Assalamualaikum,
Kelu?Geram? Guris dan terhiris? Lalu, merenung pada kendiri dan bertanya;
"Apa yang telah aku sumbangkan untuk agama?
Geleng. Tiada!
Ya Allah Ya Tuhanku, pelihara lah agamaMu ini!
laman celaka

Ya! Tidur lah kita dengan nyenyak enak di atas hamparan-hamparan empuk! Tidur lah sepuasnya.
Ya! Berperang dan bertelagah lah kita sesama kita sedarah aqidah! Berperang lah.
Sulam
Bagaimana kalau 'ain Kaabah itu benar-benar hilang?Dilarikan ke Washington misalnya?[ tetapi, aku pasti ia tidak terjadi! pasti!]
Adakah kita akan bersolat mengadap ke Washington pula?Mengadap jasad kaabah yang sudah dipindahkan ke Washington? Atau kita masih tetap mengadap ke Baitullah sekarang?
Nah! Para ulama semuanya sudah sepakat kita tetap mengadap kepada Baitullah dan bukannya kepada jasad Kaabah itu, walaupun di mana sekalipun jasad Kaabah itu dilarikan[ sekali lagi; ia tidak mungkin terjadi! ] Berarahnya kita kepada Baitullah adalah sebagai simbol solidariti ummah!
WahdatulUmmah!
ILHAM HAMDANI at 24.1.04
Assalamualaikum,
Kalam-kalam syukur
Alhamdulillah! Berpagi-pagi Jumaat sebegini masih diberi sedikit luang untuk menemui Kekasih di awal dingin pagi. Mengambil waktu yang serba tenang itu untuk berlama-lama bermesra denganNya. Ah! Betapa mudahnya diri aku yang kerdil ini lupa pada Kekasih yang ini, sedang Dia saban detik tidak pernah lupa pada aku ini. Meraih-raih petunjukNya, meminta-minta belas hidayahNya untuk terus kekal berkasih denganNya.
Kala-kala azan dari muazzin MasjidilHaram mengambil seluruh ruang bilik kecil ini, aku sudah bersiap untuk menyerah kepada Kekasih. Oh tidak! Aku tidak terpilih tahun ini untuk ke MasjidilHaram, aku hanya mendengar suara muazzin itu dari corong-corong program komputer yang berroh Islam. Nah teman! Mengapa kita tidak manfaatkan sepenuhnya teknologi untuk mendatangkan mimpi-mimpi ngeri kepada yahudi? Komentar di pagi Jumaat!
Bersolat Rawatib dua rakaat, sedang dalam banyak susunan hadis banyak bertinta Nabi saw tidak pernah terlepas dari rawatib Subuh. Sedang kala-kala lewat pun, Nabi saw langsung juga bersolat Rawatib hatta selepas Subuh pun tidak mengapa. Aduhai diri, salin turunlah suri-mulia dari pimpinan junjunganmu itu!
Langsung bersolat Subuh, dan bersekali dengan Sujud Sajdah. Alhamdulillah, kala-kala tenang dan damai sebegini, kala-kala masa tidak terlalu berasak-asak sangat sempat lah berlama-lama sedikit dalam Subuh. Syukur!

Ainul Mardiah
Oh tidak! Aku harap kalian tidak pantas menghukum aku dengan "jiwang", ahaks. Ya, aku akui semalam aku berbicara seputar kahwin, dan hari ini tersapa untuk bicara Ainul Mardiah. Apapun kedua-duanya tidak saling berkait, semuanya secara kebetulan cuma. [cewah, cover pulak! ahaks.. ]
Dan, tolong lah ..jangan ada yang terlebih arif menimbulkan gossip panas aku dengan Ainul Mardiah. Sesungguhnya dalam hidup aku tidak pernah pun bertemu dengan manusia yang bernama Ainul Mardiah titik
Ainul Mardiah? Ya, ketua bidadari syurga yang dijanjikan Allah untuk para syuhada atas jalan-jalan perjuangan agamaNya. Ah! Hebatnya. Merenung-renung pada kendiri yang daif dan naif!
Aku lawat ke sini pagi tadi. Kebetulan dijadikan nasyid puitis Ainul Mardiah ini sebagai latar muziknya. Wah, sedap dan bermakna. Walhal, aku jarang benar menjadi pencinta-pencinta hiburan. Langsung, teruja pada bait-bait liriknya, lalu aku naikkan status YM Aduh!DimanaNakMencariAinulMardiahNih?
