Friday, February 27, 2004

Assalamualaikum,

i

Siang tadi aku baru sampai dari Tokyo, setelah tiga malam bersama dengan adik-adik tersayang. Terima kasih untuk Nije [tilam itu memang enak, memang masyuk sehingga mudah babas langsung ke subuh, hilang masa bermanja-manja dengan Dia! Padan lah Nabi saw membuang nikmat senang-senang kala tidur ], Boss [ adik, teruskan! ] Zul, Supian, Shafiq [semoga esok-esok pun kita bisa bersekali lagi ya! ], dan adik-adik muslimat ; Adzimah, Fariza, Firdaus, Haslinda, Husna, Sya dan yang terbaru Dayana. Teruskan segala kegigihan dan semangat agama kalian!

Dari jendela bas, aku memandang Sungai Arakawa yang mengalir lesu [ hati aku pun ikut lesu! ] di sisi Asakusa. Sedih? Hiba? Inilah pandangan terakhir, titipan mata terakhir untuk daerah Tokyo. Hati seperti mahu menangis dengan pertemuan terakhir di dada Tokyo [oh! aku pernah menangis lebih dari itu ketika bas berarak meninggalkan kota Mekah lewat tiga tahun yang lampau. Ya! Aku memang menangis betul kala itu, malam itu! ]

Dari digi kamera yang aku beli siang Khamis di Akihabara, aku abadikan satu dua keping kenangan dari lensa tekno. Stesen Tokyo, Lebuh raya Tokyo yang berlapis-lapis [ esok-lusa kau boleh bersarapan dengan kuih lapis merah-putih dari kedai Mak Nis, sedap! ] Boleh tidak kalau aku mahukan semuanya dalam mata lensa itu? Mustahil! Selamat tinggal Tokyo! Aku harap kau tidak serik untuk terima aku lagi, tunggu ...

ii

Rumah Tamura, 8:40 malam ...

Rumah yang kecil satu bilik itu penuh dengan teman-teman. [ Rumah itu kecil, tetapi kenangannya besar, memorinya panjang, maknanya mendalam, persahabatan lebar tidak terjangkau ] Majlis perpisahan? Tidak! Aku tidak mahu berpisah dengan kalian!

Makan-makan dengan sushi yang dibikin sendiri. Tidak, aku sudah kenyang dengan hidangan persahabatan. Dua kali aku diminta beri ucapan, dan dua kali itu hati benar-benar diasak untuk roboh. Aku tahu aku tidak kuat, tapi aku gagahkan juga.

Komatsu beri aku sebotol pewangi Samurai, Noda beri aku tiga Golden Angel [ pada orang Jepun; "kin enge-ru" itu lambang kebahagian, dan calang-calang untuk dapatkan kin enge-ru itu ] dan Suzuki beri aku sebuah yoyo. Tidak! Aku tidak mahu semua itu, cukuplah dengan kenangan dan istimewanya persahabatan kita. Aku sudah puas dengan semua itu.

Kamine Kouen, 12: 36 tengah malam

Noda, Suzuki dan aku. Angin dari Laut Pasifik yang nampak kelam dan berbalam menampar ganas kami bertiga di atas puncak tertinggi di bandar Hitachi. Hampir seluruh bandar Hitachi kami tawan dengan mata. Nampak bercahaya dengan corak-corak cantik [ Noda abadikan dalam digi kameranya, digi kamera aku yang 16MB itu sudah penuh, esok dia berjanji untuk masukkan dalam sekeping cd dan hadiahkan sebagai tanda persahabatan! ]

Kami menjerit nama setiap kawan kami dari puncak tinggi itu. Aku cuba menjerit sekuat yang mampu;

"Noda! "

"Suzuki! "

"Hitachi! "

