Assalamualaikum,
Terima kasih kepada yang terus memberikan sokongan kepada BandarSepi walaupub pentadbiran BandarSepi telah bercuti untuk seminggu. Ada yang rindu, ada yang bimbang, terima kasih, terima kasih!
Baru sampai balik dari percutian musim sejuk, atau senang dikenal sebagai WinterGatheringIPIJ2003. Percutiaan genap seminggu ini bebar-benar meninggalkan kesan yang tak mampu untuk aku tulis dengan tulisan, dan aku bicarakan dengan kata-kata. Banyak sangat! Berjumpa dengan insan-insan yang cinta agama Allah. Lalu, menjadikan aku terlalu kerdil di sisi jalan dakwah ini.
Nantilah aku cuba ceritakan sedikit demi sedikit mana-mana yang sesuai dan paling meninggalkan bekas di hati.
Jam 11 malam semalam, baru sampai balik dari perjalanan pergi-balik yang lebih 1000km mungkin. Dan, itulah percutian dan perjalanan aku yang terakhir di bumi sakura ini. Ah! Rasanya tidak mahu balik lagi ke Malaysia. Tetapi, aku harus realistik; ini tanah orang, ini bumi orang. Walaupun sejuta keindahan ada padanya, aku harus kembali ke daerah kelahiran, Malaysia, bukan?
Mahu terus menulis lagi sebenarnya, tetapi masih berlingkar dalam diri lelah dan beban penat semingguan bermusafir, izinkan aku rehat-rehatkan diri dahulu. Nanti aku kembali InsyaAllah.
Hingga itu, selamat tahun baru 2004. akemashite, omedetou gozaimasu
ILHAM HAMDANI at 2.1.04