AINUL MARDHIAH
Unic
http://agusw.cjb.net
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih
Lagu : Putra Aiman
Hijjaz Record Sdn. Bhd.
Lirik : ITO Lara
Gurindam Entertainment
Kembalilah kepada waras
Hey kawan! Lupakan Ainul Mardiah! Perjuangan masih panjang, jalan masih berliku, simpang masih bersiur. Dan, pasti duri masih terlalu banyak menanti di depan.
Hey kawan! Lupakan retokrik perjuangan permaidani merah!

terjun ke medan jihad
syahid Hanzalah
Mudanya kaya
perginya pada papa
mujahid Mus'ab
Hamzah pun pergi
pada sebatang lembing
sedihnya Nabi
Nah, semua kekasihNya berjuang hingga pada titisan yang terakhir, lalu kita? Lupakan retokrik "perjuangan permaidani merah!"
*gambar adalah ehsan wanzu
ILHAM HAMDANI at 22.1.04
Assalamualaikum,
Kahwin oh Kahwin
i
Aku ingat wanita-wanita yang umurnya sebaya-baya macam aku sahaja yang akan diserang dengan soalan cepu emas-permata-berlian Habib Jewel, rupanya aku yang lelaki ini pun kena jugak, aduh! Sejak WinterGathering2003 lagi aku telah diserang, teruk betul aku kena. Daripada Ustaz Mohd Zaitun yang dijemput sebagai penceramah, rakan-rakan sebaya, sehingga lah adik-adik junior yang di bawah aku, masing-masing seolah-olah bersatu untuk menyerang aku dengan peluru yang sama;
"Bila lagi abang Din? Abang-abang lain dah selesai belaka ni.."
Aduh! Jenuh aku memasang ilmu pendinding, jenuh berjampi serapah. Dan, mujur juga aku ni jenis kebal, ahaks.
Ada seorang adinda kohai, Mokh* siap boleh tawar-tawar dengan aku lagi tu;
"Saya ramai kenal dengan muslimat-muslimat yang bagus-bagus. Kalau abang Din nak ..bagitau sahaja.."
Amboi, amboi. Tercabar betul aku! Sabar jer lah. Ya, sekali lagi ... mujur aku kebal, ahaks!
*Mokh nih pun solo lagi! Pst..mokh, kita barter-trade ye.. anta tawar ana, ana promo anta dalam blog, ahaks
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)..." [ An-nuur : 26 ]
ii
Aku telefon mama hujung minggu lepas. Bercerita begitu dan begini dengan mama; adik bongsu yang entah bila nak datang bercuti ke sini. Sekejap hujung Januari, sekejap tengah Februari, hai ... Bercerita tentang nak hantar kereta balik, tarikh balik dan macam-macam lagi.
"Baru nih abah bercerita dengan mama ... "entah-entah si Izuddin balik-balik nih nak terus kahwin tu..ada ker duit tu? " "
Terus kahwin? Aku terus ketawa besar! Mama ketawa kecil.
Ahmad Nifsu : Aku jadi menantu kau ye pakkk??
Rose : Tak hingin! Orang tua terkutuk tak sedar ke diri..
Tua? Ish ..aku rasa aku masih muda lagi. Baru 17 tahun, muda lagi lah tu. Eh! 17 tahun tu 7 tahun yang lalu. Eh! Silap! 6 tahun yang dulu, eh ... 5 tahun yang dulu.. Em, umur 17 tahun tu berapa tahun yang dulu ye ??ahaks
Nyanyuk ker aku? Tu pun tak terasa kata diri sudah tua, ahaks. Ketawa besar!
Sambung balik cerita aku telefon mama, seputar cerita aku kahwin!
"Nak kahwin? Tak per ... tak per ... Din tunggu orang masuk meminang Din..full package ditanggung beres" Aku ketawa besar, mama ketawa kecil.
"Banyak cantik! Kamu ingin adat kel*ng ker.." Aku ketawa lagi besar, mama masih maintain, ketawa kecil.
Sabar lah mama! Takkan lari gunung dikejar, ahaks. Anak mu masih banyak perjuangannya yang belum selesai. Masih muda! Err ... masih menunggu orang masuk meminang, hahahaha.. ketawa besar!
iii
Aku sudah dapat signal dari orang sebelah dan orang bawah. Cepat lah!
"Ana tunggu antum dua selesai dulu, lepas itu baru ana follow dari belakang. Cantik punya! "
Dan sabdanya lagi yang bermaksud:
"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya maka bertakwalah ia pada separuh yang lain".