Gila! Kalau orang lain bisa gila kerna harta, pangkat, pelikkah kalau aku jadi gila hanya kerna sebuah persahabatan tulus? Tidak salah kan? Sekali, seperti dalam sebuah penulisan novel sahaja. [aku baru sahaja selesai membaca novel Sempadan Tanpa Seri tulisan John Norafizan; kisah anak Melayu di Manchester yang bersahabat dengan orang Inggeris, dan aku rasakan aku seperti Asnawi dalam STS itu. Sungguh! ] Tetapi, ini kisah benar. Kisah yang terjadi tidak sampai sejam yang dulu, masih panas [ia akan terus panas dalam kenangan walaupun musim akan bergantian dari sejuk pada bunga, kemudian panas, dan luruh. Yang pasti daun persahabatan kami tidak akan luruh! ]

Sebelum beransur, Noda dan Suzuki hadiahkan aku lagi. Hadiah? Ya, mereka nyanyikan lagu ini untuk aku;

SAYOUNARA DAISUKINA HITO

Sayounara daisukina hito
Sayounara daisukina hito
Mada daisukina hito


[Selamat Tinggal Orang Yang Tersayang

Selamat tinggal orang yang tersayang
Selamat tinggal orang yang tersayang
Masih menjadi orang yang tersayang ]

Aku melihat bintang yang bertaburan di dada langit, bercahaya. Mudahan persahabatan kami terus bercahaya seperti bintang seribu itu.





ILHAM HAMDANI at 27.2.04

Wednesday, February 25, 2004

Assalamualaikum,

Sessi satu

Sessi ini aku tulis sebelum aku keluar membeli barang-barang elektrik di Akihabara, bandar elektrik di Tokyo. Sessi satu ini sessi menghargai pembaca, lalu aku khususkan untuk menjawab "jeritan-jeritan batin" pembaca. Tak pernah aku buat begini, tak per lah ... pertama dan terakhir!

manmoncang Nak tumpang Ody ker? tunggu lah bulan 4 baru sampai kott..
Syeikh2, Syati, Salina, Qamah, Ash Iya lah! Nak balik lah nih ... ada pasukan kompnag tunggu di KLIA tak? ahaks
Kak Ngah alahai..addeen nih tak layak untuk jadi "bapak usrah" ..dok pandai deh!
Nurin madihah salam perkenalan..selamat mendarat di BandarSepi!
Basri, Iji Ye, selamat maal hijrah! Mengambil kata Dr Yusuf Qardawi; " ganti kepada HijratulRasul ialah kamu harus bersama dengan kumpulan-kumpulan yang cita-cita terttinggi mereka ialah mendaulahkan agama Allah "
WDin Salam kembali..
Rizal Ahai, jauh kembara ..dari indonesia seberang ke Malaya..salam-salam untuk teman di sana
Nitro Selamat bergumbire ..dan selamat berputeri ..opss..hehe
MalayJin Bagus jugak broker dia, prihatin lah.. kalau nak tahu lanjut, boleh personal email dgn addeen
Teman Balik jgn tidur lak..kerja..kerja..jenguk adik-adik..

Jawapan tamat, dan tunggu sessi dua!


ILHAM HAMDANI at 25.2.04

Tuesday, February 24, 2004

Assalamualaikum,

Dunia di hujung jari

Mutakhir, aku meneliti perkembangan dunia penulisan blog, khususnya pada teman-teman aku di IPIJepun. Nah, aku melihat satu perubahan yang terlalu impresif! Ramai benar yang tersampuk dengan virus datukbandar yang aku sebarkan di WinterGathering2003. [ http://sulliexa.blogspot.com, http://wehdatul-ummah.blogspot.com : sekadar beberapa contoh ]

Dan, aku melihat fenomena ini sebagai satu perkembangan yang positif, sama seperti perkembangan dunia laman reformasi pada awal-awal 1998 dahulu. Dan, aku cukup yakin dari sekadar suka-suka, kalau disemai segala bakat dan potensi, tapak yang picisan kerdil seperti dunia blog ini akan mampu melahirkan penulis-penulis yang mapan dan ampuh. Itu pun, kalau kena dengan syarat dan sabar!

Tetapi, satu komen ikhlas aku kepada penulis-penulis baru yang aku lawati laman mereka;

"kita bercita-cita untuk mempertajamkan penulisan kita menerusi dunia blog ini, dan bukan sekadar memahirkan kita dengan teknik copy dan tampal semula di laman kita, huh ..."


