Saturday, February 21, 2004

Assalamualaikum,

Semalam, hari Jumaat yang kedua terakhir untuk aku di bumi sakura!

Ada Qusai yang sudah kembali dari percutian sebulannya di Jordan [oh! isterinya, sister Arwa dan anaknya yang comel Mohanad, tidak ikut sama. Mungkin menunggu sehingga sister Arwa melahirkan anak kedua, agak aku! ] , ada Ramis, ada Ahmad dari Bahrain, Musa dan aku. Teman-teman lain? Sudah ramai yang sudah pulang!

Qusai bercerita tentang jihad dalam khutbahnya. Jihad? Kalau didengari dari lidah-lidah orientalis, sudah mulai mereka memperkecil-kecilkan erti jihad yang asal, sehingga ada yang melebihkan jihad ekonomi, jihad pendidikan. Semuanya, demi melupakan umat Islam dari jihad yang akbar, jihad di medan perjuangan, menentang kemungkaran dan taghut. Masakan tidak? Amerika La'natullah sudah beriya-iya ingin campur tangan dalam urusan Al-Azhar demi menghakis silibus jihad dari sistem pembelajaran.

Ah! Kita di Malaysia pun sama. Disebut jihad, itu terrorist. Disebut perjuangan Islam, itu ekstrem! Cuba kalian belek balik apa huraian dan takrifan jihad dalam buku-buku teks pendidikan Islam anak-anak di sekolah? Semuanya seperti membayangkan kebaculan, dan ketakutan. Yes! Nabi saw meninggalkan pesan; " jangan sengaja mencari musuh, tetapi kalau musuh sudah menunjuk taring ... lawan! "

Eh! Scomi Group milik Kamaluddin Abdullah yang disyaki pembekal bahan senjata nuklear itu kenapa tidak disumbat ISA seperti anggota Jemaah Islam? Oh, terlupa ... ayahandanya pegang Kementerian Dalam Negeri. Bertuahnya dia! Oh ya, tahniah juga kepada Kamaluddin [bila nak dapat title Datuk nih? ] kerana tersenarai antara 40 orang terkaya di Malaysia. Hai bertuahnya jadi anak mamak Bendahara!


Kamaluddin Abdullah, anak Perdana Menteri bersama isterinya, menantu Perdana Menteri Azrene.


Sibuknya, mengalahkan calon Pemilu

Selepas Jumaat bertelefon seketika dengan seorang teman di Malaysia, demi menguruskan satu program dakwah di Malaysia;

"Anta dah makan ker nih?"

"Erkk ... belum lagi! "

"Kalau ye pun sibuk, makan lah ..."

Eh! Baru teringat belum makan. Sibuknya, sibuk mengalahkan bapak Menteri yang nak kena terminate, ahak.

Urusan tiket sudah selesai, insyaAllah 29 Februari jam 10:30 dari Narita [ 29Februari? tentu aku akan mudah ingat tarikh kepulangan aku, sebab 4 tahun sekali sahaja ada 29 Februari nih! ], tinggal urusan kemas barang dan hantar kereta ke pelabuhan. Uih! Banyak lagi tu, bukan senang-senang. Ada yang rela nak membantu? Atau yang rela nak menunggu di KLIA? Alahai ...





ILHAM HAMDANI at 21.2.04

Thursday, February 19, 2004

Assalamualaikum,

i

Semalam, adik aku sudah pulang ke Malaysia. Pulang dalam demam-demam. Belas sungguh aku! Tadi aku telefon ke Malaysia, mama berceloteh;

"Amy sampai-sampai airport dah tak kenal mana beg sendiri, dan mana satu kotak..penangan demam. Langsung abah bawa ke klinik ... "

Oh adiku, adikku. "Hadiah" istimewa 14 hari di tanah sakura!

Semalam, Amy ikut pulang bersekali dengan Syed dan Ammar, berkereta mereka Narita. Ok lah, tidaklah bimbang sangat aku ketika melepaskan adik aku pulang tanpa aku hantar langsung sampai ke airport.

Nah! Aku harap Amy tidak serik untuk ke negeri sejuk lagi, betapa lagi kalau rezekinya selepas SPM di luar Malaysia. [bertelefon maksu semalam; "mungkin keputusan SPM diumumkan 28haribulan ni, agaknya ...]

ii

Semalam, Khamis ... hari membeli-belah sedunia! Aku buang tabiat, agaknya. Tidak pernah-pernah aku jadi gila membeli-belah, entah tersampuk angin penjuru nusantara mana, bershopping sakan aku semalam. 8 set pinggan mangkuk sebagai ole-ole terakhir dari bumi sakura!