(Hadis riwayat oleh Al-Tabrani Fil-Ausath)
ILHAM HAMDANI at 20.1.04
Assalamualaikum,
Qusyairi datang menghantar payung, sudah dua hari bumi sakura daerah Hitachi ini dibasahi hujan permai. Ternanti-nantikan salji putih, rupanya hanya titis-titis hujan.
"Jom la tengok bola, Jepun lawan Malaysia..kat stadium Kashima .."
What?? Apa mimpi pasukan Jepun nak berlawan dengan pasukan Malaysia ni? Apa sudah takder pasukan lain agaknya untuk diajak berlawan. Ataupun pasukan Jepun nak berlatih mencipta rekod gol terbanyak, agaknya. Ops! Marah orang Malaysia nanti, ahaks.
Stadium Kashima nih stadium bolasepak bertaraf dunia yang terdekat dengan tempat aku. Tetapi, dekat-dekat 40km lebih lah jugak. Tetapi, masih ok lah tu. Masa Piala Dunia 2002, perlawanan antara pasukan Itali dan Crotia berlangsung di sini, selain beberapa perlawanan lain. Misalnya Argentina-Nigeria, dan satu lagi Jerman-Ireland kot, kalau tak salah. Tetapi, satu pun aku tak pergi tengok, ahaks. Bukan taknak pergi, tiket tarak. Boleh kalau nak beli black-market dengan ulat-ulat yang banyak kat luar stadium tu, tetapi ... begitulah. Tiket yang harga biasanya 7000yen [RM210] akan jadi 50,000 yen [ RM1500 ] . Ini Roy yang ceritakan dengan aku, sebab dia terkena. Masa tu perlawanan antara Itali dan Crotia. Mamat Roy nih gila nak redah pergi jugak, walaupun tiket takder. Akhirnya alang-alang sudah di stadium, beli jugak lah ..RM1500 pun. Erkk..

"Rugi kalau kau tak pergi tengok ni. Mungkin kita akan berjaya menyaksikan benda ajaib kelapan dunia, " promo Qusyairi dengan serius dan matanya yang bulat berapi-api semangat. Almaklum lah, nak bodek aku pergi memeriahkan stadium, jadi pompom boy pasukan Malaysia. [eh! Aku die-hard Jepun lah, ahaks! ]
"Benda ajaib kelapan? " Mulut aku terlopong.
"Ya! Itu pun kalau Malaysia mengalahkan pasukan Jepun la.."
Ceh, hampeh betul mamat ni!
"ok..ok ..beres.." Aku memberi janji. Sambil kepala terbayangkan jersi-jersi bola yang aku beli di Malaysia yang masih banyak belum terjual lagi. Yes! Boleh aku buka kedai jersi segera di luar stadium sebelum perlawanan bermula.
"Mari..mari..jersi murah..2000yen sahaja..mari.." Aku mula berimaginasi sendiri.
ILHAM HAMDANI at 19.1.04
Assalamualaikum,
Maafkan aku! Aku tidak berniat sepicing pun meninggalkan kalian dalam sepi di BandarSepi ini, tetapi keadaan benar-benar mendesak aku. Maafkan aku!
Nah, ini lah kerja-kerja tidak rasmi aku pada hujung minggu!
Sabtu
7:00 Mesyuarat pembentangan KKD Biro [ tazkirah yang berupa komentar, "Ilmu : satu anjakan pemikiran" oleh "akh" Izuddin]
10:00 Kuliah Bahasa Arab oleh Ustaz Jamjo secara live dari Sudan [ "akh" Izuddin tak berapa nak faham. Cemburu tengok teman-teman yang laju menangkap. Rasa kerdilnya diri ini. Ah! ]
12:00 Kuliah Bahasa Arab sudah sampai ke hujung [ "akh" Izuddin tersenguk-senguk, dan terlelap. Ya Allah! Zohor? ]
1:50 Alhamdulillah, tersedar! Segera gegas-gegas berwuduk dan langsung bersolat.
2:00 Menanti Asar, Ya Allah terlelap lagi! Larr..
3:30 Fuh, mujur terjaga lagi. Bersolat Asar. Maghrib, dan kemudian ke Hitachi-Taga. Cari apa? Jeng! Jeng..takoyaki! Tiada lah pulak takoyaki nya. Aduh! Itulah banyak sangat acan bluehikari tentang takoyaki sehari sebelum tu. Kan Tuhan tunjuk segera, aduh! Akhirnya singgah di Pasaraya Kawachi yang baru beroperasi. Wah, barang murah-murah! Aha bershopping aku hari nih. Itupun beli aiskrim [2 pek langsung! ] dan air begitu-begitu sahaja. Barang rumah lain? Alah berapa hari sahaja lagi aku di bumi sakura. Membilang hari!
