Assalamualaikum,
Dalam perjalanan pulang dari KLCC, dengan adik perempuan. Saja-saja, putar-putar, alah ...adat org yang bertanam anggur mengganggur, begitulah!
Kebetulan, adik perempuan yang bercuti sebulan dan bekerja part-time cuti hari nih, jadi di tengahari mengajak aku yang sedang lepak untuk jalan-jalan, jamu mata;
"Jom gi library, abg din.."
"Kat mana?"
"KLCC"
Amboi, libraray kat KLCC tu, Kinokuniya!
Bagus jugak, kalau nak harap aku pergi sendiri, memang tunggu tahun depan lah gamaknya. Yup, aku memang bukan jenis kaki ranjau, terutama tempat-tempat sebegitu. Seingat-ingat kali terakhir ke Suria KLCC ...3 atau 4 tahun yang lampau. Jadi, kebetulan adik dah ajak, cantik jugak!
Lepas Zohor, dan KLCC. Kebetulan ada seorang pembaca tetap BandarSepi di sana, jadi langsung juga bertemu dengannya. Bercerita, bersembang dan berkenalan. Terima kasih!
Sepetang di Kinokuniya [ ya, aku dan Sheda semata-mata ke kedai buku itu, tidak singgah ke mana-mana yang lain, lurus bendul kan? ahaks!], aku memang banyak membaca di sana, membaca perangai orang Malaysia!
Di tangan ada sebuah buku Inggeris, "bagaimana bertindak sebagai seorang CEO" [setelah dimelayukan oleh aku sendiri, tajuk Inggerisnya aku tak ingat!], mata saling berpindah antara membaca tulisan di buku, dan membaca perangai orang Malaysia. Menarik!
Tulisan bukunya pun menarik [buku tu tebal sangat, dan mahal pulak RM50++, waduh ...waduh..], dan membaca mentaliti orang Malaysia terhadap buku pembacaan pun menarik. Sheda berpusing-pusing mencari novel melayu. Aha, itu memang kegemaran dia [ haii...bilalah nak menyambung semula penulisan novel sendiri Cinta 4 Musim yang sudah separuh jalan. Tunggu lah, mudahan aku dipinjamkan kekuatan oleh Tuhan! ]
Alhamdulillah! Aku melihat sudah ada tanda-tanda positif dari sudut pembacaan di kalangan orang Malaysia. Cumanya, ya dari sudut bahan bacaannya bagaimana? Banyak membaca itu bagus, tetapi perlukan kepada pembacaan yang ilmiah. Dan, bukan bahan bacaan yang picisan dan nilaian ilmuannya kecil. Teringat, semalam membaca tulisan seorang tokoh pemikir Islam, Syeikh Anwar al-Jundi;
"Cabaran terbesar kepada umat Islam ialah bagaimana merubah mentaliti pemikiran."
Nah! Untuk merubah mentaliti pemikiran, lalu anjakannya harus bermula dari penekanan soal ilmu, kan? Jom, reformasi ilmu!
[ persoalan reformasi dan orentasi ilmu ini adalah antara amanat-amanat yang aku sentiasa tekankan kepada adik-adik dan peserta-peserta program; adik-adik di Jepun yang aku tinggalkan, kemudian minggu lepas bersama dengan adik-adik program Jepun UTMSemarak, "orentasi ilmu" ]
Akhir, dalam sengkek-sengkek sempena aktiviti menanam anggur [ oh! aku tidak sekadar penanam anggur, berpagi-pagi aku jadi pemandu tau! menghantar dan mengambil bonda yang bekerja, dan selepas asar ... sebelum turun ke padang untuk menendang, sempat jadi peladang berjaya ... membelek pokok orkid! ] sempat juga menyambar dua buku;
Tenggelamnya kapal van der wijck , tulisan HAMKA
[buku ini diperkenalkan kepada aku sekian lama, sejak dari tingkatan satu. Dari sejak itu aku memasang angan untuk memilikinya, dan hari ini aku berjaya meminangnya, dan malam nanti berkahwin dan bermesra dengannya, InsyaAllah ]
Kepimpinan dalam pengurusan, tulisan Razali Mat Zin
[ Aku suka dengan isinya, lalu aku beli. Lagipun tidak mahal sangat, RM14, sesuailah untuk aku, kan? ]
Ada beberapa buku lain yang aku lebih tertarik, tetapi memandangkan harganya mencecah RM50, aku simpankan dahulu hajatnya, termasuk lah 7 Habit To Affective People [ "Highly Recommended" oleh mentor perjuangan ] . Sebenarnya ringkasannya sudah aku baca, tetapi masih belum benar-benar menguasainya. Dan, tadi pun aku terjumpa bukunya yang telah dialih bahasa; 7 Tabiat untuk mempengaruhi manusia. Harga? Lebih kurang sama, waduh ...sabar
Oh ya! Sempat bersolat asar dan maghrib di surau tidak jauh dari Medical Center, tingkat 4. Alhamdulillah, aku berikan 4/5 bintang. Kedudukan bagus, kemudahan bagus, dan ketika maghrib, jemaah terpaksa beratur menanti giliran untuk solat jemaah. Apa lagi yang kita mahu, kan? Mudahan berkekalan, dan bertambah-tambahan..
ILHAM HAMDANI at 17.3.04