Wednesday, March 24, 2004

Assalamualaikum,

Pagi yang panas

Penat dan gegar pilihanraya masih bergendangan bunyi palunya, bagai kata orang dahulu-dahulu;

"rumah sudah siap [sudah siapkah rumah itu?atau tapaknya banyak benar lompang dan longkang? ] ,pahat masih berbunyi"

Dan, berpagi-pagi tadi pun seorang teman menjadi informer bercerita "cerita" Kelantan dan Terengganu. Aku hanya mengiyakan sahaja, mendengar-mendengar cerita sebenar. Dan, memang jenis aku begitu; kala teman-teman bercerita aku jarang berhujah, dan mengomel panjang, lebih banyak menjadi pendengar [ ada seorang teman pernah juga mengulas begini dengan cara aku memberi respon ketika dia bercerita; "macam tak bernafsu sahaja mendengar cerita" .Pulak? Yelah, kalau tengah dia rancak bercerita, aku pun rancak membalas, siapa yang nak bercerita, kan? ]

Apapun, terima kasih kepada teman pantai timur yang berkirim berita di awal pagi, menyedarkan aku dari tidur-tidur dan mimpi-mimpi [ bermimpikah dengan hilangnya bulan di terengganu, atau SPR yang tidur-tidur? tunggu! ]

Sebelum terlupa, aku selitkan "terima kasih" untuk teman dari Jepun yang berkirim panggilan telefon dari sana kala aku di stesen KLCC, bercerita perkembangan di sana. Terima kasih!

Awe

Semalam, adinda Awe bermalam di rumah. Aku menjemput awe di rumah abangnya di Damansara Damai dengan Canggih adik. Berdesup kami membelah pekat malam antara Damai Damansara menghala ke Subang, 20 minit.

Gembira sebenarnya! Dua minggu lepas, dua teman bermalam di rumah, dan semalam seorang lagi datang bermalam. Dan, tadi baru bersembang-maya dengan teman di Jepun yang akan pulang hujung minggu nanti, katanya mahu aku kosongkan hari Isnin nanti, mahu berjalin mesra bersama suami dan anak ke teratak aku. Ah, bahagia!

Bukan! Bukan gembira demi menunjuk teratak mewah! Betapa lagi bukan teratak mewah, tetapi gembira kerana ini adalah buah-buah ukhuwwah. Mengambil pesan mentor perjuangan seputar memugar persaudaraan;

"kalau dapat berziarah lah ke rumah teman-teman, kita kenal dengan keluarganya, dan bermesra dengan kehidupannya."

Dan, kalau mengambil kehebatan ukhuwah Ikhwan sebagai contoh, pernah dinukilkan oleh penulis-penulis sebegini;

"Kalau ikhwan di Iskandariah bersin, ikhwan di Aswan mengucap "Yarhamkallah"."

Nah! Kekuatan persaudaraan sebegini lah yang menggerunkan Jamal Abdul Nasir, dan Israel di seberang tambak.

Jom, rapatkan ukhuwwah!

Tanam Anggur, Berbuah Buku

Ah! Inilah mungkin dikatakan nikmat bertanam anggur menganggur lah tu!, aku berpeluang puas-puas untuk membaca, membelek buku-buku, mengodek-ngodel khazanah ilmu.

Siang tadi berkebetulan menemankan awe yang ingin bertolak pulang ke Pahang, kami ke KLCC lagi. Oh! Lebih tepatnya ke Kinokuniya. Dan, pantang, pantang kalau ke kedai buku tanpa bawa balik buku.

Akhirnya aku TERbeli juga dua buah buku, itu dalam kewangan yang semakin mendesak, almaklumlah segan nak bermanja-manja dengan mama untuk duit poket. Lalu, keluar dari Kinokuniya dengan Dilema Melayu, tulisan Tun Mahathir. Aku baru baca sedikit malam tadi, menarik! Walaupun tulisannya sudah lama, selagi Melayu tak hilang di dunia [ah! masin mulut Hang Tuah, mudahan ... ] , maka aku rasa buku itu terus dan terus releven. Maka aku beli satu, terjemahan, buku tulisan asal dalam Bahasa Inggeris. Kemudian, sebuah lagi Ma'unnah, Kebenaran yang Benar oleh Zabidi Muhamad. Pun, sempat membaca sudah dua bab malam tadi, menarik juga. Mengupas "sandiwara" lawak jenaka peristiwa kecurian senjata api di Sauk. Aku tidak pasti jauh mana pengarangnya akan mengupas teori dan hipotesis. Nantilah!

Awe? Dia beli 7 Tabiat yang Mengesankan [alih-bahasa dari 7 Habits to Effective People] Ya! Sesungguhnya aku berbakat besar untuk jadi promoter buku, aku yang rekomen Awe belikan buku itu.