9:00 Mesyuarat antara AMIR-IPIJ untuk penyelerasan gerak-kerja GoldenWeekGathering bulan Mei nanti. Impresive! Kita boleh bersatu pada seribu titik-titik persamaan, lalu mengapa berbalah pada satu titik persimpangan? [ "akh" Izuddin senyap sahaja. Biarkan adik-adik [ AMIR-IPIJ ] bekerja dan berbicara . "Alah..orang tua duduk senyap-senyap sudah lah, " bicara hati. ]
10:00 Mesyuarat lagi! Ibarat kata, keluar dari pintu mesyuarat maya masuk ke pintu mesyuarat maya. Penat? Senyum! [ "akh" Izuddin diminta handle mesyuarat, banyak bercakap. Bercakap, bercakap, dan bercakap sampai ahli mesyuarat tak larat nak dengar. ]
12:00 Masa beruzlah dengan bantal, aiwah!
Ahad
7:00 Usrah Exco [ Sepatutnya di bawa oleh akh Aznan, tak boleh. Ada masalah komputer. Pindah kepada akh Afendi, akhirnya tiba-tiba "akh" Izuddin yang jadi bidan terjun, "Ciri-ciri Jemaah Islam" . Laju mengejari masa macam shinkansen tiada brek, ahaks! ]
10:00 Baito [ "Izuddin-san, mari lah kerja. Orang takder, kerja banyak!" "Iya lah, iya lah" ]
2:00 Kohai perempuan, Sheda demam .[ "Izuddin, kau di mana? " " Aku tengah baito. Kenapa? " "Aku demam, mari lah bawak aku ke klinik! " "Iya lah, iya lah" ]
4:00 Bergerak ke Mito yang berjarak 40km dari Hitachi untuk bawa kohai perempuan ke klinik. Adik-adik kohai di Mito yang berdua tiada kenderaan. Takkan nak berpapah naik basikal ke klinik? [ universiti aku ada 3 kampus, dan kampus utama di Mito. Semua pelajar tahun 1 di sana setahun sebelum pindah ke kampus kejuruteraan di Hitachi apabila naik tahun 2. ]
4:30 Aku sampai rumah Ojiisan [ datuk ] Jepun. Ojiisan dan obaasan [ nenek ] tiada di rumah. Telefon mereka. "Ok. ok. Dalam 5 minit lagi ojiisan sampai balik. Tunggu ya! " Tidak lama, sampai balik. MInta tolong dengan ojiisan carikan klinik atau hospital. Iya lah, hari Ahad bukan sebarangan hospital yang beroperasi. Jenuh la telefon tiga-empat hospital baru berjumpa dengan hospital yang ada doktornya incall. Kalau nak harap aku telefon sendiri, mampus tak reti!
5:00 Ke asrama antarabangsa tempat kohai Sheda dengan Ojiisan dan obaasan dengan CRV mereka. Tunggu Sheda bersiap 5 minit, dan bergerak ke Hospital KKJ tak jauh dari stesen Akatsuka. Periksa semua, ambil ubat, balik.
6:00 Selepas maghrib, terus balik. Di Hitachi ada majlis makan-makan perpisahan dengan sister Arwa isteri kepada bro Qusai Jordan. Ops, sebelum balik singgah beli ayam dulu, pesanan dari Rashdan.
8:00 Ngam-ngam! Sampai sahaja, orang sudah bersedia untuk bersantap. Macam-macam ada, penuh meja. Eh! Penuh lantai, sebab makan atas lantai. Ada nasi goreng, ada cucur udang, ada, ada. Serba-serbi ada. ReJki! ReJki! Alhamdulillah! [ "akh" Izuddin rasa bersalah pun ada. Sampai-sampai jer terus bersantap ... alah, "akh" Izuddin bukan taknak masak, tetapi ada urusan penting di Mito. ]
9:00 Kelas Bahasa Arab oleh akh Tasmim. Sama macam siang semalam, pening-pening lalat. Aduhai!
12:00 Tutup buku hujung minggu.
Aku mengomel-ngomel dengan seorang teman;
Aku : Aduh, hujung minggu penat sangat! Tekak pun terasa perit banyak bercakap, dan tiada santai-santai lagi.
Teman : Santai-santai bagi seorang pejuang adalah melalaikan
Aku : Erk..
Terpukul! Memang terpukul..
ILHAM HAMDANI at 18.1.04