Ke HardOff, sebuah pusat jualan barangan yang lebih terarah kepada used good sendirian. Awal-awal sudah pasak dalam kepala; "nak beli set pinggan-mangkuk untuk emak saudara! " Ini pun demi melihat Ammar yang sudah membeli lebih awal barangan yang sama. Kalau nak harap, aku yang mencari-cari sendiri, sampai ke sudah aku tak pergi membeli. Yup! Aku bukan kaki jamu mata dengan jualan dan barangan. Aku jenis sempoi, bawa duit secekak, tengok barang, berkenan, terus angkat. Kalau nak pusing dari satu kedai ke satu kedai, oh tidak ... pada aku lebih baik aku bersantai-santai di rumah, atau, habis-habis tidur.

Terbang 10ribu yen lebih, hati girang, balik dengan senyuman.

iii

Hari yang gembira, hari yang mungkin juga sedih!

Malamnya, bertalu-talu telefon tangan aku menerima esemes dan panggilan dari adik-adik anak-anak usrah.

Bahagia sangat!

Ada yang bercerita tentang esoknya dia [bukan anak usrah aku sebetulnya, anak usrah Akh Aznan, tetapi agak akrab dengan aku! ]
ada speech contest Bahasa Jepun peringkat akhir;

"Tak per, saya sudah ada idola untuk bercakap ... abang lah! "

Aku diam! Terpulang lah dik! Apa yang baik dari abang, ambillah, hadamlah, simpanlah, gunakanlah, dan panjang-panjangkan untuk adik-adikmu pula.

Ada yang bercerita tentang usrah sesama mereka. [aha, ini anak usrah aku, semuanya muslimat! ] Wah, semangat anak-anak usrah aku, mengalahkan aku yang kalut seribu. Seronok mengikuti perkembangan mereka.

"Kami mungkin akan terima ahli usrah baru, " cerita seorang adik dengan semangat. Alhamdulillah!



Inilah Islam! Dari sumbu bara yang kecil, dengan ketabahan, dengan kesungguhan dan dengan bantuan dan izin Allah, kita bangun, kita bangun, dan kita bangun. Dan, nah di depan ada janji kemenangan dariNya. Samada kita menang di sini, atau pasti kita akan dimenangkanNya di sana. Itu pasti!


"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang benar - benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. "

Surah Al Ahzaab 23



Kemudian bercerita-cerita dengan mereka tentang program untuk minggu hadapan, kem kemahiran. Mereka nampak semangat. Lalu, semangat mereka tersimbah untuk aku jadi lebih kuat menuang kudrat dalam acuan tunas yang muda dan bersih putih. Mudahan, berjumpa Selasa nanti.

Gembira, bahagia! Inilah kegembiraan terbesar seorang kekanda[?] dalam perjuangan!

"Seorang pemimpin yang baik ialah seorang pemimpin yang boleh melahirkan seorang lagi pemimpin yang lebih baik dari dirinya"


Sedih?

Ada adik yang berhajat mahu iringi sampai ke Narita [aku kira dia anak usrah termanja, mungkin! Banyak bercerita masalah agama, bertanya itu dan ini ] , bertanya dengan perasaan untuk pulang, menyatakan ralatnya tidak dapat berlama-lama berkongsi ilmu.

Lalu, sedikit disambar kesedihan.

Aku tidak patut sedih! Aku tidak mahu bersedih! Perjuangan di mana-mananya sama sahaja. Di Malaysia, di Jepun, di Afrika, di Antartika, selagi daulat agama ini tidak diangkat, selagi itu kita bekerja, dan bekerja, sehinggalah Dia memberikan jawapanNya.

Aku tahu di Malaysia pun ada adik-adik baru. Tidak sama, tetapi tetap serupa. Mereka juga perindu-perindu agama!


Adik-adikku, terus-teruskan! Yang pulang hanyalah jasad abang, yang kembali hanyalah diri yang kerdil. Tetapi semangat, cita-cita dan iltizam agama ... abang pasakkan di tanah sakura ini untuk adik-adik bangunkan sebuah kota Islam.


ILHAM HAMDANI at 19.2.04

Wednesday, February 18, 2004

Assalamualaikum,

Khamis? Ah! Pagi-pagi, sebelum subuh sudah berangkat? Berangkat ke mana? Balik? Oh tidak! Khamis, hari berentap dalam salji.

Aku rasa aku tak perlu bercerita panjang lebar dengan kalian. Pertama, aku sendiri tidak punyai masa yang cukup untuk bertulis panjang-panjang, dan keduanya, aku rasa gambar itu bisa menceritakan lebih jelas kepada kalian perasaan aku, dan teman-teman.