Tak habis lagi dengan buku! Balik dari KLCC dengan Putra [ Sejak balik dari Jepun, banyak kali aku sudah gunakan Putra, dan tak pernah sekali pun aku berjaya membeli tiket melalui vendor mesinnya. Mesti duit kertas aku ditendang keluar. Beratus kali aku gunakan khidmat yang hampir sama di Jepun, dan duit aku sentiasa "bernilai" . Angah yang bekerja dengan Putra, mesti bengang bila aku komen syarikat dia, ahaks! ] singgah di stesen Masjid Jamek, dan ... kami ke Pustaka Indonesia. Wah, syurga buku!

Tengok Fiqh Sunnah Sayid Sabiq yang berbelas jilid, nak beli! Tengok tafsir Al-Azhar yang beberapa jilid tulisan HAMKA, terliur. Tengok Fil Zilal, tafsir dari Sayyid Qutb, nak..nak! . Tengok Risalah Taalim yang bermuka surat 628 muka, pecah air liur. Sah! Aku jadi gila, gila buku!

Berbincang, berbincang dengan beg duit ... akhirnya aku hanya mampu menyambar yang sedang-sedang;

Bersama 5 Mursyidul Am IM, satu risalah nipis yang mengupas secara ringkas tentang pimpinan IM, dan nilai perjuangan mereka. Sempat baca dalam bas, dan malam tadi, sudah sampai Mursyidul Am yang kedua, selepas Hassan al-Banna, iaitu Hassan Hudaibi. Sangat bagus! Kalau kalian suka perjuangan ... bermimpi untuk melihat Islam marak di gerbang menang, baca lah! Murah, RM9.80, dan cetakan pertama 2003. Maknanya, fresh from oven.

Dan sebuah lagi; Memeor Hassan al-Banna. Nah tulisan berbatang tubuh pada idola perjuangan ini menjadi wajib untuk aku. Dan, aku sudah tidak sabar untuk meniti sejarah-sejarahnya yang berbalut dengan darah-darah dan kepahitan, dan di depan ada perniagaan yang besar untungnya; syurga-syurga yang mengalir sungai arak, madu dan susu.

Gila! Betul, aku memang gila.

Pagi tadi selepas Subuh, sudah khatam Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, dalam bas antara Subang dan KL, aku bermanja dengan KL : Di Mana Suamiku? oleh Sri Diah [ promo : kalau anda seorang wanita, dan berhati luhur, baca lah! ] Sedang dalam pinjaman, baru beberapa chapter diusik; Sistem-sistem Islam, Abu Urwah, Syariat Islam, Dr Yusuf Qardawi, Fiqh Negara, Dr Yusuf Qardawi. Oh, dua buah buku peningkatan kendiri, Kepimpinan Dalam Pengurusan, dan Power of Positive Thinking [ antara buku yang cukup bagus yang ditulis oleh Vincent Norman Peale, pun baru dua bab aku baca!]

Dan, aku harus habiskan sesegera mungkin, setidak-tidak sebelum masuk ke alam pekerjaan yang tentunya memakan masa-masa santai untuk bermesra dengan ilmu. Oh tidak! Mengapa mesti dapat sebahagian [ dapat pekerjaan ], dan hilang sebahagian [ hilang masa untuk membaca ] ?

Orentasi ilmu, jom!


ILHAM HAMDANI at 24.3.04

Sunday, March 21, 2004

Assalamualaikum,

Salam pertemuan untuk yang kesekian kalinya dari bumi malaya. Terima kasih pada yang terus sudi bertandang, buatlah macam rumah sendiri, tuan rumah takder, ahaks!

Khamis,18 Mac 2004

Aku dan adik perempuan, mengadakan lawatan kerja sempena pilihanraya ke teratak[?] Karangkraf, milik KakSri [bukan milik KakSri lah! saja jer ..bodek kaksri sikit tu, ahaks! ]

kaksri : senang jer nak datang tempat kaksri, lepas Carlsberg ada simpang ke kawasan industri ss15, nanti nampak Volvo, depan tu la..

addeen : o, carlsberg ya kaksri, ok. roger!

Alhamdulillah [?] ,berguna juga kilang carlsberg yang besaq tu ye, kurang-kurangnya jadi penanda untuk ke kilang Karangkraf. Bagus, bagus, memang bagus! Tambah satu lagi?

