah berperang salji, katanya.



Aku?.Walaupun sudah hampir genap lima tahun berkampung di daerah dingin sakura ini, alah tetap alah, kalau diacah dengan sejuk.Mungkin menyalin-turun perangai abah dan tuk ayah, agaknya.Tuk ayah, aku sudah maklum, memang tak tahan benar dengan sejuk.Asal berangin sedikit, diminta gebar tebal dari opah, berselubung bawah gebar.Abah pun begitu, dingin musim bunga pun sudah merungut dia.

"Mujur lah abang tak kena belajar luar negeri dulu-dulu ye, kalau tidak entah asyik terperap dalam rumah sahaja, kan?!" mama memberi "getah" pada abah.Aku senyum dengan mereka dua.

O ya, semalam bertelefon ke Malaysia, bicara dengan bonda.Katanya abah, tuk ayah dan adik bongsu, Amy mungkin berkunjung cuti ke sini.Cuma, belum tahu bila.Alahai, aku duduk terfikir-fikir sendiri, bagaimana lah tuk ayah yang alah dengan sejuk dan abah yang dua kali lima dengan tuk ayah mahu berentap dengan angin winter ini.?.

Aku mintakan dengan mama supaya dahulukan adik bongsu aku ke sini, penghujung Disember paling molek.Bukan apa, kalau adik bongsu datang penghujung Disember, boleh aku sekalikan dia ke WinterGatheringIPIJ.

Bersaing ramai-ramai dengan teman-teman Tokyo, bertukar-tukar keretapi di stesen-stesen transit, berjemaah solat di tengah orang Jepun yang lalu-lalang, dan kami jadi tumpuan, makan bento [bekalan makanan] , melihat Fuji yang berselimut dengan salji putih di tengah perjalanan, dan banyak lagi rantai-rantai kenangan, tentu manis untuk adik bongsu aku.Dan, itulah meriahnya hidup orang muda.

Dan, aku tak rasa agenda orang muda di atas menjadi sesuai, kalau abah dan tuk ayah ikut serta.Tentu, mereka alah jadinya.Atau, aku yang under-estimate pada kudrat abah dan tuk ayah?.Aku rasa, aku tidak salah.

Lalu, aku beritahu mama; abah dan tuk ayah datang awal tahun depan, kala-kala aku sudah di hujung usia mukim sakura.Mama balas, nanti berbincang dengan "big-boss".

Semalam, sepagi menyudahkan Rona Bosphorus, puas.!.

Kalau lah aku yang jadi ketua juri pada Hadiah Sastera Utusan, aku lebih bias untuk condong pada Rona Bosphorus, Zaid Akhtar berbanding 1515, Faisal Tehrani.Bahasanya santai, mesejnya kuat, bertambat pada gelisah ummat Turki yang diasak Kamalisme Attarturk La'natullah.



Lebih menarik, isinya bersentuh-sentuh dengan isu ahli parlimen bertudung Merve Safa, dan tragedi gempa besar di Kocaeli dan Sakarya yang aku pernah tulis beberapa tulisan yang dulu.Lagi, berkisah dengan Sultan Muhammad al-Fatih dan Erdogan, dalam Rona Bosphorus wataknya dimainkan oleh Reccep Mecit Polatkan.Lalu semuanya seperti merampas seluruh perhatian aku untuk bermesraan sungguh-sungguh dengan Rona Bosphorus.

Kalau kalian minat sejarah, terpanggil melihat nasib umat yang kian berdarah, bacalah Rona Bosphorus, dan kalian akan setuju dengan aku; "Rona Bosphorus karya santai yang hebat."

Dan, sambil-sambil aku baca Rona Bosphorus menyelak-nyelak laman maya yang berkisar tentang Turki moden sejak zaman Kamalisme La'natullah, merenung kritik kritis ulamawan, jangan marah kalau aku bersimpul begini;

"Negara Islam Malaysia era Mahathirisme, seperti mengambil kerangka dari negara sekular Kamalisme La'natullah."

Menjenguk ke malam, terima pesanan YM dari Rashdan;

"Datang makan-makan rumah aku, jam 8."

Alhamdulillah, rezeki dari langit, Dia lalui pada tangan mahkluk.!.

Mengambil celah ketika perlawanan bolasepak Jepun dan Hongkong untuk berselit sambung tengok separuh kedua di rumah Rashdan.

Ada nasi impit, kuah kacang dan kuih-kuih aneka jenis dari Malaysia.Syukur.!.

Makan-makan, sembang-sembang, gurau-senda, seperti kata ciping dalam blognya; "macam adik-beradik..".Dan aku, makin dekat dengan tarikh kepulangan, makin terasa tidak mahu pulang.Waduh~.

addeen : ada sesiapa di kalangan kalian yang memiliki Sesegar Nailofar, Zaid Akhtar?.


ILHAM HAMDANI at 7.12.03

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.