Kalian faham kan? Terima kasih!

Pemanduan 12 jam tanpa henti

Alhamdulillah "jantung hati" aku si Ody sudah aku selamat aku serahkan pada broker siang semalam.

Tetapi, si Ody itu tidak mahu mudah-mudah berpisah dengan aku. 12 jam perjalanan untuk aku hantarkan kereta aku itu ke tempat brokernya. Tempatnya di negeri Saitama, sekira-kira hampir 250km dari tempat aku. Tetapi, begitulah; hampir 12 jam tanpa henti!

Aku bertolak kira-kira jam 11 pagi, setelah diisikan dalam belakang kereta satu tivi saiz 29 inci, 4-5 kotak berisi baju, buku dan kaset-kaset ceramah [ aku budget kaset Ustaz Shamsuri Ahmad sahaja ada kira-kira 100 keping. Itu antara harta yang aku paling sayang! ] Sampai di Mito, singgah di JPJ. Aduh, ada dokumen yang tidak lengkap. Kena patah balik ke Hitachi yang berjarak pergi-balik 80km untuk semata-mata sekeping dokumen. Di situ sahaja aku sudah burn hampir 4 jam. Sabar. Biasalah, jalan raya di Jepun dengan kecilnya, dengan sesaknya, sudah arif benar. Tetapi, bagus juga ... kemalangan sikit!

Pukul 4 petang baru boleh bergerak dari Mito, singgah sekejap di kedai 24 jam, beli sekotak air cocoa dan solat Jama' ta'khir. Kemudian terus lagi, dalam sesak-sesak waktu orang pulang kerja, perjalanan jadi macam siput, sabar, sabar dan sabar. Sepanjang-panjang perjalanan secara solo itu, aku cuma isi dengan ceramah ustaz Shamsuri [ lor, ustaz nih lagi..yup! antara penceramah favourite aku! ] Teringat dengan satu pembentangan dari Dr Lo'lo' Ghazali;

"Saya paling suka kalau jalan jammed, kerana pada masa tu lah ... saya sempat nak dengar kuliah dari kaset, berzikir ...atau pun mengulang ayat Al-Quran .."

Dan, Alhamdulillah Allah memberi aku jammed semalam! Memang teruk sangat, dari Route 6, kemudian Route 16, dan sepanjang-panjang itu hampir-hampir aku tak boleh memencut lebih, paling-paling 80km. Dan, duduk tidak lama merangkak semula kereta. Dan, kala-kala graf kesabaran benar-benar mencapai genting juga, hampir 10 keping kaset Ustaz Shamsuri, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man aku "belasah". Bila jemu mendengar dan elakkan kantuk, aku ulang hafal Al-Luqman yang juga masih merangkak-rangkak. Ah! Besarnya nikmat sesak, kan?

Campur sesat dan sesak, akhirnya jam 10:30 baru sampai. Kepala sudah jadi weng [ini bahasa orang Perlis, atau utara sebenarnya sekira-kira; sudah tak berfungsi dengan begitu waras] , mana tidaknya 12 jam memandu. Aduh! [kalau ada kerja kosong sebagai pemandu Mutiara Ekspres, agak-agak aku layak tak? ahak]

Makan-makan dan serahkan segala dokumen dengan broker kereta di Saezeriya [terima kasih kepada Rad tokey kapal! ], langsung naik keretapi untuk ke Tokyo semula. Alahai, dari kereta menjadi keretapi!

Al-kisahnya aku sudah berjanji dengan anak-anak usrah di Tokyo untuk berprogram dengan mereka. Berkali-kali talian sampai;

"Abang, bila nak sampai nih? Sudah sampai kat mana? "

Kasihan mereka! Rupanya siap sediakan juadah istimewa untuk aku, Ya Allah. Adik lelaki masak kurma [terima kasih Nije dan kawan-kawan; "kurma bujang tu memang sedap! ..serius .." ] Dan, adik-adik muslimat, anak usrah aku masakkan masak lemak, telur dadar dan sayur apa entah. Aha, ini juadah gabungan berenam aku rasa, dan logik lah rasanya ..ehem..ehem.. Tak mau puji lah, sebab aku tahu ramai di kalangan mereka baca tulisan aku, nanti bangga pulak, ahaks.