Ralat : ada masalah akses pada imej? sila klik sini



Panaskan badan dulu! Depan sekali, adinda aku Amy


get ready!


Aik! Belum apa-apa dah mengigil? takut ker? sejuk tu?


Gaya sang juara? Juara yang tewas!


Sudah penat berentap, bermain goggle!



ILHAM HAMDANI at 18.2.04

Sunday, February 15, 2004

Assalamualaikum,


Edisi hari Sabtu dan Ahad; Hari Minggu

Baru-AHAD

Berpagi-pagi hujung minggu di masjid Asakusa!

Hampir-hampir subuh baru berupaya menentang nafsu, akhirnya hanya sempat berwitir tiga rakaat sebelum masuk Subuh. Oh! Tidak langsung bersubuh, kerna mengikut tuan-masjid yang bermazhab Hambali [kalau tak salah!] yang agak lambat kala bersubuh, mereka yang Hambali bersubuh kala-kala terang-terang tanah. Jadi, sementara menanti Subuh jemaah, sempat kami bertadarus ramai-ramai. Ah! Rindu dengan suasana yang sebegini.

Selepas Subuh, pengisian ringkas sekadar kutipan ilmu dan Riadatus Solihin karangan Imam Nawawi ra. Kemudian bebas, mengambil masa membaca tulisan XYZ*[aku terlupa tajuknya, nanti aku pastikan semula!], sebuah tulisan berbahasa Inggeris yang aku beli di stesen Ueno semalam. Aha, buku berbahasa Inggeris pertama yang aku beli. Ah! Hidup perlukan anjakan pradigma dan kesungguhan, bukan?

Selepas sarapan roti istimewa, sedap![ bila makan bersulam dengan mesra, semuanya jadi lazat, bukan?] barulah bermula pengisian. Siapa?Izuddin! Aku bentangkan tentang HijaratulRasul disulami dengan nilaian 7S yang aku kutip dari McKinsey. Kemudian? Bersusul dengan pengisian tarbiyah dari Abg N, dan akhirnya Awe menutup pengisian dengan sesi muzakarah. Puas!

Bersolat zohor, dan bergerak ke Karachi. Tidak! Karachi bukan di Pakistan, Karachi tu nama sebuah kedai masakan ala India yang popular di Shinjuku. Tanya sahaja dengan pelajar Malaysia kawasan Tokyo; "tahu Karachi tak?" Pasti semuanya arif-maklum! Kami berbuffet di Karachi dengan harga 1000yen. Berbaloi!

Bermaghrib di Masjid Shin-Okuba, sebuah masjid [mungkin istilah surau lebih sesuai kalau dilihat dari segi saiz dan kemudahan! ] yang diuruskan oleh masyarakat Myanmar di tengah-tengah bandaraya Tokyo. Terfikir juga aku, masjid orang Turki ada, Bangladesh ada, Pakistan ada ... tapi mana masjid yang diselenggarakan oleh orang Malaysia? Ah! Mungkin iman kita masih lemah...

Bermaghrib dan Isyak, bergegas membawa adik dipandui teman-teman ke Odaiba, sebuah taman-tema[?] di pinggir laut Jepun. Kala sampai sudah hampir enam, dan semuanya sudah gelap benar. Sedang bayu laut yang bertiup dari laut tepi, kuat sangat. Tak tahan lama, hanya sempat seketika putar-putar di luar, langsung masuk ke dalam bangunan. Edisi bergambar, istimewa!

Dengan membawa 400yen, kita bisa mintakan samada Leonarda, MichealAngelo, atau dua lagi pelukis terkenal melukis gambar potret kita. Biar betul! Sebuah ilustrasi dari teknologi komputer! Tetapi menarik sangat, lebih-lebih lagi bagi yang kami yang kali terakhir bertemu. Aku ambilkan kenangan bersama Awe, dan Reza. Nantikan aku framekan indah-indah, harga sebuah persahabatan!

Hampir pukul 8, kembali ke stesen Tokyo, beratur ambil bas, dan berlepas pulang dengan kepuasan dan kenangan. Terima kasih semua untuk USI Kantou yang indah!


i; Sabtu

Berpagi-pagi dengan adik sayang menanti bas di simpang jalan, tak jauh dari semi-pasaraya Kawachi yang sudah ditinggalkan [dibuka satu di tempat baru yang lebih besar dan mesra-pelanggan!] . Kali pertama sejak lima tahun di Jepun, bas datang lewat betul. Hampir setengah jam dari jadual asal. Pelik betul!