Pukul 3, sampai juga setelah tawaf beberapa kali. [ sesat lah tu, ahaks. Biasa lah ...seperti yang dimaklumkan kepada EP ketika dalam perjalanan ke gathering GengJurnal di Sungai Congkak tiga minggu yang lepas; "database jalanraya KL addeen nih, yang 5 tahun lepas punya..sebelum ke Jepun..sekarang nih tengah proses nak update " ]

KakSri jadi pelayan menunjuk dari satu departmen ke satu departmen, dari pulau ke pulau. Canggih! Teringin lah pulak nak jadi wartawan, macam seronok tengok depa buat kerja. [ KakSri, kroni pun takleh tolong ker?ahak..]. Selepas tu, sesi temubual x-klusif bersama kaksri. Atas sebab-sebab keselamatan temubual itu tidak dapat disiarkan di sini. Siapa nak tahu temubual tu, melawat lah sendiri ke Karangkraf.

Dan lagi, sesi melawat kedai buku [sepatutnya ia berbunyi; sessi menunjukkan buku-buku sridiah,ahaks] Ok lah, dapat beli sebuah buku tulisan kaksri, KL, Di Mana Suamiku? [ahai, banyaknya buku yang masih tak terbaca.. yang dibeli di Kinokuniya KLCC pun tak habis lagi. Tak per, tak per, mengambil prinsip yang aku tinggalkan dengan adik-adik; "biar ada buku, walaupun tidak baca, daripada nak membaca, tetapi tiada buku, parah! " ]

Akhir sekali sessi makan-makan, dan berakhirlah lawatan kerja ke Karangkraf. Balik ikut Jalan Glenmarie, singgah di DCA ambil mama, singgah kedai depan taman, beli barang ["kalau di pekan subang, kedai cina, balik singgah kedai depan taman, orang Islam"- semangat-semangat sebegini harus disegarkan oleh seluruh umat! ]

Ahad, 21 Mac 2004

Aku tidak mengundi kerana tak sempat mendaftar! Sedang, lebih 10juta rakyat Malaysia yang lain menunaikan tanggungjawab mereka, tahniah untuk anda semua!

Barisan Nasional hampir menyapu bersih kerusi negeri dan Parlimen. Pembangkangtertiarap dan rebah, lalu aku ingin jadi penganalisis politik!

i

Antara faktor terpenting kemenangan "bersih" BN ialah adanya seorang insan yang bernama Abdullah bin Ahmad Badawi bin Abdullah, yakni PM Malaysia merangkap Pengerusi BN. Aku yakin, kalau yang mengetuai jentera BN untuk Praya ke 11 semalam itu ialah Tun Mahathir [ dengan kata lain, Tun Mahathir masih lagi berada di kerusi PM ] , atau Mohd Najib bin Tun Abdul Razak [dengan kata lain, Tun Mahathir sebelum meletakkan jawatan sebagai PM telah memilih Najib sebagai penggantinya ], kemenangan BN tidak seperti semalam.

Imej "clean" yang sentiasa meneduhkan perjalanan PakLah, selain watak Islam yang dipegang beliau jelas meranapkan harapan dan impian seterus BN, khususnya PAS.

Selain itu, pada aku ...PakLah seorang pencatur yang baik. Beliau meletakkan orang agama untuk berdepan dengan orang agama; Dr Mashitah vs Taib Azamudin, Dr Abdullah Zin vs Nasharuddin Mat Isa di Besut [sekadar beberapa contoh ] jelas memberikan keyakinan kepada pengundi; "kalau dah wakil kerajaan pun boleh cakap dan mampu dalam urusan agama, mengapa nak pilih pembangkang lagi? "

Dan, sungguh ia memberikan mimpi-mimpi ngeri kepada PAS.

ii

Persempanan semula!

Kalau dilihat dari trek rekod 4 praya yang terakhir, jelas membayangkan setiap kali persempadanan semula dilakukan pembangkang seperti bernafas dalam lumpur.

1990-APU[Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan PAS,S46 dan parti serpihan yang lain] menyapu Kelantan selain DAP yang cemerlang di beberapa kerusi parlimen dan negeri.

persempadanan semula.

1995-PAS hilang sedikit taringnya di Kelantan, selain merosot di negeri-negeri lain.

1999-Antara prestasi pembangkang yang paling cemerlang, dengan 2 negeri ditawan selain menguasai lebih 40 kerusi parlimen.

persempadanan semula.

2004-Pembangkang merosot teruk, hilang negeri yang ditawan, dan hanya menguasai 16 kerusi parlimen.

2008/9-Kita tengok sejauh mana teori domino aku ini berjaya?

iii

Perpecahan dalam kem pembangkang sendiri!

Keadilan tewas sebelum berjuang lain. Soldadunya menyeberangai kem sebelum berbunyi semboyan.

PAS dan DAP berjaya dilagakan dalam kandang sendiri dahulu, dan ketika badan sudah berdarah dan lebam-lebam baru datang bertarung dengan BN. Huh, mana nak menang!

Sekian, melaporkan dari ShahAlam, addeen


ILHAM HAMDANI at 21.3.04

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.