Aku jejak sampai ke tempat adik-adik 12:30 tengah malam, dengan subway yang terakhir. Letih, penat dan hati terlalu belas dengan adik-adik, sebab berjanji nak makan bersama dengan mereka, dan berprogram bersama dengan mereka. Nampaknya manusia ini, sungguh... kerdil sangat pada kudrat dan kekuatan. Dia Maha Merancang!

Apapun, juadah makan malam itu jadi juadah bersarapan adik-adik lelaki dan aku selepas Subuh tadi. Sedap, dan terima kasih daun keladi ... [tolong sudahkan "terima kasih daun keladi tu" tu..ahaks.. ]


ILHAM HAMDANI at 24.2.04

Monday, February 23, 2004

Assalamualaikum,

Pagi ini sejuk betul! Entahlah, sepatutnya fasa-fasa terakhir dalam 'iddah musim sejuk ini sejuknya tidak patut jadi sedingin pagi ini [ jari-jemari jadi merah dingin ketika mengangkat barang ke kerata, walhal sudah hampir jam sembilan pagi tuh! ], tetapi begitulah. Dingin! Atau, alam memang sengaja mahu menghadiahkan aku dingin sakura yang terakhir.

"Nah! Rasa lah dingin kami yang terakhir, moga-moga kedinginan kami ini akan menggamit kau datang lagi bermesra-mesra di dada kami. "



Ah! Aku berimaginasi lagi!

Dan, Ahad yang baru lalu pun hujan yang meleret-leret.

Sudah! Sudah! Untuk apa aku bercerita tentang alam yang aku mahu tinggalkan ini? Nanti hanya membekaskan pekat dan berat ketika berpisah. Sudah!

Sungguh! Semalam, makcik-makcik dan pakcik-pakcik, teman-teman kerja seperti silih berganti dalam episod lawat-lawat aku. Paling meninggalkan bekas, makcik yang berdua;

"Din-chan [alahai ...dipanggilnya aku "chan" lah pulak! ] ...aramak, sudah nak balik? Nanti-nanti bawak lah teman wanita[?] datang melawat kami di sini ya! "

Aku hanya mampu senyum-senyum kelat. Hati tersapa juga dengan rasa hiba. Kenapa mesti ada pertemuan ya? Bukan kah di hujung pertemuan nanti ada satu perpisahan yang sakit, pedih dan menghiris? Oh lupa! Ada satu negeri abadi, negeri yang tiada hujung, tiada perpisahan, negeri akhirat!

Mereka suruh aku terus di Jepun, bekerja di sini, dan jangan balik ke Malaysia. Gila! Aku ada keluarga, aku ada perjuangan yang belum selesai, dan aku ada banyak benda lagi di Malaysia. Sayang Jepun? Siapa yang tidak sayang. Inikan tempat bermain, inikan tempat meraih pengalaman merantai impian. Lima tahun kelana di sini menjadikan aku akrab dengan mereka. Tetapi, akrab tidak semestinya selama-lamanya aku mendambakan nasib di tanah orang. Aku anak Malaysia! Dan, aku akan pulang juga ...




ILHAM HAMDANI at 23.2.04

Sunday, February 22, 2004

Assalamualaikum,

Minggu terakhir, minggu terakhir!

Sakura oh sakura, nanti aku akan pergi. Terima kasih kerana melayani kerenah ku di atas dada mu lewat lima mukim aku di sini. Domo arigatou!

Minggu ini menjadi minggu yang paling padat. Setiap hari ada sahaja agenda yang perlu aku selesaikan sebelum melangkah melepasi balai berlepas terminal dua lapangan terbang antarabangsa Narita. Membelek-belek organizer tadi, penuh!