Masa bas sampai, disekat pemandu bas. Alamak! Rupanya pemandu bas mahu pastikan seat cukup, sebab sudah ramai yang membuat tempahan-telefon. Alhamdulillah, mujur dapat menyelit dua kekosongan untuk aku dan Amy. Di tangan masih tidak lepas Fiqh Harakah, tulisan TG Hj Abdul Hadi Awang. Aku masih merangka-rangka secara mental-training pembentangan untuk esok, seputar HijratulRasul, tetapi HijratulRasulnya aku kombinasikan dengan 7S McKinsey [lihat http://wehdatul-ummah.blogspot.com/]

Separuh perjalanan terlelap, sedar-sedar sudah di Stesen Ueno, Tokyo. Langsung gegas-gegas kejutkan Amy di sebelah,

"Sudah sampai di Tokyo, dik! "

Masa masih awal, berputar-putar dulu sekitar Pasar Ueno. Dalam hati berniat jamak ta'khir sahaja untuk Zohor.

"Eh! Pasar-pasar nih macam Petaling Street jer ," adik bongsu memberi sepintas ulasan.

Ya! Kedai-kedai di kiri-kanan saling tidak tumpah macam suasana di PS di tengah sibuk-sesak Jalan Simpang, tidak jauh dari pusat marhaen, Pudu Raya [entah bila Pudu Raya untuk marhaen itu akan berubah wajah gamaknya? Atau marhaen memang tidak layak untuk sebuah keselesaan? PakLah ku! ]

Hajat mencari omiyage si ole-ole untuk orang di Malaysia. Namun tiada yang berkenan di hati. Tidak berkenan dengan rupa, dan paling utama, rega nya!

Penat berjalan dan jamu mata, menjamu dengan buah strawberry merah bulat-bulat sebesar ibu jari. Sedap! Sesedap harganya. Alah, sesekali. Oh! Mungkin kali terakhir merasai manisnya strawberry Jepun. Oh ya! Teringat hampir 15 tahun yang lampau, kali pertama merasai buah strawberry. Kala itu Angah ikut rombongan sekolah ke Cameron Highland, siang-siang sudah aku pesankan; "strawberry-straberry" . Akhirnya, kala pulang adalah satu pek sebagai ole-ole. Rasa sekali, erk..masam! Itulah strawberry pertama. Tetapi, entah lah ... dikhabarkan orang strawberry Cameron pun sudah pupus dek panasnya cuaca di sana. [ah! mana tidak panas, kalau sekitar-sekitar sudah gondol buatan nafsu serakah! ]

Hampir jam tiga, menyusuri kembali stesen Ueno, memilih subway-train dari laluan Ginza untuk sampai ke stesen Azabu-juban [oh! adikku bilang begini; "mak oi!banyaknya kererapi dia..beratus.." aku cuma senyuman dengan ngomelan sebegitu. ]

Sampai si stesen Azabu-juban jejak jam tiga, dan pusing-pusing lagi sesat demi mencari jalan ke Arabic Institute Masjid Hiroo.

"Tak per kan Amy. Bawak kamu jalan-jalan lihat Tokyo.." Cover diri yang sesat dan penat bertawaf mencari jalan ke Masjid Hiroo. Hampir 3:30 barulah Awe dari Tsukuba sampai, dan kami bersaing-saing ke Masjid Hiroo. Aha, baru berjumpa jalan. Alah, salah sikit saja tadi. [amboi! masih nak mencover diri tu, ahaks..]

Bersolat asar jamak ta'khir dengan zohor tadi, dan duduk tidak lama bersambung dengan tadarus Al-Quran dipimpin Ustaz Zaitun. Ramai-ramai, ada Arab, ada muka Afrika, dan tentunya ada muka Asia, waima Malaysia Indonesia. Aduh, senang sekali dengan suasana-suasana damai Islam begini.

Akhir tadarus, ada sedikit sambutan saudara baru [mengapa ada istilah "saudara baru" ? adakah kita yang lahir-lahir Islam ini lama sangat? Dek kerna "lama" sampai Islam kita jadi berlapuk? aduh!] Saudaraku dalam Islam, Abdul Rahim Mata, baru sepuluh hari memeluk Islam. Aduh,bahagianya dia, aduh bertuahnya dia! Mudahan saudaraku itu akan mati dengan kalimat syahadah tayyibah.

Kemudian makan-makan [aha, aktiviti kemuncak agaknya, ahaks!] Makan-makan sambil minum syai-arab di atas sofa yang mirip-mirip rumah Arab. Wah, jadi pak Arab aku petang itu! Dan, susul dengan Isyak, dan bersurai. Kami teman-teman Malaysia beranasur perlahan berkeretapi ke Masjid Asakusa, esok berpagi-pagi lagi sudah ada agenda ilmu.

Tunggu!

ILHAM HAMDANI at 15.2.04

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.