Hari ini, menjelang waktu pejabat aku kena bergesa ke Pejabat Majlis Bandaran, urusan kereta. Kemudian ke Mito, juga urusan kereta. Kemudian, kerja untuk hari terakhir. Ah! Sedihnya nak berpisah dengan makcik dan pakcik yang baik-baik tu. Aku harap aku kuat, dan aku harap makcik-makcik tu pun kuat. Ya, aku kena kuat hati dan perasaan!

Esok, berpagi-pagi sudah merancang untuk ke negeri Saitama sekira-kira 200km dari tempat aku, menghantar kereta pada broker dan selesaikan segala urusan penghantaran kereta. Susah juga sebenarnya untuk bawa pulang sebiji kereta. Murah tu memang lah murah, tetapi birokrasinya, alahai ... sabar sahaja lah.

Malamnya, sehingga hari Khamis aku bermalam dengan adik-adik, anak-anak usrah, program wida'. Pagi semalam, aku sudah briefing sedikit dengan adik-adik agenda KEMAS [ Kem Kemahiran dan Strategi ], nampak adik-adik semangat, ah ... aku pun bersemangat.

InsyaAllah, kalau ikut perancangan mungkin Jumaat pagi berangkat balik. Dan, aku harap aku sempat berjumaat dengan teman-teman di Hitachi. Ya! Jumaat terakhir di sini, tentunya sesuatu yang nostalgis dan memori.

Malamnya? Baru tadi, aku menerima dua mesej bertulis yang ditampal oleh Koyama di muka tivi di rumah aku;

"Hari Jumaat malam, nak adakan majlis perpisahan. Tolong confirm balik dengan aku, 090-xxx "

Malam tadi, selepas mengemas segala barang-barang, aku melepak di rumah Syed dan aku tinggalkan rumah aku tak berkunci. [ kalau nak tahu, kebanyakan budak-budak sini jarang mengunci rumah, dan Alhamdulillah setakat ini belum ada kes kecurian. Bagaimana kalau di Malaysia agaknya? ] Kebetulan di celah-celah itu, Koyama datang ke rumah. Dua kali dia berulang-alik ke rumah aku, dan dua kali itu aku di rumah Syed melayani internet. Dan, dua kali jugalah aku terima mesej dengan tulisan marker berwarna merah yang ditampal di muka tivi. Ish, gerun juga aku kali pertama terpandang tulisan merah di muka tivi;

"Ish, siapa yang nak gaduh nih? " [Ya! Merah ...aku terbayangkan tulisan dengan darah, Ya Allah, minta simpang! ]

Baca punya baca, Koyama dan teman-teman Jepun inigin meraikan[?] perpisahan. Minggu lepas pun, masa aku berjumpa dengan Tamura, dia sudah maklumkan juga;

"Tolong setkan satu tarikh, majlis perpisahan! "

Tetapi diasak sibuk, aku alpa. Itu yang Koyama datang menyusul. Terima kasih teman-teman. Kalian buatkan aku terharu.

Eh! Bila nak ke rumah keluarga angkat Jepun ni? Ya Allah ... terpaksa masukkan hari Sabtu sebagai agenda keluarga. Pagi, mungkin ke rumah Ojiisan dan Obaasan [datuk dan nenek] di Mito, dan malamnya mungkin ke rumah ibu dan bapa Jepun yang tak jauh, di pinggir bandar Taga. Nah, hari keluarga. Keluarga Jepun! Tetapi, nak beli apa ya untuk mereka sebagai kenangan? Pening ... pening ...



Ahad? Tidak! Ahad akan jadi hari suka-duka. Suka untuk pulang ke daerah kelahiran, duka untuk meninggalkan daerah permainan. Tidak! Apakah semuanya dalam kehidupan, kita mesti/memang/wajib give and take? Tidak bolehkah kalau aku hanya ingin take sahaja? Aku ingin bahagia, orang di Malaysia aku mahu, orang Jepun pun aku tidak mahu lupa. Apa tidak bolehkah?


ILHAM HAMDANI at 22.2.04

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.